Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian...

24

Transcript of Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian...

Page 1: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Prihatin_CoverMerdeka_FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM

Page 2: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuLaI - ogos 2017

Page 3: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

SPANCO Jitu MelAuNgkAN keMerdekAAN BerSAMA MAlAySiA

Tanggal 31 Ogos 2017, kita bakal menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Satu perjalanan yang panjang dari episod sukar perit getir perjuangan dan pengorbanan murni yang tiada tandingnya. Nikmat kemerdekaan dalam keadaan aman dan sejahtera suatu yang amat berharga buat bangsa dan negara Malaysia.

Sambutan kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Edisi khas Prihatin ini kami bawakan untuk menyingkap detik-detik kemenangan sepanjang 60 tahun kemerdekaan Malaysia.

Kejayaan dari pembangunan Malaysia tentunya didokong oleh usaha semua pihak, SPANCO turut tidak terkecuali. Syukur Alhamdulillah, walaupun peranan kecil yang dibawa SPANCO namun cukup besar buat kami dalam memastikan pembangunan negara dicapai dengan lebih gemilang.

Memasuki 25 tahun memegang amanah dalam memberikan perkhidmatan dalam pengurusan fleet profesional kepada Kerajaan, SPANCO terus melangkah ke hadapan menyahut visi dan misi melebarkan sayap mencetus semangat juang untuk memberikan hanya yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Tiada yang mustahil dan kami pasti akan terus menyokong Kerajaan dalam sama-sama merealisasikan kecemerlangan pembangunan negara mencapai tahap tertinggi setanding dunia.

dan Selamat Sejahtera

Dato’ HamzaH moHD SalleHKetua Pegawai Eksekutif

Sambutan kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PenerBiTSPanCO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2Kawasan Perusahaan Batu Caves68100 Batu Caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

PenCeTaKSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3Taman Perindustrian, Bukit Serdang

43300 Seri Kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBiTanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di atas. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 3

Page 4: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 20174

tanah tumpah darahkuMalaysiaDi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Tanggal 31 Ogos 2017, genaplah 60 tahun Malaysia meraikan hari kemerdekaannya. Pelbagai sejarah dilakar sejak dari awal penemuan Tanah Melayu hinggalah ke hari ini.

Sejarah mengungkai keperitan pejuang-pejuang bangsa dengan semangat kental mereka mempertahankan maruah bangsa dari dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sejarah kesengsaraan penduduk tempatan mempertahankan hak tanah peribumi dari dijajah sehingga tergadai bumi tercinta, Malaysia.

Sememangnya keperitan melalui zaman penjajah mengundang pengalaman yang tidak mungkin ingin dilalui lagi. Seharusnya semangat juang bangsa

peribumi terdahulu harus dimiliki oleh setiap anak bangsa Malaysia hari ini sekali gus menjurus kepada keinsafan menghargai keamanan dan kesejahteraan yang dimiliki hari ini.

Terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, Malaysia sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara. Berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu silam yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke -18.

JILID 4 | JuL - ogos 20174

Page 5: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 5

Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya mula disatukan di bawah Komanwel pada tahun 1946 sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963 Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Malaysia.

Penduduk peribumi Malaysia terdiri daripada orang Melayu, orang Asli,

serta kaum-kaum peribumi Sabah dan Sarawak, diikuti dengan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu berikutan permintaan bijih timah yang meningkat yang dicetuskan revolusi perindustrian di England semasa penjajahan British. Sementara kemasukan orang India mempunyai kaitan rapat dengan keperluan buruh di ladang kelapa dan getah. Manakala, penghijrahan orang Jawa, Bugis dan Banjar datangnya dari Rantau Nusantara.

Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai

Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang

ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya

mula disatukan di bawah Komanwel pada tahun 1946 sebelum menjadi

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 5

Page 6: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 20176

Maka, Semenanjung Tanah Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. India dan China membawa pengaruh besar kepada kebudayaan setempat. Pada awal alaf pertama, penduduk Semenanjung Tanah Melayu menganut agama Hindu dan Buddha.

Pada awal abad ke-15, Parameswara seorang putera dari kerajaan Srivijaya mengasaskan sebuah negeri baru yang dikenali sebagai Melaka. Kemudian, beliau memeluk agama Islam maka orang Melayu beramai-ramai memeluk agama Islam pada abad ke-15. Pada zaman ini, Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan tersohor yang

menarik ramai pedagang dan saudagar dari seluruh rantau.

Pada tahun 1511, bermulalah sejarah penaklukan Tanah Melayu di Melaka yang pada waktu itu merupakan tempat persinggahan pedagang-pedagang asing dan kerana sifat mudah mempercayai bangsa asing, bumi kita akhirnya terperangkap dan dijajah oleh Portugis. Kebebasan rakyat mula disekat, perjalanan hidup menjadi tidak semudah dahulu. Segala-galanya diatur Portugis yang menjadi duri dalam daging penduduk tempatan.

Pada tahun 1581, pengaruh Portugis mula berkurangan apabila Belanda tiba di Timur untuk bersaing dalam bidang perdagangan. Setelah sekian lama

dibelenggu Portugis, bumi Melaka kemudiannya beralih kepada Belanda pada tahun 1641. Bagai

kesengsaraan dirasai,tanah tumpah ditaklukiSememangnya Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber asli dan dengan kedudukan yang strategik telah mendorong keinginan kuasa Barat untuk menguasai Tanah Melayu. Semenanjung Tanah Melayu menyambut pedagang dan penghuni dari India dan China seawal abad pertama Masihi di mana mereka membuka pelabuhan dan bandar di kawasan itu pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi.

JILID 4 | JuL - ogos 20176

Page 7: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 7

bermimpi, kebebasan rakyat dibelenggu lagi oleh satu lagi bangsa asing yang tamakkan hasil peribumi.

Melalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Kuasa British terus menular. Bukan setakat bumi, pemikiran rakyat juga turut ditakluki. Peralihan kuasa mula dirasai sedikit demi sedikit. Paling ketara apabila Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani yang melantik Residen sebagai penasihat raja-raja

Melayu sekali gus mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.

Waktu itu, negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mengamalkan sistem kerajaan beraja atau sistem monarki mutlak yang mana ketua negara ialah raja dan baginda mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah dan mentadbir negara.

Kelainan sudah mula dirasai, pemerintahan sudah nampak taringnya.

Pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Kelana di Sungai Ujong, Negeri Sembilan, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut dan Engku Besar Jeram di Kelantan menentang keras pelaksanaan ini.

Rakyat sepakat, kuasa penjajah harus dihapuskan. Datuk Maharajalela bersama penduduk tempatan bermesyuarat memasang misi menjatuhkan British. Pasir Salak menjadi saksi, J.W.W Birch dibunuh ketika mandi. Inilah bukti rakyat tempatan sudah berani membuat pertarungan sendiri. Tidak rela tanah airnya dijajah, rakyat berikrar biar apa pun terjadi penjajah harus dihapuskan, maruah bangsa harus dikembalikan.

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun menyerang lalu menduduki Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura selama lebih tiga tahun. Era pemerintahan Jepun tidak kurang sengsara. Penduduk bukan hanya dibelenggu kemiskinan malah diragut hak sebagai penduduk peribumi. Tanah tergadai dan pelbagai peristiwa berdarah berlaku kerana kekejaman tentera Jepun.

Selepas tamatnya pendudukan Jepun, British kembali menguasai Tanah Melayu. Pada tahun 1946, konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) diperkenalkan. Satu lagi usaha British ingin menguasai Tanah Melayu secara keseluruhannya dengan menukar taraf negeri-negeri Melayu kepada sebuah tanah jajahan.

Bukan setakat Semenanjung, British turut meluaskan jajahannya ke Sabah pada tahun 1881 dan Sarawak pada 1946. Pembaharuan yang diperkenalkan oleh pihak British melalui pentadbiran Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah telah memberikan kesan terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik tempatan.

Melalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai

British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan

sayapnya ke negeri-negeri Tanah Melayu yang lain. Kuasa

British terus menular.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 7

Page 8: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 20178

Namun membebaskan diri dari belenggu penjajah bukanlah satu tugas mudah. Rintangan dan halangan terpaksa dihadapi pejuang-pejuang kemerdekaan dan titik akhir perjuangan bermula setelah Jepun menyerah kalah.

Selepas British menguasai semula Tanah Melayu, cadangan menubuhkan Malayan Union dikemukakan pada

Akhirnya Malayan Union dibatalkan dan British mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melalui perjanjian yang ditandatangani pada 21 Januari 1948, dikenali sebagai Perjanjian Tanah Melayu.

Pelantikan YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Ketua Menteri menguatkan lagi semangat rakyat untuk berjuang habis-habisan menentang apa juga serangan penjajah. Beliau memulakan usahanya melalui rundingan dengan kerajaan British di London pada Januari 1956.

Selama tiga minggu menjalankan rundingan, Tunku terbang sekali lagi ke London dan kali ini bersama Tun Abdul Razak Hussein, Tun Ong Yoke Lin dan Tun V.T. Sambanthan untuk meneruskan rundingan kedua. Kata sepakat dicapai dan British bersedia memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah

Perjuangan diteruskan, tanah Melayu di Ambang kemerdekaan

Jiwa setiap rakyat di peribumi meruntun inginkan kebebasan. Kesengsaraan yang dilalui harus ditamatkan. Penjajah harus ditewaskan, Tanah Melayu mesti merdeka dengan apa juga cara sekalipun. Penduduk dari berbagai kaum bersatu mengumpul kekuatan menggenggam azam dan semangat menuju hanya ke arah satu misi iaitu memerdekakan Tanah Melayu.

Oktober 1945. Pada 29 dan 30 Mac 1946, satu persidangan khas anjuran Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kuala Lumpur.

Buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme melayu, orang melayu dengan lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu menentang rancangan Malayan Union.

JILID 4 | JuL - ogos 20178

Page 9: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 9

Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut.

Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu.

Maruah bangsa telah dikembalikan. Pada 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang baharu sahaja dirasmikan, menjadi saksi ribuan rakyat menyahut MERDEKA! sebanyak tujuh kali seiring bapa kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di hadapan 20 ribu rakyat jelata. Seluruh rakyat bersorak gembira apabila bendera Persekutuan dinaikkan.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasminya dalam sebuah negara baru. Diikuti dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru di mana Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus das dilepaskan.

Maka, berakhirlah sudah era penjajahan. Pucuk pimpinan negara dikuasai oleh anak bangsa Tanah Melayu sendiri. Rakyat kini bebas memilih pemerintahannya. Raja kembali berdaulat dan menjadi tunjang utama pemerintahan. Lahirlah sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.

Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 16 September 1963 dengan gabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 9

Page 10: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201710

Malaysia terus gah di Persada AntarabangsaSepanjang 60 tahun kita bebas dari penjajahan, Malaysia telah menjalani era baru pembangunan negara yang begitu drastik dalam pelbagai bidang. Sememangnya Malaysia telah jauh maju dan terus membangun berbanding negara-negara lain. Atas kepimpinan enam Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Malaysia hari ini jauh lebih membangun dari segi ekonomi, politik dan sosialnya.

Perubahan bukan sahaja berlaku dalam bentuk pembangunan fizikal tetapi boleh dilihat dari segi pembentukan sahsiah masyarakat negara ini. Masyarakat telah berubah selari dengan pembangunan pesat negara. Inilah salah satu nikmat kemerdekaan, kemajuan yang dicapai hasil daripada kemerdekaan. Sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri dari tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, serta Kadazandusun, Murut, Bajau, Rungus di Sabah juga Iban, Bidayuh, Orang Ulu di Sarawak, Malaysia menjadi contoh kepada negara membangun lain di dunia kerana dapat hidup aman, damai dan harmoni tanpa ada sebarang perpecahan kaum.

Menjana era kemerdekaan, infrastruktur Malaysia berkembang dengan begitu pesat sekali. Sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana, Malaysia

JILID 4 | JuL - ogos 201710

terus membangun dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan, pendidikan, sukan, pelancongan serta pertanian.

Bermula dari negeri kecil Perlis hinggalah ke Sabah dan Sarawak, pembangunan terus pesat dilihat

Page 11: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 11

Sebagai sebuah negara berpendapatan sederhana, Malaysia

terus membangun dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi,

teknologi maklumat dan komunikasi, pengangkutan,

pendidikan, sukan, pelancongan serta

pertanian.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 11

dengan pelbagai projek pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan di kedua-dua negeri ini, Sabah dan Sarawak kini telah mengalami pembangunan dan kemajuan yang pesat. Pembangunan yang dilaksanakan kedua-dua negeri ini lebih progresif dan dinamik. Masyarakat di kedua-dua negeri ini menjadi lebih progresif menerusi pendidikan yang bermutu dan peluang pekerjaan yang meluas.

