Proposal Ar 2014
-
Upload
nuwa-ainun -
Category
Documents
-
view
73 -
download
7
description
Transcript of Proposal Ar 2014
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
MEMBUNDAR NOMBOR KEPADA PULUH DAN RATUS TERDEKAT
MENGGUNAKAN KAEDAH “BASIBUN” BAGI MURID TAHUN 2ARIF
SK SUNGAI TONG, SETIU, TERENGGANU.
NURUL WAHIDATI AINUN BT MUHAMAD
PPG AMBILAN JUN 2011
UNIT MATE (E)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL,
KUALA TERENGGANU.
2014
0
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Noraini Idris (2005), dalam bukunya Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik ada
menyatakan bahawa matlamat pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan
pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan
menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang itu dalam menjalani kehidupan
seharian secara efektif. Rentetan itu, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah
perlulah dipertingkatkan.
Konsep Matematik mengikut Mok Soon Sang (1995, dalam Sabri Ahmad, Tengku
Zawawi Tengku Zainal dan Aziz Omar, 2006) pula ialah elemen yang mengandungi unsur-unsur
symbol seperti nombor, titik garisan dan bentuk selain merangkumi bahasa matematik yang
terdiri dari prinsip, hokum, teorem dan peraturan-peraturannya tersendiri.
Ironinya, masyarakat kini telah celik minda terhadap kepentingan nilai matematik dalam
merencana keperluan sosial kerana matematik merupakan suatu cabang yang amat penting dalam
menentukan tahap kehidupan, pangkat dan darjat kemewahan seseorang invidu. Apa tidaknya,
seseorang yang akan digajikan oleh majikan perlu mengemukakan keputusan peperiksaan dan
kelulusan tertinggi yang diperolehi dalam bidang pengajian yang diceburi. Seseorang yang
memiliki kelulusan yang tinggi dalam matematik mampu menguasai kedudukan tertinggi dalam
bidang korporat terutamanya melibatkan perniagaan dan keusahawanan.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa peka dan agresif dalam
meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Matematik dengan menggubal kurikulum yang
seiring dengan lonjakan dunia teknologi bermaklumat dengan mengintegrasikan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah bermula pada tahun 2011. Kurikulum ini atau singkatannya KSSR,
memperkenalkan bidang Nombor dan Operasi serta Sukatan dan Geometri bagi Tahap Satu dan
tambahan tajuk Koordinat bagi Tahun Empat pada tahun 2014.
1
Dalam bidang Nombor dan Operasi yang terdiri dari tajuk Nombor Bulat, Penambahan,
Penolakan, Pendaraban dan Bahagi, ia merupakan asas dalam kehidupan kita yang perlu
diperkenal dan diperkukuhkan di kalangan murid-murid. Mereka perlu mengenal nombor bagi
memudahkan mereka mengetahui alamat rumah, nombor telefon kecemasan, nombor telefon
keluarga, kedudukan malah tahu nilai banyak dan nilai sedikit. Malah, melalui fakta asas juga,
murid-murid dapat menyatakan jumlah, perbezaan, gandaan mahupun nilai perkongsian jika
diberikan dalam bentuk angka berbanding hanya memerhati bahan maujud yang ada di sekeliling
mereka.
Namun begitu, peratusan pencapaian murid-murid dalam bidang Matematik masih di
tahap belum memuaskan dan merujuk kepada laporan yang dipetik dalam akhbar Selangor Kini,
tentang Laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan
Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) yang mencerminkan keadaan yang
membimbangkan dalam sistem pendidikan Malaysia telah menunjukkan bahawa,
“Pada 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek
Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011)”,
“Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474 (2007) ke
440 (2011); jatuh 79 mata.
Menurut Hudson (1966, dalam Sabri Ahmad et al 2006) mengatakan bahawa personaliti
dan tanggapan negatif adalah antara faktor yang menyebabkan murid tidak minat dan
menghadapi kesukaran dalam subjek Matematik. Ramai murid berpendapat Matematik susah,
sukar dan terlalu kompleks untuk difahami tidak kira dari segi rumus mahupun konsep yang cuba
diterapkan. Ini diperkukuhkan lagi apabila mereka tidak dibimbing dan didorong oleh
persekitaran dan ibubapa yang juga kurang berminat dengan pendidikan. Faktor-faktor
sebeginilah menjadi punca kegagalan yang tinggi di kalangan murid-murid masa kini.
