Qawaid Al Fiqhiyyah

68
Qawaid Fiqhiyyah القواعد الفقهيةQAWAID FIQHIYYAH Hj. Mohd Qary Abd Ghapar Al-Tantawy Mesry Qawaid Fiqhiyah Hj. Mohd Qary Al-Tantawy Mesry Al-Kelantani 1

Transcript of Qawaid Al Fiqhiyyah

Page 1: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

القواعد الفقهية

QAWAID

FIQHIYYAH

Hj. Mohd Qary Abd Ghapar Al-Tantawy Mesry

Qawaid FiqhiyahHj. Mohd Qary Al-Tantawy Mesry Al-Kelantani

1

Page 2: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Cetakan Pertama……........................................ Julai 2003

© Hak cipta terpelihara.Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,

disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara

elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman ataupun sebaliknya, tanpa izin terlebih dahulu dari pihak penulis.

Designer :Al Azhar Media Enterprise

Izin Terbit :

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir( PMRAM )

2

Page 3: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

SENARAI KANDUNGAN

Mukasurat

Muqaddimah

KAEDAH KULLIYYAH DI DALAM ILMU FEQAH

Kaedah Pertama :

TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA

(المور بمقاصدها)

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat

b. Pengertian Niat

• Dari Segi Bahasa

• Dari Segi Istilah

c. Masalah Meniatkan Farfdhu Pada Zakat

d. Tersalah Pada Penentuan (تعيين)

e. Penentuan Niat Dan Masanya

f. Waktu Niat

g. Niat Zakat

h. Niat Qurban

i. Permulaan Niat

j. Masalah Kinayah Thalak (Cerai)

k. Ibadah Yang Banyak Mengandungi Perbuatan

l. Tempat Niat

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat

n. Berazam Melakukan Maksiat

o. Syarat Niat

p. Berkenaan Dengan Pahala

q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat

r. Masalah Taraddud (Keraguan)

s. Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat

t. Ta'lik Pekerjaan Dengan Insya Allah

u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain

7

9

10

13

13

13

16

16

17

18

18

18

19

19

19

20

20

20

21

23

23

24

25

26

27

27

3

Page 4: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

w. Menuntut Ganti Pada Niat

Kaedah Kedua :

KEYAKINAN TIDAK DAPAT DIHILANGKAN

OLEH KERAGUAN (اليقين ل يزال بالشك)

Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini

• Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan

Sebelumnya (الصل بقا‘ ما كان علي ما كان)

• Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada

Tanggungjawab (الصل برأة الذمة)

• Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru

Mendatang Itu Tiada (الصل في المور العارضة العدم)

• Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan

Masa Yang Paling (الصل غي كل حادث تقديره بأقرب زمن)

• Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat (الصل في الكلم

(الحقيقة

Kaedah Ketiga :

KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN (المشقة

(تجلب التيسير

a. Al-Masyaqqah Dari Segi Bahasa

b. Masyaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada

Keringanan

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan

Hukum Rukhsah

d. Pembahagian Rukhsah

Kaedah Keempat :

KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU DIHINDARKAN (

(الضرورة يزال

a. Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini

• Dharurat Mengharuskan Tegahan (الضرورة تبيح

(المحظورات

• Dharurat Dikira Mengikut Keadaannya (الضرورة تقدر

(بقدرها

Kaedah-Kaedah Yang Terbit Daripada Kaedah Ini Pula :

1. Ditanggung Kemaslahatan Khusus Untuk Menolak

28

29

31

31

33

36

38

41

46

48

49

49

52

55

56

56

58

59

4

Page 5: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kemaslahatan Umum

2. Kemudharatan Yang Lebih Besar Dihilangkan

Dengan Kemudharatan Yang Lebih Ringan

3. Apabila Bertentangan Di Antara Dua Kerosakkan

Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih

Ringan

4. Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan

Kemudharatan

5. Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada

Menarik Kemaslahatan

6. Hajat Menepati Dharurat

- Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat

Kaedah Kelima :

ADAT YANG DIAKUI (العادة محكمة)

a. Pengertian Adat

b. Dalil Kaedah

c. Pembahagian 'Uruf Dan Adat

d. Kedudukan 'Uruf Dan Adat Dari Segi Hujjah

e. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha

• Kegunaan Adat Seperti 'Uruf

• Khilaf Ulama Tentang Menetapkan Adat

• Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah

Ini

f. Syarat Diiktibar Dengan 'Uruf Dan Adat

g. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini

Senarai Bahan Rujukan

61

63

64

66

68

69

71

71

73

74

75

75

76

78

79

82

86

87

5

Page 6: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

MUQADDIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله الذي أسس قواعد الحكام علي مصالح

النام والصلة والسلم علي رسول الله محمد وآله

وأصحا به الكرام Dengan penuh rasa ikhlas dan tawaduk kepada Allah

Subhanahu wata'ala, saya telah berusaha menyusun buku (

siri pertama mengenai pembelajaran kaedah-kaedah (القواعد الفقهية

feqah yang diambil dari kitab-kitab muktabar di dalam Islam yang

membahaskan kaedah-kaedah feqah Islam.

Untuk menyusun buku ini bukanlah mudah kerana

memandangkan buku-buku yang membahaskan kaedah-kaedah ini

kebanyakannya di dalam bahasa Arab maka menjadi susah kepada

kita untuk memahaminya. Dengan pertolongan serta hidayah Allah

swt kesukaran tersebut dapat diatasi, gaya bahasa terjemahan

kaedah yang dikemukakan di dalam buku ini adalah satu perkara

yang baru kerana setakat ini buku yang membahaskan tentang

kaedah feqah jarang sekali saya dapati di Malaysia yang

menggunakan bahasa Melayu. Seandainya terdapat kekurangan di

dalam buku ini saya amat berharap sidang pembaca membuat

teguran yang baik dan membina agar ianya dapat memantapkan

lagi tentang pengkajian saya ini.

Setelah di fikirkan dengan teliti, saya dengan usaha yang

murni untuk menerbitkan buku ini dengan beberepa sebab.Di

antaranya:

Pertama : Agar memberikan satu manfaat yang baik untuk diri

saya.

Kedua : Bagi mereka yang kurang memahami Bahasa Arab,

mudah-mudahan buku ini dapat dijadikan panduan yang

bermanfaat.

6

Page 7: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Telah menjadi kewajipan kepada ulama dan mereka yang

tahu tentang agama agar menjaga keharmonian agama Islam dan

agar memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat sebagaimana

sabda nabi Saw:

من يريد آلله به خيرأ يفقه فى آلدين ) ) Maksudnya: Barang siapa yang Allah kehendaki

seseorang itu dengan kebaikan nescaya diberikan (oleh Allah)

akan kefahaman di dalam agama.

Saya amat bersyukur kepada Allah yang telah

menganugerahkan pertolongannya bagi menyiapkan hasil karya

yang tidak seberapa ini, mudah-mudahan buku ini mendapat berkat

daripadanya dan saya memohon perlindungan Allah supaya

dijauhinya sebarang bentuk pemikiran yang sesat dan bid'ah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Hj. Nukman Bin Che Amin

Kaherah

KAEDAH KULLIYYAH ( كلية )

DI DALAM ILMU FEQAHMakna ( القاعدة ) di dalam bahasa Arab ialah asas. Dan di

dalam istilah pula sebagaimana yang telah disebut oleh Tajul as-

Subki القاعدة :المر الكلي الذى ينطبق عليه جزئيات ertinya: Perkara pokok

yang dipraktikkan ke atas perkara-ranting atau cawangannya.1

Maudhu' kaedah feqah ialah perbuatan mukallaf dan objeknya

ialah hukum syara'. Misalnya اليقين ل يزال بالشك keyakinan tidak dapat

dihilangkan oleh syak dan sebagainya.

Oleh kerana masalah-masalah cawangan feqah begitu

banyak maka perlulah dibuat penentuan dan penetapan ini dengan

kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip yang tertentu, dan tugas

pengkaji pula perlulah memahami kaedah-kaedah tersebut dan

mengetahui dalil-dalil kerana masalah feqah semuanya kembali

kepada kaedah-kaedah yang tertentu.

1 Al-Fawaidul Janiah, muka surat : 76

7

Page 8: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Sebahagian ulama feqah mengembalikan segala masalah

cawangan kepada lima kaedah dan setengah daripadanya

mengatakan lebih daripada itu. Menurut pendapat pertama tiap-tiap

satu kaedah itu di bahagikan pula kepada beberapa cawangan dan

tiap-tiap cawangan itu di masukkan pula masalah cawangan yang

serupa dengannya.

بسم الله الرحمن الرحيم

Kaedah Pertama:

TIAP-TIAP PERKARA MENGIKUT TUJUANNYA

(المـور بمقاصـدها)

Ertinya: Tiap-tiap perkara itu mengikut tujuannya (apa yang di

kehendaknya). Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah hadis yang di

riwayatkan oleh Imam al-Bukhori, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan

an-Nasai daripada Sayyidina Umar R.A.

(انما العمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى)

Maknanya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut)

dengan niat (yang dikehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap

seseorang menurut mengikut niatnya.

Imam al-Baihaqi telah meriwayatkan hadis ini daripada Anas R.A:

ل عمل لمن ل نية له

Ertinya: Tidak dikira amalan mereka yang tidak mempunyai niat.

Al-Syihab telah meriwayatkan hadis:

نية المؤمن خير من عمله

Ertinya: Niat seseorang mukmin itu lebih baik daripada amalannya.

8

Page 9: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Imam as-Syafie, Ahmad ibnu Hanbal, Abdul Rahmn Al-

Mahdi, al-Daruqutni dan lainnya bermuafakat bahawasanya hadis

ini merupakan asal bagi kaedah yang merangkumi satu pertiga

ilmu. Imam Syafie menegaskan bahawa hadis ini merangkumi satu

pertiga ilmu sebagaimana yang dinaqalkan oleh al-Buwaiti2.

Al-Baihaqi3 menjelaskan bahawa hadis tersebut

merangkumi satu pertiga ilmu kerana memandangkan usaha

manusia tidak sunyi daripada tiga perkara, iaitu hati, lidah dan

anggota badan, maka niat termasuk di dalam salah satu daripada

tiga yang tersebut.

Kaedah ini berpecah pula kepada beberapa kaedah di

antaranya bahawa yang diiktibarkan di dalam aqad ialah tujuan dan

makna, tidak kepada lafaz dan perkataan.

4(ان العبرة في العقود للمقاصد والمعاني ل لللفاظ والمبانى)

Maka hendaklah digunakan perkataan yang tertentu bagi sesuatu

aqad supaya niatnya menjadi sah dan dikira oleh syara'.

Kaedah ini menerbitkan pula dasar larangan membuat aqad

untuk mencapai kepada tujuan yang bertentangan dengan

perkataan atau sifat aqad seperti jual beli yang mengandungi riba.

Atau pun aqad nikah yang ditujukan kepada semata2 tahlil

sebagaimana sabda nabi SAW:

لعن ال المحلل والمحلل لهErtinya : Telah melaknat Allah swt orang yang muhallil dan orang

yang ditahlilkan kepadanya.

Maka nikah tersebut dikira fasad iaitu rosak, tetapi ada

pendapat ulama mengatakan bahawa aqad tersebut sah sekiranya

tidak disebut syarat tahlil di dalam aqad.

2 Abu Ya'kub Yusuf al-Qurasyi al-Misri3 Al-Imam al-Hafiz al-'Alim Abu Bakr al-Hasan al-Baihaqi4 Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 207, Majallah al-Ahkam, juz 1/18

9

Page 10: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Banyak dalil-dalil syara' dan prinsipnya menyokong

bahawa qhasad atau niat semasa aqad atau di dalam aqad sangat

penting kerana qhasadlah yang memberi kesan sah atau

tidak(tentang amalan itu).

Halal atau haram itu semuanya terpulang kepada niat,

sebagai contohnya seperti binatang sembelihan apabila disembelih

semata-mata untuk dimakan hukumnya halal tetapi sebaliknya jika

sembelihan itu kerana selain daripada Allah swt. Begitu juga

diharamkan orang yang memerah buah anggur terhenti di atas

niatnya, tetapi jika diniatkan untuk membuat cuka diharuskan

kerana berpandukan kepada sabda Nabi SAW:

انما العمال بالنيات وانما لكل امرىء ما نوى

Maksudnya: Sesungguhnya segala amalan itu (dikira menurut)

dengan niat (yang di kehendaki) dan sesungguhnya bagi tiap-tiap

seseorang dikira mengikut niatnya.

Sabda Nabi SAW itu bercorak umum yang mana

merangkumi ibadat, muamalat dan lain-lainnya dan di antara

kaedah-kaedah yang terbit daripada kaedah tersebut bahawa tidak

ada pahala dan seksa melainkan dengan niat dan qhasad

walaupun tidak dilaksanakan. Sebagai contohnya, orang yang tidak

dapat menghadiri majlis ilmu disebabkan keuzuran maka ia

mendapat pahala juga.

Imam-imam mazhab memandang tinggi kepada hadis

tersebut, kata Abu Ubaidah tidak ada di dalam hadis-hadis nabi

saw yang lebih lengkap daripada hadis ini.

a. Perkara-Perkara Yang Memerlukan Kepada Niat

Tujuan yang paling penting bagi niat antaranya ialah untuk

membezakan di antara ibadat dan adat5 seperti berwuduk dan

mandi, kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan

menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.

5 Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah,ms : 11, al-Mawahib al-Saniyyah 'Ala al-Faraidil Bahiyyah, ms : 122

10

Page 11: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya adakala nya

untuk mejaga badan dan sebagainya. Begitu juga dengan duduk

didalam masjid adakalanya untuk beribadat, beristirehat dan

sebagainya.

b. Pengertian Niat

Dari segi Bahasa ialah : (العزم على الشيء) bercita-cita di atas sesuatu6.

Manakala dari segi Istilah Ulama Feqah :

(قصد الشىء مقترنا بالفعل)

Maknanya: qasad sesuatu disertai dengan niat.

