Promosi & publisiti
-
Upload
student-uitm-cawangan-sabah -
Category
Business
-
view
3.399 -
download
7
description
Transcript of Promosi & publisiti
BENGKEL PENGURUSAN SENI
PROMOSI & PUBLISTI
Adakah produksi seni memerlukan pemasaran?
SENI UNTUK SENI
SENI UNTUK PASARAN
SENI UNTUK SEMUA
PEMASARAN PADA
DASARNYA ADALAH PROSES TUKAR
MENUKAR
PEMASARAN adalah 1 proses yang mbantu
produksi seni menukarkan suatu karya
seni kepada khalayak dengan sesuatu (nama, kedudukan, wang) yang
diperlukan oleh sesebuah produksi seni tersebut.
Penentuan sasaran khalayak
Penentuan nama sesebuah produksi
Prinsip-prinsip pemasaran
Perancangan pemasaran Perancangan promosi
Langkah-langkah
pemasaran
Penentuan sasaran khalayak
• Jumlah khalayak • Jumlah duit masuk • Nama baik produksi seni
Langkah-langkah
pemasaran
Penentuan nama sesebuah produksi
• Menjadi pilihan utama • Harus seiring dan sejalan dengan sasaran asal sesebuah produksi seni tersebut.
Langkah-langkah
pemasaran
Prinsip-prinsip pemasaran (6 P)•Product (produk) – apa yang ditawarkan •Publics (khalayak) – siapa yang akan menonton •Price (harga) – harga tiket / setiap psembahan •Place (tempat) – lokasi tayangan/ psembahan •Production (produksi) – bagaimana ingin memenuhi keinginan khalayak•Promotion (promosi) – apa yang perlu dilakukan untuk membuatkan masyarakat menjadi khalayak
Langkah-langkah
pemasaran
Perancangan pemasaran
* Perancangan pemasaran perlu di rangka secara teliti dengan menjawab prinsip-prinsip pemasaran (6 P) tersebut.
Langkah-langkah
pemasaran
Perancangan promosi
Langkah-langkah
pemasaran
PROMOSI & PUBLISITI Mengadakan aktiviti promosi dan publisiti yang
berkesan dan strategik adalah penting bagi kejayaan sesuatu produksi seni yang dilaksanakan. Kaedah bagi pelaksanaan publisiti boleh dibuat dengan
menggunakan flyer, media elektronik ataucetak, poster, risalah atau kombinasi semua kaedah tersebut. Bagaimanapun pemilihan kaedah publisitI
dan promosi yang akan dijalankan hendaklah mengambil kira peruntukan yang diluluskan dan juga
kumpulan sasaran bagi sesuatu produksi seni tersebut.
PROMOSI
•Promosi adalah komponen dalam campuran pemasaran yang menekankan teknik yang berkesan untuk menjual produk.
•Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk khalayak/pelanggan sasaran untuk menontonnya atau menggunakan perhidmatannya.
MAKSUD PROMOSI
TEKNIK
PROMOSI
Poster Banner Bunting brosur pamphlet Flyer Iklan Radio
TEKNIK PROMOSI
JENIS-JENIS PROM
OSI
E-Marketing Pengiklanan Promosi jualan Jualan peribadi Pemasaran langsung Perhubungan awam
JENIS-JENIS PROMOSI
E-MarketingJENIS-JENIS PROMOSI
• E-marketing adalah pemasaran produk atau perkhidmatan melalui internet. E-marketing juga dikenali sebagai i-marketing, web-marketing ataupun online-marketing.
• Pemasaran internet semakin meluas dalam lingkungan e-mel dan media tanpa wayar.
E-MarketingJENIS-JENIS PROMOSI
KELEBIHAN
• Risiko yang sangat rendah• Pengurangan kos dan tenaga melalui penggunaan
elektronik.• Pendedahan produk dan perkhidmatan dapat
ditingkatkan.• Dapat menarik minat pelanggan.
E-MarketingJENIS-JENIS PROMOSI
KEKURANGAN
• Bergantung kepada teknologi rangkaian.• Kurang keselamatan isu keperibadian.
• Persaingan yang kuat.
PengiklananJENIS-JENIS PROMOSI
Pengiklanan merupakan satu cara komunikasi pemasaran yang dirancangkan
untuk memberitahu dan memujuk pelanggan menontonnya atau
menggunakan perhidmatannya.
PengiklananJENIS-JENIS PROMOSI
PengiklananJENIS-JENIS PROMOSI
JENIS-JENIS IKLAN
Iklan penerangan• Memperkenal jenama baru dipasaran• Ada maklumat harga, kegunaan, cara guna, keistimewaan barangan
untuk mengelakkan keraguan pengguna.
Iklan memujuk• Persaingan sesuatu barangan semakin hebat di pasaran• Bentuk keyakinan pengguna dengan menerangkan kelebihan jenama,
bandingkan dengan jenama lain .
Iklan mengingat• Pengguna sentiasa mengingat sesuatu jenama• Di siarkan berulang-ulang • Barangan telah lama di pasaran.
PengiklananJENIS-JENIS PROMOSI
MEDIA PENGIKLANAN
› Media cetak Surat khabar Majalah
› Media elektronik Televisyen Radio
› Sekitar kampus Poster, bunting, banner (jelas, jangan terlalu banyak perkataan,
permainan warna) Pengumuman Radio kampus Media sosial
PengiklananJENIS-JENIS PROMOSI
KELEBIHAN
• Liputan pasaran baik.• Penerimaan meluas.• Kos rendah.• Menarik perhatian.
KEKURANGAN
• Jangka hayat pendek• Kualiti pengeluaran semula yang tidak baik
• Kos yang tinggi (majalah)• Perhatian yang rendah (radio)
Promosi Jualan JENIS-JENIS PROMOSI
Promosi jualan ialah merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk
menggalakkan pembelian atau jualan produk.
Promosi Jualan JENIS-JENIS PROMOSI
JENIS PROMOSI JUALAN
Promosi Pengguna
• Mendorong pelanggan menontonnya atau menggunakan perhidmatannya.• Pelanggan ditawarkan pakej, hadiah, potongan harga, bergambar bersama,
PUBLISITI
Publisiti adalah 1 hebahan yang mengandungi maklumat tertentu yang ditujukan kepada khalayak ramai atau
khusus melalui media penyiaran atau liputan meluas. Ianya merupakan satu komponen promosi yang
merupakan komponen pemasaran jua.
MAKSUD PUBLISITI
1 PRODUKSI : 2 PUBLISITI
* Jika ahli produksi bekerja 8 jam sehari, bahagian publisiti pula akan bekerja 16 jam sehari kerana
promosi dan publisti berjalan tanpa henti.
PUBLISITI
Kejayaan sesuatu aktiviti publisiti bergantung kepada kecekapan merancang strategi publisiti dan
mengenalpasti sasaran media serta pada masa yang sama mempunyai peristiwa yang layak diberitakan dari sudat
pandangan pihak media. Publisiti boleh membantu produksi seni mencapai banyak kejayaan.
TUJUAN PUBLISITI
1. Merealisasikan impian sesebuah produksi seni.2. Mengenalpasti sasaran khalayak.
3. Memberi maklumat kepada media.
PUBLISITI
HOW MUCH YOU KNOW ABOUT THE PRODUCT?
PUBLISITI
5W 1H WHY?
WHERE?
WHAT?
WHO? WHEN? HOW?
