Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

download Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

of 40

Transcript of Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    1/40

    Kajian Tindakan

    Pengaplikasian Kaedah Multi-Sensori Dalam Meningkatkan

    Kemahiran Mengecam Huruf Kecil b, d, n dan u.

    Nama Pengkaji

    Mohd. Adzrul Bin Abdul Jalil

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

    KAMPUS DARULAMAN

    1

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    2/40

    2

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    3/40

    1.0 Pendahuluan 3

    1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 4

    3

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    4/40

    1.2 Sorotan Literatur 8

    2.0 Fokus Kajian 10

    2.1 Huraian Fokus Kajian 10

    2.2 Pengumpulan Data Awal 12

    2.3 Tindakan / Intervensi 15

    3.0 Objektif dan Soalan Kajian 16

    3.1 Objektif Kajian 16

    4

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    5/40

    3.2 Soalan Kajian 16

    4.0 Kumpulan Sasaran 16

    5.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan 17

    5.1 Langkah-langkah Tindakan 17

    5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 21

    5.3 Perancangan Cara Menganalisa Data 23

    5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan 25

    5

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    6/40

    5.5 Kos Kajian 26

    Senarai Rujukan 27

    Lampiran 28

    6

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    7/40

    1.0 Pendahuluan

    Sistem pendidikan di Malaysia merupakan satu sistem yang mementingkan

    keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial dalam melahirkan

    modal insan yang kamil yang dapat memenuhi aspirasi negara. Pendidikan di Malaysia juga

    tidak hanya terhad kepada mereka yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di aliran

    perdana bahkan turut juga melibatkan murid dan tenaga kerja dari kategori pendidikan khas

    bermasalah pembelajaran. Masing-masing mempunyai standard kurikulum yang perlu diikuti

    agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, teratur dan terancang.

    7

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    8/40

    Bagi kanak-kanak pendidikan khas, mereka akan mempelajari pelbagai

    kemahiran pembelajaran tidak kira daripada aspek akademik, kemahiran sosial mahupun

    kemahiran untuk berdikari. Perkembangan potensi diri murid-murid istimewa ini dapat

    diteroka oleh setiap guru yang mengajar program pendidikan khas dengan menggunakan

    pelbagai kaedah dan pendekatan bagi memastikan murid mereka mendapat kualiti pengajaran

    dan pembelajaran yang terbaik.

    Komponen Bahasa Melayu menjadi salah satu komponen utama yang ditekankan

    dalam bidang akademik berfungsi. Akademik berfungsi merupakan mata pelajaran akademik

    seperti mana yang dipelajari oleh murid biasa seperti pelajaran Bahasa Melayu, Matematik

    dan Bahasa Inggeris. Tetapi kelainan akademik berfungsi adalah daripada segi

    kepentingannya kepada murid berkeperluan khas. Mata pelajaran ini diajar sebagai asas

    kepada mereka untuk meneruskan kehidupan seperti untuk berinteraksi, bersosialisasi dan

    menjalankan kehidupan seperti individu biasa. Mereka tidak ditekankan untuk belajar dan

    menjalani peperiksaan besar seperti UPSR dan SPM tetapi pelajaran ini adalah bekalan

    kepada mereka untuk berkomunikasi dan bercampur gaul dengan masyarakat. Menyedari hal

    ini, murid-murid berkeperluan khas sentiasa ditekankan dengan pembelajaran dan pengajaran

    bahasa melayu di sekolah tidak kira daripada aspek kemahiran lisan, membaca dan juga

    menulis

    1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

    Dalam mendidik dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk murid-

    murid pendidikan khas masalah pembelajaran guru akan menempuhi saat-saat yang agak

    mencabar. Ini kerana murid-murid di kelas khas adalah mereka yang terdiri daripada pelbagai

    8

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    9/40

    latar belakang dan juga masalah seperti masalah autisme, hyperactive, disleksia dan lain-lain

    masalah yang sememangnya perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Selain perlu bijak

    mengawal tingkah laku mereka yang kadangkala agak mencabar batas kesabaran seorang

    insan, guru juga perlu memastikan apa yang hendak dicapai pada akhir proses pengajaran dan

    pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekiranya matlamat pengajaran pada hari

    tersebut tidak berjaya maka guru perlu mencari jalan lain dalam mengatasi masalah tersebut.

    Perkara yang sama turut saya alami semasa mengajar murid-murid pendidikan khas

    masalah pembelajaran di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah barat daya, Pulau

    Pinang. Saya mengajar matapelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tahun 2 di mana bilangan

    pelajarnya adalah seramai lapan orang. Di dalam kumpulan tersebut terdapat empat orang

    murid yang menghadapi masalah disleksia. Manakala seorang pelajar adalah dari kategori

    Attention Defisit Hyperactive Disorder (ADHD) dan tiga lagi menghadapi masalah

    pembelajaran (slow learner).

    Kajian saya lebih tertumpu kepada empat orang murid yang menghadapi masalah

    disleksia. Menurut K.A Razhiyah (2006) kanak-kanak atau murid yang menghadapi masalah

    ini akan melihat huruf dan perkataan di dalam buku seolah-olah bergerak. Perkataan dan

    huruf itu seolah-olah timbul dan tenggelam. Muka surat buku pula kelihatan kabur dan kurang

    jelas dan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

    Selain itu Zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010) menyatakan disleksia ialah

    ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman serta

    perhubungan diantara bunyi-bunyi dan huruf-huruf.

    9

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    10/40

    Manakala Jamila K.A. Mohamed (2006) pula berpendapat bahawa kanak-kanak

    disleksia adalah kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis dan

    mengeja, tetapi ramai yang tidak menyedari hal ini dan yang menjadi mangsa ialah kanak-

    kanak itu sendiri yang dilabelkan sebagai malas, bodoh atau lembab.

    Oleh sebab itu, perkara utama yang perlu seseorang guru faham adalah murid-murid

    ini bukanlah bodoh ataupun lembab. Mereka cuma menghadapi kesukaran dalam membaca,

    membunyikan huruf-huruf tertentu dan mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang

    seakan-akan sama. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran mengecam huruf

    dengan baik maka kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah dalam aktiviti

    membaca. Maka satu kaedah perlu dicari agar dapat diaplikasikan dalam mencari jalan

    penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh mereka.

