-
Upload
mohamad-hasri-majdi -
Category
Documents
-
view
20 -
download
3
description
Transcript of Print
1.Sejarah Pembuatan Dodol di Kampung Simpang 3 Keladi, Kulim.
Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam
kumpulan makanan yang manis. Dodol sangat terkenal di Melaka dan
di Muar,Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang
selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir
membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang
sekali generasi muda mahir membuat dodol Walaupun banyak
perkembangan teknologi dan inovasi yang berlaku dalam pembuatan
dodol namun, Pak Mud tetap mengekalkan ramuan asli yang sebenar
tanpa menambah apa-apa bahan kimia mahupun perasa bagi menambah
baik kualiti dodol ini. Beliau percaya, dengan ramuan asli ini juga mampu
menambat hati para pembeli dan mampu menaikkan nama produk
keluaran beliau. Beliau amat menitik beratkan soal kualiti dodol itu sendiri
berbanding keuntungan yang bakal beliau perolehi. Ini kerana beliau
sangat berhati-hati dan menjaga keaslian ramuan dodol ini supaya tidak
akan tercemar dengan bahan kimia yang mampu mengubah rasa keaslian
dodol ini. Dengan ini, orang ramai pasti berpuas hati dengan keenakan
dodol Pak Mud ini dan generasi muda akan lebih menghargai resipi turun
temurun dan akan meneruskan warisan ini supaya tidak pernah lapuk dek
zaman. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui dengan lebih
mendalam tentang perkembangan teknologi dalam perusahaan dodol Pak
Mud sehingga beliau dapat bersama-sama bersaing dengan usahawan
lain mengikut caranya yang tersendiri. Dengan beridentitikan dodol
tradisional Pak Mud, kini Pak Mud lebih dikenali dan pada musim
perayaan, Pak Mud pastinya tidak menang tangan dalam memenuhi
permintaan pelanggan yang rata-ratanya adalah pelanggan dari tahun 90-
an dahulu. Mereka pastinya tidak akan bertukar cita rasa mereka untuk
membeli dodol di tempat lain kerana mereka amat menyakini dodol asli
Pak Mud ini. Kajian yang dilakukan ini bertempat di Kampung Simpang 3
Keladi. Perusahaan ini sangat terkenal di Mukim Keladi dan menjadi
tarikan utama penduduk sekitar Kulim dan kawasan-kawasan yang
berdekatan. Kajian ini memfokuskan perkembangan teknologi dan inovasi
pada tahun 1980 sehingga tahun 2000. Hal ini kerana, terdapat banyak
perkembangan dalam penggunaan mesin dan teknologi yang berlaku
pada tahun tersebut. Dari kronologi tahun tersebut kita akan dapat
mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkembangan teknologi dan
inovasi yang berlaku ke atas perusahaan Dodol Pak Mud ini. Saban
tahun, Pak Mud telah manaik tarafkan perusahaan beliau sehingga
berjaya dikenali oleh serata penduduk di daerah Kulim.
Isi-isi
1. Perkembangan teknologi pembuatan dodol.
Jika dahulunya proses pembuatan dodol ini sangat rumit dan tidak
ramai yang sanggup hendak membuat dodol ini kerana ianya suatu
proses yang amat memerlukan kesabaran kerana tempoh yang diambil
dalam proses ini agak panjang. Proses pembuatan ini juga memerlukan
tenaga buruh yang ramai untuk mempercepatkan proses pembuatan
dodol ini, namun dengan adanya teknologi moden yang serba canggih
pada hari ini telah merubah segalanya. Proses pembuatan dodol ini
semakin mudah dan hanya menggunakan kuasa elektrik dan
berautomatik yang mampu bergerak sendiri tanpa ada yang perlu
memantau pergerakan mesin itu setelah ditetapkan masa untuk proses itu
dijalankan. Kini pengusaha-pengusaha dodol mampu menarik nafas lega
kerana mereka tidak lagi perlu bersusah payah melakukan proses yang
rumit untuk membuat dodol. Jika dahulunya permintaan meningkat maka
lebih ramai tenaga buruh yang akan diupah dan kos pengeluaran akan
meningkat. Ini menyebabkan jumlah keuntungan tidak akan meningkat
dan lumayan. Sejak dahulu sehingga sekarang, proses dan alatan
pembuatan dodol kian bertambah canggih ekoran perkembangan
teknologi dan inovasi yang ada pada hari ini. Banyak mesin-mesin dicipta
bagi memudahkan orang ramai khususnya usahawan-usahawan kecil
untuk meningkatkan pendapatan dan pengeluaran mereka. Dengan
adanya teknologi canggih pada hari ini, ianya akan dapat memberikan
banyak manfaat dan kelebihan kepada pengusaha-pengusaha
pembuatan dodol ini.Bermula dengan meenggunakan dapur kayu
seterusnya mengunakan gas dan sekarang dengan hanya menggunakan
kuasa elektrik mampu menghasilkan dodol asli yang sama ramuan dan
rasa. Besar kemungkinan, kualiti dodol yang menggunakan teknologi
canggih ini sangat berkualiti kerana ianya mampu mengacau hingga
sebati dan meratakan semua bahan yang dimasukkan berbanding
menggunakan tenaga manusia. Perusahaan dodol Pak Mud ini mula
dijalankan seawal tahun 1973 lagi. Pak Mud telah mengekalkan ramuan
tradisi dodol sejak turun temurun lagi. Pada awalnya, perusahaan ini
dilakukan secara kecil-kecilan bagi menambah hasil pendapatan Pak Mud
sekeluarga. Hanya bermula dengan menggunakan peralatan tradisional
iaitu 3 kawah besi dan menggunakan dapur kayu api. Modal yang
dikeluarkan oleh Pak Mud untuk memulakan perusahaan ini hanyalah
sebanyak RM200. Berkat usaha dan keyakinan Pak Mud, permintaan
untuk dodol asli Pak Mud ini semakin mendapat sambutan yang luar
biasa. Untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat ini Pak Mud
memerlukan tenaga buruh yang ramai. Oleh itu, Pak Mud telah
menambah beberapa buah dapur dan 9 buah kawah bagi
mempercepatkan proses pembuatan dodol. Pada tahun 1980, apabila
produk keluaran Pak Mud ini telah mendapat permintaan dari seluruh
Negara, Pak Mud telah mengambil keputusan untuk menggunakan
peralatan moden dan canggih untuk menggantikan peralatan tradisional
yang diguna sebelum ini. Menggunakan modal yang besar, Pak Mud
berjaya membeli mesin yang berteknologi canggih yang menggunakan
kuasa elektrik. Dengan menggunakan teknologi mesin ini, Pak Mud dapat
mengurangkan kos yang banyak iaitu tidak lagi mengupah pekerja yang
ramai dan dapat menjimatkan masa. Selain dari mesin pembuatan dodol,
Pak Mud telah menggunakan mesin pembungkusan yang telah direka
khas untuk usahawan bagi memudahkan proses penjualan. Sehingga
sekarang, Pak Mud masih berusaha untuk meningkatkan lagi prestasi
perusahaannya sekaligus ingin memantapkan teknologi dalam
perusahaannya supaya selaras dengan perkembangan teknologi yang
berlaku pada zaman sekarang. Sebelum menggunakan teknologi moden,
dalam sehari Pak Mud hanya mampu menghasilkan hanya 18 kilogram
dodol untuk dijual, namun peningkatan yang mendadak telah berlaku
apabila Pak Mud mampu menghasilkan sebanyak 40 kilogram dodol
dalam masa sehari dan beliau mampu bekerja bersama ahli keluarganya
sahaja tanpa perlu mengupah pekerja bagi membantu pemprosesan
pembuatan dodol ini. Kini, Pak Mud tidak perlu tergesa-gesa dalam
menyiapkan tempahan kerana proses pembuatan yang menggunakan
teknologi moden ini boleh disiapkan dalam masa 3 jam sahaja berbanding
sepuluh tahun yang lalu yang mengambil masa yang lama sehingga 6 jam
keatas. Diharapkan pada masa akan datang, akan terhasillah mesin-
mesin yang berteknologi tinggi dan canggih agar lebih memudahkan dan
dapat memberikan satu perubahan yang amat besar dalam industri
perusahaan pembuatan dodol dan makanan tradisional yang lain.
`2. Kebaikan teknologi bagi membantu Pak Mud dalam pembuatan dodol.
Umum mengetahui bahawa teknologi banyak memberi kelebihan dan kebaikkan
kepada para pengusaha-pengusaha kecil yang ingin mengembangkan perniagaan mereka
supaya boleh dikembangkan secara besar-besaran. Banyak mesin-mesin dan teknologi baru
yang dicipta khusus untuk memudahkan pembuatan dan penghasilan makanan-makanan
tradisional. Teknologi juga telah menyumbangkan banyak manfaat kepada perusahaan Pak
Mud dan telah memudahkan aktiviti pembuatan dodol.
Antara mesin yang digunakan ialah mesin pengaduk dodol. Fungsi mesin ini ialah
untuk mengacau dodol dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, mesin lain yang digunakan
ialah mesin pembungkusan. Mesin ini diguna sebagai fungsi untuk menyimpan dodol supaya
tidak rosak.