PT3 TRIAL 2

download PT3 TRIAL 2

of 12

description

KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 3 PERTANIAN

Transcript of PT3 TRIAL 2

78 Pertanian

13

BAHAGIAN A[ 60 markah ]Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan.

1. Susun mengikut urutan yang betul langkah merawat luka ringan dengan menulis 1, 2, dan 3 pada petak yang di sediakan.

Balut luka dengan kain kasa

Bersihkan luka dengan antiseptik

Sapukan iodine pada luka

[ 3 markah ]

2. Tandakan ( ) bagi padanan jenis bahan dengan kemasan yang betul dan ( X ) bagi yang salah dalam petak yang disediakan. Jenis BahanKemasanRuang jawapan

Kayu dan papan lapisCat licau dan lekar

MDF dan perspeksCat semburan dan pelekat

Keluli lembut dan aluminiumSyelek dan lekar

[ 3 markah ]

3. Rajah berikut menunjukkan alatan tangan yang digunakan dibengkel sekolah.

Padankan alatan berikut dengan menulis A, B dan C berdasarkan nama alatan yang betul pada petak yang disediakan.

Playar gabung

Pemotong sisi / Playar kacip

Playar muncung tirus[ 3 markah ]

4. Tandakan ( ) bagi kaedah mencabut paku dengan menggunakan tukul kuku kambing yang betul dan ( X ) bagi yang salah dalam petak yang disediakan.

[ 3 markah ]

5. Jadual berikut menunjukan fungsi beberapa kompenen elektronik.

Kompenen Fungsi

A Meninggikan arus, voltan dan kuasa Berfungsi sebagai suis

B Menukar arus elektrik kepada cahaya Membenarkan arus mengalir melalui satu arah

C Menyimpan dan membuang cas

Padankan kompenen berikut dengan simbol yang betul dengan menulis A, B atau C pada petak yang disediakan.

[ 3 markah ]

6. Rajah berikut menunjukkan satu tangki simpanan air. Tandakan ( ) bagi paip yang menyalurkan air keluar dari tangki yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada petak yang disediakan.

[ 3 markah ]

7. Rajah berikut menunjukkan tiga jenis bongkah.

Padankan pelan / pandangan atas berikut dengan bongkah yang betul dengan menulis A, B atau C pada petak yang disediakan.

[ 3 markah ]

8. Maklumat berikut menunjukkan contoh ruang tempat kediaman.

Contoh ruang

ARuang dapur

BRuang tamu

CRuang bilik tidur

Padankan contoh ruang itu dengan jenis ruang yang betuk dengan menulis A, B atau C dalam ruang yang disediakan.

Ruang sosial

Ruang kerja

Ruang persendirian

[ 3 markah ]

9. Tandakan ( ) bagi ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula yang betul dan ( X ) bagi yang salah pada petak yang disediakan.

Medium padat Pasu retak Air keluar melalui lubang saliran[3 markah]10. Berikut adalah bahan yang digunakan untuk membuat kompos.

Sisa tanamanNajis ternakanKapur

Berdasarkan bahan itu, lengkapkan jadual di bawah.Bahan Fungsi

i) Bahan utama kompos

ii) Mengurai dan mempercepat proses pereputan bahan kompos

iii) Meneutralkan keadaan berasid

[3 markah]

11. Berikut adalah kerja penjagaan tanaman sayuran.

Membaja Merumput Menggembur

Berdasarkan kerja itu, lengkapkan jadual di bawah.

Tujuan Kerja penjagaan

Memperbaiki pengudaraan dan saliran dalam medium

Menambah kandungan nutrient untuk tumbesaran yang sempurna

Mengelakkan persaingan antara tanaman sayuran dengan rumpai untuk mendapatkan cahaya

[ 3 markah ]

12. Berikut adalah penyataan langkah menguji pH tanah yang tidak mengikut urutan yang betul. Susun langkah itu mengikut urutan yang betul dengan menulis 1, 2 dan 3 pada petak yang disediakan. Langkah 4 telah diberi

Kacau campuran dan masukkan elektrod meter pH

Masukkan 10gm sampel tanah ke dalam bikar dan tambahkan 10ml air suling

4Catatkan bacaan meter pH

Tentukan ukuran meter pH menggunakan larutan tampan

[ 3 markah ]

13. Berikut adalah kumpulan haiwan kesayangan.

MamaliaAmfibia Reptilia

Berdasarkan kumpulan itu, lengkapkan jadual di bawah.Haiwan kesayanganKumpulan

Katak dan Salamander

Arnab dan anjing

Kura kura dan iguana

[ 3 markah ]

14. Berikut adalah aktiviti dalam pengurusan ternakan ikan air tawar.

APenggredan

BPengawalan dan pencegahan penyakit

CMenyah bau hanyir

DPenyakit kulat

Padankan aktiviti itu dengan penyataan berikut dengan menulis A, B, C atau D pada petak yang disediakan.

Ikan dimasukkan ke dalam tangki yang mengandungi air bersih selama 24 jam.

Ikan akan dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi larutan methylene blue.

Ikan diasingkan mengikut saiz atau berat ke dalam bekas.[ 3 markah ]15. Jadual berikut menunjukkan maklumat kos ternakan ikan air tawar bagi 100 kg ikan.

MaklumatJumlah (RM)

Kos bahan 300.00

Kos upah50.00

Kos overhed30.00

Berdasarkan jadual itu, hitung kos pengeluaran bagi sekilogram (1 kg ) ikan itu.

[ 3 markah ]

16. Berikut adalah contoh haiwan kesayangan.

Arnab Kucing SalamanderKura kura

Berdasarkan contoh haiwan kesayangan itu, kenal pasti :(a) Kumpulan mamalia.i. ________________________________________________________ii. ________________________________________________________

(b) Kumpulan reptiliai. ________________________________________________________

[ 3 markah ]

17. Berikut adalah alat pembayaran masa kini.

AKad kredit

BKad prabayar

CPembayaran elektronik ( e-pay )

DCek

Padankan alat pembayaran itu dengan penyataan berikut dengan menulis A, B, C atau D pada petak yang disediakan.

Pengguna membayar terlebih dahulu sebelum mendapa barang.Pengguna membuat pembayaran dengan menggunakan kemudahan internet.

Pengguna membuat pembayaran menggunakan kad secara terus bagi barang atau perkhidmatan yang dibeli. [ 3 markah ]18. Rajah berikut menunjukkan keratan rentas binaan kompos.

a) Nyatakan nama lapisan yang berlabel :P : ..................................................................................................................Q: .................................................................................................................. [ 2 markah ]b) Nyatakan satu contoh bahan yang digunakan sebagai lapisan P.....................................................................................................................[ 1 markah ]19. Berikut adalah tiga jenis sokongan tanaman sayuran.

BerparaJunjung Berpagar

Berdasarkan jenis sokongan itu, lengkapkan jadual di bawah.

Contoh sayuran Jenis sokongan

Cili

Kacang panjang

Petola

[ 3 markah ]20. A, B, C dan D adalah agensi kerajaan yang membantu usahawan.

ASIRIM

BMARDI

CUDA

DAGRO BANK

Padankan agensi itu dengan penyataan berikut dengan menulis A, B, C atau D pada petak yang disediakan.

Mengawal mutu barang keluaran kilang

Memberi bantuan kewangan melalui pinjaman

Menyediakan kemudahan infrastruktur [ 3 markah ]

BAHAGIAN B( 40 markah )

Jawab semua soalan

21. Ahmad ingin memelihara 500 ekor ikan tilapia di satu kawasan bertanah gambut dengan keluasan yang terhad.a) Nyatakan satu sistem penternakan yang sesuai untuk memelihara ikan itu.[1 markah]b) Nyatakan lima kebaikan sistem penternakan yang dinyatakan di (a).[5 markah ]c) Nyatakan empat amalan pengurusan ternakan ikan itu.[4 markah ]

22. Jadual nerikut menunjukkan ujian dan hasil aktiviti amali pendawaian lampu berpendaflour yang dilakukan oleh pelajar. Beberapa masalah telah dikesan hasil daripada ujian itu. Setelah pemeriksaan dilakukan didapati pendawaian dilakukan dengan betul.

Ujian Hasil

Lampu A Menyala

Lampu BTidak menyala

Lampu CBerkelip kelip tetapi tidak menyala

Berdasarkan jadual di atas : a) Nyatakan tiga kemungkinan punca masalah pada lampu B.[3 markah ]b) Nyatakan dua kemungkinan punca masalah pada lampu C.[2 markah ]c) Apakah yang akan berlaku pada lampu A jika: i) Suis penghidup dicabutii) Suis lampu pendaflour ditutup dan dihidupkan semula[2 markah ]d) Nyatakan fungsi suis penghidup.[1 markah ]e) Nyatakan dua kangkah keselamatan yang perlu di ambil dalam aktiviti itu.[2 markah ]

23. Rajah berikut menunjukkan dua jenis paip yang akan digunakan untuk membuat pemasangan perpaipan diluar rumah.

PAIP PVCPAIP POLI

a) Tentukan jenis paip manakah yang paling sesuai dengan memberi alasan pada kedua dua jenis paip itu.[9 markah ]b) Nyatakan satu peralatan yang digunakan dalam kerja pemasangan paip itu.[1 markah ]

24. Rajah berikut menunjukkan satu keratan batang bagi tanaman hiasan. Bahagian A akan dibiak menggunakan kaedah keratan batang.

Berdasarkan rajah di atas :

a) Nyatakan jenis keratan batang A[1 markah ]

b) Nyatakan satu kaedah penyediaan bagi kaeratan batang itu.[1 markah ]

c) Huraikan langkah langkah untuk menyemai keratan batang itu dalam medium semaian.[8 markah]

Pastikan semua soalan telah di jawab, jangan tinggalkan ruangan kosong.Setiap ruang jawapan adalah markah anda.

~ SOALAN TAMAT ~

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ( Cik Rafiqah binti Sapihee ) ( Puan Mazila Che Soh ) Guru Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran

Disemak olehDisahkan oleh,

. . ( Puan Sanurita Hj Naroodin ) ( En.Henry Ho Hua Peng ) Ketua Panitia Kemahiran HidupGuru Kanan Vokasional & Teknik