Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102009/29-142.pdf ·...

2
Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman akan tetap dikenang kerana penglibatannnya dalam usaha menubuhkan sebuah universiti kebangsaan. Ketika tidak banyak peluang dan ruang bagi pelajar dari luar bandar meneruskan pengajian ke universiti khususnya dalam bidang sains, beliau dan rakan-rakannya menggerakkan usaha mendesak kerajaan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sungguhpun usaha itu diperkecilkan oleh beberapa pihak. Program matrikulasi yang diperkenalkannya telah melebarkan peluang pelajar bumiputera menjurus ke pelbagai aliran sains dan perubatan. Usaha beliau yang menongkah arus itu telah berjaya melahirkan ramai teknokrat, saintis, profesional dan cerdik pandai daripada suatu sistem pendidikan tinggi yang menggunakan bahasa Melayu. Misinya yang cemerlang di Sabah telah mengasaskan kampus cawangan UKM dan membuka peluang khususnya kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak. Penerokaan beliau itu dikecapi nikmatnya kini apabila berdiri dengan megahnya kampus Universiti Malaysia Sabah yang berkembang daripada kampus cawangan UKM. Apabila beliau mengorak langkah ke Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) pada 1982 kerana dilantik sebagai Pengarah, sumbangannya kepada perkembangan sains dan teknologi negara khususnya bidang sains nuklear menjadi semakin penting dan terserlah. Lebih sedekad beliau di sana telah memperlihatkan sumbangannya dalam mengisi pelbagai kegiatan penyelidikan di PUSPATI. Justeru sumbangannya yang besar itulah FST mengambil daya usaha mewujudkan sebuah tabung yang dinamakan sempena nama beliau bagi membantu memajukan pelajar UKM khusus dalam bidang sains. Urusetia Tabung Dr. Ghazali Abd. Rahman Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Tel: 03-8921 4382 Fax: 03-8925 6086

Transcript of Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102009/29-142.pdf ·...

Page 1: Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102009/29-142.pdf · menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai

Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman

Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman akan tetap dikenang kerana penglibatannnya dalam usaha menubuhkan sebuah universiti kebangsaan. Ketika tidak banyak peluang dan ruang bagi pelajar dari luar bandar meneruskan pengajian ke universiti khususnya dalam bidang sains, beliau dan rakan-rakannya menggerakkan usaha mendesak kerajaan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sungguhpun usaha itu diperkecilkan oleh beberapa pihak. Program matrikulasi yang diperkenalkannya telah melebarkan peluang pelajar bumiputera menjurus ke pelbagai aliran sains dan perubatan. Usaha beliau yang menongkah arus itu telah berjaya melahirkan ramai teknokrat, saintis, profesional dan cerdik pandai daripada suatu sistem pendidikan tinggi yang menggunakan bahasa Melayu. Misinya yang cemerlang di Sabah telah mengasaskan kampus cawangan UKM dan membuka peluang khususnya kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak. Penerokaan beliau itu dikecapi nikmatnya kini apabila berdiri dengan megahnya kampus Universiti Malaysia Sabah yang berkembang daripada kampus cawangan UKM. Apabila beliau mengorak langkah ke Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) pada 1982 kerana dilantik sebagai Pengarah, sumbangannya kepada perkembangan sains dan teknologi negara khususnya bidang sains nuklear menjadi semakin penting dan terserlah. Lebih sedekad beliau di sana telah memperlihatkan sumbangannya dalam mengisi pelbagai kegiatan penyelidikan di PUSPATI. Justeru sumbangannya yang besar itulah FST mengambil daya usaha mewujudkan sebuah tabung yang dinamakan sempena nama beliau bagi membantu memajukan pelajar UKM khusus dalam bidang sains.

Urusetia T

abung Dr. G

hazali Abd. R

ahman

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti K

ebangsaan Malaysia

43600 UK

M Bangi, Selangor

Tel: 03-8921 4382

Fax: 03-8925 6086

Page 2: Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman - ewarga4.ukm.myewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102009/29-142.pdf · menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai

Latarbelakang

Sejarah panjang Fakulti Sains dan Teknologi bermula seawal penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970. Ketika itu Fakulti Sains bersama-sama Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan dan Fakulti Pengajian Islam menjadi perintis penubuhan UKM. Salah seorang pengasas UKM, Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman kemudian menerajui Fakulti Sains sebagai dekan pertamanya. Dengan kemajuan pesat dalam menyahut pelbagai tuntutan dalam pendidikan tinggi negara Fakulti Sains dan UKM turut berubah. Beberapa fasa perubahan yang dilalui oleh Fakulti Sains akhirnya merubah namanya menjadi Fakulti Sains dan Teknologi (FST) pada 1999. Pada tahun ini FST menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dengan menjalankan aktiviti akademik sepanjang tahun. Semasa hayatnya Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman dikenali kerana iltizamnya yang kuat terhadap usaha membuka peluang pendidikan tinggi untuk pelajar dari luar bandar menerusi program matrikulasi dan penubuhan UKM sendiri. Dengan mengambil semangat beliau yang kental itulah Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Fakulti Sains dan Teknologi akan dengan rasminya ditutup pada Malam Kasih Ghazali 2009. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf ketokohan beliau dalam memajukan bidang sains di negara ini.

Objektif

Objektif penwujudan Tabung ini di antaranya adalah:i. Sumbangan kewangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam akademik; danii. Pemberian biasiswa kepada pelajar FST yang layak

Pelancaran

Tabung Dr. Ghazali Abd. Rahman akan dilancarkan pada Malam Kasih Ghazali 2009 sempena dengan Penutup Sambutan Ulang Tahun Ke 10 Fakulti Sains dan Teknologi pada 20 November 2009 di DECTAR, UKM. Di samping itu beberapa acara lain seperti Pelancaran Buku Biografi Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman, persembahan puisi dan pengumpulan dana (melalui peragaan busana, pembidaan potret lukisan tangan dan persembahan) akan diadakan pada malam tersebut.

Jemputan

Fakulti Sains dan Teknologi ingin menjemput semua warga Malaysia, ahli korporat dan individu, untuk menderma kepada Tabung Dr. Ghazali Abd. Rahman. Sokongan anda boleh dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk pembelian satu atau lebih tempahan meja di Malam Kasih Ghazali 2009. Semua keuntungan pada Malam Kasih Ghazali 2009 akan disalurkan ke Tabung Dr. Ghazali Abd. Rahman. Sebarang sumbangan kepada Tabung ini akan diberikan pengecualian cukai.

Borang Sumbangan

Nama :……………………………………………………..........Organisasi/Institusi: ……………………………………………………………........................................................................Alamat: …………………………………………………............……………………………………………………………...........……………………………………………………………...........No Tel. : ………………… No Faks : …………………Mel-e : ………………………………...

Bentuk sumbangan:1. Tunai

Tajaan Platinum RM100,000 Tajaan Emas RM40,000 Tajaan Perak RM20,000 Tajaan Gangsa RM10,000

RM 5,000 RM 2,000 RM 1,000 Lain-lain RM………...

2. Pembelian Meja Malam Kasih Ghazali 2009 RM 10,000 (Jenis A) RM 5,000 (Jenis B) RM 3,000 (Jenis C) RM350 seorang

…………. meja Jumlah sumbangan : RM ……………...

3. Potongan Gaji

Untuk sumbangan potongan gaji berjadual sila nyatakan maklumat berikut:

Nama: ……………………………………………………………Jabatan: ………………………………………………………...UKM Per: ……………………….Mulai ……………….. 2009 hingga …………………..

Bagi semua sumbangan RM10,000 ke atas, upacara penyampaian “Mock-Cheque” oleh penderma akan diadakan pada Malam Kasih Ghazali 2009.

Semua cek dan bank deraf hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI UKM dan dihantar ke alamat yang tertera di mukasurat sebelah.