PROCEEDING OF 2 I H C (ISHEC 2017) - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/20231/1/PRO_NUR NAJWA HANANI ABD...
Transcript of PROCEEDING OF 2 I H C (ISHEC 2017) - ir.uitm.edu.myir.uitm.edu.my/20231/1/PRO_NUR NAJWA HANANI ABD...
1
2
PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL
ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC 2017)
3
4
PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL
ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE (ISHEC 2017)
Editors
MOHD FAIZAL P. RAMELI
ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK
MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP
MOHD ZAID MUSTAFAR
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
RAWI NORDIN
S. SALAHUDIN SUYURNO
DZIAUDDIN SHARIF
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Alor Gajah ● 2017
5
Cetakan Pertama / First Printing, 2017
Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM
Cawangan Melaka terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted
in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy,
recording, or any information storage and retrieval system, without permission in
writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA,
JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,
MELAKA, MALAYSIA
Tel: +606 558 2303, 2305
Atur huruf oleh / Typeset by
ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP, MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
Mel-e: [email protected]
Reka bentuk kulit oleh
Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz
Mel-e: [email protected]
ISBN:
6
Table of Contents ________________________________________________________________________
Foreword 7
Preface 9
HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT
Genre Historiografi Ibn al-Athir
Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir &
Mariam Farhana Md Nasir ... 3
Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun
Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13
Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam
Kitab Rasail al-Nur
Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum
Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21
Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran
Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35
Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut,
Terengganu Darul Iman
Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud,
Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &
Mohamad Zaki Razaly ... 47
Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei
Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55
Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara
H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63
Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih
Sukma Pancasila
Siti Fatimah M.Hum ... 75
Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar
H Jamali Sahrodi MA & Amin Maulana ... 101
7
Madrasah Menggapai Mutu
H Maksum MA ... 117
Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal
Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125
ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris
Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz &
Ermy Azziaty Rozali ...137
Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri
Masyarakat Melayu Kini
Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man &
Siti Nurul Izza Hashim ... 151
Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam
Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167
HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE
Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan
Takwim Hijri terkini
Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd
Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180
Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin
Shah Rul Anuar Nordin ... 188
Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam
Alam Melayu
Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin,
Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199
Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era Globalisasi
Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan
& Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209
Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal
di Malaysia
Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan,
Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223
8
ISLAMIC LITERATURE AND ART
Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu
Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza
Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239
Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s
Roof Crown in 1720-1950
Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor
Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255
Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia
Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli,
Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &
Mohd Amin Mohd Noh… 263
ث العريب اإلسبلمي يف الرسم االكركيب اغبديثاأثر الًت 281 ... شكيبا مصطفى الشريفية & ؿبمود حسُت عبد الرضبن
Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques
in Mzab, Djerba and Oman
Naima Benkari ... 301
Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities
Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317
The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation
in Typography Course in UiTM
Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad
Khairul Azizi Ahmad ... 333
Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns
Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345
The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision
Deficiencies
Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah &
Shaliza Dasuki ... 357
POLITICS AND GOVERNANCE
Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas,
al-Maghrib (1331-1351M)
9
Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris,
Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365
Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada
Kelangsungan Ketamadunan
Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380
Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod
Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin,
Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &
Abd Rashid Abd Rahman ... 397
ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT
Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan
Berskala Kecil
Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che
Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413
Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427
Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim
Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail,
Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445
Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam
Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453
The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia
Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461
The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia
Emas Shariah Index
Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor,
Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469
Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards
Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan &
Nazarul Azali Razali ... 489
Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and
Medium Enterprise (SME) in Klang Valley
10
Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad,
Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501
Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market
Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly &
Mastura Ayob ... 513
Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia
Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan &
Juan Rizal Sa‘ari ... 519
Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import
oleh JAKIM
Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar &
Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527
WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA
Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang
di Malaysia
Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah
Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 549
Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung
Mohd. Ali Muhamad Don ... 565
Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal
Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah
Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575
Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf
An-Nur (HWAN)
Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas &
Noraini Abd Muaziz ... 587
Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis
Agama Islam Melaka (MAIM)
Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid &
Nor Azlina Abd Wahab ... 601
Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor
Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa,
Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613
11
CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA
Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan
Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani &
Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625
Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya
Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza,
Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635
Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di
Utara Malaysia
Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643
Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor
Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud &
Mahasin Saja@Mearaj ... 651
ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY
Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method
Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah,
Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675
Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An
Islamic Perspective
Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman &
Azarudin Awang ... 687
Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of
Selangor‘s Tourism Industry
Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,
Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir &
Maz Izuan Mazalan ... 695
MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE
Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul
Rahmah, Rawang
12
Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon &
Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711
An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)
Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar &
Thuraya Ahmad ... 723
Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A
Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ
Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737
Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque:
A Concept Paper
Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu
Bakar ... 749
Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education
Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)
Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi &
Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757
Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few
Procedures and Steps
Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765
CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE
Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka
Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa &
Zainal Fikri Zamzuri ... 791
Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia
Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd
Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799
Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah
Fadhilah Adibah Ismail, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff,
Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809
Maqasid Syariah dalam Pelancongan
Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub
& Mohd Zaid Mustafar ... 817
13
Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah
Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid &
Rawi Nordin ... 835
ؽ األصولية: منهجية ذبديدية يف تأليف علم األصوؿعلم الفرك (The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh) 847… مصطفى بن ؿبمد جربم مشس الدين
The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in
Afghanistan
Nasir Ahmad Yousefi... 865
Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak
Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa &
Siti Noor Ain Aziz ... 879
CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA
Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam
Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed
Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889
Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal
Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia
Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895
Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari
Aspek Cabaran
Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901
Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah
Sarkastik Dan Satira
Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909
The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance
Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah
Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921
Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka
Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi &
Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931
14
Muslims in South Korea: The Way of Life
Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir,
Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943
Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia
Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor
Asikin Shaharuddin... 963
Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor
Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman,
Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969
Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan
Warga IPD Setiu, Terengganu
Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang,
Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &
Ahmad Zulfadhli Nukman... 987
ISLAM AND COMMUNICATION
Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna
S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub,
Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997
Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan
Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid
Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005
Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama:
Pengalaman Saudara Baru
Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman
& Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015
Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai
Indikator Komunikator Islam
Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub,
Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023
Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti
Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati
Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031
15
Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam
Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan,
Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &
Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037
ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT
Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan
Turki Uthmani
Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor,
Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055
Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas
Siti Suriyani Sulaiman ... 1071
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab
Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang,
Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &
Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087
Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi
Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri
Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah
Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah
Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095
Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam
(CTU151) terhadap Pelajar di UiTM
Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah
Sulaiman ... 1107
Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension
Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd
Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117
Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam
Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia:
Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia
Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman,
Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127
16
Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah
Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143
جهود علماء اؼبسلمُت يف ؾباؿ الطب كأثره على اغبضارة اإلنسانية 1155 ... د. ؿبمد مرسلُت ؿبمد إظباعيل
6
7
Foreword _________________________________________________________________
Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be
upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s,
companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.
I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words
in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers
of the 2nd
International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd
IsHeC2017) that
was held on 14th – 15
th November 2017. Congratulations also to the editors for
their efforts in publishing the articles presented at the 2nd
IsHeC2017.
Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very
noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in
various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for
the germination and strengthening of Islamic knowledge.
Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in
the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic
Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social
Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM
Melaka and the authors for their contribution.
DATUK PROF. MADYA SABARIAH MAHAT
Rektor,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka,
Alor Gajah, Melaka.
8
9
Preface _________________________________________________________________
In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is
due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for
His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from
our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and
whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers
upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our
thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the
opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International
Islamic Heritage Conference 2017.
We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor
Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan
Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd
IsHeC2017
and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate
Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage
UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd
IsHeC2017.
A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic
Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM
Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd
IsHeC2017 a success.
This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd
IsHeC2017
which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.
Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference
2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based
research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that
this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and
contributions for the sake of Muslim ummah.
MOHD FAIZAL P. RAMELI
ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK
MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP
MOHD ZAID MUSTAFAR
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ
RAWI NORDIN
S. SALAHUDIN SUYURNO
DZIAUDDIN SHARIF
Editor
Proceeding of 2nd
Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
10
969
PERUBAHAN AKHLAK SAUDARA KITA SELEPAS MEMELUK ISLAM
DI JOHOR
Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman,
Siti Fairuz Sujak, Luqmanulhakim Ab Rahman
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan akhlak Saudara Kita selepas
memeluk Islam di Johor. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan
perubahan akhlak ialah perubahan-perubahan yang dihadapi oleh Saudara Kita
dari sudut perbuatan dan percakapan yang berlaku ke atas diri seseorang Saudara
Kita selepas mereka memeluk Islam. Perubahan-perubahan akhlak ini penting
bagi memastikan Saudara Kita dapat menghadapi kehidupan yang lebih bahagia
serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih
sempurna walaupun berada dalam kelompok ahli keluarga yang sama-sama telah
memeluk Islam atau yang bukan Islam. Antara perubahan-perubahan akhlak yang
dikaji dalam kajian ini ialah menghormati ibu bapa dan ahli keluarga Islam dan
bukan Islam, adab percakapan, tanggungjawab, ziarah, pemakaian, hormat-
menghormati, aktiviti keluarga dan pemakanan. Kajian ini merupakan kajian
tinjauan. Seramai 455 Saudara Kita di Johor telah dipilih sebagai responden
kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi
mendapati terdapat perubahan yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan dari
sudut akhlak terhadap Saudara Kita selepas memeluk Islam di Johor.
Kata Kunci: Akhlak, Saudara Kita, Memeluk Islam
PENGENALAN
Pembentukan arah tuju dan arah haluan kehidupan manusia sentiasa dipengaruhi
dengan oleh akhlak yang dimiliki oleh seseorang. Maka kebahagiaan dan
kegembiraan dalam hidup seseorang itu akan dapat di kecapi bagi individu yang
meletakkan akhlak Islam sebagai asas membentuk matlamat hidupnya. Begitu
juga dengan Saudara Kita selepas memeluk agama Islam, sekiranya mereka
memilih nilai akhlak Islam maka kebahagiaan dan kegembiraan akan dapat
dinikmati. Menurut Dato‘ Haji M. Tahrir Bin Dato‘ Haji Samsudin, Mufti Negeri
Johor menyatakan Saudara Kita merupakan golongan yang mendapat tempat
istimewa dalam Islam. Mereka adalah golongan yang telah dijinakkan hatinya
untuk menerima hidayah Allah dan nikmat Islam dalam kehidupan mereka.
(Modul Bimbingan Saudara Kita 2011:3). Dalam kajian ini menjelaskan
perubahan-perubahan akhlak yang berlaku terhadap diri seseorang Saudara Kita
selepas mereka memeluk Islam. Melakukan perubahan diri ke arah
kecemerlangan memerlukan individu itu mempunyai jiwa besar lagi kental.
Perubahan Akhlak merupakan salah satu aspek yang penting bagi setiap Saudara
Kita yang telah memeluk Islam.
970
PERNYATAAN MASALAH
Perubahan akhlak akan berlaku dari pelbagai sudut selepas Saudara Kita
memeluk Islam. Perubahan akhlak ini dianggap penting untuk dibincangkan
secara terbuka kerana ia menjadi dorongan serta sokongan kepada Saudara Kita
selepas mereka memeluk Islam. Selain itu juga, Perubahan akhlak Saudara Kita
ini perlu dibincangkan kerana ia menjadi sebagai satu wadah atau tarikan bagi
seseorang yang baru berjinak-jinak untuk mengenal Islam. Namun begitu,
fanomena pada masa kini menunjukkan terdapat banyak cabaran serta
permasalahan yang dihadapi oleh Saudara Kita selepas memeluk Islam sehingga
menyebabkan tidak berlaku perubahan terhadap diri seseorang Saudara Kita atau
masih kekal seperti sebelum mereka memeluk Islam. Menurut Anuar Puteh
(2002:142) pelbagai masalah terpaksa di depani sama ada dari segi emosi, adat,
budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan dan sebagainya.
Masalah-masalah ini mampu merebak dan mengesani Saudara Kita dengan lebih
serius hingga ke peringkat kembali kepada agama asal (murtad) sekiranya ia tidak
di tangani dengan segera. Menurut pandangan Salasiah Hanin Hamjah (2011:69)
perubahan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh seseorang yang memeluk
Islam adalah penting untuk dibincangkan supaya dapat menjadi faktor sokongan
kepada individu yang baru memeluk Islam ataupun menjadi elemen dakwah
kepada seseorang yang mula berjinak dengan ajaran Islam.
Keluarga juga mempengaruhi perubahan akhlak Saudara Kita. Menurut
Nuraisyah (2006:56) keluarga akan mengambil masa yang agak lama untuk
menerima ahli keluarga yang memeluk Islam. Menurut Nur A‘thiroh Masyaa‘il
Tan (2007) di dalam blognya menyatakan pelbagai cabaran yang harus ditempuhi
oleh saudara baru semasa dan selepas memeluk agama Islam. Di antaranya
mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga kandung yang belum memeluk
Islam. Sikap pemulauan ke atas diri Saudara Kita, kenyataan tidak mengakui anak
kandung oleh bapa, tidak dibenarkan pulang ke rumah dan putusnya segala
perhubungan sama ada daripada segi kekeluargaan, kewangan dan hubungan
sosial yang lain, benar-benar mengganggu emosi dan seterusnya menyebabkan
tekanan perasaan. Saudara baru juga disingkir atau dihalau keluar oleh
keluarganya dan terpaksa mencari tempat kediaman lain dan sering diugut oleh
keluarganya dan dipukul serta diseksa terutamanya Saudara Kita di bawah umur
dan juga yang perempuan (Amran Kasimin 1985:88). Walaupun ada yang terus
tinggal bersama keluarga, namun mereka seolah-olah disisihkan dari segala aspek
kehidupan keluarga dan komuniti mereka (Anuar Puteh 2008:35). Sesetengah
keluarga tidak dapat menerima ahli keluarganya memeluk Islam disebabkan
kebanyakan adat, pemakanan, pemakaian serta sebagainya amat berbeza dengan
tatacara dalam Islam. Menurut laporan yang diperolehi dari Unit Ukhuwah,
Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Johor juga menyatakan bahawa antara
cabaran yang dihadapi oleh Saudara Kita sebelum dan selepas memeluk Islam
ialah tentangan hebat dari keluarga, ugutan bunuh dipukul, disembunyikan dan
dikurung. Saudara Kita ini juga tidak dapat mewarisi harta serta dipisahkan dari
anak-anak dan keluarga (Statistik Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah Jabatan
Agama Islam Johor. 2014). Justeru itu, berdasarkan pernyataan masalah yang
971
diperolehi mendapati banyak permasalahan dan cabaran yang terpaksa dihadapi
oleh Saudara Kita di mana cabaran serta masalah-masalah yang dihadapi ini
secara tidak langsung mempengaruhi perubahan-perubahan akhlak Saudara Kita
selepas memeluk Islam.
KONSEP AKHLAK
Al-Ghazali ada menegaskan mengenai akhlak iaitu satu sifat yang tertanam dan
sebati dalam jiwa seseorang, menghasilkan segala perbuatan dengan mudah
(spontan) tanpa memerlukan pertimbangan fikiran (teragak-agak). Sekirannya
akhlak itu baik menurut pertimbangan al-Qur‘an dan al-Sunnah, maka baiklah ia.
Sekiranya buruk mengikut al-Qur‘an dan al-Sunnah, maka buruklah ia (al-
Ghazali t.th:56). Menurut Ibnu Maskawih dan Imam al-Ghazali, akhlak merujuk
kepada satu situasi yang berada dalam diri iaitu nafs dan dia menjadi punca
kepada segala perbuatan yang dilakukan oleh individu tersebut. Akhlak bukan
sesuatu yang dilakukan oleh seseorang, tetapi dimensi dalaman yang
menyebabkan perbuatan itu terjadi. Jika perbuatan yang terhasil dari individu itu
baik dan menepati syariah, maka individu itu dikatakan sebagai mempunyai
akhlak yang baik. Begitulah sebaliknya yang akan berlaku. Manakala perbuatan
yang buruk akan menunjukkan akhlak yang buruk (Mohd Nasir Omar 2005:140).
Umumnya, perlakuan atau aktiviti manusia boleh dibahagikan kepada dua
kategori utama iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila
mereka melakukan perbuatan yang bercirikan akhlak atau sifat mahmudah
(terpuji). Perlakuan buruk pula terhasil apabila melakukan sesuatu perkara yang
bercirikan akhlak atau sifat mazmumah (tercela) (Mohd Asri Abdullah et. al
2010:65). Menghormati kedua ibu-bapa serta beradab terhadap mereka berdua
merupakan titik tolak kemuliaan akhlak bagi seseorang. Ini kerana merekalah
yang sanggup bersusah payah semenjak dalam kandungan sehinggalah pada saat
kelahirannya. Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kita menggauli kedua ibu bapa
dengan suatu pergaulan yang khusus serta berbeza dengan pergaulan kita terhadap
orang lain. Seorang anak sama ada lelaki atau perempuan hendaklah bercakap
dengan kedua ibu-bapa mereka dengan lemah-lembut, beradab sopan serta
berkasih sayang (Asma Yalawae & Ahmad Farid bin Ibrahim 2007:74). Begitu
juga hendaklah menjauhi daripada perkataan yang buruk serta tidak baik yang
mana boleh membuatkan kedua ibu-bapa itu tidak senang serta tidak selari
dengan hati, serta hendaklah anak-anak itu berusaha melakukan perkara yang
boleh menggembirakan hati mereka berdua itu. Jika ibu-bapa berdua itu sangat
memerlukan kepada nasihat agama, maka menasihatilah mereka dengan lemah-
lembut serta beradab (`Abdah Ghalib Ahmad `Isa 1987:81-82).
Dalam konteks lain, akhlak juga turut mengambil kira terhadap penuaian
hak dan tanggungjawab seseorang sama ada terhadap dirinya, keluarganya,
masyarakatnya, negaranya dan alam sekitarnya seperti menyempurnakan hak dan
tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu, bapa, anak, jiran tetangga seagama di
samping memelihara hubungan yang baik terhadap orang-orang yang berlainan
agama. Akhlak juga menyentuh dalam menjauhi dan meninggalkan larangan-
larangan Allah S.W.T. seperti berjudi, mengumpat, berzina, minum minuman
972
yang memabukkan, melakukan maksiat, derhaka kepada ibu bapa, bercakap
bohong dan lain-lain. Orang yang dapat membina kekuatan disiplin diri untuk
menjauhi larangan-larangan Allah dan akhlak mereka dianggap sebagai orang
yang berakhlak (Modul Bimbingan Saudara Kita Akhlak Tahap 4 2011:29).
Akhlak juga turut meliputi semua aspek yang berkaitan dengan perlakuan dan
pembentukan sifat-sifat seseorang sama ada dari sudut percakapan, perbuatan,
kegiatan, perancangan pemikiran dan perasaan. Penghormatan terhadap sistem
akhlak tersebut kerana ia adalah sebahagian keperluan dalam kehidupan Muslim.
Sistem akhlak itu akan memberikan kesan yang mendalam dalam pembentukan
kehidupan seseorang sama ada dari segi positif dan negatif. Hasil dalam
penghayatan yang baik akan menghasilkan kesan-kesan yang positif seperti
gembira, lega, lapang dada dan sebagainya. Tetapi jika kemurnian akhlak itu
gagal dihayati akan melahirkan pula kesan-kesan negatif seperti dukacita, rasa
terhina, resah, gelisah dan sebagainya. Wujudnya situasi tersebut kerana akhlak
berperanan untuk mengawasi gerak laku seseorang. Dari segi prinsipnya, akhlak
bersifat sejagat dan tetap (Modul Bimbingan Saudara Kita Akhlak Tahap 4.
2011:29). Perubahan akhlak ini penting bagi memastikan Saudara Kita dapat
menghadapi kehidupan yang lebih bahagia serta dapat melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada
dalam kelompok ahli keluarga yang sama-sama telah memeluk Islam atau yang
bukan Islam.
LATAR BELAKANG SAUDARA KITA DI JOHOR
Saudara Kita mempunyai beberapa perkataan yang di sama ertikan antaranya
muallaf dan saudara baru yang selalu digunakan oleh masyarakat di Malaysia.
Menurut Marlon (2014) perbahasan mengenai pengertian perkataan muallaf dan
panggilan lain yang biasa diguna pakai dalam masyarakat di Malaysia selain dari
perkataan ini, ialah seperti ‗Saudara Baru‘ ‗Saudara Muslim‘ dan ‗Saudara Kita‘.
Dari sudut bahasa di dalam Kamus Dewan menjelaskan perkataan muallaf
sebagai orang-orang yang baru memeluk Islam atau Saudara Baru (Kamus Dewan
2002 :900). Dalam Lisan al-Arab perkataan muallaf berasal daripada allafa
bererti menghimpunkan sesuatu dengan sesuatu atau menyatukan sesuatu dengan
sesuatu (Ibn Manɀur 1997 : 180). Muallaf merupakan kalangan manusia yang
baru memeluk agama Islam dan berhak mendapat zakat dan pemberian tersebut
bertujuan untuk melunakkan hati dan menguatkan keislaman mereka (Ahmad
Redzuwan Mohd Yunus & Nur Kareelawati Abd Karim 2005 : 10). Dalam
konteks masyarakat di Malaysia, Saudara Kita yang terdiri daripada Cina, India
atau masyarakat lain sering dirujuk dan diistilahkan sebagai 'Saudara Kita' oleh
masyarakat Islam amnya dan khasnya masyarakat Melayu (Anuar Puteh 2002 :
133). Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan Saudara Kita ialah
orang-orang yang telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam dan telah
melafazkan dua kalimah Syahadah, menerima bantuan dan zakat serta telah
didaftarkan permohonan Pengislamannya di Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam. Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Johor) 2003 berkaitan memeluk Agama Islam di bahagian IX tidak
973
menyatakan tempoh seseorang yang memeluk Islam itu secara berdaftar digelar
sebagai Saudara Kita. Justeru, di negeri Johor mereka yang baru memeluk Islam
dan yang telah lama memeluk Islam digelar sebagai Saudara Kita. Mereka yang
ingin memeluk Islam hendaklah berdaftar di Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Johor. Unit Ukhuwah merupakan unit yang dikendalikan
oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Unit ini merupakan
unit yang menguruskan proses pengislaman Saudara Kita, pendidikan,
pengukuhan akidah, memberi khidmat nasihat, menjaga kebajikan dan
memberikan pelbagai bantuan Saudara Kita. Berdasarkan data yang diperolehi
dari Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor seramai 9334
Saudara Kita telah memeluk Islam dari tahun 2005 hingga Mac 2016.
KAWASAN DAN METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Kajian tinjauan adalah
satu kajian yang dilakukan melalui penggunaan soal selidik atau temu bual ke
atas sampel yang mewakili sesuatu populasi. Namun begitu, dalam kajian ini
penyelidik hanya menggunakan soal selidik sahaja. Soal selidik yang dibina
terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian (A) – Latar Belakang Responden,
Bahagian (B) Perubahan Hubungan Kekeluargaan Saudara Kita dari sudut akhlak
selepas memeluk Islam. Kajian tinjauan ini hanya tertumpu pada Saudara Kita
yang bekerja berada di sepuluh daerah di sekitar negeri Johor dan telah berdaftar
di Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Johor. Penyelidikan
hanya tertumpu pada elemen hubungan kekeluargaan dari sudut akhlak sahaja.
Kesesuaian ujian hanya bergantung kepada sampel dan analisis berdasarkan soal
selidik. Sampel dan analisis hanya akan diukur dengan menggunakan SPSS
(Statistical Package for Social Sciences). Sampel yang di pilih bagi kajian ini
adalah dengan menggunakan pemilihan sampel secara rawak berlapis (probability
sampling). Sampel rawak berlapis digunakan dengan memilih Cohen (1988)
sampel 95% level signifikan value dengan mengambil sampel daripada setiap
daerah yang melibatkan seramai 455 orang Saudara Kita di sekitar negeri Johor
yang telah berdaftar di Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam
Johor.
Kawasan kajian yang dipilih adalah di sekitar negeri Johor. Tujuan negeri
ini dipilih sebagai lokasi kajian kerana penyelidik mengenal pasti di dalam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 berkaitan memeluk
Agama Islam di bahagian IX tidak menyatakan tempoh seseorang yang memeluk
Islam itu secara berdaftar digelar sebagai Saudara Kita. Penyelidik mendapati di
beberapa buah negeri seperti di Selangor telah menetapkan tempoh gelaran
Saudara Kita itu selama beberapa tahun sahaja dan selepas dari tempoh yang
ditetapkan mereka tidak digelar Saudara Kita lagi dan dianggap seperti orang
Islam seperti biasa. Ini menunjukkan bahawa di Johor gelaran Saudara Kita itu
diguna pakai oleh mereka yang memeluk Islam untuk selama-lamanya selagi
mana mereka tidak kembali ke agama asal mereka. Berdasarkan statistik yang
diperolehi dari Unit Ukhuwah juga mendapati jumlah Saudara Kita yang
berdaftar dari tahun ke tahun semakin meningkat dari tahun 2004 hinga 2013.
974
Proses pengumpulan data untuk kajian ini dalam mendapatkan data
premier adalah melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada Saudara Kita di
sekitar negeri Johor dan telah berdaftar di Unit Ukhuwah Jabatan Agama Islam
Johor berhubung dengan perubahan hubungan kekeluargaan Saudara Kita dari
aspek akhlak selepas memeluk Islam. Manakala skala pengukuran yang
digunakan di dalam soal selidik ini adalah dengan menggunakan skala norminal
dan skala ordinal. Skala Likert digunakan bagi mengukur data soal selidik. Data
dalam kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Window
Version 17. Analisa data tersebut digunakan dengan menggunakan statistik
deskriptif seperti kekerapan, peratus, minimum, maksimum, min dan sisihan
piawai terutama yang berkaitan dengan latar belakang sampel dan juga
perubahan hubungan kekeluargaan dari sudut akhlak terhadap item pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang dikemukakan dalam kajian. Selain itu juga, ujian
kebolehpercayaan item juga di laksanakan bagi memastikan item-item yang
dikemukakan mempunyai nilai realibiliti yang memuaskan.
HASIL KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan seramai 455 orang Saudara Kita di negeri Johor.
Berikut adalah maklumat penting tentang latar belakang sampel kajian.
Latar belakang responden
Seramai 455 orang responden telah dipilih di kalangan Saudara Kita. Dari segi
jantina, hasil kajian menunjukkan responden Saudara Kita terdiri daripada
perempuan iaitu sebanyak 239 orang (52.2%). Manakala jumlah responden
Saudara Kita lelaki adalah sebanyak 216 orang (47.5%). Ini menunjukkan
majoriti responden Saudara Kita di dalam kajian ini adalah perempuan (Jadual 1).
Jadual 1 : Jantina : Sumber: Soal Selidik 2015
Bagi kategori status perkahwinan Saudara Kita, hasil kajian menunjukkan
seramai 56 orang (12.3%) masih bujang, diikuti dengan 342 orang (75.4%) telah
berkahwin dan duda/janda seramai 56 orang pada peratusan yang sama (12.3%)
dengan bujang. Majoriti responden di dalam kajian ini adalah Saudara Kita yang
telah berkahwin (Jadual 2).
Jadual 2 : Status Perkahwinan : Sumber: Soal Selidik 2015
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 216 47.5
Perempuan 239 52.5
Jumlah 455 100
Status perkahwinan Kekerapan Peratus (%)
Bujang 56 12.3
Berkahwin 343 75.4
Duda/ Janda 56 12.3
975
Seterusnya umur mengenai responden dikategorikan kepada empat
peringkat iaitu 20 tahun ke bawah, 21-30 tahun, 31-40 tahun dan 41 tahun ke atas.
hasil kajian mengenai umur responden Saudara Kita mendapati majoriti
responden adalah pada kategori umur 41 tahun dan ke atas iaitu seramai 209
orang (45.9%) diikuti dengan kategori umur 21-30 tahun seramai 114 orang
(25.1%), diikuti dengan kategori umur 31-40 tahun seramai 113 orang (24.8%)
dan kategori umur 20 tahun dan ke bawah seramai 19 orang (4.2%) (Jadual 3).
Jadual 3 : Umur : Sumber: Soal Selidik 2015
Bagi kategori Bangsa pula, hasil kajian menunjukkan responden
berbangsa India menyumbang kepada jumlah tertinggi iaitu seramai 139 orang
(30.5%) diikuti dengan responden berbangsa Cina seramai 132 orang
(29%),diikuti dengan responden Bumiputera Sabah/ Sarawak seramai 118 orang
(25.9%), diikuti responden bukan warganegara seramai 44 orang (9.7%) dan
diikuti dengan responden Orang Asli seramai 22 orang (4.8%) ( Jadual 4).
Jadual 4 : Bangsa : Sumber: Soal Selidik 2015
Di dalam jadual 5, bagi kategori tahap pendidikan hasil kajian juga
menunjukkan majoriti responden mempunyai pendidikan peringkat sekolah
menengah iaitu seramai 276 orang (60.7%), diikuti peringkat kolej/universiti
seramai 90 orang (19.8%) dan sekolah rendah seramai 80 orang (17.6%). Hanya 9
orang responden (2.0% ) responden dilaporkan tidak pernah mendapat pendidikan
di sekolah.
Jadual 5 : Tahap Pendidikan : Sumber: Soal Selidik 2015
Jumlah 455 100
Umur Kekerapan Peratus (%)
20 tahun ke bawah 19 4.2
21-30 tahun 114 25.1
31-40 tahun 113 24.8
41 tahun ke atas 209 45.9
Jumlah 455 100
Bangsa Kekerapan Peratus (%)
Cina 132 29.0
India 139 30.5
Orang Asli 22 4.8
Bukan Warganegara 44 9.7
Bumiputera
Sabah/Sarawak
118 25.9
Jumlah 455 100
Tahap pendidikan Kekerapan Peratus (%)
976
Analisis Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam Di Johor
Jadual 6 hinggan jadual 13 menunjukkan kekerapan perubahan akhlak Saudara
Kita di Johor mengikut lima pilihan jawapan; sangat setuju, setuju, tidak pasti,
tidak setuju dan sangat tidak setuju. Perubahan akhlak ini terdiri daripada sudut
hubungan kekeluargaan itu sendiri, sudut perbuatan seperti mencium tangan ibu
bapa apabila bertemu, pemakaian, tempat tinggal, aktiviti keluarga,
tanggungjawab dan pemakanan.
Jadual 6 menunjukkan taburan jawapan responden bagi item ―Hubungan
saya bersama ahli keluarga semakin renggang selepas memeluk Islam‖. Majoriti
reponden menjawab setuju 150 orang (23.5%) dan sangat setuju 107 orang
(23.5%) diikuti dengan tidak pasti 20 orang (4.4%), tidak setuju 116 orang
(25.5%) dan sangat tidak setuju 62 orang (13.6%).
Jadual 6 : Hubungan saya bersama ahli keluarga semakin renggang selepas
memeluk Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan majoriti Saudara Kita semakin
renggang dengan ahli keluarga selepas memeluk Islam. Namun begitu, hampir
sebahagian Saudara Kita yang mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga.
Saudara Kita perlu mewujudkan hubungan yang lebih rapat dengan ahli kelurga
sesama Islam atau bukan Islam. Hubungan yang disemai dengan rasa kasih
sayang serta tanggungjawab yang dilaksanakan dapat mengeratkan lagi hubungan
antara keluarga. Menurut Imam al-Ghazali dengan kasih sayang boleh
menjinakkan hati (1967:201). Sekiranya perasaan kasih sayang ini luput dari
keluarga, maka akan merenggangkan ikatan yang terjalin di antara mereka (ahli
keluarga) (Osman Hj. Khalid 1981:73). Dengan kasih sayang serta hormat-
menghormati akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara keluarga dan Saudara
Kita. Menurut Saudara Kita Mohd Fakhrul Haikal Bin Abdullah (2017) yang
telah memeluk Islam hampir 22 tahun, menyatakan hubungannya dengan ahli
keluarga bertambah rapat selepas memeluk Islam.
Tidak Pernah Sekolah 9 2.0
Sekolah Rendah 80 17.6
Sekolah Menengah 276 60.7
Kolej/Universiti 90 19.8
Jumlah 455 100
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 107 23.5
Setuju 150 33.0
Tidak Pasti 20 4.4
Tidak Setuju 116 25.5
Sangat Tidak Setuju 62 13.6
Jumlah 455 100%
977
Jadual 7 menunjukkan taburan responden bagi jawapan item ―Saya
mencium tangan ibu dan ayah apabila bersalaman dengan mereka‖. Majoriti
responden menjawab setuju 205 orang (45.1%) dan 137 menjawab sangat setuju,,
27 orang (5.9%) tidak pasti, 77 orang (16.9%) menjawab tidak setuju dan 9 orang
(2.0%) sangat tidak setuju.
Jadual 7 : Saya mencium tangan ibu dan ayah apabila bersalaman dengan mereka
: Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian menunjukkan majoriti Saudara Kita mencium tangan ibu dan
ayah apabila bersalaman. Saudara Kita perlu menunjukkan perbuatan dan tingkah
laku yang baik seperti mencium tangan kedua ibu bapa terutama ibu bapa mereka
tidak memeluk Islam. Dalam Islam, akhlak juga turut meliputi semua aspek yang
berkaitan dengan perlakuan dan pembentukan sifat-sifat seseorang sama ada dari
sudut percakapan, perbuatan, kegiatan, perancangan pemikiran kedua ibu bapa
yang tidak memeluk Islam juga merupakan satu contoh teladan yang dan
perasaan. Contohnya, memelihara lidah, menundukkan pandangan, bersifat lemah
lembut, bersopan santun, rajin sabar dan menyeru kepada yang makruf dan
mencegah kemungkaran (Modul Bimbingan Saudara Kita Akhlak Tahap 4.
2011:29). Sebagai seorang Saudara Kita, perlu menunjukkan contoh teladan yang
baik serta menutur kata-kata dan percakapan yang baik dan tidak menyinggung
perasaan ahli keluarga terutama dengan ahli keluarga yang bukan Islam.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Salasiah Hanin Hamjah (2011:82)
terhadap Majalah i Ruangan Hidayah Illahi Mei 2010, mendapati perubahan
tingkah laku yang begitu ketara berlaku kepada Saudara Mohd Lukman al-Hakim
bin Low Abdullah ialah mencium tangan ibunya setelah memeluk Islam yang
selama ini tidak pernah dilakukan. Apa yang dilakukan oleh Mohd. Lukman al-
Hakim bin Low Abdullah jelas menunjukkan beliau menghayati ajaran Islam
yang menyuruh umatnya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa meskipun
berlainan agama.
Jadual 8 menunjukkan hasil keputusan yang diperolehi bagi item ―Saya
sering bertanya khabar kepada ahli keluarga/saudara yang bukan Islam‖. Majoriti
responden seramai 211 orang (46.4%) menjawab setuju dan 160 orang (35.2%)
menjawab sangat setuju, diikuti dengan 70 orang (15.4%) menjawab tidak setuju,
8 orang (1.8%) menjawab sangat tidak setuju dan 6 orang (1.3%) menjawab tidak
pasti.
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 137 30.1
Setuju 205 45.1
Tidak Pasti 27 5.9
Tidak Setuju 77 16.9
Sangat Tidak Setuju 9 2.0
Jumlah 455 100%
978
Jadual 8 : Saya sering bertanya khabar kepada ahli keluarga/saudara bukan Islam :
Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian juga menunjukkan majoriti Saudara Kita sering bertanya
khabar kepada ahli keluarga/saudara yang bukan Islam. Sebagai seorang Saudara
Kita yang telah memeluk Islam, perlulah berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan
ahli keluarga yang bukan Islam seperti bertanya khabar. Firman Allah S.W.T
yang bermaksud :(al-Quran, al-Mumtahinah 60:8):
―Allah tidak melarang kamu (wahai muslimim) untuk berbuat Al-
Birru (berbuat baik) dan berlaku adil terhadap orang-orang
(kafir) yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak
mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berlaku adil.
Berdasarkan mafhum ayat di atas, al-Quran mengingatkan kepada kaum
muslimin agar bersikap ihsan dan memberi layanan yang baik kepada orang
bukan Islam. Ini kerana berbuat baik adalah merupakan peringkat dan darjat
keadilan yang paling tinggi bagi seseorang Muslim. Allah tidak melarang untuk
seseorang Islam itu berbuat baik kepada mereka yang bukan Islam. Begitu juga
dengan Saudara Kita, tiada larangan bagi mereka untuk berbuat baik kepada
keluarga yang bukan Islam, seperti bertanya khabar, ziarah dan sebagainya.
Jadual 9 menunjukkan jawapan responden bagi item ―Saya masih
melaksanakan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa selepas memeluk
Islam‖. Majoriti responden seramai 189 orang (41.5%) menjawab sangat setuju
dan 180 orang (39.6%) menjawab setuju, diikuti dengan 22 orang (4.8%)
menjawab tidak pasti dan 64 orang (14.1%) menjawab tidak setuju.
Jadual 9: Saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa
selepas memeluk Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 160 35.2
Setuju 211 46.4
Tidak Pasti 6 1.3
Tidak Setuju 70 15.4
Sangat Tidak Setuju 8 1.8
Jumlah 455 100%
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 189 41.5
Setuju 180 39.6
Tidak Pasti 22 4.8
Tidak Setuju 64 14.1
979
Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan majoriti Saudara Kita di Johor
masih melaksanakan tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa selepas
memeluk Islam. Dalam konteks lain, akhlak juga turut mengambil kira terhadap
penuaian hak dan tanggungjawab seseorang sama ada terhadap dirinya,
keluarganya, masyarakatnya, negaranya dan alam sekitarnya seperti
menyempurnakan hak dan tanggungjawab sebagai suami, isteri, ibu, bapa, anak
tanggungjawab sebagai jiran tetangga, seagama di samping memelihara hubungan
yang baik terhadap orang-orang yang berlainan agama. Apabila kita
membicarakan tentang ruang lingkup akhlak Islamiah ia sebenarnya merangkumi
seluruh amalan hidup beragama. Bermula dengan taat dan patuh dalam
menunaikan suruhan Allah SWT seperti solat, zakat, puasa, sedekah, haji, umrah.
Tolong-menolong, amanah dan lain-lain. Apabila suruhan-suruhan tersebut dapat
dilaksanakan maka ia dikira sebagai orang yang berakhlak kerana terdapat di
dalamnya nilai ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT. (Modul Bimbingan
Saudara Kita Akhlak Tahap 4. 2011:29). Sebagai seorang Saudara Kita yang telah
memeluk Islam, mereka perlu menghormati kedua-dua ibu bapa walaupun ada di
antara ibu bapa yang tidak memeluk agama Islam. Hubungan antara Saudara Kita
dan kedua-dua ibu bapa tidak dapat dipisahkan kerana merekalah yang
melahirkan serta membesarkan kita. Menghormati kedua ibu-bapa serta beradab
terhadap mereka berdua merupakan titik tolak kemuliaan akhlak bagi seseorang
Muslim. Ini kerana merekalah yang sanggup bersusah payah semenjak dalam
kandungan sehinggalah pada saat kelahirannya. Allah SWT mewajibkan ke atas
kita menggauli kedua ibu bapa dengan suatu pergaulan yang khusus serta berbeza
dengan pergaulan kita terhadap orang lain. Seorang anak sama ada lelaki atau
perempuan hendaklah bercakap dengan kedua ibu-bapa mereka dengan lemah-
lembut, beradab sopan serta berkasih sayang(Asming Yalawae & Ahmad Farid
bin Ibrahim 2007:74). Firman Allah S.W.T yang bermaksud: (al-Qurān, al-
Baqarah 2: 83):
―Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu):
Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah
kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia,
dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak
memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu
selalu berpaling.‖
Dalam ayat tersebut menjelaskan supaya berbuat baik kepada mereka
merangkumi berbuat baik dengan perkataan dan perbuatan. Perintah berbuat baik
kepada mereka menunjukkan larangan berbuat jahat dan tidak berbuat ihsan.
Dalam perjanjian ini, Allah memerintahkan mereka untuk bertutur kata yang baik
kepada semua manusia. Termasuk bertutur kata yang baik adalah amar makruf
Sangat Tidak Setuju - -
Jumlah 455 100%
980
dan nahi munkar, mengajarkan ilmu agama, menyebarkan salam, senyum dan
perkataan baik lainnya. Allah juga memerintahkan umatnya supaya berbuat baik
kepada kedua ibu bapa.
Jadual 10 menunjukkan taburan jawapan responden bagi item ―Saya
selesa memakai pakaian berlandaskan syariat Islam di hadapankeluarga yang
bukan Islam‖. Majoriti responden menjawab Setuju 228 orang (50.1%) dan 191
orang (42.0%) menjawab sangat setuju diikuti 11 orang (2.4%) menjawab tidak
pasti, 24 orang (5.3%) menjawab tidak setuju dan 1 orang (0.2%) menjawab
sangat tidak setuju.
Jadual 10: saya lebih selesa memakai pakaian berlandaskan syariat Islam di
hadapan keluarga yang bukan Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian menunjukkan majoriti Saudara Kita lebih selesa memakai
pakaian berlandaskan syariat Islam di hadapan keluarga yang bukan Islam.
Sebagai seorang Saudara Kita, wajiblah melaksanakan segala suruhan Allah dan
meninggalkan perkara yang dilarang. Menutup aurat juga merupakan satu
kewajipan bagi seorang Muslim. Menurut Dolly Danisha mengakui sebelum
Islam beliau berpakaian seksi dan bersifat panas baran tetapi setelah memeluk
Islam beliau tidak lagi berpakaian seksi sebaliknya memakai tudung dan menjaga
tingkah laku dan banyak bersabar (Nor Aznina Ismail, April 2010:90). Hal yang
sama turut dilakukan oleh Noor Adlina Gooi Binti Abdullah di mana beliau telah
berjaya memakai tudung dan berkelakuan baik (Nor Aznina Ismail, Mac
2010:89). Firman Allah S.W.T yang bermaksud: (al-Quran, al-Ahzab 33:59):
―Wahai nabi, suruhlah isteri–isteri kamu dan anak–anak
perempuan kamu serta perempuan–perempuan yang beriman,
supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik–baik) maka dengan
itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha mengasihani.‖
Ayat di atas menunjukkan umat Islam di perintahkan agar menutup aurat
dengan baik, terutama aurat terhadap wanita, ini kerana nabi mengingatkan
kepada kita bahawasanya golongan wanita yang tidak menutup aurat tidak akan
dapat mencium bau syurga. Dengan menutup aurat juga dapat mengelakkan diri
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 191 42.0
Setuju 228 50.1
Tidak Pasti 11 2.4
Tidak Setuju 24 5.3
Sangat Tidak Setuju 1 0.2
Jumlah 455 100%
981
kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik serta dapat menghindarkan
diri dari melakukan perbuatan yang di larang oleh Allah. Selain itu juga dengan
menutup aurat dapat melindungi diri terutamanya Saudara Kita yang wanita dari
ancaman luar seperti rogol, maksiat dan sebagainya. Kita sebagai seorang Islam
juga dapat menunjukkan contoh teladan serta akhlak yang baik dari sudut
pemakaian dalam Islam kepada saudara bukan Islam. Dalam Islam juga apabila
kita memakai pakaian yang menepati syariat dalam Islam secara tidak langsung
seseorang itu akan, kelihatan bersih dan kemas, kelihatan sopan dan dihormati
masyarakat, disukai Allah SWT, melambangkan keperibadian seseorang, menjadi
muslim atau muslimah yang di contohi.
Jadual 11 menunjukkan jawapan responden bagi item ―Saya tidak
menyertai aktiviti-aktiviti keluarga yang bercanggah dengan ajaran Islam‖.
Majoriti responden seramai 177 orang (38.9%) menjawab setuju dan 129 orang
(28.4%) menjawab sangat setuju, diikuti dengan 45 orang (9.9%) menjawab tidak
pasti, 77 orang (16.9%) menjawab tidak setuju dan 27 orang (5.9%) menjawab
sangat tidak setuju.
Jadual 11: Saya tidak menyertai aktiviti-aktiviti keluarga yang bercanggah dengan
ajaran Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian juga menunjukkan majoriti responden tidak menyertai
aktiviti-aktiviti keluarga yang bercanggah dengan ajaran Islam selepas memeluk
Islam. Dalam Islam, akhlak juga menyentuh dalam menjauhi dan meninggalkan
larangan-larangan Allah SWT seperti berjudi, mengumpat, berzina, minum
minuman yang memabukkan, melakukan maksiat, derhaka kepada ibu bapa,
bercakap bohong dan lain-lain. Orang yang dapat membina kekuatan disiplin diri
untuk menjauhi larangan-larangan Allah dan akhlak mereka dianggap sebagai
orang yang berakhlak. (Modul Bimbingan Saudara Kita Akhlak Tahap 4
2011:29).
Meninggalkan larangan Islam juga berjaya dilakukan oleh Mohd.
Lukman al-Hakim bin Low Abdullah (Low Yit Kun) yang mengakui dulu belaiu
seorang yang hidupnya agak bebas, menghisap rokok, ponteng sekolah dan
pernah minum arak. Setelah memeluk Islam, beliau berjaya meninggalkan semua
aktiviti tersebut (Mohd. Adib Mohd Sidek Mei 2010:88). Jemaine Jackson yang
nama Islamnya yang dikenali sebagai Muhammad Abdul Aziz Jackson mengakui
bahawa Islam mengubah tingkah lakunya. Setelah menjadi Muslim, saya
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 129 28.4
Setuju 177 38.9
Tidak Pasti 45 9.9
Tidak Setuju 77 16.9
Sangat Tidak Setuju 27 5.9
Jumlah 455 100%
982
merasakan adanya perubahan besar di dalam diri saya. Saya mulai meninggalkan
apa yang di larang Islam. Namun tidak semua orang dapat menerima dengan hati
yang terbuka (Sarinah Mohd. Som, April 2010:85). Namun begitu, berdasarkan
temu bual terhadap ustazah Nurul Hazlin Hashim(2017), Pegawai Hal ehwal
Islam yang mengendalikan urursan Saudara Kita di Bahagian Dakwah, Jabatan
Agama Islam Johor menyatakan antara-cabaran-cabaran yang di hadapi oleh
Saudara Kita dalam hubungan kekeluargaaan dari aspek akhlak ini ialah sukar
untuk meninggalkan amalan-amalan agama asal mereka.
Jadual 12 menunjukkan jawapan responden bagi item ―Saya sentiasa
berhati-hati dalam memilih makanan apabila makan bersama keluarga bukan
Islam‖. Majoriti responden seramai 185 orang (51.4%) menjawab setuju dan 155
orang (43.1%) menjawab sangat setuju, diikuti dengan seorang (1.0%) menjawab
tidak pasti, 9 orang (2.5%) menjawab tidak setuju dan 10 orang (2.8%) menjawab
sangat tidak setuju.
Jadual 12 : Saya sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan apabila makan
bersama keluarga bukan Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian juga menunjukkan majoriti Saudara Kita sentiasa berhati-hati
dalam memilih makanan apabila makan bersama keluarga bukan Islam. Sebagai
Saudara Kita yang telah memeluk Islam, wajiblah meninggalkan perkara-perkara
yang di larang dalam Islam seperti memakan daging khinzir dan meninggalkan
aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan akidah Islamiah. Ini berlaku terhadap
Saudara Mohammad Shafiq Wong Abdullah (Wong Siew Wah) yang mengaku
dulu beliau gemar makan daging khinzir dan menjadi satu cabaran kepadanya
setelah memeluk Islam terpaksa meninggalkan kegemaran tersebut. Beliau
mengatakan bahawa hal dan urusan makan adalah perkara paling sukar untuk
terutama makan daging khinzir. Setiap kali melalui restoran Cina dan terbau
daging itu, keinginan untuk makan daging tersebut membuak-buak (Mohd. Adib
Mohd. Sidek, Disember 2010:90). Ini bertepatan dengan suruhan Allah yang
melarang orang Islam memakan daging khinzir tersebut. Firman Allah S.W.T
yang bermaksud:
―Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang
tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging
babi (termasuk semuanya).‖(Al-Māidah 5:3)
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 155 43.1
Setuju 185 51.4
Tidak Pasti 1 1.0
Tidak Setuju 9 2.5
Sangat Tidak Setuju 10 2.8
Jumlah 455 100%
983
Secara umumnya, Allah memerintahkan umat Islam agar makan dan
minum hanya dari apa-apa yang dihalalkan dan menjauhi segala bentuk makanan
yang haram. Ini merupakan adab makan dan minum yang paling utama perlu
difahami dan dipatuhi. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
―Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari
apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah
musuh yang jelas bagimu.‖ (Al-Baqarah 2:168)
Firman Allah juga yang bermaksud (:
―Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang
baik-baik dari apa yang Kami kurniakan kepadamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu
mengabdikan diri.‖ (Al-Baqarah 2:172)
Seterusnya, jadual 13 menunjukkan majoriti responden seramai 206
orang (45.3%) menjawab setuju dan 146 orang (32.1%) menjawab sangat setuju,
diikuti 81 orang (17.8%) tidak setuju dan 15 orang (3.3%) menjawab sangat tidak
setuju dan 7 orang (1.5%) menjawab tidak pasti Saya lebih kerap menziarahi ahli
keluarga Islam dan bukan Islam selepas memeluk Islam.
Jadual 13: Saya lebih kerap menziarahi ahli keluarga Islam dan bukan Islam
selepas memeluk Islam : Sumber: Soal Selidik 2015
Hasil kajian menunjukkan majoriti Saudara Kita lebih kerap menziarahi
ahli keluarga Islam dan bukan Islam selepas memeluk Islam. Hubungan
kekeluargaan atau silaturrahim amat digalakkan dalam anggota keluarga
walaupun keluarga bukan Islam. Hubungan kekeluargaan atau silaturrahim boleh
dilaksanakn ketikaa menziarahi keluarga dan saudara mara yang sihat atau sakit,
tinggal berdekatan atau jauh. Apabila wujud hubungan kekeluargaan, anggota
keluarga lebih akrab, tiada perselisihan, tiada pergaduhan (A‘dawiyah Ismail
2010: 121-144) walaupun dengan ahli keluarga bukan Islam. Dalam Islam
menggalakkan adab ziarah menziarahi sesama manusia. Ini termasuk menziarahi
ahli keluarga, saudara mara, jiran tertangga dan juga menziarahi mereka yang
Jawapan Kekerapan Peratus%
Sangat Setuju 146 32.1
Setuju 206 45.3
Tidak Pasti 7 1.5
Tidak Setuju 81 17.8
Sangat Tidak Setuju 15 3.3
Jumlah 455 100%
984
sedang sakit. Adat berkunjung (berziarah) dalam Islam memiliki pengaruh yang
sangat besar untuk menguatkan hubungan, menambah rasa cinta, serta
memperkukuhkan lagi persatuan dan keterikatan di antara mereka.
KESIMPULAN Kajian ini dapat dirumuskan bahawa majoriti responden yang terdiri dari
kalangan Saudara Kita di Johor memahami konsep perubahan akhlak selepas
mereka memeluk Islam. Ini menunjukkan perubahan akhlak berlaku terhadap
Saudara Kita dan keluarga mereka selepas memeluk Islam ke arah yang lebih baik
dan terpuji. Perubahan akhlak dalam hubungan kekeluargaan menunjukkan tanda-
tanda positif. Secara tidak langsung kajian yang dilaksanakan ini dapat
meyakinkan Saudara Kita perubahan yang positif dari sudut akhlak selepas
memeluk Islam begitu juga dengan ahli keluarga. Ini dapat dibuktikan melalui
dapatan kajian yang ditunjukkan di atas berserta huraian yang ringkas. Selain itu
juga, dengan adanya hasil kajian yang diperolehi dapat membantu Saudara Kita
membuat persediaan dalam menghadapi perubahan yang akan berlaku sama ada
perubahan kecil atau besar dalam hubungan kekeluargaan terutamanya perubahan
dari sudut akhlak. Akhlak itu juga sebenarnya menjadi pusat kepada penentuan
matlamat hidup manusia sebagai seorang yang beragama Islam di mana seluruh
kegiatan kehidupan manusia akan berkisar di sekitarnya. Jika baik akhlaknya,
maka baiklah persekitaran yang ada di sekelilingnya. Pembentukan hala tuju dan
haluan Saudara Kita dipengaruhi oleh akhlak yang dimiliki oleh mereka itu
sendiri. Maka nilai akhlak itu akan dapat dinikmati jika meletakkan nilai Islam
sebagai asas dalam membentuk kehidupan mereka.
Rujukan
Al-Quran Al-Karim
`Abdah Ghalib Ahmad `Isa (1987), Adab al-Mu`amalah Fi al-Islam, Beirut: Dar.
al-Jayl, h. 81-82
Abdullah Basmeih. 1993. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-
Quran. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana
Menteri.
Abdul Ghafar Haji Don, Anuar Puteh & Ahmad Redzuwan Yunus. 2009. Islam
dan Saudara Kita. Shah Alam:BPI, MAIS
Al-Jurjani (2002), al-Ta`rifat, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 105.
Amran Kasimin. 1985. Saudara baru Cina di Wilayah dan Selangor. Monograf
11. Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. UKM. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aming Yalawae & Ahmad Farid Ibrahim.2007. Akhlak Warisan Rasulullah
S.A.W Membawa Kemuliaan Umat. Bil. 26. Jurnal Usuluddin. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.71-83.
Aminuddin Ruskam al-Dawamy. 2002. Agama, Budaya, Pendidikan, Ekonomi,
Sejarah dan Seni. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu
Beijing ke-2. Hlm. 14-28. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
985
Anuar Puteh. 2008. Bimbingan Al-Quran Saudara Baru Cina di Lembah Klang.
Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anuar Puteh. 2002. Saudara Baru Cina di Malaysia: Kepentingannya dalam
konteks dakwah. Dlm. Dakwah Kepada Masyarakat Muslim di
Malaysia. Sulaiman Ibrahim, Othman Talib & Anuar Puteh. Hlm. 133.
Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian
Islam UKM.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya. 2005. Psikologi Kognitif .
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Cohen, J. 1988. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Hillsdale,
NJ: Erlbaum.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [En. 16/2003]. Johor:
Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah Jabatan Agama Johor.
Fontana, A. (1981). Social Problems. New York : Holt Rinehart Winston.
Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research.
Amerika Syarikat: Mc. Fraw-Hill Inc.
Freud, S.F. (1953). Circle of Friends: The Role of Gender and Networks in
Delinquent Group Dynamic. Paper Presented at Annual Meeting of The
American Society ofCriminology, Chicago, IL.
Goleman, D. 1995. Emotional Intelligence: Why it Can Matter More Than IQ.
New York: Bantam Book.
Gpeda, B.J. (1988). A General Theory of Crime. Stanford CA: Stanford
University Press.
Ibn Manzur (1997), Lisan al-`Arab, jil. 2, Beirut: Dar-Sadir.h.304
Junior English Dictionary (t.t.), Selanggor: Percetakan Strikeway, h. 378.
Lufi Sharifuddin. 19 September 2007. Tranformasi Diri.
http:/luthfikir.blogspot.my/ 2007/09 tranformasi-diri.html
Mahmood Nazar Mohamed 2001. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas
Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Marlon P.Guleng. 2014. Penyesuaian Diri MUallaf Terhadap Masyarakat Dalam
Kalangan Pelajar Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP). Tesis Sarjana
Jabatan Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Mohd Fakhrul Haikal Bin Abdullah. 2017. Saudara Kita. Johor. Temu Bual. 12
Februari 2017
Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Nasir Omar. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors.
Mohd. Adib Mohd. Sidek. 2010. Majalah i. Ruangan Hidayah Illahi. Mei:88-90.
Mohd. Adib Mohd. Sidek. 2010. Majalah i. Ruangan Hidayah Illahi.
Disember:88-90
Noresah Binti Baharom. 2002. Kamus Dewan. Edisi Ketiga . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
986
Nur Aur A‘thiroh Masyaa‘il Tan http://athirohtan.blogspot.com/2007/11/cabaran-
psikologi-masyarakat-muslim.html
Nuraisyah Chua Abdullah. 2006. Kisah Saya: Saudara baru. PTS Publications &
Distributors. Sdn. Bhd.
Nurul Hazlin Hashim. 2017. Saudara Kita. Johor. Temu Bual. 13 Februari 2017
Salasiah Hanin Hamjah. 2011. Perubahan emosi dan tingkah laku Saudara Kita
selepas memeluk Islam. Dlm. Isu-Isu Pengurusan Saudara Muslim.
Razaleigh Muhamat @ Kawangit. Hlm. 69-86. Bangi: Jabatan Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM.
Statistik Saudara Kita Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam
Johor. 2014