PROJEK SEJARaH bangunan bersejarah
description
Transcript of PROJEK SEJARaH bangunan bersejarah
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANSERI KEMBANGAN,
43300 SERI KEMBANGAN,SELANGOR DARUL EHSAN.
_____________________________________________________________________
Kerja Kursus Sejarah Penilaian Menengah Rendah
Tahun 2009
Bangunan Bersejarah di Malaysia:
Bangunan Sultan Abdul Samad
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
_____________________________________________________________________
Nama :
Nombor I/C:
Tingkatan: 3 Daisi 5
Guru Subjek: Pn. Jehan binti Abdullah
Senarai Kandungan:
_____________________________________________________________________
No. Aspek Muka Surat
1 Senarai Kandungan 1
2 Penghargaan 2
3 Objektif kajian 3
4 Kaedah Kajian 4
5 Pengenalan 5
6 Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad 6
7 Asal-usul Bangunan 7
8 Pengasas 8-9
9 Tarikh Pembinaan 9
10 Perletakkan Batu Asas 10
11 Lokasi 11-12
12 Tujuan Pembinaan 13-14
13 Kos Pembinaan san Upacara Perasmian 15
14 Reka Bentuk Pelan 16-17
15 Bahan-bahan Pembinaan 18
16 Pengubahsuaian 19
17 Hiasan Dalaman dan Keistemawaan Bangunan 20-22
18 Kegunaan Dahulu dan Sekarang 23
19 Cara Pembinaan 24
20 Rumusan 25-26
21 Lampiran 27-3_
22 Rujukan 3_
Penghargaan:
_____________________________________________________________________
1
Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, saya telah menghadapi beberapa
cabaran yang agak menyulitkan. Namun, kerja kursus ini tetap dapat dijayakan atas
bantuan dan kerjasama yang telah diberi daripada beberapa pihak.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru subjek Sejarah
Tingkatan 3, Pn. Jehan bt. Abdullah yang telah banyak memberi penerangan dan
tunjuk ajar mengenai format kerja kursus Sejarah PMR. Beliau juga membimbing dan
membetulkan kesilapan dalam proses penghasilan projek ini.
Sekalung budi kepada kedua-dua ibu bapa saya, En. _________dan
Pn.__________, kerana telah memberi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh
penghasilan projek ini. Tidak dilupakan Pn. ___________yang telah telibat sebagai
responden dan sudi ditemu bual. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada
rakan sekelas 3 Daisi 5 dan rakan saya kerana sudi berkongsi maklumat berkaitan
dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Saya amat berterima kasih kepada pihak-pihak yang telah terlibat dan sudi
memberi bimbingan, sokongan serta kerjasama sepanjang tempoh penghasilan projek
ini.
Objektif Kajian:
_____________________________________________________________________
2
Kerja kursus Sejarah ini telah merangkumi beberapa objektif kajian seperti yang
berikut:
1) Mengenal pasti sejarah dan latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.
2) Mengetahui reka bentuk dan ciri-ciri Bangunan Sultan Abdul Samad.
3) Mengetahui tujuan Bangunan Sultan Abdul Samad dibina.
4) Kepentingan dan peranan Bangunan Sultan Abdul Samad semasa peristiwa-
peristiwa yang penting.
5) Membuat perkaitan antara Bangunan Sultan Abdul Samad dengan rakyat
Malaysia.
6) Menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah dalam
kalangan rakyat, kerana bangunan-bangunan tersebut melambangkan
keistimewaan sesebuah Negara.
7) Menerapkan unsur-unsur nilai murni dan patriotisme dalam kalangan pelajar.
Kaedah kajian:
_____________________________________________________________________
3
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang
diperlukan dalam penghasilan kerja kursus ini.Kaedah yang telah saya gunakan
adalah seperti yang berikut:
1) Rujukan
– Saya telah merujuk dan menganalis maklumat daripada buku-buku ilmiah,dan
ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan seperti Perpustakaan Hipermedia MPSJ
dan perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang
telah saya pilih.
2) Media
– Saya telah menganalisi media masa dan media cetak seperti internet, majalah-
majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut
mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan fahaman yang jelas
mengenainya.
3) Pemerhatian
–Saya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni bina dan keistimewaan
bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.
4) Temu Bual:
- Saya telah menemu bual emak saya, Pn. Koay Lai Keok mengenai Bangunan Sultan
Abdul Samad. Hasil temu bual telah saya masukkan dalam Elemen 1 kerja kursus ini.
Pengenalan:
_____________________________________________________________________
4
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan tertua yang terdapat di
bandar Kuala Lumpur. Bangunan tersebut mempunyai reka bentuk yang tersendiri
dan istimewa. Walaupun sudah berumur melebihi 100 tahun, bangunan tersebut tetap
merupakan salah satu tumpuan pelancong yang hangat. Bangunan Sultan Abdul
Samad telah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan negara kita.
Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah menjadi Pusat Pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat dilihat pada poskad, setem serta lukisan-
lukisan. Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan warisan dan masih
dilindungi keaslian reka bentuknya.
Nama Lain Bagi Bangunan Sultan Abdul Samad:
_____________________________________________________________________
5
Pada mula pembinaannya bangunan itu dikenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the
New Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan (Federal
Secretariat) yang dguna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum
berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pada asalnya bangunan tersebut hanya
disebut sebagai “Bangunan” sahaja sebelum ditukar kepada nama Bangunan Sultan
Abdul Samad sempena pemerintah bagi negari Selangor yang memerintah dari tahun
1857 hingga 1898. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga dikenali oleh
pelancong negara asing sebagai Kuala Lumpur’s Big Ben dan Kuala Lumpur’s Grand
Old Lady.
Jam besar yang terdapat pada menara setinggi itu pula dikenali sebagai “jam
kemerdekaan” kerana jam tersebut berdenting 12 kali pada tepat jam 12.00 malam, 30
Ogos 1957. Pada masa yang sama, bendera Union Jack telah diturunkan dan
digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu (Jalur Gemilang) oleh saudara
Hamzah Alang.
Asal-usul bangunan:
6
_____________________________________________________________________
Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini bermula dari tahun 1889, iaitu setelah
W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri Selangor. Pada
masa itu, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di Kuala Lumpur
tidak begitu menonjol dan menarik. Justeru, beliau telah merancang untuk membina
sebuah bangunan kerajaan yang boleh menempatkan semua jabatan-jabatan kerajaan
Negri-negeri Melayu Bersekutu. Maxwell telah membawa Charles Edwin Spooner
dari Ceylon (Sri Lanka) sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan Pengarah
Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman sebagai arkitek.
Beliau memilih sebuah tempat yang keluasannya 1035 hektar.
Pengasas:
7
_____________________________________________________________________
Setelah W.E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di negeri
Selangor pada 1889, bangunan-bangunan kerajaan dan rumah kedai yang dibina di
Kuala Lumpur tidak begitu menonjol dan menarik, di samping ingin membangunkan
negeri Selangor sebagai pusat pentadbiran. Lantaran itu, Maxwell telah membawa
Charles Edwin Spooner dari Ceylon sebagai Jurutera Negeri (State Engineer) dan
Pengarah Jabatan Kerja Raya dibantu oleh Arthur Charles Alfred Norman dan
Bellamy sebagai arkitek. Selaku arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD), Arthur Charles
Alfred Norman merupakan arkitek dan perancang bagi beberapa bangunan yang
penting seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Sri Carcosa, Sekolah Victoria
Institution dan sebagainya. Beliau menghabiskan masa di benua Afrika dan mendapat
ilham daripada masjid di India seperti Taj Mahal yang membawa kepada ciri senibina
Moor (Moorish) dalam arkitektur Bangunan Sultan Abdul Samad.
Regent Alfred John Bidwell telah melukis pelan ketinggian (elevation plan)
manakala A.C. Norman menyediakan pelan tampak. Reka bentuk yang dikemukakan
oleh mereka ialah English Classical Renaissance. Namun, C.E. Spooner selaku
Jurutera Negeri dan penyelia tidak begitu bepuas hati dengan reka bentuk yang
dikemukakan, kerana berasa reka bentuknya tidak begitu sesuai dengan iklim dan
persekitaran di Kuala Lumpur.
Lantaran itu, A.C. Norman telah mengadaptasi seni bina yang berunsurkan
Muslim India dan Eropah, iaitu seni bina Mohametan. Seni binanya yang berbentuk
“Saracenic” sebenarnya dihasilkan oleh pengikut-pengikut Nabi Mohammad. Seni
bina “Saracenic” ini turut mempunyai beberapa nama yang lain, misalnya seni bina
Moslem dan seni bina Moorish.
8
Bangunan yang dipengaruhi bangunan awam di India ini menonjolkan dua
stail unik: kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang
klasik (classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat
aspek dekorasi yang bercirikan “Raj style” mencerminkan fungsi utama pembinaanya
di rantau ini.
Susunan umum pelan (susunan pejabat-pejabat) tersebut tidak ditukar, hanya
bahagian luarnya yang diubah kepada seni bina Mohametan. C.E. Spooner terlebih
dahulu turut berpendapat bahawa bangunan yang bercirikan unsur-unsur Timur sesuai
dibina di Kuala Lumpur. Bangunan Sultan Abdul Samad yang berunsurkan reka
bentuk Mohametan dianggarkan menelan belanja sebanyak $152,000.
