Projek Susu Sekolah
-
Upload
aerieattha -
Category
Documents
-
view
463 -
download
11
description
Transcript of Projek Susu Sekolah
LATAR BELAKANG
Projek susu sebagai makanan tambahan untuk murid-
murid sekolah rendah bermula pada 1983. Ia bertujuan
untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan
murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat
meminum susu.
Projek Susu 1Malaysia adalah usaha bersepadu tiga
kementerian – Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
Program perlaksanaan ini membentuk perkembangan
mental, sosial dan jasmani murid-murid sekolah rendah
di seluruh negara.
Penghargaan harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
bukan sahaja susu dihantar ke sekolah-sekolah di luar bandar, malah murid-murid
sekolah di kawasan pendalaman turut tidak ketinggalan kerana bekalan susu masih
sampai kepada mereka walaupun hanya terdapat beberapa murid di sekolah
tersebut dan bekalan perlu melalui sungai dan hutan.
Program bantuan susu sekolah yang dimulakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid -
murid sekolah rendah terutama di sekolah-sekolah luar bandar. Murid-murid
sekolah diberi susu Ultra High Temperature (UHT) sebanyak sekali seminggu. Bagi
menjamin susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis
panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.
Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu
Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan
amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010
program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu
1Malaysia (PS1M).
SKOP
Garis panduan ini meliputi langkah-langkah kawalan di setiap peringkat rantaian
bekalan susu sekolah iaitu di peringkat pengilang, pengedar dan sekolah yang
terlibat dalam pengendalian bekalan susu sekolah melibatkan penyimpanan,
pengangkutan dan pengedaran susu UHT.
KEJAYAAN PS1M
PS1M ternyata merupakan satu program
yang berjaya. Kanak-kanak sekolah,
terutamanya di kawasan pendalaman,
amat menggemari minum susu yang enak.
Malah, ramai di kalangan mereka yang
menanti-nanti susu yang dihantar dua kali
seminggu.
PSIM berjaya meningkatkan kedatangan
murid me sekolah. Ia selaras dengan aspirasi pertama di bawah Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mencapai 100 peratus kadar
kemasukan ke sekolah merentas semua peringkat pendidikan menjelang 2020.
Oleh itu, matlamat sebenar program PS1M ditepati, iaitu membangunkan sebuah
generasi baru sihat, cerdas serta membantu mengatasi masalah kekurangan zat
makanan.
Kerajaan telah membelanjakan RM103 juta bagi tahun 2013 untuk pemberian susu
dua kali seminggu yang meliputi 1.4 juta murid di seluruh negara.
Program PS1M tertumpu kepada murid sekolah yang menerima Rancangan
Makanan Tambahan (RMT) sahaja layak untuk mendapatkan susu percuma. Ia juga
termasuk murid-murid sekolah di luar bandar dan pendalaman.
PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin
yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar
mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan
murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan
kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan
murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri
daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang
berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan
Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke
seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu
yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela,
sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid
sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai
Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain
sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.
Objektif Program:
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui
pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam
Skim Susu Bayaran
ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio
ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu
Percuma
iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui
penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan
Malaysia.
iv. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector
swasta.
v. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya
berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek
pelajaran.
vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang
melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
vii. Meningkatkan lagi taraf kesihatan murid dan amalan pemakanan melalui
makanan seimbang dan tabiat minum susu.
viii. Menggalakkan murid suka minum susu.
ix. Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan berkenaan dengan
makanan seimbang dan amalan harian.
Garis panduan ini memberi panduan kepada pengilang, pengedar dan juga
kepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu sekolah bagi memastikan
susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid di bawah Program Susu Sekolah
adalah selamat.
Aktiviti Yang Dijalankan
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak. Setiap murid akan
menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali seminggu
JAWATANKUASA PROJEK SUSU 1 MALAYSIA SK TAMAN RIA
PENASIHAT
Pn. Noral Aishah Binti Harun
PENGERUSI
Pn. Norida Sabarina Bt Ahmad
NAIB PENGERUSI
Pn. Rusnani Bt Zakarya
SETIAUSAHA
En. Mohd Najib @ Mohd Hatta B Haji Saad
BENDAHARI
Pn Rodziah Bt Mat
Semua Guru Kelas
Tugas Jawatankuasa Rancangan Makanan Tambahan
(Rmt) Dan Program Susu Sekolah (Pss)
1. Mengurus dan mengenalpasti murid-murid yang berkelayakan menikmati
program
2. RMT dan PSS melalui kerjasama guru kelas.
3. Menyediakan menu dan memastikan penyedia makanan RMT mematuhinya.
4. Menyelia dan menilai kualiti dan kebersihan makanan.
5. Mengadakan taklimat dan peraturan kepada guru bertugas dan murid
terbabit.
6. Mengadakan jadual waktu bertugas guru mengurus pembahagian RMT.
7. Mengurus rekod, stok dan laporan-laporan yang kemaskini dan teratur.
8. Memastikan peralatan bagi kegunaan RMT sempurna dan bersih bagi
mengelak berlaku keracunan.
9. Arahan-arahan yang diberikan oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan (HEM)
dari semasa ke semasa.
Projek Susu Sekolah