PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my€¦ · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...
Transcript of PSZ 19:16 (Pind. 1/97) - fp.utm.my€¦ · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia...
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: AMALAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
DISIPLIN DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya WONG HONG YING mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: TN HJ HASSAN HUSHIN 25, KG BARU KALUMPANG, Nama Penyelia 44100 KERLING, HULU SELANGOR. Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : ……………………………………….
Nama Penyelia : TN HJ HASSAN HUSHIN
Tarikh : 30 APRIL 2008
AMALAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DISIPLIN
DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU
WONG HONG YING
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
″Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………...........
Nama Penyelia : WONG HONG YING
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,
Teristimewa Buat ,
Nenek yang dikasihi…..
(Chong Hong Kiew)
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan
sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….
Khas buat,
Pakcik serta Makcikku tersayang…..
Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….
Yang memjadikan ku terus mengapai cita-cita….
Jua buat,
Buat teman-teman yang mengenali diri ini....
menjaga diri ini ketika disambar keresahan...
Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....
Seterusnya,
Penyelia Pembimbing yang telah Mendidik Dengan Penuh Sabar
Tn Haji Hassan Hushin
Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........
iv
PENGHARGAAN
Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan
sehingga dapat saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, Tn Hj Hassan
Hushin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang temoh penulisan
projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Guru
Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah, yang telah memberi kebenaran dan kerjasama
kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolahnya
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan
sempurna.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan pentadbiran dan
pengurusan disiplin di Sekolah Rendah Islam Hidayah ( SRIH ). Sampel kajian terdiri
daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis
statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat amalan pengurusan pentadbiran dan
amalan pengurusan disiplin di SRIH. Manakala analisis secara kolerasi telah digunakan
untuk melihat hubungan antara amalan pengurusan pentadbiran dan pengurusan disiplin.
Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah α= 0.859. Data maklumat yang
diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (
SPSS )Versi 14.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan,
pengurusan data dan pengurusan pelajar diamalkan di SRIH dengan nilai min yang
tinggi. Dari segi elemen pengurusan disiplin di SRIH, aspek perancangan disiplin
sekolah dan tindakan sekolah dalam pengurusan disiplin menunjukkan pada tahap yang
tinggi. Penyelidik menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan
penambaikan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the administrative management
and also the disciplinary management practices in Sekolah Rendah Islam Hidayah
(SRIH). 68 SRIH teachers were selected as the sample of this research.
Questionnaire was the research instrument in this research. Descriptive statistic
analysis was used to identify the administrative management and also the
disciplinary management practices in Sekolah Rendah Islam Hidayah. Besides that,
the correlation analysis was used to identify the relationship between the
administrative management and the disciplinary management practices. The value of
alpha for the pilot test conducted was 0.859. The data gathered were analyzed using
Statistic Package for Social Science (SPSS) 14.0 For Windows. The data was
analyzed descriptive and it was presented in the value of mean and percentage.
Results showed that the aspect of planning, data management, and student
management are practice in SRIH with a high value of mean. From the element of
disciplinary management at SRIH, the aspects of school discipline planning and the
action of school shows a high level of disciplinary management practices. Finally,
this research suggests that ideas for further research have been proposed for
continuous improvement.
