Quran Kaedah Qiraati
-
Upload
ahmad-firdaus-idris -
Category
Documents
-
view
525 -
download
57
description
Transcript of Quran Kaedah Qiraati
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYASEMESTER: 1, SESI 2011/2012KURSUS: IXGX6111 KAEDAH PENYELIDIKAN LANJUTANTUGASAN INDIVIDUPENYELARAS: PROFESOR MADYA DR. CHE ZARRINA BINTI SA'ARI.
1.0 TAJUK KAJIAN
PEMBELAJARAN AL-QURAN KAEDAH QIRĀATI DI PATANI:
PERANAN DALAM MEMBENTUK KANAK-KANAK MUSLIM.
2.0 PENDAHULUAN
Al-Quran adalah kitab yang dianggap sebagai perlembagaan bagi setiap orang
Islam. Ia adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, maka ia
penuh mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mempunyai kesucian yang dijamin
oleh Allah S.W.T sampai ke bila-bila masa.1
Al-Quran mempunyai kaedah dan cara mempelajarinya yang berbagai dan
berbeza. Perkara itu, tertakluk kepada maqasid pengajar dan pelajar. Sebagai contoh,
kalau maqasid belajar al-Quran itu untuk pandai membaca, maka kaedah yang selalu
digunakan adalah kaedah Baghdadi, Iqra’,2 Qirāati dan sebagainya.
Al-Quran telah menjadi satu tuntutan yang besar atas umat Islam supaya
mempelajarinya sehingga dapat difahami dan boleh mengamalkan apa yang disuruh
serta tinggalkan apa yang dilarang oleh al-Quran, itu untuk menghasilkan peribadi
Muslim yang teguh iman dan menyampai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.3
1 Mohd Faisal Mohamed, (2007), “Isu-isu kritikal dalam pendidikan Islam dan pendidikan Bahasa Arab”, Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari, h.35.2 Mohd Alwi Yusoff, Dr. Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed, (2003), “Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran”, Kolej Universiti Islam Malaysia, h.2.3 Drs. Shaleh, Abdul Rahman, (1969), “Didaktik Pendidikan Agama Di Sekolah Dasar Dan Petunjuk Mengajar Bagi Guru Agama”, Bandung: Penerbit PELADJAR Bandung, 33-34.
1
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pembelajaran al-Quran mengikut kaedah Qirāati, satu kaedah yang disusun untuk
memenuhi minat mereka yang suka untuk mengajar al-Quran dan mempelajarinya
melalui bentuk cara yang baharu. Kebanyakan kaedah pembelajaran al-Quran yang
selalu diguna ialah kaedah Baghdadiyah yang mempunyai asas utamanya ialah
mengenal huruf, mengenal baris dan mengenal bunyi huruf serta baris.4 Manakala
kaedah Iqra’ pula mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, iaitu: Bacaan terus tanpa analisis
dan dieja, penggunaan teks tertentu, teknik pengajaran cara belajar murid aktif
(CBMA), talaqqi mushafahah, tahap berasaskan pencapaian individu, tenaga
pembimbing/pembantu, praktis, sistematik, komunikatif dan kelenturan dan mudah.5
Pengajian al-Quran kaedah Qirāati pada awalnya disusun oleh Ustaz Haji Dahlan
Salim Zarkashi, beliau lahir pada tahun 1982 di Semarang Negeri Jawa Tengah
Indonesia. Pada awalnya iaitu tahun 1962 Ustaz Haji Dahlan Salim Zarkashi mengguna
kaedah Baghdadiyah dalam mengajar al-Quran bagi kanak-kanak di kampung beliau,
namun tidak memuaskan hati beliau kerana pelajar dapat baca al-Quran tidak lancar,
tidak kenal huruf dan tidak faham kaedah baca al-Quran. Kemudian beliau telah
membuat kajian terhadap kaedah Baghdadi dan mendapati bahawa kaedah ini bagus
untuk belajar menghafaz tetapi tidak bagus untuk belajar memahami cara baca al-Quran.
