PROSIDING - ukm.my kerja/prosiding perkem 2017 huzaifah.pdf · iii LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT...
Transcript of PROSIDING - ukm.my kerja/prosiding perkem 2017 huzaifah.pdf · iii LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT...
i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2017
Editor:
Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid
Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Dr. Mohd Adib Ismail
Dr. Roziana Baharin
En. Liew Chei Siang
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii
Cetakan Pertama / First Printing 2017
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 12, 2017.
Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan
Futuristik
iii
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 12 2017
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Junaidah Hasan
Dr. Ali Mohd Noor Dr. Hazrul Izuan Shahiri
Dr. Hairunnizam Wahid Dr. Norshamliza Chamhuri
Liew Chei Siang Prof. Madya Dr. Rubayah Yakob
Mustazar Mansur Prof. Madya Dr. Mariani Abdul
Majid
Norain Mod Asri Dr. Mohd Adib Ismail
Norlaila Abu Bakar Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Aminudin Mokhtar Dr. Suhaili Alma’mun
v
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 12 2017
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
12th PERKEM 2017
12 – 13 September 2017
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2017
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2017 ialah “Kelestarian Pembangunan
Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 12 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 12 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vi
SUB-TEMA / SUB-THEMES
Program Transformasi Negara o Transformasi Nasional 50
o Program transformasi kerajaan
o Program transformasi ekonomi
o Program reformasi fiskal
o Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial
National Tranformation Program o Transformasi Nasional 50
o Government Transformation Program
o Economic Transformation Program
o Fiscal Reformation Program
o Taxation Policy and Social Development Program
Ekonomi Holistik o Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup
o Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
o Agihan Pendapatan
o Kesihatan dan Jaminan Sosial
o Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita
o Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya
o Kelestarian Kualiti Alam Sekitar
o Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti
o Pengurusan Zakat oleh Institusi zakat
o Pengurusan Harta Waqaf
o Crowdfunding
o Objektif Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goal
Holictic Economics o Cost of Living and Quality of Life
o Education and Human Capital Development
o Income Distribution
o Health and Social Security
o Well-being of Senior Citizen, Children and Women
o Homeless and Disabilities
o Sustainability of Enviromental Quality
o Rural, Regional and Community Development
o Zakat Management in Zakat Institutions
o Waqf Management
o Crowdfunding
o Sustainable Development Goals
Pertumbuhan Inklusif o pertumbuhan holistik dan mapan
o agihan dan ketakseimbangan
o pembangunan modal insan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti
o produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi
vii
o kestabilan makroekonomi dan pendapatan
o dasar fiskal dan monetari
o perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan
o muamalat dan kewangan Islam
o ekonomi monetari, kewangan dan perbankan
o Kewangan dan Perbankan Islam
o pengukuhan peranan institusi- struktur pasaran, daya saing
Inclusive Growth o Sustainable and Holistic Growth
o Distribution and Inequilibrium
o Human Capital Development and Quality Human Resource Management
o Productivity, Innovation, Technology and Economic Transformation
o Income and Macroeconomic Stability
o Monetary and Fiscal Policies
o International Trade, International Finance and Investment
o Islamic Finance and Muamalat
o Banking, Monetary and Financial Economics
o Islamic Banking and Finance
o Strengthening Institutional Role: Market Structure and Competitiveness
Kelestarian pembangunan o teknologi hijau
o kelestarian kualiti alam sekitar
o resilient city dan Greater Kuala Lumpur
o ekonomi alam sekitar
o sektor komoditi utama
o sektor perindustrian
o sektor perkhidmatan- rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi
o sektor minyak, gas, tenaga dan sumber
Sustainable Development o Green Technology
o Sustainability of Environmental Quality
o Resilient City and Greater Kuala Lumpur
o Environmental Economics
o Main Commodity Sector
o Industrial Sector
o Services Sector - Recreation, Hospitality, Transportation, Communication
o Oil and Gas, Energy and Resource Sectors
Isu-Isu Terkini dan masa hadapan dalam Ekonomi o isu makroekonomi
o isu golongan mudah terancam
o dasar belanjawan
o dasar monetari
o kejutan luaran- harga minyak, krisis kewangan antarabangsa, krisis harga
makanan
viii
o dasar pembangunan ekonomi- model ekonomi baru, negara ekonomi
berpendapatan tinggi
o dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan
o pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro
o sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Current and Future Issues in Economics o Macroeconomic Issues
o Vulnerable Groups
o Budgetary Policy
o Monetary Policy
o External Shocks: Oil Price, International Financial Crisis, Food Price Crisis
o Economic Development Policy: New Economic Model, High Income Economy
o Investment and International Trade Policies
o Micro Credit and Bumiputra Entrepreneural Development
o Private Sectors and Government-Linked Companies
ix
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI ISLAM: ZAKAT & WAKAF
1
Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
1 - 13
2 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid
14 - 28
3 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Harta: Kajian di Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
29 - 38
4 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun
39 - 43
5 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid
44 - 54
6 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor
55 -63
7 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid
64 - 73
8 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
74 - 83
9 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) terhadap Kaedah Agihan
Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid
84 - 94
x
10 Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid
95 - 107
11 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di
Bintulu, Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid
108 - 118
12 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid
119 - 130
13 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf
dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala
Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid
131 - 141
14 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu
Kajian Semula terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi
142 - 152
15 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
153 - 163
16 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
164 - 175
17 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,
Abdul Halim Abu Bakar
176 - 189
18 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat
Institutions in Malaysia
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
190 - 199
19 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency
Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A
Proposed Framework
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
200 - 210
20 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid
211 - 220
xi
TEMA 2 : PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
1
Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam
di Selatan Thailand
Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed
251 - 264
2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan
Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit
Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail
265 - 274
3 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank
Berhad
Nur Maizatul Dina Mukhtar, S.Shahida, Aisyah Abdul Rahman
275 - 287
4 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-
Fledged vs Islamic Subsidiaries
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida
288 - 298
5 Rebat Pembiayaan dalam Keseimbangan Kadar Fleksibeliti Keuntungan
Jualan Bertangguh
Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh
299 - 307
6 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful
Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan
308 - 319
7 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala
Terengganu
Nur Dhia Marsya Muhammad Najib
320 - 331
8 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan dalaman Pengukuran Tahap
Pengetahuan Takaful Mikro
Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan
332 - 342
9 Faktor Penentu kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam - Satu
Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1.
Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
343 - 353
21 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)
Nur Hidayah Anuar, Mohd. Ali Mohd Noor
221 - 229
22 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia
Rabiatul Hasanah Mahmood, S.Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed
230 - 238
23 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan
Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma`Amun
239 - 250
xii
10 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul
Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Al Ma’amun
354 - 359
11 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and
Banking
Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor
360 - 368
12 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in
Islamic Microfinance
Nurusysyifa Datuk Haji Mohamad Nordin, Salina Hj. Kassim
369 - 376
13 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of
High Court in Malaysia
Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul-Majid, Khairul
Akmaliah Adham
377 - 400
14 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable
Hard Core Poor {A Model Worth Attention}
Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman
Alhabshi, Seyed Kazem Sadr
401 - 410
TEMA 3 : EKONOMI FISKAL, MONETARI & ANTARABANGSA
1
Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al
Quran
Sa’diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor
411 - 421
2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study
Ahmed M. Saidam, Tamat Sarmidi
422 - 433
3 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy
Effectiveness in Malaysia
Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan
Shah Zaidi
434 - 441
4 Monetary Policy, Bank Ownership, and the Lending Channel: Evidence
from Banks in ASEAN Countries
Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri
442 - 455
5 The Fragmentation in International Production, Financial Market
Openness and Output Correlation: Panel Evidence of Oecd and Briic
Economies
Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim
456 - 466
xiii
6 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic
Growth
Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira
Zainal Abidin
467 - 472
7 Oil Price Shock and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS
Hadrry Rony
473 - 482
8 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade
Rashidi Said, Normaz Wana Ismail
483 - 492
9 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and
Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality
Analysis
Wong Koi Nyen, Tan Bee Wah, Goh Soo Khoon
493 - 503
10 Digital Trade Related in Selected Asian Countries
Normaz Wana Ismail
504 - 510
11 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber
Medical Devices Export: A Gravity Model Approach
Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik
12 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand?
Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa
Mohamed Hariri
511 - 520
13 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil
Companies?
S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad
521 - 530
14 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces
in ChinaA Panel ARDL Study
Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim
531 - 545
15 Modelling The Volatility of International Tourism Demand and
Macroeconomic Variables
Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila
Thinagar
546 - 558
16 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth
in Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint
Chor Foon Tang, Yong Kang Cheah, Soo Yean Chua
559 - 567
17 Does Country with Multi-Ethnic, Multi-Linguistic and Multi-Religious
Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence
Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow-Hooi, Tan
568 - 576
xiv
TEMA 4 : EKONOMI PEMBANGUNAN
1
Dilema Pengeluaran Makanan dengan Pemeliharaan Sumber Alam
dalam Pembangunan Lestari Islam
Nurul Suhada Ismail
577 - 582
2 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan
Utama Masyarakat di Malaysia
Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
583 - 595
3 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live
in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs
Budget for Middle Income Earners
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
596 - 606
4 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
607 - 621
5 Perceptions of Public University Students towards the Rising Cost of
Living in Malaysia
Zurina Kefeli
622 - 632
6 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities
with a High Cost of Living in Malaysia using OLS Regression Analysis
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
633 - 641
7 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi
Rumah B40 di Malaysia
Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
642 - 651
8 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on
Provincial Panel Data in China
Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim
652 - 665
9 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol dengan Jualan Kenderaan
Persendirian di Malaysia
Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain
666 - 672
10 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman
673 - 685
11 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic
Growth and Public Policy
M. Niaz Asadullah, Jeron Joseph
686 - 696
xv
12 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan pada
Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan dalam Penggunaan
Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur
Atik Purmiyati
697 - 709
13 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-
2015
Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman
710 - 723
14 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA
Malaysia
Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman
724 - 735
15 Privatization, An Alternative to Economic Growth in The Difficulties of
The State Budget; Indonesian Case
Syanti Dewi
736 - 743
16 The Impact of IQ on Globalization-Income Inequality Relationship
A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim, W.N.W Azman-Saini
744 - 751
17 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor
Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia
Naiimah Mohd Sofi , Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
18 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory
in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation
Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman
752 - 765
19 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:
Analisis NARDL
Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin
766 - 775
20 The effect of islamic and conventional banking efficiency on economic
growth
Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi
776 - 787
TEMA 5 : EKONOMI BURUH & SUMBER MANUSIA
1
Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations
in East Asia
Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
788 - 798
2 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis
Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad
Hamidi, Nur Fakhzan Marwan
799 - 806
xvi
3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia dalam Sektor Perkhidmatan
Terpilih: Analisis Input-Output
Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
807 - 822
4 Potensi Tenaga Kerja dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-
Output
Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman
823 - 836
5 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga dalam Sektor
Pertanian di Malaysia
Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
837 - 845
6 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Pembuatan di Malaysia
Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain
846 - 861
7 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia
Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail
862 - 876
8 Ketaksamaan Pencapaian dalam Firma Bola Sepak: Analisis
Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia dengan Kehadiran Buruh
Berkemahiran Tinggi
Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
877 - 890
9 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja:
Analisis dari Perspektif Islam
Noor Hidayah Samsudin
891 - 896
10 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job
Generating Industries in Malaysia Services Sector
Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Noorasiah Sulaiman
897 - 905
TEMA 6 : EKONOMI PENGURUSAN & KEUSAHAWANAN
1
Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation
Technopreneurs: The Mediating Role of Self-Efficacy
Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof
906 - 915
2 Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perusahaan Runcit di Sepang
Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun
916 - 924
3 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia
Syanti Dewi, Ishak Ramli
925 - 931
4 A Study on Role of Leadership and Green Technology towards
Malaysian Economy Growth
Selvi Narayanan, Soorianarayanan
932 - 937
xvii
5 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada
Pemikiran Keusahawanan Pelajar
Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak
938 - 945
6 Amalan Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Usahawan PKS
Bumiputera
Anwar Nabi Alam, Halimah Harun
946 - 954
7 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian dalam Meningkatkan Produktiviti
Pekebun Kecil Kelapa Sawit
Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
955 - 965
8 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam
Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan atau Geran Usahawan
MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan
Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
966 - 978
9 Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan
Kewangan dan Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu,
Terengganu
Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
979 - 990
10 Perusahaan Sosial dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks
Pendidikan Islam Bangi, Selangor
Zirwatul 'Isyqi Mohd Nazri, Hairunnizam Wahid
991 -
1001
11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang
Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid
1002 -
1013
12 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian
di Negeri Sembilan & Selangor
Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid
1014 -
1027
13 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials
Integrity
Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman
1028 -
1034
TEMA 7 : EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN
1
The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market
Volatility
Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
1035 -
1047
xviii
2 Performance of Malaysian General Insurance Industry; From the Firm’s
Perspective
Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri
1048 -
1057
3 Prestasi Unit Amanah di Malaysia
Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid
1058 -
1069
4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran Ke
Atas Syarikat Unit Amanah Dd Malaysia
Sahudin Ma’anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa
1070 -
1081
5 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia
Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob
1082 -
1087
6 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison
between Conventional and Islamic Banking in Malaysia
Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Muhammed
1088 -
1098
7 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan
Persamaan Peraturan Taylor
Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid
1099 -
1109
8 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan Kepada Niat
Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator)
Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul
Anuar Ali
1110 -
1123
9 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah
Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu
Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
1124 -
1138
10 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During The Global Crisis
Ishak Ramli
1139 -
1148
11 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit
Organisations
Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim,
Ridzwana Mohd Said
1149 -
1158
TEMA 8 : ISU-ISU LAIN DALAM EKONOMI
1
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
1159 -
1171
xix
2 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta
Pusaka Tanah Rancangan Felda
Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda,
Mohd Yassin Mohd Yusuf
1172 -
1180
3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik
menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih
Suhaila Saad, Roziana Baharin
1181 -
1188
4 Multi-Factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from
Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality
Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily
1189 -
1198
5 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap
Proses Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang
Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
1199 -
1209
6 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A
Case Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi
Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor
Rahimah Nik Ab Rahim
1210 -
1217
7 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing
in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin
1218 -
1226
8 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia
Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii
1227 -
1234
9 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar
Bandar untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar
Haryati Shafii, Azlina Md Yasin, Nursyikin Miskam
1235 -
1245
xx
KATA PENGANTAR / PREFACE
Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala Puja
dan puji hanya Bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad S.A.W., Rasul akhir zaman.
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 12 2017 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 12 2017 dan juga kepada yang tidak berkesempatan
untuk menghadiri persidangan kali ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan individu membentangkan hasil
penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi
Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah
Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’. Tema ini menyokong
usaha dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan
tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050. Bagi mencapai sasaran
tersebut, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu
berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan
tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat
futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di
masa akan datang.
Sebanyak 122 kertas kerja telah dikumpulkan dan 105 daripadanya dimuatkan
dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang
ditentukan. Tema-tema tersebut disusun dalam beberapa tema umum berasaskan
bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi Islam: Zakat & Wakaf, ii) Perbankan &
Kewangan Islam, iii) Ekonomi Fiskal, Monetari & Antarabangsa, iv) Ekonomi
Pembangunan, v) Ekonomi Buruh & Sumber Manusia, vi) Ekonomi Pengurusan &
Keusahawanan, vii) Ekonomi Kewangan & Perbankan viii) Isu-isu Lain Dalam
Ekonomi. Kepelbagaian tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi
peluang yang seluasnya kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi
pelbagai hasil penyelidikan dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat
kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
PROSIDING PERKEM 12, (2017) 979 - 990
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 (PERKEM 12)
"Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik"
Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor, 12 - 13 September 2017
Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan Kewangan dan
Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu, Terengganu
HUZAIFAH SULONG1
HAIRUNNIZAM WAHID2
MOHD ALI MOHD NOOR3
Pusat Pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM
ABSTRAK
Kepentingan institusi masjid dalam Islam dan negara sememangnya tidak dapat disangkal lagi dan kejayaan
pengurusan sesebuah masjid amat bergantung kepada komitmen oleh para pegawai serta ahli jawatankuasa
masjid. Beberapa kajian lepas menunjukkan kejayaan pengurusan sesebuah masjid adalah dipengaruhi oleh
beberapa pembolehubah termasuklah aspek perakaunan masjid, sumber dana utama masjid, latarbelakang
pendidikan pentadbir jawatankuasa masjid, kewujudan koperasi masjid dan sebagainya. Walaupun terdapat
kajian mengkaji pembolehubah latarbelakang pentadbir jawatankuasa masjid sebagai salah satu faktor yang
penting, namun kajian ini menjangkakan bahawa analisis latarbelakang pentadbir jawatankuasa masjid juga
perlu dilanjutkan lagi kepada dimensi yang lain antaranya mengkaji daripada aspek latarbelakang pekerjaan
dan hubungannya dengan kekuatan kewangan sesebuah masjid. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap
keaktifan masjid dan pengurusannya secara khususnya mengkaji latarbelakang pentadbir masjid. Kajian
dilakukan di daerah Hulu Terengganu melibatkan pensampelan sebanyak 21 buah masjid di daerah tersebut.
Kajian akan menggunakan kaedah secara diskriptif iaitu analisis kandungan dokumen melibatkan laporan masjid
dan minit mesyuarat masjid serta menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual bersama pegawai bahagian
hal ehwal masjid jabatan agama Islam daerah Hulu Terengganu (JHEAT) dan temubual melalui ahli
jawatankuasa masjid dan kariah. Kajian ini juga menggunakan kaedah pemantauan dan pemerhatian beserta
soal selidik secara langsung melalui jemaah masjid di setiap masjid yang dikaji selama hampir 10 bulan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Hasil kajian menunjukkan bahawa keaktifan masjid amat dipengaruhi
oleh latarbelakang pekerjaan pentadbir masjid, dana kewangan masjid yang mencukupi, tahap pendidikan
pengurusan masjid, komitmen ahli kariah, kedudukan di kampung, gaya hidup harian ahli jemaah, amalan nilai
setempat dan komposisi ahli kariah dan beberapa faktor lain. Beberapa cadangan penambahbaikan dan
cadangan disertakan agar hasil daripada kajian ini mampu membantu jabatan agama negeri dalam menentukan
dasarnya berkenaan pengurusan masjid terutamnya melibatkan kawasan pedalaman.