.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Operational 7
1.8.1 Pengurusan Pentadbiran 7
1.8.2 Pentadbiran Sekolah 7
1.8.3 Ahli Kumpulan Pentadbir Sekolah 8
1.8.4 Disiplin 8
1.8.5 Ahli Kumpulan Disiplin Sekolah 8
1.8.6 Sekolah Rendah Islam Hidayah 9
1.8.7 Amalan 9
1.9 Kesimpualn 9
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sejarah Sekolah Rendah Islam Hidayah 11
2.3 Pengurusan 12
2.3.1 Definisi Pengurusan 12
2.3.2 Teori Pengurusan Saintifik 13
2.3.3 Definisi Pengurusan Sekolah Menurut 14
Perpektif Islam
2.3.4 Tugasan Pengurusan Sekolah 15
2.4 Pengurusan dari Perspektif ISO 16
2.4.1 Asas-asas Utama Pelaksanaan ISO di Sekolah 17
2.5 Pengurusan Pentadbiran 18
2.5.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah Yang 20
Berkesan
2.5.2 Tugas Pentadbiran Sekolah 20
2.5.3 Elemen Pentadbiran Sekolah 22
2.6 Hiraki Pentadbiran di Peringkat ( SRIH ) 24
ix
2.7 Pengurusan Disiplin 25
2.7.1 Pengurusan Disiplin Sekolah Yang Berkesan 26
2.7.2 Elemen Pengurusan Disiplin 28
2.8 Kajian Lepas 29
2.9 Kesimpulan 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30
3.l Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.5.1 Soal Selidik 32
3.6 Kajian Rintis 34
3.7 Kesahan Soal Selidik 35
3.8 Prosedur Kajian 36
3.9 Pengumpulan Data 37
3.10 Analisis Data 37
3.11 Kesimpulan 39
BAB 4 ANALISIS DATA 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Bahagian A 41
4.2.1 Jantina 41
x
4.2.2 Umur 42
4.2.3 Taraf Pendidikan 42
4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 43
4.3 Analisis Data Bahagian B 43
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 45
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 56
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 62
4.4 Kesimpulan 63
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN 64
DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.3 Perbincangan Dapatan 66
5.3.1 Dapatan Latar Belakang Responden 66
5.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 67
5.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 69
5.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 70
5.4 Cadangan Kajian 71
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Kesimpulan 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN 78
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengelasan Skala Tiga Mata 30
3.2 Pecahan Item Soal Selidik 32
3.3 Alpha Cronbach 33
3.4 Penilaian Responden Berdasarkan Min 36
3.5 Garis panduan Guilford 37
4.1 Kaedah Pengiraan Peratusan 39
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 39
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 40
4.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan 40
4.5 Taburan Responden Mengikut Tempoh Perkhidmatan 41
4.6 Penilaian Mengikut Nilai Min 42
4.7 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Perancangan Dalam 43
Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.8 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Pengurusan Data 44
Dalam Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.9 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Pengurusan 46
Guru Dalam Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.10 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Pengurusan 48
Pelajar Dalam Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.11 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Pengurusan 50
Pejabat Dalam Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.12 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Pengurusan 52
Prasarana Dalam Elemen Pengurusan Pentadbiran
4.13 Jadual Perbandingan Min Mengenai Elemen Pengurusan 53
Pentadbiran
xii
SENARAI JADUAL
4.14 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Rekod Disiplin Murid 54
Dalam Elemen Pengurusan Disiplin
4.15 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Perancangan Disiplin 55
Sekolah Dalam Elemen Pengurusan Disiplin
4.16 Peratusan dan Min Responden Bagi Aspek Tindakan Sekolah Dalam 57
Elemen Pengurusan Disiplin
4.17 Perbandingan Min Mengenai Pengurusan Disiplin 58
4.18 Analisis kolerasi di antara pengurusan pentadbiran dengan pengurusan 59
disiplin
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Konsep ISO 9000 15
2.2 Konsep Pengurusan 17
2.3 Hiraki Pentadbiran di Peringkat Sekolah Rendah Islam Hidayah 21
3.1 Panduan Penentuan Skor Item 31
xiv
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
IPS Institusi Pendidikan Swasta
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta
SRIH Sekolah Rendah Islam Hidayah
SKPM Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
SKIPS Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta
HEM Hal Ehwal Murid
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
ISO International Organization for Standerdization
MAMPU Malaysian Adminstrative Modernisation and Management
Planning Unit
JNS Jemaah Nazir Sekolah
MS Malaysia Standard
IPS Instrumen Pemastian Standard
GPK Guru Penolong Kanan
PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru
RKS Rancangan Kesihatan Sekolah
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
MUSLEH Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad
SPPM Sijil Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 75
B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 84
C Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 85
D Kesahan Soal Selidik 86
E Surat Akuan Menjalankan Kajian Di 87
Sek. Ren. Islam Hidayah
F Surat Akuan Menjalankan Temubual kajian 88
Di Sek. Ren. Islam Hidayah
G Surat Akuan Menjalankan Temubual Kajian Di 89
Sek. Ren. Islam Hidayah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan Negara semakin mantap dan bermutu sejak bermulanya reformasi
pendidikan. Sesuai dengan reformasi tersebut, pendidikan negara memainkan
peranan utama. Pertama dalam menjayakan seluruh faktor yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sama ada tersirat atau tersurat. Kedua berperanan
untuk menjayakan wawasan 2020 dengan strategi untuk menangani sebarang
cabaran.