2
Di antara faktor lain yang menunjukkan kelemahan murid sukar menguasai Matematik
ialah terutamanya dari segi sikap, di mana murid agak tergesa-gesa dalam mempelajari sesuatu
kemahiran, justeru mereka panic dan mula menunjukkan sikap sambil lewa semasa pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Murid juga amat bergantung kepada system hafalan rumus dan
teorem yang diberikan tanpa menguasai konsep dengan cekap, selain murid seringkali
berhadapan dengan masalah menukar ayat permasalahan diberi kepada ayat matematik dengan
dengan betul. Radatz (1979, dalam Sabri Ahmad et al 2006) menyebut dalam mempelajari
symbol-simbol dan tatatanda serta istilah dalam Matematik, murid merasakan mereka sedang
mempelajari bahasa asing. Oleh itu, mereka terlingkup dalam zon kesukaran yang mereka tidak
mampu lepasi tanpa bimbingan dan panduan dari seorang guru.
Lantaran itu, guru adalah individu dan mentor yang paling penting untuk menggerakkan
murid berusaha ke arah lebih positif dan bermotivasi dalam pembelajaran Matematik. Untuk
menjadikan murid berfikiran analitis dan saintitik, gurulah yang berperanan utama sebagai
mentor kepada mereka (Salhah Abdullah dan Ainon Mohd, 2005). Menurut Noraini Idris (2005),
guru Matematik perlu menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang mudah difahami.
Guru juga pembasmi kepada perasaan takut dan trauma di kalangan murid-murid tentang
kegagalan masa lalu dan murid-murid harud sentiasa dibekalkan dengan motivasi. Oleh
demikian, membuat penyelidikan tindakan tentang kaedah dan teknik yang digunapakai adalah
sewajarnya dijalankan agar dapat membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti Matematik ke
arah yang lebih cemerlang.
3
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Saya telah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sungai
Tong, Setiu, Terengganu. Kelas yang diajar ialah murid-murid Tahun 2 Arif seramai 27 orang
murid yang terdiri daripada 11 lelaki dan 16 perempuan. Kelas 2 Arif merupakan satu-satunya
kelas tahun dua di sekolah berkenaan. Saya merupakan guru subjek Matematik di kelas
berkenaan dan saya telah mendapati terdapatnya tahap keupayaan murid yang berbeza-beza dan
telah mengundang beberapa masalah semasa proses pengajaran berlangsung. Oleh demikian,
kelas tersebut masih perlulah dibimbing agar masalah yang timbul dapat diatasi.
Saya telah mengajar bidang Nombor dan Operasi ( Nombor Bulat sehingga 1000 ) di
bawah standard kandungan iaitu Membundarkan sebarang nombor kepada puluh dan ratus
terdekat. Sebelum memperkenalkan kemahiran membundar, murid telah didedahkan dengan
konsep nilai tempat dan nilai digit bagi sebarang nombor. Maksudnya murid telah diperkenalkan
dengan nilai tempat sa, puluh dan ratus. Sehubungan itu, saya telah mengajar konsep membundar
sebarang nombor kepada puluh terdekat telebih dahulu dengan menyampaikan konsep
membundar ialah mencari nombor yang hampir kepada nombor yang akan dibundar. Contohnya,
32 hampir kepada 30 atau 40? Dalam hal ini, saya menggunakan kaedah garis nombor sebagai
rangsangan membantu murid memahami konsep membundar. Saya juga telah menyampaikan
konsep nilai digit yang lebih besar dan lebih kecil. Penerangan yang diberikan ialah digit 0, 1, 2,
3 dan 4 dikategorikan sebagai nilai terkecil dan 5, 6, 7, 8 dan 9 adalah nilai terbesar. Kemudian,
saya juga menekankan nilai tempat bagi digit yang akan dibundar dengan kaedah
membulatkannya.
4
Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, saya juga mendapati
terdapat segelintir murid masih tidak dapat menentukan nilai tempat dengan cekap. Mereka
teragak-agak untuk menyatakan nilai tempat sa, puluh atau ratus bagi digit yang disoal. Mereka
masih keliru kedudukan nilai tempat bagi sa, puluh dan juga ratus. Oleh itu, saya terpaksa
meminta murid menggunakan kaedah Jari dan Rumah. Bermula dengan jari kelingking kanan
dan mengikut urutan jari, murid akan menghafal rumah jari sama seperti rumah nombor iaitu sa,
puluh dan ratus. Murid akan memasukkan digit ke jari mereka secara mental dan mereka dapat
menyebut nilai tempat dengan tepat.
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, saya mendapati beberapa orang murid tidak
memahami perkaitan antara nilai tempat bagi digit yang akan dibundar dengan digit yang akan
dinilai. Misalnya bagi membundar 43 kepada puluh terdekat, murid sukar mengaitkan digit 3
sebagai nilai yang akan diperhatikan hampir kepada 40 atau 50. Hal Ini mungkin disebabkan
murid masih gagal memahami nilai digit bagi 0 sehingga 9 dan masih tidak tahu membezakan
nilai banyak, nilai terbesar, nilai sedikit dan nilai terkecil. Masalah ini menyebabkan murid
langsung tidak dapat membundar nombor dengan baik dan ada yang memberi ekspresi wajah
hampa selain ada yang mengatakan, “ susohlah cikgu” dan “kita dok fahamlah cikgu” dalam
loghat Terengganu. Ianya merupakan sebahagian tanda protes tidak yakin boleh menjawab dan
gagal memahami konsep membundarkan nombor.
Merujuk kepada pemerhatian yang dibuat, hanya sebahagian dalam kalangan murid kelas
itu yang terdiri dari murid yang berkeupayaan tinggi dapat melaksanakan aktiviti membundar
menggunakan kaedah garis nombor dengan cekap dan tepat. Oleh itu, rakan yang berkeupayaan
rendah hanya meniru jawapan mereka. Jika mereka disediakan pelbagai jenis nombor untuk
dibundar pun, mereka masih diam dan langsung tidak mencuba untuk mencari jawapan.
Justeru, masalah ini perlu diatasi dengan mewujudkan beberapa kaedah inovasi dalam
membundar nombor. Berdasarkan penelitian terhadap permasalahan yang timbul, pengkaji telah
melakukan beberapa eksperimen mudah pada sebuah basikal yang merupakan alat rekreasi yang
amat digemari oleh semua kanak-kanak. Basikal dijadikan medium menggunakan teknik
permainan dalam matematik untuk mengajar tajuk pembundaran dengan lebih efektif kerana
murid boleh melalukan gerakan dan tenaga kinestetik yang diterhasil amat menyeronokkan bagi
murid-murid.
5
1.2 Refleksi Sorotan Literatur
Topik bundar merupakan pengenalan asas kepada murid-murid Tahun 2 kerana mereka tidak
pernah mempelajarinya sebelum ini. Membundar ialah kemahiran membuat anggaran dalam
topik nombor bulat. Membuat anggaran pula adalah satu kemahiran yang penting dalam
Matematik. Selalunya, kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai dalam kehidupan seharian
kita termasuklah anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Tambahan pula
murid-murid seringkali bermasalah dalam kemahiran menyelesaikan soalan pembundaran
nombor bulat melibatkan puluh dan ratus terdekat.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai kaedah, alat bantu mengajar serta
teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan terhadap
murid-murid di samping mengatasi masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, suatu teori
pendekatan pengajaran telah dikenal pasti yang berkaitan dengan kajian iaitu tentang pendekatan
integratif.
Menurut Choong Lean Keow (2011), penggunaan pendekatan pengajaran integratif boleh
mewujudkan persekitaran pengajaran yang dapat meransangkan murid-murid untuk
menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin, menghargai unsur
kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian matlamat yang sama. Ciri-ciri
pendekatan integratif yang diterapkan semasa proses pdp iaitu tumpuan lebih diberikan kepada
strategi pemusatan murid, penggunaan pembelajaran aktif seperti teknik pembelajaran koperatif
serta guru bertindak selaku fasilitator akan memberikan pengalaman pembelajaran arah kendiri .
Justeru, ia akan membantu murid bagi mengatasi masalah membuat anggaran dan membundar
nombor.
Pendekatan integratif dapat digambarkan seperti situasi di mana jika guru hanya
menyediakan bahan-bahan membuat kek secara berasingan iaitu telur, tepung dan gula, kita patut
berfikir, adakah ia sesuai untuk dimakan oleh murid begitu sahaja? Lantaran itu, adalah lebih
baik guru menggaulkan kesemua bahan tersebut menjadi sebiji kek dan pastinya ia dapat
menarik minat murid untuk menikmatinya dengan lebih lazat. Justeru, pendekatan integratif
adalah suatu pendekatan alternatif terbaik yang boleh diaplikasikan untuk menangani masalah
yang dihadapi oleh komuniti murid di dalam kelas.
6
Menurut Dienes (dalam Noor Shah Saad, 2002), ramai kanak-kanak tidak sukakan
Matematik. Kebanyakan kanak-kanak tidak pernah berjaya mencapai pemahaman yang
bermakna mengenai konsep-konsep dalam Matematik. Secara totalnya, Matematik dianggap
rumit, sukar dan mengelirukan kecuali bagi guru-guru yang bersemangat untuk menjadikan
Matematik sebagai ransangan yang menyeronokkan dan tidak lagi sukar dipelajari. Sehubungan
itu, Dienes juga percaya kaedah menggunakan permainan dalam matematik merupakan alat yang
berkesan untuk memahami konsep-konsep matematik.
“ Perkembangan dan pertumbuhan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain
terutamanya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Apabila merancang pengalaman
pembelajaran, ia perlu mempunyai unsur-unsur yang dapat menggalakkan perkembangan murid
secara optimum, hands-on, bersepadu dan bermakna”.
Saayah Abu, 2007.
Melalui teknik permainan juga murid akan dapat merawati permasalahan yang dihadapi
kerana permainan adalah suatu wadah yang amat sesuai untuk menarik minat murid. Menurut
Lewis dan Bedson (1999), permainan adalah menarik dan murid amat suka bermain. Bermain
permainan adalah menjadi keperluan dan sebahagian daripada pembesaran dan pembelajaran.
Melalui permainan, kanak-kanak dapat meneroka dan berinteraksi dengan persekitarannya.
Dalam modul permainan, kesemua pancaindera terlibat. Menurut Futnell & Geisert (1984),
terdapat peningkatan ingatan jika penggunaan pancaindera meningkat. Aktiviti permainan
memerlukan murid bergerak aktif dan melibatkan pergerakan kinestetik yang secara langsung
akan membantu minda berfungsi dengan lebih baik.
7
Menurut kajian yang dijalankan oleh Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011), yang
menggunakan aktiviti permainan dalam kajian mereka ada menyatakan bahawa melalui aktiviti
bermain, kanak-kanak dapat belajar dan memahami pengalaman yang berlaku di sekeliling
mereka. Pakar perkembangan kanak-kanak juga percaya aktiviti bermain boleh meransang fungsi
otak untuk memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Kanak-
kanak akan dapat belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri melalui bermain.
Menurut Choong Lean Keow (2011), juga ada menyimpulkan tentang kepentingan
bermain di mana 75% sel-sel otak akan berkembang setelah kanak-kanak lahir. Apabila kanak-
kanak melibatkan diri dalam aktivit fizikal, secara tidak langsung sel-sel otaknya akan terus
berhubung dan saling berkait. Ransangan itu akan mempengaruhi perkembangan kemahiran-
kemahiran motor, linguistic, sosialisasi, kreativiti dan pembelajaran.
Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov (dalam Mok Soon Sang 2002), setiap ransangan
(R) akan menimbulkan gerak balas (G). Gerak balas bermaksud apa sahaja tingkahlaku yang
timbul akibat daripada ransangan yang dilakukan. Manakala ransangan adalah apa sahaja bentuk
tenaga yang menghasilkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan di antara
ransangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku kerana perkaitan itu disebut sebagai
pelaziman dan pembelajaran akibat dari perkaitan dinamakan pelaziman klasik. Menurut teori
ini, gerak balas positif boleh dipupuk dengan mengambil kira perhatian dan penglibatan murid-
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut teori ini juga, ransangan yang
digunakan seperti symbol mahupun gambar-gambar perlu berkait dengan pengetahuan sedia ada
murid.
Justeru, berdasarkan konsep ransangan dan gerakbalas dalam teori pelaziman klasik, ia
amat wajar dan bersesuaian untuk mengatasi masalah yang murid-murid hadapi dalam membuat
anggaran dan membundar nombor dengan menggunakan kad digit dan sebuah basikal sebagai
ransangan (R) untuk mendapatkan gerak balas murid yakni membundar nombor mengikut
prosedur yang tepat. Pengulangan sumber ransangan yang digunakan ini diharap dapat
meningkatkan kemahiran mengenal nilai tempat seterusnya memudahkan murid membundar
nombor.
8
“Guru yang kreatif dan inovatif berperanan sebagai fasilitator dan mentor dalam membantu
pelajar belajar dengan cara gaya yang sesuai dengan minat dan kemampuan mereka. Ini
dilakukan dengan mengenal pasti gaya belajar dan merancang intervensi bagi memudahkan
proses belajar.”
Salhah Abdullah, 2009.
Berdasarkan petikan di atas pula, guru digalakkan agar sentiasa berfikiran kreatif untuk
menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif serta terancang bahkan ia seiring dengan minat
serta kemahuan murid. Murid-murid sekolah rendah terutamanya masih dalam peringkat
membina kesediaan untuk belajar. Menurut Mok Soon Sang (2001), terdapat tiga jenis kesediaan
belajar iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Terdapat beberapa
faktor perlu dipertimbangkan untuk memenuhi ketiga-tiga kesediaan iaitu fisiologi, psikologi,
kematangan selain minat dan pengalaman sedia ada mereka. Bertitik tolak dari situ, seorang guru
perlu menilai kesediaan murid agar ransangan yang akan diberikan membuahkan gerak balas
yang positif dan objektif boleh tercapai. Misalnya, untuk menangani masalah membundar
nombor ini, sudah tentu aspek minat dan cara murid yang suka belajar sambil bermain amat
dititiberatkan.
Kesimpulannya, kajian-kajian lepas dan teori-teori yang dikemukakan amat relatif dan
bersesuaian untuk dipratikkan untuk menangani masalah murid dalam membundar nombor
dengan betul. Aktiviti permainan yang akan dihasilkan menggunakan ransangan basikal sebagai
suatu alat rekreasi mudah dalam pembelajaran diharap mampu mengubah pemikiran dangkal di
kalangan murid-murid tentang membuat anggaran dan membundar nombor. Seterusnya, mereka
mampu mengaitkannya dengan penggunaan kehidupan seharian untuk masa-masa akan datang.
9
2.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan penulisan Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2007), dalam bukunya, ‘Guru
Sebagai Penyelidik’, kajian tindakan merupakan medan untuk guru memperbaiki mutu
pendidikan melalui perubahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan
haruslah mempunyai hala tuju dan fokus yang jelas bagi memastikan permasalahan dihadapi
dapat diatasi segera.
Mengikut Hitchcook & Hughes (1995, dalam John West-BurnHam & Fergus O’Sullivan,
2009), kajian tindakan adalah perubahan tindakan atau kolaborasi anata pengkaji dengan kajian.
Pengkaji akan bergerak aktif untuk membaiki keadaan melalui intervensi dan pemulihan yang
kepada pihak terlibat. Malahan, ia bukan sahaja menyumbang kepada pengetahuan dan
perubahan tingkahlaku dan kemahiran malah dapat member maklumat yang baru kepada
pengamalnya.
Kajian tindakan juga melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk
memudahkan pemahaman seseorang tentang suatu fenomena atau permasalahan yang dihadapi.
Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki
amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap
penemuan yang didapati dalam sesuatu amalan itu. Pengamalan ‘research thinking and
orientation’ dan ‘research-based decision-making’ dalam tugasan harian di kalangan guru
merupakan suatu pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan,
terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan juga adalah suatu cara yang
dapat membantu guru-guru bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan
untuk menjalankan kajian.
Dalam menjalankan kajian, focus kajian menjadi keutamaan untuk dipertimbangkan
kerana ia merupakan titik permasalahan utama yang ditemui semasa pengajaran dan
pembelajaran. Fokus kajian termasuklan tinjauan masalah terhadap kefahamn murid-murid tahun
2 Arif dalam mempelajari kemahiran membundar nombor bagi tajuk Nombor Bulat Hingga
1000. Seterusnya, tinjauan masalah tersebut dianalis bagi mengenalpasti kesilapan yang
dilakukan oleh murid dan punca sebenar yang menghalang murid menguasai kemahiran tersebut.
10
Sebelum melaksanakan tinjauan awal masalah, satu ujian diagnostic telah dilaksanakan
ke atas murid-murid Tahun 2 Arif. Ujian ini bertujuan mengenal pasti beberapa murid yang
masih lemah dalam kemahiran membundarkan nombor dengan tepat. Seramai 27 orang murid
menduduki ujian berkenaan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab adalah 10 minit.
Terdapat 10 item disediakan dalam ujian diagnostic tersebut. Setelah semakan dibuat, saya
mendapati hanya 5 orang murid mendapat markah penuh. Berikut adalah skor yang diperolehi
daripada ujian diagnostic yang dijalankan:
Skor 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah
Bil.murid 1 1 2 1 0 1 1 3 7 5 5 27
Dengan demikian, dapat diperhatikan bahawa terdapat 5 orang murid yang mendapat skor
0 hingga 3 markah. Justeru, saya memilih seramai 5 orang murid lemah tersebut sebagai
responden kajian.
11
Jadual1
Skor Ujian Diagnostik
2.1 Tinjauan Awal Masalah
Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan sebelum ini, saya
mendapati bahawa segelintir murid Tahun 2 Arif tidak menguasai kemahiran membundar
nombor dengan cekap. Saya telah menggunakan dua kaedah dalam melaksanakan tinjauan awal
masalah untuk mengenal pasti kesilapan dan kecuian yang dilakukan oleh murid semasa
menganggar dan membundar nombor yang diberikan.
Kaedah pertama yang digunakan ialah melalui pemerhatian semasa proses pengajran dan
pembelajaran Matematik. Menurut Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd.
Sharani Ahmad (2003), pemerhatian adalah salah satu cabang penilaian untuk guru dengan cara
mengumpul maklumat. Guru perlu memerhati dan peka dengan apa yang berlakun terhadap
kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas mahupun reaksi yang mereka tunjukkan dapat
member maklumat penting kepada guru berkenaan perkembangan murid. Gambaran pemerhatian
yang dilakukan itu boleh direkod secara kemas dan lengkap dalam salah satu bentuk mudah iaitu
rekod anekdot.
Rekod anekdot adalah suatu bentuk jujukan peristiwa, perkembangan signifikan yang
telah dan sedang berlaku ke atas individu yang diperhatikan yang ditulis secara ringkas, tepat dan
padat. Dengan kecanggihan teknologi telefon pintar masa kini, guru digalakkan merakam
perlakuan murid untuk dijadikan bukti dan dapat menjadi rantaian perubahan dan perkembangan
yang murid alami.
Menurut Tin Len Siong, Ahmad Sabry Othman dan Ting Hun Yung (2013) pula
menyebut pemerhatian adalah suatu rutin biasa dilakukan oleh kebanyakan individu setiap hari
tanpa mengira masa, tempat dan perkara ini berlaku secara sedar mahupun sebaliknya. Saya
memerhatikan tindak balas murid semasa mengajar membundar nombor dan mendapati segelintir
murid masih keliru untuk menentukan angka yang perlu dibundar dan seterusnya kabur dalam
memberikan jawapan hampir kepada itu dengan lebih tepat dan cekap. Mereka akan
menunjukkan sikap malas, tidak bermaya dan ada yang bermain dengan kertas. Ada yang hanya
memandang saya dengan pandangan yang kosong kemudian tersenyum keseorangan. Malah ada
juga yang menunjukkan ekspresi kerut dahi tanda tidak suka dan malas untuk meneruskan
aktiviti. Mereka tidak seronok apabila saya bertanyakan soalan dan akan ada yang berterus
12
terang tidak mahu membuat aktiviti yang disuruh. Mereka lebih gemar bermain dengan
permainan mereka sendiri seperti melukis, bermain pemadam dan menganggu rakan-rakan yang
lain.
Hal ini disebabkan murid masih belum menguasai nilai tempat dan tidak faham konsep
membundarkan nombor secara nyata. Konsep membundar sepatutnya murid dapat menentukan
nombor yang perlu dibundarkan itu lebih menghampiri kepada nombor sebelum atau selepasnya
mengikut nilai digit yang diberikan. Murid tidak faham kenapa nombor perlu dianggarkan
menjadi lebih kecil dan lebih besar nilainya dari nombor sebenar yang diberikan.
Saya telah memberikan analogi membundar dengan suatu cerita,
‘Inspektor Hassan ialah seorang polis trafik. Setiap hari dia akan bertugas di jalan raya utama
untuk memastikan kenderaan bergerak lancar. Dia juga perlu membuat catatan jumlah
kenderaan yang melalui jalan tersebut setiap hari. Pada hari pertama, 43 buah kenderaan
melalui jalan tersebut. Pada hari kedua sebanyak 45 buah kenderaan dan pada hari ketiga
kenderaan bertambah sebanyak 66 buah melalui jalan raya itu.’
Saya menyoal murid adakah En. Hassan perlu mencatat setiap kenderaan yang dilalui?
Untuk memudahkannya, En. Hassan bolelah membuat anggaran dan pembundaran jumlah kereta
yang melalui jalan tersebut dengan memastikan bilangan kenderaan tersebut lebih banyak atau
lebih sedikit dari jumlah yang biasa dicatat. Di situ juga, saya menyatakan kepentingan
membundar dalam kehidupan.
Seterusnya kaedah kedua yang digunakan ialah dengan menganalisa dokumen seperti
lembaran kerja dan latihan murid. Biasanya lembaran dan latihan diberikan di peringkat
penilaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum langkah penutup. Melalui
semakan dan tandaan yang dibuat, saya dapat mengesan terdapat beberapa kesilapan yang sering
dilakukan oleh murid-murid iaitu untuk menentukan digit yang akan dibundar dengan tidak
membulatkan digit yang sepatutnya. Misalnya, soalan yang diberikan ialah bundarkan 34 kepada
puluh yang hampir. Murid masih gagal menentukan digit 3 sebagai puluh dan lupa untuk
menanda dengan cara membulatkannya lantaran itu mereka menghadapi kesukaran untuk
menentukan ia hampir kepada 30 atau 40. Segelintir dari mereka juga cuai semasa menjawab
kerana ingin cepat siap.
13
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah memperkenalkan konsep pembundaran
menggunakan kaedah garis nombor. Murid akan diperkenalkan dengan garis nombor dan setiap
garis mempunyai nilai digit tersendiri.
14
Setelah itu, saya menerangkan konsep nilai terkecil dan nilai terbesar yang ada pada suatu
garis nombor.
Murid-murid akan diminta menghafal kumpulan nilai digit terkecil dan terbesar mengikut
panduan diberikan. Kemudian, saya memberi contoh nombor untuk dibundar kepada puluh
terdekat. Langkah seterusnya ialah saya menyuruh murid mengenal pasti digit pada nilai tempat
puluh. Murid diminta menggariskan digit itu. Di sinilah masalah mulai dapat dikesan. Terdapat
segelintir murid tidak dapat menentukan nilai tempat dengan betul. Mereka masih keliru antara sa
dan puluh dan ada yang lupa. Kemudian, saya mengarahkan mereka mencari pasangan nombor di
sebelah kanan dan saya memberikan analogi seperti menunggang motorsikal, perlu sentiasa
memerhati pada cermin sisi. Namun, cermin sisi yang ditekankan di sini hanyalah sebelah kanan
digit yang bergaris tadi. Murid perlu membulatkan kedua-dua nombor.
15
7 8 93 4 5 60 1 2
Nilai terkecil
Nilai terbesar
Pu Sa
3 2
Selepas itu, murid perlu memberikan imaginasi pada garis nombor yang bermula dengan
30 hingga 40 berdasarkan digit yang bergaris. Murid menjadi terus keliru dan agak lambat untuk
menentukan nilai nombor pada setiap garis nombor walaupun saya hanya menyuruh murid menulis
nombor-nombor itu pada set garis nombor yang dibuat pada lantai kelas mereka. Mereka malas
bergerak, lambat untuk menulis dan masih terkial-kial menulis nombor dalam turutan menaik.
Kebanyakan murid juga bertanya kepada saya ‘Kenapa garis nombor bermula dengan
30?’. Ini menunjukkan mereka masih tidak faham tujuan membundar atau membuat anggaran dan
masih tidak dapat membuat perkaitan antara nilai tempat dengan nilai digit. Selanjutnya, saya
meminta murid mengenal pasti kedudukan nombor 32 pada garis nombor. Murid akan
membulatkan nombor itu dan ada yang menjawab dengan betul. Saya meminta murid membanding
dan memerhatikan nombor 32 adakah terletak menghampiri 30 atau 40? Saya juga tegaskan
bahawa 32 berada dalam lingkungan nilai terkecil. Nombor dalam lingkungan terkecil perlu
dibundarkan kepada nombor hujung sebelah kiri atau permulaan nombor. Nombor dalam
lingkungan nilai terbesar pula akan dibundar kepada hujung sebelah kanan.
16
30 34 35 36 37 38 3931 32 33 40
Nilai terkecil
Nilai terbesar
17
Reaksi murid yang lemah untuk menyebut nombor yang terdapat
pada garis nombor
Murid yang tidak yakin pada diri sendiri, bersikap malu dan selalu
merendah diri tidak dapat menjawab soalan guru dengan baik
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid yang lemah Tahun 2Arif SK
Sungai Tong, Setiu Terengganu untuk membundarkan nombor kepada puluh dan ratus terdekat
dengan menggunakan reakreasi basikal yang dinamakan Basibun ( Basikal Bundar ).
3.2 Persoalan Kajian
Bagaimanakah penggunaan Basibun ( Basikal Bundar ) dapat membantu murid lemah Tahun 2
Arif dapat membantu meningkatkan kemahiran membundar nombor kepada puluh dan ratus
terdekat?
3.3 Kepentingan Kajian
Kajian penting untuk membantu dan memastikan murid dapat menguasai mengenal nilai tempat
dan membundar nombor kepada puluh dan ratus terdekat dengan lebih tepat, cekap dan seronok
menggunakan basikal sebagai suatu alat bantu belajar selain memperkukuhkan konsep nilai digit
iaitu nilai terkecil dan nilai terbesar.
18
4.0 KUMPULAN SASARAN
5.0 CADANGAN TINDAKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.2 Prosedur Mengumpul Data
5.3 Perancangan Menganalisis Data
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
SENARAI RUJUKAN
1. http://mylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/392/3912. http://www.ukm.edu.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel%201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdf
3.PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN LITERASI
BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH
(The Play Approach In Teaching Language And Literacy For Preschool Education)
SHARIFAH NOR PUTEH
Universiti Kebangsaan Malaysia
ALIZA ALI
Universiti Kebangsaan Malays
3. http://www.educ.upm.edu.my/dokumen/FKKDI1_Abstract_5-2011.pdf 4. http://eprints.utm.my/7988/1/EDUPRES_%28F3%29_8.pdf5. Sabri Ahmad Tengku zawawi tengku zainal Aziz Omar isu2 dalam pendidikan matematik 2006
utusan publication kuala lumpur6. http://bm.selangorku.com/41059/pendidikan-a-di-malaysia-tapi-ketinggalan-di-dunia/
22.08.20147. Salhah Abdullah & ainon Mohd Guru sebagai mentor 2005 PTS Publication & Distributors Sdn
Bhd Pahang D.makmur
19
8. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (
9. Guru sebg penyelidik. Abdul Rahman Abdul Majid Khan. 2007 PTS Publication Selangor10. John West-BurnHam & Fergus O’Sullivan Leadership & professional development in schools
mengembangkan profesionalisme di sekolah 2009 institut terjemahan Negara msia berhad kuala lumpur
11. Prof. madya Dr.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad 2003 PTS Panduan Kurikulum Prasekolah
12. Tin Len Siong, Ahmad Sabry Othman dan Ting Hun Yung (2013) penyelidikan tindakan dlm pendidikan kuala lumpur Freemind horizon sdn.bhd
LAMPIRAN
PENDAHULUAN
20
21
22
Rujukan
23