Kata Kunci: Pentadbir masjid, kewangan masjid, keaktifan masjid
ABSTRACT
The importance of mosque institutions in Islam and the country is undeniable and the success of a mosque depends
largely on the commitment of the officers and members of the mosque committee. Some previous studies have
shown that the successful management of a mosque is influenced by several variables including the aspects of
mosque accounting, the main source of mosque funds, the education background of the mosque committee
administrator, the existence of mosque cooperatives and so on. While the study examines the background
variables of mosque committee administrators as one of the most important factors, the study expects that the
background analysis of mosque committee administrators should also be extended to other dimensions such as
reviewing the background of employment and its relationship with the financial strength of a mosque. Hence this
study aims to examine the level of activism of the mosque and its management in particular reviewing the
background of the mosque administrator. The study was conducted in Hulu Terengganu area involving 21
mosques sampling in the area. The study will use a descriptive method of analyzing the content of the documents
involving mosque reports and mosque meeting minutes and using qualitative methods through interviews with the
department of affairs of the mosque of the Hulu Terengganu District Islamic Religious Department (JHEAT) and
interviews through mosque and parliamentary committee members. This study also uses observation and
observation methods and questionnaires directly through mosque pilgrims in every mosque studied for almost 10
1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM; email: [email protected] 2 Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM; email: [email protected] 3 Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM; email: [email protected]
980 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
months to get more accurate information. The results of the study show that the activities of the mosque are
influenced by the mosque administrator's work background, adequate mosque financially funded, the level of
mosque management education, the commitment of members of the community, the position of the village, the
daily lifestyle of members of the congregation, the local values and the composition of members of the
parishionary and other factors. Some suggestions for improvement and suggestions are included so that the
outcome of this study can help the state religious department in determining its policy on the management of the
mosque, especially inland areas.
Keyword(s): Mosque administrator, mosque finance, mosque activities.
PENGENALAN
Pertumbuhan masjid baru di Daerah Hulu Terengganu sejak akhir-akhir ini dilihat agak pesat berbanding
sebelumnya. Daripada satu sudut ianya dilihat satu perkembangan baik sebagai salah satu pusat Islam kepada
masyarakat dan menunjukkan kecaknaan tinggi masyarakat kepada agama. Ini kerana masjid merupakan salah
satu institusi terpenting dalam pengembangan awal Islam sehinggalah masa kini. Al-Quran telah menekankan
gambaran pentingnya pembinaan masjid yang didirikan atas dasar taqwa sebagaimana surah At-Taubah : 18
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah
dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada
siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk
golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.
Menurut Abdul (2008), pengurusan masjid tidak terhad sebagai tempat ibadah (solat) sahaja, bahkan fungsinya
hendaklah diperluaskan sebagai tempat sosial, pusat ekonomi dan juga pusat politik. Joni Tamkin dan Che Zarina
(2003) menghuraikan fungsi masjid sebagai satu institusi terpenting umat Islam dalam pembentukan perpaduan
ummah. manakala pengurusan kewangan masjid perlulah aktif dan kreatif dalam mencari dana untuk
menghidupkan aktiviti masjid agar dapat menarik minat masyarakat merasa tanggungjawab bersama dalam
menghidupkan masjid di sekitar mereka. Oleh itu, bagi mencapai hasrat tersebut, maka amat memerlukan
peruntukan kewangan yang banyak. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh jawatankuasa masjid di mana mereka
bukan sahaja berperanan untuk mengimarahkan masjid, malahan mereka juga turut berperanan dalam memastikan
sesebuah masjid tersebut mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. (Zakaria & Mohd Kamal 2004).
Secara umumnya pentadbiran masjid dan surau di Malaysia ianya dikawal selia oleh Jabatan Agama
Islam Negeri (JAIN) sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Jadual Ke-9, dinyatakan bahawa
hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah kuasa negeri-negeri. Statistik JAKIM pada tahun 2015
menunjukkan sebanyak 6,426 buah masjid yang berdaftar dengan JAKIM dan hampir 17,746 surau di seluruh
negara. Di negeri Terengganu, bahagian pengurusan masjid ialah salah satu daripada bahagian di bawah
Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Darul Iman. Jabatan ini telah ditubuhkan mulai 2 Julai 2006,
sebelumnya sebahagian daripada Pengurusan Bahagian Dakwah. Bahagian ini dipertanggungjawabkan mengurus
hal ehwal pembangunan Masjid dan Surau di negeri Terengganu berjumlah 481 buah masjid dan sebanyak 1,528
buah surau (termasuk 96 buah surau sekolah).
Rajah 1 menunjukkan organisasi pengurusan masjid Pejabat Agama Daerah. Pejabat agama berada di
bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Setiap masjid daerah yang berdaftar di daerah Hulu
Terengganu adalah tertakluk di bawah organisasi ini. Masjid dikawal selia oleh bahagian pengurusan masjid dan
penyelaras pentadbiran masjid daerah. Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah merupakan pegawai
lantikan JAKIM manakala Ketua Unit Pengurusan Masjid pula di bawah pentadbiran negeri iaitu bahagian dakwah
dan ianya dibantu oleh unit penyelia masjid dan pembantu Hal ehwal Islam dalam urusan berkaitan masjid.
Pengurusan organisasi sesebuah masjid akan melibatkan ahli jawatankuasa masjid yang telah dipilih melalui
mesyuarat ahli qaryah masjid masing-masing. Pengurusan inilah yang akan menentukan perjalanan masjid iaitu
merancang, mengurus dan menjalankan aktiviti masjid. Pengerusi masjid merupakan jawatan penting dalam
organisasi masjid kerana melaluinya pergerakan aktiviti masjid dapat dijalankan. Segala perancangan juga perlulah
mendapatkan persetujuan secara kerjasama antara ahli jawatankuasa masjid dan ianya tidak dapat dijalankan jika
tidak mendapat persetujuan bersama.
Tumpuan juga diberikan pada bendahari masjid yang bukan saja menjaga dana masjid namun menjadi
tanggungjawabnya untuk mencari dana selain daripada sumber kewangan tradisi untuk menghidupkan peranan
masjid sebagai pusat Islam dan dakwah. Menurut (Maliah, 2007), secara umum terdapat dua sumber dana yang
diterima oleh masjid iaitu pertama, peruntukan dari kerajaan negeri dan kedua, sumbangan orang ramai. Dana
yang diterima dari kerajaan negeri adalah bertujuan untuk penyelenggaraan masjid dan juga mengendalikan
aktiviti-aktiviti keagamaan masjid. Manakala sumbangan orang ramai adalah untuk membiayai aktiviti-aktiviti
sosial dan pembangunan yang tidak dibiayai oleh kerajaan negeri.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 981
Terdapat tiga faktor utama yang menjadi teras kepada kajian ini. Pertama, kedudukan masjid sebagai
sebuah organisasi dalam pembentukan dan penyatuan umat Islam. Kedua, secara umumnya masjid negeri di
Malaysia adalah sebahagian daripada sektor awam iaitu menerima peruntukan kerajaan untuk membiayai
operasinya. Oleh yang demikian, pastinya masjid memerlukan pengurusan yang efektif untuk menggerakkan dana
melalui aktiviti-aktiviti masjid yang khusus bukan sekadar untuk faktor ibadat semata-mata seperti mendekatkan
masyarakat bukan Islam kepada Islam, menarik minat masyarakat setempat dengan program yang bermanfaat,
pusat zakat, ekonomi dan sebagainya. Contohnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masjid yang
dinamakan sebagai Pusat Islam yang berfungsi menjalankan aktiviti dan program masjid ke arah
mempertingkatkan syiar Islam, menjadi tempat rujukan bagi perkembangan dakwah dan isu-isu Islam semasa
warga kampus, menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan keagamaan kepada warga kampus yang
memerlukan serta menjadi salah satu pusat agihan zakat kepada pelajar yang kurang berkemampuan melalui
pembayaran zakat masyarakat sekitar.
Faktor ketiga iaitu keberkesanan pengurusan sesebuah masjid sebagai tanda aras yang memainkan
peranan penting dalam menggerakkan fungsi masjid tidak sekadar dilihat sebagai tempat ibadat semata-mata.
Persoalannya ialah apakah faktor utama yang menyumbang kepada keefisienan pengurusan sesebuah masjid.
Justeru kajian ini akan mengkaji faktor kemungkinan yang menyumbang kepada kejayaan pengurusan sesebuah
masjid. Kajian ini akan memfokuskan kepada latarbelakang pentadbir atau nazir sesebuah masjid dan kesannya
terhadap pengurusan masjid daripada aspek pengurusan kewangan dan aktiviti masjid. Justeru objektif utama
kajian ialah mengkaji kemungkinan wujudnya hubungan antara latarbelakang pentadbir masjid dengan keaktifan
program yang dianjurkan oleh masjid. Justeru kajian ini berpendapat kajian ini perlu juga menemubual ahli
jawatankuasa masjid kerana jawatankuasa itulah yang mencorakkan kemampuan pengurusan masjid-masjid
berkenaan. Antara sifat yang dinilai dalam kajian ini ialah latarbelakang pekerjaan ahli jawatankuasa terutamanya
pekerjaan pengerusi atau nazir masjid. Latarbelakang pekerjaan oleh pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa masjid
dijangka mempengaruhi secara positif kecekapan pengurusan masjid. Ini kerana tingkat pekerjaan dapat memandu
jawatankuasa masjid mempunyai wawasan yang lebih luas dan jauh ke hadapan, di samping lebih mampu
merancang aktiviti-akitiviti masjid dengan lebih aktif dan cekap, termasuklah aktiviti pengurusan dana dan
hartanya. Sebagai contoh, jika masjid mempunyai simpanan bank yang agak besar, jawatan kuasa yang aktif akan
cuba menggunakan wang simpanan itu untuk tujuan pelaburan atau membeli aset fizikal yang boleh mendatangkan
pulangan tertinggi. Pulangan dalam bentuk hasil sewa dan keuntungan merupakan pendapatan yang dijana sendiri
oleh masjid-masjid berkenaan kerana ia bukan lagi merupakan sumbangan derma dari pihak-pihak lain.
