RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's

download RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's

of 22

  • date post

    28-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    277
  • download

    9

Embed Size (px)

Transcript of RAHSIA CEMERLANG STRAIGHT A's

http://teknikpintar.blogspot.com PANDUAN PEPERIKSAAN Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

T EK N I K RAH SI A CEM ERLAN G ST RAI GH T As

5 A U PSR 8 A PM R 1 0 A+ SPMZA IFU L ZA K A RI A 2010

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

KANDUNGANTAJUK PENDAHULUAN RAHSIA MENCAPAI STRAIGHT As TEKNIK 1 LATIHAN MENJAWAB SOALAN YANG MENYAMAI STANDARD PEPERIKSAAN SEBENAR DENGAN SKEMA PEMARKAHAN TEKNIK 2 MENENTUKAN JADUAL WAKTU ULANGKAJI SEMINGGU DAN MENENTUKAN PERATUS PENINGKATAN PENGUASAAN SETIAP BAB YANG TELAH DIPELAJARI TEKNIK 3 MEMBUAT ANALISA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETIAP NEGERI DAN LATIHAN INTENSIF BERFOKUS BERDASARKAN ANALISA TERSEBUT PENUTUP PELUANG PERNIAGAAN SCORE A SENARAI WAKIL SCORE A MENGIKUT NEGERI MOTIVASI JUTAWAN SCORE A Muka surat 2 5 7

8

10

11 12 17 21

MUKA SURAT 1http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

PENDAHULUAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt di atas segala limpahan rahmat, nikmat dan hidayat dariNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan para sahabatnya r.hum. Semoga usaha kecil ini mendapat keredaanNya di dunia dan akhirat, Amiiieeennnn ya Rabbul Alamin. Di sini saya ingin berkongsi idea dengan para guru, pelajar, ibubapa dan rakanrakan untuk membantu meningkatkan pencapaian para pelajar dan anak-anak dalam akademik. Ebook ini saya berikan percuma kepada semua rakan FB, para guru, ibubapa dan pelajar. Saya boleh menjual ebook ini dan mendapat ribuan ringgit, tetapi niat saya ialah untuk membolehkan idea dalam buku ini sampai kepada setiap individu yang memerlukan seterusnya membantu para pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Teknik ini boleh digunapakai untuk peringkat UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selama beberapa tahun mengajar subjek Sains PMR dan Kimia SPM, saya telah meneliti dan mengkaji beberapa kaedah untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan. Memotivasikan pelajar dengan MOTIVASI MODAL INSAN JUARA sejak 2007 adalah satu teknik boleh yang berkesan ebook (http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com), download

percuma di http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com/7ae-book/ . MUKA SURAT 2http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

Semua pelajar mampu mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan, walaupun tahap kecerdasan fikiran mereka berbeza. Di sinilah pentingnya menggunakan pelbagai teknik atau pendekatan untuk memaksimumkan prestasi pelajar. Pihak sekolah dan ibubapa menjalankan pelbagai program memberikan kesedaran dan motivasi, kelas tambahan dan teknik belajar berkesan serta teknik menjawab soalan. Akhirnya apa yang diperlukan oleh pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan ialah fakta-fakta yang lengkap dan tepat serta cara menjawab mengikut skema pemarkahan. Penting bagi pelajar mengenalpasti sendiri tahap penguasaan topik-topik yang di pelajari dari semas ke semasa tanpa mengharapkan guru sahaja atau ujian di sekolah. Maka satu kaedah perlu digunakan untuk membantu pelajar mengenalpasti sendiri kekuatan atau kelemahan mereka dalam sesuatu topik yang telah dipelajari. Selepas peperiksaan percubaan, pelajar seharusnya memberi tumpuan kepada menjawab soalan-soalan latihan berdasarkan analisa topik-topik popular atau favourite dari peperiksaan percubaan setiap negeri. Adalah penting menumpukan usaha melengkapkan dan menguasai fakta-fakta dari topik-topik popular atau favourite dari analisa peperiksaan percubaan setiap negeri pada tahun semasa.

MUKA SURAT 3http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yag sudi memuat turun ebook ini dan membacanya. Sila sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Segala yang baik dari Allah..jika ada sebarang kekurangan dari ebook ini, saya memohon kemaafan dari semua. Semoga mendapat banyak kebaikan dan manafaat dari ebook ini. Sekian. Terima kasih.

Penafian. Sebarang kesan positif atau sebaliknya dari penggunaan idea di dalam ebook ini adalah di atas tanggungjawab pembaca individu. Penulis telah cuba menyampaikan yang terbaik berdasarkan dari pengalaman dan penelitian beliau. Walaubagaimanapun, kemungkinan terdapat sebarang kelemahan yang tidak dapat di kesan semasa ebook ini ditulis. Maka pengguna adalah individu bertanggungjawab di atas sebarang kesan positif atau sebaliknya dari teknik yang dibentangkan.