_____________________________________________________________________
Tarikh pembinaan:
Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dari tahun 1894 hingga April, 1897 (2
tahun 7 bulan)
_____________________________________________________________________
Perletakan Batu Asas:
_____________________________________________________________________
9
Pada 6 Oktober 1894, Gebenor Negeri-Negeri Selat, H.E. Sir Charles BH
Mitchell KCMG telah menggunakan satu kulir perak untuk meletakkan batu asas.
Satu cekungan yang berada di bawah batu asas tersebut, Gabenor Mitchell telah
meletak sekeping duit Yen (Jepun), duit syling Negari-negeri selat, sekeping bijih
timah yang dilombong oleh The Straits Company serta senaskah akhbar Selangor
Journal. Gabenor Mitchell turut mengatakan bahawa memang satu peristiwa yang
mulia untuk membina pejabat-pejabat awam yang sesuai kerana perkhidmatannnya
yang memuaskan, tetapi perkhidmatan yang diberi haruslah lebih cemerlang supaya
dapat bekerja dalam bangunan tersebut.
Gambar 1: Perletakkan batu asas oleh H.E. Sir Charles B.H. Mitchell KCMG.
Lokasi:
_____________________________________________________________________
10
Bangunan Sultan Abdul Samad berada di antara pertemuan Sungai Klang
dengan Sungai Gombak. Kedudukannya boleh dikatakan amat strategik kerana
bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Berhadapan
dengan Dataran Merdeka di mana tiang bendera tertinggi di dunia berada dan Kelab
Diraja Selangor, Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di Jalan Tunku Abdul
Rahman dan di belakangnya ialah Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan
Mahkamah Persekutuan.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan pertama yang berdiri
megah di tapak berbentuk segi tiga, iaitu terletak di antara Jalan Raja (Jalan Tuanku
Abdul Rahman) dengan Jalan Belanda yang melengkari ke arah barat sepanjang
sungai Gombak dan Sungai Klang. Kawasan tersebut yang landai merupakan sebuah
tapak paya bekas lombong.
Berdekatan dengan Bangunan ini ialah sebuah gereja besar yang bernama St.
Mary Cathedral iaitu di mana Ratu Elizabeth II telah membuat lawatan baginda ke
Malaysia pada tahun 1998. Gereja tersebut merupakan salah satu gereja yang tertua di
Malaysia. Selain itu, Masjid Jamek turut tidak jauh dari sini.
11
Gambar 2: Peta menunjukkan kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.
12
Tujuan Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad:
_____________________________________________________________________
Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan
kerajaan sebagai pusat pentadbiran British di Selangor ( sebelum itu terletak di
Klang). ketika itu dan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur dengan menonjolkan
imej seni bina Islam yang menarik. Bangunan Sultan Abdul Samad dibina bertujuan
untuk menempatkan semua jabatan pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di
bawah satu bangunan pentadbiran berpusat. Sultan Abdul Samad memerintah negeri
Selangor dari 1857 hingga 1898 setuju Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor .
Berikut merupakan jabatan-jabatan, pejabat-pejabat serta majlis-majlis yang
ditempatkan di Bangunan Abdul Samad:
1) Pejabat Sekretariat Kerajaan dan Negeri Selangor
2) Pejabat Kerja Raya
3) Pejabat Residen Jeneral
4) Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (Public Works Department District Office)
5) Pejabat Tanah
6) Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner))
7) Pejabat Audit dan Pembendaharaan
8) Pejabat Pos
9) Jabatan Galian
10) Majlis Mesyuarat Negeri (Council Chamber)
11) Lembaga Kebersihan (Sanitary Board)
12) Pejabat Pendaftaran Perkahwinan
Setiap jabatan dan majlis mempunyai pejabat yang tersendiri. Hal ini
menunjukkan corak pengurusan yang sistematik. Di tingkat 1 terdapat Pejabat Daerah
13
Jabatan Kerja Raya, Jabatan Galian, Pejabat Audit dan Pembendaharaan. Di tingkat 2
pula ditempatkan Pejabat Sekretariat Kerajaan, Bilik Mesyuarat Majlis Negeri
(Council Chamber), Lembaga Kebersihan, Pejabat Residen Jeneral, Pejabat
Sekretariat serta jabatan-jabatan yang lain. Tidak dilupakan Pejabat Pendaftaran
Perkahwinan turut berada di dalam bangunan tersebut. Di samping itu, Bangunan
Sultan Abdul Samad menempatkan beberapa mahkamah seperti Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada tahun 1987, Mahkamah Agung Malaysia (Mahkamah
Persekutuan), Mahkamah Rayuan dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah
Tinggi Malaya (di bawah Kementerian Kehakiman). Kini, Bangunan Sultan Abdul
Samad dijadikan pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KPKKW).
Gambar 3: Batu plat di Bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan Mahkamah
Persekutuan pernah ditempatkan di bangunan tersebut.
Gambar 4: Mohd. Shafie menandatangani plat semasa majlis penyerahan
Bangunan Sultan Abdul Samad Kepada KPKKW.
14
Kos Pembinaan:
_____________________________________________________________________
Kerajaan british telah mengehadkan bahawa kos bagi pembinaan bangunan
tersebut tidak melebihi RM231,000, tetapi kos pembinaan yang dianggarkan sebelum
pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad hanya RM150,000. Setelah pembinaan
bangunan ini siap pada April, tahun 1897, jumlah kos yang sebenar ialah RM152,824.
Kosnya yang beasr telah menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad bangunan yang
termahal di rantau itu ketika bangunan tersebut didirikan.
_____________________________________________________________________
Upacara Perasmian:
_____________________________________________________________________
Pada 4 April, 1897, bangunan tersebut telah dirasmikan oleh Frank
Swettenham K.C.M.C. selaku Residen Jeneral pada masa itu. Teks lengkap yang
disampaikan oleh C.E. Spooner semasa ucapan beliau dalam majlis perasmian
tersebut boleh didapati dalam Journal of Malaysian Branch of the Royal Asiatic
Society (JMBRAS), vol.65, tulisan The Bangunan Sultan Abdul Samad by J.M.
Gillick.
15
Reka Bentuk pelan:
_____________________________________________________________________
Regent Alfred John Bidwell melukis pelan ketinggian (elevation plan)
manakala A.C. Norman menyediakan pelan tampak yang berunsurkan reka bentuk
English Classical Renaissance. Tetapi C.E Spooner (penyelia) kurang bepuas hati
dengan reka bentuk yang dikemukakan. A.C. Norman telah mengadaptasi seni bina
yang berunsurkan Muslim India dan Eropah, iaitu seni bina Mohametan.
Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai keluasan 10,200 meter persegi
dan mempunyai ketinggian 57 meter. Bangunan ini mengunjur sepanjang 122 meter
di Jalan Tunku Abdul Rahman. Menara jam bangunan tersebut setinggi 43.6 meter,
manakala ketinggian bagi bangunan tersebut ialah 17.5 meter.
Seni bina jenis Mohametan dapat dilihat melalui 3 kubah-kubah yang
menghiasi bangunan tersebut. Sebelum itu, ketiga-tiga kubah tersebut berwarna hitam
agar tidak kelihatan begitu ketara dan dikesan oleh kapal-kapal terbang tentera musuh
(Jepun). Bangunan tersebut menonjolkan 2 stail yang unik, iaitu kehebatan
pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical
symmetry).
Di tengah-tengah bangunan ini yang berbentuk ladam, terdapat satu dataran
segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Kehadiran laman
ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini.
Selain itu, bangunan tersebut mempunyai satu tapak letak kereta yang disediakan khas
untuk hakim-hakim dan pegawai-pegawai mahkamah.
16
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1
Pelan Tingkat 2 Pelan Tingkat Mezanin
Gambar 5: Reka bentuk pelan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang
Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat
melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar hakim dan
bilik-bilik Mahkamah Agung. Ruang pejabat bangunan dikelilingi serambi yang
memberikan pengudaraan secara maksima.
17
Bahan-bahan Pembinaan:
_____________________________________________________________________
Pembinaan bangunan ini melibatkan penubuhan sebuah kilang di Brickfields,
Kuala Lumpur yang membekalkan bahan binaan diperlukan, iaitu
1) 4 juta batu-bata,
2) 2,500 tong simen,
3) 18,000 pikul kapur,
4) 5,000 paun tembaga,
5) 50 tan besi dan keluli,
6) 30,000 kaki padu kayu.
Batu-bata yang berkualiti berwarna merah dibawa dari India. Para pekerja terdiri
daripada kaum India. Antara kontraktor kecil yang membawa batu-bata ini ialah
Ghouse, yang berasal dari Chittagong, India (sekarang Bangladesh). Batu-bata ini
dibawa terus melalui Sungai Klang dan ada sebuah pangkalan berhampiran Masjid
Jamek sekarang.
18
Pengubahsuaian:
_____________________________________________________________________
Pada tahun 1971, bandar raya Kuala Lumpur telah dilanda banjir besar akibat
hujan lebat. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan pada sekitar tahun 1978.
dengan anggaran kos sebanyak RM 17.2 juta, kerja-kerja pengubahsuaian telah siap
sepenuhnya pada tahun 1984 (6 tahun). Pengubahsuaian bangunan hanya dilakukan
pada bahagian dalam bangunan tersebut. Kerja-kerja menyadur ketiga-tiga kubah
bangunan tersebut dengan tembaga telah dilakukan pada tahun 1982 yang ditanggung
kosnya sebanyak RM200,000 oleh kerajaan Australia. Bahagian luar dan kedudukan
asal bangunan tersebut tidak diubah. Apabila kerja-kerja pengubahsuaian tersebut
sudah siap, bangunan tersebut dirasmikan sekali lagi.
Pada bulan Disember, tahun 2007, kerja-kerja pegubahsuaian telah dijalankan
ke atas Bangunan Sultan Abdul Samad bagi menempatkan Pejabat Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) selepas
mendapat kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya. Kos pengubahsuaian ke atas
bangunan tersebut ialah lebih kurang RM 20 juta. Bahagian luar bangunan tersebut
tidak dijejaskan kerana ingin dipelihara kecantikan bangunan tersebut, sebagai salah
satu usaha pemeliharaan bangunan itu.
19
Hiasan Dalaman dan Keistimewaan Bangunan:
_____________________________________________________________________
Bahan bagi pembuatan lantai bagi Bangunan Sultan Abdul Samad ialah batu
paten India yang menggabungkan corak-corak geometri berunsurkan Islam.
Gambar 6: batu paten India yang mempunyai corak-corak geometri di Bangunan
Sultan Abdul Samad.
Terdapat verandah (lebar: 3.7m) yang melingkari bangunan tersebut.
Bangunan tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri yang istimewa dari aspek komposisi
karektor seperti stail, ragam hias serta penerapan unsur-unsur Islam pada gerbang
tingkap, pintu gerbang yang berbentuk ladam (arch), kubah potong bawang (dome)
serta struktur-struktur minaret yang bisasanya dapat dijumpai di masjid-masjid
(Cordova dan Mesir).
Jika diperhatikan dengan teliti, lengkungan pada tingkat atas adalah lebih kecil
daripada lengkungan yang terdapat di tingkat bawah. Pintu bagi bangunan diperbuat
daripada kayu berbentuk panel. Di samping itu, hampir semua tangga yang terdapat
dalam bangunan tersebut dibina dalam bentuk lingkaran. Bumbung condong (pitch) di
bangunan itu menggunakan genting berwarna merah. Di samping itu, terdapat kipas
pangkah pada siling bangunan itu yang perlu ditarik agar berfungsi.
20
Gambar 7 dan 8: Reka-reka bentuk yang terdapat pada bangunan tersebut.
Reka bentuk pada pintu dan tingkap gerbang adalah berbentuk ladam.
Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai 3 menara. Antara menara yang paling
menonjol ialah menara jam yang berusia lebih daripada 111 tahun. Jam yang terdapat
pada menara itu dihasilkan oleh Gillet Johnston Founders Croydon England pada
1897. Jam itu berfungsi secara mekanikal iaitu menggunakan kaedah bandul
pemberat, sistem takal dan gear serta perlu dikunci 2 kali seminggu. Jam ini telah
menyaksikan peristiwa penting seperti penurunan bendera Union Jack.
Terdapat beberapa pertukaran waktu yang telah berlaku:
1) 31 Disember, 1931, dipercepat 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
2) Tahun 1942, dipercepatkan 2 jam mengikuti waktu Tokyo, Japun. (semasa
Perang Dunia Kedua)
3) Tahun 1945, diselaraskan semula sama seperti tahun 1941
4) 1 Januari, 1982, dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu Sabah,
Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan menjadi “Malaysian Standard
Time”.
21
Tidak dilupakan bahawa terdapat banyak aktiviti, sambutan serta perarakan
yang dijalankan berdekatan/di Bangunan Sultan Abdul Samad, contohnya:
1) Sambutan kemerdekaan negara
2) Perarakan Citrawarna Malaysia
3) Sambutan Tahun Baru
4) Mengarak Panji-Panji Diraja
Gambar 10: Sambutan kemerdekaan bagi negara kita pada tahun 1957.
22
Gambar 9: Sambutan kemerdekaan diBangunan Sultan Abdul Samad.
Kegunaan Dahulu dan Sekarang.
_____________________________________________________________________
Bangunan Sultan Abdul Samad telah menempatkan banyak jabatan, pejabat
dan kementerian. Kini, bangunan tersebut berfungsi sebagai Pejabat Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW). Bangunan yang
bersejarah ini telah menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Majlis
Mesyuarat Negeri, Pejabat Residen Jeneral serta mahkamah.
23
- Pejabat Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
- Pejabat Residen- Jeneral.
- Pejabat Pos Besar.
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
- Jabatan Pembendaharaan.
- Jabatan Perakaunan.
- Majlis Mesyuarat Negeri.
- Pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW)
- Mahkamah Agung Malaysia. (sehingga bulan Mac 2007)
- Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Jenayah.
-Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kini.(2008- 2009)
Tahun 1978- 2007
Tahun 1958- 1977
Sebelum merdeka.
Selepas merdeka
masa
Garisan Masa bagi Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad:
Cara Pembinaan:
_____________________________________________________________________
Sebagai bangunan kerajaan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya
iaitu pada tahun 1894 hingga tahun 1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri-
ciri keistimewaan dari pelbagai budaya, seperti India dan Muslim. Penerapan unsur-
unsur seni bina ini dapat dilihat melalui pintu gerbang, kubah potong bawang dan
sebagainya. Reka bentuknya yang bersesuaian dengan iklim dan budaya di Malaysia
turut membolehkan bangunan tersebut menonjolkan kecantikannya. Seni bina bagi
bangunan tersebut adalah hampir sama dengan masjid-masjid, contohnya Masjid
Jamek yang kedudukannya tidak jauh dari bangunan itu.
24
Rumusan:
_____________________________________________________________________
Saya amat bersyukur kerana dapat menjayakan Kerja Kursus Sejarah PMR
Tahun 2009 yang bertema “Bangunan Bersejarah di Malaysia.” Saya telah memilih
Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai kawasan kajian saya.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan ikon atau simbol yang utama bagi
bandar raya Kuala Lumpur yang telah merekodkan banyak peristiwa-peristiwa
bersejarah. Bersamaan dengan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar
Petronas yang melambangkan era kemodenan, Bangunan Sultan Abdul Samad sering
dikaitkan dengan fakta-fakta sejarah Kuala Lumpur pada zaman pemerintahan British
dan Jepun. Namun demikian, bangunan ini tetap berdiri teguh di pusat bandar raya
Kuala Lumpur yang pesat membangun atas usaha kerajaan dan rakyatnya.
Kehadiran, keistimewaan serta identiti seni bina yang terkandung dalam
bangunan ini mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat
Malaysia dan pelancong negara luar. Bangunan tersebut yang telah melalui jalan
ranjau menuju ke arah kemerdekaan sehinggalah kini, bangunan ini menjadi tumpuan
hangat bagi para pelancong di samping menjana kemajuaan ekonomi negara kita.
Lantaran itu, Bangunan Sultan Abdul Samad bersama dengan Dataran Merdeka selalu
dipilih menjadi pusat utama bagi pelbagai jenis perayaan dan sambutan, misalnya
Samabutan Tahun Baru, Sambutan Hari Kemerdekaan serta acara-acara menarik yang
membabitkan promosi pelancongan negara kita.
25
Saya sedar betapa bertuahnya saya menjadi warganegara Malaysia kerana
negara kita mempunyai banyak keistimewaan yang ditinggalkan oleh zaman dahulu
dan telah melahirkan masyarakat majmuk serta budaya yang tersendiri. Saya turut
berasa bersyukur kerana dilahirkan di atas bumi yang mempunyai kesan peninggalan
sejarah yang sangat unik dan bermakna kepada rakyat Malaysia. Tanah air kita yang
telah dijajah melebihi 400 tahun telah memberi iktibar kepada kita semua.
“Untuk mara ke depan, kita perlu menoleh ke belakang,” itulah yang
dikatakan oleh Tun Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri Negara kita yang ke-5.
Kita haruslah mengambil iktibar dan menjadikan peristiwa-peristiwa yang telah
berlalu (sejarah) sebagai satu pengajaran dan peringatan agar tidak mengulangi
kesilapan tersebut pada masa akan datang. Keindahan nilai estetika dan seni warisan
ini dapat menjadi perangsang kepada rakyat dan kerajaan untuk terus mengekalkan
peninggalan sejarah tersebut.
Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari nilai kerjasama dan kesabaran
dalam mengahadapi cabaran sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini. Walaupun
penghasilan projek tersebut tidak berjalan begitu lancar, saya tetap dapat menyiapkan
dan menghantar folio sejarah tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan.
26
Lampiran:
_____________________________________________________________________
1) Foto-foto
2) Laman Internet: Portal rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia (KPKKW).
3) Panduan Melaksanakan Kerja Kursus.
4) Surat Kebenaran Melaksanakan Kerja Kursus Sejarah
5) Surat Makluman Menjalankan Kerja Kursus Sejarah
6) Contoh buku ilmiah (Insiders Kuala Lumpur)
27
Saya telah mengunjungi kawasan kajian: Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bangunan Sultan Abdul Samad diiktiraf sebagai salah satu daripada Warisan
Kebangsaan Negara.
28
Pintu depan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Bahagian dalam Bangunan Sultan Abdul Samad.
Portal rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
(KPKKW)
29
Tampak Hadapan Tampak Belakang
Tampak Kiri Tampak Kanan
Pelan tampak Bangunan Sultan Abdul Samad.
30
Rujukan:
_____________________________________________________________________
Saya telah merujuk kepada beberapa sumber yang berikut seperti:
1. Internet
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
• http://malaysiana.pnm.my
• http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad
• http://www.heritage.gov.my/main/announcement/1567
2. Buku Ilmiah
• Francis Dorai, 2005. Insight Guide Malaysia, United Kingdom: Lagensceidt
Publishers, Inc.
• Iman Suffiya, 2006. Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era Didik.
• Mohd. Zahari Ishak, 2006. Di Sebalik Simbol Kenegaraan, Melaka: Associated
Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.2.
• Lam Seng Fatt, 200 . Insiders Kuala Lumpur, Kuala Lumpur:
3. Orang Sumber
• Puan Koay Lai Keok, 49 tahun, No. 31, Jalan BS 5/5, Taman Bukit Serdang, 43300
Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
4. Surat Khabar
• Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28
5. Melawat Tempat Kajian
• Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50300 Kuala Lumpur.
31
Elemen 3:
_____________________________________________________________________
Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita semakin maju,
pembangunan yang terdapat di sekeliling kita adalah disebabkan oleh ekonomi yang
mantap. Bagi menjana ekonomi negara, kita perlu bersatu padu dalam melakukan apa-
apa perkara demi tanah air tercinta. Usaha memupuk semangat patriotik boleh
dilakukan melalui penghayatan bangunan-bangunan bersejarah.
Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia merupakan ikon bagi sesuatu
tempat. Contohnya, apabila kita menyebut nama Bangunan Sultan Abdul Samad, kita
akan mengaitkannya dengan bandar raya Kuala Lumpur. Kita haruslah berbangga
menjadi seorang rakyat Malaysia. Kita patut menghormati raja dan pemimpin negara
kita. Tanpa adanya raja-raja dan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, maka segala
kemajuan sesebuah negara akan terhenti. Selain itu, segala jasa dan perjuangan tokoh-
tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar haruslah kita semua
kenang dan hargai. Kita juga patut menghormati lambang-lambang negara, contohnya
bendera Jalur Gemilang, lagu kebangsaan dan jata negara. Lambang-lambang negara
menunjukkan kedaulatan dan kegemilangan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Di
samping itu, kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan
negara. Dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, memang
tanggungjawab kita semua untuk menghargai dan menghormati tradisi dan budaya
orang lain. Kita turut harus berbangga dengan sejarah negara kita yang telah memberi
kita banyak iktibar dan pengajaran.
32
Salah satu fokus utama kurikulum subjek Sejarah ialah melahirkan rakyat
yang bersemangat setia terhadap negaranya. Kita perlu cinta akan bangsa dan negara
kita di samping mengamalkan taat setia kepada raja dan pemimpin negara. Sebagai
rakyat Malaysia, kita perlulah sedia untuk berkorban demi bangsa dan negara kita.
Pejuang negara kita yang terkenal iaitu Leftenan Adnan merupakan teladan bagi kita
semua untuk bersifat berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan
negara tercinta. Kita juga patut peka kepada masalah dan isu-isu tentang bangsa dan
negara. Sebagai seorang warganegara Malaysia, wajiblah kita untuk bersyukur kerana
dapat menikmati kemajuan, pendidikan dan keamanan.
Selain itu, kita hendaklah mengamalkan semangat kekitaan kerana perpaduan
dan hidup berharmoni sesama diri merupakan penjana kemajuan negara kita. Kita
haruslah bertoleransi antara satu sama lain. Demi kesejahteraan semua, kita perlulah
bekerjasama dan saling membantu agar perkara yang hendak dilaksanakan lebih
mudah dan cepat diselesaikan. Di samping itu, kita juga patut bersikap bersefahaman
dan bermuafakat agar tidak berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.
Muhibah dan semangat bermasyarakat harus dipupuk dalam kalangan masyarakat
Malaysia atas usaha mencapai kegemilangan, bak kata “bersatu teguh, bercerai
roboh.”
Selaku warganegara Malaysia yang cinta akan tanah tumpah darahnya, kita
haruslah berdisiplin. Kita harus berakhlak dan berbudi pekerti mulia agar terus
dipandang tinggi. Kita perlulah mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan
Negara yang merupakan tulang belakang bagi kemajuan negara kita. Kita juga perlu
mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kita patut berkelakuan
sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi supaya tidak menjatuhkan maruah bangsa
dan negara kita. Dalam melakukan apa-apa perkara, kita perlu bertindak wajar dan
33
berfikiran rasional. Sikap amanah dan jujur turut perlu diamalkan. Tanpa mengira
apa-apa pun perkara atau situasi, kita mestilah bersikap adil dan bertimbang rasa.
Di samping itu, kita mestilah berusaha dan produktif semasa melakukan
sesuatu. Kita perlu bersikap rajin dan gigih. Kita juga perlu mengamalkan sikap
berdikari. Kita tidak patut bergantung pada orang lain atau selalu mengharapkan
bantuan orang lain. Semasa melakukan apa-apa perkara, cabaran atau masalah pasti
akan timbul. Justeru, kita haruslah abah menghadapi cabaran.
Kita semua sebagai warganegara Malaysia yang sedang mengorak langkah ke
arah kejayaan, wajib kita untuk merealisasikan impian-impian negara. Saya berasa
syukur kerana dilahirkan di sebuah bumi yang aman damai, maju dan sedang bergerak
ke arah kegemilangan.
34
Tugasan 2:
Tajuk: Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia?
_____________________________________________________________________
Dalam usaha negara kita mengorak langkah menuju kea rah kecemerlangan
dan kegemilangan di samping merealisasikan “Wawasan 2020” yang dirintis oleh
Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Seri Mahathir Mohamad, semangat
cinta akan negara atau patriotisme merupakan pendorong bagi mencapai kedua-dua
matlamat tersebut. Salah satu kaedah untuk menanam unsur-unsur patriotisme dan
semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan kita semua ialah melalui
pembelajaran di sekolah. Di sekolah, kita belajar pelbagai jenis subjek, seperti
Sejarah, Geografi dan Pendidikan Moral. Subjek-subjek tersebut bukan sahaja
mengajar kita tentang topic-topik yang diperuntukkan dalam buku-buku teks, tetapi
juga membina insan yang menjiwai semangat cintakan Negara dan menghargai
warisan-warisan bangsa negara kita. Nilai-nilai murni ini dapat dilihat dengan jelas
dalam subjek sejarah. Melalui subjek ini, kita dapat menghayati dan menghargai
“harta warisan” di tanah air kita.
Kerajaan negara kita kini sedang berusaha memelihara dan memulihara
bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Sebagai contoh, Bangunan Sultan Abdul
Samad yang diiktiraf sebagai warisan kebangsaan Negara kita telah berjaya menarik
ramai pelancong atas usaha kerajaan negara kita yang bertungkus-lumus
memeliharanya. Walaupun kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan terhadap
bangunan tersebut, keaslian pada bahagian luarnya tidak terjejas.
35
Dengan adanya kerajaan yang boleh dijadikan teladan dan pedoman, wajarlah
kita semua untuk menghayati, menghargai dan seterusnya mempertahankan ikon-ikon
Negara kita. Semangat ini haruslah dipupuk oleh semua rakyat Malaysia. Kita patut
berbangga atas kesan peninggalan sejarah di negara kita, kerana apa yang berlaku
pada masa dulu membentuk kita pada masa kini. Di samping itu, bangunan-bangunan
bersejarah turut menunjukkan Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang
berdaulat, walaupun pernah ditindas, dijajah serta dieksploitasi.
Rakyat yang mencintai warisan bangsa negaranya merupakan rakyat yang
mencintai tanah airnya. Di negara kita, banyak bangunan-bangunan bersejarah masih
lagi berdiri teguh dan megah di bumi tercinta ini. Melalui bangunan-bangunan
tersebut, kita turut boleh mencontohi “ketabahan” bangunan yang telah disirami hujan
lebat dan cahaya matahari yang terik. Seni bina bangunan bersejarah melambangkan
pemikiran seseorang (arkitek), kita sebagai generasi muda patut mengaplikasi
pemikiran kita yang kritis, kreatif dan berinovatif dalam melakukan apa-apa perkara.
Di sini, nyatalah bahawa usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia mampu menyemai semangat cinta akan
warisan bangsa. Kita selaku warganegara Malaysia haruslah mempertahankan
bangunan-bangunan bersejarah agar peristiwa-peristiwa yang terkandung padanya
tidak akan lupus. Kita haruslah menjaga warisan negara kita agar generasi yang akan
datang berpeluang melihatnya.
36
Tamat.
37