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Pensampelan: Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti tahap keaktifan sesebuah masjid
melalui peranan yang dimainkan badan pentadbir masjid. Kajian ini dijalankan melalui tiga kaedah utama iaitu
analisis dokumen melalui minit mesyuarat, kedua melalui temubual bersama pegawai Pejabat Agama Daerah Hulu
Terengganu (PADHT), ketiga melalui pemantauan selama 8 bulan di masjid yang dikaji untuk mendapatkan
gambaran penuh. Data kajian ini telah diambil melalui minit mesyuarat masjid yang dikaji yang telah diperolehi
dari Jabatan Agama Islam Hulu Terengganu. Manakala beberapa temubual telah dijalankan bersama pegawai yang
telah menguruskan masjid termasuklah pengerusi dan nazir masjid dan pemantauan melalui lawatan ke masjid-
masjid yang dikaji di samping temubual bersama ahli kariah dan jemaah masjid. Kajian dilakukan di daerah Hulu
Terengganu melibatkan pensampelan secara rawak berstruktur terhadap 21 buah masjid mengikut mukim tertentu
di daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Daerah ini dipilih kerana secara geografinya daerah ini terletak di
kawasan luar bandar. Justeru, pengurusan masjid di daerah ini agak mencabar terutamanya dalam mendapatkan
sumber kewangan yang kukuh untuk menguruskan masjid di kawasan yang agak terhad kemampuan kewangan
para jemaah serta masyarakat untuk memberi sumbangan kewangan secara sukarela kepada pihak masjid.
Keaktifan sesebuah masjid dalam kajian ini diukur melalui indikator kekerapan program yang telah dijalankan
oleh sesebuah masjid seperti kuliah mingguan, bulanan, program-program keagamaan dan penganjuran aktiviti
bulan-bulan Islam, program kemasyarakatan dan aktiviti yang melibatkan ekonomi.
Kaedah Analisis: Kaedah analisis data bagi kajian ini adalah menggunakan teknik analisis secara diskriptif untuk
menjawab objektif kajian iaitu menggunakan nilai min dan peratusan. Kajian ini akan mengadaptasi kajian
measuring ESL students reading strategies. (Mokhtari, K., & Sheorey, R, 2002), dalam membentuk tahap
kepuashatian responden iaitu nilai min di bawah 2.4 adalah tahap kepuashatian rendah, nilai antara 2.5 hingga 3.4
adalah sederhana dan nilai min melebihi 3.5 adalah tahap kepuashatian yang tinggi.
982 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
HASIL KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan taburan pekerjaan pengerusi masjid dan bendahari mengikut pendapatan dan perbelanjaan
masjid melalui 21 buah masjid di kawasan Hulu Terengganu. Taburan ini menunjukkan jumlah dan peratusan
kerja sendiri mendominasi kedudukan iaitu sebanyak 11 buah masjid atau hampir 52 peratus daripada 21 buah
masjid bagi pemilihan jawatan pengerusi dan bendahari. Faktor ini terjadi mungkin kerana kebanyakan masjid
merupakan kawasan pedalaman maka kebanyakan ahli kariah setiap masjid ramai yang bekerja sendiri. Ini
mungkin berbeza dengan kawasan bandar yang kebanyakannya berpendidikan tinggi yang mendominasi kawasan
sesebuah bandar. Contoh kerja sendiri disini termasuklah peniaga, kontraktor, petani dan sebagainya yang tidak
terikat dengan mana-mana jabatan kerajaan ataupun syarikat.
Pada pemerhatian kajian ini, berlakunya perbezaan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar
yang mana di kawasan bandar pemilihan mungkin terdiri dari mereka yang berpengaruh dan berjawatan tinggi
dalam kariah masjid-masjid kawasan bandar. Manakala faktor utama yang menjadi pemilihan di kawasan luar
bandar adalah kerana ketiadaan kesanggupan daripada ahli kariah untuk memegang sesuatu jawatan mungkin
merasakan tidak layak dan tidak berkemampuan. Maka pemilihan ini akan mempengaruhi sebahagian besar
keaktifan dan usaha menggerakkan sesebuah masjid. Mereka yang bekerja kerajaan menjadi pilihan kedua
menganggotai jawatankuasa mungkin disebabkan kekangan kerja mereka yang menyebabkan kurangnya mereka
berada di masjid. Ini kerana tanggungjawab untuk menghidupkan masjid memerlukan pengorbanan yang besar
dan juga masa yang tidak dapat dipenuhi oleh golongan yang bekerja dalam sektor kerajaan. Bagi pesara
kemungkinan faktor umur dan sifat pesara yang tidak lagi mahu memegang apa-apa jawatan lagi selepas bersara
menyebabkan pemilihan dari golongan mereka kurang. Walaupun kemungkinan besar mereka mempunyai
beberapa kepakaran yang boleh diadaptasi pada masjid melalui program, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Ini kerana mereka yang bersara terdiri daripada pelbagai latar belakang professional sehingga peringkat tertinggi
dalam kerajaan. Bagi golongan swasta kekangan masa kerja yang terikat dengan masa tidak menentu menjadi
factor utama kurangnya mereka terlibat dalam pengurusan masjid walaupun tidak secara keseluruhan.
Dari sudut pendapatan dan perbelanjaan masjid secara keseluruhan ianya didominasi oleh mereka yang
bekerja sendiri, ini kerana kategori bekerja sendiri paling ramai iaitu 52.38 peratus. Namun jika dihitung antara
mereka yang bekerja sendiri dan swasta dapat dilihat secara purata tahunan pendapatan pengerusi yang bekerja
swasta lebih besar kerana hanya seorang iaitu sebanyak 4.76 peratus. Jika diamati pekerjaannya ialah bekerja di
Yayasan Pembangunan Kebajikan(YPK). Jika diamati masjid kawasan kampong namun tidak jauh dari pecan
yang menyebabkan ahli Jemaah terdiri dari mreka yang bekerja kampong, guru, dan peniaga berdekatan pecan
menyebabkan penjanaan pendapatan lebih tinggi daripada kawasa lain. Taburan mereka yang bekerja kerajaan
iaitu 5 orang ataupun 23.81 peratus mungkin kerana kesibukan mereka bekerja menyebabkan tumpuan tidak dapat
diberikan sepenuhnya dan lokaliti masjid yang berada jauh di pedalaman seperti felda yang menjadi tumpuan
hanya mereka yang berada di felda dan masyarakat setempat sahaja.
Berdasarkan Jadual 2, jika ditinjau dari aspek pendapatan, didapati pendapatan masjid yang dijana
melebihi RM50,000 setahun adalah bagi kategori pengerusi masjid yang status pekerjaannya sebagai pesara dan
kerja sendiri iaitu seramai 3 orang. Namun begitu kategori pekerjaan ini juga berlaku dalam penjaaan pendapatan
masjid yang kurang daripada RM10,000 ke bawah dimana majoriti adalah pengerusi masjid yang status
pekerjaannya ialah bekerja sendiri (71.4%). Pemerhatian kajian ini juga mendapati masjid-masjid utama yang
menjadi masjid kerajaan didapati mampu memperolehi pendapatan yang besar seperti Masjid Abdul Rahman
Limbong yang mempunyai simpanan sehingga lebih RM60,000. Jika ditinjau daripada sudut pekerjaan
pengerusinya didapati status pekerjaan pengerusi masjid tersebut adalah bekerja sendiri. Hasil pemerhatian kajian
ini mendapati terdapat beberapa faktor yang dikesan yang dijangka mempengaruhi tingkat pendapatan Masjid
Abdul Rahman Limbong ialah peranan pengerusinya yang mampu mencari dana dengan mengadakan beberapa
projek seperti sewa kenderaan jenazah dan mempunyai hasil sewa daripada penyewaan bangunan milik masjid.
Namun begitu, sebaliknya kajian ini mendapati bagi kategori masjid mukim, kutipan pendapatan bulanan adalah
kecil. Sebagai contoh, Masjid Felda Tersat hanya memperolehi pendapatan kurang daripada RM500 sebulan. Ini
mungkin juga terjadi kerana faktor Felda yang jauh pedalaman dan tumpuan hanya pada penduduk Felda sahaja.