Pencapaian paling ketara Malaysia dapat dilihat melalui bidang sains dan teknologi yang berhubung rapat dengan pembangunan dicapai di dalam negara. Selain pembangunan, teknologi turut menghubungkan komunikasi melalui jaringan maklumat Internet yang merapatkan jurang Malaysia dengan dunia luar sekali gus melahirkan masyarakat yang lebih bijak dan maju ke hadapan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Pembangunan negara yang pesat membangun telah membuka peluang kepada negara untuk membina pelbagai infrastruktur bertaraf dunia. Dengan kelengkapan yang tercanggih, pelbagai pembangunan pencakar langit dapat dilihat terutamanya di ibu kota Kuala Lumpur.

Penglibatan Malaysia dalam Perlumbaan ‘Formula One’ merupakan satu kebanggaan kepada masyarakat. Malaysia bukan hanya berjaya menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia tetapi berjaya menyediakan Litar Lumba F1 Sepang yang tercanggih di dunia, dilengkapi kelengkapan berteknologi tinggi dan menggabungkan teknologi seni bina serta kejuruteraan moden dengan ciri-ciri budaya Malaysia. Selain dari perlumbaan ‘Formula One’, Litar Sepang juga dijadikan sebagai litar perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.

Malaysia turut melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila berjaya melancarkan dua satelit iaitu MEASAT I dan MEASAT II sekali gus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Malah, program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Sesungguhnya penerokaan negara dalam bidang angkasa lepas juga merupakan salah satu kejayaan negara yang seharusnya dibanggakan.

Kejayaan dalam bidang sukan turut disebut apabila ramai atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Mohd Azizulhasni Awang berjaya mengharumkan nama Malaysia di sukan-sukan dunia dan membawa nama Malaysia setanding atlet-atlet barat ke persada antarabangsa.

Tidak terkecuali pencapaian dalam bidang pelancongan di mana Malaysia menjadi tarikan dan destinasi pilihan utama pelancong asing setiap tahun. Tentunya keamanan dan keselesaan berada di Malaysia menjadikan negara ini tidak putus-putus menerima kunjungan pelancong saban hari. Ia bukan hanya satu pencapaian memberangsangkan tetapi sebagai salah satu sumber menjana ekonomi negara.

dan pencapaian demi pencapaian terhasil bukan

hanya di pusat bandar raya tetapi juga bandar-bandar

kecil seluruh Malaysia. Sabah dan Sarawak turut membangun pesat dari segi infrastruktur, ekonomi, penduduk dan pendidikan.

Sarawak berada di kedudukan ketiga manakala Sabah berada dalam kedudukan kelima di Malaysia yang mengalami kepesatan pembangunan ekonomi. Ini menunjukkan satu peningkatan yang ketara juga selaras

Page 12: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201712

Malaysia dalam Arus Pembangunan globalBermula dengan pengeluaran kereta nasional pertama Malaysia iaitu Proton Saga pada Julai 1985, satu mercu kebanggaan dan kejayaan dalam mengeluarkan kereta sendiri setanding negara luar.

kejayaan terbesar dalam kemajuan negara. Satu simbol kemodenan Malaysia dalam sains dan teknologi. Kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran multimedia yang tertinggi di Asia Tenggara telah merubah secara keseluruhan cara hidup masyarakat Malaysia dalam menuju ke alaf baru. KLCC juga telah mendapat gelaran sebagai menara tertinggi di dunia bertahan dari tahun 1998 hingga 2004 dan masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah lapangan utama Malaysia dan merupakan salah satu hab penerbangan terpenting dan tersibuk di Asia Tenggara. Terletak di Sepang, Selangor, KLIA berupaya menampung 35 juta penumpang dan 1.2 juta tan metrik kargo setahun.