Dari keterangan tersebut wujud beberapa permasalahan,

antaranya:

Pertama: Tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin

menjadi adat atau tidak wujud kesamaran dengan yang lain seperti

beriman kepada Allah, membaca al-Quran, berzikir dan

sebagainya. Ini kerana perkara-perkara tersebut berbeza dari segi

bentuk dengan yang lain7 tetapi sekiranya seseorang itu bernazar

untuk berzikir atau membaca al-Quran maka dia wajib berniat nazar

untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain

sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikh al-Qhamuuli di dalam

kitabnya al-Jawahir yang dinaqalkan daripada Imam al-Ruwiyani.

Imam al-Sayuti ada membahaskan, jika seseorang itu

bernazar hendak berselawat ke atas nabi saw dia tidak perlu

berniat kerana sudah dikira berbeza dengan yang lain tetapi

pendapat ini tidak disokong oleh ulama-ulama lain bahkan mereka

berpendapat bahawa memerlukan niat juga8.

Mengikut pendapat yang masyhur bahawasanya azan

tidak berhajat kepada niat tetapi ada disebut di dalam kitab al-Bahr

bahawa azan bagi yang lain daripada sembahyang berhajat kepada

6 Lisanul Arab7 Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 138 Al-Qawaid al-Janiyyah, ms : 131

11

Page 12: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

niat, ini adalah kerana azan itu juga disuruh oleh syarak kepada

yang lain daripada sembahyang.

Kedua: Tentang disyaratkan niat terhadap perkara yang ada

syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain. Tetapi

jika sekiranya perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau

kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat. Ini adalah

berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:

(وانما لكل امرىء ما نوى)

Maksudnya: Sesungguhnya bagi tiap-tiap amalan itu tertentu di

atas niat.

Di antaranya sembahyang fardhu memerlukan kepada

penentuan fardhu sebab sembahyang zuhur dan asar serupa dari

segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya

kecuali dengan penentuan ( تعيين ). Begitu juga sembahyang dua

hari raya maka hendaklah di tentukan sama ada hari raya I'dul Fitri

atau I'dul Adha.

Di antara perkara-perkara yang memerlukan kepada

penentuan ialah puasa sebagaimana yang dijelaskan oleh

pengikut-pengikut Imam Syafie rahimahullah (الصحاب) untuk

membezakan di antara puasa ramadhan dengan puasa yang lain .

Ketiga: Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib

dinyatakan kefardhuannya, seperti wajib niat fardhu pada wuduk,

mandi, sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Menurut

setengah ulama diwajibkan niat fardhu ketika mandi dan tidak

ketika wudhu'9 sebab mandi itu kadang-kadangnya mandi biasa

(adat) sedangkan wudhu' itu tidak ada kerana lain melainkan untuk

ibadat sahaja. Penjelasan ulama berkenaan dengan diisyaratkan

niat wajib bagi wuduk mungkin wuduk yang dilakukan itu fardhu

atau pembaharuan (تجديد) samalah seperti sembahyang kerana

sembahyang itu kadang-kadang wajib dan kadang-kadang sunat.

9 Al-Asybah Wan-Nazhoir, ms : 20

12

Page 13: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

c. Masalah Meniatkan Fardhu Pada Zakat

Menurut pendapat yang asah hendaklah diniatkan fardhu

pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna

fardhu dan sunat tetapi jikalau seseorang itu menghadirkan di

dalam hatinya perkataan zakat sahaja maka disyaratkan lagi dia

menghadirkan perkataan fardhu kerana perkataan zakat itu

semata-semata digunakan kepada fardhu.

d. Tersalah Pada Penentuan (تعيين)

Maka seseorang yang menentukan di dalam niatnya

bahawa Imam yang ia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka

solatnya tidak sah10.

Imam al-Sayuti menjelaskan bahawa tidak disyaratkan pada

amalan-amalan fardhu menyatakan "fardhu ain" di dalam niat tanpa

khilaf ulama, begitu juga menyatakan "fardhu kifayah" di dalam

solat jenazah. Tetapi ada pendapat yang kedua mengatakan

bahawa orang yang solat jenazah wajib menyatakan fardu kifayah

di dalam niatnya untuk membezakan dengan fardhu ain.

e. Penentuan Niat Dan Masanya

Dr Mohd Syidqi11 ada menyebut di dalam kitabnya

bahawa tidak ada ibadat الوجيز فى إيضاح قواعــد الفقهيــة الكليــة melainkan

dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan .(تعييــن) Kebanyakan

Ulama berpendapat jika permasalahan ini berlaku pada perkara

yang dikatakan wajib yang luas waktunya ــع) (موس seperti solat

fardhu, maka wajib padanya ditentukan ــن) (تعيي niat tanpa khilaf

ulama, sekiranya berlaku permasalahan tersebut pada waktu wajib

yang tidak dibenarkan padanya mengerjakan suruhannya pada

10 al-Mawahib as-Sunniyyah 'ala al-Faraid al-Bahiyyah11 Dr. Mohd Sidqi bin Ahmad al-Burno Ustaz al-Musaid Universiti Al-Imam

Muhammad Sa'ud al-Islamiyyah as-Sa'udiyyah

13

Page 14: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

waktu yang lain (مضيق (واجب seperti puasa, yang mana waktunya

bermula daripada naik fajar hinggalah terbenam matahari (maghrib)

maka masalah ini ada khilaf di kalangan ulama. Mengikut mazhab

Syafie bahawa (تعيين) disyaratkan juga untuk membezakan di antara

puasa Ramadhan dengan yang lain12. Di dalam mazhab Hambali

permasalahan tersebut berlaku khilaf13 berkenaan dengan ibadat-

ibadat yang harus dilakukan adakah ia memerlukan niat atau

tidak14.

Ibadat-ibadat tersebut tidak berhajat kepada niat bahkan

memadai jika seseorang yang hendak memulakannya terlintas di

dalam hatinya untuk mendampingi dirinya ــرب) (تق kepada Allah

seperti makan, tidur mencari nafkah dan sebagainya.

f. Waktu Niat

Waktu niat pada asalnya ialah di permulaan melakukan

ibadat, kecuali puasa maka harus didahulukan niatnya dari

permulaan puasa kerana susah hendak menunggu masa

menjelang fajar, kemudian niat yang dilakukan oleh seseorang

sebelum masuk waktu itu berjalan hingga sampai fajar kecuali

puasa sunat, diharuskan beniat selepas daripada masuk waktu

permulaan puasa kerana ada hadis yang menyatakan demikian.

Pernah suatu ketika Rasulullah SAW pergi menuju ke tempat

kediaman Sayyadatina Aisyah lalu baginda bertanya kepadanya :

(هل عندكم شيء, قالت: ل, قال: فإنى إذا أصوم)

Maksudnya : “Adakah di sisimu sesuatu daripada makanan?”

Aisyah menjawab “Tidak ada wahai Rasulullah”, lalu Rasulullah

berkata “Maka sesungguhnya aku hendak berpuasa”.15

g. Masalah Niat Zakat :

12 Al-Asybah Wan-Nazhoir dan Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 3013 Al-Muqni', juz 1 ms : 36314 Al-Wajiz Fi IIdhahi Qawaid al-Fiqh al-Kulli, ms 6715 Qalyubi wa 'Umairah, juz 2 ms : 52

14

Page 15: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Menurut pendapat yang asah di dalam mazhab Syafie

bahawa harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan

zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h. Masalah Niat Korban

Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelihkan

binatang tersebut. Menurut pendapat yang asah tidak wajib

disertakan niat semasa menyembelih binatang. Dan harus

seseorang berniat korban ketika mewakilkan binatang kepada

seseorang yang menyembelih.

i. Permulaan Niat :

Permulaan niat: ialah pada awal melakukan ibadat. Awal

ibadat sembahyang ialah permulaan menyebut Allahu Akbar (di

takbiratul ihram). Mengikut kitab al-Raudhah dan asal bagi Raudah

daripada fatwa Imam al-Bughawi bahawa asal bagi niat ialah

dipermulaan melakukan ibadah.

j. Masalah Kinayah Thalaq:

Mengikut hukum yang dirajihkan di dalam kitab asal Raudah

bahawa niat kinayah thalaq samada sesorang itu niat di permulaan

perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq di sisi pendapat

yang asah.

k. Ibadat Yang Banyak Mengandungi Perbuatan :

Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai

niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat

kepada mengulangi niat pada kelakuan yang kedua, seperti

wudhu’, sembahyang dan ibadat haji di sisi pendapat yang asah.

15

Page 16: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

l. Tempat Niat

Tempat niat adalah di dalam hati dan qhasad itu kelakuan

hati. Menurut ulama-ulama feqah, niat itu ialah :

قصد الشيء مقترنا بالفعل

Maksudnya : qhasad sesutu dengan disertai perbuatan.

Kesimpulannya : ialah bahawa niat itu tidak memadai dengan

semata-mata menyebut dengan lidah tanpa qhasad di dalam hati,

sekiranya seseorang itu telah qhasadkan di dalam hatinya sahaja

dan tidak melafazkan dengan lidah, maka sahlah ibadatnya cuma

sunat sahaja dilafazkan dengan lidah untuk memudahkn hadir niat

di dalam hati.16

m. Perkara-Perkara Yang Tidak Memadai Dengan Niat:

Ada juga perkara-perkara yang tidak memadai dengan niat

sahaja tanpa perkataan seperti seseorang yang meniatkan nazar

atau berniat cerai tanpa melafazkan dengan perkataan, maka nazar

tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n. Berazam Melakukan Maksiat

Seseorang yang berazam untuk melakukan maksiat tetapi ia

belum lagi melakukan maksiat tersebut atau tidak dilahirkan melalui

perkataan maka ia masih tidak berdosa, kerana berdasarkan

kepada hadis nabi SAW :

إن ال تجاوز لمتي ما حدثت به أنفسها ما لم تتكلم أو تعمل به

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku

terhadap apa yang terlintas di hati selama mana ia belum bercakap

atau melakukannya.

16 Qalyubi wa 'Umairah, juz 1 ms : 142

16

Page 17: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

o. Syarat Niat

Pertama : Islam, oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau

kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada

syarat ini.

• Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada

lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan

dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama

disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat

sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli di

dalam bab wudhu’ dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi.

Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat.

Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikira

sah tetapi tidak sah jika ia berwudhu’. Hukumnya berbeza

dengan orang murtad, mandi dan wudhu’nya tidak sah.

• Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi

dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut.

• Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada

ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah

Kedua : Tamyiz, kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah

ibadahnya begitu juga orang yang gila.

Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini :

1. Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk

melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.

2. Isteri yang gila dimandikan oleh suaminya untuk

menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat,

mengikut pendapat yang asah.

3. Mengetahui perkara yang diniatkan sebagaimana yang telah

dijelaskan Imam al-Bughawi dan lainnya. Sesiapa yang

tidak tahu kefardhuan wudhu’ maka tidak sah wudhu'nya.

Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang

dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukun-

rukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan

sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan

17

Page 18: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakan

di antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata

Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan di

antara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat

jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkara

fardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya

tidak sah.

4. Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat

seperti murtad. Jikalau seseorang itu murtad semasa

sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum

maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia

sedang berwudhu’ atau mandi hukumnya tidak batal kerana

perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah

dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang dibasuh

ketika murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas

berwudhu’ atau mandi maka menurut pendapat yang asah

tidak batal wudhu’nya atau mandinya tetapi yang terbatal

hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah (

.(ضضضعيف Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada

sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak

wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

p. Berkenaan Dengan Pahala:

Berkenaan dengan pahala pula, sekiranya seseorang itu

tidak kembali semula memeluk Islam maka semua pahala amal

ibadat yang dilakukannya itu dikira batal berpandukan kepada

firman Allah Taala :

(فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم)

Ertinya : Maka mati mereka itu di dalam kufur maka batallah segala

amalan mereka.

q. Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat:

18

Page 19: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan

ibadat yang sedang dilakukan. masalah ini terbahagi pula kepada

beberapa cawangan masalah :

1. Niat memutuskan iman na’uzubillah min zalik. Maka

dikirakan seseorang itu telah murtad.

2. Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan

sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia

berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai

daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal

dengan ijma’ ulama.

3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum

puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat

memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnya

tidak batal.

4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari

Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang

sedang dikerjakan.

5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal.

6. Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam

sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan

diam yang pendek.

r. Masalah Taraddud (Keraguan)

Setengah daripada perkara yang menafikan niat ialah

perasaan ragu-ragu (taraddud) iaitu keadaan mahu atau tidak

sedangkan dirinya tidak menetapkan untuk menunaikan amalan

tersebut maka dalam masalah ini ada beberapa cabang masalah.

1. Perasaan ragu-ragu samada hendak meneruskan

sembahyang atau tidak sedangkan ia berada di dalam

sembahyang, maka sembahyangnya menjadi batal atau

seseorang itu mengta’likkan hendak memberhentikan

sembahyangnya apabila berlaku sesuatu maka

sembahyangnya menjadi batal.

19

Page 20: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

2. Seorang musafir yang merasa was-was di dalam hatinya

adakah ia telah berniat sembahyang secara qasar atau

sempurna (تمام) dengan empat rakaat maka tidak dibenarkan

ia mengqasarkan sembahyangnya bahkan hendaklah ia

sembahyang secara sempurna dengan empat rakaat.

3. Seseorang yang bertayammum atau sembahyang atau

puasa lalu ia syak di dalam hatinya adakah telah masuk

waktu atau tidak kemudian ia nyata bahawa perkara yang

dilakukan itu tepat berada di dalam waktunya, maka perkara

yang dilakukannya itu tidak sah. Seseorang yang

bertayammum tanpa mencari air terlebih dahulu kemudian

ternyata tidak ada air setelah ia selesai daripada

bertayammum maka tayammumnya tidak sah.

4. Orang yang mengadap kiblat ke suatu arah sedangkan ia

masih lagi syak adakah arah yang dihadapkannya itu kiblat

atau tidak kemudian ia mengetahui bahawa arah yang ia

hadapkan itu kiblat maka sembahyanganya tidak sah.

5. Orang yang berkata semasa ia mengeluarkan zakat, “ini

zakat” atau “ini sedekah” maka pemberian itu tidak dikirakan

sebagai zakat kerana ada keraguan (taraddud) di dalam

pemberian itu.

s. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Niat

Ashab as-Syafie telah berselisih pendapat tentang niat

adakah ia dikirakan sebagai rukun atau syarat bagi ibadat?

Kebanyakan ulama mengatakan niat itu rukun kerana ia

termasuk di dalam ibadat tetapi Qadhi Abu at-Thayyib17 dan Ibnu

as-Sobagh18 mengatakan niat itu syarat bukannya rukun.

t. Ta’lik Pekerjaan Dengan Insya Allah

Jika seseorang berniat sesuatu perkara dan diikuti pula

dengan perkataan "Insya Allah", jika diniatkan ta’lik maka batallah

17 Al-Qadhi At-Thahir bin Abdullah bin Umar At-Thabari, wafat pada tahun 450 H

18 Abd as-Sayyid Muhammad bin as-Sobagh al-Baghdadi, wafat pada tahun 477 H

20

Page 21: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

sembahyangnya tetapi jika ia niat mengambil berkat dengan

kalimah tersebut maka ibadatnya tidak batal.

Seseorang yang berhadas besar berkata dengan ayat al-

Quran maka diqhasadkan bacaan atau tidak ada sebarang qhasad

hukumnya haram tetapi jika ia qhasad zikir sahaja tidak

diharamkan. Akan tetapi jika ia qhasad kedua-duanya sekali maka

hukumnya haram.

Seseorang yang membawa al-Quran dan bersama

dengannya barangan yang lain sedangkan ia tidak ada wudhu’, jika

ia qhsadkan membawa al-Quran sahaja hukumnya haram tetapi

jika ia qhasadkan membawa barangan sahaja atau kedua-duanya

sekali tidak haram.

Seseorang yang mandi sunat pada pagi Jumaat tidak

memadai bagi mandi junub, menurut pendapat yang asah.

u. Amalan Yang Tidak Memerlukan Niat

Ada juga amalan yang tidak memerlukan niat iaitu

berkenaan dengan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan seperti

zina, judi, mencuri, dan sebagainya, ini kerana tujuannya telah

tercapai tanpanya.19

v. Masalah Mencampurkan Niat Dengan Perkara Lain

Jika seseorang mencampurkan niatnya antara perkara

ibadat dengan perkara yang bukan ibadat, ada juga boleh

membawa kepada batal20. Antaranya ialah :

1. Seseorang yang menyembelih binatang qurban dengan niat

kerana Allah dan kerana selain daripadaNya maka

sembelihan itu haram dimakan.

19 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 1420 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 23

21

Page 22: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

2. Orang yang mengambil wudhu’ serta ia berniat di dalam

hatinya untuk menyejukkan badan atau mandi hukumnya

sah mengikut pendapat yang asah. Ini kerana menyejukkan

badan itu telah terhasil samada ia berniat atau tidak.

3. Orang yang membaca di dalam sembahyangnya ayat al-

Quran serta ia qhasadkan bacaan atau zikir atau memberi

faham kepada orang lain hukum sembahyangnya sah.

w. Menuntut Ganti Pada Berniat

Jika kita menuntut kepada seseorang untuk berniat kepada

kita semasa ia melakukan amalan yang kita wakilkan kepadanya,

hukumnya sah mengikut fatwa yang dirajihkan oleh syiekh Ibnu

Hajar di dalam bab al-Wakalah ( كــل فيهــا أخــر مــردودووقــول ل يصــح أن ي )

ertinya : pendapat yang mengatakan tidak sah kita wakilkan kepada

seseorang untuk berniat, pendapat tersebut tertolak.21

21 At-Tuhfah

22

Page 23: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah Kedua :

PERKARA YANG YAKIN TIDAK

DIHILANGKAN OLEH KERAGUAN (SYAK)

اليقين ل يزال بالشك

Di antara kaedah tetap yang banyak mengandungi hukum

feqah padanya ialah perkara yang yakin tidak dihilangkan oleh

syak. Jika seseorang yang melakukan sesuatu perkara kemudian

berlaku keraguan samada perkara itu telah berlaku atau belum

maka dikekalkan hukum yakin.

Asal atau dalil bagi kaedah ini ialah sabda Rasulullah S.A.W:

منه شيء أم ل؟ إذا وجد أحدكم فى بطنه شيئا فأشكل عليها أخرج

حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا فل يخرجن من المسجد)Hadis Riwayat Muslim daripada Abi Hurairah(

Ertinya: Apabila Kamu dapati sesuatu yang berlaku pada perut

kemudian timbul persoalan adakah keluar sesuatu daripadanya

atau tidak? Janganlah kamu sekali-sekali keluar daripada masjid

sehinggalah kamu mendengar suara atau dapati baunya.

Dan sabda Rasulullah S.A.W:

شكى إلى النبي صلى ال عليه وسلم الرجل يخيل إليه إنه يجد

شيء فى الصلة: ل ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا.

Ertinya: Seorang lelaki datang mengadu kepada

Rasulullah S.A.W. bahawa ia berasa was-was

adakah telah keluar sesuatu pada masa ia

menunaikan sembahyang, lalu baginda bersabda

"janganlah kamu keluar daripada sembahyang

sehingga kamu mendengar suara atau baunya".

Rasulullah S.A.W. memberi penjelasan kepada

orang yang berasa was-was semasa menunaikan

23

Page 24: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

sembahyang supaya jangan keluar daripadanya

sehinggalah ia merasa yakin tidak berhadas dengan

mendengar suara atau mendapati baunya kerana perkara

yang diyakini tidak boleh dihilangkan kecuali oleh yang

yakin juga.22

Dan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim

daripada hadis Abu Said al-Khudri R.A.

أثلثا أم لم يدر: كم صلىفإذا شكى أحدكم فى صل ته

؟ فليطرح الشك وليبن على ما استيقناأربع

Ertinya : Apabila seseorang kamu syak pada masa

menunaikan sembahyang dan ia tidak mengetahui

berapakah rakaat yang telah dilakukannya samada tiga

atau empat rakaat? Maka hendaklah ia ketepikan

keraguan (syak) dan binalah di atas apa yang ia yakini.23

Dalil-dalil yang tersebut menunjukkan perintah

Rasulullah supaya beramal dengan yakin dan menafikan

yang syak atau ragu.

Misalnya : Seseorang yang sabit berhutang kepada

seseorang yang lain kemudian ia mati dan kita syak

adakah ia telah membayarnya atau tidak, maka hutang itu

masih tetap kerana hutang tersebut telah sabit dengan

keyakinan. Dan jika berlaku syak tentang pembayarannya

maka syak seperti ini tidak dapat menghilangkan perkara

yang yakin.

Imam as-Sayuti ada menjelaskan di dalam

kitabnya kebanyakan hukum feqah termasuk di dalam

kaedah ini sehingga mecapai tiga perempat ilmu.24

22 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56

23 Diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya24 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 56

24

Page 25: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

KAEDAH-KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA

KAEDAH INI

Kaedah ini menerbitkan pula kaedah-kaedah yang lain.Antaranya :

Kaedah Pertama :

Asal Sesuatu Perkara Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya

الصل بقاء ما كان علي ما كان

Ertinya: Asal sesuatu kekal mengikut apa yang ada pada asalnya,

bermakna dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman yang

akan datang mengikut apa yang berlaku pada zaman sebelumnya.

Kaedah ini sama juga dengan perkataan fuquha' : (الستصحاب الصل)

Ertinya:Kembali kepada hukum asal.

Di antara masalah yang terbit daripada kaedah ini.

• Barangsiapa yang yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar

hadas maka dihukumkan dia masih bersuci atau seorang

yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih

berhadas.25

• Orang yang makan dan minum pada akhir malam dan ia

syak tentang naik fajar (subuh)maka puasanya sah sebab

asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh

matahari atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang

asal hari siang masih kekal.

• Perempuan yang ditalak dengan thalak raj'i mengatakan

iddahnya belum tamat maka dibenarkan percakapannya

dan ia berhak menerima nafkah kerana asalnya kekal iddah.

• Pembeli mendakwa telah membayar harga sesuatu kepada

penjualannya pada hal penjual mengatakan harganya belum

lagi dibayar maka hendaklah dibenarkan perkataan penjual

dengan sumpahnya seterusnya harga itu kekal menjadi

tanggungjawab pembeli.

25 IIdhoh al-Qawaid al-Kulliyyah, ms : 23

25

Page 26: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah Kedua :

Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungjawab

الصل براءة الذمة

Al-Zimmah dari segi bahasa bererti janji aman, manakala

pada istilah pula ialah perkara yang mengenai seseorang yang

menerima kewajipan dan kepastian.

bererti terlepas daripada tanggungjawab dan tidak terikatبراءة الذمة) )

dengan sesuatu hak.

Berlaku kaedah ini memandangkan seseorang manusia pada

permulaannya dilahirkan dengan ketiadaan zimmah dari sebarang

kewajipan atau tanggungjawab dan keadaan ini berterusan hingga

datang ke atasnya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia

kepada bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara.

Oleh kerana terlepas daripada tanggungjawab itu merupakan

asal dan terikat dengan hak itu adalah perkara yang mendatang,

maka tidak diterima dakwaan orang yang mendakwa bahawa

seseorang yang lain itu memikul tanggungjawab (melakukan

sesuatu perkara) bahkan mestilah ia mendatangkan saksi atau

dengan sumpah daripada pihak yang mendakwa.

Di antara masalah fekah yang terbit daripada kaedah ini

ialah:

• Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa

bahawa berlaku kerosakkan pada barang yang

dipinjamkannya di dalam tangan orang yang meminjam

(peminjam) dan ia menuntut gantirugi barang tersebut,

kemudian si peminjam menafikannya, maka dibenarkan

perkataan orang yang memberi pinjam (pemilik).

• Pihak yang mendakwa (pendakwa) gagal

membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian

26

Page 27: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

orang yang kena dakwa (yang tertuduh) itu diperintahkan

supaya bersumpah tetapi ia berdiam sahaja, maka tidak

boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya

terlepas daripada tanggungjawab.

• Seorang yang syak adakah ia telah

melakukan sesuatu perbuatan atau tidak maka mengikut

asalnya ia tidak melakukannya.

من شك هل فعل شيئا أو ل؟ فالصل أنه لم يفعله

Contohnya : seseorang yang syak adakah ia telah

menjatuhkan thalak ke atas isterinya atau tidak, maka

tidak jatuh thalaknya kerana pada asalnya ia tidak

melakukannya.26

Di antara kaedah yang terbit daripada kaedah ini:

من تيقن الفعل وشك فى القليل أو الكثير حمل على القليل لنه المتيقن

Maksudnya: Sesiapa yang yakin telah mengerjakan

sesuatu perbuatan tiba-tiba timbul keraguan adakah

pekerjaan yang telah dikerjakan itu sedikit ataupun

banyak, maka ditanggungkan hukumnya di atas yang

sedikit kerana pekerjaan yang sedikit itu diyakini.

Di antara contoh yang terbit daripada kaedah ini

• Seseorang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah

tertinggal sesuatu perkara yang ia kena lakukan di dalam

sembahyangnya seperti qunut dan sebagainya, maka

hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tiada

melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah

mengerjakan sesuatu perkara yang ditegah atau tidak maka

26 Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 23

27

Page 28: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

disuruh ke atasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada

melakukannya.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya tertinggal salah

satu daripada rukunnya, maka wajib ia mengulangi rukun

tersebut. Begitu juga orang syak ketika berwudhu', maka

wajib ia mendatangkan (melakukan) semula perkara yang ia

syak itu.

• Seorang yang syak adakah ia telah membasuh dua atau

tiga kali anggota wudhu'nya maka hendaklah (sunat) ia

mengambil yang sedikit iaitu dua kali dan ditambah dengan

basuhan yang ketiga.

• Orang yang syak di dalam sembahyangnya adakah ia telah

melakukan tiga rakaat atau empat rakaat maka hendaklah ia

mengambil yang sedikit.

• Orang yang syak adakah ia telah menthalak isterinya

dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah ia

mengambil yang sedikit.

Kaedah Ketiga:

Pada Asalnya Perkara-Perkara Yang Baru Mendatang Itu

Tiada27

( ) أو(الصل العدم العدمالصل فى المورالعارضة )

Sebagaimana telah maklum bahawa tiada itu terdahulu

daripada ada

(العدم سابق على الوجود)

Tiap-tiap sesuatu yang mendatang, pada asalnya tiada.

Jadi tiada itu terdahulu daripada ada yang didakwakan ada

sebelum daripada dapat disabitkan adanya tetapi masih

diragukan, dan tiada itu merupakan asal, maka hendaklah

27 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 57, Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 620, Qawaid al-Khadami, ms 312 dll

28

Page 29: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

dikembalikan kepada asalnya hingga telah sabit perkara baru

yang menentang asalnya. Dari kaedah ini berlaku berbagai

hukum fekah.

• Pemodal mendakwa keuntungan ke atas orang yang

memperniagakan hartanya (عامل القراض) pada hal pihak

amil membantah dakwaan tersebut, maka dibenarkan

perkataan pembantah (عامل) dengan sumpah sebab

keuntungan itu perkara yang mendatang kerana

sebelum daripada diperniagakan keuntungan tersebut

tidak wujud.

• Telah sabit hutang ke atas seseorang dengan

pengakuan atau penjelasannya kemudian ia mendakwa

telah menjelaskannya atau tuan hutang melucutkannya.

Maka hendaklah dibenarkan perkataan orang yang

memberi hutang sehingga orang yang berhutang itu

dapat membuktikan bahawa ia telah menjelaskan

hutangnya atau hutangnya telah dilucutkan.

• Orang yang memakan makanan orang lain lalu ia berkata

"saya telah diizinkan makan" sedangkan tuannya membantah

(menafikan) maka dibenarkan perkataan tuannya kerana

pada asalnya harta benda itu milik orang lain.