Justeru itu, corak dan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap masjid adalah bergantung kepada jumlah
pendapatan masing-masing. Namun jika diperhatikan, kebanyakan masjid sebenarnya mempunyai simpanan yang
cukup besar di dalam bank walaupun jika dibandingkan dengan pendapatan yang kecil. Jadual 3 menunjukkan
hubungan antara taburan perbelanjaan dengan pekerjaan pengerusi masjid. Jadual menunjukkan hubungan yang
rapat antara jenis pekerjaan dan perbelanjaan masjid.
Jadual 3 juga menunjukkan wujudnya hubungan yang konsisten antara pembolehubah perbelanjaan
masjid dan pekerjaan pengerusi masjid. Perbelanjaan oleh masjid yang paling besar secara keseluruhan berlaku
dalam kategori ahli jawatankuasa yang bekerja sendiri melalui aktiviti pembangunan masjid seperti perbelanjaan
utiliti masjid sebanyak hampir RM85 ribu dan aktiviti kemasyarakatan sebanyak hampir RM11 ribu. Ini kerana
dalam kajian ini separuh ahli jawatankuasa yang bekerja sendiri mendominasi jawatankuasa masjid. Maka secara
tidak langsung mempengaruhi perbelanjaan yang besar secara keseluruhan. Namun begitu jika dilihat ahli
jawatankuasa yang bekerja swasta menunjukkan perbelanjaan yang tidak kurang besarnya walaupun ahli
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 983
jawatankuasanya tidak mendominasi dalam pengurusan masjid. Disini dapat dilihat kemungkinan keaktifan dalam
aktiviti masjid yang ada pada pengerusi yang bekerja di jabatan swasta mengatasi pekerjaan yang lain.
Jadual 3 juga menunjukkan penggunaan dana keseluruhan masjid yang dikaji dan dikhususkan antara
aktiviti pembangunan dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti pembangunan ialah penggunaan dana untuk
perbelanjaan penggunaan masjid seperti pembayaran bil, membeli peralatan masjid, membaiki dan lain-lain tanpa
disalurkan kepada masyarakat. Manakala penggunaan dana bagi aktiviti kemasyarakatan pula ialah aktiviti yang
melibatkan masyarakat secara langsung seperti program bulanan, khairat, derma, ceramah mingguan dan
sebagainya. Tanpa mengira jenis pekerjaan ahli jawatankuasa, dana lebih banyak dikeluarkan untuk aktiviti
pembangunan melebihi aktiviti kemasyarakatan. Jika dilihat jurang perbezaan ketara wujud antara aktiviti
kemasyarakatan dan aktiviti pembangunan. Berdasarkan pemantauan dan pemerhatian kebanyakan masjid terlalu
kurang aktiviti dan program kemasyarakatan bahkan terdapat masjid yang langsung tiada aktiviti untuk
mengimarahkan masjid. Kebanyakan masjid hanya melakukan aktiviti berkala tahunan seperti program Maulidur
Rasul, praktikal mandi jenazah yang menyebabkan dana kurang mengalir kepada masyarakat. Ini boleh menjadi
penyebab kepada lesunya masjid-masjid kerana ketiadaan aktiviti dan menyebabkan ahli kariah dan masyarakat
setempat kurang memberi sumbangan dana mengingatkan tiadanya aktiviti yang memberi manfaat kepada
masyarakat.
Jadual 4 menunjukkan taburan jumlah pendapatan yang mampu dijana keseluruhan masjid. Daripada
Jadual 5 menunjukkan bahawa hampir 33.3 peratus masjid memperolehi pendapatan tahunan kurang daripada
RM2,000, sementara 28.6 peratus mendapat pendapatan antara RM10,000 hingga RM20,000 dan hanya 14.3
peratus mendapat lebih dari RM50,000. Jumlah pendapatan keseluruhan 21 masjid yang dikaji ialah kira-kira
hampir RM442,296, dan ini bermakna purata pendapatan masjid berkenaan ialah sekitar RM21,061. Pada
umumnya hampir 80 peratus dari jumlah pendapatan ini adalah terhasil dari kutipan tabung Jumaat, manakala
bakinya adalah daripada pelbagai bentuk sumbangan di samping pendapatan dari aset fizikal dan aset kewangan.
Sementara itu jumlah perbelanjaan semua masjid yang dikaji ialah hampir RM249,455. Antara perbelanjaan
utama yang dikeluarkan oleh masjid ialah perbelanjaan pembangunan seperti pembaikan dan senggaraan
bangunan, dan pembiayaan bil utiliti.
Manakala kajian melalui temubual bersama jemaah berkenaan tahap pengurusan masjid, rata-rata ahli
kariah menyeru supaya tahap pengurusan organisasi masjid perlu dipertingkatkan lagi agar tidak menjadi tempat
ibadat semata-mata dan diperluaskan peranan institusi masjid sebagai sebuah institusi islam. Pandangan ini dapat
dilihat melalui Jadual 5. Jadual 6 menunjukkan maklum balas terhadap keaktifan masjid yang mana isu hubungan
sesama ahli jawatankuasa serta isu kehadiran dan amanah yang dipertanggungjawabkan dipersoalkan sebahagian
kariah masjid. Isu ini dilihat sebagai asas kebertanggungjawaban terhadap amanah yang diberikan kepada mereka.
Apabila tiada kerjasama dan persefahaman yang baik antara sesama ahli jawatankuasa maka sudah pasti
perjalanan pengurusan menjadi terbantut dan aktiviti tidak dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Perkara
ini dikuatkan lagi dengan permasalahan yang dilontarkan oleh pegawai masjid jabatan agama sendiri iaitu
kurangnya kerjasama antara ahli jawatankuasa menyebabkan masjid menjadi kurang aktif. Begitu juga melalui
laporan minit mesyuarat yang diperolehi menunjukkan masalah yang sama berlaku apabila kurangnya mesyuarat
yang dibuat bahkan ada yang hanya setahun sekali menjalankan mesyuarat kerana perlu menghantar laporan
kewangan kepada pihak jabatan agama. Perkara ini perlu perubahan segera kerana kehilangan kepercayaan ahli
kariah kepada ahli jawatankuasa masjid juga menyebabkan masjid menjadi lesu dan tiadanya sambutan kepada
aktiviti yang dijalankan.
Pengerusi masjid dan bendahari memainkan peranan penting dalam menggerakkan organisasi masjid
melalui arahan dan mempelbagaikan aktiviti melalui sumber ekonomi. Jika terdapat masalah kepada keduanya
maka arahan dan pergerakan mencari dana untuk menampung keperluan masjid akan terbantut dan segala aktiviti
masjid juga boleh terbantut dan lesu. Walaupun soal selidik tidak menunjukkan hubungan antara jawatan dan
keaktifan tidak memainkan peranan yang terlalu besar namun disana kesedaran, pengetahuan, ilmu amat
memainkan peranan penting dalam menggerakkan masjid. Jika tiada kesedaran dan ilmu dalam menggerakkan
aktiviti masjid sudah pasti kita akan melihat masjid akan menjadi kosong daripada aktiviti-aktiviti yang boleh
menarik minat masyarakat untuk dating melainkan hanya seminggu sekali. Perkara ini dapat diperhatikan dalam
Jadual 7.
Manakala Jadual 8 menyentuh isu sumber kewangan masjid. Kewangan merupakan jantung kepada
masjid dalam menggerakkan segala aktiviti untuk menghidupkan masjid. Beberapa masjid yang aktif diperhatikan
mereka memerlukan sumber kewangan yang banyak apabila melakukan aktiviti atau program yang besar untuk
menarik Jemaah datang ke masjid. Walaupun dana yang sedia ada tidak mencukupi dalam menampung aktiviti
mereka namun apabila mereka mampu aktifkan masjid dengan program-program berkala yang menyebabkan
masyarakat setempat tidak meletakkan masjid sekadar datang pada waktu-waktu tertentu sahaja secara tidak
langsung pihak masjid mampu sentiasa mengiklankan aktiviti mereka dan sumbangan yang diperlukan oleh pihak
masjid dapat dikutip untuk menampung perbelanjaan. Menunjukkan ahli kariah masjid selesa untuk menyumbang
kerana banyak aktiviti yang bermanfaat kembali kepada mereka dan masyarakat. Ini berdasarkan pemerhatian dan
pertanyaan kepada jawatankuasa Masjid Kg Butut Hulu Terengganu dan membandingkan dengan pengurusan
984 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
oleh Masjid Hasanah, Bangi Selangor sebagai benchmark masjid yang sangat baik dalam aspek pentadbiran dan
pengurusan masjid di Selangor.
Jadual 9, menunjukkan soalan mengenai (1) tahap pekerjaan pengerusi, (2) kualiti pengurusan masjid,
(3) kewangan masjid, (4) tahap keaktifan masjid, (5) lokaliti masjid; dan (6) keberkesanan program masjid. Jika
dilihat secara purata keseluruhan, keputusan menunjukkan bahawa setiap informan/reponden berpuas hati tahap
sederhana hubungan antara latarbelakang pentadbir masjid, pengurusan kewangan dan keaktifan aktiviti masjid,
iaitu min 3.57. Berdasarkan (1) tahap peranan pengerusi; keputusan purata yang diperoleh ialah min 3.4,
menunjukkan bahawa responden tiada masalah siapa sahaja yang memegang jawatan pengerusi masjid. Perkara
ini boleh dinilai kemungkinan para jemaah tidak terlalu mengambil berat siapa yang memegang jawatan tersebut
namun perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. (2) kualiti pengurusan masjid; purata keseluruhan
adalah min 4.02, menunjukkan pengurusan yang tinggi,namun disana masih terdapat rungutan daripada para
jemaah perlunya pengurusan ditingkatkan lagi agar program lebih menarik dijalankan, menggerakkan ekonomi
masjid yang mana boleh dilibatkan masyarakat setempat dan kesedaran daripada ahli jawatankuasa masjid sendiri
untuk mengajak masyarakat dekat kepada masjid. Persoalan (3) iaitu menyentuh kewangan masjid; jumlah purata
min 3.41 menunjukkan bahawa responden berpuas hati secara sederhana berkenaan prestasi kewangan masjid.
