proses kejadian manusia

39
MRSM PENDANG FOLIO PROSES KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN UNTUK:

Transcript of proses kejadian manusia

Page 1: proses kejadian manusia

MRSM PENDANG

FOLIO PROSES KEJADIAN MANUSIA

BERDASARKAN AL-QURAN

DAN AS-SUNNAH

DISEDIAKAN OLEH:

DISEDIAKAN UNTUK:

NAMA GURU: USTAZ MASHRUL SHAH BIN HJ. MOHD FADHILAH

GURU PENDIDIKAN ISLAM/BAHASA ARAB

MRSM PENDANG

M 2010/ 1431 H

Page 2: proses kejadian manusia
Page 3: proses kejadian manusia

Isi Kandungan

BIL INDEKS M/ SURAT

1 ISI KANDUNGAN 3

2 PENGENALAN: PERINGKAT PERTAMA 4-9

3 PENGENALAN: PERINGKAT KEDUA 10-14

4 PENGENALAN: PERINGKAT KETIGA 15-18

5 PENGENALAN: PERINGKAT KEEMPAT 19-21

6 PENGENALAN: PERINGKAT KELIMA 22-25

7 PENGENALAN: PERINGKAT KEENAM 26-28

8 KESIMPULAN 29

9 PENUTUP 30

Page 4: proses kejadian manusia

Pengenalan

Peringkat pertama

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang

bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu

Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Page 5: proses kejadian manusia

Hadis dari Ibnu Masud:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang

yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam

perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali

kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali

ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan

malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara

iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat

kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh

penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh

kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan

melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia

memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi

disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan

sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Page 6: proses kejadian manusia

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

Page 7: proses kejadian manusia

Sperma memasuki ovum

Page 8: proses kejadian manusia

Nutfah ialah peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama.

Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit

yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.

Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti

percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah

sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani

perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku

yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan

terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan

terbentuknya darah dan daging

Page 9: proses kejadian manusia

Selama persetubuhan seksual, 250 juta sperma terpancar dari si laki-laki pada satu

waktu. Sperma-sperma melakukan perjalanan 5-menit yang sulit di tubuh si ibu sampai

menuju sel telur. Hanya seribu dari 250 juta sperma yang berhasil mencapai sel telur.

Sel telur, yang berukuran setengah dari sebutir garam, hanya akan membolehkan

masuk satu sperma. Artinya, bahan manusia bukan mani seluruhnya, melainkan hanya

sebagian kecil darinya. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an :

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani

yang dipancarkan?" (QS Al Qiyamah:36-37)

Seperti yang telah kita amati, Al-Qur'an memberi tahu kita bahwa manusia tidak

terbuat dari mani selengkapnya, tetapi hanya bagian kecil darinya. Bahwa tekanan

khusus dalam pernyataan ini mengumumkan suatu fakta yang baru ditemukan oleh ilmu

pengetahuan modern itu merupakan bukti bahwa pernyataan tersebut berasal dari Ilahi.

Page 10: proses kejadian manusia

Peringkat kedua

Firman Allah yang bermaksud dalam surah al-Mukminun : 14

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

Page 11: proses kejadian manusia

Hadis dari Ibnu Masud:

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w seorang

yang benar serta dipercayai bersabda: Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam

perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali

kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali

ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan

malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara

iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat

kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selainNya.

Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh

penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh

kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan

melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia

memasukinya. Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi

disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan

sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

Page 12: proses kejadian manusia

c- alaqah (zigot)-segumpal darah

Page 13: proses kejadian manusia

d- alaqah (zigot)-segumpal darah

Page 14: proses kejadian manusia

Alaqah ialah peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari

ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di

dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin

dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat

seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

sesuatu yang bergantung atau melekat

pacat atau lintah

suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di

dalam rahim.

Page 15: proses kejadian manusia

Peringkat ketiga

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Page 16: proses kejadian manusia

e-embrio-seketul daging

Page 17: proses kejadian manusia

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.

Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj

ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

   Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-

anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang

tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi

pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan

lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.

Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

  Sisi penting lain tentang informasi yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur'an adalah

tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut

bahwa dalam rahim ibu, mulanya tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah

otot yang membungkus tulang-tulang ini.

"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami

jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu

tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk

yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik" (QS Al

Mu'minun:14)

Page 18: proses kejadian manusia

Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim

ibu. Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahwa tulang dan otot

dalam embrio terbentuk secara bersamaan. Karenanya, sejak lama banyak orang yang

menyatakan bahwa ayat ini bertentangan dengan ilmu pengetahuan. Namun, penelitian

canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan menggunakan perkembangan

teknologi baru telah mengungkap bahwa pernyataan Al Qur'an adalah benar kata demi

katanya.

Penelitian di tingkat mikroskopis ini menunjukkan bahwa perkembangan dalam rahim

ibu terjadi dengan cara persis seperti yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama,

jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel otot yang terpilih dari

jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah dengan kalimat berikut:

Dalam minggu ketujuh, rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang

mencapai bentuknya yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu

kedelapan, otot-otot menempati posisinya di sekeliling bentukan tulang. (Moore,

Developing Human, 6. edition,1998.)

Page 19: proses kejadian manusia

Peringkat keempat

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami

membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Page 20: proses kejadian manusia

f-izam (tulang)

Page 21: proses kejadian manusia

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah

peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang

belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap

ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak

dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke

pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah

penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki

dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna.

Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Page 22: proses kejadian manusia

Peringkat kelima

“Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat

keadaannya”

Page 23: proses kejadian manusia

Fetus – tulang yang dibaluti dengan daging

Page 24: proses kejadian manusia

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan ,

beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi

sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk

dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat,

pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam

kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud.

Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi

sahaja.

Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai “fetus”. Tahap ini dimulai

sejak kehamilan bulan kedelapan dan berakhir hingga masa kelahiran. Ciri khusus

tahapan ini adalah terlihatnya fetus menyerupai manusia, dengan wajah, kedua tangan

dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang 3 cm, kesemua organnya telah

nampak. Tahap ini berlangsung selama kurang lebih 30 minggu, dan perkembangan

berlanjut hingga minggu kelahiran.

.Yang Menentukan Jenis Kelamin Bayi.

“Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita, dari air mani, apabila

dipancarkan.” (QS An Najm:45-46)

Page 25: proses kejadian manusia

Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetika dan biologi

molekuler telah membenarkan secara ilmiah ketepatan informasi yang diberikan Al

Qur’an ini. Kini diketahui bahwa jenis kelamin ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh

pria, dan bahwa wanita tidak berperan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom

yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua

kromosom ini disebut “XY” pada pria, dan “XX” pada wanita. Penamaan ini didasarkan

pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y

membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X

membawa gen-gen yang mengkode sifat-sifat kewanitaan.

Pembentukan seorang manusia baru berawal dari penggabungan silang salah satu dari

kromosom ini, yang pada pria dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada

wanita, kedua bagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa

ovulasi, membawa kromosom X. Sebaliknya, sel kelamin seorang pria menghasilkan

dua sel sperma yang berbeda, satu berisi kromosom X, dan yang lainnya berisi

kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan

sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin pria.

Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari pria

yang bergabung dengan sel telur wanita.

Page 26: proses kejadian manusia

Peringkat keenam

Surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu

membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi

Allah s.w.t

Page 27: proses kejadian manusia

Lembaga yang siap dan ditiupkan roh

Page 28: proses kejadian manusia

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam

menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang

berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini

berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-

organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah

pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim

perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal

semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah

s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh

Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh

dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat

dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

Page 29: proses kejadian manusia

Kesimpulan

Manusia ialah sebaik-baik kejadian. Bermula dengan pergabungan sperma dan ovum

maka terbentuklah segumpal darah. Kemudian, proses pembahagian yang berjalan

membentuk embrio yang merupakan seketul daging. Masa yang berlalu menyumbang

kepada pembentukan tulang yang dibalut dengan daging. Lembaga yang lengkap

kemudiannya ditiupkan roh dengan kuasa Allah s.w.t. Cukup Sembilan bulan empat

puluh hari,maka akan lahirlah bayi yang suci itu ke dunia. Begitulah kompleksnya

proses kejadian manusia yang telah diatur oleh sejak sekian lama. Allah s.w.t. tidak

mencipta alam ini dan sekian makhluknya dengan sia-sia. Alam yang diciptakan Allah

dengan tujuan khusus yang istimewa. Selain ia menjadi gelanggang manusia tujuan

hidup sebagai hamba Allah dan khalifah,alam juga ialah hasil karya allah untuk

mengajar dan mendidik manusia. Tegasnya, manusia diciptakan untuk menjadi hamba

Allah dan khalifah bagi memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi.

Page 30: proses kejadian manusia

Penutup

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya saya berjaya

menyiapkan folio Pendidikan Agama Islam ini dalam masa yang ditetapkan.

Kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang

anyak memberikan sokongan dalam menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan jiga ribuan

terima kasih ditujukan kepada guru mata pelajaran Pendidikan Islam Ustaz Mashrul

Shah Bin Hj Mohd Fadhilah di atas segala tunjuk yang diberikan.

Melalui folio ini banyak telah saya peroleh. Proses kejadian manusia yang berlaku

banyak member keinsafan dan kesedaran kepada diri ini tentang keagungan dan

kekuasaan ALLAH s.w.t. Semoga usaha yang dilakukan dalam menyiapkan folio ini

akan mendapat keberkatan dari ALLAH s.w.t dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-

baiknya.