Program Development - Sokongan Ibu Bapa Di Prasekolah

download Program Development - Sokongan Ibu Bapa Di Prasekolah

of 17

Transcript of Program Development - Sokongan Ibu Bapa Di Prasekolah

KONSEP ASAS PENGLIBATAN IBU BAPAIbu bapa sebagai pendidik utama dengan memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan mental dan emosi kanak-kanak di samping membantu meningkatkan kejayaan. Penglibatan ibu bapa adalah satu proses untuk membantu ibu bapa dalam menggunakan ability ( kebolehan ) mereka untuk memanfaatkan diri mereka, kanak-kanak, dan juga program pendidikan prasekolah.

TEORI PENGLIBATAN IBU BAPAGeorge S. Morrison dalam bukunya : Early Childhood Education Today menyatakan bahawa ibu bapa ialah orang yang menyediakan keperluan asas, penjagaan, tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Kajian Klaus dan Greg (1968) mendapati ibu bapa yang melibatkan diri dalam program prasekolah, meluangkan lebih banyak masa membaca bersamasama anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidak melibatkan diri akn lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara yang bersifat bukan pendidikan misalnya menonton televisyen.

IBU BAPA DAN SEKOLAHPenglibatan ibu bapa bersama-sama dengan guru merupakan tanggungjawab yang harus dilaksaksanakan kerana proses sosialisasi pembelajaran kanak-kanak itu tidak hanya terbatas di rumah mahupun sekolah tetapi ia merangkumi sepanjang kitar hidup kanakkanak itu.

RASIONAL PENGLIBATAN IBU BAPA Memudahkan ibu bapa memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta membantu membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Membolehkan ibu bapa mengetahui tahap perkembangan dan kemahiran anak-anak serta membantu untuk meningkatkan lagi mutu pembelajaran anak-anak.

Penglibatan ibu bapa dapat membantu guru menyelesaikan sesuatu masalah sama ada masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku. Mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dengan guru dan boleh bertukar pendapat dan memberi pandangan yang bernas dalam meningkatkan lagi prasekolah.

OBJEKTIF PENGLIBATAN IBU BAPA Mewujudkan satu perkongsian dengan keluarga untuk pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. Memberikan penerangan mengenai kurikulum dan rancangan yang telah diatur. Membincangkan masalah semasa dengan ibu bapa lain dan juga antara guru dan ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Memeperkenalkan bahan-bahan pengajaran yang pelbagai serta berkongsi pengalaman yang berbeza di antara ibu bapa dan guru.

KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPAKebaikan Kepada Kanak-kanak Kanak-kanak dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru.

Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman atau pun pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai latar belakang pekerjaan. Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti berkumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang sewasa adalah kecil..

Kebaikan Kepada Ibu Bapa Mereka dapat melihat tingkah laku anak di sekolah. Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Meraka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anak-anak. Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti ransangan.

Kebaikan Kepada Guru Guru mendapat buah fikiran dan maklumbalas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Mereka dapt berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak.

Menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Guru dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan. Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

Kebaikan Kepada Prasekolah Membolehkan prasekolah untuk melaksanakan panduan kurikulum yang ditetapkan.

Prasekolah dapat memberi peluang untuk meningkatkan lagi hubungan antara orang dengan kanak-kanak. Prasekolah dapat menggunakan bantuan ibu bapa dan tidak perlu bergantung kepada bantuan profesional luar. Ini dapat mengurangkan kos pentadbiran prasekolah. Pihak prasekolah khasnya guru akan dapat bantuan secara langsung dengan kehadiran ibu bapa di kelas dimana ibu bapa akan berkumpul untuk membuat alatan bantu mengajar dan permainan mengatur sudut-sudut dan menguruskan aktiviti.

PRINSIP-PRINSIP KEIBUBAPAAN Mengurus Diri Dengan Baik (Take Care Of Yourself). Kasihi anak-anak (Nurture your children). Bimbing anak-anak (Guide your children). Membela anak anda (Be your childs advocate). Memotivasikan anak anda (Motivate your child). Jangan membincangkan masalah tingkahlaku di hadapan kanak-kanak. Melindungi kanak-kanak secara keterlaluan. Melindungi kanak-kanak secara keterlaluan. Bersatu, bertolak ansur & bersikap positif terhadap suami/isteri. Menghargai guru, pendidikan & pembelajaran. Bersikap positif terhadap kerjaya. Luangkan masa untuk berseronok Menjadi teladan kepada anak

Ibu bapa perlu mendidik anak supaya menjadi insan berakhlak mulia

Kesempurnaan Kendiri

HIERAKI KEPERLUAN MASLOW 1954.Estetik

Pengetahuan

Keperluan Penghargaan

Kasih Sayang dan Rasa Dimiliki

Keselamatan : perlindungan

Fisiologi : makanan, air, oksigen, tidur, kepuasan deria

KEPERLUAN KANAK-KANAK BERDASARKAN HIERARKI MASLOW 1954 Keperluan Fisiologi Keperluan fisiologi merupakan keperluan untuk makanan, air, oksigen, aktiviti (yang diserlahkan dalam bentuk gerakan atau bermain), dan kepuasan deria (seperti merasa makanan yang digemari, melihat gambar berwarna-warni atau mendengar lagu gembira).

Keperluan Keselamatan Kanak-kanak memerlukan jaminan keselamatan selepas keperluan fisiologi mereka dipenuhi. Mereka memerlukan penjagaan ketika sakit, ibu bapa sebagai tempat bergantung, jaminan ketenteraman (fizikal dan emosi) dan dunia rutin yang teratur.

Keperluan Kasih Sayang Dan Rasa Dimiliki keperluan seterusnya adalah menerima dan memberi

kasih sayang, juga rasa dimiliki iaitu penerimaan orang lainterhadap mereka. Kanak-kanak mahu diterima dan diberi perhatian dalam sesuatu kelompok. Keperluan ini

merupakan permulaan kepada keperluan psikologi.Kekurangan perhubungan kasih sayang boleh menjadi punca psikopatologi atau kecelaruan personaliti yang

mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif danantisosial.

Keperluan Penghargaan Keperluan ini menghendaki seseorang itu menghormati dirinya sendiri, mendapat penghargaan daripada orang lain dan juga dapat menghormati orang lain. Penghormatan dan penghargaan yang diperlukan adalah hasil daripada pencapaiannya. Keperluan ini dipuaskan dengan cara yakin diri dan mendapat pengakuan, pemerhatian atau penghargaan daripada orang lain.

Keperluan Pengetahuan Rasa ingin tahu, penerokaan dan keinginan mendapatkan pengetahuan tambahan lebih nyata bagi sesetengah kanak-kanak sahaja. Apabila keperluan ini sangat kuat maka kanak-kanak akan mula menyusun, mengatur, mencari perhubungan di antara perkaraperkara yang dilihat atau didengarnya.

Keperluan Estetik Keperluan ini biasanya ditunjukkan oleh sesetengah individu yang telah matang tetapi boleh juga diperlihatkan secara ketara oleh sebahagian kanak-kanak. Keperluan ini merupakan keinginan yang mendadak untuk kecantikan, keindahan, keadaan teratur/kemas dan simetri.

Kesempurnaan Kendiri Keperluan kesempurnaan kendiri berlaku apabila seseorang itu berkebolehan menjadi apa yang ia mampu. Pada tahap ini potensinya harus disempurnakan. Sebelum tahap keperluan ini dicapai, keperluan-keperluan lain sebelumnya harus dipuaskan terlebih dahulu. Apabila keperluan ini tercapai, seorang individu yang sihat dari segi mental dan emosi yang telah berjaya mempunyai pencapaian potensinya akan terhasil.

Mendapat Kepercayaan Kanak-kanak mengharapkan orang lain dapat mempercayai mereka. Kepercayaan ini termasuk dari aspek keupayaan

menjalankan aktiviti dan kepercayaan terhadap kejujuranmereka.

Berdikari Kanak-kanak perlu berdikari untuk memberi ruang kepada mereka berkembang dan menunjukkan potensi diri. Peluang untuk memenuhi keperluan ini boleh diberikan dalam bentuk melakukan aktiviti rutin seperti menyusun barangan peribadi, mengikat tali kasut atau dalam aktiviti pembelajaran