Namun perlu dipertingkatkan lagi prestasinya. Dapat dilihat dari sudut pengurusannya dalam menjalankan aktiviti
masjid yang mana kurangnya mereka yang berpengalaman dalam menguruskan urusan kewangan, urusan akaun
masjid, dan penyata kewangan yang tidak lengkap kerana ketiadaan pengalaman. Bagi purata keseluruhan soalan
(4) tahap keaktifan masjid, (5) lokaliti masjid; dan (6) keberkesanan program masjid; masing – masing adalah min
3.5, min 3.95, dan min 3.5. Bagi soalan (5), lokaliti masjid juga sebenarnya memainkan peranan penting samada
kawasan luar bandar dan kawasan bandar kerana tahap pendidikan yang berbeza. Pemerhatian yang dilakukan
bagi masjid di kawasan bandar lebih aktif dari sudut program dan baik pengurusan kewangannya kerana ahli
jawatankuasanya dari golongan yang berakademik terdiri daripada golongan profesional seperti guru, ahli
akademik dan sebagainya. Namun tidak dinafikan terdapat masjid di kawasan luar bandar yang mampu aktif
apabila terdapat gabungan profesional dalam pengurusan ahli jawatankuasanya sebagaimana yang mampu
dilakukan oleh masjid Kubang Palas. Bagi soalan (4), walaupun responden berpuas hati dengan tahap aktiviti
masjid yang dijalankan namun ianya masih belum mampu untuk menarik minat jemaah masjid untuk datang.
Respon masyarakat adalah perlunya lebih kerap program dijalankan agar timbul minat masyarakat untuk ke masjid
seperti program bulan solat, aktiviti remaja, keibubapaan, motivasi, program dakwah dan sebagainya. Soalan (6)
menunjukkan kepuasan responden hanya tahap tinggi melalui aktiviti yang telah dijalankan. Ini bermakna
masyarakat sebenarnya dahagakan majlis-majlis ilmu yang dijalankan kerana respon masyarakat lebih kepada
pengurusan program luaran. Jika berjalan dengan baik, mampu memberi manfaat kepada mereka maka mereka
akan melihat masjid aktif secara keseluruhannya.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa informan bersetuju bahawa mereka berpuas hati tahap
sederhana terhadap hubungan keaktifan masjid dan sumber kewangan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa
masjid. Disini dapat dilihat beberapa kelemahan daripada pengurusan masjid yang perlu diperbaiki dan
dipertingkatkan lagi agar mampu menarik minat jemaah untuk datang dan dapat mencapai prestasi kewangan yang
kukuh serta mampu menjana pendapatan sendiri selain dari bergantung daripada bantuan mana-mana agensi agar
keberkesanan aktiviti dapat dicapai.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi maka dapat dirumuskan bahawa masjid daerah Hulu Terengganu
kebanyakannya didominasi oleh ahli kariah setempat.Dalam kajian ini, hipotesis yang dibuat ialah semakin tinggi
tahap pekerjaan pengerusi jawatankuasa maka semakin cekap pengurusan kewangan dan keaktifan aktiviti masjid.
Ujian kepada hipotesis ini ialah dengan melihat hubungan antara tahap pekerjaan pengerusi masjid dengan nisbah
pendapatan dijana kepada jumlah pendapatan masjid. Sekiranya hubungan tersebut adalah positif dan bermakna,
maka hipotesis di atas boleh diterima. Namun dari penemuan awal kajian menunjukkan bahawa hipotesis tersebut
tidak dapat diterima. Ini kerana hasil tersebut mendapati pekerjaan pengerusi masjid dan bendahari yang
kebanyakannya datang daripada mereka yang bekerja sendiri.
Melalui temuramah bersama beberapa pegawai masjid didapati beberapa masalah yang timbul yang
boleh dirumuskan disini berkaitan keaktifan masjid. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah soal kursus
pengurusan yang diadakan, faktor gaji, faktor lokasi, faktor pendidikan, kerjasama antara ahli jawatankuasa, dan
peranan jabatan agama Islam dalam membantu tahap pengurusan masjid. Pihak jabatan sentiasa membantu dalam
pengurusan dengan memberikan kursus yang bersesuaian untuk pemantapan ahli jawatankuasa masjid samada
secara berkala dan juga perjumpaan khusus. Melalui faktor gaji pula, pihak jabatan telah menyediakan inisiatif
khas iaitu sebanyak RM2,000 setahun untuk urusan tuntutan elaun samada mesyuarat, kursus yang dihantar,
tuntutan kerja,mesyuarat dan sebagainya. Inisiatif ini sebenarnya mampu mungurangkan bebanan ahli
jawatankuasa dari sudut pengurusan. Jika dilihat dari sudut lokasi, beberapa masalah timbul apabila terdapat lokasi
pedalaman yang jauh daripada kawasan bandar dan penduduk yang menyebabkan tumpuan kurang diberikan dan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 985
sesetengahnya masih tidak terdapat imam lantikan kerajaan kerana faktor yang jauh untuk datang. Begitu juga
para ustaz dan penceramah yang sukar untuk datang mengimarahkan masjid yang menyebabkan masjid menjadi
lesu.
Faktor pendidikan tidak menjadi masalah besar kerana ada masjid yang mampu bergerak aktif
walaupun terdapat pengerusi yang berlatarbelakang rendah tetapi mempunyai AJK yang pelbagai latarbelakang
pendidikan yang membantu. Faktor kerjasama juga berperanan penting dalam menentukan halatuju masjid. Antara
masalah yang dilihat ialah kurangnya kekerapan mesyuarat. Pihak masjid sebenarnya boleh memanggil pegawai
masjid untuk bersama dalam mesyuarat untuk dapatkan nasihat dan pandangan pihak jabatan. Masalah ketiadaan
kerjasama dan kurangnya pertemuan antara ahli jawatankuasa juga sebagai faktor penyebab masjid menjadi lesu.
Faktor pengurusan organisasi merupakan antara faktor utama yang perlu diambil kira dalam pengurusan masjid.
Pihak masjid juga perlu mempelbagaikan latarbelakang ahli jawatankuasa masjid supaya lebih berperanan. Ahli
jawatankuasa juga perlu ada keinginan yang tinggi dalam mengimarahkan sesebuah masjid sebagai asas kepada
penyatuan.
Antara peranan jabatan agama juga ialah membuat pemantauan berterusan bagi masjid yang tidak aktif.
Jabatan juga menyediakan kursus pengurusan organisasi secara berkala untuk memantapkan lagi pengurusan AJK
masjid disamping pertemuan-pertemuan tidak berkala. Beberapa kelemahan dikenalpasti menjadi punca antaranya
tiada daya inisiatif untuk menggerakkan dan mengaktifkan masjid. Faktor kerja yang menyebabkan tidak mampu
memberi komitmen sepenuhnya kepada masjid. Masalah ini berlaku sebagaimana hasil dapatan kajian iaitu
kekangan kerja yang menyebabkan masjid menjadi lesu dan tidak aktif. Berlakunya masalah dalaman dan
ketidaksefahaman antara ahli jawatankuasa juga menjadi penyebab kepada faktor ini berlaku.
Kelesuan dalam menggerakkan masjid juga menyebabkan dana dan kewangan masjid hanya digunakan
pada pembangunan masjid sebagaimana hasil dapatan kajian. Kurangnya penggunaan dana dalam menggerakkan
aktiviti masyarakat juga menjadi faktor ketidakaktifan sesebuah masjid. Menurut Ustaz Abdul Rasid, antara punca
dana masjid tidak digunakan kerana salah faham berkenaan wang khairat yang tidak boleh digunakan
sewenangnya yang menyebabkan hanya dikeluarkan untuk pembangunan masjid dan pembayaran utiliti sahaja.
Sedangkan dana tersebut boleh digunakan untuk aktiviti masjid yang manfaatnya sampai kepada kariah setempat.
Jika dilihat kepada hasil kajian banyak dana yang tersimpan namun tidak digunakan dengan sistematik untuk
memajukan aktiviti masjid dan memperluaskan aktiviti ekonomi masjid untuk menampung dana semasa.
Antara implikasi dasar yang boleh diketengahkan dari penemuan kajian ini ialah pertama, kebanyakan
jawatankuasa masjid masih perlu meningkatkan kecekapan pengurusan terutama dalam pengurusan organisasi
masjid. Keaktifan sesebuah masjid juga bergantung kepada pengurusan yang cekap. Pengalaman pekerjaan
pengerusi dan ahli jawatankuasa tidak semestinya menjamin kecekapan mereka dalam mengurus namun mampu
membantu melalui pengalaman mereka dalam berorganisasi dan kesungguhan untuk menguruskan masjid. Oleh
kerana itu mereka memerlukan latihan dan pendedahan yang berterusan dalam perkara ini, di mana latihan
sedemikian boleh dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri. Latihan dalam pengurusan perlulah diberi tumpuan khusus oleh pihak
Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Oleh itu dicadangkan supaya latihan dalam pengurusan organisasi yang
lebih menyeluruh patut diadakan bagi membolehkan jawatankuasa masjid mampu menggerakkan pengurusan
serta dana masjid dengan lebih aktif dalam membiayai berbagai bentuk aktiviti masjid.
Implikasi dasar yang kedua ialah dana masjid agak banyak tersimpan di bank-bank perdagangan dan
pulangan yang diperolehi darinya agak rendah. Dicadangkan setiap masjid yang mempunyai dana yang besar
selain daripada menyimpan di dalam bank dengan pulangan kecil, dilaburkan agar mampu menjana keuntungan
yang lebih untuk kegunaan masa depan masjid. Maka pihak pengurusan perlulah melantik pakar yang
berpengalaman agar tidak mengalami kerugian dan ditubuhkan koperasi seluruh masjid untuk mengawal selia
dana tersebut. Jika setiap masjid mampu menjana hasil sendiri maka kebergantungan mereka terhadap sumbangan
kariah dan kerajaan boleh diminimakan.
Implikasi ketiga, perlunya peranan bersama antara pengerusi masjid dan ahli jawatankuasa dalam
membangunkan masjid dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mengaktifkan masjid. Hubungan ahli
jawatankuasa masjid bersama masyarakat juga penting kerana kemantapan pengurusan dan pentadbiran intitusi
masjid bergantung kepada sokongan daripada masyarakat setempat.
KESIMPULAN
Masjid kini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang lebih besar untuk menarik minat jemaah hadir. Maka
peranan pentadbir masjid untuk mengaktifkan masjid agar mampu menjadikan masjid sebagai pusat Islam yang
sebenar dalam menyampaikan segala maklumat berkenaan Islam amatlah dituntut. Untuk mengaktifkan masjid
maka pentadbir perlulah mengetahui faktor-faktor utama yang mampu mempengaruhi aktiviti masjid. Oleh yang
demikian, untuk meningkatkan aktiviti masjid di Malaysia, beberapa faktor yang perlu dilihat oleh pihak berwajib
yang memainkan peranan penting ialah kategori masjid, pekerjaan ahli jawatankuasa masjid, tahap pendidikan
mereka yang bertanggungjawab menguruskan masjid, kemahiran pengurusan dan kemahiran mendapatkan dana
986 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
sebagai faktor-faktor penting yang mempengaruhi keaktifan masjid. Pihak pengurusan masjid juga perlu sentiasa
bersedia meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan meningkatkan kemahiran agar mendapat kepercayaan
jemaah untuk menguruskan masjid. Dalam hal ini, pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama
atau Majlis Agama Islam di setiap negeri perlu juga memainkan peranan dengan memberi latihan pengurusan
organisasi kepada ahli jawatankuasa secara berterusan kepada setiap masjid. Jawatankuasa yang mempunyai
kemahiran pengurusan yang tinggi dijangka akan dapat merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menarik dan mampu melibatkan anggota masyarakat keliling dalam usaha memakmurkan dan memuliakan masjid.
Ini kerana kemahiran pengurusan yang tinggi yang ada pada ahli jawatankuasa masjid dijangka akan dapat
merancang dan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik dan dijangka mampu menarik minat masyarakat
dalam usaha memakmurkan dan memuliakan masjid.
RUJUKAN
Abdul Wahab Azhar (2008), Financial Management of Mosques in Kota Setar Distrrict: Issues and Challenges.
Retrieved from http://etd.uum.edu.my/1247/1/Azhar_Abdul_Wahab.pdf. 7 June 2013.
Ahmad Puhad Bin Alim & Siti Roddiah Binti Abdullah. 2010. Audit Pengurusan Masjid : Kajian Di Daerah
Pasir Puteh, Kelantan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Hairunnizam Wahid, Nor Ghani Md Nor, Jaafar Ahmad dan Sanep Ahmad. (2009). Masjid dan Pembentukan
Modal Sosial: Apakah Faktor Penentu Aktivism Masjid? dalam Sanep et.al (penyt.) Prosiding Bengkel
Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam
Jaafar Ahmad , Sanep Ahmad, Mariani Abd Majid & Hairunnizam Wahid. (2009). Dana dan harta Masjid di
Malaysia . dalam Sanep et.al (penyt.) Prosiding Bengkel Penyelidikan Gunaan dalam Ekonomi Islam
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad, Mariani Majid & Hairunnizam Wahid. (2001). Dana dan Harta Masjid di
Malaysia: Ke arah Pengurusan Strategik. NationalWorkshop on Capacity Building Towards Excellance
in Econ. Research & Policy Formulation, 23-24 April 2001, Anjuran Fakulti Ekonomi UKM dan UUM.
Joni Tamkin Borhan & Che Zarrina Saari. (2003). Pembangunan ekonomi masjid. Dlm. Norrodzoh Siren
& Yusmini Md. Yusof (Penyt.), Membangun institusi masjid. Petaling Jaya: Intel Multimedia &
Publication.
Maliah Sulaiman (2007) The Internal Control Procedures of Mosques in Malaysia. Blumenau 3(2), 101-115.
Mohd Yahya Mohd Hussin, Fidlizan Muhammad dan Mohd Yazid Isa, “Dana Masjid Menjana Ekonomi
Ummah,” Jurnal Muamalat, Bil.4 (2011).
Mokhtari, K., & Sheorey, R. (2002). Measuring ESL students reading strategies. Journal of Developmental
Education, 25 (3), pp. 2 – 10.
Zakaria Bahari, & Mohd Kamal Omar. (2004). Penjanaan dana pengurusan masjid. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pengurusan Masjid 25-27 September 2004. Kedah: Pusat Islam Universiti Utara
Malaysia, Sintok .
LAMPIRAN
RAJAH 1. Organisasi Pengurusan Masjid Pejabat Agama Daerah
Sumber : Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 987
RAJAH 2. Struktur Pentadbiran Masjid
Sumber : Pengurusan Masjid Hulu Terengganu
JADUAL 1. Taburan Pekerjaan Pengerusi, Bendahari, Pendapatan dan Perbelanjaan Masjid (Tahunan)
Pekerjaan Pengerusi Bendahari Pendapatan Masjid1
(Keseluruhan)
Perbelanjaan Masjid1
(Keseluruhan)
Pesara 4(19.05) 2(9.52) RM 30,577.00 RM 1,613.80 Swasta 1(4.76) 2(9.52) RM 47,201.36 RM 13,431.00
Kerajaan 5(23.81) 6(28.57) RM 53,851.96 RM 37,292.23 Sendiri 11(52.38) 11(52.38) RM 310,666.41 RM 197,118.95
Jumlah 21(100) 21(100) RM 442,296.73 RM 249,455.98
Nota: 1 bagi kesemua 21 masjid yang dikaji
( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 2. Hubungan Pekerjaan Pengerusi Dan Pendapatan Masjid Pekerjaan Jumlah Pendapatan Masjid(Tahunan) Jumlah
RM10,000
ke bawah
RM10,001 –
RM20,000
RM20,001-
RM30,000
RM30,001-
RM40,000
RM40,001-
RM5,0000
RM50,001-
ke atas
Pesara 1(14.29) 2(33.33) 1(50) 1(33.33) 5(23.81)
Swasta 1(14.29) 1(4.76) Kerajaan 2(33.33) 1(50) 1(50) 4(19.05)
Kerja Sendiri 5(71.43) 2(33.33) 1(50) 1(100) 2(66.67) 11(52.38)
Jumlah 7(100) 6(100) 2(100) 2(100) 1(100) 3(100) 21(100)
Nota:( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 3. Perbelanjaan Pembangunan Dan Kemasyarakatan(Tahunan) Pekerjaan Pengerusi Bendahari Aktiviti
Pembangunan Aktiviti
Kemasyarakatan Gabungan
Perbelanjaan
Pesara 4(19.05) 2(9.52) RM 20,472.00 RM 2,910.00 RM 16,009.80
Swasta 1(4.76) 2(9.52) RM 6,124.00 RM 6,707.00 - Kerajaan 5(23.81) 6(28.57) - - RM 72,415.31
Kerja Sendiri 11(52.38) 11(52.38) RM 85,344.80 RM 11,360.10 RM 90,177.80
Jumlah 21(100) 21(100) RM 111,940.80 RM 20,977.10 RM 178,602.91
Nota:( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 4. Taburan Pekerjaan Pengerusi Masjid Dan Jumlah Pendapatan Dijana(Tahunan) Jawatan Pekerjaan Jumlah
Pesara Swasta Kerajaan Kerja Sendiri
Pengerusi 4(19.05) 1(4.76) 5(23.81) 11(52.38) 21(100)
Bendahari 2(9.52) 2(9.52) 6(28.57) 11(52.38) 21(100)
Jumlah 6 3 11 22 42
Nota:( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan
Sumber: Maklumat kajian
988 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
JADUAL 5. Maklum Balas Responden Terhadap Tahap Pengurusan Masjid Informan
Maklum Balas
Informan 1 ‘…sebenornye masjid ni dok aktif mane tu yang kurang orang mari sejid ..’
Informan 2 ‘..dari segi pengurusan dah ok..Cume aktiviti je takdok hok buleh tarik orang mari sejid ning..tu yang kurang
orang minat mari..mari sekadar nak smayang pahtu balik...’ Informan 3 ‘…AJK ade tapi gitu la..dokrok nok bawa amanoh masjid ni kalu masjid pun dok peduli..’
Informan 4 ‘…dok sepenuhnya pekerjaan pengerusi dan bendahari mempengaruhi keaktifan masjid..sebab ade je masjid
yang pengerusinya berjawatan tinggi tapi dok aktif jugok..ade yang jawatan biase-biase je tapi masjid boleh aktif pulok…kena pikir sebab nape jadi gitu...’
Informan 5 ‘…pengurusan masjid kena cakne la…baru jemaah tengok kita ni ade pengurusan baik..se je biar orang tengok
masjid kita ni hidup dengan aktiviti-aktiviti..ceramah ke..program-program ke....’
Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 6. Maklum Balas Terhadap Keaktifan Masjid
Informan
Maklum Balas
Informan 1 ‘…kalu boleh AJK masjid tu mari skali la ke masjid..baru orang dok pandang serong ke
kita..kita suruh orang mari sejid tapi kita sendiri dok sapa.masaloh jugok tu kang ..’
Informan 2 ‘…masyarakat ingat sejid ni sekadar tempat ibadat je...walaupun ade kelemahan pengurusan
tapi kalu semua ade kesedaran Insyaallah boleh je jalan program…’
Informan 3 ‘…cadangan banyak tapi tak terbuat kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-
masing..’
Informan 4 ‘..biar ade kerjasama sikitla antara AJK masjid kalu nok uruskan amanah masjid
nie..Kadang-kadang ada AJK masjid dok tegur sapa antara satu sama lain..kesianla ke ahli
Jemaah hok arapkan kite tue..’
Informan 5 ‘.. aktif doh sebab ada kesepakatan baik antara AJK masjid dan pengerusi..’ Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 7. Pandangan Terhadap Latar Belakang Pengerusi Masjid
Informan
Maklum Balas
Informan 1 ‘…lepas ni pilih AJK hok buleh buat keje la.dok sabit politik..’
Informan 2 ‘..dok kisah kerja apa-apa pun..tapi biar boleh hidupkan sejid la…jangan pegang sajeje..’
Informan 3 ‘..pilihla mereka hok boleh datang ke masjid dan cakna hal-ehwal masjid sikit…’
Informan 4 ‘…pengerusi dah ok dah..kadang-kadang AJK masjid yang tidak jalankan tugas…’
Informan 5 ‘..kita letakkan politik ni tepi. Jangan libatkan masjid. Perlu libatkan semua orang dan pilih
yang berminat dengan masjid..’ Sumber: Maklumat kajian
JADUAL 8: Sumber Kewangan Masjid
Informan
Maklum Balas
Informan 1 ‘..rase pokcik masjid ni duit banyok, kadang-kadang orang jadi tawar hati nak beri
sumbangan sebab xdok program nape-nape.. …’
Informan 2 ‘…pokcik harap masjid ni kena aktif sikit cari dana kalu nak hidupkan aktiviti. Bendahari
kena aktif .Bila ade duit baru boleh buat aktiviti…’
Informan 3 ‘…pandangan ambe umum kepada orang ramai berapa duit sejid hok ada. Biar sume ahli
kariah tahu . baru senang nok buat aktiviti nape pung...’
Informan 4 ‘..kadang-kadang takdok duit nok bergerok tu yang aktiviti pung takdok...duduk kapung beza
ngan sejid bandor..’
Informan 5 ‘…duit banyok tapi program je kurang. Kadang-kadang takdok lasung tu payoh orang nok
mari…masyarakat bukan takmboh mari tapi gitu la..’ Sumber: Maklumat kajian
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 989
JADUAL 9: Soal Selidik Terhadap Ahli Jemaah Berkenaan Tahap Pengurusan Masjid Konstruk Responden Purata
Keseluruhan Tahap
Puashati1 Informan 1
Informan 2
Informan 3
Informan 4
Informan 5
(1) Peranan Pengerusi
Kerajaan 5 4 4 2 2 3.4 Swasta 4 4 3 4 4 3.8
Pesara 2 4 2 3 4 3
Sendiri 4 3 4 3 3 3.4 Purata 3.75 3.75 3.25 3 3.25 3.4 Sederhana
(2) Kualiti Pengurusan Masjid
Tahap pengurusan yang
baik
5 5 4 4 3 4.2
Bermasalah 4 4 3 4 3 3.6
Masjid sekadar tampat
ibadat dan solat
5 5 2 4 5 4.2
Purata 4.7 4.7 3 4 3.7 4.02 Tinggi
(3) Kewangan Masjid
Berpuas hati dengan kewangan masjid
5 4 2 3 4 3.6
Kewangan tidak aktif 5 3 2 3 4 3.4
Usaha menggerakkan ekonomi masjid
2 3 4 3 4 4
Purata 4 3.34 2.7 3 4 3.41 Sederhana
(4) Tahap keaktifan masjid
Program berkala dan tahunan
4 3 2 5 3 3.4
Menunggu program daripada PADHT
4 4 5 2 2 3.4
Berusaha menjalankan
aktiviti sendiri
4 5 4 2 3 3.6
Terhad dan kekurangan
dana
4 5 3 4 2 3.6
Purata 4 4.25 3.5 3.25 2.5 3.5 Tinggi
(5) Lokaliti Masjid Kawasan kampung 5 4 2 4 4 3.8
Masjid mukim 5 5 2 4 4 4
Masjid tumpuan orang ramai
5 2 4 4 4 3.8
Faktor pendidikan ahli
jemaah
5 4 4 4 4 4.2
Purata 5 3.75 3 4 4 3.95 Tinggi
(6) Keberkesanan program masjid
Masjid aktif dan banyak dana
5 2 2 3 2 2.8
Bergantung kepada dana
yang mencukupi
5 4 4 4 2 3.8
Program menarik minat
ahli jemaah
5 5 2 2 2 3.2
Purata 5 3.75 3 3.75 2 3.5 Tinggi
Purata Keseluruhan 4.68 4.16 3.08 3.81 3.35 3.57 Tinggi
Nota: 1 Skala Tahap Kepuashatian; < 2.4; Rendah; 2.5-3.4; Sederhana; >3.5 Tinggi
Sumber: Maklumat kajian
990 Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
JADUAL 10: Soal Selidik Bersama Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu
Soalan kepada Pegawai Agama
Maklum Balas Pegawai Agama
(1) Adakah kursus pengurusan diadakan
untuk pemantapan AJK masjid?
Diadakan secara berkala..
Perjumpaan khusus...
(2) Adakah faktor gaji penyebab kepada
keaktifan/ketidakaktifan sesebuah
masjid?
Ada inisiatif yang telah disediakan jabatan agama sebanyak
RM2,000 sebulan..
Untuk tujuan urusan luaran AJK, claim...
Ada elaun tuntutan mesyuarat AJK...
Tuntutan jamuan..
(3) Faktor lokasi?
Juga memainkan peranan...
Jauh ustaz yang ingin datang ke masjid untuk kuliah ...
(4) Faktor pendidikan AJK?
Ada kesan tetapi bukan faktor besar...
Kerana ada masjid yang mampu bergerak aktif walaupun
terdapat pengerusi yang berlatarbelakang rendah tetapi
mempunyai AJK yang pelbagai latarbelakang....
(5) Faktor kerjasama antara ahli
jawatankuasa
...perlukan kekerapan mesyuarat, boleh memanggil pegawai
masjid utk bersama dlm mesyuarat, tiada kerjasama,
pertemuan...
(6) Faktor pengurusan
Antara faktor utama yang perlu diambil kira dalam pengurusan
masjid/sesebuah organisasi ialah pelbagaikan latarbelakang
AJK....
AJK perlu ada keinginan yang tinggi dalam mengimarahkan
sesebuah masjid sebagai asas kepada penyatuan.....
(7) Peranan jabatan Pemantauan bagi masjid yang tidak aktif....
Mesyuarat boleh libatkan pegawai jabatan Agama untuk lebih
proaktif dan mendapatkan pandangan2 khusus Mengenai
organisasi,perjalanan masjid dsb...
Adakan kursus pengurusan organisasi secara berkala untuk
memantapkan lagi pengurusan AJK...
Pertemuan dgn AJK Masjid...
(8) Surau lebih aktif? Kerana kekuatan AJK, lebih bebas...
(9) Kelemahan?
Kurangnya kerjasama antara AJK Masjid....
Tiada inisiatif untuk gerakkan/aktifkan masjid...
Faktor kerja yang menyebabkan tidak boleh beri komitmen...
Masalah dalaman...
Masalah ahli qaryah...
(10) Pembahagian keaktifan masjid Aktif
Kurang aktif
Tidak aktif langsung-tiada program
(11) cadangan Penambahbaikan Masjid boleh gerakkan dengan inisiatif AJK masjid...
Gerakkan masjid dengan mencari sendiri ustaz2/penceramah... Sumber: Maklumat kajian