MUKA SURAT 4http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

RAHSIA MENCAPAI STRAIGHT As

THE BURNING DESIRE TO GET PERFECT MARKS FOR EVERY QUESTION

Ramai pelajar mampu mencapai gred A bagi beberapa subjek mudah atau kegemaran mereka. Namun untuk mencapai gred A atau A+ untuk semua subjek bukanlah sesuatu yang mudah bagi ramai pelajar. Jadi apakah rahsia utama mereka yang mencapai straight As? Ianya bermula dari pembelajaran di dalam kelas, diikuti dengan masa mengulangkaji sendiri di rumah dan akhirnya semua dicurahkan kepada penulisan jawapan semasa peperiksaan. Maka bermula dari pembelajaran di dalam kelas, pelajar mendengar dengan terperinci setiap isi atau fakta yang disampaikan oleh guru. Sepenuh tumpuan diberikan kepada penerangan guru. Ini semua mampu dilakukan oleh pelajar yang bercita-cita memperolehi markah yang tertinggi bagi sesuatu subjek. Keinginan yang membara untuk mencapai markah penuh(perfect marks) bagi setiap soalan sentiasa dihati dan perasaan mereka. Keinginan inilah yang menggerakkan usaha pelajar untuk belajar dengan tekun, mengulangkaji mengikut jadual dan teknik yang terbaik selepas waktu persekolahan. Keinginan ini melahirkan suatu semangat yang tinggi hasil kesedaran bahawa mereka perlu mempunyai fakta yang lengkap dan kemahiran menjawab terbaik mengikut skema pemarkahan yang dikehendaki. MUKA SURAT 5

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

Mungkin ada pelajar yang berpendapat bahawa mereka belajar dengan tekun demi untuk memperbaiki taraf hidup keluarga, mengejar hadiah istimewa yang ditawarkan oleh ibubapa, memberikan kepuasan dan kebanggaan ibubapa atau mencari kepuasan diri mereka mencapai gred A tersebut. Semuanya ini hanya berjaya, jika bermula dengan keinginan kuat membara untuk mendapat markah penuh bagi setiap soalan yang dijawab. Mana mungkin mencapai keputusan A+ jika banyak kehilangan markah semasa menjawab soalan. Untuk mendapat A+, markah mestilah 90% ke atas. Maka pentingnya keinginan dan semangat untuk mendapatkan markah penuh bagi setiap soalan. Keinginan mendapat markah penuh bagi setiap soalan mendidik sikap dan pemikiran pelajar berdisiplin, fokus, bertanggungjawab, berusaha tekun bersungguh-sungguh mengikut nasihat guru menggunakan teknik terbaik untuk berjaya cemerlang. Keinginan inilah, bersama semangat yang tinggi perlu ditanam dihati, perassan dan minda pelajar. InsyaAllah dengan dibantu oleh 3 teknik berikutnya, pelajar berjaya mencapai STRAIGHT As dalam peperiksaan UPSR (5A), PMR (8A) dan SPM (10A+).

MUKA SURAT 6http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

TEKNIK 1 LATIHAN MENJAWAB SOALAN YANG MENYAMAI STANDARD PEPERIKSAAN SEBENAR DENGAN SKEMA JAWAPAN (PEMARKAHAN) Soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan sebenar atau peperiksaan percubaan setiap negeri mempunyai kualiti tersendiri. Penting bagi pelajar membiasakan diri atau memiliki kemahiran menjawab soalan-soalan tersebut dari peringkat awal lagi. Selepas menjawab soalan, pelajar mestilah menyemak jawapan mereka mengikut skema jawapan(pemarkahan). Pastikan mereka menjawab mengikut apa yang dikehendaki oleh skema jawapan(pemarkahan). Bilakah masa untuk mencuba soalan sedemikian? Sebaik sahaja guru menamatkan sesuatu topik. Terus mencuba soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan semasa ulangkaji selepas waktu persekolahan. Kaji bagaimana bentuk soalan berkaitan topik tersebut. Bagaimana pula cara menjawab yang betul seperti yang dikehendaki oleh skema jawapan? Bagaimana cara pemarkahan yang diberikan kepada jawapan? Setiap kali tamat sesuatu topik ulangi teknik ini. Sudah pasti pelajar menjadi mahir menjawab mengikut cara skema pemarkahan. Contoh soalan dan skema jawapannya boleh dilihat di laman berikut dan http://motivasimodalinsanjuara.wordpress.com/2010/08/11/free-downloadlatihan-kimia-spm-bab-45-jadual-berkala-ikatan-kimia/ http://kimiaspmcemerlang.wordpress.com/grade-booster-a-set-1-set-6/ Banyak soalan boleh didapati percuma di internet. Sila lakukan search.

MUKA SURAT 7http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

http://teknikpintar.blogspot.com Score A Membina Generasi Keluarga Cemerlang

TEKNIK 2 MENENTUKAN JADUAL WAKTU ULANGKAJI SEMINGGU DAN MENENTUKAN PERATUS PENINGKATAN PENGUASAAN SETIAP BAB YANG TELAH DIPELAJARI Mengulangkaji adalah paling penting selepas pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelajar perlu menetapkan masa mengulangkaji setiap subjek dalam seminggu. Tentukan berapa lama satu slot ulangkaji. Contohnya satu slot ulangkaji bagi satu subjek ialah 40 minit. Tentukan juga bilangan slot ulangkaji bagi satu subjek dalam seminggu. Buat jadual ulangkaji mingguan segera. Pelajar boleh memberikan lebih slot ulangkaji kepada subjek ya