TUGAS BAHAGIAN PUBLISITI
1. Kenyataan Media2. Penyediaan Kenyataan Media3. Jemputan Media4. Publisiti Dalam Kampus5. Penyediaan Press Kit6. Pengurusan Media7. Penafian Melalui Media8. Memastikan Kehadiran Media9. Publisiti Media
Memberikan berita @ laporan kepada media cetak dan elektronik (tv & radio)
Kenyataan Media (Press Release)
Merupakan suatu kenyataan ringkas yang disediakan untukmenyampaikan maklumat (mengenai aktiviti, perkhidmatan,produk, pencapaian, individu dan lain-lain) yang berguna, tepatdan menarik untuk sebaran media
Jemputan Media
1. Tujuan program diadakan.2. Tarikh, masa dan tempat berlangsungnya program.3. Nama perasmi yang telah mengesahkan kehadirannya.4. Nama pegawai yang boleh dihubungi.5. Tentatif program.6. Maklumat tambahan (jika berkaitan).
menghantar jemputan media seminggusebelum program bermula melalui faks dan e-mel kepadapertubuhan media seperti Berita Harian, Utusan Malaysia,Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, New Straits Times, TheStar, The Sun, Malay Mail, TV3, RTM, TV9, Astro, ntv7, 8TV,Bernama, Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, Oriental DailyNews, China Press, Guang Ming Daily dan Tamil Nesan.
Penyediaan Press Kit
Press Kit kebiasaannya berupa paper bag dan folder, perlu disediakan oleh pihak penganjur dengan mengisi semua bahan seperti di bawah:
1. Buku Atur Cara atau Buku Program atau Pamplet dan lain-lain risalah yang mengandungi perjalanan dan penerangan sesuatu majlis.
2. Salinan teks ucapan tetamu yang dijemput untuk memberi ucapan seperti yang terkandung dalam atur cara majlis.
3. Salinan teks ucapan menteri yang dijemput (kebiasaannya lewat diterima). Pihak urusetia perlu memastikan (menghubungi pegawai kanan menteri) mengenai teks ucapan menteri. Teks itu akan disampaikan terus kepada wakil media sekiranya tidak sempat dimasukkan ke dalam press kit.
Penyediaan Press Kit
4. Pihak penganjur juga digalakkan untuk menyediakan PressRelease bagi program yang diadakan.
5. Pihak universiti menggalakkan pihak penganjur yang menganjurkan sesuatu program supaya memasukkan risalah atau brosur mengenai universiti dalam kit tersebut.
6. Cenderahati kebiasaannya diberi kepada wakil media yang membuat liputan dengan memasukkannya ke dalam press kit. (t-shirt, mug, pen)
Penyediaan Press Kit
7. Menyediakan tag nama yang mengandungi tanda nama "Press” kepada wakil media jika program tersebut berkaitan dengan bengkel atau seminar yang berlangsung lebih daripada sehari.
8. Bagi majlis yang dihadiri menteri, bahagian publisiti disaran menyediakan 20 press kit berbanding 10 press kit bagi majlis yang tidak dihadiri menteri.
9. Press kit perlu diberi kepada semua wakil media sama ada wartawan dan jurugambar akhbar, majalah, televisyen, radio dan media alternatif.
Pengurusan Media
Pihak penganjur perlu memastikan perkara-perkara berikutsemasa majlis perasmian atau pelancaran sesuatu program:
1. Menyediakan tempat pendaftaran wakil media di kawasanyang strategik (tempat laluan utama)
2. Memastikan wakil media menulis nama, syarikat mediamereka, nombor telefon, e-mel dan bekas untuk meletakkankad nama mereka (ia penting jika terdapat sebarangmaklumat penting yang tidak sempat diberitahu sebaiksahaja wakil media meninggalkan majlis)
3. Tempat duduk wakil media dikhaskan di barisan hadapan(tidak sebaris dengan tetamu kehormat atau tetamu khas)bagi memudahkan mereka membuat liputan
4. Menyediakan tempat press conference yang sesuai tertaklukkepada permintaan media (tidak semestinya di tempatberlangsungnya majlis)
5. Mendapatkan pandangan setiausaha akhbar menteri samaada perlu press conference atau tidak (Kadangkala menteritidak mahu membuat PC kerana jadualnya yang ketat)
6. Menyediakan pelajar, pensyarah, penyelidik yang telahdihubungi lebih awal supaya pihak media dapat menemubualmereka (sekiranya aktiviti melibatkan kejayaan individu)
