Ranc Tahunan Dan Takwim Pemulihan.1
Transcript of Ranc Tahunan Dan Takwim Pemulihan.1
VISI SEKOLAH
SK Jeram Landak
menjadi sekolah berkesan
yang melahirkan insan berkualiti menjelang 2010
MISI SEKOLAH
Warga SK Jeram Landak akan terus berusaha :
Mewujudkan iklim yang kondusif.Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.Melibatkan semua murid dalam kegiatan kokurikulum.
Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan sahsiah yang luhur.
Melaksanakan system pengurusan dan pentadbiran yang cekap, sistematik dan telus.
MOTTO
Kecil dalam kuantiti tetapi besar dalam kualiti.
1
VISI PEMULIHAN KHAS
MISI PEMULIHAN KHAS
MEMPERTINGKATKANKECEMERLANGAN DARIPADA SEGI
PENGURUSAN KURIKULUM DANMEMBASMI MASALAH 3M
MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN MURID-MURID 100% CELIK 3M DI SAMPING DAPAT MENGEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU DARIPADA SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK BERLANDASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan
yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek . Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal lagi bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan membina ilmu pengetahuan.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar seseorang individu
mengakibatkan segelintir mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Oleh itu, pengajaran pemulihan perlu
diadakan bagi menghalang potensi mereka daripada terbenam.
KONSEP
Program Pemulihan Khas adalah satu usaha mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M).
MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
3
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam jangka masa yang ditenteukan murid boleh:
a) Menguasai kemahiran asas 3M.
b) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa.
c) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
STRATEGI
Murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dibawa keluar ke Kelas
Pemulihan Khas pada masa-masa tertentu untuk mendapatkan pengajaran pemulihan
daripada guru pemulihan khas. Setelah selesai, mereka akan balik semula ke kelas
biasa untuk meneruskan pelajaran mereka.
4
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;
a. Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas
b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-
kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hyper aktif.
5
c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.
d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii . Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
e. Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.
6
TAHAP-TAHAP UJIAN
UJIAN SARINGAN
a. Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas
oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program
Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan
memerlukan bantuan pemulihan khas.
b. Bahan atau topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang
telah diajarkan dan semasa oleh guru kelas. Oleh itu senarai kemahiran
yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan
Ujian.
c. Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima.
d. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan dalam
borang rekod ujian untuk difailkan.
e. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas berdasarkan
beberapa faktor:-
i. skor yang lemah
ii. jenis masalah yang dihadapi oleh murid.
iii. ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas
7
UJIAN DIAGNOSTIK
a. Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pemulihan
Khas. Ujian ini digunakan Untuk membantu guru pemulihan khas mengesan
daerah- daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid
b. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk
mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal
pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
c. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukan daerah-daerah
kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu
kemahiran. Cara
ini dapat membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut
kebolehan dan Daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
4. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang murid atau kumpulan
dengan lebih tepat,berkesan dan sistematik.
8
CARTA ALIR PELAKSANAAN
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Pencalonan& Pengumpulan
Maklumat
Kelas Biasa (Kerja
Susulan)
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Ujian Saringan
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
Pengajaran & Pembelajaran
Sudah Menguasai 3M
Ujian Saringan
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
Ujian Saringan
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
Ujian Saringan
Penilaian
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
Ujian Saringan
Pencalonan & Pengumpulan
Maklumat
Pencalonan & Pengumpulan
Maklumat
Kelas Biasa (Kerja
Susulan)
Penilaian Penilaian
Penyediaan Rancangan Pengajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Ujian Diagnostik & Ujian Pengamatan
Analisa Ujian Diagnostik & Pengamatan
Ujian Saringan
Ujian Saringan
Belum Menguasai Kemahiran 3M
Belum Menguasai
Kemahiran 3MMeneruskanPengajaranPemulihan
Penilaian
CARTA ALIRPROGRAM PEMULIHAN KHAS NEGERI PAHANG
PENCALONAN &PENGUMPULAN MAKLUMAT
MINGGU
UJIAN SARINGAN KE - 2 IPP2M
JANUARI
SKOR 46 - 60 SKOR 0 – 9
(CADANGAN KE SKOR PENDIDIKAN KHAS
SKOR 10 – 45KE KELAS PEMULIHAN KHAS
N MINGGU UJIAN DIAGNOSTIK KE - 3 DAN ANALISIS MAC
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
SKOR 46 - 60 UJIAN PENCAPAIAN I MINGGU
(IPP2M) KE - 4 JULAI
SKOR 10 – 45 ULANG PENGAJARAN & 1 OGOS PEMBELAJARAN
SKOR 46 - 60 UJIAN PENCAPAIAN II 1 NOV
(IPP2M)
SKOR 10 – 44KE KELAS PEMULIHAN KHAS TAHUN BERIKUTNYA
CARTA ORGANISASI KELAS PEMULIHAN KHASSK JERAM LANDAK SESI 2010
11
PENGERUSIEN. HAMZAH BIN SAMAT
( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI IEN YUSABRI BIN YUSOF
( GPK KURIKULUM )
SETIAUSAHAEN MOHD IKMAL BIN AB MANAF
( GURU PEMULIHAN )
AHLI JAWATANKUASA
PN. NURUL AIN BT ABU HASSAN(GURU MATEMATIK)
PN SUHANA BT MUSA(GURU MATEMATIK)
EN IDRIS BIN SIDEK(GURU B.MELAYU)
NAIB PENGERUSI IIEN KHAIRUL AZMI BIN AHMAD MAHER
( GPK HEM )
EN. NAZA BADI BIN MOHAMMAD(GURU B.MELAYU)