• Penjual dan pembeli berkelahi tentang kesihatan haiwan

yang telah dijual atau dibeli, maka dibenarkan perkataan

penjual kerana perkara yang baru datang (penyakit) itu

asalnya tiada dan selamat (sihat) ialah keadaan asalnya yang

yakin.

Kaedah Keempat:

Asal Bagi Tiap-Tiap Kejadian Dikira Berdasarkan Masa Yang

Paling Hampir Sekali28

الصل في كل حادث تقديره بأقرب زمنatau

28 Ibn Nujaim, ms : 64, Dur al-Ahkam, juz 1 ms : 25, Syarah al-Alusi, jld 1 ms : 32, Hasyiah Sumbali Zhadah, ms : 85

29

Page 30: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

(الصل اضافة الحادث الى أقرب أوقاته)

Daripada Kaedah ini terbit berbagai cabang hukum :

• Seseorang yang melihat ada mani pada kainnya padahal ia

tidak ingat samada ia bermimpi atau tidak ketika tidur, maka

wajiblah ia mandi menurut pendapat yang sahih di sisi

mazhab Syafie29 dan wajiblah ia mengulangi sembahyang

yang dilakukannya selepas daripada tidur yang akhir sekali.

• Seseorang yang mengambil wudhu' beberapa hari dari satu

perigi dan dia sembahyang dengan wudhu' tersebut

kemudian dia mendapati tikus mati di dalamnya maka, tidak

wajib diqadhakan sembahyangnya kecuali ia rasa yakin

berwudhuk dengan air yang najis.

• Seseorang yang memukul perut perempuan yang

mengandung kemudian perempuan tersebut melahirkan

anak yang masih hidup dan anak itu terus hidup dalam

jangka masa yang panjang tanpa sakit kemudian ia mati

maka tidak wajib atas orang yang memukul itu membayar

ganti rugi (diat) kerana pada zahirnya ia mati dengan sebab

lain.

Daripada kaedah ini terbit pula satu kaedah:

Asal Bagi Sesuatu Itu Harus Hingga Ada Dalil Yang

Menunjukkan Haram

(الصل فى الشياء الباحة حتى يدل على التحريم)

Kaedah ini mengikut mazhab Hanafi bahawa asal bagi

sesuatu itu haram hingga ada dalil yang menunjukkan harus

berbeza dengan pendapat Imam Syafie. Punca khilaf di antara dua

mazhab tersebut berlaku apabila sesuatu perkara itu tidak disebut

di dalam nas. Dalil yang menunjukkan mazhab Syafie ialah sabda

Rasulullah SAW:

(ما أحل ال فهو حلل وما حرم ال فهو حرام وما سكت عنه فهوعفو

لم يكن لينسى شيئا) من ال عافيته فان الافأقبلو

29 Al-Umm dan Al-Mansur Fi Qawaid oleh al-Zarkasyi, juz 1 ms : 174

30

Page 31: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Bermaksud: Perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT adalah

halal, perkara yang diharamkannya itu adalah haram dan perkara

yang didiamkan daripadanya adalah dimaafkan. Maka terimalah

kamu kemaafan kerana Allah SWT tidak mungkin lupa terhadap

sesuatu.

Al-Tabrani meriwayatkan hadis daripada Abi Sha'labah bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

ان ال فرض فرائض فل تضيعوها ونهى عن اشياء فل تنتهكوها وحد)

(حدودا فل تعتدواها وسكت عن أشياء من غير نسيان فلتبحث عنها

Maksudnya: Sesungguhnya Allah swt telah mefardhukan pelbagai

kefardhuan, maka janganlah kamu merosakkannya dan menegah

beberapa perkara maka janganlah kamu mencerobohinya.

Menentukan beberapa sempadan maka janganlah kamu

melewatinya dan ia mendiamkan beberapa perkara tanpa lupa

maka janganlah kamu membahasnya.

Daripada kaedah tersebut terbit beberapa masalah:

• Binatang yang dimusykilkan keadaannya ada dua pendapat,

yang asahnya ialah halal sebagaimana yang dinyatakan

oleh al-Rafie.

• Jika seseorang syak tentang besar benda yang di tampal

dengan perak maka pada asalnya harus sebagaimana yang

disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Syarh Muhazzab.

• Masalah zirafah telah berlaku perselisihan di antara fuqaha'

mengenainya. Kata al-Subki bagi pendapat yang terpilih

ialah halal dimakan kerana asal bagi sesuatu adalah halal.

Binatang itu tidak mempunyai taring maka ia tidak termasuk

di dalam senarai binatang-binatang haram. Mengikut

pendapat yang kedua : daripada Ibnu al-Qhuttan yang

dinukilkan daripada nas Imam Ahmad Ibnu Hambal dan

diputuskan di dalam kitab at-Tanbih adalah haram. Menurut

apa yang disebut oleh Imam Nawawi

31

Page 32: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah Kelima :

Asal Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat

الصل فى الكلم الحقيقة

Terbit daripada kaedah ini berbagai cabang hukum:30

• Seseorang yang mewakafkan atau mewasiatkan sesuatu

kepada anak-anaknya tidak termasuk cucunya menurut

pendapat yang asah, kerana nama anak pada hakikatnya

ialah anak sejati; (ولد الصلب ). Menurut pendapat yang lain

pula termasuk juga cucu kerana ditanggungkan di atas

hakikat dan majaz.

• Jikalau seseorang itu bersumpah tidak mahu masuk ke

dalam rumah Muhammad maka sumpahnya tidak dikira

kecuali ia masuk ke dalam rumah yang dimiliki oleh

Muhammad sendiri, sebaliknya tidak terjadi sumpah dengan

rumah yang didiaminya secara pinjam atau sewa kerana

rumah yang disewanya itu adalah majazi.

Berkenaan dengan kaedah "Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan

Oleh Keraguan (Syak)" ada beberapa masalah yang berkaitan

dengannya.

Pertama: Kata Ibnu al-Qas di dalam kitabnya (التخليص) "yang yakin

tidak dihilangkan oleh syak" ada sebelas masalah :

1. Orang yang menyapu dua khuf merasa syak adakah

tempoh yang dibenarkan itu telah tamat atau tidak maka

hendaklah ia membasuh kakinya.

30 Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 28

32

Page 33: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

2. Seorang yang syak adakah ia telah menyapukan khufnya

semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan

tamat tempohnya.

3. Apabila seorang yang musafir bertakbiratul ihram dengan

niat qasar di belakang imam yang tidak diketahuinya adakah

ia musafir atau bermukim wajib ke atasnya sembahyang

secara sempurna (تمام).

4. Masalah air kencing binatang di dalam air yang banyak

kemudian didapati air tersebut telah berubah tetapi ia tidak

mengetahui adakah perubahan itu disebabkan oleh air

kencing tersebut atau lainnya maka dikirakan najis.

5. Perempuan mustahadhah yang muthahayyirah wajiblah ia

mandi pada setiap waktu ia hendak sembahyang mengikut

mazhab Syafie kerana ia syak tentang darah yang terputus

sebelumnya.

6. Seseorang yang terkena najis pada pakaian atau tubuhnya

tetapi ia tidak mengetahui di manakah tempat terkena yang

sebenarnya maka wajiblah ia membasuh kesemuanya.

7. Seseorang yang bermusafir kemudian ia meragui (syak)

adakah ia telah sampai ke kawasan mukimnya atau tidak,

maka tidak harus ia mengqasarkan sembahayangnya.

8. Seorang yang bermusafir kemudian ia syak adakah ia telah

niat bermukim atau tidak, maka tidak harus ia mengambil

hukum rukhsah (keringanan).

9. Perempuan mustahadhah yang ditimpa penyakit dedas

apabila berwhuduk kemudian ia syak adakah hadasnya

putus atau belum lalu ia sembahyang dengan whuduk

tersebut maka sembahyangnya tidak sah.

10. Orang yang bertayammun kemudian dia terlihat sesuatu

yang tidak diketahui adakah perkara yang dilihatnya itu

33

Page 34: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

bahang panas31 (سراب) atau air maka batallah

tayammumnya walaupun pada haqiqatnya perkara yang

dilihat itu bahang yang panas.

11. Seorang yang memanah binatang lalu terkena sasarannya

kemudian binatang tersebut lari dan didapati binatang

tersebut telahpun mati dan ia syak adakah binatang itu mati

disebabkan olehnya atau perkara lain maka binatang

tersebut tidak halal dimakan .

Kedua: Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini bahawa keraguan atau

syak itu ada tiga bahagian .

Pertama : syak yang berlaku ke atas perkara yang

asalnya haram .

Kedua : syak yang berlaku ke atas perkara yang

asal nya harus.

Ketiga : syak yang tidak diketahui asalnya.

Contoh Bahagian Pertama: seperti seseorang yang memasuki

sebuah negeri yang mana penduduknya terdiri daripada orang

Islam dan bukan Islam, kemudian ia mendapati (menjumpai) daging

binatang, maka daging itu tidak halal baginya sehingga dia

mengetahui bahawa daging itu adalah daripada binatang yang

disembelih oleh orang Islam kerana asalnya adalah haram dan ia

syak tentang penyembelihannya yang halal, tetapi jika kaum

muslimin di dalam negeri tersebut lebih ramai berbanding dengan

yang lainnya maka haruslah ia makan daging tersebut kerana

beramal dengan ghalib yang nyata.

Contoh Bahagian Kedua: Seorang yang mendapati air yang

berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau

lama bertakung, maka haruslah ia bersuci dengannya kerana

beramal dengan ghalib dan beramal dengan asalnya yang suci.

Contoh Bahagian Ketiga: Seseorang yang bermuamalat dengan

orang yang kebanyakan hartanya diperolehi secara haram padahal

31 Sarob ertinya bahang panas waktu tengahari kelihatan seperti gelombang air (fatamorgana)

34

Page 35: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

ia tidak mengetahui adakah wang yang diambil daripadanya itu

diperolehi daripada sumber yang halal atau haram? Maka tidak

haram bermuamalat dengannya kerana mungkin yang diambil

daripadanya itu halal dan tidak wujud kepastian yang haram tetapi

hanya wang makruh sahaja kerana takut terjatuh ke dalam

melakukan perkara yang haram.

Berkata Imam Nawawi: bahawa perbahasan ulama kita

tentang syak terhadap air, hadas, najis, sembahyang, thalak dan

sebagainya ialah perasaan ragu-ragu di antara ada dan tiadanya

samada keduanya sama berat atau salah satu daripadanya lebih

kuat atau lebih rajih itulah yang dimaksudkan dengan syak bagi

ulama-ulama feqah dan kitab-kitab feqah. Tetapi para ulama Usul,

mereka membuat perbezaan berkenaan perkara tersebut. Mereka

berpendapat jika kedua-duanya sama berat dinamakan syak, tetapi

jika salah satu daripadanya itu lebih rajih atau lebih kuat maka

perkara yang rajah itu dinamakan zann, sebaliknya yang lemah itu

marjuh atau waham.32

Kaedah ketiga:

KESUKARAN MENDATANGKAN KESENANGAN32 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 82-83

35

Page 36: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

المشقة تجلب التيسير

Melalui kaedah ini banyak hukum-hukum Islam yang

didasarkan kepadanya dan terbit daripadanya segala hukum

kemudahan, kesenangan dan keringanan.

Asal bagi kaedah ini ialah firman Allah swt:

((يريد ال بكم اليسر ول يريدبكم العسر

Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan

tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu.33

Dan firman Allah swt:

((وما جعل عليكم فى الدين من حرج

Maksudnya: Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam

agamamu.34.

Dan sabda Rasulallah SAW:

((إنما بعثت بالحنيفية السمحةMaksudnya: Dibangkitkan daku dengan ugama yang samhah yakni

cenderung kepada kebenaran.35

Dan hadis Nabi SAW:

( (إنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين

Maksudnya: Sesungguhnya dibangkitkan kamu dengan

kesenangan dan tidak dibangkitkan dengan kesusahan 36.

33 Al-Baqarah, ayat : 18534 Al-Hajj, ayat : 7835 Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Jabar

bin Abdullah36 Al-Bukhari dan Muslim dan selainnya daripada Abu Hurairah

36

Page 37: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Dan sabda Rusulallah Saw:

يسروا ول تعسروا

Maksudnya: Permudahkanlah olehmu dan jangan sekali-sekali

persusahkannya.

Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada daripada

al-Quran ataupun Hadis Nabi Saw. Ini membuktikan bahawa

perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan, kesenangan

dan keringanan. Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan

kepayahan dan kesukaran.

a. Al-Mushaqqah Dari Segi Bahasa

Al-Mushaqqah dalam bahasa Arab ialah diambil daripada

شق المر يشق شقا ومشقة اذا أتبعك

Ertinya: sukar keatas perkara itu apabila mendatangkan kesukaran

Firman Allah swt :

((وتحمل أثقالكم الى بلد لم تكونوا بالغيه ال بشق النفس

Maksudnya: Binatang-binatang ternakan itu membawa bebab

muatan kamu ke negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya

melainkan dengan susah payah.37

Sebenarnya di dalam hukum syara' ada juga terdapat

mushaqqah atau kesukaran sebab hakikat taklif ialah; الزام ما فيه كلفة

(mewajibkan perkara yang ada bebanan di dalamnya), tetapi tidak

dinamakan bebanan ke atas manusia hanya mengikut adat sebagai

mushaqqah, begitu juga usaha yang kita sumbangkan untuk

mencari rezeki atau nafkah hidup, maka menurut adat

kebiasaannya tidak dikira sebagai musaqqah sebab perkara

tersebut dianggap sebagai kebiasaan yang boleh dilakukan oleh

setiap mukallaf.

37 An-Nahl, ayat : 7

37

Page 38: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Mushaqqah sebenarnya tidak boleh dipisahkan daripada

kehidupan dan tidak dinafikan oleh nas-nas syara'. Maka

kesusahan atau kesukaran tersebut tidak boleh dijadikan sebab

atau faktor bagi kemudahan. jikalau kita inginkan kepada

kesenangan di dalam segala perkara bermakna kita tidak ada erti di

dalam perjuangan hidup.

b. Mushaqqah Atau Kesukaran Yang Membawa Kepada

Keringanan :

Mushaqqah atau Kesukaran yang mendatangkan

kesenangan atau keringanan ialah yang terkeluar daripada garis

kesusahan biasa seperti tugas-tugas yang dibebankan itu amat

berat untuk dilaksanakan. Sehingga boleh membawa kepada

kemudharatan kepada diri atau harta benda, jadi kesusahan atau

kesukaran seperti ini boleh membawa kepada keringanan seperti

puasa orang yang sakit boleh membawa kepada bahaya, maka

syara' memberi kemudahan kepada pesakit untuk

meninggalkannya tetapi ia wajib mengqhadakannya.38

Adapun Mushaqqah yang tidak membawa kepada

kemudharatan seperti menggunakan air yang sejuk untuk mandi

dan whudu' maka kesusahahn seperti ini tidak menjadi sebab bagi

mengambil atau mengamalkan hukum keringanan (rukhsah).

c. Sebab-Sebab Bagi Mengambil Atau Mengamalkan Hukum

Rukhsah

Di antara sebab-sebab atau faktor-faktor kemudahan atau

keringanan di dalam ibadat dan lainnya untuk mengamalkan hukum

rukhsah terbahagi tujuh perkara39:

Pertama: Musafir (ررررر) atau mengembara, maka

hukum syara' mengharuskan qhasar sembahayang,

38 Madkhal al-Fiqh al-Islami39 Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : Al-Asybah wan-Nazhoir, ms : 85

38

Page 39: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

meninggalkan puasa, menyapu khuf lebih daripada kadar

sehari semalam dan menggugurkan fardu Jumaat.

Kedua: Penyakit (ررررر), syara' telah memperuntukkan

hukum rukhsah terhadap pesakit, antaranya: syara' telah

mengharuskan ia bertayammum jika dikhuatiri penyakit itu

semakin melarat atau bertambah sakit yang mungkin boleh

membawa kepada kemudharatan atau mati anggota badan,

dan diharuskan kepadanya duduk atau berbaring semasa

menunaikan sembahyang atau rukuk dan sujud secara

isyarat. Begitu juga bagi orang yang beriktikf diharuskan ia

keluar dari masjid dan menggantikan orang lain untuk

mengerjakan ibadat haji, dan diharuskan berubat dengan

menggunakan najis dan harus doktor melihat aurat pesakit

semasa ia membuat rawatan dan pemeriksaan.

Ketiga: Paksaan (ررررررر), orang yang dipaksa dan

diugut dengan sesuatu tindakakn yang boleh mengancam

nyawa atau anggota badan seperti dipaksa supaya

melafazkan perkataan kufur maka harus ia berlafaz

dengannya, akan tetapi iman di hatinya tetap teguh kepada

Allah sebagaimana Firman Allah swt :

من كفر باال من بعد ايمانه إل من اكره وقلبه مطمئن باليمان ولكن

من شرح بالكقر صدرا فعليهم غضب من ال ولهم عذاب اليم

Ertinya: Barangsiapa yang ingkar (kufur) terhadap Allah

sesudah ia beriman kecuali orang yang dipaksa sedangkan

hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka

dadanya kepada kekufuran maka atasnya kemurkaan Allah

dan baginya seksaan yang pedih.40

Keempat: Terlupa (ررررررر),menjadi sesuatu sebab

bagi hukum keringanan. Seperti mereka yang mati atau

minum secara terlupa tidaklah membatalkan puasa sabda

Rasulallah :

40 An-Nahl, ms : 106

39

Page 40: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

من نسى وهو صائم فاكل أو شرب فليتم صومه فانما ال أطعمه

وسقاه

Ertinya: Barangsiapa yang terlupa sedangkan ia berpuasa

sesungguhnya Allah memberi makan dan minum

kepadanya.41

Mengikut pendapat Imam Maliki RA bahawa orang yang

makan atau minum secara terlupa wajib ia

mengqhadakannya.42

Kelima: Kejahilan (ررررر), juga termasuk di dalam

keuzuran yang membawa kepada keringanan seperti

seorang yang tidak tahu rakan kongsinya telah menjual

sebahagian rumah yang ia miliki secara berkongsi maka

syarak membenarkannya hukum syuf'ah (شفعة) di antara

mereka berdua.

Keenam: Umum Balwa (البلوى ), juga termasuk di dalam

sebab-sebab bagi keringanan seperti seseorang yang

terkena penyakit dedas iaitu suatu penyakit yang mana

pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya (سلسل البول), oleh

itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis, begitu

juga tahi burung yang meratai di dalam masjid dan di

tempat-tempat tawaf, debu-debu jalan dan lain-lain lagi.

Ketujuh: Kekurangan (ررررر), juga termasuk didalam

kaedah ini seperti tidak dibebankan ke atas kanak-kanak

(taklif) dan orang gila. Kaum perempuan tidak diwajibkan ke

atasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad dan diharuskan

kepadanya memakai pakaian daripada sutera dan emas.

d. Pembahagian Rukhsah (رخصة)

41 As-Syaukani, Muhammad bin Ali bin Muhammad, Nailu al-Authar Syarh Muntaqi al-Akhbar Min Sayyidi al-Akhbar

42 Al-Wajiz Fi Iidhohi al-Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, ms : 167

40

Page 41: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Para ulama Usul Feqh telah membahagikan Rukhsah (رخصة)

kepada lima bahagian:

Bahagian Pertama: Rukhsah yang berlaku perkara wajib

seperti makan bangkai ketika ketiadaan makanan, sekiranya

tidak dilakukan boleh membawa kepada kebinasaan badan

dan berbuka puasa bagi mereka yang ditakuti jatuh

kebinasaan pada dirinya.

Bahagian Kedua: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang sunat seperti mengqhasarkan sembahyang bagi

mereka yang musafir apabila jaraknya tiga marhalah.

Berbuka puasa bagi pesakit atau musafir dan melihat

perempuan yang akan dipinanginya.

Bahagian Ketiga: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang terlebih baik (aula) kita tinggalkan seperti menyapu

khuf, berbuka puasa bagi mereka yang tidak takut berlaku

kemudharatan ke atasnya dan bertayammum bagi mereka

yang mendapati air tetapi dijual dengan harga yang tidak

berpatutan (mahal) walaupun ia mampu untuk

membelinya.43 Kedua-dua kaedah tersebut Imam al-Ghazali

telah menyebut di dalam kitab Ihya Ulumiddin dengan

katanya ;رر رر ررررر رر ررر ررررر ررر ررر

Tiap-tiap perkara yang melebihi batasannya berpindah

kepada sebaliknya.

Bahagian Keempat: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang harus seperti jual beli secara tempahan (سلم).

Bahagian Kelima: Rukhsah yang berlaku pada perkara

yang makruh seperti qhasar bagi orang yang musafir kurang

daripada tiga marhalah.

Di antara kaedah yang terbit daripada keadah ini berpunca

daripada perkataan Imam as-Syafie RA:

(اذا ضـاق المـر اتسـع)

43 Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 35

41

Page 42: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Maksudnya: Apabila suatu perkara (pekerjaan) itu sukar

nescaya diperluaskan oleh syara'. Seperti dimaafkan najis

yang berada pada kaki lalat dan seumpamanya.

Dan terbit pula kaedah yang sebaliknya

(اذا اتـسـع المر ضـاق)

Maksudnya: Apabila luas maka berpindah pula menjadi

sempit. Seperti pergerakan yang sedikit di dalam

sembahyang .

Kaedah Keempat :

KEMUDHARATAN DIHILANGKAN ATAU

DIHINDARKAN

الضرورة يزال

42

Page 43: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah ini merupakan salah satu daripada prinsip Islam

yang unggul, dan dijamin oleh syara' untuk dipraktikkan di dalam

kehidupan manusia. Di antara perkara yang termasuk di dalam

prinsip ini ialah seperti mencuri, merampas harta benda orang lain

dan sebagainya. Maka syara' mewajibkan supaya dipulangkan

benda yang dicuri dan harta yang dirampas itu kepada pemiliknya

sekiranya benda itu masih ada atau mestilah digantikan dengan

harga sekiranya benda yang dicuri dan dirampas itu telah rosak.

Begitu juga dengan binaan yang dibina di atas jalanraya

atau dahan pokok kayu yang masuk ke dalam kawasan milik orang

yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka, maka

hendaklah diruntuhkan binaan dan dipotong dahan tersebut.

Dalil bagi kaedah ini sabda Rasullah SAW:

(ل ضرر ول ضرار)

Maknanya: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan.

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Malik daripada Amru bin

Yahya daripada bapanya secara mursal, manakala al-Hakim

mengeluarkan hadis ini di dalam kitabnya al-Mustadrak.

Al-Baihaki dan al-Dharqutni mengeluarkan daripada hadis

Abu Said al-Khudri, Ibnu Majjah telah mengeluarkan hadis ini

daripada Ibnu Abbas dan Ubadah Ibnu as-Shamat.

A. KAEDAH YANG TERBIT DARIPADA KAEDAH INI

Kaedah Pertama :

Kemudhratan Mengharuskan Tegahan

الضرورة تبيح المحظورة

Asal atau dalil bagi kaedah ini, firman Allah swt:

(فمن اضطر فى مخمصة غير متجانف لثم فإن ال غفور رحيم)

43

Page 44: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Ertinya: Barangsiapa yang terpaksa waktu kelaparan untuk

memakan yang haram dengan tiada cenderung kepada dosa

tidaklah mengapa kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang.

Dan firman Allah swt:

من كفر بال من بعد إيمانه إل من أكره وقلبه مطمئن باليمان ولكن من

شرح بالكفر صدرا فعليهم غضب من ال والهم عذاب عظيم

Ertinya: Barangsiapa yang mengingkari (kufur) terhadap Allah

sesudah sesudah dia beriman kepadaNya orang yang dipaksa

sedangkan hatinya masih tetap beriman, tetapi orang yang terbuka

dadanya kepada kekufuran, maka ke atasnya kemurkaan Allah dan

baginya siksaan yang amat besar.

Daripada Kaedah Ini Terbit Pula Beberapa Hukum

Antaranya:

• Harus memakan bangkai ketika dharurat, minum arak ketika

terlalu dahaga, harus berubat dengan najis ketika ketiadaan

ubat yang suci (secara dharuri).

• Harus membinasakan tanaman dan binaan orang kafir di

dalam peperangan bagi tujuan melemahkan mereka.

• Harus membongkar kubur setelah dikebumikan mayat

seperti dikebumi tanpa dimandikan atau tidak dihadapkan

ke arah kiblat melainkan jika mayat itu dikebumikan tanpa

kafan kerana mengaibkan si mati.44

Paksaan Yang Tidak Boleh Dilakukan Oleh Orang Yang

Dipaksa

44 Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms :

44

Page 45: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Di antara paksaan yang tidak dibenarkan terhadap orang

yang dipaksa melaksanakannya seperti berzina dan membunuh.45

Kaedah Kedua:

Kemudharatan Dikira Mengikut Keadaannya46

الضرورة تقدر بقدرها

Kaedah ini sebagai ikatan (قيد) bagi kaedah sebelumnya (

(الضرورة تبيح المحظورات

Hukum-hukum feqah yang termasuk di dalam kaedah ini memang

banyak, di antaranya:

• Orang yang berada dalam keadaan dharurat tidak harus

memakan bangkai kecuali sekadar menahan kebulurannya

sahaja.

• Orang yang diminta pandangan mengenai peribadi

seseorang terhadap orang yang datang merisik untuk

meminang, memadailah dengan membuat sindiran atau

komentar yang ringkas seperti mengatakan bahawa orang

itu tidak layak atau tidak sesuai dengannya tanpa menyebut

sebarang keburukan peribadinya.

• Doktor yang merawat perempuan yang sah dikahwini

(perempuan ajnabiah) yang mengalami kesakitan hanya

diharuskan melihat anggota yang sakit yang diperlukannya

sahaja. Sebaliknya tidak harus melihat lebih daripada kadar

tersebut.

45 Ada juga ulama feqah mendatangkan syarat (بشرط النقصان المحظورات عن ertinya : bahawa kurang benda yang ditegah itu daripada orang yang (المحظوراتdi dalam keadaan dharurat seperti orang yang di dalam dharurat, ia tidak boleh makan mayat jika si mati itu nabi

46 Atau (ما أبيح للضرورة تقدر بقدرها) Al-Asybah Wan-Nazhoir

45

Page 46: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

• Meletakkan pembalut atau tampalan (jabirah) ke atas

anggota yang sakit janganlah melebihi anggota yang tidak

sakit kecuali pada kadar yang tidak dapat dielakkan.

Di dalam menghilangkan atau menghindarkan sesuatu

kemudhratan, berkemungkinan timbul pula kemudharatan yang

lain, maka akan berlakulah perkara yang bertentangan di antara

yang menolak atau menghilangkan kemudharatan dengan

kemudharatan yang akan timbul.

Para fuqaha' telah menetapkan beberapa hukum

berdasarkan kaedah ini. Kemudharatan yang hendak dihilangkan

atau dihindari itu ada kalanya berbentuk umum dan adakalanya

berbentuk khusus.

KEMUDHARATAN KHUSUS

Kemudharatan Khusus terbahagi kepada beberapa

bahagian, adakalanya kemudharatan itu lebih berat, dan adakala

lebih ringan, dan adakala bersamaan.

Jika kemudharatan itu berbentuk umum, mereka telah

menetapkan satu kaedah seperti berikut:

1. Kaedah Pertama:

Ditanggung Kemudharatan Khas (Khusus) Untuk Menolak

Kemudharatan Am (Umum)47

يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عامMengikut kaedah asal bahawa setiap individu dibenarkan

menjalani sesuatu tindakan yang memberi manfaat dan

menghindarkan kemudharatan atau kerosakan, melarang

seseorang daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang memberi

mudharat adalah kemudhratan khas yang tertentu ke atas dirinya.

Tetapi jika ia melakukan sesuatu pekerjaan yang akan

menimbulkan kemudharatan am terhadap masyarakat atau

sesebuah negeri, maka dalam keadaan begini hendaklah ia

menerima atau menanggung kemudharatan dirinya (الخاص) dengan

tujuan untuk menghindari dirinya daripada kemudharatan umum (47 Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 87

46

Page 47: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Sebagai contoh, penjual senjata dilarang menjual peralatan .(العام

tersebut ketika berlaku perang saudara kerana dengan penjualan

itu membawa kepada berlakunya pertumpahan darah dalam

masyarakat.

Seseorang peniaga dilarang daripada menaikkan harga

barangan dengan sesuka hati semasa berlakunya kekurangan

bahan-bahan makanan atau ubat-ubatan bahkan hendaklah pihak

berkuasa mengawal serta menentukan harganya.

Para pedagang dilarang memonopoli (menguasai) barangan

utama bahkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan dengan

menjual barangan tersebuat secara paksa.

Penjual anggur dan sebagainya ditegah menjual kepada

pembeli-pembeli yang telah diketahui bahawa mereka akan

memproseskan barangan tersebut menjadi minuman keras.

Pihak berkuasa berhak melarang mufti yang jahil

mengeluarkan fatwa atau mengajari orang ramai melakukan helah

di dalam syara'.

Kaedah ini adalah antara kaedah yang dianggap penting di

dalam hukum-hukum feqah dan kaedah ini dibina mengikut

kehendak syara' demi menjaga kebaikan (kemaslahatan) hamba.

(مبنية على المقاصد الشرعية فى مصالح العباد)

Allah swt mengurniakan hukum syara' kepada hambanya

untuk menjaga ugama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta

benda. Maka setiap perkara yang boleh merosakkan perkara

tersebut dikira sebagai kemudharatan yang wajib dihilangkan

mengikut kemampuan masing-masing. Apa yang dapat difahami

daripada kaedah ini ialah bahawa Islam menjatuhkan hukuman had

potong tangan terhadap pencuri, had bagi peminum arak, had

penzina, had tuduhan berzina (qhazf) dan had terhadap orang yang

murtad.

47

Page 48: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

2. Kaedah Kedua :

Kemudharatan Yang Lebih Besar (Berat) Dihilangkan Dengan

Kemudharatan Yang Lebih Ringan.48

الضرر الشد يزال بالضرر ال خف

Apabila kemudharatan yang lebih besar (berat) tidak dapat

dihilangkan atau dihindari kecuali dengan melakukan atau

menanggung kemudharatan yang lebih ringgan, maka melakukan

atau menanggung kemudharatan yang lebih ringgan untuk

menghindarkan diri daripada kemudharatan yang lebih berat

terpaksa dilakukan.

Kaedah Ini Menghasilkan Beberapa Hukum Feqah

Antarannya:

• Perempuan yang mengandung yang mati tetapi anak yang

di dalam perutnya masih hidup, maka pembedahan (operation)

perlu dilakukan untuk menyelamatkan bayi tersebut yang masih

mempunyai harapan untuk hidup kerana kemudharatan matinya

lebih besar.

• Perampas tanah yang menanam pokok di atas tanah yang

dirampasnya kemudian tanah tersebut telah diambil semula oleh

tuannya, sekiranya perampas tersebut mencabut pokok tersebut

boleh menyebabkan kemudharatan yang lebih berat, maka tuan

tanah boleh mengambil bayaran daripada perampas tersebut.

• Seekor binatang yang menelan berlian dan tidak dapat

dikeluarkan daripada perutnya kecuali dengan menyembelihnya,

maka pemilik berlian itu bolehlah menyembelih binatang tersebut

dengan membayar harga yang berpatutan kepada tuannya.

3. Kaedah Ketiga :

Apabila Berlaku Pertembungan Di Antara Dua Kerosakkan

Hendaklah Dilakukan Kerosakkan Yang Lebih Ringan48 Iidhohi al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 206

48

Page 49: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما

Maksud kerosakkan atau mufsidah di sini ialah perkara yang

ditegah oleh syara', kaedah atau prinsip tersebut termasuk di dalam

kaedah (رررررر رررر) iaitu kemudharatan hendaklah

dihilangkan secara keseluruhannya. Beramal dengan kerosakkan

tersebut haram tetapi dilakukan juga untuk menghindarkan

kemudharatan yang lebih berat (besar).

Di antara hukum cawangan yang termasuk di dalam kaedah

ini ialah seperti melarang kemungkaran yang boleh membawa

kepada persengketaan di antara dua orang yang sedang berkelahi,

maka hendaklah didiamkan sementara waktu adalah terlebih utama

untuk mengelakkan daripada berlaku persengketaan yang lebih

besar sehingga ditunggu peluang yang sesuai untuk melarang

mereka daripada berkelahi .

Mengikut mazhab Hanafi, orang yang luka pada dahinya

diharuskan ia sujud secara isyarat untuk mengelakkan daripada

menitis (merebak) darah tersebut ke tempat yang lain seperti

anggota badan atau pakaiannya, ini kerana keburukkan

meninggalkan sujud lebih ringan daripada mengalir darah.49

4. Kaedah Keempat :

Kemudharatan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan

Kemudharatan

الضرر ليزال بالضرر

Kaedah ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

((ل ضرر ولضرار

Ertinya:Tidak ada kemudharatan dan tidak dimudharatkan .

49 Madkhal al-Fiqh al-Islami, Kuliah Syariah Universiti al-Azhar

49

Page 50: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa kemudharatan

hendaklah dihilangkan. Untuk menghilangkan sesuatu

kemudharatan hendaklah tidak melibatkan berlakunya bahaya

terhadap yang lain, contohnya adalah sebagaimana berikut:

1. Memadamkan kebakaran atau menolong orang yang lemas

dan sebagainya kadang-kadang boleh mendatangkan

bahaya kepada orang yang menolong.

2. Orang yang terlalu lapar tidak harus ia memberi makanan

yang ada padanya kepada orang yang lain walaupun ia di

dalam kelaparan.

3. Orang yang terlalu lapar tidak harus memotong sebahagian

daripada badannya untuk dimakan.

Kadang-kadang kemudharatan yang baru itu sama berat

dengan kemudharatan yang hendak dihilangkan seperti dua orang

yang sedang menghadapi penyakit yang sama dan sama-sama

memerlukan ubat dan ubat tersebut milik salah seorang

daripadanya, maka ubat tersebut tidak boleh diberikan kepada

temannya.

PERHATIAN: Kata Ibnu as-Subki daripada kaedah "Kemudharatan

tidak dihilangkan dengan kemudharatan" maka dikecualikan

daripadanya apabila salah satu daripadanya lebih besar

kemudharatan50. Menurut Ibnu al-Kattan, mestilah dikaji yang mana

satu lebih ringgan atau lebih berat. Berpunca daripada kaedah ini

diperundangkan hukaman qisas, hudud, memerangi pemberontak (

bertindak balas ,(قاطع الطريق) perampas/perompak jalanan ,(البغاة

terhadap orang yang menyerang, as-syuf''at51 الشفعة)), fasakh yang

disebabkan kecacatan pada barang yang dijual, keaiban lelaki atau

perempuan di dalam permasalahan nikah kahwin.

Hukum syarak membenarkan fasakh nikah ke atas suami

yang tidak memberi nafkah, memaksa orang berhutang supaya

50 Al-Asybah wan Nazhoir, ms : 9651 as-Syuf'at bererti sesuatu benda yang dimiliki oleh dua orang dan benda

tersebut tidak boleh dibahagikan seperti kereta dan sebagainya

50

Page 51: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

menjelaskan hutangnya, memaksa membayar nafkah yang wajib,

harus orang yang kelaparan mengambil makanan orang lain,

memotong tanaman orang lain yang menutupi udara rumahnya.

Membedahkan perut mayat apabila ia menelan harta atau

membedah perut perempuan yang mati apabila ada di dalam

kandungannya bayi yang diharapkan masih hidup dan sebagainya.

5. Kaedah Kelima :

Menolak Kerosakkan Lebih Utama Daripada Menarik

Kemaslahatan

درء المفاسد أولى من جلب المصالح

Apabila ada pertembungan di antara kerosakan dan

kemaslahatan, maka hendaklah diutamakan menolak kerosakan

kerana syara' lebih mengambil berat terhadap perkara-perkara

tegahan daripada suruhan.

SabdaRasulallah SAW:

( ( إذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شيء فأجتنبوه

Maknanya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu perkara

hendaklah kamu membuatnya menurut kemampuan kamu, dan

apabila aku melarang daripada melakukan sesuatu perkara maka

hendaklah kamu menjauhinya.52

Pengertian Maslahat :

Maslahat ialah perkara yang boleh mendatangkan faedah terhadap

urusan manusia yang merangkumi perkara yang diwajibkan oleh

syara' atau diizinkan olehnya.

Pengertian Menolak Kerosakan :

52 Hadis riwayat an-Nasai, bab Wajib Haji

51

Page 52: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Pengertian "Menolak Kerosakan Lebih Diutamakan

Daripada Menarik Kemaslahatan" ialah jika dilakukan sesuatu

perbuatan yang disuruh atau diizinkan itu oleh syara', sedangkan

dalam masa yang sama ia turut melibatkan berlakunya perkara

yang dilarang, maka hendaklah ditinggalkan perbuatan suruhan itu.

Kata Imam al-Sayuti didalam kitabnya apabila bercanggah

di antara menolak kerosakkan dan menarik kemaslahatan maka

hendaklah didahulukan atau diutamakan menolak kerosakkan

kerana syara' mengambil berat tentang menolak kerosakan

daripada mengambil berat dengan perkara yang disuruh.53

Dalil yang menunjukkan kaedah ini ialah hadis Rasulallah SAW :

((أذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم واذا نهيتكم عن شيء فأجتنبوه

Ertinya: Apabila aku menyuruh kamu dengan sesuatu hendaklah

kamu membuat menurut apa yang kamu kuasa dan apabila aku

melarang kamu daripada sesuatu hendaklah kamu menjauhinya.

Hadis ini mengarahkan kita melaksanakan suruhan dan

tuntutan mengikut kemampuan yang ada pada kita. Di samping itu,

hadis ini juga menutup pintu kerosakkan samasekali, maka tidak

harus melakukan kerosakkan kecuali di dalam keadaan dharurat

atau terpaksa, ini memberi erti bahawa perkara-perkara yang wajib

itu boleh dipengaruhi oleh mushaqqah iaitu dibenarkan oleh syara'

di dalam rukhsah atau keringanan pada masa yang ada

mushaqqah.

6. Kaedah Keenam :

Hajat Menepati Di Dalam Keadaan Dharurat

الحاجة تنزل منزلة الضرورة

Kaedah ataupun prinsip yang memang banyak dipakai di

dalam kehidupan seharian samada hajat itu berbentuk umum atau

khas, maka hajat umum seperti syariat telah mengharuskan hukum

sewa (اجارة), upahan (جعالة), pertukaran hutang (حوالة), dan

sebagainya, semua perbahasan tersebut diharuskan dalam Islam.

53 Al-Asybah wan Nazhoir

52

Page 53: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Dalam permasalahan sewaan, sememangnya faedah masih

belum wujud lagi semasa akad sedang berlansung. Berkenaan

dengan permasalahan upahan pula, masih ada perkara yang tidak

diketahui ketika akad sedang dilakukan. Dan mengenai

permasalahan pertukaran hutang (حوالة) pula, maka kira bicara

tersebut telah diharuskan oleh syara' kerana memandangkan

bahawa masyarakat memerlukan kepada perkara-perkara tersebut

di dalam muamalat mereka. Oleh itu hajat (keperluan) yang umum

itu adalah dikirakan dharurah atau dengan lain perkataan "hajat

menepati dharurat".

Di antara permasalahan yang termasuk di bawah kaedah ini

ialah harus melihat kepada perempuan semasa bermuamalat dan

lain-lain lagi daripada masalah-masalah yang dihajati atau

diperlukan oleh masyarakat.

Hajat yang khusus pula ialah seperti penampalan bekas

makanan dan minuman dengan perak menurut syarat-syarat yang

diharuskan oleh syara', begitu juga harus memakan harta

rampasan perang (al-ghanimah) di negeri kafir harbi dan tidak

disyaratkan kepada pemakannya bahawa pada waktu tersebut

tidak ada benda yang lain lagi baginya.

Perbezaan Antara Dharurat Dan Hajat

Maksud dharurat ialah jika tidak dihilangkan boleh membawa

kepada bahaya yang besar terhadap orang yang terpaksa atau

dalam keadaan dharurat seperti takut mati kelaparan sekiranya ia

tidak memakan benda yang diharamkan atau takut kepada

ancaman atau ugutan yang merbahaya sekiranya ia tidak

melakukan perkara yang tersebut.54

Maksud hajat pula ialah jika tidak disempurnakan nescaya

melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan. Ini

tidak ada perbezaan di antara hajat umun yang diperlukan oleh

sekelian manusia yang tidak tertentu bagi diri perseorangan bahkan

diperlu oleh seluruh masyarakat atau hajat yang khusus bagi

54 Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Da'imah

53

Page 54: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

penduduk sesebuah negeri atau suatu golongan yang tertentu,

tetapi sekiranya hajat itu khusus bagi diri perseorangan sahaja

maka hajat seperti itu tidak menepati dharurat atau dengan lain

perkataan tidak boleh mengambil tempat dharurat.55

Jika kita perhatikan tentang hikmat Allah swt menjadikan

segala makhluk yang mana kita dapati tiap-tiap golongan saling

memerlukan antara satu sama lain, golongan pemerintah

memerlukan rakyat untuk membangunkan negara, rakyat

memerlukan pegawai dan kakitangan kerajaan untuk mengawal

maslahah mereka, golongan kaya atau berkemampuan

memerlukan tenaga buruh dan pekerja-pekerja untuk menjaga

segala kegiatan yang mendatangkan maslahah bersama. Golongan

buruh pula memerlukan orang yang berkemampuan untuk

membiayai sesuatu perusahaannya. Kaum lelaki pula memerlukan

kaum wanita untuk menjaga urusan rumah tangga dan sebagainya.

Sebaliknya pula kaum wanita pula memerlukan kaum lelaki untuk

mengawal dan menguruskan kehidupan mereka. Oleh yang

demikian kehidupan manusia dikira saling memerlukan antara satu

sama lain.

55 Madkhal al-Fiqhiyyah al-Islami oleh Syeikh Ahmad ad-Dai'mah

54

Page 55: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kaedah Kelima :

ADAT DIJADIKAN SUMBER YANG DIAKUI

(العادة محكمة)

A. Pegertian Adat :

Pegertian "adat" dalam bahasa Arab:

(ررر رر رررر ررررر رررر رر ررررر رررر)

Ertinya : Perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau

segolongan daripada mereka. Di dalam kitab Tajul A’rus

ditakrifkan :

ررررر ررررر ررررر رر ررررر رر رررررر)

(رررررررر رررررررر ررر رررررر ررررررر

Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara

yang berulang dan munasabah di sisi tabiat yang sejahtera (sifat

semula jadi).

Ulama Usul Feqh mentakrifkan dengan :

(ررررر ررررررر رر ررر ررررر ررررر)

Ertinya: Perkara yang diulangi tanpa berkaitan dari segi aqal.56

Makna “perkara” ialah yang merangkumi perkataan dan

perbuatan. Makna “yang diulangi” ialah perkara yang dilakukan

berkali-kali. Oleh sebab itu perbuatan yang selalu dibuat dinamakan

adat. Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja tidak

dinamakan adat.

Ulama feqah mentakrifkan dengan:

56 At-Taqrir wat Tahbir, juz 1 ms : 358

55

Page 56: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

رر) ر رررر رر ر ر رررر ررر ر ر رر ررر رر رر

(رررررررر رررررررر ررر رررررر رررررر

Ertinya: Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara

yang berulang lagi logik atau munasabah di sisi tabiat yang

sejahtera (sifat semula jadi).57

Digunakan adat di atas perkara yang berulang-ulang itu

dikira sebagai ittifak di antara ulama Usuluddin dan ulama feqah

tetapi ada juga sedikit perbezaan, kerana ulama feqah tidak

meletakkan syarat yang berkaitan dengan aqal. Maka takrif di sisi

ulama Usul Feqh takrif yang lebih khusu berbanding yang

ditakrifkan oleh ulama feqah.58 Kalau kita teliti bahawa taktif adat di

sisi ulama feqah ialah perkara yang boleh diterima oleh tabiat yang

semula jadi.

Digunakan lafaz adat di sisi ulama feqah sebagaimana

berikut :

1. Di atas perkara yang menjadi adat bagi diri perseorangan

seperti adat atau cara-cara tidur seseorang, berpakaian,

bercakap dan sebagainya. Adat tersebut dinamakan adat

individu atau perseorangan (adat fardhiah).

2. Di atas perkara yang menjadi adat bagi kumpulan (jemaah)

yang berasaskan kepada akal fikiran.

3. Di atas perkara yang berulang-ulang perkara tersebut

berlaku berpunca daripada sebab tabii seperti cepat baligh

bagi mereka yang tinggal di negara yang panas berbanding

mereka yang tinggal di negara yang sejuk.

Pada zaman moden uruf ini diertikan dalam kumpulan

dasar-dasar atau prinsip-prinsip yang telah muncul di kalangan

orang ramai (masyarakat) yang dipusakai oleh generasi kemudian

daripada generasi yang dahulu dengan syarat uruf itu ada

57 Al-Asybah Ibn Nujaim, ms : 93 daripada syarah al-Mughni oleh al-Humaidi58 Al-Wajiz Fi Idhohi Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 218

56

Page 57: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

mempunyai balasan hukum dari segi undang-undang atau dengan

kuatkuasa undang-undang.59

Sebenarnya kaedah adat dan uruf adalah menjadi prinsip

yang besar dan panjang sehingga ia boleh dijadikan pokok dan

asas di dalam membina hukum feqah begitu juga di dalam undang-

undang ciptaan manusia.yang kita lihat bahawa banyak hukuman

undang-undang ciptaan manusia dikembalikan kepada adat dan

uruf.

B. Dalil Kaedah

Dalil kaedah ini berdasarkan kepada sabda Rasululah SAW :

(ما رآه المسلمون حسنا فهو عند ال حسن)Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di

sisi Allah juga dikira baik.60

C. Pembahagian Uruf Dan Adat

Uruf dan Adat terbahagi kepada :

• Pertama: Terbahagi kepada perkataan dan perbuatan. Di

segi perkataan ialah kita boleh faham secara cepat tanpa

qarinah atau bukti seperti makanan dari segi bahasa

digunakan di atas benda yang dimakan

• Kedua: Perkara yang sering dilakukan oleh orang ramai

seperti menurut uruf dan adat orang-orang Melayu di mana

mas kahwinnya yang dibayar kepada isteri sebelum ia

disetubuhi.

59 Al-Maqasid as-Syari'yyah al-Islami wa Makarimaha-Maktabah Wahdah al-Arabiyyah

60 Berkata al-Hafiz al-Syakhawi di dalam kitabnya al-Maqasid al-Hasanah, hadis tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab as-Sunnah daripada hadis Abi Wail daripada Ibnu Mas'ud. Hadis ini adalah dikirakn mauquf. Berkata al-Ajluni bahawa hadis ini mauquf hasan, hadis ini dikeluarkan oleh al-Barraz al-Thaya Lisi, Abu Nua'in dan al-Baihaqi.

57

Page 58: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Uruf dan Adat dibahagikan juga kepada Am dan Khas.

• Pertama: Am (Yang Umum), ialah tiap-tiap perkara yang

menjadi uruf atau dikenali di seluruh negeri bermula

semenjak zaman dahulu hingga zaman moden baik yang

mengenai perkataan atau perbuatan, contohnya perkataan

nazar telah menjadi uruf bagi seluruh orang Islam iaitu

perkara yang wajib ditunaikan jika ia bernazar dengan

perkara yang harus dan sunat.

• Kedua: Khas (Yang Khusus), ialah perkara yang menjadi

uruf atau terkenal di sesetengah negeri Islam seperti masuk

ke dalam rumah orang Islam tanpa membuka kasut seperti

negara Mesir berbeza dengan negara Malaysia sebab

dianggap sebagai satu penghinaan terhadap tuan rumah.

D. Kedudukan Uruf Dan Adat Dari Segi Hujah

Kedudukan uruf dan adat dari segi hujah ialah beramal

dengannya di sisi syara’, inilah yang dimaksudkan oleh para

fuqaha: (العــرف معتــبر) iaitu uruf yang diiktibarkan oleh syara’. Dan

perkataan (العــادة محكمــة) bermaksud adat yang diakui. Dengan itu

sebahagian ulama memahami bahawa yang dimaksudkan dengan

uruf dari sudut hujah ialah bahawa syara’ menganggapnya sebagai

dalil dalam memperundangkan hukum seperti al-Quran dan Hadis.

Mereka berpegang kepada hadis:

(ما رآه المسلمون حسنا فهو عند ال حسن)

Ertinya: Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka di sisi

Allah juga adalah baik.

E. Penggunaan Adat Dan Uruf Di Sisi Fuqaha'

Uruf dan adat digunakan di dalam feqah dengan pelbagai

corak, tiap-tiap satu daripadanya dibinakan sesuatu hukum menurut

cara yang khusus kegunaannya seperti berikut:

58

Page 59: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

• Pertama: Digunakan sebagai dalil bagi hukum atau dalil

yang mentakhsiskan sesuatu nas seperti uruf bagi

menempah sesuatu benda dan sebagainya.

• Kedua: Digunakan uruf supaya menjadi ukuran bagi mufti

atau qhadi di dalam usaha untuk mempraktikkan hukum

yang mutlak. Memandangkan syariat itu didapati di

dalamnya hukum-hukum yang berbeza mengikut perbezaan

adat dan maslahah. Maka kebiasaan syara’ tidak

menentukan sesuatu nas secara khas bagi tiap-tiap

golongan manusia bahkan secara menyeluruh (umum).

Terpulanglah kepada para mufti dan qhadi seperti

menfatwakan mengikut uruf masing-masing.

• Ketiga: Digunakan uruf untuk menjelaskan perkara yang

dikenali ramai tentang buktinya samada memberi keizinan

atau tegahan atau kewajipan penyaksian di dalam

mahkamah dan lainnya.

Kegunaan Adat Seperti 'Uruf

Ulama-ulama telah mentakrifkan Adat sebagai :

ررر) ر ررررر ررررر رر ر ر رررر ررر ر ر رر رر

(رررررررر ررر رررررر رررررر

Ertinya : Perkara yang tetap di dalam diri manusia daripada perkara

yang berulang dan logik di sisi tabiat yang semula jadi.

Dan mentakrifkan 'Uruf dengan: (رر ررررر رررر ر رر ر

(رررررر رررررر ررررررر

Ertinya: Perkara yang telah diketahui oleh akal dan menjadi

sebutan oleh ulama dengan penerimaan.

Perkara yang menjadi adat boleh diterima pakai seperti uruf

pada beberapa masalah :

Di antaranya: masa yang maksimun dan minimum bagi

tempoh haid dan umur yang minimum bagi baligh.61

61 Al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 276

59

Page 60: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Al-Imam al-Zarkasyi ada menyebut bahawa Imam as-Syafie

tidak mengambil kira tentang adat pada dua masalah:

1. Seseorang yang meminta untuk mencatatkan

sesuatu dengan seseorang mengikut adatnya diberi upah.

Sedangkan masa minta itu dia tidak menyebut sebarang

upah maka dia tidak berhak memintanya.

2. Ketiadaan sah jualbeli tanpa ijab dan qabul (معاطاة)

sekalipun perkara tersebut telah menjadi adat.62

Kedua-dua fatwa tersebut menyalahi pendapat al-mukhtar,

mengikut pendapat al-mukhtar pada masalah yang pertama

memerlukan huraian iaitu seseorang yang meminta untuk menjadi

pencatit bagi seseorang walaupun ia tidak menyebut upah

sedangkan mengikut adat dengan cara yang ia lakukan itu boleh

menerima upah maka ia berhak menuntut upahya tetapi sebaliknya

jika tidak menjadi adat maka ia tidak berhak menuntut upahnya.

Pada masalah kedua pula (آلمعاطاة) mengikut pendapat Imam

al-Mutawalli, al-Bhughawi, al-Nawawi dan lain-lain lagi.bahawa

jualan secara tersebut adalah sah sekiranya telah menjadi adat dan

cara yang di lakukan itu dikirakan sebagai jualan seperi dilakukan

jualan tersebut dengan cara perbuatan.

Mengikut pendapat Ibnu Suraij dan al-Ruwiyani bahawa

jualan tersebut telah di haruskan oleh syarak pada benda-benda

yang nilainya rendah sahaja pada uruf.seperti sebiji roti dan

sebagainya.

Khilaf Ulama Dalam Menetapkan Adat :

Mengikut pengarang kitab al-Mawahibussaniah a’la al-

faraidi al-bahiyyah: boleh dihukumkan sebagai adat walaupun

sekali berlaku sahaja seperti hamba yang mencuri harta,

perempuan yang istihadhah dan lain-lain lagi.

62 Mengikut nas yang difatwakan oleh Imam as-Syafie RA (al-Mansus) al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 277

60

Page 61: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Ada juga untuk menentapkan adat itu sekurang-kurangnya

dengan berulang-ulang dua atau tiga kali, sebagai contoh, untuk

mengenal pasti keturunan seseorang (القائف ) ketika tidak diketahui

siapakah keluarganya dan seperti binatang yang dilatih untuk

berburu tidak boleh diambil kira binatang tersebut telah menerima

ajaran jikalau dengan sekali percubaan sahaja.63

Imam al-Ghazali telah menentapkan adat itu sekurang-

kurangnya berlaku tiga kali pada masalah binatang pemburuan

tersebut, tetapi kebanyakan ulama menghukumkan dhaif pendapat

tersebut berpandukan firman Allah Taala :

) (احل لكم الطيبات وما علمتم من الجوارح

Erinya: Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang baik (elok) dan

daging binatang yang diburu oleh binatang perburuan.

Mengikut pendapat yang muktamad hendak dikirakan

binatang perburuan itu telah menerima ajaran atau tidak hendaklah

dicuba dengan berulang-ulang kali sehingga timbul pada sangkaan

(zhann) kita bahawa binatang itu telah menerima ajaran.

Kaedah Feqah Yang Termasuk Di Bawah Kaedah Ini ialah :

Yang Terkenal Dari Sudut 'Uruf Seperti Yang Terkenal Dari

Sudut Syarat

( طاط شرورالمعروف عرفا كالمش )

Yang dimaksudkan dengan "syarat" adalah perkara yang

lebih umum daripada perkataan yang menunjukkan keizinan bagi

perkataa-perkataan akad atau keterangan yang menyatakan jenis

yang dikehendaki atau menyatakan kadar yang dikehendaki di

dalam maksud sesuatu akad.

63 al-Fawaid al-Janiyyah, ms : 283

61

Page 62: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

• Sebagai contoh 'uruf atau adat yang diizinkan oleh

syara’ adalah sesiapa yang melihat kebakaran yang berlaku

di dalam rumah seseorang atau melihat seekor lembu yang

ditimpa kemalangan, maka dengan ini bermakna syara’ telah

mengizinkan untuk masuk ke dalam rumah tersebut

bertujuan untuk memadamkam kebakaran walaupun dengan

tidak meminta izin daripada tuannya. Begitu juga dengan

menyembelih lembu tersebut. Oleh yang demikian ia tidak

wajip menggantikannya.

• Contoh yang lain pula tentang masalah

menyampaikan kiriman kepada seseorang yang tertentu,

maka di sisi uruf dan adat jika seseorang itu tidak ada di

rumah, maka memadailah dengan disampaikan kepada

isteri dan anak mereka.

• Contoh yang menunjukkan larangan ialah tanda

papan yang diletakkan di tepi jalan. Ini menunjukkan tidak

harus memasukki jalan tersebut.

• Contoh yang menunjukkan jenis-jenisnya selepas

ditentukan seperti menyewa rumah yang tidak disebutkan

keterangan secara teperinci maka memberi sewa

merupakan satu penjelasan untuk didiami rumah tersebut

dengan bebas tidak kira berapa ramai jumlah ahli

keluarganya dan memberi penjelasan untuk menjalankan

apa-apa projek yang dikehendaki oleh penyewanya .

• Keempat : Digunakan pada pemangkin uruf di sudut

bahasa .

Tiap-tiap orang yang bercakap ditangguhkan

percakapannya di atas uruf secara umum sama ada

percakapan syara’ atau yang semata-mata keluar daripada

manusia seperti perkataan solat dari sudut bahasa ialah

doa dan dari segi syara’ pula ialah perkataan-perkataan dan

perbuatan-perbuatan yang khusus yang dimulakan dengan

takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.

62

Page 63: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Kesimpulan yang dapat diambil daripada segala

hukum yang mengandungi segala kewajipan dan

sebagainya hendaklah dilakukan mengikut kehendak

urufnya.

• Kelima : Digunakan uruf pada perkara yang biasanya

berlaku dan diketahui secara umum.

Untuk menguatkan (mentarjihkan) sesetengah mazhab

di dalam feqah dengan syarat setiap mazhab yang hendak

ditarjihkan itu adalah yang mempunyai dalil yang boleh

diterima sebagai contoh, ialah ditarjihkan mazhab Hambali

yang menyatakan pemegang gadai harus mengambil

faedah daripada perkara yang digadinya tanpa keizinan

daripada pihak yang menggadainya seperti binatang yang

boleh diperahkan susunya atau dutunggani sebagai

kenderaan dengan syarat pemegang gadai telah

mengeluarkn belanja untuk menjaganya (membelanya), dan

ia boleh mengmbil fedah sekadar perbelanjaan yang telah

dikeluarkan sahaja kerana uruf masyarakat telah melakukan

perkara yang sedemikian.

Fatwa ini becanggah dengan pendapat jumhur ulama’

kerana mengikut pendapat mereka, pemegang gadai tidak

dibenarkan mengambil apa-apa faedah terhadap benda

yang digadai. Tiap-tiap pendapat mazhab itu masing-masing

mempunyai dalil yang boleh diterima pakai. Dan harus

mengambil faedah terhadap benda-benda yang digadai itu

dengan syarat mendapat keizinan pemberi gadai (tuan

asalnya) kerana uruf masyarakat telah lazim melakukannya.

Dan setengah daripada pendapat mazhab bahawa mereka

tidak membenarkan mengambil apa-apa faedah walaupun

sedikit sahaja.

• Keenam : Digunakan pada adat yang mendatangkan kesan

terhadap hukum syara’ kerana keadaan sekitar masyarakat

telah menerima pakai perubahan yang memerlukan kaedah

jangka lebih (احتياط). Inilah yang dinamakan kerosakkan

zaman sebagai contoh keadilan saksi-saksi yang boleh

63

Page 64: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

diterima pakai. Tidak dapat dibuktikan pada zaman

sekarang kecuali dengan (تزكية) iaitu pembersihan atau

sokongan orang lain yang mengatakan si polan (individu) itu

adalah seorang yang baik . Sebab pada zaman ini telah

berlaku pendustaan secara meluas dan iman manusia telah

rapuh sedangkan pada zaman silam memadai dengan

semata-mata seseorang individu itu beragama Islam sahaja

F. Syarat-Syarat Yang Diiktibar Oleh 'Uruf Dan Adat :

Sebagai yang telah maklum bahawa uruf dan adat digunakan

dalam pelbagai bentuk dan cara. Dan tiap-tiap satunya ada

caranya yang tersendiri untuk membezakan hukum di antara

kedua-duanya, tetapi pemangkin itu disyaratkan pula dengan

pelbagai syarat. Di antaranya ada syarat yang berbentuk

umum dan ada syarat yang berbentuk khusus dalam setengah

pemangkin. Pendeknya syarat-syaratnya itu dapatlah

diringkaskan seperti berikut :

Syarat Pertama : Bahawa tiap-tiap uruf dan adat itu mestilah

digunakan secara menyeluruh (umum) atau ghalibnya. Iaitu

digunakan oleh kebanyakan. Makna menyeluruh ialah uruf itu

digunakan di merata-rata tempat ,iaitu tidak timbul perselisihan

antara ahli uruf samada yang umum dan yang khusus .

Dan makna ghalib pula ialah uruf itu digunakan oleh

kebanyakan masyarakat. Ini kerana uruf itu menjadi tetap dan

dipersetujui setelah digunakan oleh semua lapisan. Oleh yang

demikian para fuqaha’ mengatakan :

(رررررر ررررررر رررررر رر ررررررر )

Maksudnya : Yang muktabar itu ialah yang ghalib dan yang

diakui di merata. Ini adalah syarat yang umum dalam segala

kegunaan uruf dan adat.

Syarat Kedua : Hendaklah uruf itu umum dalam semua negeri

Islam dan inilah 'uruf yang dijadikan sebagai dalil bagi hukum pada

64

Page 65: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

sudut zahirnya dan menunjukkan kepada dalil yang sebenarnya

seperti kedudukan ijma’ (sepakat ulama’) dan al-Masalihul

Mursalah merupakan uruf yang mengharuskan iaitu manfaat

membuat sesuatu benda dan mengharuskan wakaf benda-benda

yang boleh dipindahkan.64 Sebagaimana yang maklum ijma’ itu

tidak mungkin berlaku kecuali dengan persetujuan seluruh ahli

ijtihad di dalam semua negeri. Begitu juga dengan al-Masalihul

Mursalah tidak diakui melainkan dengan maslahah yang dikira

umum atau maslahah yang berbentuk kuliyyah yang mempunyai

sebab yang tetap dan nyata terhadap maslahah yang umum .

Syarat Ketiga : Hendaklah uruf dan adat itu tidak ditentang dan

berlawanan dengan sesuatu hukum yang mempunyai dalil syara’.

Sekiranya wujud percanggahan dengan dalil tersebut , maka

terbatallah uruf tersebut seperti uruf bahawa ramai orang yang

meminum arak, berjudi, makan riba di merata- rata tempat, orang

perempuan mendedahkan aurat dan sebagainya .

Dalil bagi syarat ini telah sah daripada syara’ yang

mengetahui tentang maslahah-maslahah manusia untuk

mentadbirkan urusan mereka. Maka ini dikirakan benar dan telah

menjadikan pegangan di kalangan orang ramai. Sebagaimana yang

telahpun maklum bahawa uruf itu dikira tidak maksum. 'Uruf yang

tidak bertentangan dengan dalil syara’ sahaja yang dapat diterima

pakai atau muktabar .

Sebagai contohnya uruf orang ramai di dalam adat di dalam

perniagaan, peraturan, kehakiman , undang-undang kemasyarakat

yang diperlukan oleh masyarakat .

Syarat ini adalah berbentuk umum di dalam kegunaan uruf

jikalau seseorag itu berkata ;”Aku wasiatkan harta bendaku kepada

kerabatku “. Mengikut uruf kerabat itu adalah secara umum yang

merangkumi di kalangan kerabat yang mempunyai bahagian di

dalam harta pusaka simati. Maka kerabat di sini tidaklah

termasuklah kerabat yang dikira layak memgambil bahagian harta

pusaka. Ini kerana wujud percanggahan dengan sabda rasullah

SAW :

64 Madkhal al-Fiqh al-Islami

65

Page 66: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

(ل وصية لوارث)

Ertinya : Tidak ada wasiat bagi waris.

Syarat Keempat : Hendaklah uruf itu merupakan kepastian, iaitu

perkara yang wajib dipakai mengukut pandangan masyarakat atau

merupakan adat sebahagian daripada penduduk negeri walaupun

tidak menjadi adat bagi negeri-negeri lain. Semua itu kembali

kepada uruf masing-masing atau setempat.

Kata fuqaha’ pada perkara yang disebut oleh syara’ secara

mutlak tanpa diterangkan keadan secara teperinci dan tidak

diterangkan disudut bahasa, maka dikembalikan kepada uruf .

Contohnya tempat simpanan atau tempat yang khas terhadap

benda yang dicuri waktu haidh dan tempohnya dan lain-lain lagi.

Tetapi terdapat beberapa masalah yang tidak diiktibarkan uruf,

padahal ia tidak dikterangkan secara teperinci di dalam syara’ dan

bahasa . Di antaranya :

1. Jual beli dengan cara memberi dan mengambil tanpa

melafazkan akad adalah tidak sah mengikut mazhab al-

Syafie, tetapi setengah daripada pendapat mazhb lain adalah

sah.

2. Masalah seseorang yang memberi suatu bahan kepada

tukang untuk dibuat suatu benda dan adat tukang mengikut

kebiasannya mengambil upah terhadap usahanya itu. Maka

tukang tersebut tidak berhak menerima upah sekiranya dia

tidak menyebut syarat mengikut pendapat yang asah.

G. Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Kaedah Ini

Boleh dikira sebagai adat walaupun dengan sekali berlaku sahaja.

Seperti perempuan (مستاضة) dan adakalanya dengan berulang kali

seperti masalah untuk kenal pasti keturunan seseorang (القائف) dan

adakalanya dengan berulang kali seperti hendak kenal pasti anjing

pemburuan, adakah anjing tersebut memang benar telah menerima

ajaran daripada tuannya atau tidak dan seperti suara ayam untuk

menjadi panduan bagi masuknya waktunya solat dan lain-lain lagi .

66

Page 67: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

Adat diambil kira sekiranya ia tidak menyalahi (bertentangan).

Contohnya seorang yang menjual sesuatu dengan beberapa

dirham dengan menyebut dirham secara itlak (umum). Maka

dihukumkan dirham itu dengan dirham yang ghalib (kebiasaan)

digunakan pada tempat tersebut.65 Tetapi jikalau adat itu

menyalahi,maka hendaklah diberikan penjelasan terlebih dahulu

sekiranya tidak diberi penjelasan, maka jual belinya itu tidak sah.

TAMATLAH SUSUNAN BUKU INI DI DALAM SIRI YANG

PERTAMA DAN AKAN DISAMBUNGKAN PULA DI DALAM SIRI

YANG KEDUA YANG DIMULAKAN PADA BAB YANG KEENAM.

(الجتهاد لينقض بالجتهاد) Ijtihad Tidak Dibatal Dengan Ijtihad

SENARAI BAHAN RUJUKAN

1. Al-Quranul Karim

2. Hadith an-Nabawiyyah

3. Al-Asbah wa Nazair, oleh al-Imam Jalaluddin Abd Rahman As-

Sayuti-Darul Ihyaa wal kutub al-Arabih Isa Baabial-halabi al-Kaherah

Mesir .

4. Al-Fawaid al-Janiyyah Hasyiah al-Mawahibul al-Saniah ala al-

Faraidi al-bahiyyah, oleh fadhilatul al-ustaz I’lmuddin Mohd yassin B.

Isa al-fadani.

5. Al-Indunisi al-Makki- maktabah Mohd salleh Ahmad Mansur al-

Baz bi Babil al-Salam- maktabah mukarramah.

6. Iidhahul al-Qawaid al-Fiqhiyyah, oleh Syeikh Abdullah B. Said

Mohd Ubbadi al-Lahji al-Hadrami al-Syahari- Maktabah al-Madani –

1388 hijrah.

7. Maqasidul al-Syariah al-Islamiah wa Makarimiha, oleh 'Alal al-Fasi

-Maktabah al- Arabiah al-Darul al-Bhaida”- Magribi.

8. Nailul Autar Syarah Muntaqa al-Akhbar min Ahadis Sayyid al-

Akhbar-Maktabah al-Usmaniah al-Masriah- 1357 hijrah.

9. Al-Asbah wan-Nazair 'ala Mazhabi Abi Hanifa al-Nukman, oleh –

Inbu Najaim Zanul al-Abidin B. Ibrahim muasssah wa syurakaat lil

nasri wa taufik al-Kaherah Mesir- 1387hijrah bersamaan 1968

masihi .

65 Iidhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kulliyyah, ms : 39

67

Page 68: Qawaid Al Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah

10. Al-Mansur Fi al-Qawaidi al-Fiqhiyyah, oleh al-Iman Badruddin al-

Zarkasyi -Ditahqiq oleh Dr Taisir faiq Mahmud daripada Mansyuraat

al-Auqaf was-Syu'un Islamiah Fil Kuwait cetakkan pertama . 140 hijrah

11. Al-Muqnie, oleh al-Imam Mauqifuddin Abd B. Ahmad B.

Quddamah – maktabah al-Riyadh al- Hadisah 1400 hijrah .

12. Lisanul Arab, oleh Ibnu al-Manzur Jamaluddin Mohd B. Mukrim ,

Darul Shodir wa dar Bairut- 1374 hijrah .

13. Al-Taqriru wat-Tahbir, oleh ibnu Amir oleh al-haj matba’ah al-ula,

maktabah al-Amiriah al-Kubra Mesir- 1317 hijrah .

14. Syarahy al-Muhazzab oleh al-Iman al-Nawawi.

15. Al-Tahqiq, oleh al-Imam al-Nawawi.

16. Tuhfah, oleh innu hajar al-Haitami.

17. Al-Umm, oleh Muhammad Idris al-Syafie.

18. Taufiqul al—Illah Hasyiah Sunbuli Zadahul A’lal Asybah -

maktabah as-Sulaimaniyyah Istanbul .

19. Kkhatimah Mujami’ al-Haqaiq, oleh al-Khadimi Abi Said Mohd B.

Muhammad -maktabah al-Amirah Istanbul 1308 hijrah .

20. Al-Madkhal al-Fiqhul al-Islami Nukhbatul, daripada ulama’ al-

Azhar ( Ahmad Abu Sunnah dan ramai lagi).

21. Qlyubi wa Umairah – maktabah darul ihya il Kutub al-Rabiah

Faisal Isa al-Baabi al-Halabi.

22. Syarah Majallatul al-Adliah, oleh al-Aatasi -maktabah humus

1349 H

23. Al-Wajiz Fi Iidhahil Qawaidi Fiqhi al-Kulliyyah, oleh Dr. Mohd Sidqi

B.Ahmad al-Brno –maktabah al-taubah al-Rayadh 1415 hijrah.

68