Kemudian beliau tukar cara mengajar al-Quran dengan mengguna kaedah yang lain
yang diguna di Indonesia, namun masih terdapat bahawa pelajar belum mampu
membaca al-Quran dengan betul, fasih dan memahami asas tajwid. Pada tahun 1963
beliau mulai menyusun model belajar membaca al-Quran satu set 5 buah dinamakan
“Model Belajar Baca al-Quran Qirāati”.
4 Ibid 2, h.2.5 Ibid 2, h.4-5.
2
Pada tahun 1965 al-Mukaram Tuan Guru Haji Muhammad, Sedayu Gresik wilayah
Jawa Timur orang pertama yang mengasaskan Tadika al-Quran di Indonesia. Pada tahun
1985 Ustaz Haji Dahlan Salim Zarkashi dapat pergi membantu mengajar al-Quran di
tadika al-Quran Tuan Guru Haji Muhammad yang mempunyai pelajar sebanyak 1,300
orang, yang ini menarikan beliau bersemangat untuk membuka Tadika al-Quran juga di
kampungnya. Selepas sebulan beliau dapat membuka Tadika al-Quran iaitu pada 1 Julai
1986. Tadika al-Quran Ustaz Haji Dahlan Salim Zarkashi dapat kejayaan dalam
mengajar baca al-Quran bagi kanak-kanak sehingga dapat sambutan yang penuh meriah
dari penduduk tempatan dan kawasan yang berhampiran serta ada ramai orang yang
berminat untuk mengkaji dan mempelajari tentang al-Quran datang melawat Tadika al-
Quran beliau.6
Kaedah pembelajaran al-Quran di Patani adalah sama dengan keadaan yang ada di
Indonesia, sehingga tahun 1998 Ustaz Suntorn Piawasan @ Abdullah Hasan dapat tarikan
dari kaedah yang dijalankan oleh Ustaz Haji Dahlan Salim Zarkashi, lalu beliau berfikir
untuk membangunkan pembelajaran al-Quran bagi kanak-kanak sekolah rendah di
wilayah Patani Selatan Thai, hal ini dapat dikembangkan lagi kepada pelajar sekolah
menengah tingkatan 1-3 dengan mengadakan seminar bawah tajuk “Pembangunan
Teknik Pembelajaran al-Quran Melalui Kaedah Qirāati”. Kegiatan itu telah mendapat
sambutan yang baik dari masyarakat orang Islam Patani, kerana ia dapat membaiki
pelajar dan pemuda yang tidak pandai membaca al-Quran pada masa 5-6 tahun yang
lalu, dapat menambahkan guru dan tempat belajar al-Quran yang berfungsi dalam
mengajar al-Quran dan dapat menggilakan kanak-kanan dan remaja dari hasutan dadah
yang semakin merebak di kawasan ini.7 Masyarakat Patani yang sudah tidak seperti
dahulu yang sentiasa berdiri di atas perpaduan dan salin tolong menolong antara satu
6 Suntorn Piawasan @ Abdullah Hasan, (2010), “Qiraati System Quranic Reading Instruction: Administration and Methodology”, Songkhla: Chan Muang Kanpim, h.12-15.7 Ibid 6, h. 6-7.
3
sama lain, maka dengan mempelajari al-Quran itulah dapat membentuk asas yang kukuh
semula sebagai bangsa yang cemerlang.8
4.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Dalam menghadapi kajian ini, terdapat beberapa permasalahan dalam kajian yang
perlu pengkaji memahami tentangnya supaya kajian yang akan dijalankan itu tidak
terpesong daripada tujuannya, maka permasalahan kajian adalah seperti berikut:
4.1 Bagaimanakah penerimaan kanak-kanak Muslim di Patani terhadap pembelajaran
al-Quran melalui kaedah Qirāati?
4.2 Sejauh manakah pelaksanaan pembelajaran al-Quran melalui kaedah Qirāati
menarik minat kanak-kanak di Patani dalam mempelajari al-Quran?
