RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
-
Upload
huda-radzi -
Category
Documents
-
view
4.455 -
download
97
Transcript of RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
TAJUK TUGASAN
• Komponen penting RPI•Jelaskan bagaimana anda akan membina serta
melaksanakan RPI untuk seorang murid.
RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU (RPI)
KANDUNGAN Bahagian 1: Konsep RPI dan kepentingannya dalam Pendidikan KhasBahagian 2: Penyediaan dan pelaksanan RPIBahagian 3:Penulisan RPIBahagian 4: Bengkel penyediaan RPI dan perbentangan
JANGKA MASA1 jam
OBJEKTIFDi akhir sesi guru dapat:•Menyediakan RPI untuk murid-murid.•Merancang P&P mengikut keperluan dan keupayaan murid.
PENGENALAN•Guru-guru kan mengetahui kepentingan RPI dalam P&P.•Menyedari nahawa ssetiap murid adalah istimewa dan mempunyai keupayaan dan pencapaian yang berbeza.
MATLAMATGuru-guru akan
mendapat maklumat serta pengetahuan
tentang RPI dan cara untuk
melaksanakannya.
BAHAGIAN 1
KONSEP RPI DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN KHAS
1.1 Definisi dan konsep1.2 Ciri-ciri RPI1.3 Elemen RPI1.4 Kepentingan RPI1.5 Kebaikan Proses RPI
DEFINISI DAN KONSEP RPI• RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa
dan phak sekolah tentang keperluan –keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksaannya ,RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan –perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang muris tersebut.(Hallahan dan kauffman 1977)
• RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya(.Bender W.N 1995)
Rancangan Pendidikan Individu(RPI) ialah: • Satu dokumen bertulis • Dirancang khusus untuk seseorang murid.• Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala
pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk
menentu kerjasama dan kolaborasi antara sekolah ,ibu bapa dan murid itu sendiri jika
perlu, dengan pegawai pendidikan daerah dan individu dari agensi atau khidmat sokongan
lain.
RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :Tahap prestasi seseorang murid.Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik Matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid.Matlamat yang mempunyai satu siri obkjektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti.Objektif,prosedur dan urutan penilaian bagu menentukan pencapaian murid-murid dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.Perancangan jangka mas adan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan oleh murid. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi cabaran hidup.
KESIMPULANNYA
RPI adalah rancangan program penilaian berteraskan individu dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.
CIRI-CIRI RPI
Komprehensif
Mengikut urutan
Spesifik
Mudah dfahami
Digubal bersama
Bersesuaian dan realistik
KOMPREHESIF
• Merangkumi pelbagai bidangKomunikasiTingkah lakuSosial alam sekelilingProvokasional/ vokasionalKemahiran amali untuk berdikari Reakreasi dan daya kreatifNilai dan kerohanian
MENGIKUT URUTAN
• RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.
SPESIFIK
• Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur.
MUDAH DIFAHAMI
• RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.
DIGUBAL BERSAMA
• RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa dan guru golongan profesional dan kumpulan pelbagai disiplin yang brkenaan.
BERSESUAIAN DAN REALISTIK
• Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan , keupayaan dan juga kadar perkembangan murid.
ELEMEN RPI
• Kerjasama• Berkongsi maklumat• Keputusan bersama• Kebolehpercayaan• Dokumentasi• Proses dan hasil
KERJASAMA
• Bekerjasama dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dan kebajikan murid berkenaan.
• Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.
BERKONGI MAKLUMAT
• Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid.
• Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.
KEPUTUSAN BERSAMA
• Ibu bapa dan golongan prosesional bekerjasama untuk menyediakan RPI.
• Mereka prlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dilaksanakan dengan lebih berkesan.
KEBOLEHPERCAYAAN
• Objektif pengajaran dn prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI.
• RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.
DOKUMENTASI
• RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.
PROSES DAN HASIL
• RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi mempastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.
PROSES RPI• Merujuk pihak yang terlibat seperti:o Guru khas o Guru mata pelajaran o Ibu bapa atau keluargao Pentadbiran sekolah o Pengamal perubatano Jurulatih pertuturano Jurupulih carakerjao Kaunselor • Mengumpul maklumat.• Mengadakan mesyuarat.• Membina rancangan bertulis• Menjalankan apa yang dirancangmenilai pembelajaran yang
telah dijalankan.
CARTA ALIRAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RUJUK PIHAK YANG TERLIBAT
PENGUMPULAN MAKLUMAT
MESYUARAT
PENULISAN
PELAKSANAAN
PENILAIAN
OBJEKTIF / KEMAHIRAN BERIKUTNYA
OBJEKTIF TERCAPAI
OBJEKTIF / SRTATEGI BARU
GAGAL
KEPENTINGAN RPI
• RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancang sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan.
• Dalam konteks ini,ia bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut:
• Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.
• Perkara yang perlu dipelajari oleh murid.• Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan.• Penilaian pencapaian kemahiran.
KEBAIKAN PROSES RPI• MURID Setiap perancangan pendidikan yang
digubal bertujuan membantu murid dalam proses pembelajaran.
Memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka.
Menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.
GURU Menerangkan peranan dan tugas
dengan lebih jelas. Mendapat maklumat murid. Mendapat bantuan untuk
menyelesaikan masalah. Memastikan bidang tugas yang
memerlukan nasihat golongan pofesional.
Menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos dan sokongan pihak berkenaan.
Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan.
BAHAGIAN 2
• Penyediaan dan Pelaksanaan RPI2.1 Rujukan pihak yang terlibat.2.2 Pengumpulan data 2.3 Mesyuarat2.4 Penyediaan RPI2.5 Pelaksanaan2.6 Penilaian 2.7 Penulisan RPI2.8 Matlamat2.9 Objektif
PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI
• Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk murid berkenaan.
1. Rujukan pihak yang terlibat
• Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan:
Antara guru. Antara ibu bapa dan sekolah Antara sekolah dan ageni luar yang berkaitan
2.Pengumpulan data
• Mengumpul sgala maklumat berkaitan dengan kekuatan,kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
• Maklumat dikumpul melalui Borang biodata murid Sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan
perkembangan Ujian diognostik Pemerharian ke atas murid.
• Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ialah:
Cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid. Individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan.jenis
bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat.
Sejauh mana penglibatan murid. Sejauh mana penglibatan ibu bapa. Sejauh mana penglibatan khidmat sokongan. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis,
dirumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat AJK Rpi.
3. Mesyuarat
• Mesyuarat Rpi mempunyai dua fungsi utama iaitu:
• 3.1 Aspek tugasan Berkongsi maklumat Menyediakan matlamat dan objektif. Menyenaraikan strategi pengajaran. Membahagikan tugas kepada individu yang terlibat
dalam pengajaran. Menyediakan kriteria penilaian . Menetapkan tarikh penilaian / semakan semula.
• 3.2 Tanggungjawab Pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat. Menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain. Menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.
Dalam peringkat ini perkara-perkara berikut perlu dilakukan
Wujudkan jawatankuasa Mengedarkan maklumat yang diperolehi semua ahli yang terlibat. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau
mana-mana pentadbir di sekolah.
4. Penyediaan RPI• Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah
pendokumentasian.• Perlu di ingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tiada
format khusus yang harus diikat.• Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen
berikut. Objektif khusus untuk murid. Strategi pengajaran yang terperinci. Profesional pengajaran yang terperinci. Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap
tugas berkenaan. Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif. Prosedur penilaian yang terperinci.
5. Pelaksanaan• Dalam peringkat ini,segala resos dan kemudahan
bantuan perlu diselaras, dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.
• Perkara –perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Penyelarasan resos dan kegunaannya. Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab tentang
pelaksanaan . Penyelarasan program Bantuan dan sokongan guru. Pemantauan dan penilaian program.
6. Penilaian • Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat .• Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid
dikumpul dan diedarkan kepada ahli.• Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan
perkembangan murid perlu di bentang oleh guru.• Segala maklumat ini perlu dibincang bersama ahli jawatan
kuasa bagi tujuan pemantauan .• Jika perlu ,strategi yang lain, perlu dirangka untuk
mencapai objektif dan matlamat telah dicapai,program yang seterusnya dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.
CARTA ALIRAN PENILAIAN
Mesyuarat
Kumpul dan edar maklumat
Bentang dan bincang maklumat
Tukar strategi jika perlu
Melaksanakan dan nilai semula
REFLEKSI
• ADAKAH ANDA MENYEDIAKAN RPI DALAM KELAS?
• APAKAH KEPENTINGAN RPI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN?
BAHAGIAN 3
1.PENULISAN RPI Setiap RPI harus mengandungi perkara-
perkara yang berikut:i. Nama ajk: guru besar
• Guru khas • Ibu bapa• Para profesional• Dan lain-lain.
ii. Matlamat: Jangka panjang Jangka pendek
ii. Pencapaian murid Jangka masa untuk mencapai objektif Pilih bidang –bidang yang penting sahaja. Tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.
ii. Objektif Objektif merupakan sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan. Objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat. Objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.
PENULISAN RPI
v) Prosedur dan Kriteria Penilaian• Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai
sebahagian daripada objektif
vi) Strategi Pengajaran• Bahagian ini menentukan murid dapat
mencapai objektif pengajaran
PENULISAN RPI
vii) Resos• Guru perlu memastikan resos tersedia pada waktunya.
RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.
viii) Orang yang bertanggungjawab• Menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk
memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.
PENULISAN RPI
ix) Inklusif • Harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa
murid-murid berkenaan diinklusif ke kelas biasa.
x) Catatan • Digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang
berkaitan.• Digunakan sebagai rekod.• Digunakan untuk mencatat penggunaan resos.• Ditulis selepas penilaian dijalankan.
2. MATLAMAT
- Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid.
