Refleksi BIG
Click here to load reader
-
Upload
ariel-manap-libau -
Category
Documents
-
view
39 -
download
1
Transcript of Refleksi BIG
Refleksi BIG
Syukur kepada Tuhan, kami telah berjaya melaksanakan program Bina Insan
Guru buat kali ke empat di SK Penyabong di Endau, Mersing. Saya bersama-sama
rakan-rakan yang lain daripada semester 4 merancang serta melaksanakan program
BIG ini. Kami telah selamat sampai di SK Penyabong pada pukul 12.30 tengah
hari.Kami diberikan taklimat oleh Encik Tormadi dan guru kanan SK Penyabong.
Selepas itu, kamu mengambil barang-barang kami masuk ke dalam khemah. Setelah
selesai meletakkan barang-barang di khemah, kami ke kantin untuk makan kuih.
Seterusnya kami ke pantai untuk melakukan aktiviti gotong royong. Setelah kami
selesai, kami mengambil gambar di pantai. Kami pulang ke SK Penyabong. Selepas itu,
Encik Tormadi memberi kami satu jam untuk pengurusan diri. Setelah mandi, saya dan
rakan-rakan saya makam malam di kantin sekolah. Setelah habis makan, kami
membersihkan kantin tersebut. Selepas itu, Encik Latiff memberikan sedikit taklimat
untuk aktiviti-aktiviti esok.
Keesokan harinya, kami berkumpul di belakang dewan sekolah dan melakukan
senaman pagi. Kami bersarapan pagi di kantin sekolah pada pukul 8 pagi. Setelah
selesai bersarapan pagi, Encik Latiff membahagikan kami ke beberapa kumpulan untuk
aktiviti gotong – royong di sekolah tersebut. Kumpulan saya membersihkan pagar-pagar
di sekolah. Kami berhenti sekejap untuk makan kuih di kantin pada tengah hari. Kami
sambung balik aktiviti gotong – royong tersebut. Setelah selesai, kami bergerak ke satu
lagi ke sekolah untuk melakukan aktiviti gotong – royong. Nama sekolah tersebut ialah
SK Agama Penyabong. Kami selesai melakukan aktiviti gotong royong pada pukul 6
petang. Pada malam pula, kami mengadakan barbeku di kantin sekolah untuk makan
malam.
Kami telah berkumpul di dewan sekolah dan melakukan senaman pagi pada
pukul 7 pagi. Kami melakukan kerja membuang batu-bata di sekolah. Setelah selesai,
kami ke dewan untuk penutupan rasmi BIG kami. Setelah selesai penutupan tersebut,
kami mengambil gambar dengan guru-guru sekolah. Kami bertolak dari SK Penyabong
pada pukul 1 petang. Kami selamat tiba di maktab pada pukul 3.30 petang.