Proposal Tamadun

29
SUMBANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN CHINA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1) OBJEKTIF 2) PENGENALAN 3) FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE CHINA - PERDAGANGAN - JALAN SUTERA DAN JALAN LAUT 4) TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA 5) ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM DI CHINA - DINASTI TANG - DINASTI SUNG - DINASTI YUAN - DINASTI MING 6) FAKTOR MASYARAKAT CINA MEMELUK ISLAM DENGAN MUDAH - PERSAMAAN ANTARA AJARAN ISLAM DAN AJARAN KONFUSIANISME - PERKAHWINAN 3 4 5 6-7 7-8 9-11 TITAS 1

description

SUMBANGAN TAMADUN

Transcript of Proposal Tamadun

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN CHINA

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1) OBJEKTIF2) PENGENALAN3) FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE CHINA PERDAGANGAN JALAN SUTERA DAN JALAN LAUT4) TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA5) ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM DI CHINA DINASTI TANG DINASTI SUNG DINASTI YUAN DINASTI MING6) FAKTOR MASYARAKAT CINA MEMELUK ISLAM DENGAN MUDAH PERSAMAAN ANTARA AJARAN ISLAM DAN AJARAN KONFUSIANISME PERKAHWINAN

7) SUMBANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN CINA BIDANG PERUBATAN BIDANG PELAYARAN BIDANG ASTRONOMI DAN MATEMATIK BIDANG KEBUDAYAAN BIDANG PEMBINAAN BIDANG KETENTERAAN BIDANG KESUSASTERAAN8) KESIMPULAN9) RUJUKAN

345

6-77-8

9-11

12-20

2122

OBJEKTIF1) Mengenalpasti tentang faktor-faktor kedatangan Islam ke China.2) Mengetahui zaman kegemilangan Kerajaan Islam di China.3) Mengetahui sumbangan Islam dalam Tamadun China melalui pelbagai bidang.

PENGENALANGerakan Islam di China dipercayai tersebar lebih daripada 1400 tahun yang lalu.Ia diketaui oleh sahabat Nabi S.A.W iaitu Saad Bin Abdul Qais,Qais Bin Hudhafah,Urwah Bin Abi Uthman dan Abu Qais Bin Al-Harith.Selain itu,Salah satu cara Islam disebarkan ke China adalah dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib). Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo. Di samping itu,Islam disebarkan semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15 orang Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei. Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san. Di samping itu,pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.Seterusnya,terdapat penempatan orang Islam di wilayah Xinjian,Gansu,Hubei,Qinghai dan Yunnan.Hubungan diplomatik yang baik juga antara pemerintahan Dinasti Tang dan Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin menjadi faktor gerakan Islam di China.

FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE CHINAFaktor faktor kedatangan Islam ke china melalui dengandua jalan, iaitu jalan laut dan jalan darat.Melalui jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Tanah Arab hingga ke Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China seperti Canton.Manakalajalan daratyang dikenali sebagai Silk Road ( Jalan Sutera) bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xian) dan Peking.Pada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi.Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam.Selain Itu,agama Islam dipercayai berkembang di negeri China pada tahun 651 Masihi. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan darat dan jalan laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk tempatan terhadap agama bangsa lain.Di China terdapat lebih 20 juta penduduk yang beragama Islam termasuk etnik Hijrahuizu,Uyghur,Kazakh,Kirgiz,Tajik,Uzbek,Tatar dan lain-lain.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE CHINA Sejarah Kedatangan Islam ke China Teori Pertama - Penghantaran utusan daripada maharaja Tang kepada Nabi Muhamad SAW. 3 pendakwah dihantar dan hanya seorang pendakwah selamat sampai. Pendakwah tersebut mula menyebarkan Islam di China. Teori Kedua -Khalifah Uthman bin Affan menghantar Saad bin Abi Waqqas pada 651 M untuk menyampaikan hadiah dan dakwah kepada Maharaja Kautsung dan rakyatnya. Maharaja China menghormati ajaran Islam kerana ada persamaan dengan ajaran Konfusianisme, malah mengarahkan sebuah masjid dibina.Selepas itu, apabila hubungan rasmi terjalin, ramai orang Arab dan Parsi datang ke negeri china untuk: - berdagang . Teori Ketiga - Tentera Islam di bawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada 714 M . Maharaja China diseru memeluk Islam. Teori Keempat - Pada 757 M, Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Maharaja meminta Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah al-Mansor mengirimkan 4000 tentera Islam berbangsa Turki.Mereka terus tinggal dan berkahwin dengan wanita Cina tempatan . Teori Kelima - Pendakwah melalui laut bersama-sama dengan pedagang. Penyebaran Islam di bandar-bandar seperti Shanghai dan Guangzhou. Teori Keenam - Pada 4 Masehi, raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China. Teori Ketujuh -Masyarakat Uyghur di Turkestan Timur memeluk Islam.Mereka kemudiannya menyebarkannya di Turkestan timur dan China. Teori Kelapan - Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam, pendakwah telah dijemput secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan selesa dan bebas. KEGEMILANGAN KERAJAAN ISLAM DI ZAMAN DINASTI TANG,SUNG,YUAN DAN MING.Terdapat empat dinasti semasa kegemilangan kerajaan Islam di China iaitu Dinasti Tang,Dinasti Sung,Dinasti Yuan dan Dinasti Ming.