4.3 Apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk mengangkat taraf pembelajaran
al-Quran melalui kaedah Qirāati yang berkesan dan berjaya?
4.4 Apakah masalah-masalah serta cadangan-cadangan yang telah disediakan dalam
pembelajaran al-Quran melalui kaedah Qirāati?
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan penulisan ini, pengkaji melihat perlunya satu kajian untuk mencari
kenyataan bagi memenuhi keperluan tentang cara dan pelaksanaan kaedah pembelajaran
al-Quran melalui sistem “Qirāati” dalam membentuk kanak-kanak Islam di Patani.
Agar kajian ini boleh dimanfaatkan oleh para pembaca dan pengkaji juga kepada
8 Mohd Shahrizal Nasir, (2009), “Perpaduan Kukuh Asas Bentuk Bangsa Cemerlang”, Berita harian, Tarikh 29 April.
4
mereka yang berkaitan dalam menjalankan tugas mendidik kanak-kanak di Patani
Selatan Thai, Juga boleh menjadi panduan dalam memahami dan menghayati amalan
membina kanak-kanak dalam mempelajari al-Quran dengan cara yang lebih berkualiti
dan berfungsi pada hari akan datang insha Allah. Objektif dalam kajian ini akan menjadi
panduan oleh pengkaji untuk memastikan kajian yang dilakukan supaya tidak terkeluar
dari garisan dam matlamat yang telah ditetapkan. Antaranya ialah:
5.1 Mengenal pasti tahap penerimaan kanak-kanak Muslim di Patani terhadap
pembelajaran al-Quran melalui kaedah Qirāati.
5.2 Meninjau pelaksanaan pembelajaran al-Quran melalui kaedah Qirāati, tarikannya
terhadap minat kanak-kanak di Patani dalam mempelajari al-Quran.
5.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang boleh membantu untuk mengangkat taraf pusat
pembelajaran al-Quran sistem “Qirāati” yang berkesan dan berjaya.
5.4 Mencadangkan langkah-langkah ke arah mempertingkatkan tahap pengiktirafan
taraf pusat pembelajaran al-Quran sistem “Qirāati” di kawasan ini khususnya dan
ke seluruh dunia Islam secara umum.
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini boleh dimanfaatkan oleh beberapa pihak seperti berikut:-
6.1 Guru-guru pusat pembelajaran al-Quran;
Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan maklumat kepada guru-guru di
institusi Islam tentang kepentingan pelaksanaan aktiviti pembelajaran al-Quran melalui
5
kaedah yang lebih berkesan. Pembinaan kajian ini juga diharap dapat memudahkan
guru-guru pusat pembelajaran al-Quran menjalankan aktiviti pengangkatan taraf ke atas
pusat pembelajaran al-Quran mereka. Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru
mengesan kelemahan pusat pembelajaran al-Quran dari peringkat awal. Pencapaian
tinggi yang akan diperoleh oleh institusi pengajian al-Quran adalah merupakan
dorongan kepada para guru untuk melaksanakan aktiviti membina pembelajaran al-
Quran. Justeru itu, akan berlaku peningkatan prestasi dan pencapaian institusi Islam
dalam membina masyarakat. Kefahaman asas dapat institusi Islam dibina dengan kukuh,
pemupukan minat, penyesuaian persekitaran dan membentuk keyakinan diri institusi.
6.2 Ibu bapa kanak-kanak Islam;
Kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dapat dimaklumkan kepada mereka agar
usaha-usaha luar seperti sokongan dan kerjasama ibu bapa pelajar terhadap pusat
pembelajaran al-Quran itu mampu dijalankan dengan baik dengan cara yang susuai lagi
lebih berkesan. Juga ibu bapa pelajar yang sibuk dengan kerja boleh mencari tempat
belajar al-Quran untuk anaknya dengan tidak susah lagi.9
6.3 Kanak-kanak Islam;
Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan untuk merancang aktiviti-aktiviti yang
sesuai dalam rangka peningkatan prestasi pelajar dan juga pusat pembelajaran al-Quran
dalam membina modal insan menuju tahap pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi.