Apabila memilih matlamat, perkara-perkara berikut perlu ada:- Bersifat positif- Mengambil kira kekuatan murid- Tidak terhad kepada keperluan murid itu sahaja- Matlamat dirancang bersama ibu bapa dan guru
Perbincangan penulisan matlamat hendaklah dilakukan sebelum mesyuarat RPI dijalankan secara rasmi.
PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI
3. OBJEKTIF
Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat.
Objektif boleh dikategorikan sebagai:- Objektif tingkahlaku- Objektif pengajaran dan pembelajaran
PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI
OBJEKTIF
Keperluan dan Kebaikan Menulis
objektif
Komponen Objektif Pengajaran
Peringkat-peringkat Penulisan Objektif
Pemilihan Objektif
4. OBJEKTIF
Keperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:
• Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang sistematik.
• Meningkatkan kebolehpercayaan. Boleh digunakan oleh semua pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau belum.
• Meningkatkan motivasi murid.
OBJEKTIFKeperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:
• Menyediakan guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih tepat dan lengkap. Guru merancang jenis-jenis kemahiran yang akan diajar kepada murid. Ini akan membantunya merancang mengikut keperluan murid.
• Objektif yang ditulis dengan jelas akan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan bila ianya akan dicapai oleh murid. Ia juga memberi peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat.
• Menjadi asas menentukan matlamat pengajaran dan membantu menjelaskan lagi perkara yang hendak diajar.
5. KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN
• Tingkah laku yang akan dilakukan oleh murid.• Keadaan yang mana murid akan melakukan
tingkah laku.• Kriteria untuk menjayakan perlakuan tingkah
laku.• Murid yang terlibat.
6. PERINGKAT-PERINGKAT PENULISAN OBJEKTIF
• Bila dan di mana tingkah laku itu berlaku.• Tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa murid itu telah
mencapai objektif.
Contoh kepada teras objektif:“ Murid boleh menyebut perkataan dengan betul yang terdiri
daripada dua suku kata terbuka dan tertutup.”
“ Murid boleh melontar bola dengan menggunakan dua belah tangan.”
“ Murid boleh duduk diam di tempat sendiri selama 5 minit.”
7. Pemilihan objektif
• Adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat?
• Adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini?
• Adakah objektif itu sesuai dengan murid berkenaan?• Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
kemahiran lain yang perlu dicapai oleh murid?• Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan
program yang dijalankan dalam bilik darjah?
MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM
- - MENYELURUH DAN BERSEPADU- - PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA
- - PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT
KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU
KEPERLUAN INDIVIDU
BIDANG PEMBELAJARAN
PENDEKATAN P&P
PENILAIAN
- BERDIKARI- BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF
- BERMORAL DAN BERETIKA- BERKEMAHIRAN DAN BERKETRAMPILAN
- PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA
KEHIDUPAN BERMAKNA
BORANG
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Mata Pelajaran :
Nama murid : Tarikh lahir :Tarikh Mula : Tarikh Semak :Pengetahuan Sedia Ada :
Matlamat : Objektif Strategi
Pengajaran dan pembelajaran
Penilaian Catatan
CONTOH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SEKOLAH RENDAH
Mata Pelajaran : Bahasa MelayuNama Murid : Awang Bin Ali Tarikh Lahir : 2 Mei 1994Tarikh mula : 1 Mac 2003 Tarikh Semak : 1 Mei 2003Pengetahuan Sedia Ada : Awang boleh membezakan bunyi-bunyi yang terdapat di sekelilingnya.Matlamat : Awang boleh membezakan bunyi vokal a, e, i, o dan u.
Objektif Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Penilaian Catatan
Awang boleh :- Mengajuk bunyi vokal awal a, i, dan u yang didengar sebanyak lima kali.
1. Memperdengarkan rakaman bunyi-bunyi yang berkaitan dengan bunyi-bunyi vokal awal.
2. Memperdengarkan nyanyian lagu-lagu vokal awal.
- a a a a adik- i i i i ikan- u u u u udang3. Menyanyikan lagu vokal awal 4. Menyebut vokal awal sambil
mengangkat lambang vokal.
Jangka masa:
2 bulan
1. Pemerhatian2. Ujian lisan; betul dengan 10
kali ulangan.
Awang dapat mengajuk bunyi vokal awal a, I dan u dengan betul dan tepat 10/10
CONTOH SURAT
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
………..………..Tarikh :Kepada :Pengetua / Guru Besar………..……….
Tuan,
PERSETUJUAN PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa saya ……………….. Ibu bapa kepada ……………….. Bersetuju dengan pelaksanaan Pendidikan Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya.
2. Kerjasama dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,…………………
Kelas Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan. 1 OGOS 2003
Melalui,
Guru Besar,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan.
Kepada,…………………………..
Tuan, MESYUARAT PELAKSANAAN PERANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Dengan segala hormatnya, dan sukacitanya menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat sebagaimana yang tersebut di atas. Maklumat tentang mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : Hari :Masa :Tempat :
2. Kerjasama tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.
Saya yang menurut perintah,……………………………………..(Penyelaras PKBP)
SEKIAN, TERIMA KASIH