Pada Dinasti Tang (618 905M), sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam. Pada 878 M, terdapat 120,000 orang asing , kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.

Pada Dinasti Sung(960-1279M),aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas. Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas - manarik ramai pedagang Islam. Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.

Pada Dinasti Yuan(1127-1318),para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan sebagainya. Semasa Kublai Khan ,12 orang panglima beragama Islam. Abdul Rahman ,pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara. Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya). Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam.

Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam. Jamaludin,tokoh sains dan astronomi Islam dan telah mencipta Wan-nien-li. Mengikut Ibn Battutah , setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, dan Parsi .Disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar seperti Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.

Dinasti Ming(1368-1644) merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam. Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism. Maharaja pertama , Maharaja Huang Chu. Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah Masjid jamik di Nanking. Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao. Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini dengan Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid. Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya. Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui. Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.

FAKTOR-FAKTOR MASYARAKAT CHINA MEMELUK ISLAM DENGAN MUDAHI)PERSAMAAN ANTARA AJARAN ISLAM DAN KONFUSIANISMEPenyebaran Islam di China berlaku dengan mudah kerana tokoh Muslim tempatan China memperkenalkan Islam dengan menggunakan konsep sedia ada dalam ajaran Konfusianisme. Hal ini kerana, terdapat persamaan konsep konfusianisme dengan Islam yang menampakkan ianya saling melengkapi. Usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan identiti asas Islam mahupun Konfusianisme.Aliran konfusianisme merupakan aliran besar yang menjadi kepercayaan masyarakat Cina. Pada asalnya ,konfusianisme merupakan aliran bukan agama secara mutlak tetapi merupakan aliran falsafah. Sistem pemikiran yang diasaskan oleh Kung Fu Tze, tokoh peradaban Cina. Bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia.Konfusionalisme bukanlah agama kerana tidak menekankan struktur agama dan juga hukuman menurut pendukung Konfusianisme, matlamat agama adalah untuk menerapkan dan membentuk nilai moral dalam diri manusia.Terdapat lima bentuk hubungan dalam Konfusianisme iaitu hubungan antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan suami dengan isteri. . Hubungan pemerintah dengan rakyat, ialah pemerintah mesti bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. . Hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus berkewajiban terhadap orang tua. Hubungan saudara tua dengan saudara muda, ialah yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran menjadi pendoman. Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami.Di sini,kita dapat lihat persamaan antara ajaran islam dan konfusianisme.Ajaran islam juga menitiberatkan hubungan kasih sayang,sikap toleransi dan belas kasihan dalam kehidupan.