Pada zaman ledakan teknologi ini, kerajaan dan pelbagai pihak telah berusaha
memberi peluang pelajaran yang berkualiti kepada mereka yang ingin meningkatkan
tahap pendidikan. Salah satu daripadanya ialah melalui pendidikan swasta atau
sekolah swasta yang mulai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara ini.
Peningkatan dan sambutan orang ramai terhadap sekolah-sekolah swasta adalah
sesuai dengan tuntutan pada masa kini untuk membekalkan pendidikan yang
berkualiti dan amalan persekolahan yang lebih efektif.
Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan aspek yang penting untuk
mengendalikan sesebuah sekolah dengan berkesan dan sistematik yang mempunyai
kemahuan yang tinggi untuk memimpin.
2
Sekolah menjadi satu institusi yang diberi tanggungjawab oleh masyarakat
lebih besar bagi menyediakan pelajaran kepada semua kanak-kanak dalam
masyarakat itu. Sekolah menjadi penting dianggap sebagai institusi yang
memberikan pendidikan formal. Sekolah juga merupakan penyalur kebudayaan,
corak dan bentuk tingkahlaku yang diterima oleh masyarakat. ( Omardin Ashaari,
1996) .
Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi
memastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber,
PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan
dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada
pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang
berkesan.
Sistem pengurusan ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah
agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk
barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu yang digariskan.
Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan,
bagaimana untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi untuk
mencapainya. (Samsudin Wahad 2005)
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kualiti pemimpin negara
adalah dilihat dari kebolehan mereka merangka strategi yang berkesan,
mengembleng sumber yang terhad serta menerajui proses pemulihan (PIPP 2006-
2010). Manakala kualiti sekolah pula adalah dilihat dari aspek pengurusan dan
perkhidmatannya bagi melahirkan output yang berkualiti.
Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bharu merupakan sekolah swasta yang
ditubuhkan bertujuan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak warga Johor dari
darjah 1 hingga darjah 6. Sekolah dibina tanpa bertujuan untuk mencari keuntungan.
Dalam menjalankan pendidikan, Sekolah Rendah Islam Hidayah tidak terlepas dalam
3
menjaga pengurusan sekolah. Pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka jika
pengurusan sekolah adalah berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah merupakan satu institusi yang dapat memberi ilmu pengetahuan,
usaha membangunkan modal insan, meningkatkan sahsiah pelajar dan meningkatkan
ekonomi negara kepada pelanggan iaitu pelajar. Oleh itu, peranan sekolah adalah
amat penting dalam membangunkan sesebuah negara. Sekolah yang berkualiti mesti
mempunyai garis panduan tertentu dalam pengurusan dan pentadbiran supaya kualiti
pelajar yang dihasilkan terjamin masa depannya.
Dalam dekad sembilan puluhan ini telah membawa kepada perkembangan
yang pesat dalam penubuhan sekolah dan institusi pendidikan swasta di negara ini
bukan sahaja dari bilangannya tetapi juga dari segi jenis. Ini disebabkan permintaan
ibu bapa untuk memasukkan anaknya ke institusi swasta semakin bertambah kerana
mereka beranggapan bahawa institusi swasta boleh memberikan pendidikan yang
sempurna berbanding dengan sekolah biasa.( Shahril,1999)
Sekolah Rendah Islam Hidayah ( SRIH ) merupakan sebuah sekolah swasta
yang terletak kg Sinaran Baru di Skudai, Johor. SRIH ini dipimpin oleh guru besar
Mohd Jelani Ramly , sekolah ini mempunyai 68 orang guru dan 1080 orang pelajar
dari tahun 1 hingga tahun 6.
Pengurusan merupakan komponen terpenting bagi menjayakan sesebuah
sekolah selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah stail dan
strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya tercapai matlamat
sekolah. (Kamaruddin Hj Kachar, 1999).
4
Peningkatan masyarakat Islam yang mula menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Agama Swasta . Di Malaysia terdapat banyak rungutan masyarakat terhadap
sekolah swasta tentang tenaga pengajar yang tidak mencapai piawaian dan sering
meninggalkan perkhidmatan tanpa notis. Pihak pengurusan sekolah swasta pula
mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti. Tidak kurang juga rungutan
masyarakat tentang kelengkapan fizikal tidak mencukupi terutama bila pengambilan
pelajar bertambah setiap tahun dan jumlah yuran yang dikenakan terlampau tinggi.
Justeru itu, sekolah-sekolah sekolah yang tidak menenuhi kriteria yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Swasta telah diarahkan tutup (Sunday Star
18.8.2002).
Sekolah Rendah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah swasta yang
hanya mengandungi garis panduan yang terhad dari segi pengurusan pentadbiran dan
disiplin. Kebanyakan penilaian dan keputusan sekolah dalam pengurusan
pentadbiran dan displin sekolah ini dibuat oleh guru besar dan lembaga pengelola
sekolah. Pemeriksaan dalaman oleh pihak sekolah perlu dijalankan untuk menilai
amalan pengurusan sekolah sebelum mengadakan audit luar dari Musleh dan Jemaah
Nazir.
SKPM digunakan oleh Jemaah Nazir Sekolah untuk memastikan pendidikan
di sekolah kerajaan mencapai standard kualiti yang diperihalkan dalam 12 elemen.
Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) satu dokumen pengurusan
kualiti IPS 6 elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum,
pengurusan kurikulum, pengurusan peperiksaan, pengurusan kesihatan dan
keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan kokurikulum. SKIPS
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, SKIPS sesuai di pakai bagi Sekolah
antarabangsa, pusat tuisyen. pusat bahasa, tadika dan semua sekolah Swasta
5
1.3 Penyataan Masalah
Dengan tiada satu standard piawaian yang dikhaskan pada Sekolah Rendah
Islam Hidayah untuk digunakan sebagai garis panduan dalam penilaian “Self
Assessment”, penyelidik berminat untuk menjalankan satu kajian untuk menentukan
amalan pengurusan pentadbiran dan pengurusan disiplin di SRIH.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenal pasti tahap amalan pengurusan pentadbiran di Sekolah Rendah
Islam Hidayah Johor Bahru
1.4.2 Mengenal pasti tahap amalan pengurusan disiplin di Sekolah Rendah Islam
Hidayah Johor Bahru
1.4.3 Mengenal pasti hubungan amalan pengurusan pentadbiran dengan amalan
pengurusan disiplin di Sekolah Rendah Islam Hidayah. Johor Bahru
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakan tahap amalan pengurusan pentadbiran di Sekolah Rendah Islam
Hidayah Johor Bahru ?
ii. Apakan tahap amalan pengurusan disiplin di Sekolah Rendah Islam Hidayah
Johor Bahru ?
6
iii. Apakah hubungan antara amalan pengurusan pentadbiran dengan amalan
pengurusan disiplin di Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru?