PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf ·...

86
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL BAHASA MELAYU BMM3083 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Semakan September 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Transcript of PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf ·...

Page 1: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL BAHASA MELAYU

BMM3083

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 (Semakan September 2014)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

Page 2: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 3: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

ii

Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kandungan ii

Kata Alu-aluan iii

Panduan Pelajar iv

Pengenalan v

Agihan Tajuk vi

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

1.1 Sinopsis

1.2 Hasil Pembelajaran

1.3 Definisi

1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu

Tajuk 2 & 3. Artikulasi dan Artikulator

2.1 Sinopsis

2.2 Hasil Pembelajaran

2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator

2.4 Alat-Alat Artikulasi

2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal

2.6 Diftong dan Konsonan

2.7 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan dalam Bahasa Melayu

2.8 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Page 5: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Tajuk 4. Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu

4.1 Sinopsis

4.2 Hasil Pembelajaran

4.3 Definisi

4.4 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong

4.5 Konsonan Asal, Pinjaman dan Gandingan

Tajuk 5. Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu

5.1 Sinopsis

5.2 Hasil Pembelajaran

5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu

5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu

5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu

Tajuk 6, 7, 8. Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu

6.1 Sinopsis

6.2 Hasil Pembelajaran

6.3 Vokal

6.4 Diftong

6.5 Konsonan

Tajuk 9. Fonem Dalam Bahasa Melayu

9.1 Sinopsis

9.2 Hasil Pembelajaran

9.3 Fonem Vokal

9.4 Fonem Konsonan

Tajuk 10. Fonem Suprasegmental Bahasa Melayu

10.1 Sinopsis

10.2 Hasil Pembelajaran

10.3 Tekanan

10.4 Nada

10.5 Jeda

10.6 Panjang Pendek

Page 6: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Tajuk 11. Latihan Sebutan dan Penyukuan Sebutan

11.1 Sinopsis

11.2 Hasil Pembelajaran

11.3 Vokal

11.4 Bunyi Konsonan

11.5 Diftong

Tajuk 12. Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan

Sebutan

12.1 Sinopsis

12.2 Hasil Pembelajaran

12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku

12.4 Pola Keselarasan Vokal

12.5 Sebutan Huruf Vokal

12.6 Huruf Diftong

12.7 Penggunaan Huruf Konsonan

12.8 Transkripsi Fonetik

12.9 Transkripsi Fonemik

Tajuk 13. Sebutan Baku Kata Terbitan

13.1 Sinopsis

13.2 Hasil Pembelajaran

13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu

13.4 Kata Terbitan

13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan

13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran

13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan

Rujukan

Panel Penulis Modul

Panel Pemurni Modul

Ikon Modul

Page 7: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PELAJAR

Page 8: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

vi

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 9: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

vii

Pengenalan

Kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMM 3083) merupakan

sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah

Rendah.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang

meliputi:-

Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Artikulasi dan Artikulator

Huruf-Huruf Dalam Bahasa Melayu

Simbol Fonetik dalam Bahasa Melayu

Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu

Fonem Dalam Bahasa Melayu

Transkrip Sebutan dan Penyukuan Sebutan

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

aktiviti bagi setiap tajuk dan diakhirnya pula para pelajar akan melaksanakan

2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses

pelengkap modul akses kendiri ini.

Page 10: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Nama Kursus : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Kod : BMM3083 Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan

tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

JUMLAH JAM MENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1

Tajuk 1: Fonetik dan Fonologi

Jenis-jenis fonetik Perbezaan Fonetik dan Fonologi. Pelaksanaan Sebutan Baku

Bahasa Melayu Intonasi dalam Bahasa Melayu Ejaan dan Sebutran

2

Tajuk 2 Artikulasi dan Artikulator

Definisi Artikulasi dan Artikulator Alat-Alat Artikulasi Alat-Alat Artikulasi Vokal Diftong dan Konsonan

Tajuk 3: : Artikulasi dan Artikulator

Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Tajuk 4 Huruf-huruf dalam Bahasa Melayu

Definisi Huruf Vokal, Konsonan

dan Diftong Bahasa Melayu

Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu

2

Tajuk 5: Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu

Simbol Vokal Bahasa Melayu Simbol Konsonan Bahasa

Melayu Simbol Diftong Bahasa Melayu

2

Tajuk 6: Fonetik Segmental Dalam Bahasa Melayu

Vokal Vokal Hadapan Vokal Belakang

AGIHAN TAJUK

Page 11: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Tajuk 7: Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu

Vokal Tengah Vokal dinasalkan Diftong

3

Tajuk 8: Fonem Segmental Dalam Bahasa Melayu

Konsonan Konsonan letupan Konsonan Geseran Konsonan Getaran Konsonan Getaran Konsonan Sengauan Separuh Vokal Konsonan Pinjaman

2

Tajuk 9: Fonem Dalam Bahasa Melayu

Fonem Fonem Vokal Fonem Konsonan

Tajuk 10. Fonem Suprasegmental dalam Bahasa Melayu

Tekanan Nada Jeda Panjang-pendek

4

Tajuk 11: . Latihan Transkripsi Sebutan dan Penyukuan Sebutan

Vokal Vokal Hadapan Vokal Belakang Vokal Tengah Bunyi Konsonan Konsonan Geseran Diftong

Tajuk 12: Latihan Transkripsi Sebutan Dan Penyukuan Sebura

Sebutan Bahasa Melayu Baku Pola Keselarasan Vokal Sebutan Huruf Vokal Huruf Diftong Panduan Sebutan Huruf Diftong Penggunaan Huruf Konsonan

Tajuk 13: Mentranskripsikan teks

Transkripsi Fonetik Transkripsi Fonemik

5

Tajuk 14: Sebutan Baku Kata Terbitan dan Pinjaman

Sebutan Baku Bahasa Melayu Kata Terbitan Sebutan Baku Kata Terbitan

Awalan Sebutan Baku Kata Terbitan

Apitan

Tajuk 15: Pengaplikasian sebutan baku

Amali Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan

Amali Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan

JUMLAH 10

Page 12: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

1.1 Sipnosis

Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep

fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi

ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.

Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik

mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat

fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi

sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem

tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan

kita.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;

ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;

iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;

iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

1.3 Definisi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut

manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apakah yang

dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyi-

bunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami

perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.

Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada

pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini

bermakna? Boleh ya, boleh tidak.

TAJUK 1 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Page 13: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat

artikulasi. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan

teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah

kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.

Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi

atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik

auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang

mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur

bunyi bahasa itu.

1.3.1 Fonetik Artikulasi

Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian

(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan

pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur

(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan

sebagainya.

1.3.2 Fonetik Akustik

Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah

gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat

diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang

diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

1.3.3 Fonetik Auditori

Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui

pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang

Aktiviti 1 Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.

Page 14: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat

mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi

tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu

fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya

peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

1.4 Perbezaan Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan

oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa

yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Fonetik pula bermaksud bidang yang

mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia

memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara

kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).

Aktiviti 1

1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat

msklumat tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.

2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.

1.5 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna

dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai

keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan

semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan

(2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan

Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah

sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut

dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah

berjalan serentak dengan KBSM (1988).

Page 15: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

1.6 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau

sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike

dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan

diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut

:

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah

dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan

juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata

terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu

bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa

Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal ‘a’

Sebutan Baku

Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,

tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja

dan dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan

a [a] saya

berapa

apa

[sa ya]

[be ra pa]

[a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Page 16: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada

terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’

perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku

kata tertutup dibunyikan dengan [e].

Contoh:

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau

Alih

Mukim

Hasil

[a lih]

[mu kim]

[ha sil]

[ a leh]

[mu kem]

[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak

pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu

dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata

tertutup dibunyikan dengan [o].

Contohnya:

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

Betul

Lanun

tutup

[be tul]

[la nun]

[tu tup]

[ be tol]

[la non]

[tu top)

Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa

Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Page 17: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

Pengajar

Pengedar

Terasa

Berlari

terangkat

[pe nga jar]

[pe nge dar]

[te ra sa]

[ber la ri]

[ter ang kat]

[pe nga ja]

[pe nge da]

[te ra sé]

[ber la ri]

[ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa

Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

i) Bahasa Indonesia

Sama bunyi

Anda

Merdeka

Berbeza bunyi

Bangsa

ii) Bahasa Arab

Sama bunyi

Fatwa

Takwa

Beza bunyi

Makna

iii) Bahasa Inggeris

Frasa

drama

[an da]

[mer de ka]

[bang sa]

[fat wa]

[tak wa]

[mak na]

[fra sa]

[dra ma]

[an da]

[mer de ka]

[bang sé]

[fat wa]

[tak wa]

[mak né]

[fra sa]

[dra ma]

1.7 Intonasi dalam Bahasa Melayu

Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan

hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama

Page 18: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat

pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan

empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai

nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2

memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu

mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan

bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan

frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

Sebutan bagi Nama Khas

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang

empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan Sebutan

Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]

James Bond [jéms bÕnd]

Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]

Lim Keng Yaik [lim kéng yék]

Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan

setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan Sebutan

Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]

Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]

Pyongyang [pyong.yang]

New Zealand [niu zi.lẼnd]

Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau

nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:

Page 19: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Ejaan Sebutan

Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]

Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]

Universiti Teknologi

Malaysia

[u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]

Agensi Pengiklanan

Multimedia

[a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau

[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan

bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara

pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.

Contohnya:

Ejaan Sebutan

Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)

(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)

UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific

and Cultural Organization)

UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization)

(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)

tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)

ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)

Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi

dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi,

atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

Ejaan Sebutan

DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)

TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)

Page 20: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan

Kemajuan Kampung)

RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)

PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)

(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

Page 21: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

2.1 Sipnosis

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk

menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang

digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi

diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.

Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta

konsonan dalam Bahasa Melayu.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti definisi artikulasi, artikulator, diftong dan konsonan

ii. Mengenal pasti alat-alat artikulasi, artikulasi vokal, diftong dan konsonan

iii. Menghuraikan jenis-jenis alat artikulasi, artikulasi vokal, artikulasi diftong dan

konsonan Bahasa Melayu

2.3 Definisi Artikulasi dan Artikulator

Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang

terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya

mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus

nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan

bunyi-bunyi bahasa.

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.

Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah,

bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi

termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan

ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat

didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

TAJUK 2 DAN 3

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Page 22: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

2.4 Alat-Alat Artikulasi

Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah,

bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah

artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah

bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan

hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan

bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,

1998:16-17).

2.5 Alat-Alat Artikulasi Vokal

Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan

enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.

Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan

berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang

berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat

peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan

kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu

sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula

terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang

ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

ui

Depan

hampar

Tengah

neutral

e

o

ε

a

Belakang

bundar

Tinggi (sempit)

Separuh tinggi

(separuh sempit)

Rendah (luas)

Separuh rendah

(separuh luas)

Rajah 2.1: Bahagian Lidah

Page 23: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan

bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat

dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε]

dan []. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan

yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk

melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.

2.6 Diftong dan Konsonan

Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63),

diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku

kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au]

dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan

Aktiviti 2

Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi

bahasa.

i._____________________________ vii.________________________

ii._____________________________ viii.________________________

iii._____________________________ ix.________________________

iv._____________________________ x.__________________________

v._____________________________ xi._________________________

vi._____________________________ xii.________________________ ___________________________

Page 24: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.

Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian

atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).

2.7 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh

membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #].

Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai

(Abdullah Hassan, 2006:42).

Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada

letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah

sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan

lain-lain.

2.8 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong

Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut

dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]

pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan

yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun,

iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai]

dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan

yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.

Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran,

malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).

Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama

ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara

akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p] [pulau]

(awal) dan [atap] (akhir).

Page 25: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan

dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.

Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang

menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]

digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula

digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi

sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk

menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru

akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan

malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan

terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh

hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga

mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang

melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa

Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan

bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga

sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik

menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan

[y].

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini

menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan

Page 26: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu

bunyi getaran, iaitu [r].

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi

bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n],

[r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak

bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak

bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara,

(iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi)

Geseran lelangit lembut bersuara.

Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi

atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat

kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa

menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [maaf] ‘maaf’.

Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan

geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vkal]

‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.

Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi

atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.

Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di

daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] ‘Selasa’

(thalatha), [inen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hade] ‘hadis’ (hadith). Cara mengeluarkan

geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara.

Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh

sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).

Page 27: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke

lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat

kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan

bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh

sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.

Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan

dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah,

ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’,

[loat] ‘loghat’, dan [bale] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini

sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-

perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran

gusi [r].

Aktiviti 3

1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris

berikut:

(i) ghairah (vi) balai

(ii) cabar (vii) laut

(iii) masyhur (viii) sepoi

(iv) dekad (ix) tekukur

(v) pulau (x) sarat

2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman

yang telah anda pelajari.

Page 28: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

4.1 Sipnosis

Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa

Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf

konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu

ii. Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu

iii. Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan

asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

4.3 Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan

dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami

sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan

rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan

melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu

dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian

sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan

perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu

satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah

Hassan,2006:44).

TAJUK 4

HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

Page 29: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

4.4 Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling

dan o. Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan.

Selain itu, terdapat juga tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam

Rajah 4.1 di bawah.

Huruf Diftong

Fonem / Bunyi Ejaan Sebutan

ai au oi

[ai] [au] [oi]

pantai pulau sepoi

[pan.tai] [pu.lau] [se.poi]

Rajah 4.1: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu

4.5 Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu

Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut

ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan

rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim

et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan

tersebut.

Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon)

tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara

sebutan, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan,

geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada

Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.

Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk

mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain

seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat

lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur) digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah,

Sa’odah, Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih

Page 30: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan

oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan

gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th.

Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng.

Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu,

empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch

menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).

Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi

Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan

kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan

gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun,

walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.

Aktiviti 4

Teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang

ditunjukkan.

1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan

Page 31: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Aktiviti 5 Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah

tersebut.

Cara Sebutan

Daerah Sebutan

Bib

ir

Gu

si

Gu

si-L

Ke

ras

Lela

ng

it

Ke

ras

Lela

ng

it

Lem

but

Pita

Su

ara

1 2 3 4 5 6

Letupan t

d G

Letusan č b j

Sengauan b

Geseran h

Getaran

Sisian l

Separuh Vokal b w

Page 32: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

5.1 Sipnosis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonetik dalam bahasa Melayu.

Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan

rangkap dan simbol diftong.

5.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti definisi simbol fonetik Bahasa Melayu, iaitu vokal, konsonan

dan diftong.

ii. Membanding beza jenis-jenis simbol fonetik Bahasa Melayu.

iii. Menggunakan simbol-simbol fonetik untuk mentranskripsikan petikan yang

diperdengarkan oleh rakan dan pensyarah dengan tepat.

.

5.3 Simbol Vokal Bahasa Melayu

Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu

bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa

bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan

hanya kepada ejaan Rumi sahaja.

Huruf Simbol Fonetik

a [a]

e (pepet) [e]

e taling [ə]

i [i]

o [i]

u [u]

Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu

TAJUK 5

SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU

Page 33: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

5.4 Simbol Konsonan Bahasa Melayu

Simbol konsonan Bahasa Melayu mewakili kesemua 25 huruf dan simbol fonetik

konsonan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.2 yang berikut:

Bil. Huruf Simbol Fonetik

1. b /b/

2. c /c/

3. d /d/

4. f /f/

5. g /g/

6. gh /x/

7. h /h/

8. j /j/

9. k /k/

10. kh /x/

12. l /l/

13. m /m/

14. n /n/

15. ng /n/

16. ny /n/

17. p /p/

18. q /q/

19. r /r/

20. s /s/

21. s /s/

22. t /t/

23. v /v/

24. w /w/

25. z /z/

Jadual 5.2: Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Page 34: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Selain konsonan, dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan

rangkap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.3 yang berikut:

Konsonan Rangkap Simbol Fonetik

gh [ ]

ny [ ɲ ]

ng [ ŋ ]

sy [ ∫ ]

th [ ]

dz [ ð ]

akh [ x ]

Rajah 5.3: Konsonan Gandingan dan Rangkap

5.5 Simbol Diftong Bahasa Melayu

Diftong ialah huruf gabungan vokal yang hadir dalam perkataan secara bergandingan.

Sehubungan dengan itu, dalam Bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au

dan oi . Sehubungan dengan itu, simbol diftongnya ialah [ai], [au] dan [oi].

Aktiviti 6

Anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30

perkataan hingga 50 patah perkataan, kemudian transkripsikan petikan

tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonetik yang telah anda pelajari.

Page 35: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

6.1 Sinopsis

Topik ini ada hubung kaitnya dengan bunyi bahasa, yang dikenali sebagai segmen atau

fonem. Setiap bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan.

Istilah segmen atau fonem merupakan satu konsep yang abstrak, namun bermakna

apabila berdiri dalam rentetan fonem lain. Di samping itu, topik ini turut membincangkan

definisi, jenis-jenis dan peranan yang dimainkan oleh vokal, diftong dan konsonan

Bahasa Melayu.

6.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. membezakan definisi vokal, diftong, konsonan dan fonem

ii. menghurai jenis-jenis bunyi vokal, diftong dan konsonan

iii. mengenal pasti kedudukan bunyi vokal, diftong dan konsonan dalam Bahasa

Melayu.

6.3 Vokal

Apakah bunyi vokal? Kenyataan tentang bunyi vokal boleh menunjukkan sifatnya. Vokal

ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai bunyi

bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan

tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal

dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan

vokal belakang.

6.3.1 Vokal Hadapan

Waktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut.

Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar.

TAJUK 6, 7 DAN 8 FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU

Page 36: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang

fonetik. Sehubungan dengan itu, bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih

luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan

vokal [i].

Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda

akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana

depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas (rujuk Rajah

2.7 di bawah).

6.3.2 Vokal Belakang

Sekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu.

Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan

belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di

bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana

vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari

menghasilkan bunyi [u].

6.3.3 Vokal Tengah []

Berdasarkan Rajah 2.6, ada berapa vokal tengah dalam bahasa Melayu? Sebenarnya

ada satu vokal tengah, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah

dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata

pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan

6.3.4 Vokal dinasalkan

Apakah jenis vokal yang telah kita bicarakan di atas? Vokal yang kita pelajari ialah

vokal hadapan dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga

oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup

rongga nasal.

Page 37: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Selain itu, terdapat juga vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan

melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini

dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas

lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus

peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang

melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang

seterusnya, iaitu [na].

6.4 Diftong

Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Terdapat tiga

jenis diftong dalam bahasa Melayu. Diftong yang pertama ialah [ai] dan untuk

menghasilkannya, bahagian depan lidah mula-mulanya berada pada kedudukan untuk

vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i] tetapi tak setinggi

sebagaimana membunyikan [i]. Contoh, [pakai]. Diftong yang kedua pula ialah diftong

[au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian

bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-mula dihamparkan,

kemudian dibundarkan pula contohnya, [pulau]. Diftong yang ketiga ialah diftong [oi].

Ketika dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i],

bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contoh, [amboi].

Aktiviti 6 Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat keadaan alat artikulasi untuk

menghasilkan bunyi vokal.

Bil.

Vokal Lidah Lelangit lembut

Lelangit keras

Anak tekak

1. depan sempit

2.

depan luas

3.

belakang sempit

4.

Belakang separuh sempit

Page 38: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

6.5 Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan

geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan

ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara seperti yang digambarkan dalam Rajah

6.3 yang berikut.

Rajah 6.1: Carta Konsonan Bahasa Melayu

6.5.1 Konsonan letupan

Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan

cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan. Konsonan [p] dan

[b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada

dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p].

Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara

tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Konsonan [t] dan [d]: Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,

tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan

udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak

bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].

Page 39: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan

lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkan

ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak

tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk

menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara

dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

Konsonan [c] dan [j]: Bunyi [c] dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke

lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap

arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini, pita suara direnggangkan, arus udara

yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di

hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Sehubungan dengan itu,

untuk menghasilkan konsonan [j], proses yang sama dilakukan tetapi pita suara

bergetar.

Penghasilan hentian [?] pula berlaku dengan cara lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian

rapatan pita suara udara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan

dihasilkan.

6.5.2 Konsonan Geseran

[s] - Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus

udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga

tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus

udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s],

bunyi geseran gusi tak bersuara.

[h] - Apabila udara keluar melalui pita suara yang arenggang dan rongga mulut

berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan bunyi

geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan.

Page 40: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

6.5.3 Konsonan Getaran

[r] - apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah

dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil

dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r].

6.5.4 Konsonan Getaran

[l] - hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut dinaikkan dan

pita suara bergetar. Udara keluar melalui tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan

dinamakan bunyi sisian gusi bersuara [l].

6.5.5 Konsonan Sengauan (nasal)

Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu, iaitu sengauan dua bibir bersuara

[m], sengauan gusi bersuara [n], sengauan lelangit keras bersuara [n] dan

sengauan lelangit lembut bersuara [n]. Perbezaannya bunyi-bunyi ini berlaku apabila

daerah udara disekat dalam rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut

dinaikkan.

[m] - dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir

bersuara [m].

[n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi

bersuara [n].

[n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi

sengauan lelangit keras bersuara [n].

[n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan

bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [n].

Page 41: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

6.5.6 Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak

dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang

dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.

[w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal

yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara.

[j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak

kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras

bersuara.

6.5.7 Konsonan Pinjaman

Selain konsonan-konsonan yang kita nyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan

ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan

dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari

bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz]

menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam

banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. [f]

dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga

apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak

bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara.

Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran

bibir gusi bersuara.

[z] – bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila

pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi

bersuara.

[s] – pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah

dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan

dinamakan geseran gusi lelangit keras.

Page 42: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1

9.1 Sinopsis

Topik ini menghuraikan tentang fonem, iaitu bunyi-bunyi yang boleh membezakan

makna. Sehubungan dengan itu, fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan

perbezaan erti misalnya, fonem /t/ dan /d/ dalam perkataan tayang dan bayang.

Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza hanya disebabkan oleh

perbezaa satu fonem, iaitu /t/ dan /d/. Topik ini juga memberi tumpuan kepada dua

jenis fonem dalam Bahasa Melayu, iaitu fonem vokal dan fonem konsonan

9.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. mengenal pasti definisi fonem secara umumnya.

ii. membanding beza jenis-jenis fonem Bahasa Melayu berdasarkan cara

penghasilannya.

iii. Menghuraikan penyebaran fonem Bahasa Melayu sama ada di awal, tengah atau

akhir perkataan.

9.3 Fonem

Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih besar

daripada fon. Misalnya, fon [o], [ე] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu

fonem sahaja, iaitu /o/. Sehubungan dengan itu, perkataan buku terdiri daripada empat

fonem iaitu /b/, /u/, /k/, dan /u/. Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau

fonem segmental.

Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang paling kecil tetapi kedua-

dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna yang berlainan, dinamakan

pasangan minimum atau pasangan terkecil. Sekiranya pasangan perkataan yang

mempunyai perbezaan yang paling minimum tadi tidak berbeza maknanya, maka bunyi

TAJUK 9 FONEM DALAM BAHASA MELAYU

Page 43: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2

yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon daripada

satu fonem. Keadaan ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas

contohnya /filəm/ - /piləm/ dan /balik/ - /bali?/.

9.3 Fonem Vokal

Fonem vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah

dan vokal belakang. Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam

Rajah 9.1, iaitu linguagram atau keratan rentas lidah seperti di bawah.

Rajah 9.1:Kedudukan Fonem Vokal Bahasa Melayu

Fonem vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga

mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan

berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat

dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan

luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu

depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram.

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam

bahasa Melayu standard terdapat tujuh fonem vokal yang dapat dihasilkan, iaitu /i, e, a,

o, u, ə/ dan tiga vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu /Ɛ/, /ɔ/ dan /ɒ/.

Page 44: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3

9.4 Fonem Konsonan

Fonem konsonan dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang

dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian

sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Fonem konsonan dapat

dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan,

geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir,

gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain. Fonem konsonan

terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan

dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y].

Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti

bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Kesemua fonem konsonan ini ditunjukkan dalam Jadual

9.1 di bawah.

Cara Penghasilan

Daerah Sebutan

Bib

ir

Gu

si

Gu

si-

L

Ke

ras

Lela

ng

it

Ke

ras

Lela

ng

it

Lem

bu

t

Pit

a S

uara

Letupan tb p t k

b b d g

Letusan tb č

b j

Sengauan b m n

Geseran tb f s š x h

b v z

Getaran b r

Sisian b l

Separuh Vokal b w y

tb = tak bersuara b = bersuara

Jadual 9.1: Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Page 45: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4

Letupan - Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang

dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di

bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan

dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Letusan - Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini

dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-

paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang

menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]

digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula

digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Sengauan - Sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan

(nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup

rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan

melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].

Sisian- Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan

malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan

terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh

hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga

mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Geseran- Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara

yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa

Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

Malaran- Bunyi malaran dihasilkan dengan unyi malaran, kedudukan artikulator adalah

seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu

lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan

Page 46: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5

sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam

bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Getaran- Berlaku apabila berlaku sekatan udara berupa hentian sekejap-sekejap.

Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat

dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya

terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Jadual 9.2: Carta Konsonan Bahasa Melayu

Aktiviti 8: Lengkapkan jadual di bawah dengan fonem konsonan dalam perkataan dengan tepat berdasarkan cara penghasilannya.

.

Bil. Cara Penghasilan Fonem

Konsonan

Penyebaran (gunakan transkripsi fonetik)

Awal Tengah Akhir

1. Letupan

2. Letusan

3. Sengauan

4. Geseran

5. Getaran

6. Sisian

7. Separuh Vokal

Page 47: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

6

10.1 Sinopsis

Setelah menguasai unsur-unsur segmental dalam Bahasa Melayu, anda perlu mahir

pula dengan cara menuturkannya kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen

atau penggalan daripada arus tuturan. Oleh sebab itu, topik ini menghuraikan cara

menuturkan pelbagai segmen misalnya, konsonan, vokal dan diftong dengan pelbagai-

tingkat tekanan dan nada. Hal ini disebabkan oleh, segmen atau fonem yang terdapat

dalam perkataan atau ayat telah melalui beberapa proses, khususnya intonasi, nada,

jeda, tekanan, panjang pendek dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, unsur bahasa

berupa tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek ini dikenali sebagai suprasegmental.

10.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

iv. mengenal pasti definisi unsur bahasa suprasegmental.

v. menghurai ciri-ciri unsur bahasa suprasegmental.

vi. mengenal pasti cara menghasilkan unsur bahasa suprasegmental, iaitu tekanan,

nada, jeda dan panjang-pendek dalam Bahasa Melayu.

10.3 Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau

lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan

untuktekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima

tekanan itu misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan

makna.

10.4 Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau

perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi

TAJUK 10 FONEM SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Page 48: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

7

sekali. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik

bila ada tekanan dan turun hingga 1 contohnya, saya hendak balik.

Sehubungan dengan itu, dalam bahasa Melayu juga terdapat nada tidak fonemik. Hal ini

bermaksud bahawa, nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu

fonem.

10.5 Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara

unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang

digunakan untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna contohnya, [#saya

makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi #

ema?].

10.6 Panjang-pendek

Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.

Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang

sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.]

adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.

Aktiviti 8 Tuturkan ayat-ayat yang berikut mengikut unsur-unsur suprasegmental Bahasa

Melayu sesuai yang dapat membezakan makna.

Serina makan nasi emak. Serina makan nasi, emak. Serina, makan nasi emak!

Page 49: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1

11.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami peranan

organ artikulasi dalam menghasilkan aliran udara dan seterusnya melahirkan bunyi

bahasa yang membawa makna. Dalam penghasilan bunyi ini, semua organ memainkan

peranan masing-masing. Para pelajar juga akan mempelajari penggolongan dan

penghasilan bunyi bahasa serta mengetahui cara-cara menghasilkan bunyi bahasa.

11.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. menyatakan sifat-sifat bunyi vokal;

ii. mengenal pasti vokal, diftong dan konsonan; dan

iii. menerangkan bagaimana vokal dan konsonan diujarkan.

11.3 Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada

arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah;

i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;

ii. vokal adalah bunyi bersuara;

iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan

iv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal

pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [ɛ, ᴐ].

Kelapan-lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 11.1 di bawah. Bahagian depan,

tengah dan belakang pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika

menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

TAJUK 11 LATIHAN SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN

Page 50: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2

Rajah 11.1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Semasa bunyi vokal dihasilkan;

i. berlaku getaran pada pita suara;

ii. anak tekak dinaikkan;

iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan

keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut;

iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.

11.3.1 Vokal Hadapan

Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam

mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara

keluar. Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah

lambang fonetik. Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih

luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan

vokal [ i ].

Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ].

Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas

kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.

Page 51: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3

a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh

lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa

sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita

suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir

berada dalam keadaan terhampar.

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal kata Tengah Kata Akhir Kata

[ikan] [lipat] [gali]

[ikat] [lihat] [sari]

[ipar] [bila] [cari]

Rajah 11.2: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]

b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ],

bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk

menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ].

Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara

Page 52: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4

dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan

bergetar. Lihat Rajah 11.2 di atas. Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ eloʔ ] [ laher ] [ kole ]

[ esa ] [ merah ] [ sate ]

[ elaʔ ] [ sepaʔ ]

c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ɛ ]

Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa

melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan

menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar.

Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.

Rajah 11.3: Vokal Depan Separuh Luas

d. Vokal Hadapan Luas [ a ]

Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit

lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita

suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (rujuk Rajah

11.4)

Page 53: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5

Rajah 11.4: Vokal Hadapan Luas [ a ]

Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ alaƞ ] [ măkan ] [ lala ]

[ ali ] [ saraƞ ] [ papa ]

11.3.2 Vokal Belakang

Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut.

Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah

seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui

rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa

menghasilkan bunyi ini.

a. Vokal Belakang Sempit [ u ]

Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak

menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir

berada dalam keadaan bundar. (rujuk Rajah 11.5)

Page 54: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

6

Rajah 11.5: Vokal Belakang Sempit [ u ]

Contoh;

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ upah ] [ sulam] [ buku ]

[ ubah ] [ luka ] [ dulu ]

b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]

Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling

tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah

lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup

rongga hidung sementara pita suara digetarkan. (lihat Rajah 11.6)

Rajah 11.6: Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Page 55: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

7

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ oleh ] [ sogoʔ ] [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ᴐ ]

Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah

lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup

rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ ᴐraƞ] [ tᴐlak] [ bᴐlᴐt ]

d. Vokal Tengah [ ə ]

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah

rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut

berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak

untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita

suara bergetar.

Rajah 11.7: Vokal Tengah

Page 56: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

8

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata

[ əmaʔ ] [ səmaʔ ]

11.4 Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima

sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran

suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk

Rajah 11.8 untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa

Melayu.

Rajah 11.8: Konsonan Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman.

Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian,

getaran dan bunyi separuh vokal.

Page 57: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

9

11.4.1 Konsonan Letupan (Plosif)

Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana

daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.

Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi

letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

a. Letupan bibir [ p ], [ b ]

Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit

lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan

dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar

maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [

rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir

bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Rajah 11.9: Konsonan letupan bibir [p] dan [b]

b. Letupan gusi [ t ], [ d ]

Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam

rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita

suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [

dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah

letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]

Page 58: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

10

Rajah 11.10: Konsonan letupan gusi [t] dan [d]

c. Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ]

Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan

dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara

tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi

suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [

pagar ], [ segar ]

Rajah 11.11: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ʔ ]

Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding

rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian

Page 59: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

11

terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara

tidak bergetar. Maka terhasillah [ ʔ ]. Contoh, [ pokoʔ ], [ keadaʔan ]

11.4.2 Konsonan Letusan (Afrikat)

Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat.

Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya

terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras.

Maka terhasillah fonem [ č ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ čawan ],

[ bača ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan

lelangit keras bersuara [ ǰ ]. Contoh, [ ǰalan ], [ baǰa ]

Rajah 11.12: Konsonan letusan [ č ] dan [ ǰ ]

11.4.3 Konsonan Sengauan (Nasal)

Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat

artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk

membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan

rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka

rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui

rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [

mălu ], [ amăn ]. (rujuk Rajah 11.13)

Page 60: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

12

Rajah 11.13: Konsonan Sengauan [m]

b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]

Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian

keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,

lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah

konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ năsiʔ], [ nănăs ].

(rujuk Rajah 11.14)

Rajah 11.14: Konsonan Sengauan [n]

Page 61: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

13

c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ɲ ]

Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah

dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah fonem [ ɲ ]. Contoh perkataan ialah, [ ɲala ], [ baɲak ]. (rujuk

Rajah 11.15)

Rajah 11.15: Konsonan sengauan [ ɲ ]

d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ]

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang

lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita

suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ŋ ]. Contoh perkataan ialah, [

ŋaŋa ], [ mɛŋail ]. (rujuk Rajah 11.16)

Rajah 11.16: Konsonan sengauan [ ŋ ]

Page 62: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

14

11.4.4 Konsonan Geseran (Frikatif)

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui

rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya

keluar melalui rongga mulut.

a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]

Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah

dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga

tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus

udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi

tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ măsa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 11.17)

Rajah 11.17: Konsonan Geseran [ s ]

b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]

Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.

Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi

suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [

hawa ], [ măha ] (rujuk Rajah 11.18)

Page 63: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

15

Rajah 11.18: Konsonan Geseran [ h ]

11.2.5 Konsonan Getaran (Tril)

Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut

hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk

menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].

(rujuk Rajah 11.19)

Rajah 11.19: Konsonan Getaran [ r ]

11.2.6 Konsonan Sisian (Lateral)

Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah

kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi

Page 64: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

16

yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah

11.20)

Rajah 11.20: Konsonan Sisian [ l ]

11.2.7 Konsonan Separuh Vokal

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam

mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan

separuh jalan sahaja.

a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]

Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.

Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan

ialah, [ wayaŋ], [ waŋ ]. (rujuk Rajah 11.21)

Rajah 11.21: Konsonan Separuh Vokal [ w ]

Page 65: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

17

b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]

Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian

bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras

bersuara [ y ]

11.5 Diftong

Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong

dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi

diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga

bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal

menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong

[ai].

Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku

geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ], [

sampai ], [salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur

ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan bundar dan

lidah berada di belakang. Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ], [ pulau ].

Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit

[o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan

leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit. Contoh perkataan

ialah, [ dodoi ], [ boikot ].

Aktiviti 1 i. Bagaimana bunyi diklasifikasikan sebagai vokal dan konsonan? ii. Dalam kumpulan, bincang dan buat deskripsi konsonan letupan dan letusan.

Nyatakan perbezaan kedua-dua konsonan ini. iii. Apakah fungsi getaran pita suara dalam menghasilkan bunyi konsonan.

Page 66: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

18

Aktiviti 2 Setelah anda membaca dan memahami keterangan yang berkaitan dengan penghasilan bunyi

konsonan. Cuba lengkapkan jadual di bawah dengan memberikan contoh perkataan yang

menunjukkan penyebarannya dengan menggunakan transkripsi fonetik.

Page 67: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

19

12.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami sebutan

perkataan bahasa Melayu yang betul (baku) berdasarkan lafaz ejaan setiap perkataan.

Sebutan baku ini merangkumi sebutan; Huruf vokal, Huruf diftong, Huruf konsonan,

Huruf gugus konsonan, Perkataan asing (Inggeris, Arab), Perkataan terbitan dan

perkataan yang sudah baku sebutan.

12.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. menyatakan konsep sebutan baku Bahasa Melayu;

ii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi vokal;

iii. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi konsonan; dan

iv. mentranskripsi perkataan-perkataan yang mengandungi diftong.

12.3 Sebutan Bahasa Melayu Baku

Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek

yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah,

penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan

berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi

sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan. Bahasa baku mempunyai ciri-ciri

dan sistem tersendiri;

a. digunakan untuk tujuan rasmi;

b. tidak mempunyai penutur asli;

c. mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;

d. digunakan dalam konteks formal;

e. mempunyai pelbagai laras;

TAJUK 12 LATIHAN TRANSKRIPSI SEBUTAN DAN PENYUKUAN SEBUTAN

Page 68: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

20

f. mengamalkan sistem panggilan formal;

g. bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;

h. mengalami perancangan yang sistematik;

i. tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;

j. menggunakan bahasa yang tersusun; dan

j. menekankan ketepatan dan kejelasan makna.

Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam

semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan

informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta yang

telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Pengekodan adalah satu

persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang

wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang

dipilih sebagai variasi bahasa baku ini mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor

sosiosejarah. Umpamanya variasi yang dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi

itu dari segi penggunaannya diterima pakai oleh penutu-penutur yang lain.

Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu memperlihatkan

bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun. Seterusnya dikemukakan

panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan istilah bahasa Melayu dalam huruf

rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk

dengan betul meliputi keselarasan huruf vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan

diftong, penggunaan huruf konsonan, perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata

sendi ‘di’ dan ‘ke’, partikel, ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk.

12.4 Pola Keselarasan Vokal

Keselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang

mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi

dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf vokal dalam

bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan

ejaan. (rujuk Rajah 12.1)

Page 69: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

21

Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa Melayu

Page 70: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

22

12.5 Sebutan Huruf Vokal

Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul

menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada di

awal, di tengah atau di akhir.

a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya.

Contoh:

pada [a + da]

berada [be + ra + da]

cabaran [ca + ba + ran]

warganegara [war + ga + ne + ga + ra]

b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ]

Contoh:

elok [e + lok ]

leka [le + ka]

nenek [ne + nek]

c. Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ə ]

Contoh:

emak [ə + măk]

segar [sə + gar]

kelam [kə + lam]

d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ]

Contoh:

ini [i + ni]

putih [pu + tih]

intip [in + tip]

Page 71: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

23

e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ]

Contoh:

oleh [o + leh]

bola [bo + la]

sorak [so + rak]

f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]

Contoh:

ubi [u + bi]

ular [u + lar]

tunjuk [tun + juk]

putus [pu + tus]

12.6 Huruf Diftong

Diftong terbentuk apabila dua huruf vokal digunakan dalam pengejaan perkataan.

Contohnya, gabungan vokal ‘a’ dengan huruf ‘u’ dan gabungan vokal ‘o’ dengan huruf ‘i’

menjadi ‘au’ dan ‘oi’. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga huruf diftong iaitu ai, oi dan au.

Huruf-huruf diftong ini biasanya diletakkan di awal, di tengah dan di akhir perkataan.

Kesemua bunyi perlu mengikut ejaan asal iaitu ai, oi, au. Contoh perkataan ialah;

amboi kaloi sepoi

bangau kalau lampau

aurat sungai salai

pulai balai halau

Aktiviti 1

iv. Bincangkan bagaimana pola keselarasan vokal menyumbang kepada kepentingan sebutan baku bahasa Melayu.

v. Dalam kumpulan, pilih satu petikan (satu/dua perenggan) daripada jurnal, majalah atau akhbar dan buat transkripsi vokal.

Page 72: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

24

12.6.1 Panduan Sebutan Huruf Diftong

Diftong perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], [au] pada kedudukan di awal, di tengah

atau di akhir perkataan.

1. Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ai]

Contoh perkataan;

hairan [ hai + ran ]

pandai [ pan + dai ]

salai [ sa + lai ]

tupai [ tu + pai ]

ampai [ am + pai ]

laici [ lai + ci ]

aising [ ai + siŋ ]

2. Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [oi]

Contoh perkataan;

sekoi [ se + koi ]

kaloi [ ka + loi ]

oidium [ oi + di + um ]

boikot [ boi + kot ]

3. Diftong au dilafazkan dengan bunyi [au]

Contoh perkataan;

automatik [ au + to + mă + tik ]

aurat [ au + rat ]

kacau [ ka + cau ]

kalau [ ka + lau ]

maujud [ mau + jud ]

taufan [ tau + fan ]

Page 73: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

25

12.7 Penggunaan Huruf Konsonan

Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Melayu iaitu b, [bi], c [si], d [di], f [ef], gh [gh],

h [hej/ejh], i [ee], j [je], k [ki], l [el], m [em], n [en], ng [ng], ny [ny], p [pi], q [kiu], r [ar], s

[es], sy [sy], t [ti], v [vi], w [dabliu], x [eks], y [wai], z [zek]

Page 74: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

26

Page 75: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

27

12.8. Transkripsi Fonetik

Transkripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan

menggunakan lambang-lambang fonetik. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ].

12.9 Transkripsi Fonemik

Transkripsi fonemik merupakan cara transkripsi yang menumpukan transkripsi dalam

bentuk tulisan. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan

fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa, contohnya fonem /ŋ/ dieja sebagai ‘ng’,

fonem /x/ dieja sebagai ‘kh’ dan fonem /ŋ/ di eja sebagai ‘ng’.

Page 76: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

28

Contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya menggunakan transkripsi fonetik.

Bil. Huruf Fonem Penyebaran (transkripsi fonetik)

Awal Tengah Akhir

1. b /b/ [bu ku] [ba ba] [a dab]

c /č/ [ča wan] [ba ča] [mač]

d /d/ [da ri] [da da] [kad]

f /f/ [fa seh] [a laf]

g /g/ [ga ri] [la ga] [bəg]

h /h/ [ha ri] [mă ha] [a rah]

j /j/ [jam] [ja ja] [caj]

k /k/ [ka ta] [ba ta] [ka tak]

kh /kh/ [xa mis] [ta rix]

l /l/ [la lu] [la laŋ] [a wal]

m /m/ [mă ri] [mă mă] [ka lam]

n /n/ [nă siʔ] [mă nă] [ta

măn]

ng /ŋ/ [ŋa ŋa] [ba ŋău] [si aŋ]

ny /ɲ/ [ɲă ɲi] [ba ɲăk]

p /p/ [pa su] [sə pit] [te tap]

q /q/ [qa ri] [wu quf] [bu raq]

r /r/ [ra sa] [ba ra] [se bar]

s /s/ [ si la] [sa sa] [mă las]

t /t/ [ta lam] [tə tap] [kə rat]

v /v/ [van] [re vo lu si]

w /w/ [wau] [a wal]

z /z/ [zoo] [ba zar]

Page 77: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1

13.1 Sinopsis

Topik ini menghuraikan tentang aspek sebutan baku kata terbitan dengan lebih

mendalam. Perbincangan akan difokuskan kepada kata terbitan awalan, kata terbitan

akhiran dan kata terbitan apitan.

13.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menghuraikan dengan jelas definisi bahasa baku;

ii. mengenal pasti sebutan baku kata terbitan dengan lebih mendalam;

iii. menghuraikan aspek sebutan baku kata terbitan awalan, akhiran dan apitan.

13.3 Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap daripada semua

aspek; daripada segi kodanya, statusnya, penggunaan bahasanya, betul ejaannya, betul

tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan

betul sebutannya. Bahasa baku ialah bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan

negara, dalam urusan rasmi kerajaan dan juga dalam semua konteks rasmi. Dalam

menyampaikan ucapan, ceramah, pidato, khutbah dan pelbagai urusan rasmi.

Pembakuan bahasa Melayu dilakukan untuk memperlengkap dan memantapkan semua

aspek bahasa supaya bahasa Melayu menjadi bahasa yang lengkap dan mantap dalam

sistem sebutan, sistem ejaan, sistem tatabahasa, perbendaharaan kata umum, istilah,

laras dan gaya bahasa serta aturan penggunaan bahasa yang sopan. Bahasa sebagai

satu sistem perlu dibina dan dikembangkan agar menjadi bahasa yang sempurna.

Bahasa akan kehilangan sistemnya jika dibiarkan berkembang dengan sendirinya.

Tanpa sistem, bahasa menjadi sukar untuk dipelajari dan dikenali, apatah lagi jika

TAJUK 13 SEBUTAN BAKU KATA TERBITAN

Page 78: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

2

bahasa tersebut mempunyai peranan yang besar dalam sebuah negara. Pembinaan

dan pengembangan bahasa Melayu ditumpukan kepada pembakuan agar tercapai

penggunaan bahasa yang jelas, tepat dan berkesan dalam berkomunikasi.

13.4 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau

menerima imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan atau sisipan. (rujuk Rajah 13.1)

Nik Safiah Karim (1996) memberikan definisi kata terbitan sebagai bentuk perkataan

yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan

imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini menghasilkan bentuk perkataan yang

disebut kata terbitan.

Rajah 13.1: Bentuk-bentuk Imbuhan

13.5 Sebutan Baku Kata Terbitan Awalan

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif

terbitan seperti yang disenaraikan berikut:

Page 79: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

3

i. awalan kata nama

ii. awalan kata kerja

iii. awalan kata adjektif

Contohnya:

i. Awalan kata nama

pe- (pelari, penyapu, pemakan)

pem- (pembawa, pembuka, pembantu)

pen- (pendatang, pendua, pendamai)

peng- (penggali, pengubal, pengguna)

penge- (pengebom, pengetin, pengelap)

pel- (pelajar)

per- (perasap, pertapa)

pe- (petani, pesakit, pelawat)

ke- (ketua,kelepek)

ii. Awalan kata kerja

me- (melawan, merasa, melawat)

mem- (membawa, membilang)

men- (mendaki, mendakwa)

meng- (menggali, menggiling)

menge- (mengecat, mengekod)

memper- (memperisteri, mempersuami, memperdalam)

ber- (berlari, berjalan)

be- (berasa, berupa)

bel- (belajar, belunjur)

ter- (terjebak, terjatuh)

di- (diatur, ditimbang)

diper- (dipersuami, diperoleh)

iii. Awalan kata adjektif

ter- (tercantik, terbesar)

te- (terendah, teringan)

se- (secantik, serendah)

Page 80: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

4

13.6 Sebutan Baku Kata Terbitan Akhiran

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja

terbitan sahaja seperti berikut;

i. akhiran kata nama

ii. akhiran kata kerja

i. Akhiran kata nama

Terdapat hanya satu akhiran kata nama asli, iaitu –an yang boleh bergabung dengan

kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf.

Contohnya;

-an (pakaian, jahitan, saluran)

ii. Akhiran kata kerja

-kan (buatkan, besarkan)

-i (turuti, berkati, dekati)

13.7 Sebutan Baku Kata Terbitan Apitan

Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan

seperti yang disenaraikan berikut;

i. Apitan kata nama

pe-...-an (pelaksanaan, perasaan)

pem-...-an (pembuatan, pembinaan)

pen-...-an (pendapatan, pendawaian)

peng-...-an (penggunaan, pengguguran)

penge-...-an (pengehadan, pengesahan)

pe-...-an (perasaan, pekarangan)

per-...-an (pertanian, pertandingan)

pel-...-an (pelajaran)

Page 81: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

5

ke-...-an) (kelainan, kematian)

ii. Apitan kata kerja

me-...-kan (memainkan, melagukan)

men-...-kan (mendermakan, mentakrifkan)

mem-...-kan (membaharukan, membaikkan)

meng-...-kan (menggunakan, mengadakan)

menge-...-kan (mengecamkan)

ber-...-kan (berbantalkan, beralaskan)

ber-...-an (berlanjutan, bermaafan)

di-...-kan (digunakan, dipanjangkan)

me-...-i (melalui, meragui)

men-...-i (mencurigai, mendendami)

mem-...-i (membaharui, mempercayai)

meng-...-i (menganggotai, menggauli)

di-...-i (didekati, dimuliai)

diper-...-kan (diperingatkan, diperdengarkan)

diper-...-i (diperingati)

memper-...-kan (memperdengarkan, memperdagangkan)

memper-...-i (memperingati)

ke-...-an (kehujanan, kepanasan)

iii. Apitan kata adjektif

ke-...-an (kecinaan, kemelayuan)

Aktiviti

1. Berikan definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.

2. Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi;

i. vokal suku kata akhir terbuka

ii. vokal suku kata tertutup

iii. konsonan Melayu

Page 82: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

6

Page 83: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

BIBLIORGRAFI

Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit

Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Mohd. Isa Abd. Razak, 2009. “Bahasa Pinjaman Memperkaya Bahasa Melayu” dlm.

Dewan Bahasa. 53(7):20–23.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, (2000). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka

Radiah Yussoff dan Nor „Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Selangor: Prentice Hall

Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Agensi

Penerbitan Nusantara.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab

Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Page 84: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

PANEL PENULISAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU)

NAMA KELAYAKAN

Dr MARIDAH BT. ALIAS Pensyarah Cemerlang Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban

Kelayakan PhD. (Bahasa dan Sastera), UPM Master Sastera, UPM Bacelor Pendidikan (PBMP), UPM Sijil Perguruan Khas (Pengajian Melayu) Sijil Perguruan (Pengajian Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu : 15 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun

Dr. FARIDAH BT NAZIR Ketua Unit Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Raja Melewar Seremban

Kelayakan PhD (Bahasa Melayu), UKM Master Sastera (Bahasa Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera Diploma Pendidikan (Bahasa Melayu) Pengalaman Guru Bahasa Melayu: 7 tahun Pensyarah Bahasa Melayu: 8 tahun

52

Page 85: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

PANEL PENILAI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

ENCIK SARDI BIN AHMAD Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan e-mel : [email protected]

Kelulusan:

Master Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Bachelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa

Malaysia sebagai Bahasa Pertama)

Sijil Perguruan (Pengajian Melayu dan Ilmu

Alam)

Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu (24 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2004 hingga kini)

PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur e-mel: [email protected]

Kelulusan: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Khas (Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu dan Sejarah) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (SM) (21 tahun) Pensyarah di IPG (6 tahun)

PN. MASTURA BINTI MOHAMED

BERAWI

Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan e-mel : [email protected]

Kelulusan:

Master Bahasa Melayu

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Linguistik dan Komunikasi)

Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu) Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu (15 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)

Page 86: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/modul/bmm/BMM3083.pdf · 2018. 5. 13. · fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat