Pujian Kepada Allah S.W.T.
description
Transcript of Pujian Kepada Allah S.W.T.
Pujian Kepada Allah S.W.T.
الحمد Segala puji-pujian hanyaلله
bagi Allah S.W.T.
Syahadah
الله أشهد ان ال إله إالوحده ال شريك له وأشهد
دا عبده أن سيدنا محم Aku bersaksi bahawa sesungguhnyaورسوله
tiada tuhan melainkan Allah, KeesaanNya tiada sekutu bagiNya dan juga Aku
bersaksi bahawa Penghulu kami nabi Muhammad S.A.W hambaNya dan
rasulNya .
Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
اللهم صل وسلم على د عبدك ورسولك محم
وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ya Allah, Cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas hambaMu dan
rasulMu Nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarganya dan para
sahabatnya .
Wasiat Taqwa
فيا عباد الله، اتقوا الله تعالى، والزموا األعمال
الحة، وأكثروا من فعل الصالطاعات. فإنها سبب للنجاة من المهلكات
Wahai hamba-hamba Allah, Bertaqwalah kepada Allah dan sentiasalah mengerjakan amal-amal yang soleh dan perbanyakkan
perbuatan ketaatan. Sesungguhnya ia menjadi sebab keselamatan saudara dari
perkara yang membinasakan.
Amalan soleh menyelamatkan diri dari binasa di dunia dan
akhirat
Laksanakan amalan yang disifatkan soleh dan
perkayakan diri dengan aktiviti taat
Tingkatkan KetakwaanKepada Allah
Pesanan Taqwa
Pengenalan
Budaya yang baik dan positif sebagai amalan
soleh
Umat Islam abaikan dan menganggap tiada kaitan dengan ajaran Islam.
TETAPI
Menjaga Kebersihan
Dibersihkan daripada unsur syirik, bida’ah, maksiat dan penyakit rohani
Islam mementingkan kepada….
Kesahihah Kemurnian akidah
Islam juga mahukan umatnya…
Dapat menghayati kemurnian rohani dan minda
Zahir
Prihatin kebersihan
Penampilan Luar
Firman Allah dalam Surah Al-Muddaththir Ayat 1 - 4
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran
(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau
bersihkan”.
يا أيها المدثر قم فأنذرر وربك فكبر وثيابك فطxه
Firman Allah dalam Ayat 4 ( ر ( وثيابك فطه
Perintah supaya bersih tubuh badan (fizikal), keluarga dan pakaian
Menjadikan amalan menjaga kebersihan diri, keluarga,tempat tinggal dan pakaian disamping
kebersihan aqidah,ibadah, amalan dan akhlak.
Ditafsirkan
Allah telah menyarankan bahawa ….
Bertujuan membersihkan anggota tertentu kerana berhadas kecil.
Sebelum SOLAT hendaklah BERWUDHU’
Sebelum berwuduk pula…..
Bersih gigi (Siwak) untuk hindarkan dari berbau,
bahayakan kesihatan mulut dan tubuh dll
Mengelakkan dari najis dan bahan tercemar
Hendaklah bersih tubuh badan, pakaian dan tempat solat
Nabi s.a.w menyifatkan amalan siwak sebagai…..
“(Siwak itu) membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah”.
ب مطهرة للفم ومرضاة للر
Kebersihan Fizikal sebagai ajaran Islam antaranya ialah….
MANDI
kerana Berjunub, Berhadas Besar / Sunat Jumaat, Ihram / Wukuf
Dapat menyingkirkan sebarang gangguan kesihatan diri.
Memberi kesegaran dan kecergasan diri.
Hari mulia ini, Hari Jumaat….
Amalan membersih dan mengemas diri sangat digalakkan.
Disunatkan juga membersih kuku, memakai pakaian indah dan wangian.
Sabda Nabi s.a.w. …
من اغتسل يوم الجمعة، ومس من طيب إن كان عنده، ولبس من أحسن
ثيابه، ثم خرج وعليه كينة، حتى يأتي الس
المسجد ، فيركع ما بدا له ولم يؤذ أحدا، ثم أنصت
إذا خرج إمامه، حتى ارة يصلي ،كانت له كفلما بينها وبين الجمعة
.األخرى
Maksudnya…….
“Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, mengenakan haruman yang ada, memakai
baju paling indah, kemudian keluar daripada rumah dengan tenang sehingga tiba di masjid lalu solat tahijyyatul masjid
jika berkesempatan dan tidak mengganggu seseorang, lalu dia diam (tidak bercakap) apabila imam tiba dan menunaikan solat
sunat, maka orang tadi diberikan penghapusan dosa setiap hari di antara hari Jumaat itu dan Jumaat berikutnya”.
Kebersihan tidak hanya kepada ….
Kebersihan kepada tempat tinggal, masjid, persekitaran kampung, tempat
awam, jalan raya, perhentian dll
Penampilan, badan, pakaian dan minuman
TERMASUK
Hadis diriwayatkan oleh Aisyah r.a. (Riwayat Abu Daud)
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami membina masjid di setiap perkampungan
dan supaya dibersih dan diharumkan (tidak membiarkan sesuatu yang boleh
mengeluarkan bau busuk yang mengganggukan tetamu Allah di masjid.
أمرنا رسول الله ببناء المساجد فيالدور، وأن تنظف
وتطيب
Kebersihan juga bertujuan ….
Dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman di kalangan masyarakat
Jemaah masjid, jiran, pengguna dan orang ramai.
Menghormati perasaan orang lain dengan menjaga dan memelihara kebersihan
Islam agama kebersihan, keamanan, keselamatan dan rahmat
Ia menyumbang kepada keharmonian dan menaikkan imej Islam
Hikmah kepada Amalan Kebersihan …..
Ia dituntut oleh agama dan diberikan ganjaran pahala
Diri mendapat kesihatan yang sihat dari sudut jasmani dan rohani
serta menceriakan persekitaran
Firman Allah dalam Surah At-Taubah Ayat 107 – 108 :-
والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين
وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن الحسنى والله إن أردنا إاليشهد إنهم لكاذبون ال تقم س على فيه أبدا لمسجد أسالتقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه فيه رجال يحبون
روا والله يحب أن يتطهرين المطه
Maksudnya ….
“Dan orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan, dan menguatkan keingkaran, serta
memecah-belahkan perpaduan orang yang beriman, dan untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah
memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah kami
kehendaki melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya
mereka adalah berdusta. Janganlah engkau sembahyang di masjid itu buat selamanya, kerana sesungguhnya
masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.”.
Aamiin Ya Rabbal Aalamin.. Tuhan Yang Memperkenankan Doa Orang-orang Yang Taat,
Berilah Taufik Kepada Kami Di Dalam Mentaatimu, Ampunilah Kepada Mereka Yang Memohon Keampunan.
Aamiin……
Doa Antara Dua Khutbah
Pujian Kepada Allah S.W.T.
الحمد للهSegala puji-pujian hanya bagi
Allah S.W.T.
Syahadah
الله وأشهد أن آل إله إالوحده ال شريك له،
دا وأشهد أن سيدنا محمعبده ورسوله
Dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah, KeesaanNya
tiada sekutu bagiNya dan juga aku bersaksi bahawa nabi Muhammad S.A.W
hambaNya dan rasulNya.
Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
اللهم صل وسلم على د عبدك ورسولك محم
Ya Allah, Cucurilah rahmat danوعلى آله وصحبهsejahtera ke atas hambaMu dan rasulMu Nabi Muhammad S.A.W
dan ke atas keluarganya dan para sahabatnya .
Wasiat Taqwa
فيا عباد الله، اتقوا الله يجعل ر عنكم لكم فرقانا ويكف
سيئاتكم ويغفرلكم ،والله ذو الفضل العظيم.
Wahai hamba-hamba Allah, Bertaqwalah kepada Allah Taala dengan
mengurniakanmu dapat membezakan antara yang hak dan bathil dan
menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan mengampunkan dosa-dosamu. Allah itu
mempunyai kelebihan yang agong.
Seruan
Dihapuskan kesalahan dan keampunan dosa
Dikurniakan Allah kepada hambaNya dapat bezakan benar dan salah
Bertakwalah kepada Allah dengan seikhlasnya
Kesan dari utamakan kebersihan, iaitu
Menambah keupayaan dalam mengerjakan ibadat dan amalan
Peka kepada kebersihan janganlah sampai mengganggu orang lain.
Cth : Pentingkan halaman rumah yang bersih tetapi hati dan perasaan jiran
perlu diutamakan, janganlah kecemaran disingkirkan kepada jiran.
Sabda Rasulullah s.a.w. (Riwayat Al-Bukhari)
“Demi Allah tidak beriman. Demi Allah tidak beriman. Demi Allah tidak beriman”.
Baginda ditanya “Siapakah ya Rasulullah”. Sabda Rasulullah : “Orang yang jirannya tidak aman daripada
keburukannya (termasuk bahan-bahan buangan dan sifat-sifat jeleknya)”.
والله ال يؤمن، والله اليؤمن، والله
اليؤمن، قيل: ومن يا رسول الله؟ قال: الذي ال يأمن جاره
بوائقه
Ketahuilah ….
Perbuatan menghindarkan sesuatu yang mengganggu keselesaan
pengguna jalan raya sebagai amalan baik (amalan berpahala)
Kebersihan juga kepada kemudahan awam spt jalan raya, sungai, tempat
awam dll
Kebersihan tidak disifatkan pada diri dan individu
Sabda Nabi s.a.w.
“Dibentangkan kepada aku amalan-amalan umatku, baik dan buruknya. Maka aku dapati
di antara amalan yang baik umatku ialah mengalih daripada jalan sesuatu yang
menyusahkan lalu lalang”.
عرضت علي أعمال تي حسنها وسيئها، أمفوجدت في محاسن
أعمالها، األذى يماط عن الطريق
Menyakini dan hayati amalan kebersihan sebagai amalan soleh
Pastikan usaha menjaga kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal/ kenderaan dan
tidak ganggu orang lain
Berilah kerjasama wujud dan kekalkan kebersihan tempat dan kemudahan awam
Marilah …. menjadi muslim yang bersih
1
2
3Jadikan diri dan keluarga sebagai contoh muslim cakna kebersihan4
Selawat
Ya Allah, Kurniakanlah Keredhaan Kepada
Khulafa’ Rasyidin Dan Sahabat Seluruhnya serta Para Tabiin Dengan Ihsan
Hingga Hari Kemudian.
وارض اللهم عن الخلفآء حابة اشدين وعن بقية الص الروالقرابة أجمعين والتابعين
وتابعي التابعين لهم بإحسان إلى يوم الدين.
Doa
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات األحيآء منهم
Ya Allah, AmpunkanlahواألمواتDosa Golongan Muslimin Dan Muslimat,mu’minin Dan Mu’minaat Samada Yang Masih Hidup Atau
Yang Telah Mati.
Doa
Ya Allah,Peliharakanlah Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan
Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah Dan Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
Peliharakanlah Jua Zuriat-zuriatnya Serta Kaum Kerabatnya.
Ya Allah,Peliharakanlah Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan
Zainal Abidin.
Dan Peliharakanlah Jua Pemimpin-Pemimpinnya, Ulama-Ulamanya, Pekerja-Pekerja Serta Seluruh Rakyatnya Dari Kalangan Umat
Islam Dengan RahmatMu. Wahai Tuhan Yang Maha
Penyayang.
Ya Allah Muliakanlah Islam dan Orang-orang Islam.
Tolonglah Islam dan Orang-orang Islam serta
himpunkanlah mereka di atas landasan kebenaran dan agama.Hancurkanlah
kekufuran dan orang – orang yang syirik serta orang
munafik dan juga musuh-musuhMu serta musuh-
musuh agama.
Doa
Ya Allah…Ampunkanlah Dosa-dosa Kami Dan
Saudara-saudara Kami Yang Terdahulu Telah Beriman Dan
Janganlah Engkau Biarkan Kedengkian Dalam Hati Kami Terhadap Orang-orang Yang
Beriman.Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun
Dan Maha Penyayang.
Doa
Ya Allah …Kami Telah Menzalimi Diri Kami
Sendiri Dan Sekiranya Engkau Tidak Mengampunkan Kami Dan
Merahmati Kami Nescaya Kami Akan Menjadi Orang Yang Rugi.
Ya Allah… Kurniakanlah Kepada Kami
Kebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta Hindarilah Kami Dari Seksaan Neraka.
Doa
Sesungguhnya ALLAH menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Ia
mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini) supaya kamu
mengambil peringatan mematuhinya.
Wahai Hamba-hamba Allah….
Maka Ingatlah Allah Yang Maha Agung Nescaya Dia Akan Mengingatimu
Dan Bersyukurlah Di Atas Nikmat-nikmatnya Nescaya Dia Akan
Menambahkan Lagi Nikmat Itu Kepadamu, dan Pohonlah
Dari Kelebihannya, Nescaya Akan Diberikannya Kepadamu. Dan
Sesungguhnya Mengingati Allah Itu Lebih Besar (Faedah Dan Kesannya)
Dan (Ingatlah) Allah Mengetahui Apa Yang Kamu Kerjakan.