PRINCIPLES OF MANAGEMENT

31
BBPP1103 FACULTY BUSSINESS AND MANAGEMENT SEMESTER : JANUARI 2012 BBPP1103 COURSE : BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOUR COURSE TITLE : PRINCIPLES OF MANAGEMENT NAMA : NOR HIDAYAH BT ZAINAL MANIAM NO. MATRIKULASI : 860731305052001 NO. KAD PENGNEALAN : 860731305052 NO. TELEFON : 014-3218110 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA LEARNING CENTRE

description

struktur organisasi

Transcript of PRINCIPLES OF MANAGEMENT

Page 1: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

FACULTY BUSSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER : JANUARI 2012

BBPP1103

COURSE : BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOUR

COURSE TITLE : PRINCIPLES OF MANAGEMENT

NAMA : NOR HIDAYAH BT ZAINAL MANIAM

NO. MATRIKULASI : 860731305052001

NO. KAD PENGNEALAN : 860731305052

NO. TELEFON : 014-3218110

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA LEARNING CENTRE

Page 2: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

1

KANDUNGAN

Isi Kandungan Muka surat

1.0 PENGENALAN 2 - 4

1.1 Takrif Pengenalam

2.0 STRUKTUR ORGANISASI 5 – 7

3.0 CIRI ORGANISASI 8 – 10

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORGANISASI 11 – 14

4.1 Strategi

4.2 Saiz

4.3 Teknologi

4.4 Persekitaran

5.0 PENJABATAN ( DEPARTMENTALISATION ) 15 – 25

5.1 Struktur Fungsian

5.2 Struktur Geografi

5.3 Struktur Matrik

5.4 Struktur Produk

6.0 KESIMPULAN 26 – 27

7.0 APENDIKS 28 - 29

Page 3: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

2

PENGENALAN

Page 4: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

3

1.0 PENGENALAN

1.1 Takrif Organisasi

Menurut ( kamus dewan edisi keempat, p: 1103 ) organisasi bermaksud kesatuan

(susunan) yang terdiri daripada bahagian-bahagian ( orang Dan lain-lain ) dalam sesuatu

pertubuhan ( perkumpulan, perbadanan dan lain-lain ) untuk tujuan-tujuan tertentu (

kepentingan bersama ). Menurut Professor Schein ( 1973 ) organisasi sebagai satu

penyelarasan yang rasional terhadap aktiviti manusia bagi tujuan mencapai matlamat yang

telah ditetapkan melalui pembahagian kerja, fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti serta

tanggungjawab.Ralph Davis ( 1951 ) ada menyatakan bahawa organisasi adalah satu

kumpulan yang terdapat sebilangan besar manusia yang bekerja dibawah satu ketua atau

pemimpin untuk capai satu objektif.

Chester 1. Barnard dalam bukunya, ”The Function of the Executive” yang

dikeluarkan oleh Havard University Press, 1938, mengatakan bahawa organisasi ialah satu

sistem aktiviti atau kuasa personal yang diselaraskan secara sedar dan dengan mudah.

Mengikut Ralph M. Stogdill, tajuk buku ”Dimension of Organizational Design” keluaran

University of Pittsbury Press 1966, mentakrifkan organisasi sebagai satu sistem kerja yang

dilakukan secara berstuktur yang mengandungi kedudukan dan perasaan yang dibentuk dan

ditentukan terlebih dahulu sebelum peranan dan kedudukan diisi oleh pelakon-pelakonnya.

Walau bagaimanapun apa yang penting dalam takrifan tentang organisasi adalah satu

kumpulan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu di dalamnya yang terdiri

daripada sekumpulan manusia yang berkerjasama dan saling membantu serta persekitarannya

yang saling berkait antara satu sama lain dalam usaha mencapai objektif dan matlamat

individu, kumpulan mahupun organisasi. Organisasi juga boleh dikaitkan dengan satu sistem

yang wujud di mana terdapat di dalamnya beberapa bahagian dan persekitaran yang saling

berkait dan memerlukan antara satu sama lain yang merangkumi pelbagai aktiviti manusia

Page 5: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

4

seperti sumber semulajadi, modal dan juga bahan. Selain itu organisasi juga dikenali sebagai

satu unit sosial yang terdiri daripada unit individu dan pegawai-pegawai organisasi itu, yang

terletak dengan tahap kepentingan dan tanggungjawab yang mengandungi hubungan antara

satu sama lain dan rantaian arahan yang telah ditetapkan.

Page 6: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

5

STRUKTUR

ORGANISASI

Page 7: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

6

2.0 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi merujuk kepada usaha dalam menjalankan tanggungjawab serta

menspesifikasikan tugas atau kerja yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi. Ia juga

merupakan susunan komponen-komponen (unit-unit kerja) dalam sesebuah organisasi dengan

menunjukkan adanya pembahagian kerja dan bagaimana fungsi-fungsi atau kegiatan-kegiatan

yang berbeza diintegrasikan (koordinasi). Selain daripada itu struktur organisasi juga

menunjukkan tentang sesuatu pekerjaan, saluran perintah yang telah ditetapkan dan juga

penyampian laporan daripada hasil kerja yang dijalankan.

Struktur organisasi yang dibentuk haruslah bersesuaian dengan situasi organisasi

berkenaan dan setiapnya adalah berbeza diantara sebuah organisasi dengan organisasi yang

lain. Sesebuah organisasi memerlukan penetapan matlamat yang sebenar bagi menjamin

keberkesanan matlamat yang diimpikan. Matlamat memberi maksud keputusan atau hasil

yang dijangka dapat dicapai di mana di dalamnya perlu ada tempoh masa dan nilai seperti

kualiti dan kuantiti yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Penetapan matlamat tersebut

amatlah penting bagi memberi halatuju sesebuah organisasi. Selain itu,penetapan matlamat

tersebut sangat penting dalam memfokuskan usaha selain menjadi panduan untuk

perancanagn serta tindakan yang membantu kita menilai kemajuan yang dihasilkan.

Dalam sesebuah organisasi juga perlu ada kerjasama dan hubungan yang baik antara

satu sama yang lain bagi menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan untuk kepentingan

ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Sebagai contoh sekiranya objektif dan matlamat yang

diinginkan dalam sesebuah organisasi tercapai ahli dalam sesebuah organisasi tersebut

juga turut mendapat pelbagai kepentingan contohnya pemberian gaji yang lancar setiap bulan

atau apa-apa insentif yang akan diberikan oleh organisasi tersebut hasil daripada usaha

mereka. Sekiranya sesebuah organisasi tidak mempunyai kerjasama dan menjalankan tugas

tanpa memerlukan perkhidmatan atau kerjasama dari pihak lain sudah tentu tugas dan

matlamat tersebut tidak dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki baik dari segi masa,

kualiti, kuantiti, dan lain-lain penentuan.

Page 8: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

7

Sesebuah organisasi yang kukuh memerlukan pekerja yang berupaya

menyatupadukan idea, usaha dan hubungan yang positif antara pekerja-pekerja yang lain

supaya setiap matlamat yang diinginkan tercapai. Penyatuan dan hubungan positif antara

pekerja-pekerja bagi mencapai matlamat ini sangat penting bagi menjamin halatuju yang di

impikan terlaksana dan organisasi itu bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

Bagi menjamin kukuhnya sesebuah organisasi adalah dengan penyelarasan peraturan yang

telah ditetapkan serta prosedur yang telah dibuat untuk meningkatkan hubungan antara

individu ke individu yang lain serta satu fungi ke satu fungsi yang lain.

Page 9: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

8

CIRI

ORGANISASI

Page 10: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

9

3.0 CIRI ORGANISASI

Sesebuah organisasi yang telah terbentuk akan melambangkan identiti yang tersendiri.

Misalnya bagi sesebuah sekolah seharusnya melambangkan identitinya sebagai tempat

menimba ilmu pengetahuan serta sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan

sumbangan yang amat besar kepada masyarakat umumnya pada pelajar-pelajar. Untuk

mencerminkan nilai-nilai yang tinggi dan identiti sebagai sebuah sekolah, sesebuah sekolah

haruslah memainkan peranan dan menetapkan matlamat supaya objektif yang diharapkan

tercapai. Dengan demikian fungsi sesebuah sekolah itu berbeza dengan organisasi –

organisasi lain yang mempunyai okjektif tertentu.

Apabila wujudnya sesebuah organisasi tidak kira sama ada organisasi kecil atau besar

ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan kedua-duanya terdapat

perbezaan dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan

bagi setiap tingkat. Misalnya jika sesebuah organisasi yang besar mungkin akan

mempunyai lebih dari tiga tingkat autoriti di mana setiap tingkat itu akan mempunyai lebih

daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggungjawab pada ketua-ketua mereka yang

berada pada peringkat yang lebih tinggi.

Di dalam sesebuah organisasi pembahagian kerja atau bahagian harus diwujudkan

bagi menjalankan tanggungjawab tertentu. Misalnya sebuah kilang pembuatan secara

umumnya akan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan bahagian

pentadbiran. Dapat dilihat di bahagian pentadbiran wujudnya unit-unit lain seperti personel,

pemasaran, kewangan. Maka unit-unit ini akan beroperasi mengikut pembahagian

kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu.

Sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti

diperlukan bagi memastikan dan menentukan aktiviti sesebuah organisasi berjalan dengan

lebih teratur seperti yang telah dirancangkan. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi

haruslah menerangkan dengan jelas dan nyata kepada kakitangan masing-masing mengenai

peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan.

Page 11: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

10

Rajah 1 : Berikut menunjukkan secara jelas Hierarki Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://kulanzsalleh.com/struktur-organisasi-kementerian-pelajaran-malaysia-kpm/

Page 12: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

11

FAKTOR

Page 13: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

12

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ORGANISASI

Terdapat 4 faktor yang mempengaruhi kukuhnya sesebuah struktur organisasi, iaitu :

4.1 Strategi

Strategi yang digunakan oleh sesebuah organisasi adalah amat penting bagi mencapai

matlamat dan objektif yang dirancangkan. Sesebuah organisasi haruslah mempunyai

lakaran strategi. Dengan adanya lakaran tersebut barulah sesebuah organisasi akan berjalan

mengikut strategi yang telah diatur. Strategi yang digunakan mampu mewujudkan struktur

organisasi yang kukuh, mengatur dan memperbaiki struktur dalam organisasi tersebut.

Misalnya seperti sistem pengurusan yang baik dan teratur, senarai tugas jelas dan nyata,

serta teknologi yang mudah merupakan antara strategi yang perlu ada dalam sesebuah

organisasi. Selain itu, membuat pembahagian tenaga kerja kepada bahagian-bahagian

tertentu dah memecahkan kepada jabatan atau unit yang berfungsi secara berkala. Strategi

ini mampu melahirkan tenaga kerja yang mahir dibahagian-bahagian tertentu dan organisasi

itu tidak perlu bimbang tentang kekurangan tenaga kerja yang mahir dalam organisasi

tersebut. Selain contoh itu, penawaran gaji yang lumayan serta faedah-faedah yang lain

selaras dengan kerja yang perlu dilakukan daripada majikan juga dapat dikatakan sebagai

satu strategi yang menarik minat ramai masyarakat bagi memcapai objektif dan matlamat

organisasi tersebut.

4.2 Saiz

Saiz organisasi juga mempengaruhi dan memberi kesan kepada strukturnya. Semakin

besar sesebuah organisasi, semakin rumit struktur organisasinya. Seperti contoh organisasi

yang besar dan mempunyai 1000 atau lebih pekerja lebih cenderung kepada pengkhususan,

penjabatan, pemusatan, peraturan serta undang-undang berbanding dengan organisasi yang

kecil. Manakala organisasi yang kecil masih kekurangan aktiviti untuk membentuk bahagian.

Bagi sesebuah organisasi yang kecil misalnya mempunyai pekerja seramai 200 orang, jika

berlaku penambahan pekerja seramai 300 orang kedalam organisasi tersebut ia akan

memberikan kesan yang sangat besar kepada organisasi tersebut. Berbeza pula dengan

Page 14: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

13

organisasi yang besar tadi apabila menerima tambahan pekerja seramai 100 orang lagi tidak

menjadi masalah dan tidak memberi kesan yang besar kepada organisasi tersebut.

4.3 Teknologi

Teknologi memainkan peranan sebagai bantuan mekanikal kepada aliran kerja.

Teknologi juga merujuk kepada alat yang digunakan oleh organisasi bagi menjalankan

sesuatu kerja dan dianggap sebagai pembolehubah struktural kerana membentuk hubungan

di antara manusia ataupun kerja di dalam organisasi. Teknologi juga antara faktor yang

mempengaruhi sebuah struktur organisasi. Terdapat pelbagai jenis teknologi yang boleh

digunakan dalam sesebuah organisasi contohnya internet, email, website, blog, fax dan

sebagainya. Sekurang-kurangnya satu teknologi perlu ada dalam sesebuah organisasi untuk

merubah berkenan kewangan organisasi tersebut . Teknologi ini mampu mengubah input

kepada output dengan penggunaanya secara automatik. Dengan kemudahan teknologi yang

mampu menggantikan manusia dengan mesin bagi membantu mencapai piawaian output. Jika

dalam sesebuah struktur organisasi menggunakan kepelbagaian teknologi akan menjadikan

operasi berjalan secara automatik dan lancar. Setiap bahagian dalam organisasi tersebut tidak

akan menggunakan teknologi yang serupa atau tahap penggunaan yang sama haruslah

menggunakan teknologi operasi yang berbeza mengikut keperluan. Misalnya di Bursa Saham

di mana penggunaan teknologi sangat-sangat penting kerana menghubungkan klien atau

pelanggan yang tidak berhubung secara langsung.

4.4 Persekitaran

Persekitaran organisasi juga merupakan faktor yang mempengaruhi sesebuah struktur

organisasi. Persekitaran organisasi ini merujuk kepada persekitaran yang stabil, persekitaran

yang berubah dan persekitaran yang tidak stabil. Persekitaran organisasi ini terdiri daripada

elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi tersebut dengan secara

langsung dan tidak langsung. Antara elemen-elemen yang berhubung kait dengan

persekitaran organisasi ini termasuklah pelanggan, pesaing, pembekal, persekitaran ekonomi,

persekitaran teknologi, persekitaran sosialbudaya, persekitaran politik dan undang-undang,

institusi kewangan, persekitaran global dan antarabangsa, agensi-agensi yang terlibat, media

serta kumpulan yang mempunyai hak yang istimewa terhadap organisasi tersebut.

Page 15: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

14

Bagi persekitaran yang stabil, ia mengalami sedikit sahaja perubahan ataupun

langsung tidak mempunyai kerja atau aliran tugas yang pelbagai serta perubahan yang tidak

dijangka. Keadaan ini akan membuatkan undang-undang atau peraturan yang mempengaruhi

organisasi tersebut akan kekal untuk tempoh yang agak lama. Bagi persekitaran yang berubah

pula akan menyebabkan perubahan boleh berlaku dalam mana-mana atau termasuk semua

bidang seperti keluaran, pemasaran, teknologi, undang-undang serta peraturan. Bagi

persekitaran yang kompleks dan tidak stabil maka ia mempunyai tugas atau aliran kerja yang

kompeks. Hal demikian terjadi apabila pesaing memperkenalkan keluaran-keluaran yang baru

dan canggih yang tidak dapat diduga. Selain itu, keadaan lain yang menjadikan persekitaran

tidak stabil ini berlaku adalah apabila keluar sebarang peraturan atau undang-undang yang

baru tanpa sebagai amaran atau kejayaan teknologi tiba-tiba mereka bentuk keluaran atau

kaedah pengeluaran tanpa diduga. Disebabkan itu, organisasi tersebut memerlukan

rekabentuk aktiviti serta aktiviti penyelesaian masalah.

Page 16: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

15

PENJABATAN ( DEPARTMENTALISATION )

Page 17: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

16

5.0 PENJABATAN ( DEPARTMENTALISATION )

Menurut Giffin & Ebert, 1993 :181 , penjabatan bermaksud satu proses yang

mengumpulkan kerja atau tugas kepada unit-unit yang logik. Manakala Daft pula mengatakan

bahawa penjabatan sebagai satu sifat yang asas dalam struktur pengorganisasian secara

menyeluruh ( Daft, 1988 : 235 ). Penjabatan ini boleh dilaksanakan kepada beberapa struktur

yang lazim digunakan antaranya ialah struktur fungsian, struktur geografi, struktur matrik dan

struktur produk.

5.1 Struktur Fungsian

Struktur fungsian bermaksud mengumpulkan fungsi, kerja dan kegiatan yang sama

bagi membentuk sebuah organisasi . Ini merupakan satu bentuk organisasi yang paling

umum . Struktur fungsian ini dibentuk bagi mengumpulkan individu secara bersama

mengikut kepakaran dan pengalaman yang mereka miliki. Pembahagian struktur mengikut

fungsi bahagian ini adalah berpandukan kepada fungsi asas yang perlu dijalankan. Dalam

struktur jenis fungsi ini, tugas atau kerja akan dibahagikan kepada unit-unit tertentu.

Pembahagian tersebut hendaklah mengikut kepada tahap kepakaran dalam bidang tersebut.

Fungsi bahagian ini juga akan manyatukan semua mereka yang terlibat dalam satu kumpulan

aktiviti yang berkaitan dalam satu organisasi.

Dengan kata lain, struktur fungsian ini membolehkan sesebuah organisasi

menjabatankan bahagian-bahagian berdasarkan tugas atau aktiviti serta fungsi bahagian

tersebut. Contoh struktur fungsian ini seperti jabatan pemasaran, jabatan sumber manusia,

jabatan pentadbiran, jabatan penyelidikan, jabatan pembangunan, jabatan perdagangan

antarabangsa dan sebagainya.Terdapat juga organisasi yang membahagikan struktur fungsian

ini kepada beberapa fungsi bahagian yang lain. Hasil daripada itu akan wujudnya pengurus

tambahan iaitu pengurus yang mengendalikan kerja atau tugasan di setiap bahagian yang

telah ditetapkan dimana pengurus ini wujud di antara pihak pengurusan atasan dan pengurus

di bahagian fungsi. Bagi struktur organisasi yang menggunakan jenis bahagian ini akan

mengumpulkan dan menyatukan mereka dalam satu unit kerja yang terlibat serta aktiviti

keluaran yang berkaitan.

Page 18: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

17

Berikut adalah carta organisasi Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

http://www.dof.gov.my/12

Page 19: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

18

Berdasarkan carta, Jabatan Perikanan Malaysia ini telah membentuk struktur

fungsian yang berlainan tugas atau kerja bagi mencapai objektif serta matlamat yang di

rancangkan. Merujuk kepada struktur fungsian yang telah dibentuk Ketua Pengarah

Perikanan merupakan fungsi yang paling tinggi dimana ia bertanggungjawab mentadbir dan

mengarah organisasi dengan mengasaskan dasar, peraturan, kaedah kerja, membuat undang-

undang memberi nasihat, menyelaraskan aktiviti organisasi, jabatan atau unit/bahagian

dalamannya serta matlamat organisasi tersebut. Terdapat dua bahagian fungsi dibawah Ketua

Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) dan Ketua Pengarah ( Pembangunan )

dimana kedua-dua bahagian fungsi tersebut berfungsi sebagai ketua bagi unit/bahagian

dibawahnya.

Bahagian-bahagian tersebut mempunyai beberapa fungsi yang berlainan aliran kerja

atau tugas. Selain itu struktur fungsian yang dibentuk juga banyak bagi membolehkan

individu yang pakar dan berpengalaman mengawal serta menyelia kerja antara satu sama

lain.Selain itu dapat memberi peluang kepada ahli organisasi untuk belajar dari individu yang

lain dan menjadi pakar dalam bidang tugas mereka. Dengan itu secara tidak langsung ia telah

memudahkan proses pengawalan dan pelarasan kerja yang baik. Selain itu, struktur fungsian

yang dibentuk telah memudahkan segala operasi kerja dan tugas yang dirancangkan supaya

berjalan dengan lebih lancar. Selain daripada itu, struktur fungsian tersebut berperanan

sebagai bahagian yang memusatkan dan mengumpulkan ahli atau pekerja untuk

memudahkan usaha menggembeleng kemahiran khusus dan menggunakan kemahiran tertentu

dimana ia amat diperlukan. Struktur fungsian ini membolehkan pembahagian kerja secara

menyeluruh dan secara tidak langsung memudahkan proses komunikasi serta interaksi yang

dapat meningkatkan kemampuan dan kecekapan dalam menghasilkan teknik terbaik dalam

melaksanakan tanggungjawab dan merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi sebarang

masalah.

Page 20: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

19

Selain itu, ia juga memudahkan pengurus atasan mengetahui prestasi sesetengah

bahagian, unit atau jabatan dalam sesebuah organisasi. Kerja yang dilakukan atau dijalankan

secara keseluruhannya boleh diselaraskan kerana kesemua aktiviti dan kemahiran akan

dikelompokan atau dikumpulkan dalam satu tempat/bahagian di bawah satu ketua. Selain itu

fungsi bahagian tersebut menjadikan penyeliaan lebih mudah kerana setiap ketua dan unit

mempunyai kemahiran yang tertentu. Selain itu juga fungsi bahagian yang digunakan sesuai

untuk perubahan atau hasil kerja yang cepat dan berkesan.

5.2 Struktur Geografi

Dalam struktur geografi ini, unit dan bahagian berdasarkan kepada tempat dan kawasan

geografi tersebut. Struktur ini sesuai apabila syarikat atau pejabat beroperasi dalam banyak

kawasan geografi yang mana berlainan negeri, agama dan negara. Selain itu, struktur geografi

adalah koordinasi kerja dan pekerja dalam unit atau bahagian yang berbeza dimana semuanya

bertanggungjawab dalam organisasi atau aktiviti dalam kawasan geografi yang tertentu.

Berikut adalah Struktur Geografi Syarikat GAMAT eMAS Sdn.Bhd. www.egamat.com/gesb.tml

Page 21: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

20

Berdasarkan kepada carta struktur geografi bagi Syarikat GAMAT eMAS Sdn.Bhd.

telah memperluaskan pengeluarannya di beberapa kawasan geografi yang tertentu. Kelebihan

yang diperolehi adalah syarikat ini dapat memperluaskan perniagaannya merentasi sempadan

termasuk pasaran kewangan, hubungan sosial dan produk atau keluaran yang dihasilkan

kepada pasaran tempatan. Selain itu, syarikat ini dapat mengeratkan hubungan dengan lebih

dekat antara tempat-tempat diseluruh dunia. Syarikat ini juga dapat memperluaskan

kefahaman dan persahabatan antara rakyat di dunia dengan peluang-peluang penukaran

peribadi yang semakin muncul. Dengan itu secara tidak langsung syarikat ini telah

membentuk satu” Perkampungan Global dan Tamadun Global”.

Selain itu, syarikat ini menambah baik standart yang ditetapkan atau yang digunakan

di peringkat anatarabangsa contohnya seperti undang-undang hak cipta. Di samping itu,

syarikat ini mampu membentuk nilai-nilai uniersal serta mendapat perkembangan teknologi

serta penyebarannya ke seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan aktiviti pengurusan

anatara sempadan dan proses-proses pembangunan yang akan diadaptasikan apabila

kemunculan suatu pasaran global kelak. Selain itu juga syarikat ini juga lebih kerap

menggunakan teknologi-teknologi yang canggih kerana sering berhubung antara sempadan

dan dapat membangunkan satu infrastruktur telekomunikasi global.

5.3 Struktur Matrik

Struktur matrik jelas menunjukkan gabungan antara fungsi dan bahagian. Struktur ini

menggabungkan dua atau lebih fungsi atau bahagian secara serentak dalam masa dan

peringkat yang sama dimana pekerja akan memberi laporannya kepada dua ketua atau

majikan yang berbeza. Persekitaran luaran khususnya teknologi dan pasaran yang terlalu

kompleks dan sentiasa mengalami perubahan menjadikan struktur organisasi jenis matrik ini

sangat penting.

Page 22: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

21

Berikut adalah Struktur Organisasi Matrik

Syarikat IBA Group http://ibagroupit.com/en/about/structure/

Bagi organisasi ini menugaskan pekerja yang pakar dari unit dan bahagian yang

berbeza untuk melakukan tugas bagi satu atau lebih projek yang diketuai oleh seseorang

pengurus projek. Projek itu dilakukan secara sementara atau kontrak dimana ahli-ahlinya

terdiri daripada jabatan fungsian yang berbeza yang bekerjasama dalam menjalankan projek

tersebut. Dalam struktur ini, pengurus akan bertanggungjawab kepada dua orang penyelia

atau ketua.

Terdapat banyak kelebihan yang di peroleh. Antaranya dengan adanya fungsi matrik

ini memberikan kebolehubahan ( fleksibiliti ) kepada organisasi tersebut. Selain itu

membolehkan pekerja mendisplinkan diri dalam melakukan dua atau lebih tugas yang

Page 23: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

22

......................................................................................................................................................

diberikan dengan penuh tanggungjawab. Fungsi matrik ini juga merangsang kerjasama antara

satu pekerja ke pekerja yang lain dalam dua atau lebih kerja yang dilakukan. Antara lain

kelebihan yang diperoleh dari struktur organisasi ini adalah mereka mendapat kemahiran

yang serentak dalam satu masa. Dan struktur organisasi ini juga membolehkan mereka

memindahkan pekerja-pekerja yang mahir ke bidang-bidang yang diperlukan apabila terdesak

kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Selain itu, struktur organisasi

ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain kerana mereka saling berhubung

dan dapat menjalankan tugas mengikut kehendak yang telah ditetapkan. Struktur organisasi

ini juga akan dapat memajukan lagi matlamat yang diinginkan kerana adanya penambahan

idea yang banyak kerana mempunyai pekerja yang menjalankan dua atau lebih tugas/kerja

dalam satu organisasi.

5.4 Struktur Produk

Produk adalah output sesebuah organisasi yang boleh dihasilkan dalam bentuk barang

atau perkhidmatan.Bahagian ini merujuk kepada koordinat kerja dan pekerja dalam satu unit

atau bahagian yang berbeza dengan tanggungjawab untuk menghasilkan output iaitu produk

atau perkhidmatan yang telah ditetapkan. Kelebihan bahagian ini adalah membolehkan

majikan dan pekerja memperluaskan pengalaman masing-masing dan kepiawaian yang

berhubung dengan aktiviti keseluruhan produk atau perkhidmatan yang akan dihasilkan.

Sehubungan itu bahagian ini membolehkan pihak pengurusan menilai persembahan kerja

yang dilakukan dalam setiap unit kerja.

Page 24: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

23

Berikut adalah carta produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlee

http://nestlee.edublogs.org/files/2010/04/nestle-products1.JPG

http://thinking-brands.blogspot.com/2010/09/nestle-brand-portfolio.html

Page 25: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

24

Syarikat Nestle berkemampuan mereka dan menghasilkan pelbagai jenis produk yang

berbeza yang secara umumnya memenuhi keperluan setiap orang. Kesemua produk ini

dihasilkan dalam bahagian atau unit yang berbeza kerja dan fungsi. Setiap bahagian akan

diketuai oleh seorang ketua dan ketua itulah yang bertanggungjawab mengkoordinasikan

kerja atau aktiviti pengeluaran serta aktiviti lain seperti belian, pasaran dan pengagihan

setiap keluaran. Contohnya produk Maggi yang dihasilkan diketuai oleh seorang ketua

dimana tanggungjawabnya memastikan produk itu dikeluarkan mengikut kriteria yang

ditetapkan serta memastikan pemasaran, pengagihan dilakukan dengan betul. Dengan itu

kerja untuk menghasilkan setiap produk adalah mudah kerana setiap produk akan dibahagi

kepada ketua bahagian yang akan menguruskannya.

Pengasingan bahagian setiap keluaran dan produk ini telah memudahkan pengeluaran

produk tersebut. Pengasingan ini amat penting kerana dapat menghasilkan dan mengumpul

idea-idea yang kreatif dan bernas dalam menghasilkan produk tersebut sehigga ke pasaran.

Setiap produk yang dihasilkan mempunyai fungsi, tujuan, kegunaan, faedah dan kebaikan

yang tersendiri. Produk yang dihasilkan dilengkapi dengan ciri-ciri fizakal seperti bentuk

yag menarik,berwarna-warni serta bahan-bahan yang digunakan. Selain dari ciri-ciri fizikal

syarikat ini juga menghasilkan produk berdasarkan ciri-ciri bukan fizikal seperti bau, rasa,

imej, konsep dan mudah digunakan. Ciri-ciri ini membuatkan pengguna dan pembeli

tertarik untuk membeli.

Dengan kepelbagaian produk yang dihasilkan ini juga dapat menyelesaikan masalah

keperluan pembeli atau pengguna dan merupakan kepentingan keperluan seseorang seperti

istilah kata lain semakin tinggi keperluan seseorang, semakin tinggi pengguna sanggup

membeli. Contohnya bagi pengguna produk Cerelac iaitu produk khas buat bayi dan kanak-

kanak. Sesetengah pengguna memilih produk ini sebagai produk yang terbaik buat anak

mereka kerana kandungan serta khasiat yang dihasilkn memberi kesan yang terbaik kepada

anak mereka, maka mereka tidak akan berubah dan setia menggunakan produk tersebut.

Syarikat ini membuat produk yang berkualiti tinggi dan baik setanding harga yang

diberikan kerana perbincangan yang teliti mengenai setiap produk yang akan dihasilkan

telah dibuat oleh setiap ketua bahagian setiap produk. Dengan itu, pengurusan mengenai

Page 26: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

25

pengeluaran produk tidak akan menjadi kucar kacir sebaliknya akan menjadi lebih teratur

dengan adanya setiap ketua yang mengawalnya. Selain itu produk yang dihasilkan akan

dikeluarkan mengikut jadual kerana ada pengawasan oleh ketua dan kesilapan tempahan

tidak akan berlaku.

Page 27: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

26

KESIMPULAN

Page 28: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

27

6.0 KESIMPULAN

Pada keseluruhannya dapat dijelaskan bahawa peranan organisasi amatlah penting

dalam kehidupan manusia. Ini kerana disebabkan oleh ciri, tujuan, dan strategi organisasi

tersebut dalam menjadikan organisasi tersebut mencapai matlamat yang diimpikan dan teguh

serta berupaya menjalankan fungsinya.

Selain itu, dengan adanya penjabatan struktur dalam organisasi tersebut memudahkan

lagi setiap operasi dalam organisasi tersebut. Struktur organisasi yang baik akan dapat

menyokong segala objektif dan misi yang telah ditetapkan. Struktur ini dapat menerangkan

dan menunjukkan hubungan saluran antara satu sama lain, komunikasi formal, penentuan

tanggungjawab dan tugas setiap individu, serta autoriti pembuatan keputusan. Reka bentuk

organisasi haruslah mengikut konsep yang lebih luas .

Terdapat beberapa jenis struktur yang boleh dipraktikkan dalam sesebuah organisasi

antaranya ialah fungsian, geografi, matrik dan produk. Organisasi haruslah memilih struktur

yang bersesuaian dengannya bersesuaian dengan matlamat jangka panjang organisasi dan

mengikut perubahan persekitaran. Dan pilihan yang sesuai dapat melahirkan organisasi yang

berdaya saing. Kegagalah sesebuah organisasi memilih struktur yang sesuai akan

menyebabkan organisasi tidak dapat melaksanakan matlamat yang diimpikan.

( 3,593 PATAH PERKATAAN )

Page 29: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

28

APENDIKS

Page 30: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

29

RUJUKAN / REFERENSI

Schein, E.H. ( 1973 ). Organizational Psychology. New Delhi : Prentice-Hall of India.

Davis, R. ( 1951 ). The Fundamentals of Top Management . New York: Harpers Bros.

Barndard, C. 1. ( 1938 ). The Function of the Executive. Cambridge, MA: Harvard

Univercity Press.

Stogdill, R. M. ( 1966 ). Dimensions of Organizational Designs. United State :

University of Pittsburgh Press .

Giffin & Ebert, ( 1993 ) p:181

Daft , ( 1988 ) p: 235

http://kulanzsalleh.com/struktur-organisasi-kementerian-pelajaran-malaysia-kpm/

http://www.dof.gov.my/12

www.egamat.com/gesb.tml

http://ibagroupit.com/en/about/structure/

http://nestlee.edublogs.org/files/2010/04/nestle-products1.JPG

http://thinking-brands.blogspot.com/2010/09/nestle-brand-portfolio.html

Page 31: PRINCIPLES OF MANAGEMENT

BBPP1103

30