Puteri Islam

30
1.0 : SEJARAH 1.1 Sejarah & Latar Belakang PPIM LATAR BELAKANG PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengambangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T 1.2 Tokoh-tokoh Puteri Islam Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

description

cota puteri islam

Transcript of Puteri Islam

1.0 : SEJARAH

1.1 Sejarah & Latar Belakang PPIM

LATAR BELAKANG PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.

Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengambangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

1.2 Tokoh-tokoh Puteri Islam

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.    Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987. 

Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.    Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. 

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 

 

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011. 

2.0 DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG PUTERI ISLAM

2.1 Falsafah Puteri Islam

Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah Pergerakan Beruniform yang bergerak di Peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah, Universiti, Institut/Maktab Perguruan, Sekolah-sekolah Menengah dan Sekolah-Sekolah Rendah. Aktiviti-aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan puteri yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

2.1.1 Objektif Khas

1.Melibatkan ramai pelajar di dalam aktiviti Badan Beruniform.

2. Memperlengkapkan peralatan Badan Beruniform.

3. Memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan.

4. Mengadakan aktiviti yang lebih menarik supaya menimbulkan minat yang lebih di kalangan murid.

5. Mendedahkan murid dengan banyak aktiviti yang lebih mencabar di luar bilik darjah.

2.1.2 Objektif Am

Mengalakkan lebih ramai murid melibatkan diri dengan lebih aktif di dalam ke tiga-tiga bidang kokurikulum.

Menanam semangat bertanggungjawab terhadap pasukan yang dianggotai di kalangan dengan mengadakan pertandingan dari masa ke semasa.

2. 1.3 Peranan

1. Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah PendidikanNegara (FPN).

2. Memupuk semangat kewarganegaraan dan perpaduan.

3. Memberi pengalaman berhubung, bergaul dan bersatu di dalam masyarakat.

4. Mengukuh dan mengayakan pengalaman yang telah didapati di dalam kelas.

5. Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid di dalam bidang-bidang tertentu.

6. Melatih pelajar mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah di samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri.

7. Memberi peluang dan galakkan kepada pelajar-pelajar membuat kerja-kerja khidmat masyarakat.

8. Menyediakan peluang kepada masyarakat untuk memberi sumbangan kepada sekolah.

2.1.4 Matlamat

1.Menyeimbangkan antara perkembangan mental, emosi dan jasmani dengan perkembangan sosial melalui penyemaian , penyuburan, pengukuhan dan penghayatan pengetahuan Islam.

2.Merealisasikan Islam dalam amalan hidup

2.1.5 Visi PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu; membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segispiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silatur rahim sesama puteri dan terhadap diri,keluarga, masyarakat dan negara.

2.1.6 Misi PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dankehidupanyang nyata melalui program- program yang dijalankan.

Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puterimelalui aktiviti- aktiviti yang mencabar dan menarik.

Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supayadapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

2.2 Perlembagaan Pertubuhan Puteri Islam Malaysia

Pada mematuhi sub peraturan 5(1)(a) dalam persatuan-persatuan

Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan peraturan Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 peraturan [perlembagaan] Pergerakan Puteri Islam yang selepas ini disebut sebagai “persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

1.1 Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam

1.2 Alamat: Sek.Keb.Kolapis,Peti Surat 51,90107 Beluran

PERATURAN 2 : MATLAMAT

Memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAB 3 : OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam(Puteri Islam)dengan

lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab

dan disiplin diri.

3.2 Ahli-ahli pergerakan Puteri Islam akan seberapa daya dan usaha untuk mencapai

tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutama melalui persembahan

nasyid, ujian kecekapan amali dan praktikal.

PERATURAN 4 : KEAHLIAN

4.1 Terbuka kepada pelajar Tahap Dua(Tahun 3 hingga Tahun 6) 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang pilihan mengikuti

aktiviti

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan aktifnya untuk menjayakan tujuan

persatuan ini.

PERATURAN 5 : GURU PENASIHAT

5.1 Terdiri daripada guru-guru perempuan yang bertugas di sekolah ini

5.2 Hendaklah memberikan nasihat dan merancang\melaksanakan aktiviti yang

disasarkan

5.3 Hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli sepanjang aktiviti dijalankan

mengikut jadual, tarikh dan masa yang ditetapkan.

5.4 Menjadi pengiring apabila ahli terlibat dengan aktiviti di luar sekolah sama ada

berbentuk penyertaan, jemputan atau pertandingan.

PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa mesyuarat agung

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang

tidak hadir tetapi ada menulis surat rasmi sebagai tunjuk sebab layak dicalonkan

untuk sebarang jawatan.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian

6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan

mesyuarat

6.5 Ahli jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat

perletakan jawatan kepada guru penasihat

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan Hendaklah terdiri

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 AJK[bilangan bergantung keperluan]

6.6.8 Juruaudit [dua orang]

PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan setiap mesyuarat

7.1.2 Meneliti minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan mesyuarat

adalah wajar dan mengikut agenda yang ditetapkan

7.1.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

diberi

7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi

7.2.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa 7.3 Setiausaha

7.3.1 Mengurus surat-menyurat

7.3.2 Mencatat minit mesyuarat/laporan dan menandatanganinya

7.3.3 Menyimpan fail/dokumen berkaitan dengan persatuan

7.3.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

tanggungjawabnya

7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha

7.4.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab terhadap hal-hal kewangan persatuan

7.5.2 Membuat penyata dan menyimpan kira-kira berkenaan kewangan persatuan

7.5.3 Menyediakan laporan wang terimaan dan wang perbelanjaan dan

dibentangkan semasa mesyuarat agung

7.5.4 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari

7.6.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu melaksanakan program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh

persatuan

7.7.2 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

7.8 Pemeriksa kira-kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan

persatuan dan bertanggungjawab ke atasnya

7.8.2 Memastikan penggunaan kewangan diurus dengan betul

7.8.3 Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa kesemasa

PERATURAN 8 : KEWANGAN

8.1 Sumber kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa

mesyuarat agung dan telah diputuskan sebanyak ringgit Malaysia RM0.20 sebulan

untuk setiap ahli

8.2 Memohon bantuan kewangan daripada pihak sekolah jika perlu

8.3 Ahli-ahli yang terpilih mewakili sekolah mengikuti sebarang aktiviti di peringkat

daerah akan layak menerima RM 5.00,peringkat Bahagian RM 10.00 Peringkat Negeri

RM 30.00 dan Peringkat Kebangsaan RM 50.00 setiap seorang daripada pihak

sekolah.

8.4 Semua pungutan\penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun SUWA

sekolah sekiranya mendapat kelulusan Guru Besar.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN\PNENYERTAAN

9.1 Ahli Persatuan dikehendaki menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan oleh

persatuan sepanjang tahun

9.2 Gagal menghadiri aktiviti sebanyak 3[tiga] kali berturut-turut dikehendaki

menulis surat tunjuk sebab. Jika gagal berbuat demikian maka pemotongan markah

dalam penilaian boleh dibuat oleh guru penasihat dan dicatat dalam buku rekod

penilaian kokurikulum

9.3 Guru penasihat dikehendaki menyediakan\memohon kebenaran ibu

bapa\penjaga kepada pelajar yang terlibat menyertai sebarang

aktiviti, pertandingan, ujian dan seumpama di luar sekolah dengan mengemukakan

borang pelepasan ibu bapa.

9.4 Semasa ahli menghadiri\menyertai apa juga jenis aktiviti seperti dalam

perancangan tahunan, jemputan, pertandingan di dalam kawasan sekolah atau di luar

sekolah[apa juga peringkat pertandingan/kejohanan\kelolaan] jika terdapat

kecederaan/kecelakaan maka pihak sekolah dan ibu bapa\penjaga perlu

bekerjasama menjaga kebajikan ahli berkenaan.

PERATURAN 10 : AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat AJK

10.2 Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan. Guru

penasihat akan mengumumkan kepada ahli

PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya

11.3 Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan

persatuan\peraturan semasa

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran Bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati terhadap tindakan ke atasnya, boleh membuat surat

rayuan dan semakan salah laku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya

adalah muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

11.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda melalui

pekelilingan persatuan\kelab\unit.

11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli-ahli jawatankuasa, guru

penasihat atau pentadbir sekolah.dan disahkan oleh guru besar.

PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN\UNIT\KELAB

14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan\unit\kelab jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli mestilah mengetahui tanggungjawab sendiri dan sentiasa menjaga

sahsiah dan nama baik setiap ahli dan persatuan sepanjang masa

2.4 Logo Puteri Islam dan Cogan Kata

2.4.1 Pengertian Logo

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif)

Di bawah logo ini tertulis perkataan :

PUTERI - Bagi Ahli-Ahli Puteri

PEMIMPIN PUTERI - Bagi Pemimpin-Pemimpin

2.4.2 Pengertian Warna

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan

Hijau : Agama

Putih : Kesucian

Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

2.5 Ikrar Puteri Islam

BAHAWA KAMI, AHLI-AHLI PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA, BERIKRAR AKAN :

Taat kepada Allah, Rasul, pemerintah, guru dan ibu bapa Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak Membangunkan diri dengan sempurna Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara

2.5.3 Suluh Kata PPIM

P Patuh kepada ibu bapa

U Ugama/ agama berteraskan Al-quran dan Al-hadith

T Taat kepada Allah dan Rasul

E Erat ukhuwwah Islamiah

R Rela berbakti kerana Allah

I Iman dipupuk, Ilmu dituntut

I Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali

S Solat ditunai setiap waktu

L Larangan Allah dijauhi

A Akhlak mulia pengukuh keimanan

M Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

2.5.4 Bendera

Bendera PPIM 

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera.Penggunaan bendera adalah di setiap upacara rasmi dan semasa Tatacara Perjumpaa. Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan ialah, bendera negeri di sebelah kiri, bendera Malaysia di tengah-tengah, dan bendera PPIM di sebelah kanan.

3.0 ORGANISASI PUTERI ISLAM

3.1 Pangkat dalam Puteri Islam

GELARAN / PAGKAT JAWATAN

Megaputeri Ketua Puteri

Megasari Penolong Ketua Puteri

Puteri Bistari Setiausaha / Bendahari

Puteri Kejora Penolong SU / Bendahari

Puteri Saujana Ketua Pasukan

Puteri Mestika Ketua Kumpulan

Permata Puteri Ahli Biasa

3.2 Kumpulan Puteri Islam

Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM Sesi 2009 - 2011

Yang Dipertua :Yg.Bhg. Datin Hjh. Badiah Abdul Manan

Naib Yang Dipertua I :Yg.A.Bhg. Datin Seri Dato'Hjh. Shamsiah M.Yassin

Naib Yang Dipertua II :Yg.Bhg. Datuk Hjh. Sharifah Mordiah Tuanku Hj.Fauzi

Setiausaha Kehormat :Cik Hajah. Hamidah Mohd Khalid

Bendahari Kehormat :Yg.Bhg. Datin Teh Zawahir Abdul Malek

Setiausaha Eksekutif :Cik Hajah Aizar Md. Jaman

Ahli Pentadbir :Yg.Bhg. Prof. Dr. Azizan Baharuddin

Yg.Bhg. Puan Sri Datin Che Asidah Minin

Puan Hjh. Che Rahimah Bt Hussin

Puan Hjh. Che Su Mahamud

Y.M. Engku Tik Azizah Engku Malek

Puan Hannah Hj Nawawi

Puan Hjh. Latifah Mahluddin

Puan Hjh. Norazila Musa

Yg.Bhg. Datin Sabariah Shukur

Puan Hjh. Zabedah Mohamed

Puan Hjh. Zaimah Ahmad

Puan Norashimah Ismail

Y.Bhg. Datin Hjh. Che Hasnah Abdullah

Wakil Kementerian Belia & Sukan : Cik Fadillah Ahmad

Wakil Kementerian Pelajaran Malaysia : Cik Noridah Alias

4.0 Pakaian Seragam

4.1 Jenis Pakaian

Jenis Pakaian Gambar

Baju Kawad

Baju Pemimpin

Baju Puteri

Baju Riadah

4.3 Anugerah dan Lencana

Oleh kerana PPIM sekolah rendah diwujudkan kemudian daripada kewujudan PPIM di sekolah menengah, maka pengubahsuaian nama dan heirarki Lencana Tahap PPIM perlu diadakan seperti berikut:

1.

Lencana PUTERI

1.1Lencana PUTERI bertanah warna merah samar atau merah jambu.

1.2

Semua ahli, sama ada Ahli beruniform, Ahli Tidak Beruniform dan Tenaga  Pembantu haruslah sama-sama memakai lencana PUTERI sebagai tanda telah  menjadi ahli PPIM.

1.3Rupa bentuk dan susunan warna Lencana PUTERI ini tidak boleh diubah-ubah  pada sebilang masa; ianya kekal seperti yang ada di dalam Buku  Perlembagaan.

2.

Lencana PEMIMPIN

Tiap-tiap ahli puteri mestilah mengikut aktiviti-aktiviti berdasarkan tahap  kurikulum persekolahan (rendah dan menengah), Institut dan Maktab  Perguruan, Institut Pengajian Tinggi lain termasuk Kolej Swasta serta kurikulum pemimpin.

PUTERI BONGSU

Lencana ini diperolehi setelah ahli puteri lulus ujian tahap sekolah rendah berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan di dalam kurikulumnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlu menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak beserta soalan-soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod.

Anugerah peringkat tertinggi ini diberi kepada ahli-ahli yang telah mendapat sijil tahap Puteri Bongsu. Bakal penerimanya boleh dikenalpasti semasa ahli berada di tahun ke 6 persekolahan ataupun di tahun ke 3 dalam Pergerakan, berdasarkan kriteria seperti berikut:

a) telah lulus ujian tahap (Puteri Bongsu)

b) cemerlang dalam bidang akademik

c) mempunyai ciri-ciri kepimpinan

d) berakhlak mulia

e) berwibawa dan bertanggungjawab

f) berwawasan

g) penampilan syakhsiyyah yang terpuji

h) bertoleransi dan bekerjasama

i) kreatif dan inovatif

Penyampaian Lencana dan Sijil pencapaian tahap tertinggi di sekolah rendah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PPIM kepada ahlinya ini hendaklah dibuat pada hari-hari kebesaran sekolah, seperti Hari Ibu Bapa, Hari Penyampaian Hadiah sekolah, Hari Puteri peringkat Daerah atau Negeri.

PUTERI KECIL

Lencana ini diperolehi oleh ahli setelah lulus ujian tahap pertama di sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum    tahapnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini, guru pemimpin perlulah  menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak menerimanya berserta soalan-soalan ujian dan  markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PPIM PN sebagai rekod

PUTERI TENGAH

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mempunyai Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan telah lulus ujian tahap kedua di sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ditetapkan seperti yang ada di dalam kurikulum tahapnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian ini guru pemimpin perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

PUTERI SULONG CEMERLANG

Lencana ini diperolehi oleh ahli yang telah pun mendapat Lencana dan Sijil Puteri Kecil dan Puteri Tengah, dan telah lulus ujian tahap ketiga, iaitu tahap terakhir, di dalam kurikulum sekolah menengah berdasarkan soalan-soalan yang telah ada di dalam kurikulum tahapnya.

Untuk membolehkan ahli-ahli memiliki lencana pencapaian tahap ini, guru pemimpin perlulah menghantar senarai nama ahli-ahli yang layak berserta soalan-soalan ujian dan markah-markah yang diperolehi mereka kepada Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur untuk tindakan dengan satu salinan diberi kepada PN sebagai rekod.

Penganugerahan Lencana dan Sijil Tahap ini merupakan penganugerahan tahap tertinggi diberi kepada Ahli PUTERI oleh Ibu Pejabat PPIM dengan cadangan dari pimpinan sekolah semasa ahli berada di sekolah menengah. Bakal penerimanya hendaklah mempunyai kriteria seperti berikut:

a) telah lulus ujian kesemua tahap yang ada di dalam kurikulum sekolah menengah

b) cemerlang di dalam bidang akademik

c) mempunyai ciri-ciri kepimpinan

d) berakhlak mulia

e) berwibawa dan bertanggungjawab

f) berwawasan

g) penampilan syakhsiyyah yang terpuji

h) bertoleransi dan bekerjasama

i) Kreatif dan inovatif

Penganugerahan Lencana dan Sijil Puteri Sulung Cemerlang ini hendaklah disampaikan kepada Ahli PUTERI yang layak tersebut pada Hari-hari Penyampaian Hadiah Sekolah, atau pada Hari Ibu Bapa, atau Hari Puteri Daerah dan Negeri.