Dan boleh menarik minat pelajar untuk lebih suka mempelajari al-Quran sehingga dapat
mengelakkan mereka dari suasana yang tidak dikehendaki.
9 Ibid 6, h.8.
6
6.4 Jabatan kerajaan yang berkaitan;
Dapatan kajian ini berharap dapat membantu pihak-pihak tertentu seperti dalam
usaha memberi pendedahan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tentang pelbagai
sumbangan terkini yang selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam dunia
pendidikan semasa. Perkara ini telah pun dapat perhatian yang luaian dari jabatan
pendidikan rendah dengan menyumbang sebanyak RM 8,000 untuk mengadakan
seminar kaedah mengajar al-Quran di Universiti Songkla Nakharin Patani pada tahun
1990.10
6.5 Masyarakat persekitaran;
Dapatan kajian ini diharap dapat menyedarkan ahli masyarakat dalam memberi
peduli dan ambil berat terhadap pembelajaran al-Quran di kawasan kampung halaman
mereka supaya mampu di bangun dan dihayati dengan apa yang selayaknya.
7.0 SKOP KAJIAN
7.1 Kawasan kajian
Kajian ini akan dijalankan di 3 buah pusat pengajian al-Quran mengikut kaedah
Qirāati yang ada di wilayah Patani, Selatan Thailand. Iaitu 1) Pusat Pengajian Quran
Qirāati, Mukim Jambu, Daerah Jering, Wilayah Patani. 2) Markaz Lughah al-Quran,
Pohon setar, Tempat 5, Mukim Yarang, Daerah Yarang Wilayah Patani, Pokod 94160.
10 Ibid 6, h.7.
7
3) Madrasah Qirāah Qurāniah, Bukit Wang, Tempat 3, Mukim Trang, Daerah Mayo,
Wilayah Pattani, Poskod 94140, Selatan Thailand.
7.2 Responden
Kajian ini mempunyai 165 orang responden yang terdiri dari 2 kategori iaitu:
Pertama, terdiri daripada 15 orang guru al-Quran kaedah Qirāati 3 orang mudir dan 12
orang guru. Responden guru akan dipilih 5 orang dari satu-satu pusat pengajian Quran
yang tersebut di atas. Kedua, terdiri dari pada 150 pelajar dari pusat pengajian al-Quran
itu juga dengan dipilih 50 orang dari satu-satu pusat pengajian Quran yang tersebut.
8.0 DEFINISI TAJUK
Pembelajaran al-Quran mempunyai beberapa konsep yang penting antaranya;
Konsep dalam mengenal hakikat al-Quran, kaedah pendidikan dalam al-Quran dan
konsep perlaksanaan pendidikan al-Quran. Kajian ini akan dilakukan berkaitan dengan
kaedah-kaedah pengajaran al-Quran masa kini melalui kaedah Qirāati.
Kajian akan membincang tentang kaedah pembelajaran al-Quran “Qirāati” dari
sudut tarikan, cara pelaksanaan dan peranannya dalam membentuk keperibadian kanak-
kanak Muslim sehingga penyelesaiannya terhadap masalah tidak pandai membaca al-
Quran, kekurangan guru al-Quran, tempat mengajar dan pengelakan kanak-kanak dari
sifat dan sikap yang tidak dikehendaki oleh Islam.11
9.0 ULASAN KAJIAN LEPAS
Azarudin Awang, Azman Che Mak, Ahmad Nazuki @ Marzuki Yaakub, (1985),
“Tahap Pembacaan Al-quran Dalam Kalangan Pelajar Di UiTM Terengganu”,
Terengganu: UiTM, AJTLHE Vol.3, No.2, h.83-100. Adalah satu kajian untuk
mengenal pasti sejauh mana kemampuan pelajar UiTM Terengganu membaca al-Quran.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kualitatif. Maklumat diperoleh dari 500
11 Ibid, h.7-8.
8
orang pelajar diploma tahun akhir sebagai responden. Hasil kajian menunjukkan
bahawa jumlah pelajar yang mampu menguasai membaca al-Quran secara asas adalah
sederhana, dan yang mampu menguasai secara berlagu dan bertajwid adalah ramai yang
agak lemah.
Drs. Shaleh, Abdul Rahman, (1969), “Didaktik Pendidikan Agama Di Sekolah
Dasar Dan Petunjuk Mengajar Bagi Guru Agama”, Bandung: Penerbit PELADJAR
Bandung. Adalah buku yang disusun berdasarkan rencana pelajaran Pendidikan Guru
Agama lengkap 6 tahun. dalam babnya ditambah petunjuk-petunjuk secara praktis bagi
calon guru dan guru agama dalam menghadapi tugas kewajipan mereka.
Ety Kustivi, (2008), “Penerapan Metode Pembelajaran Membaca-Menulis Al-
Qur’an Dalam Meningkatkan Pemahaman Baca Al-Qur’an Pada Anak”, Malang:
Universiti Islam Negeri (UIN). Adalah sebuah disertasi yang diajukan untuk memenuhi
pensyaratan strata sarjana pendidikan Islam di Universiti itu. Kandungannya dibahagi
kepada 6 bab yang mencakupi segala kaedah penyelidikan.
Khoirun Nisa’, (2010), “Upaya Guru Pendidikan Agama Islam Dalam Mengatasi
Kesulitan Belajar Membaca al-Quran Pada Siswa Kelas X Di SMA Negeri 1 Malang”,
Malang: Universiti Islam Negeri (UIN). h.18. Adalah skrip yang dilakukan untuk
mengetahui tahap keupayaan guru pendidikan agama Islam dalam mengatasi kesulitan
belajar membaca al-Quran pada siswa kelas X di SMA Negeri 1 Malang. Kajian ini
memperoleh data melalui metode deskriptif kualitatif, observasi, interview dan
9
dokumentari. Hasil dari kajian menyatakan bahawa guru Pendidikan Agama Islam
semestinya berprofesional dalam bidangnya dan sudah menunjukkan hasil yang baik.
Laila Annisa, (2009), “Emplementasi Metode Tilāwati Dalam Pembelajaran al-
Quran”, Malang: Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrāhim, h.18. adalah sebuah
skrip yang ditulis supaya mendapat ijazah sarjana, jurusan pendidikan agama Islam,
fakulti Tarbiah. Skrip ini menulis tentang metode Tilawatil sebagai buku panduan
belajar membaca al-Quran. Skop kajian ini dilakukan di SPM Taman Siswa Malam.
Metode pengumpulan maklumat kajian ini melalui Observasi, Wawancara dan
dokumentasi. Cara analisis data pula melalui teknik deskriptif kualitatif. Hasil kajian
menyatakan bahawa guru Tilāwati hendaknya lebih aktif, kreatif, penuh inisiatif dalam
memanfaatkan media belajar, melaksanakan perencanaan evaluasi, serta selalu
meningkatkan kualiti mengajar para instruktur tilawati.
Mohd Aderi Che Noh, (2009), “Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru Di Sekolah Menengah Harian Malaysia”, Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia, Journal of Islamic and Arabic Education 1(1), h.57-
72. Adalah satu artikel yang ditulis untuk memaparkan kajian berkaitan persepsi guru
pendidikan Islam tentang amalan tilawah al-Quran. Kajian ini menggunakan 257
responden dari kalangan guru pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan skala likert
lima mata dalam membuat soal selidik dan mengguna statistik deskriptif dalam
10
mendapatkan maklumat. Hasil dari kajian ini terdapat bahawa guru pengajian Islam
sepatutnya sentiasa berusaha menambahbaikkan pengajaran tilawah al-Quran dengan
cara yang lebih berkualiti.
Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad Tarmizi, (2009), “Persepsi Pelajar
Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-quran”, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93-109. Adalah satu artikel bertujuan
untuk menjelaskan tentang Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah al-
Quran bahagian bacaan. Kajian ini mempunyai 1651 responden dari pelajar tingkatan
dua yang dipilih secara rawak. Kajian menggunakan skala likert lima mata dalam
membuat soal selidik dan mengguna statistik deskriptif dalam mendapatkan maklumat.
Hasil dari kajian ini terdapat bahawa guru pendidikan Islam perlu mempertingkatkan
kemahiran pengajaran tilawah al-Quran dengan cara yang paling efektif.
Mohd Alwi Yusoff, Dr. Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed, (2003),
“Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al-Quran”, Kolej
Universiti Islam Malaysia. Adalah satu kertas kerja yang mengandungi huraian tentang
pembelajaran al-Quran di kalangan masyarakat Melayu, pengajian al-Quran kaedah
Iqra’, masalah yang dihadapi oleh guru dan penyelesaiannya dan disediakan satu
rumusan dan cadangan pada akhir kertas kerja ini.
Mohd Faisal Mohamed, (2007), “Isu-isu kritikal dalam pendidikan Islam dan
pendidikan Bahasa Arab”, Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. Adalah satu bab dalam
buku ini, iaitu bab “Pendidikan al-Quran Dalam Pembinaan Generasi Hadhari”. Ia
menyatakan tentang pengenalan al-Quran sebagai wahyu, kewajipan dan kepentingan
al-Quran, falsafah pendidikan al-Quran dan pembangunan generasi baharu.
Suntorn Piawasan @ Abdullah Hasan, (2010), “Qiraati System Quranic Reading
Instruction: Administration and Methodology”, Songkhla: Chan Muang Kanpim.
11
Adalah sebuah buku yang disusun untuk mereka yang berminat untuk mengajar al-
Quran melalui kaedah Qirāat, kandungannya adalah membinakan teori untuk
pelaksanaan, kandungannya dibahagi kepada 14 bab tersurat tentang sejarah Kiraati,
pengurusan tadika Qirāat, mendisiplinkan pelajar, pengajian secara sistematik, teknik
dan taktik mengajar al-Quran dan sebagainya.
Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, P.M DR Hussin bin Salamon, Ustaz Azmi
Shah bin Suratman, Ustaz Sulaiman Shakib bin Mohd Noor, Ustaz Kamarul Azmi bin
Jasmi, Ustaz Abdul Basid bin Samad@ Darawi, (2005), “Sistem Pembelajaran Dan
Kaedah Hafazan al-Quran Yang Efektif”, Universiti Teknologi Malaysia. Adalah satu
penyelidikan untuk melihat dan mengkaji sistem pembelajaran dan kaedah hafalan al-
Quran yang Efektif, ia dilakukan di Kuala Lumpur dan Madrasah Quran, Kubang
Bujuk, Terengganu, ia dilakukan melalui kaedah soal selidik dan temu bual dan analisis
data mengikut kaedah penyelidikan yang betul.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
8.1 Pendahuluan.
Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif tentang pembelajaran al-Quran di Patani
melalui kaedah Qirāati: Peranan dalam membentuk kanak-kanak Muslim. Berdasarkan
tujuan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai metodologi yang diguna
oleh pengkaji semasa menjalankan kajian, instrumen kajian dan tatacara pengumpulan
data.
12
8.2 Bentuk Kajian.
Kajian ini merupakan satu tinjauan dan menggunakan penilaian formatif. Data
kualitatif diperoleh melalui pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar al-Quran kaedah
Qirāati dan melalui temu ramah bersama pengarah pusat pengajian al-Quran Kaedah
Qirāati Wilayah Patani semasa proses menjalankan kajian. Penyelidik berandaian
bahawa pembelajaran al-Quran kaedah Qirāati ini dapat memberi kesan yang
memuaskan dalam membentuk kanak-kanak Muslim di Patani secara umumnya.12 Ini
berdasarkan pencapaian dari kajian perpustakaan dan pemerhatian kegiatan mereka
yang berkenaan dalam hal ini.
8.3 Populasi dan Sampel Kajian.
Dalam menjalankan kajian ini, sampel yang digunakan ialah pelajar-pelajar
Markadh Lughah al-Quran, Yarang, Patani Selatan Thai. Bilangan sampel yang dikaji
ialah seramai 60 dari 175 orang atau 30% yang dipilih terdiri daripada dua kumpulan
pelajar iaitu 30 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar perempuan.
8.4 Instrumen Kajian.
Terdapat tiga instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu;
8.4.1 Perpustakaan.
Instrumen ini dilakukan oleh penyelidik melalui kaedah analisis dokumentasi
seperti dokumen yang dibagi oleh pengarah Markadh Lughah al-Quran, Yarang, Patani.
Buku yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang
didapati dari perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Dan dapat juga
12 Ismail Sulaiman Samoh, ( 2011), “Pembelajaran Al-quran Kaedah Qirāati Di Patan”i: Peranan Dalam Membentuk Kanak-kanak Muslim, Temubual, 7 Oktober.
13
dari jurnal-jurnal ilmiah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran
yang boleh muat turun dari laman sesawang.
8.4.2 Pemerhatian.
Instrumen ini dijalankan secara tidak langsung sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan para pelajar di institusi pengajian al-Quran itu. Dan kaedah
pemerhatian ini dapat dilakukan oleh penyelidik dengan tidak penyertaan dan kawalan
terhadap kanak-kanak di beberapa tempat yang mengadakan pembelajaran al-Quran
melalui kaedah Qirāati.
8.4.3 Soal selidik.
Soal selidik juga merupakan satu instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat di mana pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada 15
orang guru dari 3 pusat pengajian al-Quran kaedah Qirāati untuk menjawab. Soal
selidik dilakukan terhadap sampel untuk mengetahui tahap pemahaman dan
pengalaman mereka terhadap peranan membentuk kanak-kanak Muslim melalui
pembelajaran al-Quran kaedah Qirāati.
8.5 Prosedur Pengumpulan Data
1. Sebelum penyelidikan dijalankan, penyelidik perlu memohon pengesahan tajuk
daripada penyelia di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
2. Pengkaji akan memberikan borang soal selidik kepada para guru di 3 pusat pengajian
al-Quran kaedah Qirāati untuk mengukur kefahaman, sikap dan persepsi mereka
terhadap peranan pembelajaran al-Quran kaedah Qirāati.
14
3. Pemerhatian pula akan dilakukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung untuk melihat sikap dan tingkah laku pelajar yang lahir dari peranan
pembelajaran al-Quran kaedah Qirāati.
4. Pengkaji juga akan menjalankan temu bual bersama dengan sampel iaitu ketua
persatuan Qirāati Wilayah Patani dan dia adalah pensyarah istimewa Qirāati yang
berpengalaman 6 tahun dan juga dengan pengurus pusat pembelajaran al-Quran yang
telah tersebut pada skop kajian.
8.6 Prosedur Analisis Data
Penganalisisan data menggunakan analisis kuantitatif dan kualitatif. Bagi tujuan
ini dua bentuk ujian telah diadakan iaitu soal selidik berstruktur yang sudah
menyediakan jawapan untuk responden menjawab13dan temu bual juga diguna secara
berstruktur. Maklumat yang diperoleh daripada borang soal selidik, temu bual dan hasil
pemerhatian dianalisis dengan menggunakan data kuantitatif dan kualitatif. Hasil
analisis yang diperoleh ini akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Dalam kaedah
kuantitatif, penyelidik membuat penganalisisan berdasarkan daripada dua kumpulan
pelajar iaitu75 orang pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan di 3 buah pusat
pembelajaran al-Quran kaedah Qirāati, wilayah Patani Selatan Thai.
8.7 Rumusan
Dalam bab ini, pengkaji menggambarkan proses pelaksanaan kajian yang berkaitan
dengan reka bentuk kajian, sampel dan populasi, instrumen kajian dan prosedur
pengumpulan data. Hasil analisis dari ujian soal selidik boleh digunakan sebagai rujukan
oleh orang yang berkaitan dalam bidang pembelajaran dan pengajaran al-Quran di
kalangan Masyarakat Islam untuk menjalankan pemulihan selanjutnya.
13 Ahmad Sunawari Long, (2009), “Pengenalan Metodologi Penyelidikan Islam”, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, h.66.
15
9.0 PECAHAN BAB
Bab 1: Pengkaji akan mengisi pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, ulasan kajian lepas dan
metodologi kajian.
Bab 2: Pengkaji akan menurun padanya kerangka teori yang menjadi asas kepada kajian
yang akan dijalankan. Maka pengkaji akan menyatakan tentang latar belakang
kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diguna dalam
masyarakat Islam, Pembangunan pusat pengajian Qirāati, tujuan dan sistem
pelaksanaannya.
Bab 3: Pengkaji akan memuat turun berkaitan dengan fokus utama kajian. Di sini akan
dinyatakan berkaitan dengan sistem pengajian al-Quran kaedah Qirāati di Patani,
teknik dan taktik pelaksanaannya dalam mengajar, pengelasan pelajar, kurikulum
mengajar dan sistem penilaiannya.
Bab 4: Pengkaji akan menyatakan tentang penemuan dan penganalisis maklumat yang
didapati dari kajian. Maka di sini akan menyatakan mengenai maklumat yang
dapat dari temu ramah, soal selidik, pemerhatian dan dokumen-dokumen yang
dapat semasa menjalankan kajian.
Bab 5: Pengkaji akan pengakhiran kajian dengan membuat rumusan kenyataan masalah
yang didapati semasa membuat kajian dan akan di ikuti dengan cara
penyelesaian buat sebagai cadangan.
10.0 PERANCANGAN MASA DAN BELANJAWAN
Kajian ini akan menjalankan beberapa langkah aktiviti mulai dari pembinaan
tajuk sehingga dapat menulis laporan awal sampai laporan akhir. Jadual kerja kajian ini
dirangka berdasarkan kepada keupayaan penyelidik, kos yang ditanggung dan tempoh
16
penyerahan laporan.14 Berikut ini adalah jadual perancangan masa yang diguna dalam
proses kajian ini:
Tahun Sesi: 1 2011/2012 Bulan dan Minggu
Aktiviti Projek Oktober November Disember Januari1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Ulasan keputusan penyeliaPengumpulan data sekunderBengkel awalanKajian lapanganMemasukkan data ke komputerMenganalisis dataBengkel pertengahanMenulis draf laporanBengkel akhir projekMenulis laporan akhir
Belanjawan untuk penyelidikan
Tahun akademi 2011/2012
NO PERBELAJAAN RM1 Alatan dan bahan cetakan 171
Kertas A4 Putih (1 rim x RM 11) 11Toner Pencetak (1 unit x RM 250) 250Alat tulis dan buku catatan 10
2 Bayaran Honorarium 25Cenderamata untuk Responden ( 20 set x RM1) 20Cenderamata untuk Pembantu penyelidik 5
3 Pengangkutan 120Elaun Perjalanan (1 kali X RM 60 X 2 kali) 120
4 Himpun 316
11.0 PENUTUP
Pembelajaran al-Quran merupakan suatu perkara yang penting dalam
mewujudkan sebuah masyarakat yang aman, damai dan makmur. Ia telah dilakukan
14 Ahmad Sunawari Long, (2009), “Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam”, Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia, h.46.
17
sejak al-Quran diturunkan, Nabi S.A.W dapat mengajar para sahabatnya dan diajar
berturun temurun dari zaman ke zaman sehingga ke hari kiamat. Pembelajaran al-Quran
mempunyai kaedah yang berbagai yang disusun oleh para ulama yang dahulu serta
diperbaiki oleh ulama yang terkemudian untuk mendapat dan penghasil cara-cara atau
metode yang lebih sesuai dan berkesan. Sama ada kesan dalam sesi bacaan, hafalan,
pemahaman dan kesan dalam membentuk ahli masyarakat yang stabil dan direḍai Allah.
18