Proposal Action Research

65
Meningkatkan Pemahaman Murid Mengenai Operasi Tambah Dan Tolak Pecahan Berbeza Penyebut Menggunakan Lcd Box. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Selaras dengan ini, adalah penting untuk memastikan pendidikan yang diterapkan adalah melalui kaedah yang betul dan sesuai. Secara amnya, pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai proses yang saling berkaitan serta berpautan antara satu dengan yang lain. Pengajaran yang sempurna menghasilkan pembelajaran yang bermakna seperti mana yang diharapkan oleh pihak sekolah (Jonassen et al. 1999: halaman 7). Dalam konteks ini, penyediaan pengajaran yang bersistematik memungkinkan 1

description

action research

Transcript of Proposal Action Research

Meningkatkan Pemahaman Murid Mengenai Operasi Tambah Dan Tolak Pecahan Berbeza Penyebut Menggunakan Lcd Box.

1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan

Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Selaras dengan ini, adalah penting untuk memastikan pendidikan yang diterapkan adalah melalui kaedah yang betul dan sesuai. Secara amnya, pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai proses yang saling berkaitan serta berpautan antara satu dengan yang lain. Pengajaran yang sempurna menghasilkan pembelajaran yang bermakna seperti mana yang diharapkan oleh pihak sekolah (Jonassen et al. 1999: halaman 7). Dalam konteks ini, penyediaan pengajaran yang bersistematik memungkinkan untuk wujudnya ruang pembelajaran yang benar-benar Berjaya dan memberi kesan yang positif. Hudson (1966) menyatakan personality dan tanggapan yang negatif terhadap matematik adalah antara faktor yang menyebabkan timbulnya kesukaran dalam mempelajari subjek ini. Dalam teorinya, Hudson menyatakan bahawa disiplin dan penumpuan terhadap mata pelajaran matematik merupakan cara pembelajaran yang sesuai. Oleh itu adalah penting untuk murid mempunyai sebuah pendapat positif terhadap pembelajaran matematik. Selain itu, kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar bumiputera dalam matematik. Tidak dapat dinafikan bahawa matematik memerlukan kuada pemikiran kognitif (cognitive thinking power) yang tinggi dan perlu dimiliki oleh pelajar. Juga penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar menunjukkan inisiatif sendiri untuk membuat lathian dan menyelesaikan masalah matematik dari semasa ke semasa. Sikap positif terhadap mata pelajaran matematik disertai dengan ketekunan untuk mencuba adalah kunci kejayaan dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu, adalah penting untuk kita membawa pengajaran kita kearah yang lebih baik dan berkesan. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan asas kepada penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Ini merupakan aspirasi dan dasar pendidikan Negara yang menekankan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Kenyataan ini adalah abstrak dari petikan dari teks FPK :pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara(Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 2003,hlm 2)

Secara khususnya iaitu bidang yang diberikan penekanan, kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan operasi tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut juga amat membimbangkan. Kemahiran ini adalah merupakan salah satu kaedah dan asas kepada penyelesaian masalah berkaitan pecahan yang lebih kompleks. Perbuatan untuk mencari penyebut yang sama dan sesuai memerlukan mereka melaksanakan beberapa operasi secara beruturan. Ini memberikan mereka masalah dan juga kekeliruan dalam mengenal pasti kaedah yang betul dan tepat. Penguasaan murid dapat dilihat tidak penuh dalam mengenal pasti penyebut yang sesuai dan kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut.Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai, maka murid akan menghadapi masalah dalam memahami konsep pecahan dan seterusnya di topic seterusnya dalam pecahan. Penguasaan ini amat penting untuk membantu murid menguasai kaedah asas dan seterusnya ke soalan yang lebih kompleks dalam topic pecahan ini.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaranPraktikum Fasa 1 dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light. Tugas yang diberikan adalah untuk mengajar topik pecahan bagi murid tahun 4 Bestari. Dalam fasa pelaksanaan praktikum ini, adalah didapati bahawa murid mengalami masalah dalam topic pecahan iaitu penambahan dan penolakan dalam topik pecahan. Secara spesifiknya adalah mereka menghadapi masalah dalam mencari penyebut yang paling sesuai bagi penambahan dan penolakan bagi pecahan berlainan penyebut. Kekeliruan sering timbul dimana mereka akan meneka atau memberikan penyebut secara rambang dan cuba untuk mendapatkan jawapannya. Ini ternyata adalah tidak sesuai dan dapat dilihat sesetengah murid sukar memahami kaedah untuk mendapatkan penyebut yang sama dan sering tersekat atau terbuntu di separuh jalan penyelesaian mereka. Masalah ini adalah lebih serius dalam kalangan murid di kelas belakang atau kelas terakhir. Ini merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian. Penggunaan penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut adalah secara berleluasa dalam kehidupan harian kita dan tidak boleh dilupakan juga dalam topik-topik akan datang yang akan dipelajari. Pecahan yang dipelajari ini akan digunakan dalam topic akan datang seperti topic wang, masa dan waktu, panjang dan banyak lagi topik. Sekiranya mereka gagal untuk menguasai pengetahuan asas ini, maka mereka akan menghadapi masalah dalam topic akan datang. Oleh itu, pengkaji berasa terpanggil dan ini memberikan idea di mana pengkaji boleh membantu pelajar bagi menyelesaikan masalah murid-murid yang tidak dapat menguasai topik penambahan dan penolakan dalam pecahan berlainan penyebut dengan baik.Dalam proses melaksanakan Praktikum Fasa 3 dalam semester ke-7, pengkaji mendapat peluang untuk mengajar murid tahun 5 dan juga tahun 3. Pengkaji berpeluang untuk berjumpa dengan murid tahun 4 dalam waktu kelas ganti dan juga waktu mereka tiada kelas dengan izin guru kelas tersebut. Adalah didapati bahawa murid Sekolah Kebangsaan Jawi turut menghadapi masalah dalam topik tersebut. Masalah ini dilihat adalah lebih serius bagi murid di kelas rendah atau kelas belakang. Mereka masih tidak dapat menguasai kaedah yang sesuai untuk melaksanakan proses penambahan dan penolakan tersebut. Dengan ini, topic tersebut telah dipilih untuk dijadikan sebagai topic kajian terhadap murid tahun 4 dengan menggunakan kaedah yang telah difikirkan yang sesuai bagi membantu murid tahun 4 dalam menyelesaikan masalah mereka.Berdasarkan analisa dokumen murid iaitu buku latihan, adalah didapati bahawa penguasaan murid dalam topik penambahan dan penolakan dan pecahan berlainan penyebut adalah tidak menepati dokumen standard prestasi bagi tahun 4 dan murid masih melaksanakan kesalahan dalam mencari jalan penyelesaian tersebut. Kesalahan yang sama dapat dilihat melalui tugasan yang diberikan dalam buku aktiviti dan juga lembaran kerja. Adalah didapati bahawa murid masih melakukan kesalahan yang sama dalam topik tersebut. Murid masih menlakukan kesilapan dalam kaedah yang betul untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.

1.3Refleksi Nilai PendidikanSelepas menjalani praktikum sebelum ini, saya mendapati bahawa adalah penting untuk murid mendapat kebaikan daripada mempelajari matematik dan bukan hanya sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai saya pembelajaran yang berguna dalam kehidupan mereka. Merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (1988), Matlamat pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan.Selaras dengan ini, adalah penting untuk menganalisa apa yang diajar kepada murid tersebut. Penggunaan kaedah yang biasa dan tidak sesuai akan membantutkan pembelajaran murid dan objektif sebenar akan menjadi tidak tercapai. Raudhah Abdullah (2012) mengatakan bahawaGuru perlu melakukan transformasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya tidak berada di takuk lama yang membosankan pelajar. Guru perlu memikirkan prinsip pengajaran yang berkesan menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terkini, olahan bahan yang kreatif dan inovatif bagi menarik minat pelajar.Selaras dengan ini, adalah penting untuk seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam cara atau kaedah yang paling sesuai. Murid seharusnya boleh faham dan menyukai kaedah yang digunakan oleh guru tersebut. Sekiranya mereka menghadapi kesukaran dalam melaksanakan operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut ini, maka mereka akan menghadapi masalah dalam input pembelajaran yang lebih sukar. Ini merupakan tanggungjawab seorang guru untuk membantu murid menguasai kemahiran dalam operasi ini terutamanya dalam pecahan. Operasi ini amatlah penting untuk topik-topik akan datang yang melibatkan pengalaman kehidupan harian seperti wang, masa dan wakti, panjang dan banyak lagi. Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam artikel Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara,Sebagai golongan profesional yang menjana dan menjuarai perubahan, kita perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif. Guru yang inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu adalah penting untuk seorang guru untuk membawa perubahan kepada pembelajaran yang dilaksanakan. Tanpa menggunakan kaedah biasa sahaja, guru perlulah bersifat inovatif dan cuba untuk meningkatkan tahap professionalism dengan mempelajari pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam bilik darjah. Dengan ini, tanpa menggunakan kaedah lama sahaja, adalah penting untuk menggunakan kaedah baru yang lebih sesuai. Jesteru itu, kaedah ini patut diuji sebagai kaedah baru atau alternative dalam menyelesaikan dan membantu meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri setiap murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.

2.0FOKUS/ISU KAJIANMelalui pengalaman di dua sekolah berbeza pada sesi praktikum sebelum ini, adalah didapati bahawa murid sering kali menghadapi masalah melibatkan topik penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut. Murid menghadapi masalah dalam semua topik matematik tahun 4 tetapi dapat dilihat bahawa masalah yang dihadapi dalam topik pecahan ini adalah serius dan perlu diberikan perhatian. Saya memfokuskan kepada bidang ini kerana bidang ini merupakan asas kepada topik pecahan dan perlu difahami dan dikuasai dengan baik oleh murid-murid agar tidak ada kesalahan konsep pada pembelajaran akan datang yang merupakan lebih sukar. Ini merupakan asas dan soalan akan datang akan menjadi lebih susah melibatkan pendaraban dan juga pembahagian dalam pecahan dan tanpa pemahamanan terhadap konsep asas ini, murid tidak akan dapat maju ke tahap yang lebih sukar. Ini akan memberikan kesan terhadap topik akan datang yang menggunakan pecahan.

Hasil daripada analisis kesalahan yang diperoleh melalui pemerhatian serta latihan yang diberikan kepada murid, adalah mendapati bahawa terdapat lima jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ketika menyelesaikan soalan tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut. Kesilapan-kesilapan tersebut ialah: Tiada asas langsung dalam melakukan soalan operasi tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut. Menambah atau menolak secara terus dua pecahan berdasarkan kepada soalan yang diberikan. Mengambil penyebut yang lebih besar antara dua pecahan yang diberikan dan menjadikannya sebagai penyebut bagi penyelesaian operasi. Tidak mendarab nilai pengangka apabila hendak menyamakan nilai penyebut bagi kedua-dua pecahan. Keliru dengan hasil kerja yang dilakukan kerana penulisan yang tidak sistematik dan teratur sehingga menjadikan mereka cuai.Adalah didapati bahawa masalah utama yang dihadapi murid ialah mereka tidak mempunyai sebarang asas dalam melakukan soalan operasi tambah dan juga tolak pecahan berlainan penyebut. Hal ini dapat dibuktikan apabila murid tidak dapat melaksanakan operasi mudah ini dan sekadar memberikan jawapan yang salah dengan hanya meneka sahaja. Kesilapan ini jelas menunjukkan bahawa murid tidak mempunyai kefahaman dalam operasi ini dan tidak dapat menguasai konsep ini kerana tidak memahami asas konsep tersebut. Contohnya:

(Rujuk rajah di bawah)

Rajah 2: Tiada asas dalam menambah pecahan berlainan penyebutSeterusnya, ada di antara mereka yang melakukan operasi tambah dan tolak secara terus dua pecahan berdasarkan kepada soalan yang diberikan. Pada pandangan pengkaji, murid-murid tersebut tidak faham akan konsep tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut dan hanya melakukan penambahan dan penolakan secara biasa. Jika penyebut yang diberikan sama, maka tidak salah untuk mereka melakukan penambahan dan penolakan secara terus. Namun, fokus kajian adalah tambah dan tolak bagi pecahan berlainan penyebut. Hal ini perlu dipandang serius kerana murid perlu diajar akan perbezaan antara konsep tambah dan tolak nombor bulat dan juga konsep tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut. Sebagai contoh:(Rujuk rajah di bawah)

Rajah 3: Menambah secara terus dua pecahan yang diberikanDisamping itu juga, adalah dapat dikesan bahawa murid sering cenderung mengambil penyebut yang lebih besar antara dua penyebut yang diberikan dan menjadikannya sebagai penyebut terakhir. Ini menunjukkan bahawa pemahaman konsep murid adalah tidak betul dan mereka menguasai konsep yang salah. Mereka seharusnya menyamakan penyebut bagi kedua-dua pecahan terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tambah atau tolak pecahan dan tidak mengambil penyebut yang lebih besar sebagai penyebut bagi menyelesaikan soalan. Contohnya:

(Rujuk rajah di bawah)

Rajah 4: Mengambil nilai penyebut yang besar untuk dijadikan penyebut jawapan. Masalah seterusnya yang dihadapi oleh murid ialah masalah tidak mendarab nilai pengangka apabila hendak menyamakan nilai penyebut bagi kedua-dua pecahan. Murid hanya mendarab nilai penyebut bagi menyamakan nilai penyebut tetapi tidak mendarab bagi nilai pengangka. Hal ini terjadi kerana murid tidak menguasai konsep dengan kukuh. Selain itu, kecuaian juga berlaku apabila murid terlepas pandang untuk melakukan pendaraban bagi pengangka jika nilai penyebut didarab. Sebagai contoh:

(Rujuk rajah di bawah)

Rajah 6: Hanya mendarab nilai penyebut tetapi bukan pengangkaKesilapan seterusnya yang dilakukan murid ialah penulisan yang tidak kemas yang membawa kepada jalan penyelesaian yang tidak teratur dan salah. Mereka akan menjadi keliru terhadap jalan penyelesaian mereka kerana tulisan yang tidak jelas dan ini membawa kepada jawapan yang tidak betul. Walaupun pemahaman terhadap konsep dapat dilihat dalam penambahan dan Mereka keliru dengan hasil kerja yang dilakukan kerana penulisan yang tidak sistematik dan teratur sehingga menjadikan mereka cuai. Penulisan yang tidak teratur dan sistematik akan menjadikan jawapan yang diberikan salah dan tidak bertepatan dengan jawapan sebenar. Walaupun mereka telah menguasai konsep tambah dan tolak pecahan, mereka masih tidak dapat memberikan jawapan yang betul. Hal ini perlu dibendung agar murid dapat menyelesaikan soalan tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut dengan memberikan jawapan yang betul. Ini merupakan kesilapan yang kecil dan boleh diperbaiki dengan serta-merta.Dengan ini, kaedah ini digunakan bagi membantu meningkatkan prestasi murid terutamanya dalam topik pecahan yang melibatkan operasi tambah dan tolak. Peningkatan prestasi bukan sahaja mendorong kepada peningkatan kecemerlangan di dalam bidang matematik bahkan menyumbang kepada penggunaan kaedah yang kreatif serta menggalakkan murid-murid untuk meminati subjek matematik ini.

3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1Objektif Umum:3.1.1Penggunaan LCD Box dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenalpasti penyebut dan menyelesaikan operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.3.2Objektif Khusus:3.2.1Mengatasi kesilapan dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.3.2.2Menggunakan LCD Box untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mengenalpasti penyebut yang sesuai dan meningkatkan kemahiran murid menguasai operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut3.2.3Meningkatkan minat murid dalam menyelesaikan soalan operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.3.3Persoalan Kajian:i. Adakah penggunaan LCD Box dapat mengatasi kesilapan murid dalam operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut?ii. Adakah penggunaan LCD Box dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenalpasti penyebut yang sesuai dan meningkatkan kemahiran murid menguasai operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut?iii. Adakah LCD Box dapat meningkatkan minat murid untuk menyelesaikan soalan operasi?

4.0KUMPULAN SASARANKajian ini dilakasanakan di Sekolah Kebangsaan Jawi ya g terletak di daerah Seberang Perai Selatan, Jawi, Pulau Pinang. Kumpulan sasaran kajian adalah seramai 20 orang murid daripada kelas 4 Bestari. Ini merupakan kelas kedua bagi tahun tersebut. Mereka terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. Kelas ini dipilih bagi memudahkan mengesan masalah yang dihadapi dan dapat membantu murid yang menghadapi masalah tersebut.Pemilihan dibuat berdasarkan latar belakang akademik murid yang agak rendah dalam mata pelajaran matematik. Berdasarkan hasil kerja responden iaitu analisis buku latihan, didapati bahawa 80% daripada mereka masih belum menguasai dan memahami sepenuhnya penambahan dan penolakan pecahan wajar bagi penyebut yang kurang daripada 10. Hasil kerja mereka jelas menunjukkan bahawa mereka masih tidak dapat memahami konsep operasi tersebut.Selain itu, responden yang dipilih juga mempunyai latar belakang keluarga yang hampir sama. Kebanyakannya berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosioekonomi yang sederhana atau rendah. Ini menunjukkan bahawa mereka mungkin tidak mendapat pendidikan tambahan seperti kelas tuisyen dan juga perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa atau penjaga mereka dalam aspek pendidikan.

Rajah : Taburan Responden Mengikut JantinaJadual: Profil respondenResponden Jawatan Pekerjaan ibubapa/ penjaga

L1Murid biasaPekerja kilang

L2Murid biasaPeniaga

L3Pustakawan sekolahPekerjaan sendiri

L4Pengawas sekolahPekerjaan sendiri

L5Murid biasaPekerja kilang

P6Wakil sukan sekolahPekerja kilang

P7Murid biasaPeniaga

P8Murid biasaPolis

P9Pengawas sekolahPekerja kilang

P10Pengawas sekolahPesara

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN5.1Perancangan TindakanTerdapat pelbagai model yang boleh digunakan untuk membuat kajian. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang akan dijalankan menggunakan model Model kajian Kurt Lewin, Kemmis & Mc Taggart. Berdasarkan model ini, terdapat empat eleman yang penting iaitu merancang, bertindak dan memerhati dan mereflek (Chee,2010).Rajah 5.1: Model Empat Fasa Kurt Lewin 1948

5.1.1 Fasa MerancangPada fasa pertama Model Kurt Lewin iaitu fasa perancangan, pengkaji telah menjalankan sebuah sesi tinjauan literatur bagi memastikan fokus kajian ini adalah relevan dengan masa kini dan akan memberikan manfaat kepada murid-murid dan guru-guru di seluruh dunia.Pelbagai rujukan telah dilakukan oleh pengkaji menggunakan pelbagai resos di laman sesawang, Perpustakaan IPG, Perpustakaan SEOMEO RECSAM di Pulai Pinang san bahan bacaan tambahan sendirian. Setelah meneliti topik kajian ini dan menghubungkaitkan dengan dapatan dan penyelidikan oleh ahli pendidikan yang lain, pengkaji telah meneruskan hasrat untuk menjalankan kajian di salah sebuah sekolah di Pulau PinangDi sekolah kajian ini dijalankan, pengkaji memilih sebuah kelas Tahun 4 untuk menjalankan kajian ini kerana pengkaji mendapati murid-murid pada tahap ini adalah sesuai dengan kajian disebabkan pengenalan kepada KSSR dan pengajaran pecahan ini terdapat pada tahap tersebut. Maka, murid-murid tahap ini amat bersesuaian dengan kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji.Pengkaji telah berjumpa dengan guru kelas tersebut dan juga guru mata pelajaran Matematik kelas tersebut untuk mendapatkan pendapat dan mengetahui tahap kebolehan serta masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Pengkaji juga turut masuk kedalam kelas bagi memperkenalkan diri dan seterusnya mengenal pasti tahap kefahaman dan kemampuan murid dalam topik yang dikaji. Sepanjang siri pemerhatian tersebut, kesemua pemerhatian telah ditulis dalam bentuk nota lapangan oleh pengkaji untuk disimpan sebagai bukti kepada setiap pemerhatian dan kesimpulan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap tahap kefahaman murid dalam topik yang dikaji.Seterusnya, pengkaji melaksanakan sebuah temu bual bagi menentukan kaedah literature dan minat responden dalam literatur secara terperinci untuk digunakan dalam sesi intervensi. Temu bual ini dilaksanakan secara tidak formal bagi mengetahui perasaan sebenar responden terhadap subjek matematik dan pengajaran guru tanpa bahan manipulative dan secara tradisional.5.1.2 Fasa MelaksanaFasa seterusnya adalah melaksanakan tindakan dalam kajian ini, menggunakan LCD Box bagi operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.Fasa ini dimulakan dengan menjalankan Ujian Pra (Lampiran) ke atas responden untuk merekodkan pengetahuan responden terhadap operasi asas pecahan. Prestasi responden direkodkan dalam bentuk skor untuk digunakan pada penghujung kajian untuk melihat keberkesanan kajian ini. Ujian Pra ini mengandungi 10 soalan subjektif iaitu 5 soalan penambahan pecahan dan 5 soalan penolakan pecahan. Aspek kelemahan responden dicatatkan supaya dapat digunakan untuk menganalisa kelemahan dan pemahaman responden kelak. Seterusnya, Soal selidik Pra diberikan kepada murid bagi mengenali aspek minat serta pendapat murid terhadap pembelajaran topik pecahan ini. Borang Soal Selidik diberikan kepada sepuluh orang responden bagi menentukan pendapat mereka sebelum sesi intervensi dilaksanakan. Pendapat dari aspek minat serta kefahaman adalah dikenal pasti berdasarkan kepada pembelajaran mereka menggunakan kaedah tradisional. Dalam proses pelaksanaan Ujian Pra, sesi pemerhatian dilaksanakan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilaksanakan oleh mereka. Selepas itu, pengkaji memulakan sesi intervensi dengan menggunakan konsep LCD Box. Senarai semak pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti beberapa aspek sebelum selesainya sesi intervensi iaitu Senarai Semak Pemerhatian (Pra). Jadual 5.1: Tahap Pelaksanan Sesi IntervensiTahap Aktiviti

Penambahan pecahan menggunakan LCD BoxMemperkenalkan LCD Box dalam operasi penambahan pecahan berlainan penyebut mengikut langkah yang teraturMemberikan latihan setelah selesai melaksanakan sesi intervensi

Penolakan Pecahan menggunakan LCD BoxMemperkenalkan LCD Box dalam operasi penolakan pecahan berlainan penyebut mengikut langkah yang teraturMemberikan latihan setelah selesai melaksanakan sesi intervensi

Lembaran kerjaSetiap responden menjawab soalan4 soalan penambahan pecahan4 soalan penolakan pecahan

Senarai semak pemerhatianMengisi borang senarai semak berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan

Selepas selesai 3 sesi intervensi, pengkaji menjalankan Ujian Pasca (Lampiran) kepada responden menggunakan bentuk ujian yang sama seperti ujian pra. Soalan-soalan ujian pasca mempunyai bentuk yang sama seperti ujian pra tetapi nilai yang berlainan. Ujian pasca ini juga dijalankan selama 30 minit dibawah penyeliaan pengkaji. 5.1.2.1 Tahap Penambahan pecahan menggunakan LCD BoxAktiviti 1: Memperkenalkan LCD Box kepada murid bagi penambahan pecahan berlainan penyebut.Langkah 1: Melukiskan sebuah kotak atau jadual terdiri daripada 3 baris dan 2 lajur. Murid diminta untuk menuliskan nombor penyebut bagi pecahan yang digunakanContohnya adalah:

Rajah 12 : Contoh ayat matematik bagi operasi penambahan berlainan penyebut46

123456

Rajah 13 : LCD Box dimana murid perlu mengisi sifir 4 dan 6

Langkah 2: Menuliskan sifir bagi 4 dan juga 646

12345614=424=834=1244=1654=2064=2416=626=1236=1846=2456=3066=36

Rajah 14 : LCD Box dimana murid telah mengisi sifir 4 dan 6Langkah 3: Mengenal pasti pekali yang sama dan paling kurang bagi sifir 4 dan 646

123456481216202461218243036

Rajah 15 : Murid mengenalpasti pekali yang sama dan paling kecil

Langkah 4: Mengenal pasti gandaan bagi sifir 4 dan 6Murid mengenalpasti bahawa gandaan bagi sifir 4 adalah 3 manakala gandaan bagi sifir 6 adalah 2.46

123456

12

12

Rajah 16 : Murid mengenalpasti gandaan bagi sifir 4 dan 6Langkah 5: Memasukkan gandaan yang dipilih kedalam ayat matematik yang diberikanBerdasarkan kepada gandaan yang telah dipilih, murid akan mendarabkan pecahan yang diberikan dalam ayat matematik tersebut.

Rajah 17: Murid memasukkan gandaan yang dipilih kedalam ayat matematik dan mendarabkannya

Langkah 6: Murid menyelesaikan ayat matematik yang diberikan kepada mereka

Rajah 18: Murid menunjukkan penyelesaian bagi ayat matematik tersebut5.1.2.2 Tahap Penolakan pecahan menggunakan LCD BoxAktiviti 1: Memperkenalkan LCD Box kepada murid bagi penolakan pecahan berlainan penyebut.Langkah 1: Melukiskan sebuah kotak atau jadual terdiri daripada 3 baris dan 2 lajur. Murid diminta untuk menuliskan nombor penyebut bagi pecahan yang digunakan

Contohnya adalah:

Rajah 19 : Contoh ayat matematik bagi operasi penolakan berlainan penyebut69

123456

Rajah 20 : LCD Box dimana murid perlu mengisi sifir 6 dan 9Langkah 2: Menuliskan sifir bagi 6 dan juga 969

12345616=626=1236=1846=2456=3066=3619=929=1839=2749=3659=4569=54

Rajah 21 : LCD Box dimana murid telah mengisi sifir 6 dan 9

Langkah 3: Mengenal pasti pekali yang sama dan paling kurang bagi sifir 4 dan 669

1234566121824303691827364554

Rajah 22 : Murid mengenalpasti pekali yang sama dan paling kecilLangkah 4: Mengenal pasti gandaan bagi sifir 6 dan 969

123456

18

18

Rajah 23 : Murid mengenalpasti gandaan bagi sifir 6 dan 9Langkah 5: Memasukkan gandaan yang dipilih kedalam ayat matematik yang diberikanBerdasarkan kepada gandaan yang telah dipilih, murid akan mendarabkan pecahan yang diberikan dalam ayat matematik tersebut.

Rajah 24: Murid memasukkan gandaan yang dipilih kedalam ayat matematik dan mendarabkannyaLangkah 6: Murid menyelesaikan ayat matematik yang diberikan kepada mereka

Rajah 25: Murid menunjukkan penyelesaian bagi ayat matematik tersebut5.1.2.3 Tahap Lembaran kerjaPelaksanaan lembaran kerja adalah diberikan kepada responden bagi menilai mereka secara formatif dan kuantitatif. Setiap sesi intervensi dijalankan dengan memberikan setiap responden lembaran kerja dan perlu dilaksanakan menggunakan kaedah ini.lembaran kerja ini dilaksanakan dalam buku mereka.5.1.2.3 Tahap PemerhatianPengkaji menjalankan sesi pemerhatian menggunakan senarai semak pemerhatian dan melihat perkembangan murid daripada sebelum kepada selepas sesi intervensi. Pengkaji akan menilai perubahan yang berlaku dan mengaitkan dengan persoalan kajian.5.1.3 Fasa MemerhatiPemerhatian merupakan fasa seterusnya merujuk kepada Model Kurt Lewin. Pada fasa ini, pengkaji menganalisa kesemua data yang telah dikumpul ketika fasa pelaksanaan sama ada kuantitatif atau kualitatif.Data utama yang dikaji oleh pengkaji adalah keputusan ujian pra dan pasca. Kedua-dua keputusan ujian ini direkodkan dalam bentuk jadual dan keputusannya disbanding oleh pengkaji untuk melihat perubahan pada tahap prestasi responden sebelum dan selepas intervensi dilakukan.5.1.4 Fasa RefleksiFasa terakhir dalam kajian ini ialah mereflek dimana pengkaji mengenalpasti segala kebaikan dan kekurangan dalam kajian tindakan yang telah dijalankan. Kebaikan, kelebihan , kelemahan, kekurangan kajian ini dilakukan oleh pengkaji dari aspek pengkaji, intervensi kajian, pelaksaan kajian, responden dan keputusan kajian.Pengkaji merumuskan segala keputusan yang dikumpul bagi menyimpul keberkesanan kajian tindakan ini. Pada penghujungnya, pengkaji menentukan sama ada kitaran kedua harus dilakukan atau tidak.

5.4Perancangan Pelaksanaan Tindakan5.4.1Jadual Pelaksanaan TugasanKronologi perlaksanaan kajian tindakan ini boleh dirumuskan melalui jadual 11 di bawah:Bil.AktivitiTarikh

1.Mengenalpasti masalah dan data awal17 Januari 2014

2.Menghantar draf pertama kertas cadangan28 Januari 2014

3.Menemu bual guru Matematik7 Februari 2014

4.Mendapatkan kumpulan sasaran10 Febuari 2014

5.Merancang tindakan15 Febuari 2014

6.Menjalankan soal selidik sebelum intervensi23 Febuari 2014

7.Menjalankan Ujian Pra14 Mac 2014

8.Membuat pemerhatian dan analisis terhadap ujian pra17 Mac 2014

9.Melaksanakan intervensi (kaedah LCD Box)7 April 2014

10.Melaksanakan Ujian Pasca21 April 2014

Jadual 4: Kronologi Pelaksanaan Kajian Tindakan

5.4.2Carta GanttCarta Gantt Pelan Tindakan

AktivitiJadual Pelaksanaan

JanuariFebuariMacApril

172871015231417721

Mengenalpasti masalah dan data awal.

Menghantar draf pertama kertas cadangan.

Menemu bual guru matematik.

Mendapatkan kumpulan sasaran.

Merancang tindakan

Menjalankan soal selidik sebelum intervensi.

Menjalankan Ujian Pra

Membuat pemerhatian dan analisis terhadap ujian pra

Melaksanakan intervensi (kaedah LCD Box)

Melaksanakan ujian pasca

5.4.3Kos KajianBil.BahanKuantiti x harga seunitJumlah Kos (RM)

1.Kertas cetak A-43 x RM8.00RM24.00

2.Pencetak katrij5 x RM10.00RM50.00

3.Kertas Mahjung5 x RM1.00RM5.00

4.Alat tulis2 x RM3.00RM6.00

5.Buku catatan1 x RM3.50RM3.50

6.Fotostat bahan-RM15.00

Jumlah RM103.50

.

5.2Cara Mengumpul DataSetiap tindakan dan instrumen dalam kajian ini dicatatkan dan dikumpulkan datanya untuk dianalisis dengan mendalam dan rapi. Beberapa cara pengumpulan data yang spesifik yang digunakan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat dengan teliti dalam kajian ini. Kesemua kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji meliputi kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji adalah: a) Ujian Pra & Ujian Pascab) Soal selidik c) Pemerhatian

5.2.1Ujian Pra & Ujian PascaUjian Pra (lampiran A) akan dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam topic yang dikaji. Ujian ini adalah penting untuk mengetahui dahulu kelemahan murid sebelum langkah atau kaedah yang sesuai diperkenalkan bagi mengatasi masalah tersebut. Ujian Pasca(lampiran B) pula dilaksanakan selepas memperkenalkan kaedah yang dikaji bagi mengetahui keberkesanan kaedah yang digunakan dan juga perkembangan murid selepas penggunaan kaedah tersebut. Terdapat sebanyak 10 soalan dalam Ujian Pra iaitu 5 soalan bagi operasi penambahan pecahan berlainan penyebut dan 5 soalan bagi operasi penolakan pecahan berlainan penyebut. Bagi Ujian Pasca, sebanyak 10 soalan juga akan diberikan iaitu 5 soalan bagi operasi penambahan pecahan berlainan penyebut dan 5 soalan bagi operasi penolakan pecahan berlainan penyebut. Masa yang diperuntukan untuk murid menjawab soalan tersebut adalah sebanyak 30 minit bagi setiap ujian yang dilaksanakan. Keputusan ujian adalah dianalisis berdasarkan skor markah seperti di atas. Setiap markah akan diberikan skor peratus dan gred untuk menilai tahap pencapaian murid 5.2.2Soal SelidikBorang Soal Selidik digunakan untuk mengetahui minat dan penilaian kendiri murid serta pendapat murid terhadap operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut sebelum diajarkan kaedah yang dikaji ini. Soal selidik ini dapat membantu dalam mengetahui keberkesanan kajian dari perspektif murid sendiri. Terdapat 5 item yang telah digunakan dalam soal selidik ini dan soal selidik ini dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu sebelum intervensi dilaksanakan dan juga selepas intervensi dilaksanakan. Respon yang diterima daripada responden telah direkodkan.5.2.3PemerhatianPemerhatian dilaksanakan terhadap kumpulan sasaran bagi mengenal pasti tahap kebolehan dan juga kefahaman murid terhadap topik yang dikaji ini. Pemerhatian dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas matematik dan secara spesifiknya adalah sewaktu mempelajari topik penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut.Pemerhatian ini dilaksanakan bagi mengetahui kaedah yang digunakan oleh murid bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan topik tersebut dan kesilapan yang sering dilakukan. Pemerhatian turut dilaksanakan terhadap respon mereka terhadap beberapa situasi yang dapat dilihat dalam sesi intervensi tersebut. 6.0TINJAUAN LITERATUR

Pembelajaran berlaku hanya jika individu dapat membina idea baru kepada pengetahuan sedia ada mereka. Teori Pembelajaran Penemuan, Bruner (1960) mengatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila individu memilih dan menginterpretasi maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental. Ini memberikan makna berbeza dan membentuk pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang diberikan.Melalui ini, adalah dapat dinyatakan bahawa matematik adalah sebuah subjek yang perlu diberikan perhatian dan pegajaran seharusnya perlu lebih bermakna dan dapat memberikan mereka peluang untuk membina pengetahuan sendiri. Tidak semua murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru sekiranya menggunakan kaedah yang sama sahaja. Oleh itu, seorang guru tersebut harus membawa perubahan kepada pengajarannya dan menggunakan pelbagai kaedah yang penting dan berguna kepada mereka. Jika guru tidak berusaha memahami tahap penguasaan murid, maka guru tidak mampu menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk disesuaikan dengan tahap penguasaan dan pemahaman murid yang berbeza. Beliau juga turut menyatakan bahawa kehilangan minat belajar dalam kalangan murid disebabkan oleh kaedah pengajaran guru yang membosankan.Tan (1993) dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam tulisannya yang bertajuk Nota Sejarah Matematik menyatakan bahawa pecahan mula dikenali oleh orang Babylon pada zaman kuno. Ini jelas menunjukkan bahawa pecahan merupakan antara bidang terawal yang wujud di dunia dan merupakan antara tunjang utama dalam mata pelajaran Matematik. Pecahan merupakan satu konsep Matematik yang abstrak dan sukar difahami serta dikuasai oleh murid-murid terutamanya murid sekolah rendah. kenyataan ini disokong oleh Jaya Seelam (1999) yang menyatakan bahawa topik pecahan adalah salah satu topik yang mencabar bagi murid-murid. Menurut Reys (2004) perkembangan konsep berlaku 3 langkah atau perkembangan iaitu konkrit, semikonkrit serta abstrak. Ketiga-tiga tahap ini adalah penting dalam membina kefahaman murid-murid berkenaan dengan konsep penambahan dan penolakan terutamanya. Penggunaan kaedah lama yang hanyalah abstrak dan tidak menarik akan menyebabkan murid hilang tumpuan dan tidak dapat belajar dengan sebaik-baiknya. Dengan membawa satu kaedah yang baru, kaedah yang berbentuk konkrit atau semi konkrit, murid akan secara langsung akan menunjukkan peningkatan dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut.Salah sebuah topik yang dianggap sebagai mencabar adalah pecahan. Pecahan merupakan konsep yang harus difahami dengan sepenuhnya dan bukan hanya dipelajari. Pembelajaran haruslah bermakna dan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh pengalaman yang bermakna juga. Penggunaan bahan manipulative, jadual dan sebagainya adalah sangat berguna dan membina suasana dan pengalaman bermakna dalam kalangan murid-murid dan pembelajaran akan berlangsung secara langsung.Kenyataan ini membawa kepada pengenalan LCD Box yang merupakan sesuatu yang berbeza daripada biasa. Murid yang selalunya menggunakan satu kaedah sahaja akan mula berfikir bahawa bentuk lazim merupakan satu-satunya kaedah untuk menyelesaikan penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut. Adalah penting untuk mempunyai unsur visualisasi. Menurut Zazkis (1996, seperti dinyatakan dalam Fatimah, 1999), visualisasi adalah tindakan seseorang individu dengan menghubungkaitkan konstruk dalaman dengan perkara yang boleh didapati melalui kepekaan. Hasil yang terbina daripada visualisasi terdiri daripada sebarang imej visual sesuatu objek atau situasi yang diterima oleh individu. Selain itu, visualisasi merupakan proses mental seseorang individu itu menggambarkan objek atau situasi (Bishop, 1989). Menyokong pendapat di atas, Gravemeiher (1997) menyatakan bahawa tugas seseorang guru adalah menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi yang memainkan peranan adalah murid itu sendiri melibatkan diri dalam proses pembentukan ilmu berdasarkan perkara yang dialami. Maka dengan itu, adalah penting bagi seseorang untuk menggunakan kaedah yang dapat menarik perhatian dan minat murid bagi meningkatkan pencapaian murid dalam Matematik dengan penglibatan yang optimum daripada murid itu sendiri. Dengan ini, LCD Box yang merupakan sebuah kaedah baru dan mempunyai aspek visualisasi digunakan. LCD Box ini diperkenalkan dan digunakan bagi mengkaji dan cuba untuk memberikan pembelajaran bermakna kepada murid dalam topik penambahan dan penolakan dalam pecahan berlainan penyebut. Kaedah ini membawa kepada pemahaman dengan penggunaan rajah yang merupakan semi konkrit dan tidak memerlukan murid mengingati langkah tetapi lebih kepada memahaminya. LCD Box ini mampu memberikan pemahaman yang konkrit kepada murid tersebut. Mereka dapat menggunakan kotak ini bagi memahami konsep tersebut dengan lebih baik dan jelas. Ini dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan mengaplikasikan konsep yang unuk ini, maklum balas yang diperoleh daripada guru-guru yang menggunakannya adalah sunggu menarik dan merangkumi skop yang luas dan bukan sahaja aspek kognitif murid-murid (Nelson, 2012).Dalam topik-topik tertentu seperti pecahan yang merupakan topik yang abstrak, penggunaan bahan manipulatif serta jadual adalah amat penting bagi memperkembangkan proses pemahaman konsep Matematik yang sistematik dan bermakna (Brat & Abreu-Sanches,2010). Ini memberikan mereka pengalaman yang bermakna. Penggunaan LCD Box ini mampu memberikan mereka perkembangan pemahaman melalui penerokaan yang menjadi kunci kepada pemahaman proses sesuatu konsep. James W Heddens menyatakan bahawa demonstrasi oleh guru menggunakan bahan manipulative sahaja tid

RUJUKAN

Anderson G. (1999). Fundamental of Educational Research, (2nd Edition), London: Falmer.

Chee, K. M. (2010). Kajian Tindakan: Dari Proses ke proses. Pulau Pinang: Red House Printing Creative Production.

Dywer. (1978). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publising Sdn Bhd.

Dale, E. (1964 & 1965). Audio visual methods in teaching. New York: The Dryden Press.

Kennedy, L.M. & Tipps, S. (2000). Guiding childrens learning of mathematics (9th ed.). USA: Wadsworth Thompson Learning

Mertler, C.A. (2009). Action Research: teacher as researchers in the classroom (2nd Ed). USA: Sage Publications.

Mok, S. S. (2008). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar. Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Reys, R.E. , Suydam, M. N. & Lindquist, M. M. (1995). Helping Children learn mathematics (4th Ed.). USA: Ally and Bacon.

Tajul Ariffin Ahmad (1998). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lampiran

Soal Selidik Selepas Intervensi DijalankanLampiran 1

Nama : ________________________________Kelas: ___________Jantina :________Skala :(1) sangat tidak setuju (2) tidak setuju(3) setuju(4) sangat setujuBulatkan pilihan skala anda berdasarkan pernyataan di atas.Bil.SoalanSkala

1Saya dapat memahami operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut1234

2Saya dapat membuat latihan operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut1234

3Saya dapat belajar topik pecahan menggunakan LCD-BOX1234

4Kaedah LCD-BOX adalah lebih mudah difahami berbanding dengan kaedah pengiraan biasa. 1234

5Saya dapat menyelesaikan soalan tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut dengan lebih mudah menggunakan LCD-BOX.1234

6Saya memahami dan menguasai topik tambah dan tolak pecahan1234

7Penggunaan LCD-BOX dapat meningkatkan prestasi saya dalam kemahiran tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut1234

8Saya gembira dengan hasil yang diperoleh dengan menggunakan kaedah LCD-BOX1234

Soal selidik sebelum intervensi dijalankan Lampiran 2

Nama : ________________________________Kelas: ___________Jantina :________Skala :(1) sangat tidak setuju (2) tidak setuju(3) setuju(4) sangat setuju Bulatkan pilihan skala anda berdasarkan pernyataan di atas.Bil.SoalanSkala

1Saya dapat memahami operasi penambahan dan penolakan pecahan berlainan penyebut1234

2Saya suka membuat latihan yang melibatkan topik pecahan.1234

3Saya merasakan topik pecahan adalah topik yang sukar dan tidak dapat diselesaikan1234

4Saya dapat memahami kaedah yang digunakan oleh guru bagi mengajar topik pecahan1234

5Saya melibatkan diri dengan aktif sewaktu sesi pengajaran berlangsung.1234

6Saya memahami segala apa yang diajar oleh guru.1234

7Saya menguasai topik pecahan dengan baik.1234

8Saya akan bertanya kepada guru sekiranya tidak faham apa yang diajar1234

9Saya merasakan bahawa kaedah yang digunakan adalah menarik1234

Ujian Pra Sebelum IntervensiLampiran 3

Nama : ___________________________________Kelas : _________________

Jawab soalan berikut. 1) + =

2) + =

3) + =

4) + =

5) + =6) + =

7) ) + =

8) ) + =

9) ) + =

10) ) + =

Markah :20

Ujian Pasca Selepas IntervensiLampiran 4

Nama : ___________________________________Kelas : _________________

Jawab soalan berikut. 1) + =

2) + =

3) + =

4) + =

5) + =6) + =

7) ) + =

8) ) + =

9) + =10) + =

Markah :20

Lampiran 5

Maklumat RespondenBil.RespondenBilanganAdik-beradikPekerjaan BapaPekerjaan Ibu

1Responden A4PolisSuri rumah

2Responden B4Pembantu AwamSuri rumah

3Responden C3PeniagaSuri rumah

4Responden D2PolisSuri rumah

5Responden E5Pemandu LoriSuri rumah

6Responden F4MechanikGuru

7Responden G5Pembantu StorSuri rumah

8Responden H3Pekerja KilangPekerja Kilang

9Responden I2Pem. Perkhidmatan AwamJururawat

10Responden J4Peniaga Pasar MalamSuri rumah

Temu Bual Bersama Guru Matematik Kelas 4 AmanahLampiran 6

Berikut merupakan soalan bagi temu bual yang akan dijalankan kepada guru Matematik bagi responden yang dipilih.a) Sudah berapa lamakah puan telah menjadi guru Matematik bagi kelas 4 Amanah?b) Boleh puan ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang kebolehan kognitif para responden?c) Bolehkah puan terangkan serba sedikit mengenai perkembangan akademik para responden dalam subjek Matematik?d) Apakah kaedah pengajaran yang puan gunakan untuk mengajar topik pecahan bagi kelas ini?e) Bagaimanakah penglibatan para responden dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kelas?f) Bagi pendapat puan, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk mengajar Tahun 4 terutamanya dalam topik tambah dan tolak pecahan berlainan penyebut?

38