psikologi sukan
Transcript of psikologi sukan
PSIKOLOGI SUKAN
PENGENALAN Berasal daripada perkataan Greek iaitu “psyche”
yang bererti roh dan “logos” bererti mengkaji sesuatu perkara .
Bidang psikologi telah lama dikaji 1925 bidang psikologi dikembangkan semula di
University of Illinois oleh Coleman Griffith . Pada 1960 kajian tentang personaliti dengan
pencapaian dalam sukan mendapat perhatian umum ( Thomas & Tutho )
DEFINISICox 1998 menyatakan psikologi sukan merupakan satu bidang sains iaitu prinsip2 psikologi diaplikasikan dalam sukan .
Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal , afektif serta kognitif ke atas mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut . ( Wann : 1997 )
PERANAN PSIKOLOGIS SUKAN
KAITAN ANTARA PSIKOLOGI SUKAN DENGAN PRESTASI
KognitifTafsiran tentang perlakuan pelaku sebelum , semasa , dan selepas sesuatu aktiviti
EmosiKesan dalaman yang berlaku akibat dari tafsiran (kognitif) yang telah dilakukan . Ianya akan meningkatkan atau menurunkan prestasi atlit.
FizikalTindakan yang lahir dari tafsiran serta perasaan atlit.
MOTIVASIDefinisi
Arah dan intensiti usahaseseorang individu .( Sage , 1977 )
Arah :mendekati ataumengelakkan diri darisituasi tertentu
Intensiti usaha :Takat usaha seseorang untukmendekati atau mengelakkan diri dari situasi tertentu
Motivasi dalam sukan :
Proses kebangkitan dalam diriindividu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini .( Wann , 1997 )
Satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu( Shaharudin , 2001 )
SUMBER MOTIVASI INTRINSIK EKSTRINSIK
Keyakinan Diri Ganjaran( positif / negatif )
Kebolehan Orang Tersayang
Kemahuan Dan
KeinginanPersekitaran
MOTIVASI DAN GANJARAN
Ganjaran ekstrinsik yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit mampu meningkatkan motivasi intrinsik atlit .
Ganjaran intrinsik yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan terhadap kebolehan atlit boleh meningkatkan motivasi intrinsik atlit .
Ganjaran ekstrinsik yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit .
Ganjaran intrinsik yang ditafsirkan sebagai mengawal atlit akan mengurangkan motivasi intrinsik serta keseronokan atlit .
Kemahiran Memotivasikan DiriA) Menetapkan Matlamat
Jangka Panjang- matlamat terakhir untuk mencapai sasaran
Jangka Sederhana- matlamat pertengahan untuk menilai ketepatan stategi
Jangka Pendek- matlamat harian atau mingguan sebagai pemangkin motivasi diri dan menjadi pengukur pencapaian matlamat .
B) Kata-kata Perangsang- Perkataan samada berbentuk slogan atau pembangkit semangat yang digunakan untuk meningkatkan motivasi , keyakinan dan intensiti usaha seperti “Malaysia Boleh”
KEBIMBANGAN
Definisi :Perasaan yang subjektif berpunca dari tafsiran atau persepsi seseorang individu terhadap sesuatu situasi yang menghasilkan kebangkitan dan tekanan.( Levitt , 1980 )
Definisi LainKesan kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi yang dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan , ugutan fizikal ,rasa malu dsd .( Shaharudin , 2001 )
Kesan fisiologi yang mungkin berlaku seperti peningkatan kadar nadi , pernafasan yang cepat dan tidak teratur , menggeletar , tumpuan menjadi sempit dan otot mengecut .
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)
o Ciri-ciri personaliti individu .Merasakan diri mereka tergugat .
KebimbanganSeketika(State Anxiety)
o Kebimbangan semasa terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan di persekitarannya pada waktu itu .
PROSES TAFSIRAN KEBIMBANGAN
Rangsangan
Perkara persekitaran yang memberikan kesan
kepada individu
Tafsiran
Analisis terhadap rangsangan dihadapi samada positif atau
negatif
Perlakuan
Tindakan yang diambil berdasarkan
tafsiran yang dilakukan
KEMAHIRAN MENGAWAL KEBIMBANGAN
Terapi Pernafasan
Pemusatan (Centering)
Relaksasi
Visualisasi
ATRIBUSI
DefinisiBagaimana seseorang individu cuba untuk menjelaskan , memahami serta menjangka sesuatu situasi berdasarkan kepada persepsi kognitif .@Proses memberi penjelasan mengenai sesuatu situasi berdasarkan persepsi kognitif .
DIMENSI PENYEBAB ATRIBUSI
Lokus Penyebab/ Locus of CausalitySebarang kejadian ditafsirkan berpunca daripad faktor dalaman atau luaran individu tersebut
Kestabilan / Stability
Bergantung kepada sestabil mana faktor penyebab dalam tempoh tertentu .
Kebolehkawalan / ControllabilityMerujuk sama ada faktor penyebab berada di dalam atau di luar kawalan individu tersebut . Dimensi penyebab memainkan peranan dalam membentuk atribusi.
Kesan Atribusi
Perubahan lokus kawalan boleh mengurangkan kesungguhan / daya saing individu.
Individu bermotivasi pencapaian tinggi biasanya memiliki atribusi dalaman yang tinggi.
Guru dan jurulatih perlu meningkatkan keyakinan serta keupayaan atlit dengan membuat atribusi yang sesuai ketika berjaya atau gagal dalam sesuatu kerja
KEAGRESIFANDefinisi
Perlakuan atau tindakan yang bermatlamat untukmenyakitkan atau menyebabkan kecederaan fizikal sertamental kepada benda hidup yang berusaha untukmengelakkan tindakan tersebut ( Silva , 1981 )
Tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkankecederaan secara fizikal , verbal atau psikologikal ke atasseseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri daripadadicederakan atau perbuatan yang mendatangkan kerosakankepada harta benda yang berpunca daripada kemarahan . ( Shaharudin , 2001 )
KLASIFIKASI KEAGRESIFANKeagresifan Ketara(Hostile )
Matlamat :mencederakanNiat :agar individu
menderitaFaktor :kecederaan dan
penderitaan yang dialami oleh mangsa
Tindakan didorong oleh rasa marah / kecewa
Keagresifan Instrumental
Matlamat :mencederakanNiat :mendapatkan ganjaranFaktor :perlu bagi mencapai
matlamat Bersifat dominan
Asertif
Tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada orang lain .
Tindakan “mengikut peraturan”
Penggunaan daya fizikal serta perkataan yang dibenarkan bagi mencapai matlamat individu terbabit ( Silva , 1980 )
Faktor Yang Mempengaruhi Keagresifan
1. Psiko-FisiologikalTafsiran yang dibuat . Individu yang merasakan dirinya terancam akan bertindak untuk merpertahankan diri .Menyebabkan kadar nadi meningkat , tumpuan menjadi sempit , dan tindakan fizikal keterlaluan .
2. Faktor Semasai) SuhuSemakin tinggi suhu semakin tinggi kemungkinan bertindak agresif .
Sambungan…..
ii) Perbezaan mata / jaringanSemakin tinggi perbezaan semakin agresif tindakan diambil oleh pihak yang ketinggalan.
iii) Pengaruh penontonSorakan dan ejekan penonton boleh menjadi penyebab kegresifan dilakukan .
iv) Tempoh masa permainanBerlaku lazimnya di pertengahan permainan ( kajian ) .Faktor perbezaan mata dan masa akhir perlawanan juga menjadi faktor tindakan agresif diambil .