II)KESELARASAN ETIKA KONFUSIANISME DAN AJARAN ISLAM

Banyak pengkaji menyimpulkan, terdapat keselarasan etika Konfusianisme dengan Islam. Prof.Tu Weiming (1997) berpendapat idea tentang kerajaan yang rahmah dan pertautan yang intim antara moral dengan kepimpinan adalah dikongsi oleh kedua-dua tradisi tersebut. Mereka juga berkongsi idea tentang perbezaan yang mendasar antara manusia dengan makhluk lain dan antara tamadun dengan babarianisme. Mereka turut berkongsi pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan. Dr.Ubaidullah Mohd Nasir (2000) turut menyimpulkan bahawa memang wujud persamaan di antara etika Konfusianisme dengan Islam dalam beberapa aspek seperti aspek pendidikan, kepimpinan, hubungan sesama manusia, kasih sayang dan hidup yang berlandaskan adat. Kung Fu Tze sendiri pernah menegaskan bahawa dia bukannyaoriginator tetapi hanyalah sebagai pemindah kebijaksanaan silam kepada masyarakatnya. Beliau turut mengakui kewujudan ramai ahli hikmah di sebelah Barat. Schwartz (1971) menyimpulkan sumbangan Kung Fu Tze adalah sebagai presever kepada monumen klasik, contoh dan pengasas kepada zaman keemasan China danbeau idea of humanity.Lee Cheuk Yin (1997) menyatakan, dalam sejarah China sudah wujud penulis-penulis Cina yang beragama Islam menulis tentang keselarasan antara etika konfusianisme dengan nilai-nilai Islam seperti yang dilakukan oleh Wang Daiyu (1573-1619 M) melalui bukunyaZhenjiao Zhenquan. Buku ini cuba mencari persamaan dalam aspek etika seperti konsepYang danYin, hubungan suami isteri,bertanggungjawab, hubungan antara sahabat sambil merujuk kepada buku Konfusianisme iaituanalect. Penulis China Muslim lain seperti Jin Tianzhu melalui bukunyaQingzhan Shiyi(18M) menegaskan bahawa tidak wujud kontradiksi antara etika Konfusianisme dengan etika Islam bahkan kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Ringkasnya, penulis muslim China yang awal adalah sumber yang penting untuk memahami kewujudan hubungan yang harmonis antara Islam dan Konfusianisme. Ini membuktikan kedua-dua agama ini boleh wujud secara harmonis dan saling memahami.III)PERKAHWINANPada peringkat awal iaitu pada abad ke 7M, masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi.Tujuan asalnya ialah berdagang sambil menyebarkan Islam.Justeru itu, penempatan orang Arab telah berkembang di kawasan selatan negeri China seperti Chuan Chow, Chang Chow, dan Kwang Chow(Canton).manakala pada zaman Dinasti Sung telah dibenarkan membuat perkampungan sendiri. Pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini, hasilnya terdapat komuniti Arab-Islam menetap di China. Selain itu berlakunya perkahwinan campur antara orang Arab dengan orang China. Kesan penting hasil interaksi ini ialah penyebaran Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Hasilnya lahir cendikiawan Islam seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.

SUMBANGAN ISLAM TERHADAP TAMADUN CHINA DALAM PELBAGAI BIDANGA)BIDANG PERUBATANSumbangan Islam terhadap ilmu Sains dan Teknologi amatlah besar,khususnya di dalam bidang perubatan.Selain itu,Tamadun Islam juga merupakan pelopor ilmu perubatan dunia dan telah melahirkan sarjana Islam seperti Al-Razi,Ibnu Sina dan Al-Khindi.Ini menunjukkan interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China amatlah baik.Banyak bahan perubatan dari Arab dibawa masuk ke China seperti Frankinsen,Ambergis,Rose Strorax,Bunga Cengkih,Gardenia,Gum dan Sandalwood.Di samping itu,telah lahirnya tokoh-tokoh perubatan Islam di China seperti Li Xun.Sumbangannya ialah menulis buku perubatan sebanyak enam jilid,mengandungi perkara tentang bahan perubatan dari segi nama,bentuk,rasa,fungsi dan cara perubatan.Beliau Berjaya mengadun cara perubatan Cina dan dengan bahan perubatan dari merata tempat.Selepas itu,tokoh yang seterusnya ialah Hui Shih Hui.Beliau terkenal dengan buku tentang bahan makanan.Tokoh ini telah menulis koleksi buku 36 jilid Muslim Materia Medica atau Hui Yaofan.Buku beliau Chinese Materia Medica (52 jilid) telah disusun dan dijadikan rujukan pada Dinasti Sung.Beliau telah melakukan rombakan buku sebanyak tiga kali disebabkan penambahan pengetahuan perubatan dari Arab.

B)BIDANG PELAYARANTokoh yang terkenal di dalam bidang pelayaran ialah Laksamana Cheng Ho.Beliau merupakan Panglima di Zaman Dinasti Ming.Laksamana Cheng Ho ditugaskan untuk membangunkan armada laut.Selepas itu,beliau menjelajah ke Mogadishu dan Majapahit serta Arab dan Afrika dan seterusnya pelayar Cina pertama yang belayar ke Rantau Asia.kesannya,membawa kemewahan kepada rakyat China apabila jalan perdagangan baru dibuka.

LAKSAMANA CHENG HO

PELAYARAN LAKSAMANA CHENG HO

C)BIDANG ASTRONOMI DAN MATEMATIKKedatangan Islam ke China banyak menyumbangkan pembangunan semula Matematik.Trigonometri Islam telah dikaji oleh seorang tokoh islam yang terkenal iaitu Al-Khawarizmi.Selepas itu,Trigonometri dibangunkan dan diperbaharui oleh Al-Battani dan Jabir Bin Afiah Abul Wafa.Al-Battani telah memberikan tiga formula utama terbitan dari segitiga seperti kos dan tangen.Afiah Abul Wafa menerbitkan formula baru iaitu Law Of Sine dan Law Of Cosine.Antara bukti zaman kemuncak Matematik dan dan Astronomi ialah di Zaman Dinasti Tang,Song dan Yuan.Dinasti Tang telah memperkenalkan kaedah perkiraan Xi Yi Lishu.Selepas itu,Dinasti Song telah menjemput orang Arab membentuk dan menyusun kalendar.Akhir sekali,pembinaan balai cerap Hu Hui Chu Tien Chin dan penemuan 3651/4 hari dalam setahun di Zaman Dinasti Yuan.Antara ahli Astronomi yang tersohor di China ialah Jamaludin,Bakhtiar,Abdul Masaout dan Masali dan Yusof Haji.Jamaludin telah mencipta tujuh peralatan astronomi,penyusunan kalendar Cina dan menterjemahkan nama bintang.Selepas itu,Bakhtiar,Abdul Masaout dan Masali telah mengatur Kalendar Cina.Akhir sekali,Yusuf Haji ialah orang pertama menggunakan kalendar Islam dan karyanya Fu Lei Zhi Hui.

D)BIDANG PEMBINAANBidang pembinaan Islam memberi sumbangan yang besar terhadap tamadun China.Hasilnya,Arkitek Arkitek muslim di China mempunyai teknik kejuruteraan yang tinggi.Salah seorangnya ialah bernama Shiheftaetin.Beliau diarahkan untuk membina istana.Di zaman Dinasti Tang dan Shung,kebanyakan Masjid dibina.Pembinaan Masjid mencorakkan gabungan seni bina Arab dan China.Kesan pembinaan seni Islam sangat berpengaruh di China.Buktinya,ia dapat dilihat pada kesan ketara pemilhan warna,menara masjid,hiasan pada ruang utama,rangka bangunan,susunan batu dan simbol bintang seterusnya anak bulan pada pembinaan Masjid.

MASJID NIU JIE

MASJID BEIJING SHIYANG-WOO DAN MASJID XIAN

E)BIDANG KETENTERAANSumbangan Islam terhadap Tamadun China dalam bidang ketenteraan amatlah dikagumi.Dua orang muslim yang telah memberi sumbangan besar terhadap Tamadun China ialah Alauddin Al-Musafi dan Ismail Al-Syami.Mereka telah mencipta meriam Hui-Hui dan meriam Xi Yi.Meriam Hui-Hui sangat besar dan pelurunya seberat 150 kg manakala meriam Xi Yi menggunakan api untuk menghidupkan pelurunya.Selepas itu,meriam Hui-Hui telah digunakan oleh pasukan tentera Dinasti Yuan untuk mengalahkan tentera Dinasti Sung.Maharaja Yuan menggunakan meriam Hui-Hui untuk meluaskan empayarnya.F)BIDANG KESUSASTERAANDi dalam bidang kesusasteraan pula,di zaman Dinasti Tang pendita bernama Tu hua telah menerbitkan buku berjudul Jing Hing Chee iaitu prinsip agama Islam dan masalah puasa.Ia merupakan karya islam pertama.Selepas itu,di zaman Dinasti Ming,Maharaja Chu Yuan Chang telah mengarang sajak yang ditulis daripada 1000 huruf Tionghua dan diukir pada Masjid Chin Juieh.Di zaman pemerintahan Maharaja Yong Lo,terdapat dua orang penulis iaitu Ma Huan dan Fei Shin.Mereka telah menerbitkan buku Ying Si Yien Sheng Lan dan Hsin Cha Shang Lan.Kedua-dua tokoh telah menulis kisah pelayaran Laksamana Cheng Ho.Akhir sekali,seorang keturunan Maharaja Chu telah menulis dua buah ringkasan tentang Islam dalam Bahasa Tionghua.

KESIMPULANKedatangan Islam ke China membuktikan agama suci ini bersifat sejagat. Perdagangan dan politik merupakan faktor utama kemasukan Islam di China. Masyarakat Islam China berjaya membuktikan sumbangan Islam kepada kemajuan peradaban China.Selain itu, Perkembangan Islam di China bermula sejak zaman khulafa ar-Rasidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China untuk beberapa ketika. Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup malah bersifat terbuka. Sifat inilah yang membantu berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan kesan positif dan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun disebabkan ia mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Interaksi antara tamadun juga dapat memperkayakan tamadun dan mengelakkan daripada menjadi jumud, beku dan statik. Kesan negatif pula mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Biasanya konflik ini dipengaruhi oleh faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik. Selain itu tamadun yang lebih tinggi dan lama lebih banyak mempengaruhi atau meninggalkan unsur-unsur penting kepada tamadun yang lebih rendah.

RUJUKAN1) Sumber : Jameel Abdullah,Present Islamic World,Part 2,P.In Saudi Arabia,Page 495,in Arabic.2) Sumber : ( Abdur-Rauf,1994 dan Azam Hamzah 2001).3) Sumber : ( Muhyiddin,Sumbangan Islam di China,1987)4) http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-tamadun

TITAS 21