PSYCHOLOGICAL FIRST AIDUnit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah...
Transcript of PSYCHOLOGICAL FIRST AIDUnit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah...
UITM CAWANGAN JOHOR Bil 4/ 2018
DISEDIAKAN OLEH CIK WAN NORADILLA WAN MOHD ZAIN
SHARING SESSION
“PSYCHOLOGICAL FIRST AID”
Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
telah menganjurkan program Psychological First Aid (PFA) pada 7
Februari 2018 bertempat di Bilik Seminar Sri Bendahara. Program ini
diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf mengenai
asas mengenai PFA sebagai satu intervensi sokongan komuniti,
meningkatkan kemahiran membantu dikalangan staf dalam membantu
klien untuk menenuhi keperluan krisis dan membentuk satu golongan
sokongan menolong dikalangan staf kepada universiti dalam menangani
situasi kecemasan.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh
Puan Rajwani Ismail (Pegawai Psikologi
Kanan). Program in i telah d ihadi r i o leh 93
orang staf terdiri daripada pensyarah dan
kakitangan pentadbiran. Rata-rata peserta
yang menghadiri program ini tidak pernah
didedahkan dengan PFA dan sambutan yang
diberikan amatlah menggalakkan dengan
jumlah kehadiran yang diluar jangka ini.
Keperluan kepada sesi perkongsian
seumpama ini dilihat amat penting dalam
membantu menangani masalah psikologikal di
peringkat awal. Pendedahan awal mengenai
perkara ini boleh membantu individu mengurangkan tekanan emosi,
membantu memenuhi keperluan asas krisis dan memberi sokongan
kepada individu supaya kembali kepada fungsi yang optima. Adalah
diharapkan dengan pelaksanaan sesi perkongsian ini mampu memberi
pendedahan awal mengenai PFA sebagai bantuan sokongan awal apabila
berhadapan dengan situasi kecemasan seperti bencana alam,
kemalangan, atau keadaan trauma.