Strategi Mengajar Subjek Pengiraan - Matematik, Fizik, Kejuruteraan
Rancangan Mengajar Matematik Tahun 1 (Asgnmnt)
-
Upload
mohd-azwan-zainudin -
Category
Documents
-
view
48 -
download
0
description
Transcript of Rancangan Mengajar Matematik Tahun 1 (Asgnmnt)
CONTOH RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1
RANCANGAN MENGAJAR MATEMATIK TAHUN 1
Mata Pelajaran: MatematikKelas
: 1 Dedikasi
Masa
: 8.40 pg-9.40 pg
( 60 minit ) ( 2 waktu )
Bidang
: Nombor dan Operasi
Tajuk
: Nombor bulat hingga 100
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
1)Menyatakan kuantiti secara intuitif.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
i. Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit,sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:
(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek,
(b) Membanding dua kumpulan secara padanan,
(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir Pdp, murid-murid dapat :-
Mengenalpasti dan membanding jumlah dua objek yang banyak
dan sedikit dengan betul dan tepat.
EMK
: Kreativiti dan Inovasi
TMK
: Tayangan videoKeusahawanan: Menggunakan soalan yang melibatkan situasi
perniagaanFokus : Membina ayat matematik, membanding beza kumpulan banyak dan
sedikit.
Bahan Bantu Belajar: Kad bentuk, Kertas Majong, Marker Pen, LCD,LaptopRefleksi : 5 daripada 6 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan pada hari ini.FasaCadangan AktivitiCadangan Komunikasi
1. PersediaanPemerhatian
dan Analisis(BAND 1)
(BAND 1)
a. Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan buah rambutan yang diletakkan di atas meja.
.
b. Perkukuhkan aktiviti dengan meminta murid membuat pemerhatian terhadap sejumlah guli yang diberikan (guli mempunyai dua warna iaitu merah dan biru).
c. Minta murid mengasing dan menyusun guli mengikut warna seperti yang ditunjukkan.
Merah Biru
i. Lihat kumpulan rambutan mana yang banyak?
ii. Kumpulan rambutan mana yang sedikit?
i. Kumpulan mana yang banyak?
ii. Kenapa?
2. Imaginasi
Penjanaan Idea
Sintesis Idea
(BAND 1)
a. Bawa murid keluar dari bilik darjah dan murid diminta
membentuk dua bulatan, satu bulatan kecil dan satu bulatan besar.
b. Minta murid mengutip daun kering dalam masa 30 saat. (Murid diminta mengumpul hasil kutipan mengikut kumpulan masing-masing.)
Terapkan sikap berkerjasama dan bantu membantu bagi memastikan tugasan yan diberi dapat disempurnakani. Bulatan mana yang mempunyai bilangan murid yang banyak?
ii. Kenapa?
i. Kumpulan mana yang mendapat daun yang paling
banyak?
ii. Kumpulan mana yang mendapat daun sedikit?
iii. Mana kamu tahu kumpulan daunnya banyak, dan mana
daunnya sedikit?
3. Perkembangan
Penambahbaikan
Menilai(BAND 1)
i. Minta murid membentuk:
a. Kumpulan banyak dan kumpulan sedikit,
b. Kumpulan sama banyak dan tidak sama banyak, dan
c. Kumpulan lebih dan kumpulan kurang, berdasarkan objek yang ada di sekeliling murid.
ii. Minta murid menjelaskan bagaimana pembentukan kumpulan i hingga iii dilakukan.
iii. Paparkan kepada murid kad gambar seperti contoh di bawah:
a. Jelaskan bagaimana kamu menghasilkan kumpulan lebih dan kumpulan kurang.
i. Bentuk mana yang paling banyak?
ii. Bentuk mana yang paling sedikit?
iii. Bentuk mana yang sama banyak?
4. TindakanPelaksanaanAmalan
Berterusan(BAND 1)
i. Edarkan kertas majong dan pen marker kepada setiap kumpulan murid. Minta murid melukiskan gambar bagi menunjukkan kumpulan:
a. banyak atau sedikit.
b. Sama banyak atau tidak sama banyak.
c. Lebih atau kurang.
ii. Edarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid.
iii. Edarkan Lembaran Kerja 2 kepada setiap murid.
iv. Edarkan Lembaran Kerja 3 kepada setiap murid.i. Selesaikan tugasan yang diberi.a. Nyatakan sebab kamu menyatakan banyak bagi setiap kumpulan objek secara
lisan.
a. Bincangkan dengan rakan:
Kenapa kamu katakan
objek itu lebih.
Kenapa kamu katakan
objek itu sama banyak.
a. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut
arahan.
PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja 1 hingga Lembaran Kerja 3.
Nilai dan SikapTerapkan sifat berkerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 1
Nama :__________________________ Kelas : 1 ____________
A. Tanda (/) pada kumpulan yang lebih banyak.
Kenapa (lisan) : ..
Kenapa (lisan) : ..
Kenapa (lisan) : ..
Kenapa (lisan) : ..
CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 2B. Warnakan merah bagi objek yang paling banyak dan warnakan
biru bagi objek yang sama banyak.
Secara lisan:
1. Kenapa kamu katakan lebih?
2. Kenapa kamu katakan sama banyak?
CONTOH EVIDENS : LEMBARAN 3
c. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan melukis bilangan objek mengikut arahan.
Contoh: