Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

27
Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman Felo Penyelidik Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) - JAKIM / Dekan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia [email protected]

Transcript of Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Page 1: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin RosmanFelo Penyelidik Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) - JAKIM /

Dekan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia

[email protected]

Page 2: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

1) Pendahuluan

2) Maqasid Syariah & Urus Tadbir Negara

3) Membentuk Budaya Penghayatan

Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran

[email protected]

Page 3: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Allah SWT mengutus para Rasul berserta dengan

SyariatNya untuk membina sistem kehidupan untuk

seluruh manusia

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

merupakan Syariat yang terakhir yang

berkuatkuasa sehingga berlakunya kiamat

Syariat Islam diperundangkan oleh Allah SWT bagi

memenuhi maslahah seluruh manusia; di dunia dan

akhirat

PENDAHULUAN

[email protected]

Page 4: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Apabila syariat Islam diabaikan dalam kehidupan

manusia, pasti mafsadah dan kerosakan akan

berlaku.

Allah SWT menjelaskan bahawa peranan Pemimpin

adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah

SWT dalam bidang kuasanya

Maslahah yang menjadi teras kepada maqasid

Syariah adalah sesuai untuk semua manusia pada

setiap tempat dan zaman; untuk Muslim dan selain

Muslim.

PENDAHULUAN

[email protected]

Page 5: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Memahami dasar dan prinsip yang terdapat dalam

Islam merupakan teras dalam urus tadbir Islam

Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan

mengurus berdasarkan maqasid Syariah dan

mengemukakan Model Pembentukan Budaya

Penghayatan Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir

Kerajaan Malaysia

PENDAHULUAN

[email protected]

Page 6: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Allah SWT menjelaskan dalam al-Qur'an bahawa

perutusan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah untuk

membawa kebaikan dan rahmat bagi sekalian alam

Al-Syatibi (w790H) menjelaskan, kefahaman

daripada ayat 107 surah al-Anbiya’, rahmat yang

dibawa oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tercermin pada

memenuhi keperluan (maslahah) dan menghindari

keburukan (mafsadah) di sebalik tujuan misi

kerasulan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke dunia

[email protected]

Page 7: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Menurut al-Syatibi, objektif Allah SWT

memperuntukkan hukum Syarak bagi

hambaNya adalah berdasarkan empat

prinsip:

1) Setiap arahan Allah SWT yang disampaikan

melalui RasulNya adalah untuk dipatuhi

dan dilaksanakan dalam segenap aspek

kehidupan.

2) Setiap arahan Allah SWT adalah berkaitan

dengan tingkahlaku yang mampu

dilakukan oleh hambaNya.

[email protected]

Page 8: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Menurut al-Syatibi, objektif Allah SWT

memperuntukkan hukum Syarak bagi

hambaNya adalah berdasarkan empat

prinsip:

3) Setiap arahan Allah SWT adalah untuk

mendatangkan kebaikan (maslahah)

kepada hambaNya.

4) Setiap arahan Allah SWT adalah untuk

difahami oleh hambaNya.

[email protected]

Page 9: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

SIYASAH

SYAR’IYAH

MAQASID SYARIAH

[email protected]

FLEKSIBEL

DINAMIK

MANFAAT / MASLAHAH

MUDARAT / MAFSADAH

√ X

Page 10: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

2.1 Kepentingan Menjadikan Maqasid Syariah

Sebagai Asas Urus Tadbir Negara

Kerajaan yang diamanahkan untuk mengurus hal

ehwal rakyat adalah tertakluk kepada Syariat yang

dibawa oleh Nabi Muhammad .صلى الله عليه وسلم Kerajaan

berperanan memastikan agama Islam didaulatkan

serta mengurus bagi memastikan maslahah umat

dipelihara

[email protected]

Page 11: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

2.1 Kepentingan Menjadikan Maqasid Syariah

Sebagai Asas Urus Tadbir Negara

“Tindakan pemimpin adalah tertakluk kepada

maslahah rakyat”

-al-Zarkasyi, al-Manthur fi al-qawa’id-

[email protected]

Page 12: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

“Peranan pemimpin terhadap rakyatnya adalah

seumpama peranan wali terhadap harta anak

yatim.”

“Ijtihad pemimpin adalah tertakluk kepada

maslahah.”

“Pemimpin hanya boleh melakukan sesuatu

tindakan yang mendatangkan maslahah

kepada orang bawahannya.”

[email protected]

Page 13: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

-Imam al-Ghazali, al-Mustasfa fi ‘ilm al-usul-

[email protected]

MASLAHAH

AGAMA

NYAWA

AKALKETURUNAN

HARTA

Page 14: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

…maslahah bermaksud tindakan yang

menghasilkan kebaikan, sama ada manfaatnya

sentiasa diperoleh atau boleh diperoleh dalam

kebanyakan keadaan, sama ada untuk masyarakat

atau individu. Manakala mafsadah pula sesuatu

yang berlawanan dengan maslahah iaitu tindakan yang

menghasilkan kerosakan atau mudarat, sama ada

kemudaratannya sentiasa diperoleh atau boleh

diperoleh dalam kebanyakan keadaan, sama ada untuk

masyarakat atau individu…

-Ibnu ‘Ashur, Maqasid al-syari’ah al-Islamiyah-

[email protected]

Page 15: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

[email protected]

MASLAHAH

MASLAHAH

DIIKTIRAF

SYARAK

MASLAHAH

MURSALAH

MASLAHAH

TIDAK

DIIKTIRAF

SYARAK

Page 16: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Maksud kaedah, ‘Tindakan pemimpin adalahtertakluk kepada maslahah rakyat’, segalatindakan pemimpin; sama ada pemimpin umum(Kerajaan dan agensinya) atau pemimpin khusus

(keluarga) mestilah mendatangkan maslahahdan menjauhkan mafsadah dankemudaratan.

[email protected]

Page 17: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Setiap pemimpin wajib memastikan setiap tindakannyamemelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan hartaorang di bawah tanggungjawabnya

Setiap tindakan yang mendatangkan manfaat yangdiakui oleh Syarak dan menjauhkan kemudaratanadalah tindakan yang diiktiraf oleh Syarak. Sebaliknya,jika tindakan pemimpin bukan bertujuan untukmendatangkan manfaat dan menjejaskan lima elementersebut, maka ia tindakan yang tidak dibenarkan olehSyarak

[email protected]

Page 18: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Kuasa kepimpinan adalah amanah Allahkepada pemimpin untuk memastikan maslahahdan manfaat diperolehi oleh rakyat

Pemimpin yang bertindak dengan tindakan yangmendatangkan mafsadah dan kemudaratan

adalah suatu pengkhianatan terhadapamanah Allah SWT (Ibnu Nujaym, 1413H; al-Ghamidi, 1430H).

[email protected]

Page 19: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

[email protected]

MASLAHAH DARURIYAH

MASLAHAH HAJIYAH

MASLAHAH TAHSINIYAH

Page 20: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

Segala tindakan dalam urus tadbir Kerajaan yang

menjadikan maqasid Syariah sebagai teras dan

rujukan, memastikan segala urusan bertujuan

untuk memelihara lima maslahah; agama, nyawa,

akal, keturunan, dan harta mengikut urutan tiga

hierarki; daruriyyah, hajiyyah, dan tahsiniyyah.

Tindakan tersebut akan menyumbang kepada

memelihara keamanan, menjaga kestabilan sistem,

mengekalkan kebaikan untuk individu dan

masyarakat dengan memelihara diri, maruah,

keturunan, harta, pemilikan, keadilan dan

kebijaksanaan (al-Syatibi, 1997; al-Ghamidi, 1430H)

[email protected]

Page 21: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MAQASID SYARIAH & URUS TADBIR NEGARA

2.2 Contoh Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Urus

Tadbir Negara

Amalan Khulafa’ Rashidin

[email protected]

Page 22: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

MEMBENTUK BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID

SYARIAH DALAM PENTADBIRAN

[email protected]

FAKTOR KEJAYAAN HALANGAN

KEPIMPINAN DASAR DAN POLISI SEDIA ADA

PERSONEL SISTEM SOKONGAN

POLISI KERAJAAN KEPERCAYAAN

PENERAPAN NILAI MURNI

Page 23: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

[email protected]

DIMENSI PENGUKURAN BUDAYA

PENGHAYATAN MAQASID SYARIAH

DALAM URUS TADBIR KERAJAAN

MALAYSIA

Visi dan misi strategik

Persekitaran Luaran

Strategi pencapaian objektif

Proses pengurusan

Keperluan dan objektif pekerja

Hubungan interpersonal

Kepimpinan

ELEMEN MEMPENGARUHI BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID SYARIAH DALAM URUS TADBIR KERAJAAN MALAYSIA

STRATEGI STRUKTUR MEKANISME

SOKONGAN

KELAKUAN KOMUNIKASI

- Visi & misi

- Tujuan yang

jelas

- Fleksibel

- Kebebasan

- Berautonomi

- Diberi kuasa membuat

keputusan

- Kerja

berpasukan

- Anugerah &

pengiktirafan

- Kewujudan

sumber

- Bagaimana

kegagalan

diurus

- Percambahan idea

- Pembelajaran

sepanjang

hayat

- Komunikasi

terbuka

Rajah 1: Model Pembentukan Budaya Penghayatan Maqasid Syariah Dalam Urus Tadbir Kerajaan Malaysia

BUDAYA PENGHAYATAN MAQASID

SYARIAH DALAM URUS TADBIR

KERAJAAN MALAYSIA

Page 24: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

KESIMPULAN

Urus tadbir awam menurut Islam adalah berteraskan maslahah rakyat. Kakitangan awam pada setiap peringkat perlu memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan adalah untuk memenuhi maslahah dan menjauhi mafsadah.

Ini hanya berlaku apabila setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti itu memberikan kesan positif terhadap pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

[email protected]

Page 25: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

KESIMPULAN

Perancangan dan pelaksanaan aktiviti juga perlu disusun mengikut hierarki keutamaan iaitu untuk memenuhi maslahah daruriyyah, diikuti maslahah hajiyyah, dan seterusnya maslahah tahsiniyyah.

Mana-mana perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang memberikan kesan negatif terhadap pemeliharaan lima elemen tersebut adalah suatu mafsadah.

[email protected]

Page 26: Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

KESIMPULAN

Maqasid syariah yang menjadi teras rujukan siyasah Syar’iyah perlu dibudayakan pada setiap peringkat urus tadbir awam; sama ada pada peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasar.

Ini bagi memastikan amanah yang Allah berikan kepada setiap kakitangan awam di Malaysia dilaksanakan

sebaik mungkin untuk maslahah seluruh rakyat Malaysia, tanpa membezakan bangsa dan agama,

berteraskan konsep Islam agama rahmat untuk sekalian alam.

[email protected]