    Daripada pemerhatian yang saya jalankan dan menerusi temubual dengan guru-guru

    yang mengajar mereka saya dapati mereka menghadapi masalah dalam mengenal huruf yang

    seakan-akan sama bentuknya. Contohnya huruf yang seringkali mengganggu proses

    pembelajaran mereka adalah huruf b dengan d dan n dengan u. Mereka seringkali keliru

    dengan kehadiran huruf-huruf ini dan akibatnya perkataan seperti dadu akan disebut babu.

    Manakala perkataan nama akan ditulis uama. Kekeliruan murid dalam menulis dan

    menyebut huruf tersebut dengan betul merupakan satu cabaran yang perlu difikirkan supaya

    guru dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

    Hasil temu bual saya dengan guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas

    tersebut, hanya tiga orang murid sahaja yang mengikuti pendidikan pra sekolah manakala

    yang selebihnya tidak pernah mendapat pendidikan awal secara formal. Disebabkan itu juga

    10

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    11/40

    berkemungkinan besar mereka tidak mendapat pengetahuan asas mengenai kemahiran-

    kemahiran berbahasa dengan betul ditambah lagi dengan masalah pembelajaran yang mereka

    hadapi tambah memburukkan lagi keadaan. Mereka tidak dapat menyiapkan latihan yang

    diberikan ataupun mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul.

    Hal ini merupakan cabaran buat saya bagi meneruskan pengajaran selanjutnya. Oleh yang

    demikian, saya perlu merancang pengajaran dengan baik bagi memastikan mereka dapat

    belajar seperti mana yang sepatutnya.

    Setelah hampir seminggu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, saya dapati murid-

    murid di kelas ini mengalami kesukaran dari aspek membaca, mengingat dan menulis huruf

    kecil yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti b, d, m, n, u, c dan e. Pada hari

    pertama berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan kad

    abjad untuk menunjukkan huruf-huruf tersebut. Terbukti semasa sesi latih tubi dijalankan

    murid-murid dapat menyebut huruf-huruf tersebut dengan bantuan guru. Tetapi apabila guru

    menyoal mereka satu persatu, mereka gagal menyebut huruf yang ditanya oleh guru. Malah

    apabila guru menunjukkan kad abjad dan mengemukakan soalan mengenainya mereka tidak

    mampu untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

    Setelah beberapa kali mengajar Bahasa Melayu bagi kelas tersebut, saya telah

    menghadapi kesukaran dalam mengajar murid mengeja dan membatang suku kata disebabkan

    mereka tidak mengenal huruf. Mereka hanya dapat menyebut huruf satu demi satu dan kadang

    kala mereka tidak kenal huruf yang ditunjukkan terutamanya yang mempunyai bentuk yang

    seakan-akan sama. Hal ini menyukarkan saya mengajar mereka mengeja, membatang suku

    kata apatah lagi untuk membaca. Saya telah mencuba mengajar mereka mengenal huruf

    dengan kaedah nyanyian. Walau bagaimanapun, cara pengajaran tersebut masih tidak dapat

    11

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    12/40

    membantu kerana mereka didapati hanya menghafal nama huruf bahkan mudah lupa dan

    memerlukan ulangan yang lebih kerap bagi memastikan mereka mampu mengingat huruf

    yang diajar.

    Secara keseluruhannya dapatlah dibuat kesimpulan bahawa walaupun di akhir sesi

    pengajaran dan pembelajaran saya merasa agak kecewa kerana gagal untuk mencapai objektif

    yang dikehendaki namun secara tidak langsung ianya merupakan satu titik tolak kepada saya

    untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid saya boleh

    menguasai kemahiran mengenal beberapa abjad agar mereka tidak terkeliru dan sekaligus

    memudahkan mereka untuk mempelajari aspek-aspek kemahiran bahasa yang lain.

    1.2 Sorotan Literatur

    Dalam menjalankan penyelidikan ini, beberapa sumber telah diambil sebagai bahan

    rujukan. Hal ini bertujuan bagi memastikan bahawa penyelidikan yang dijalankan adalah

    berdasarkan tujuan pendidikan sebenar.

    Roslinda Abdullah (2010) telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan

    mengenali ciri-ciri spatial tertentu. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting

    dalam membantu murid bagi mengenal dan mengecam huruf tertentu dengan menggunakan

    alat bantuan mengajar atau mempelbagai kaedah serta teknik pengajaran.

    12

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    13/40

    Apabila murid mula mengenal huruf maka kemahiran-kemahiran bahasa yang lain

    akan lebih mudah untuk dipelajari. Di dalam mengajar murid kemahiran-kemahiran bahasa

    satu kaedah yang seringkali digunakan oleh para guru untuk murid-murid kelas khas masalah

    pembelajaran adalah kaedah multisensori.

    Jenny R. Rains, Catherine A. Kelly, Robert L. Durham (2008) telah menyatakan

    bahawa kaedah multisensori merupakan satu proses belajar perkara atau ilmu baharu melalui

    penggunaan dua atau lebih deria. Ini termasuklah gabungan beberapa deria seperti deria

    visual, auditori, taktile-kinestatik dan juga deria rasa. Maka jelaslah di sini bahawa gabungan

    pelbagai deria akan dapat membantu murid-murid untuk memahami sesuatu konsep atau ilmu

    baharu dengan lebih mudah dan jelas kerana murid terlibat secara langsung di dalam aktiviti

    yang dilaksanakan oleh guru.

    Perkara ini dikuatkan lagi dengan hasil kajian yang telah dijalankan oleh Jenny Rains ,

    Robert Durham dan Catherine Kelly (2009) di dalam satu rumusan terhadap hasil

    penyelidikan berkaitan dengan tajuk Executive Summary Multisensory Materials in K-3

    Mathematics: Theory and Practice menyatakan bahawa sebanyak 94% guru menggunakan

    teknik multisensori di dalam pengajaran matematik. Manakala 92% guru pula bersetuju

    dengan pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan alatan multisensori dapat

    meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap konsep matematik yang diajar kepada

    mereka. Oleh itu kaedah multisensori sememangnya memainkan peranan yang penting dalam

    membantu bukan sahaja guru bahkan murid-murid dalam memastikan mereka faham apa yang

    diajar dan disampaikan oleh guru.

    Malek Muhamat Said (2004) pula menyatakan bahawa kajian yang telah dijalankan

    oleh pengkaji berkenaan tabiat membaca manusia mendapati bahawa terdapat tiga kelompok

    manusia yang menggunakan deria ketika pembelajaran. Tiga deria yang digunakan ialah

    13

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    14/40

    penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan. Dengan mengabungkan ketiga-tiga deria ini

    manusia mampu mengingat apa yang dibacanya. Maka adalah sesuatu yang penting untuk kita

    tekankan di sini bahawa kaedah multisensori sememangnya dapat membantu para pelajar di

    dalam mengingat apa yang dipelajari mereka pada hari tersebut. Perkara ini juga selari dengan

    kepentingan kajian kali ini iaitu penggunaan kaedah multisensori dalam meningkatkan

    kemahiran mengenal huruf-huruf kecil yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama.

    Zaidah Hj Othman (1978) telah menjalankan kajian mengenai kemahiran asas bacaan

    dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata. Beliau menyatakan dalam

    pengajaran bahasa Melayu penguasaan kemahiran asas perlu dikuasai sebelum mengajar

    membaca ayat. Kemahiran asas yang perlu ditekankan terdiri daripada mengenal huruf,

    membunyikan suku kata dan perkataan.

    Secara keseluruhannya dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa kemahiran mengenal

    huruf dalam kalangan murid pendidikan khas dapat ditingkatkan sekiranya langkah yang

    sesuai diperoleh. Dan disebabkan itu juga, kaedah multisensori yang dilihat bersesuaian

    dengan murid pendidikan khas dipilih untuk digunakan . Malah hasil tinjauan juga mendapati

    bahawa, penggunaan kaedah ini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam

    kemahiran mengecam huruf.

    1.0 Fokus Kajian

    2.1 Huraian Fokus Kajian

    Fokus kajian yang ditekankan di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran

    mengecam huruf kecil b, d, n dan u. Daripada ujian diagnostik yang telah dijalankan kepada

    murid-murid yang berkenaan, pengkaji mendapati bahawa mereka menghadapi kesukaran

    14

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    15/40

    dalam mengenal huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama. Huruf-huruf

    tersebut adalah huruf b, d, n dan juga u. Murid-murid juga didapati mengalami kesukaran

    untuk menyebut dan juga menulis huruf berkenaan dengan betul dan sempurna.

    Kesukaran yang mereka alami ini dikenali sebagai disleksia. Disleksia menurut Zainal

    Kassan & Suhaila Abdullah (2010) merupakan istilah yang berasal dari perkataan Latin dan

    Greek. Dys bermaksud kesukaran manakala lexis bererti perkataan.

    Terdapat tiga kategori disleksia menurut Jamila K.A. Mohamed (2006) iaitu disleksia

    visual yang berkaitan dengan masalah tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun

    menginterpretasi serta mengingatinya.

    Disleksia auditori iaitu kesukaran mendiskriminasi bunyi, membezakan persamaan

    dan perbezaan antara bunyi, mengenal pasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan

    perkataan dalam sukukata. Dan yang ketiga adalah disleksia visual-auditori di mana murid

    menghadapi masalah dalam menginterpretasi apa yang dilihat dan didengar.

    Daripada kategori-kategori disleksia yang dibincangkan di atas tadi jelaslah bahawa

    keempat-empat orang murid ini menghadapi masalah disleksia visual-auditory. Masalah ini

    merujuk kepada kesukaran mereka mengenal huruf disebabkan mereka tidak dapat membuat

    perbezaan dan mendiskriminasi huruf dari aspek visual dan auditori. Oleh itu mereka selalu

    terkeliru dengan huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama bentuknya. Dengan

    itu pengkaji merasakan perlunya ada satu tindakan intervensi untuk mengatasin masalah yang

    dihadapi murid-murid ini.

    15

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    16/40

    Menurut Roslinda Abdullah (2010) sebelum seseorang murid itu mampu membaca,

    mereka perlulah menguasai beberapa perkara asas sebelum membaca seperti mengenal huruf,

    membunyikan huruf, mengeja dan membatang suku kata. Walaubagaimanapun, jika perkara

    asas ini tidak mampu dikuasai dikhuatiri mereka tidak akan mampu untuk mencapai objektif

    mampu membaca dan memahami sesuatu maklumat

    Setelah meneliti refleksi pengajaran yang lepas, pengkaji mendapati murid dalam

    kelas yang diajar menghadapi masalah dalam mengenal beberapa huruf tertentu. Kemahiran

    ini merupakan langkah terawal ataupun langkah pertama yang perlu dikuasai oleh murid

    sebelum mampu membaca. Kesukaran mengenal huruf telah menganggu mereka untuk

    melangkah ke peringkat membaca yang seterusnya iaitu mengeja dan membatang suku kata.

    Selain itu, disebabkan masalah yang dihadapi telah menyebabkan gangguan proses menulis

    terhadap murid.

    Kajian ini juga akan memfokuskan kepada cara yang sesuai dalam menarik minat

    murid untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar, dan aktiviti yang dijalankan bakal

    menarik minat murid agar berminat untuk belajar seterusnya akan lebih fokus kepada

    pembelajaran. Keadaan ini perlu dipupuk bagi memastikan murid tidak hilang tumpuan dalam

    pembelajaran seterusnya mampu mencapai objektif pembelajaran. Oleh yang demikian,

    pengkaji mengambil inisiatif bagi membantu mengatasi masalah ini. Terdapat banyak kaedah

    yang boleh digunakan dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid ini

    dan berdasarkan sorotan literatur yang diperolehi, pengkaji berpendapat kaedah multisensori

    dapat membantu pengkaji mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid tadi.

    2.2 Pengumpulan Data Awal

    16

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    17/40

    Disebabkan daya kecerdasan murid pendidikan khas yang berbeza dengan murid

    aliran perdana, cara penyampaian maklumat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi

    membantu pemahaman mereka turut perlu diubahsuai mengikut tahap dan keperluan mereka.

    Pelbagai kaedah boleh disesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran guru mahupun

    pelajar. Sebelum seseorang guru dapat memilih kaedah yang bersesuai untuk mengajar murid-

    muridnya, beliau perlulah membuat pengumpulan data untuk memastikan permasalahan yang

    dihadapi oleh murid-muridnya.

    Dalam menyediakan persediaan mengajar dan bahan bantu mengajar, guru-guru perlu

    mengetahui tahap murid yang ingin diajar. Oleh yang demikian, beberapa cara dapat

    dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkenaan pencapaian murid. Antaranya ialah dengan

    menjalankan temubual bersama guru yang pernah mengajar murid-murid tersebut. Selain itu,

    semakan hasil kerja murid juga boleh dijalankan bagi melihat pencapaian semasa murid

    tersebut. Pengesanan pencapaian dalam ujian yang dijalankan juga dapat membantu guru

    mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian murid. Hasil perolehan maklumat dapat

    digunakan bagi membantu guru membuat persediaan mengajar.

    Dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi di dalam kelas yang diajar beberapa

    alat kajian telah digunakan antaranya ialah pelaksanaan ujian diagnostik, semakan hasil kerja

    murid dan juga pemerhatian sewaktu murid belajar. Ujian diagnostik sememangnya akan

    digunakan bagi setiap guru pendidikan khas sebelum mengambil alih sesuatu kelas

    pendidikan khas. Hal ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran awal berkenaan tahap

    pencapaian murid dalam sesuatu kelas sebelum pengambilalihan kelas dijalankan. Ujian

    diagnostik secara lisan telah dijalankan ke atas murid dalam kelas yang bakal diajar.

    Penggunaan ujian pengesanan ataupun ujian diagnostik memang dapat membantu guru

    17

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    18/40

    mengesan tahap pencapaian murid. Setiap murid akan menerima ujian yang sama dan tahap

    pencapaian mereka diukur mengikut skor yang diperolehi. Ujian yang dijalankan adalah

    berbentuk ujian lisan di mana guru akan menunjukkan kad abjad dan murid perlu menyebut

    nama huruf-huruf tersebut.

    Selain itu, semakan ke atas hasil kerja murid juga dilakukan. Semakan ini dijalankan

    setelah mereka selesai kelas Bahasa Melayu. Memandangkan mereka menggunakan buku

    latihan, maka semakan menjadi lebih mudah. Setiap turutan latihan yang dilakukan dapat

    diteliti sepenuhnya. Hasil semakan hasil kerja mereka juga menunjukkan mereka masih tidak

    berupaya mengenal huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan baik.

    Tulisan yang comot dan penuh dengan kesan padam menunjukkan mereka menghadapi

    masalah dalam mengenal huruf.Terdapat juga perkataan-perkataan yang ejaannya silap

    disebabkan kekeliruan menulis huruf yang bentuknya seakan-akan sama. Kesan daripada

    kegagalan mereka mengenal huruf tersebut, mereka tidak mampu mengeja ataupun

    membatang suku kata mudah. Hal ini menyukarkan mereka untuk meneruskan pembelajaran

    ke tahap lebih tinggi

    Cara terakhir yang telah dilakukan bagi melihat tahap pencapaian murid dalam kelas

    tersebut ialah dengan cara pemerhatian. Pemerhatian dijalankan sewaktu kelas bahasa

    Melayu berlangsung. Dalam tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa mengajar

    bahasa Melayu, pengkaji dapati murid lemah dalam mengenal huruf serta membunyikan huruf

    terutamanya yang mempunyai bentuk yang seakan-akan hampir sama. Keadaan ini telah

    menyebabkan mereka tidak mampu mengeja dan ia telah menjadi satu masalah besar yang

    menghalang mereka untuk belajar membaca. Masalah ini perlu diatasi segera bagi membantu

    murid yang lemah dan seterusnya dapat memastikan mereka terus belajar ke peringkat

    18

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    19/40

    seterusnya. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan juga, pengkaji mendapati murid-murid

    masih belajar dengan cara lama yang lebih berpusatkan guru. Pemerhatian yang pengkaji

    jalankan merupakan pemerhatian yang tidak menggunakan sebarang senarai semak. Ia

    hanyalah berbentuk deskriptif. Pengkaji melihat keadaan kelas tersebut ketika mereka belajar

    mata pelajaran bahasa Melayu dan juga Matematik. Dua kali pemerhatian yang dijalankan

    adalah melihat gaya pembelajaran mereka, penglibatan dan keupayaan mereka untuk belajar

    disamping pendekatan dan kaedah yang dgunakan oleh guru-guru mata pelajaran.

    Kesimpulannya, pengkaji mendapati keupayaan murid dalam kemahiran huruf perlu

    dipertingkatkan lagi. Oleh yang demikian, pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang

    mungkin boleh membantu mereka dalam mengatasi masalah tersebut.

    2.3 Tindakan / Intervensi

    Pengkaji telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah multisensori dalam

    mengatasi masalah murid mengenal huruf huruf b,d,n dan u. Kaedah ini difikirkan sesuai

    kerana ianya melibatkan penggunaan pelbagai deria yang mampu merangsang minat murid

    dan juga menerapkan pemahaman terhadap apa yang hendak disampai semasa sesi intervensi

    kelak.

    Intervensi ini akan dibahagikan kepada empat peringkat yang melibatkan beberapa

    aktiviti. Peringkat pertama aktiviti adalah penggunaan multi media yang menekankan aspek

    visual dan auditori. Peringkat kedua pula adalah melibatkan pergerakan dan juga taktile.

    Peringkat yang ketiga pula melibatkan aktiviti melihat dan membentuk huruf dengan

    menggunakan doh.Aktiviti membentuk huruf menggunakan doh juga dikenali dengan istilah

    19

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    20/40

    kinestetik di mana ianya menguji tahap kebolehan pelajar untuk menyentuh dan mengawal

    sesuatu objek. Manakala pada peringkat yang terakhir pula satu siri latihan akan diberikan

    dalam mengenalpasti keberkesanan kaedah ini dan juga tahap kebolehan murid-murid

    mengenal huruf yang mempunyai bentuk yang seakan-akan sama.

    Intervensi yang dijalankanakan memakan masa selama empat minggu. Pada minggu

    pertama pengkaji akan mengaplikasikan aktiviti yang pertama iaitu tayangan multimedia yang

    melibatkan aspek auditory dan visual. Untuk minggu yang kedua, aktiviti yang akan

    dijalankan adalah pergerakan dan juga taktile. Manakala minggu ketiga aspek yang akan

    dilaksanakan adalah kemahiran melihat dan membentuk huruf menggunakan doh. Akhir

    sekali adalah aktiviti latihan yang menekankan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis

    huruf-huruf b, d, n dan u.

    Secara kesimpulannya adalah diharapkan agar intervensi yang akan dilaksanakan

    dapat memberikan satu keputusan yang positif agar murid-murid mendapat faedah

    daripadanya dan secara tidak langsung dapat membantu guru-guru pendidikan khas dalam

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid disleksia.

    3.0 Objektif dan Soalan Kajian

    3.1 Objektif Kajian

    Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid pendidikan khas masalah

    pembelajaran diharap akan mencapai objektif berikut :

    a. Meningkatkan kefahaman murid mengecam huruf b, d, n dan u dengan menggunakan

    kaedah multisensori di kalangan murid-murid disleksia. .

    3.2 Soalan Kajian

    20

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    21/40

    3.2.1 Sejauhmanakah penggunaan kaedah multisensori dapat membantu murid mengecam

    huruf b, d, n dan u dengan betul?

    4.0 Kumpulan Sasaran

    Kajian ini melibatkan responden seramai empat orang murid dari kelas khas masalah

    pembelajaran. Kelas berkenaan terdiri daripada lapan orang murid keseluruhannya iaitu enam

    lelaki dan dua perempuan. Namun begitu seramai empat orang murid lelaki telah dipilih

    sebagai subjek utama kajian ini disebabkan masalah yang dihadapi oleh mereka adalah yang

    paling ketara berbanding rakan-rakan mereka yang lain disebabkan mereka terdiri dari

    kategori disleksia. Keempat-empat mereka menghadapi masalah dalam mengenal huruf yang

    mempunyai bentuk yang hampir sama iaitu huruf b, d, n dan u.

    5.0 Pelaksanaan Tindakan

    5.1 Langkah-langkah Tindakan

    Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, pengkaji mendapati masalah gagal

    mengenal huruf ini juga amat ketara dalam kalangan murid-murid pra sekolah dan juga murid

    pemulihan. Namun begitu, murid-murid berkeperluan khas turut sama mengalami

    permasalahan yang sama memandangkan ramai dalam kalangan mereka mempunyai tahap

    kognitif yang lebih rendah dan juga mengalami masalah disleksia.

    Setelah mengenalpasti masalah dan melakukan tinjauan awal berdasarkan beberapa

    sumber pengkaji telah mengambil keputusan untuk memilih menggunakan kaedah

    multisensory. Menurut Ann Longsdon (2012) menyatakan bahawa kaedah multisensori

    adalah satu kaedah di mana guru menggalakkan murid menggunakan sebahagian ataupun

    kesemua deria yang ada. Diantaranya adalah penggunaan auditori seperti membaca dengan

    21

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    22/40

    kuat dan lantang, bahan bantu mengajar yang berbentuk pendengaran, peralatan komunikasi

    seperti radio, televisyen mahupun komputer.

    Selain penggunaan teknik auditori, kaedah multisensori juga melibatkan penggunaan

    teknik taktile seperti penggunaan bahan yang berbentuk modeling seperti tanah liat, dulang

    yang berisi pasir, aktiviti mewarna menggunakan cat dan juga jari atau apa sahaja yang

    melibatkan sentuhan dan juga pergerakan motor halus.

    Penggunaan teknik visual seperti menunjukkan gambar-gambar yang menarik dan

    berwarna juga dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan juga

    pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.

    Oleh yang demikian pengkaji bercadang untuk menggabungkan ketiga-tiga teknik

    tersebut untuk mengajar murid-murid tadi mengenal huruf-huruf kecil b, d, n dan u agar

    mereka tidak lagi merasa keliru dan dapat membezakan huruf-huruf berkenaan kelak.

    Di dalam melaksanakan aktiviti ini, pengkaji telah membahagikan aktiviti-aktiviti

    kepada empat aktiviti. Pada setiap intervensi akan dijalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

    penggunaan kaedah multisensori.

    Diantara langkah-langkah yang bakal pengkaji jalankan adalah:

    5.1.1 Aktiviti 1: Tayangan Multimedia

    Langkah Aktiviti 1

    Guru menayangkan huruf-huruf b, d, n dan u dengan menggunakan perisian MS

    Power Point Presentation yang menggunakan warna-warna yang dapat menarik

    perhatian murid-murid.

    Tayangan yang disertai dengan sebutan bunyi huruf-huruf tersebut akan didengar oleh

    murid-murid dengan teliti.

    22

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    23/40

    Murid akan menyebut semula huruf-huruf tersebut dengan bantuan guru.

    Guru memainkan semula tayangan multimedia untuk kali kedua dan mengulang

    langkah yang sama di mana murid melihat huruf, murid mendengar dan menyebut

    semula huruf yang ditayangkan kepada mereka.

    Diakhir aktiviti ini, guru akan menyoal murid mengenai nama huruf yang ditunjukkan

    menerusi tayangan multimedia.

    Murid perlu menamakan huruf yang mereka lihat di layar dengan menyebut kuat nama

    huruf-huruf tersebut.

    5.1.2 Aktiviti 2 : Pergerakan & Kad Tebuk

    Langkah Aktiviti 2

    Guru menulis huruf-huruf b, d, n dan u dengan menggunakan pergerakan tangan dan

    jari (menulis di atas angin/ di udara).

    Semasa membuat aktiviti ini guru akan menyebut nama huruf-huruf tersebut dengan

    lantang dan jelas.

    Murid memerhati perbuatan guru dan meniru apa yang guru lakukan sambil menyebut

    nama huruf-huruf yang ditulis.

    Guru menunjukkan kad tebuk kepada pelajar.

    Murid menggunakan jari mengikut bentuk huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru.

    Apabila selesai mengikut setiap bentuk huruf dengan menggunakan jari, murid akan

    menyebut nama huruf-huruf tersebut.

    Di akhir aktiviti, guru akan menunjukkan kad tebuk dan murid perlu mengecam dan

    menamakan huruf tersebut.

    23

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    24/40

    5.1.3 Aktiviti 3 : Kad Abjad Berwarna & Doh

    Langkah Aktiviti 3

    Guru menunjukkan kad abjad dengan menggunakan warna yang menarik agar murid

    lebih berminat terhadap apa yang dilihatnya.

    Murid melihat kad-kad abjad tadi yang terdiri dari huruf b,d, n dan u.

    Guru menyebut nama-nama huruf berkenaan dan murid mengikut apa yang disebut

    oleh guru.

    Guru akan meletakkan kad abjad dihadapan murid dan murid akan menguli doh dan

    membuat bentuk huruf berkenaan dengan menggunakan acuan yang disediakan.

    Selesai menyiapkan bentuk huruf dengan adunan doh tadi, murid akan mengikut

    dengan jari bentuk huruf berkenaan dan menyebut nama-nama huruf tersebut.

    Diakhir aktiviti, guru akan mengadakan satu sesi temubual dengan murid-murid untuk

    melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam mmebantu murid

    mengenal dan mengecam huruf-huruf berkenaan.

    5.1.4 Aktiviti 4 : Lembaran Latihan

    Langkah Aktiviti 4

    Guru mengedarkan lembaran berupa latihan kepada murid.

    Latihan yang diberikan merupakan aktiviti menyambung garisan dan membentuk

    huruf.

    Murid menulis dan menyebut huruf yang akan ditulis.

    Guru akan mengedarkan satu lembaran kertas kosong kepada setiap orang murid.

    Guru akan menyebut huruf-huruf tersebut dan murid akan menulis huruf-huruf yang

    disebut oleh guru.

    24

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    25/40

    Ganjaran diberikan begi setiap jawapan yang tepat dan betul.

    Guru akan mengedarkan empat petikan ringkas kepada murid-murid.

    Guru meminta murid-murid membulatkan huruf b,d, n dan u di dalam petikan-petikan

    yang diterima.

    Setiap huruf yang dibulatkan akan menggunakan satu petikan sahaja. Manakala untuk

    huruf-huruf yang lain akan digunakan petikan yang lain.

    Dapatan daripada hasil kerja murid ini akan dicatatkan di dalam borang yang akan

    disediakan untuk memudahkan guru membuat pengumpulan data dan juga untuk

    proses menganalisis data kelak.

    5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

    5.2.1 Pemerhatian

    Pemerhatian akan dijalankan pada sesi intervensi tayangan multimedia. Pengkaji akan

    menyediakan satu set borang senarai semak yang akan ditanda oleh seorang guru yang

    bertindak sebagai pembantu pengkaji semasa sesi intervensi dilaksanakan untuk melihat tahap

    keberkesanaan penggunaan kaedah ini dalam mengatasi masalah mengecam huruf b, d, n dan

    u. Di dalam sesi ini pengkaji akan menayangkan tayangan multimedia MS Power Point.

    Murid akan melihat tayangan tersebut dan menyebut nama huruf yang disoal oleh pengkaji.

    Setiap soalan yang dijawab akan dicatatkan keputusannya di dalam borang senarai semak oleh

    guru yang terbabit semasa berlangsungnya sesi intervensi tersebut.

    Pemerhatian juga akan dilaksanakan untuk sesi intervensi yang kedua iaitu aktiviti

    pergerakan dan kad tebuk. Pada sesi ini, murid akan mengikut pergerakan guru dengan

    menggunakan anggota tangan dan jari (menulis di udara). Kemudian mereka akan mengikut

    25

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    26/40

    bentuk-bentuk huruf menggunakan kad tebuk dengan jari mereka. Diakhir sesi ini, pengkaji

    akan menunjukkan kad tebuk dan menyoal nama huruf pada kad tersebut.Kemudian pengkaji

    akan meminta murid menulis huruf yang beliau sebut di udara dengan menggunakan

    pergerakan tangan dan jari. Murid akan memberi respond terhadap pertanyaan guru dengan

    menyebut nama huruf yang berkenaan diikuti dengan menulis huruf tersebut menggunakan

    jari di udara. Respond yang diberikan oleh murid tadi akan dicatat di dalam borang senarai

    semak yang telah disediakan oleh pengkaji. Seorang guru akan ditugaskan untuk membantu

    pengkaji mencatat keputusan di dalam borang yang akan disediakan semasa berlangsungnya

    sesi intervensi.

    5.2.2 Soal Selidik

    Pengkaji akan menjalankan soal selidik yang merupakan temu bual berstruktur yang

    dijalankan secara bertulis terhadap empat orang murid-murid pendidikan khas masalah

    pembelajaran yang mengalami masalah disleksia. Soal selidik ini akan dijalankan untuk

    aktiviti yang ketiga iaitu aktiviti kad abjad berwarna & doh. Soalan-soalan telah disusun

    secara sistematik dan murid perlu memilih jawapan yang disediakan. Soalan-soalan yang akan

    dikemukakan telah disemak terlebih dahulu dengan penyelaras pendidikan khas sekolah

    tersebut dan beliau berpuas hati dengan bentuk soalan yang akan diberikan kepada murid-

    murid beliau. Soalan-soalan yang akan diberikan adalah berbentuk soalan tertutup. Melalui

    soalan-soalan tertutup ini, murid-murid berkenaan perlu memilih jawapan daripada pilihan

    yang telah disediakan. Pilihan jawapan adalah berbentuk Ya dan Tidak. Pengkaji akan

    membimbing murid-murid dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Soal selidik akan

    dijalankan kepada murid-murid tersebut setelah mereka selesai menjalani aktiviti intervensi.

    26

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    27/40

    5.2.3 Analisis Hasil Kerja Murid

    Analisis hasil kerja murid akan dilaksanakan pada sesi intervensi yang terakhir iaitu

    lembaran latihan. Pengkaji akan memberikan latihan kepada murid untuk melihat tahap

    kebolehan murid dalam kemahiran mengenal dan mengecam huruf. Latihan yang diberikan

    terdiri daripada tiga aktiviti. Aktiviti pertama adalah menyambung titik sehingga membentuk

    huruf dan kemudian menyebut nama huruf yang ditulis. Latihan yang kedua adalah menulis

    huruf yang disebut oleh guru di dalam ruangan yang disediakan. Latihan yang ketiga adalah

    membulatkan huruf-huruf b, d, n dan u di dalam petikan yang diterima. Apabila selesai

    kesemua latihan yang diberikan, guru akan menilai tahap kebolehan para pelajar melalui

    keputusan yang diperolehi. Keputusan tersebut akan dicatat di dalam borang yang disediakan.

    5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

    Untuk melaksanakan dan menyempurnakan kajian ini, instrumen-instrumen yang

    dipilih oleh ialah pemerhatian, soal selidik dan analisis hasil kerja murid. Instrumen ini dipilih

    untuk memudahkan pemerolehan data yang tepat dan cekap.

    5.3.1 Pemerhatian

    Pengkaji akan menyediakan satu borang senarai semak untuk mencatat perubahan

    yang berlaku pada murid. Pengkaji akan menjalankan satu sesi soal jawab dengan murid-

    murid tersebut dalam mengumpul data. Pengkaji akan menunjukkan tayangan multimedia dan

    murid akan cuba menyebut huruf tersebut. Aktiviti ini akan dilaksanakan semasa intervensi

    untuk mendapat keputusan yang tepat. Keputusan daripada sesi ini akan direkodkan di dalam

    borang yang disediakan. Borang senarai semak ini akan dianalisis berdasarkan peratusan

    markah yang diperolehi oleh murid-murid tersebut.

    Untuk sesi intervensi kedua, pengkaji akan menggunakan kaedah yang sama untuk

    menilai tahap keberkesanan penggunaan kad tebuk dan pergerakan dalam membantu murid

    27

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    28/40

    mengecam huruf b, d, n dan u. Keputusan akan dicatat berdasarkan kebolehan murid

    menyebut nama huruf dengan tepat dan membuat pergerakan bentuk huruf berkenaan

    menggunakan tangan dan jari. Borang senarai semak yang diisi akan dianalisa berdasarkan

    peratusan markah yang diperolehi oleh murid-murid berkenaan.

    5.3.2 Soal Selidik

    Pengkaji akan menjalankan soal selidik dengan empat orang murid. Satu set soalan

    tertutup akan diberikan kepada mereka. Mereka akan menjawab soalan-soalan yang

    dikemukakan dengan bimbingan guru. Jawapan daripada sesi temu bual akan dijadikan

    sebagai satu indikator dalam menentukan tahap kefahaman mereka terhadap apa yang diajar

    oleh guru semasa sesi intervensi berlangsung. Jawapan yang mereka berikan juga boleh

    menjadi kayu ukur sejauh mana keberkesanan kaedah multisensori dalam mengajar mereka

    mengecam huruf yang seakan-akan sama. Analisis ini adalah berbentuk kualitatif (Ya/Tidak)

    dan pengkajia akan menganalisa hasil dapatan soal selidik ini menggunakan carta pai dalam

    bentuk peratus.

    5.3.3Analisis Hasil Kerja Murid

    Pengkaji akan menggunakan lembaran kerja berupa latihan kepada setiap orang murid.

    Lembaran kerja tersebut terbahagi kepada tiga jenis. Lembaran yang pertama memerlukan

    murid menyambung titik dan menulis huruf b, d, n dan u.. Manakala untuk latihan yang

    kedua, pengkaji akan meminta murid menulis huruf yang disebut oleh pengkaji di dalam

    ruangan yang disediakan. Lembaran kerja yang terakhir adalah memerlukan murid

    membulatkan huruf-huruf b, d, n dan u di dalam petikan yang diberikan. Markah yang

    diperolehi melalui analisis akhir di dalam borang yang disediakan akan dijadikan salah satu

    28

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    29/40

    tanda aras tahap pencapaian murid. Pengkaji akan menganalisis pemerolehan data ini

    berdasarkan markah skor yang diperolehi oleh murid-murid tersebut.

    5.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

    Tarikh Perkara

    22/12/2011

    9/01/2012

    Perbincangan bersama pensyarah mengenai tajuk proposal

    kajian tindakan.

    Pengumpulan maklumat mengenai tajuk kajian tindakan.

    14/01/2012

    26/01/2012

    31/01/2012

    15/02/2012

    11-15/03/2012

    08/04/2012

    Perjumpaan dengan pensyarah untuk taklimat penulisan

    proposal.

    Perbincangan bersama pensyarah pembimbing mengenai

    penyediaan proposal.

    Proses menulis proposal bermula.

    Menghantar draft pertama kepada pensyarah pembimbing.

    Pembentangan proposal.

    Menghantar draft kedua kepada pensyarah pembimbing.

    29

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    30/40

    27/05/2012-08/06/12 Menghantar proposal.

    5.5 Kos Kajian

    BIL PERKARA/ BARANGAN KUANTITI HARGA SATU

    SET (RM)

    JUMLAH

    1 Kad manila 3 RM 0.80 RM 2.402 Kertas pasir 3 RM 1.00 RM 3.00

    3 Pensel warna 1 kotak RM 3.50 RM 3.50

    4 Crayon 1 kotak RM 3.00 RM 3.00

    5 Fotostat 12 keping RM 0.05 RM 0.60

    6 Kad huruf 2 set RM 2.00 RM 4.00

    7 Blue tag 1 RM 3.00 RM 3.00

    8 Kertas A4 1 rim RM 4.00 RM 8.00

    9 Hadiah 4 set RM 2.00 RM 8.00

    10 Doh 4 set RM 2.00 RM 8.00

    JUMLAH RM 43.50

    30

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    31/40

    Senarai Rujukan

    Ann Longsdon. (2012). Make Multi Sensory Teaching Materials. Diperoleh Jan 31, 2012 dari

    http://learningdisabilities.about.com/od/instructionalmaterials/p/mulitsensory.htm.

    Jamila K.A. Mohamed. (2006).Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

    Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Jenny R. Rains, Catherine A. Kelly & Robert L. Durham. (2008).Journal of Theory &Practice in Education Vol 4 No 2:The Evolution of the Importance of Multi-Sensory

    Teaching Techniques in Elementary Mathematics. Published by University of

    Colorado at Colorada Spring: Stable URL:

    http://eku.comu.edu.tr/index/4/2/jrrains_cakelly_rldurham.pdf.

    Jenny Rains, Robert Durham & Catherine Kelly.(2009).Executive Summary

    Multisensory Materials in K-3 Mathematics:Theory & Practice.University of

    Colorado at Colorado Spring: Stable URL: http://www.google.com.my/url?

    sa=t&rct=j&q=. executive summary multisensory materials in k-3 mathematics.

    K. A Radziah. (2006).Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar? Pahang Darul Makmur: PTS

    Profesional Publishing Sdn. Bhd.

    Malek Muhamat Said (2004) Studi Smart. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn

    Bhd.

    Roslinda Abdullah (2010). Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010. Institut

    Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    Zaidah Hj Othman (1978). Satu Kajian Mengenai Kemahiran Asas Bacaan Murid-murid

    Darjah Dua dari Segi Huruf, Suku Kata dan Gabungan Bunyi Suku Kata. Kuala

    Lumpur: Universiti Malaya.

    Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor. Penerbitan

    Multimedia Sdn. Bhd.

    31

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    32/40

    Lampiran 1

    Borang Senarai Semak (Aktiviti Tayangan Multimedia )

    32

    Murid Huruf Kuasai Tidak Mengusai

    Catatan

    W b

    X b

    Y b

    Z b

    Murid Huruf Kuasai Tidak

    Mengusai

    Catatan

    W d

    X d

    Y d

    Z d

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    33/40

    Lampiran 2

    Borang Senarai Semak (Aktiviti Pergerakan dan Kad Tebuk)

    33

    Murid Huruf Kuasai Tidak

    Mengusai

    Catatan

    W n

    X n

    Y n

    Z n

    Murid Huruf Kuasai Tidak

    Mengusai

    Catatan

    W u

    X u

    Y u

    Z u

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    34/40

    34

    Murid Aktiviti Huruf Kuasai Tidak

    Kuasai

    Catatan

    W

    Menyebut huruf

    dengan bantuan kad

    tebuk

    b

    d

    nu

    Membuat

    pergerakan bentuk

    huruf dengan jari di

    udara

    b

    d

    n

    u

    Murid Aktiviti Huruf Kuasai Tidak Kuasai

    Catatan

    X

    Menyebut huruf

    dengan bantuan kad

    tebuk

    b

    d

    n

    u

    Membuat

    pergerakan bentuk

    huruf dengan jari di

    udara

    b

    d

    n

    u

    Murid Aktiviti Huruf Kuasai Tidak

    Kuasai

    Catatan

    Y

    Menyebut huruf

    dengan bantuan kad

    tebuk

    b

    d

    n

    u

    Membuatpergerakan bentuk

    huruf dengan jari di

    udara

    bd

    n

    u

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    35/40

    Lampiran 3

    35

    Murid Aktiviti Huruf Kuasai Tidak

    Kuasai

    Catatan

    Z

    Menyebut huruf

    dengan bantuan kad

    tebuk

    b

    d

    n

    uMembuat

    pergerakan bentuk

    huruf dengan jari di

    udara

    b

    d

    n

    u

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    36/40

    Soalan Soal Selidik (Aktiviti Kad Abjad Berwarna & Doh)

    BORANG TEMUBUAL

    Nama Murid : .

    Nama Penemubual : .

    Tarikh : ..

    Masa : ..

    Hari : ..

    Tempat : .

    BIL ITEM SOALAN JAWAPAN

    YA TIDAK

    1 Adakah kamu berminat belajar matapelajaran Bahasa

    Melayu pada kali ini kerana penggunaan bahan bantu

    mengajar yang menarik?

    2 Adakah kamu berminat belajar matapelajaran Bahasa

    Melayu pada hari ini disebabkan aktiviti yang dijalankan

    menyeronokkan?

    3 Adakah kamu dapat menyebut nama huruf b, d, n dan u

    dengan mudah setelah kamu mengikuti sesi pembelajaran

    menggunakan kad tebukdan tayangan multimedia?

    4 Adakah kamu dapat menulis huruf b, d, n dan u setelah

    kamu mengikuti sesi pembelajaran menggunakan kad

    tebuk dan tayangan multimedia?

    5 Adakah kamu dapat mengecam huruf b, d, n dan u apabila

    ditunjukkan kepada kamu?

    6 Adakah sesi pembelajaran kali ini membantu kamu

    mengingat bentuk huruf b, d, n dan u dengan baik?

    Lampiran 4

    Borang Analisis Hasil Kerja Murid (Aktiviti Lembaran Kerja)

    36

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    37/40

    Lampiran 5

    Latihan Aktiviti 4

    37

    Murid Huruf Menyambung

    titik dan

    menyebut nama

    huruf yang

    ditulis

    Menulis huruf

    yang disebut

    Mencari

    huruf dalam

    petikan

    Catatan

    4/4 2/2 5/5W b

    X b

    Y b

    Z b

    Murid Huruf Menyambung

    titik dan

    menyebut nama

    huruf yang

    ditulis

    Menulis huruf

    yang disebut

    Mencari

    huruf dalam

    petikan

    Catatan

    4/4 2/2 5/5

    W d

    X d

    Y d

    Z d

    Murid Huruf Menyambung

    titik dan

    menyebut nama

    huruf yang

    ditulis

    Menulis huruf

    yang disebut

    Mencari

    huruf dalam

    petikan

    Catatan

    4/4 2/2 5/5

    W n

    X n

    Y n

    Z n

    Murid Huruf Menyambung

    titik dan

    menyebut nama

    huruf yangditulis

    Menulis huruf

    yang disebut

    Mencari

    huruf dalam

    petikan

    Catatan

    4/4 2/2 5/5

    W u

    X u

    Y u

    Z u

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    38/40

    Bulatkan lima huruf b di dalam petikan.

    Babu ada buku.Buku Babu baharu.Babu suka baca buku itu.Buku Babu ibu beri.

    Bulatkan lima huruf u di dalam petikan.

    Babu ada buku.Buku Babu baharu.

    Babu suka baca buku itu.Buku Babu ibu beri.

    Bulatkan lima huruf d di dalam petikan.

    Dadi ada dua dadu.Dadu Dadi dadu baharu .

    Dadi baling dua dadu biru .Dadi suka main dadu.

    Bulatkan lima huruf n di dalam petikan.

    Nama kawan saya Nana.Nana suka makan nasi.

    Nana makan nasi dengan Nanu.Nana dan Nanu makan nasi dengan tangan.

    Lampiran 6

    Latihan Aktiviti 4

    Tulis huruf di bawah dengan betul.

    38

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    39/40

    b

    d

    n

    u

    Lampiran 7

    Latihan Aktiviti 4

    Tuliskan huruf-huruf yang disebut oleh guru dengan betul.

    39

  • 7/28/2019 Proposal for Real 7-Farhana Multisensori

    40/40

    1. 5.

    2. 6.

    3. 7.

    4. 8.