7. Menyediakan tempat jamuan yang sesuai untuk wakil mediadalam majlis berkenaan.
8. Berbincang dengan kumpulan jurugambar wakil media jikaterdapat permintaan khas untuk sesi fotografi bersamatetamu jemputan, sebelum maklum balas mereka disampaikan kepada pengacara majlis.
9. Bahagian Publisiti perlu mencatat isi penting yang tiada dalam teks ucapan seseorang perasmi atau tetamu jemputan bagi tujuan maklumat media.
10.Memastikan pegawai bahagian publisiti bersama-sama NaibCanselor/ Rektor semasa Press Conference sekiranya terdapatpertanyaan wakil media yang lebih terperinci atau berkaitanPerangkaan
11. Memastikan Bahagian Keselamatan telah memberitahupengawal yang bertugas di beberapa pintu masuk supayamemberi kerjasama kepada wakil media yang akan datangmembuat liputan pada hari tersebut
Memastikan Kehadiran Media
Berikut adalah panduan umum apabila menghubungi editormedia melalui telefon bagi memastikan kehadiran wakil mediadalam sesuatu majlis:
1. Minta disambungkan ke meja pendidikan (untuk majlis yangtidak dihadiri menteri/timbalan menteri) atau disambungkanke meja berita (untuk majlis yang dihadiri menteri)2. Perkenalkan diri: “Saya Rokiah dari Bahagian Promosi & Publisiti Produksi Seni. Saya ingin tahu sama ada(nama media: contoh Berita Harian) akan cover assignmentUiTM malam ini/esok atau tidak”.
3. (Jika mereka bertanya lanjut tentang majlis/tempat/kehadiranVIP/menteri, pastikan anda mempunyai maklumat terperinciuntuk menjawab)
4. Jika mereka tidak mendapat maklumat, katakan, ”Pihak kamitelah faks pada (tarikh) yang lalu dan akan mengirim semulafaks sebentar lagi”.
5. ”Boleh saya tahu sebab (nama media) tidak cover?”(jika mereka tidak membuat liputan)
6. ”Terima Kasih” (setelah mendapat jawapan)
Publisiti Media
Publisiti yang diberi oleh wakil media kepada majlis universititerbahagi kepada empat situasi. Bahagian Publisiti sewajarnya memahami situasi berkenaan untuk mengelak harapan terlalu tinggiterhadap liputan media.
1. Program Yang Tidak Dihadiri MenteriLuasnya liputan media (kehadiran wakil media) dalam program bergantung kepada betapa besarnya impak nilai beritanya.
2. Program Yang Dihadiri MenteriKehadiran ramai wakil media bukanlah ukuran pentingnya majlis tersebut. Barangkali kehadiran wakil media didorong oleh kehadiranMenteri atau Timbalan Menteri hingga mereka berminat untukbertanya isu selain daripada produksi tersebut.
3. Program Kerjasama Media (Penganjur Bersama)Kerjasama produksi seni dengan media selaku penganjur bersamadigalakkan kerana program tersebut dijamin mendapat liputanmeluas media sebelum dan selepas program. Bagaimanapunkelemahan kaedah kerjasama ini ialah tiada wakil media lainyang berminat untuk membuat liputan.
4. Sidang Akhbar (Press Conference)Sidang Akhbar kebiasaannya dibuat sekiranya terdapatsesuatu penjelasan isu atau pengumuman. Jumlahkehadiran media tidak dapat dijangka kerana bergantungkepada nilai berita di sebalik isu atau pengumuman tersebut.
TERIMA KASiH DAUN KELADI…
Sekian...