Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visualtahun 3
-
Upload
salhawatiy -
Category
Documents
-
view
189 -
download
7
description
Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visualtahun 3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 4NAMA: SALHAWATI YUSOF
NO KAD PENGENALAN: 800107125600KELAS: PENGAJIAN MELAYU 03
AMBILAN JUN 2011
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual
Tarikh/ Hari: 03 September 2012 (Isnin)
Masa: 8.00-9.00 pagi
Tahun : 4 Airbus
Jumlah Murid: 30 orang
Bidang: Rekaan Dan Corak
Tajuk: Corak Sayur-sayuran
Aktiviti: Capan
Hasil Pembelajaran:i) Menyedari terdapat pelbagai jalinan pada keratan rentas sayur-sayuran.ii) Menghasilkan kemahiran memotong dan membuat capan.iii) Menghasilkan corak dengan pelbagai susunan.
Alatan dan BBM:
i) Sayur-sayuran (bendi, bawang, kubis dan sebagainya)
ii) Pisau pemotong
iii) Kertas lukisan
iv) Warna air
v) Berus
vi) Contoh corak yang telah siap
vii) Klip video sayur-sayuran
viii) LCD
ix) Laptop
Penerapan Nilai: Kebersihan, kerjasama, menjaga kesihatan , menghargai alam
sekitar dan berhemah tinggi
Penyerapan Ilmu: Pendidikan Muzik, Sains ,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pengetahuan sedia ada murid: Murid-murid pernah melihat dan memakan sayur kubis.
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)
9.10 –
9.15 PAGI
1. Guru memaparkan rakaman klip video
lagu sayur-sayuran.
2. Guru mengemukakan soalan:
• Sayur apakah yang kamu lihat?
Jawapan: sawi, kubis, bawang, bendi dan
tomato.
• Pernahkah kamu makan sayur-sayuran?
Jawapan:
Pernah.
• Apakah kebaikan makan sayur-sayuran?
Jawapan: Mendapat khasiat vitamin.
1. Guru menayangkan klip video
sayur-sayuran menggunakan
LCD dan laptop.
2. Guru meminta murid
menyatakan nama sayur-
sayuran tersebut.
3. Guru bertanya beberapa
soalan kepada murid secara
spontan.
4. Guru menunjukkan bahan
maujud sayur kubis, bendi
dan bawang kepada murid.
5. Guru menerangkan keunikan
sayur –sayuran tersebut dan
khasiatnya.
Penyerapan:
Pendidikan
Muzik, Sains
dan Pendidikan
Jasmani dan
Kesihatan
BBM:
Slaid power point
-Gambar sayur-
sayuran
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
• Mengapakah kita digalakkan memakan
banyak sayur-sayuran?
Jawapan:
Sayur-sayuran mengandungi vitamin
yang dapat mengelakkan tubuh daripada
mendapat penyakit.
• Apakah aktiviti kita pada hari ini?
Jawapan:
Berkaitan sayur-sayuran.
6. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang klip video sayur-
sayuran.
7. Guru mengaitkan klip video dan
sayur kubis dengan tajuk
pelajaran pada hari ini.
Bahan maujud:
Sayur kubis,
bawang dan
bendi
Klip Video Lagu Sayur-Sayuran
Contoh Bahan Maujud
Bawang BendiKubis
Contoh Bendi Yang Dipotong
Belah menegakBelah melintang
Contoh Bawang Yang Telah Di Potong
Belah melintang Belah menegak
Kubis Yang Telah Di Potong
Belah melintangBelah menegak
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 1
( 15 minit)
9.15 – 9.25 PAGI
1.Maksud Capan
Capan ialah teknik mengecap dengan
bahan alam atau semula jadi yang
mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah
berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu
disediakan blok cetakan. Imej yang
dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan
di permukaan bahan semula jadi atau
bahan alam tersebut. Contohnya, cap jari
menghasilkan kesan yang sama dengan
jalinan yang ada pada jari.
2.Langkah menghasilkan capan
bawang(rujuk slaid power point)
1. Guru menerangkan pelajaran
pada hari ini iaitu membuat
rekaan dan corak
menggunakan teknik capan.
2. Guru menerangkan definisi
capan kepada murid.
3. Guru menunjukkan contoh
corak bawang menggunakan
teknik capan kepada murid.
4. Guru memperkenalkan bahan-
bahan untuk membuat capan
kepada murid iaitu sayur-
sayuran, warna air, berus dan
kertas lukisan.
Bahan-bahan
Sayur –sayuran
(bawang, sayur
kubis, bendi, )
Kertas lukisan
Warna air
berus
BBM:
Slaid power point
langkah-langkah
menghasilkan
capan.
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITICATATAN
5. Guru mempamerkan slaid
power point yang
mengandungi langkah
membuat capan dari sayur-
sayuran.
6. Murid melihat dan membaca
langkah yang dipamerkan.
7.Guru menerangkan langkah-
langkah menghasilkan capan
bawang seperti yang tertera
dalam slaid power point.
8. Guru menunjukkan demonstrasi
menghasilkan capan di
hadapan murid.
9. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang cara-cara
membuat capan dengan betul.
CONTOH HASIL CORAK CAPAN MENGGUNAKAN BAWANG
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 2
(30 minit)
9.25–
9.55 PAGI
1. Murid menyediakan bahan-
bahan yang hendak
digunakan.
2. Murid menyusun di atas meja
masing-masing.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil (2-3 ahli).
2. Guru mengedarkan alatan dan bahan
iaitu bawang dan bendi, pisau atau
gunting, warna air, bekas bancuhan
warna dan berus .
3. Murid melakukan aktiviti dengan
memotong bawang dan bendi dengan
bimbingan guru.
4. Membancuh warna mengikut kreativiti
masing-masing.
Bahan-bahan
Sayur-sayuran
Pisau atau
gunting
Warna air
Berus
Tempat bancuhan
warna
Nilai:
Kerjasama
Kekemasan
LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN CORAK CAPAN DARIPADA SAYURAN
LANGKAH 1Sediakan peralatan dan bahan yang hendak digunakan.1.Sayur-sayuran2.Warna air3.Berus4.Kertas lukisan
LANGKAH 2Potong sayur-sayuran mengikut kreativiti masing-masing sama ada melintang atau menegak.
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
LANGKAH 3
(10 minit)
9.55–
10.05 PAGI
Hasil karya yang baik:
1. Kekemasan
2. Corak yang dihasilkan.
3. Gabungan warna corak yang
menarik.
1.Guru meminta murid-murid
mengemaskan bahan-bahan yang
digunakan.
2.Guru menerapkan nila-nilai menjaga
kebersihan kepada murid-murid.
3. Murid mempamerkan karya seni yang
dihasilkan.
4. Guru meminta murid membanding
dan membezakan hasil lukisan yang
baik atau sebaliknya dan memberi
pandangan mereka.
5. Murid bercerita secara ringkas
mengenai pengalaman mereka
menghasilkan capan sayur-sayuran.
6. Guru memberikan peneguhan dan
mengingatkan murid menghargai hasil
karya diri juga rakan.
Nilai:
Kebersihan
Berhemah tinggi
LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
PENUTUP
(5 minit)
10.05–
10.10 PAGI
Peneguhan
- pujian
- pameran di papan pamer
Nilai
Dengan penghasilan capan
sayur-sayuran ini, murid dapat
mengetahui tentang sayur-
sayuran dan khasiatnya.
1.Guru membuat rumusan tentang hasil
yang telah dibuat dan mempamerkan
karya seni pada papan pamer.
2. Guru memuji hasil kerja murid sebagai
peneguhan kepada murid kerana
telah dapat menyiapkan corak capan
dengan baik.
Nilai:
Menjaga
kesihatan
Contoh capan bawang dan bendi yang telah siap. Corak yang dihasilkan ialah bingkai gambar.
Setelah selesai proses capan tadi, murid-murid bolehlah melekatkan gambar sendiri atau gambar-gambar yang didapati di majalah. Setelah itu, murid mempamerkan hasil karya dan menceritakan hasil karya tersebut.