Rancangan Pengajaran Harian Menulis
-
Upload
yuhanis-yunus -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of Rancangan Pengajaran Harian Menulis
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( KEMAHIRAN MENULIS )1.Tahun5 UTM
2Tarikh/Masa16 Feb 2014 /8.45 9.45 pagi
3Bil Murid30 orang
4Mata PelajaranBahasa Melayu
5TemaPendidikan
6TajukSekolah Harapan Negara Impian Bersama
7Fokus UtamaHPK 5.2 Membaca kuat teks dan prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2(i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
8Fokus SampinganHPK 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 2 (i) Membina perenggan dengan menggunakan pelbagai jenis ayat.
9ObjektifPada akhir pelajaran murid dapat:i) Membaca kuat dengan kelancaran sebutan dan intonasi serta memahami teks yang dibaca.ii) Membina ayat berdasarkan kosa kata.iii) Membina satu perenggan daripada pelbagai jenis ayat (ayat tunggal dan ayat majmuk.
10Kemahiran BahasaMendengar
Bertutur
Membaca
Menulis
Petikan Teks.
Soal jawab
Teks Ucapan
Membina perengganMenjawab soalan (pemahaman)
11Sistem BahasaTatabahasa
Kosa KataAyat TanyaAyat majmukAyat tunggalKata kerja
Anugerah, Disempurnakan,Warga,Kesedaran,Berdedikasi,Dinobatkan
12Pengisian KurikulumIlmu
Nilai Murni
Kemahiran Bernilai Tambah:
(i) Kemahiran Berfikir
(ii) Kemahiran BCB
(iii) Kecerdasan Pelbagai
(iv) Pembelajaran Konstruktivisme
(v) Pembelajaran Kontekstual
Pendidikan sivik dan Kajian Tempatan
Kasih sayangBekerjasamaKesyukuran
Menjana idea, mencirikan, membuat kesimpulan, menyatakan sebab, merumus
Teknik menulis
Verbal linguistik
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada
Penyelesaian Masalah
13MediaLCD (set induksi)Video Sekolah Bestari (set induksi)Komputer riba (set induksi)Pembesar suara (set induksi)Keratan Teks (langkah 1)Kad Imbasan (langkah 3)Lembaran kerja (soalan pemahaman)Lembaran kerja (tugasan susulan)
14Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah membina ayat tanya,ayat tunggal dan ayat majmuk.
Langkah danMasaIsi KandunganAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan
Set Induksi(+ 5 minit)a. Tayangan klip video Sekolah Bestari
Contoh soalan:
a. Pernahkah kamu mendengar mengenai Sekolah Bestari?b. Apakah ciri-ciri Sebuah Sekolah Bestari?c. Mengapakah Sekolah Bestari merupakan sekolah harapan Negara?
a. Guru menayangkan klip video Sekolah Bestari
b. Murid menjawab soalan yang berkaitan dengan klip video.
c. Guru menjelaskan ciri-ciri Sekolah Bestari.
d. Guru mengaitkan klip video dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.
Video Sekolah Bestari
LCD,Komputer riba dan pembesar suara.
KBT: Kontekstual Isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada.
Langkah 1(+ 15 minit)Petikan teks Sekolah Harapan Negara Impian Bersama Lampiran 1
LAMPIRAN 1. Sekolah Harapan Negara Impian BersamaGuru-guru dan murid-murid yang saya kasihi,Terlebih dahulu saya rasa bersyukur kerana sekolah kita baru sahaja diberikan anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri Selangor.Seperkara yang lebih membanggakan,daripada tiga pencalonan akhir yang dikemukakan,sekolah kita telah dinobatkan sebagai johan. Semasa sekolah kita diumumkan sebagai pemenang,air mata kegembiraan saya menitis mengiringi kemenangan itu.Terbayang dalam fikiran saya wajah-wajah anak murid yang saya kasihi,guru-guru yang berdedikasi dan seluruh warga sekolah ini.Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut membantu kita pada setiap masa.Kita bertuah kerana dapat membina hubungan yang baik dengan pihak PIBG.Sesungguhnya,saya berasa amat terharu akan keakraban ini. Hadirin yang saya hormati, Sebenarnya bukan mudah untuk kita sampai keperingkat ini.Banyak usaha yang telah lakukan.Kita telah berusaha meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang.Pada tahun lepas,sekolah kita telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR).dalam bidang kokurikulum,kita menjdi johan dalam pelbagai acara sukan dan kokurikulum akademik.Kita juga menjadi juara dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Sekolah kita juga telah mengadakan pelbagai program untuk kecemerlangan akademik.Guru-guru kita sentiasa membimbing murid-murid tanpa mengenal erti penat lelah.Kelas tambahan dan program motivasi kerap diadakan.Segala usaha yang dilakukan telah membuahkan hasil yang baik. Sekolah kita terus menjadi sebutan di seluruh negeri . Oleh itu, saya berharap anugerah ini akan menjadi pendorong kepada kita agar terus mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada. Saya berharap agar setiap murid terus menjaga disiplin masing-masing. Sesungguhnya,kita telah mencapai impian yang kita hajati.Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang.Kejayaan ini akan kita kongsi bersama-sama.Selamat Berjaya dan teruskanlah kecemerlangan.Sekian, terima kasih.
Contoh Soalan.1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Harapan Negara?2. Bilakah anugerah tersebut disampaikan?3. Siapakah yang telah menyampaikan anugerah itu?
a. Semua murid membaca teks catatan yang disediakan secara senyap dan memahami teks tersebut.
b. Guru membacakan teks dengan sebutan intonasi pembacaan yang betul.
c. Secara rawak murid diminta membuat bacaan secara secara beramai-ramai.
d. Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan teks.
e. Murid-murid menjawab soalan-soalan tersebut. Edaran Petikan teks .
Bacaan Mekanis
Objektif 1
FPK: Unsur intelek Berilmu pengetahuan
Kem.Bahasa: Bertutur
Langkah 2(+ 10 minit)Petikan teks teks Sekolah Harapan Negara Impian Bersama-Lampiran 1
LAMPIRAN 1. Sekolah Harapan Negara Impian BersamaGuru-guru dan murid-murid yang saya kasihi,Terlebih dahulu saya rasa bersyukur kerana sekolah kita baru sahaja diberikan anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri Selangor.Seperkara yang lebih membanggakan,daripada tiga pencalonan akhir yang dikemukakan,sekolah kita telah dinobatkan sebagai johan. Semasa sekolah kita diumumkan sebagai pemenang,air mata kegembiraan saya menitis mengiringi kemenangan itu.Terbayang dalam fikiran saya wajah-wajah anak murid yang saya kasihi,guru-guru yang berdedikasi dan seluruh warga sekolah ini.Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut membantu kita pada setiap masa.Kita bertuah kerana dapat membina hubungan yang baik dengan pihak PIBG.Sesungguhnya,saya berasa amat terharu akan keakraban ini. Hadirin yang saya hormati, Sebenarnya bukan mudah untuk kita sampai keperingkat ini.Banyak usaha yang telah lakukan.Kita telah berusaha meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang.Pada tahun lepas,sekolah kita telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR).dalam bidang kokurikulum,kita menjdi johan dalam pelbagai acara sukan dan kokurikulum akademik.Kita juga menjadi juara dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Sekolah kita juga telah mengadakan pelbagai program untuk kecemerlangan akademik.Guru-guru kita sentiasa membimbing murid-murid tanpa mengenal erti penat lelah.Kelas tambahan dan program motivasi kerap diadakan.Segala usaha yang dilakukan telah membuahkan hasil yang baik. Sekolah kita terus menjadi sebutan di seluruh negeri . Oleh itu, saya berharap anugerah ini akan menjadi pendorong kepada kita agar terus mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada. Saya berharap agar setiap murid terus menjaga disiplin masing-masing. Sesungguhnya,kita telah mencapai impian yang kita hajati.Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang.Kejayaan ini akan kita kongsi bersama-sama.Selamat Berjaya dan teruskanlah kecemerlangan.Sekian, terima kasih.
a. Guru mengedarkan petikan teks.
b. Murid menyenaraikan aktiviti aktiviti yang menyumbang kepada penerimaan Anugerah Sekolah Harapan.
c. Murid diminta untuk mengariskan 3 ayat tunggal dan ayat majmuk di dalam teks tersebut.
d. Murid murid diminta untuk mengariskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks.
Tugasan 1: Menyenaraikan aktiviti aktiviti yang terdapat dalam teks. Tugasan 2:Mengariskan ayat tunggal dan majmuk Tugasan 3:Menyenaraikan nilai-nilai murni
Peng.Kurikulum: Nilai Murni Ilmu
KBT: Kem. Berfikir
Langkah 3(+ 15 minit)
Kosa Kata :
Anugerah, Disempurnakan, Warga, Kesedaran, Berdedikasi, Dinobatkana. Murid membaca kosa kata yang ditampal di papan tulis.
b. Secara berpasangan murid murid membina ayat (tunggal atau majmuk) berdasarkan kosa kata yang diberikan.
c. Murid murid mencatat dalam buku latihan mereka.
Maksud Kosa Kata
Kad Imbasan
Kem. Bahasa: Membaca Menulis
Sistem Bahasa: Kosa kata
Peng.Kurikulum:KBT: Kem. Berfikir
FPK: Intelek Berilmu pengetahuan
Objektif 2
Langkah 4(+ 10 minit)
Membina satu perenggan pelbagai jenis ayat.
Lampiran 2Rujuk lembaran 2a. Guru mengedarkan lembaran kerja (membina pelbagai jenis ayat dalam satu perenggan.) berdasarkan tajuk yang diberikan..
b. Murid membina satu perenggan dengan menggunakan pelbagai jenis ayat (ayat Tanya,ayat tunggal ,ayat majmuk,kata kerja) Lembaran Kerja
Kem.Bahasa: Menulis
Peng.Kurikulum:KBT: Kem. Berfikir
FPK: Intelek Berilmu pengetahuan Bertanggungjawab
Objektif 3
Pengayaan Menguraikan maklumat berdasarkan teks. Lampiran 3Rujuk lembaran 3
Murid dikehendaki menguraikan maklumat berdasarkan teks tadi. dengan menggunakan ayat yang sesuai.
Lembaran kerja
Penutup(+ 5 minit)Penutup kognitifRumusan pengajaran:
Penutup sosial Hadiah rangsangan sebagai motivasi kepada murid murid.
a. Guru membimbing murid membuat rumusan pelajaran yang diperoleh pada hari ini.
Kem. Bahasa: Bertutur
Peng. Kurikulum: Ilmu Nilai Murni
KBT: Kem. Berfikir Kecerdasan pelbagai
FPK: Bertanggungjawab Berilmu pengetahuan Intelek
Refleksi :_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 1. Sekolah Harapan Negara Impian BersamaGuru-guru dan murid-murid yang saya kasihi,Terlebih dahulu saya rasa bersyukur kerana sekolah kita baru sahaja diberikan anugerah Sekolah Harapan Negara peringkat negeri Selangor.Seperkara yang lebih membanggakan,daripada tiga pencalonan akhir yang dikemukakan,sekolah kita telah dinobatkan sebagai johan. Semasa sekolah kita diumumkan sebagai pemenang,air mata kegembiraan saya menitis mengiringi kemenangan itu.Terbayang dalam fikiran saya wajah-wajah anak murid yang saya kasihi,guru-guru yang berdedikasi dan seluruh warga sekolah ini.Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut membantu kita pada setiap masa.Kita bertuah kerana dapat membina hubungan yang baik dengan pihak PIBG.Sesungguhnya,saya berasa amat terharu akan keakraban ini. Hadirin yang saya hormati, Sebenarnya bukan mudah untuk kita sampai keperingkat ini.Banyak usaha yang telah lakukan.Kita telah berusaha meningkatkan prestasi dalam pelbagai bidang.Pada tahun lepas,sekolah kita telah mencapai kejayaan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR).dalam bidang kokurikulum,kita menjdi johan dalam pelbagai acara sukan dan kokurikulum akademik.Kita juga menjadi juara dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Sekolah kita juga telah mengadakan pelbagai program untuk kecemerlangan akademik.Guru-guru kita sentiasa membimbing murid-murid tanpa mengenal erti penat lelah.Kelas tambahan dan program motivasi kerap diadakan.Segala usaha yang dilakukan telah membuahkan hasil yang baik. Sekolah kita terus menjadi sebutan di seluruh negeri . Oleh itu, saya berharap anugerah ini akan menjadi pendorong kepada kita agar terus mengekalkan kecemerlangan yang sedia ada. Saya berharap agar setiap murid terus menjaga disiplin masing-masing. Sesungguhnya,kita telah mencapai impian yang kita hajati.Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang.Kejayaan ini akan kita kongsi bersama-sama.Selamat Berjaya dan teruskanlah kecemerlangan.Sekian, terima kasih.
Lampiran 2. Bina satu perenggan dengan menggunakan pelbagai jenis ayat berdasarkan tajuk berikut.Program Jalinan Muhibah dengan Sekolah berprestasi Tinggi
Lampiran 3.Huraikan maklumat tentang perkara yang berikut daripada laporan tadi.
Kecemerlangan Bidang Akademik
Kejayaan Bidang Kokurikulum
Hadiah Rangsangan.Penanda Buku.
SEKOLAH KU SYURGA KUNAMA :................................................KELAS:..................................................