Selain udara, pengangkutan darat di Malaysia turut dimajukan dengan pelbagai sistem aliran ringan yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia bagi memudah dan memberi keselesaan kepada orang ramai seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), KTM Komuter, Monorel

Sejarah terukir bila mana Proton Saga turut dieksport ke negara-negara asing sekali gus menukar status Malaysia daripada pengeluar komoditi utama kepada satu negara industri. Setelah Proton Saga, Malaysia mengeluarkan kereta keduanya PERODUA dan ianya turut berjaya menarik minat para pembeli dan pengguna.

Pembinaan Multimedia Super Koridor (MSC), sebuah kawasan yang berasaskan Teknologi Maklumat meliputi selebar 15 kilometer dan sepanjang 50 kilometer bermula dari Menara Berkembar Petronas (KLCC) hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dua ‘Bandar Pintar’ iaitu Putrajaya - pusat pentadbiran negara dan Cyberjaya pusat perindustrian multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan dan sebuah universiti telah dibina.

Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah satu lagi kebanggaan negara dan merupakan

JILID 4 | JuL - ogos 201712

Page 13: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 13

dan terkini Mass Rapid Transit (MRT) yang berintegrasi dengan sistem-sistem transit aliran ringan lain dan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam kawasan di Lembah Klang.

Perkembangan teknologi canggih membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur. Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur antara kejayaan Malaysia dalam pembinaan perhubungan sistem lebuh raya yang sistematik dan terkawal selain bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya bagi memberi kemudahan kepada seluruh masyarakat.

Jambatan Pulau Pinang turut mengharumkan nama Malaysia di persada dunia apabila menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut, jambatan ini diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Malaysia mempunyai pusat konvensyen yang bertaraf dunia seperti Kuala Lumpur Convention Centre dan Putrajaya Convention Centre. Pusat-pusat konvensyen ini telah banyak menghoskan tetamu-tetamu penting

termasuk Ketua-Ketua Negara Luar dan Ketua-Ketua Kerajaan juga menjadi pusat persidangan untuk acara penting dunia.

Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan hab bagi menjana ekonomi Negeri Di Bawah Bayu ini. Ia turut mampu menjadikan Sabah sebagai pintu gerbang utama rantau Asia Tenggara bagi tujuan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) adalah pencetus fenomena baru terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang teknikal dan menjadi pemangkin utama membantu Sarawak mencapai status Negeri Maju menjelang 2020. Dibangunkan dalam wilayah tengah Sarawak dan antara koridor pembangunan yang terbesar di Malaysia.

Sesungguhnya, Malaysia telah meraih kejayaan dalam pelbagai bidang yang menakjubkan dan membolehkan rakyat negara ini bersaing dengan negara-negara lain di dunia.

Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah satu lagi kebanggaan negara dan merupakan kejayaan terbesar dalam kemajuan negara. Satu simbol kemodenan Malaysia dalam sains dan teknologi.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 13

Page 14: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201714

Pengkorporatan & Pengurusan Pihak ketiga Menjana ekonomi Negara

Pembangunan yang memberangsangkan di Malaysia tentunya hasil kerjasama dan sumbangan dari semua pihak. Peranan masyarakat dan sektor swasta antara yang diperlukan dalam pembangunan infrastruktur. Baik Kerajaan mahupun swasta harus bergerak seiring dalam bidang perdagangan dan perniagaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi selari dengan aspirasi Nasional.

Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan telah menswastakan badan-badan perkhidmatan tertentu seperti perkhidmatan mel (POS Malaysia), telekomunikasi (Telekom), pembekalan elektrik (Tenaga Nasional), penerbangan (MAS) dan rel (KTM) bagi memberi peluang kepada organisasi tempatan meningkatkan diri sekali gus memberi perkhidmatan yang selesa kepada rakyat di samping menjana pendapatan negara.

Penswastaan jelas memberi peluang kepada Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan dan mempercepatkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Penglibatan perkhidmatan pihak ketiga atau ‘outsourcing’ telah meringankan beban Kerajaan dan meningkatkan kecekapan pengurusan dan daya pengeluaran negara bertambah berikutan saingan pasaran.

SPANCO juga merupakan sebuah organisasi pihak ketiga yang menguruskan perkhidmatan pengurusan fleet kenderaan Kerajaan. Penyerahan pengurusan fleet kepada pihak yang pakar iaitu SPANCO dilihat dapat mengurangkan beban negara dari segi pentadbiran dan pengurusan. Kerajaan menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung apabila semua tugas penyelenggaraan ke atas setiap kereta konsesi dipikul oleh SPANCO.

Ternyata perkhidmatan pengurusan fleet kenderan Kerajaan kini berjaya mengurangkan kos operasi Kerajaan sekali gus memaksimumkan pendapatan negara. Malah, ia dapat meningkatkan kecekapan operasi dan pentadbiran serta seterusnya memperbaiki kelicinan perkhidmatan awam. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT juga memberi banyak faedah kepada kedua-dua pihak antaranya memberi maklumat yang lebih cepat dan terperinci sekali gus membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan memuaskan.

JILID 4 | JuL - ogos 201714

Page 15: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 15

Penyerahan pengurusan fleet kepada pihak yang pakar iaitu SPANCO dilihat dapat mengurangkan beban negara dari segi pentadbiran dan pengurusan. Kerajaan menikmati pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung apabila semua tugas penyelenggaraan ke atas setiap kereta konsesi dipikul oleh SPANCO.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 15

Page 16: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201716

Melangkah Cemerlang Bersama MalaysiaSPANCO merupakan syarikat pengurusan fleet profesional yang terulung di Malaysia dan adalah syarikat milik penuh warga Malaysia. SPANCO telah diberi tanggungjawab untuk mengurus, membekal dan memajak kenderaan saloon yang turut meliputi pakej penyenggaraan penuh bagi Kerajaan Malaysia sejak 1 Januari 1994.

Memulakan operasi pada tahun 1994 dengan 2,200 buah kenderaan, hari ini SPANCO telah berkembang dengan saiz fleet melebihi 13,000 kenderaan (sehingga 2017) bagi memenuhi keperluan lebih 30 buah Kementerian dan agensi Kerajaan di seluruh Malaysia.

Struktur Kumpulan SPANCO mengutamakan pelanggan dan memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan, merangkumi setiap aspek pengurusan fleet bagi meringankan bebanan Kerajaan menguruskan fleet dan pentadbiran

SPANCO menjalankan operasi menggunakan lima

elemen utama iaitu pembekalan

kenderaan, pentadbiran fleet,

servis, kawalan penyenggaraan

dan perkhidmatan insurans.

JILID 4 | JuL - ogos 201716

Page 17: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 17

yang berkaitan. Ini membolehkan pihak Kerajaan menumpukan kepada tugasan teras mereka, manakala SPANCO pula menyediakan perkhidmatan yang lancar tanpa batas.

SPANCO menjalankan operasi menggunakan lima elemen utama iaitu pembekalan kenderaan, pentadbiran fleet, servis, kawalan penyenggaraan dan perkhidmatan insurans. Dari sudut pembekalan, SPANCO melaksanakan kitaran penggantian kenderaan yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Pasukan pengurusan kanan SPANCO memiliki sejumlah lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam industri automotif dan yang berkaitan. Manakala semua kakitangan teknikalnya pula mempunyai purata selama 10 tahun pengalaman dalam sektor penyenggaraan dan pembaikan kenderaan.

SPANCO telah membangunkan sendiri sistem pengurusan fleet (FMS) atas talian yang canggih untuk menguruskan operasi, perkhidmatan, servis, pengurusan maklumat, akaun dan kewangan. Selain itu, Pusat Servis SPANCO menyediakan Pusat Panggilan 24 jam, perkhidmatan penyenggaraan, kerosakan dan kemalangan.

Hari ini, SPANCO diiktiraf atas keupayaan yang tiada tandingnya dalam operasi sokongan fleet melalui rangkaiannya yang terdiri daripada

dua buah Pusat Servis Wilayah, yang dibantu oleh lebih 200 buah Pusat Servis Diiktiraf di seluruh negara. Melalui sistem dan khidmat sokongan ini, ia mampu menyediakan penyelesaian pengurusan fleet mengikut apa juga profil dan kehendak pelanggan.

Bagi mencapai tahap profesionalisme dan kecekapan yang tertinggi, Pusat servis utama SPANCO, SPANCO Services Sdn. Bhd. berjaya memperoleh persijilan ISO 9001:2008, iaitu pengiktirafan antarabangsa yang berprestij bagi perkhidmatan pembaikan dan penyenggaraan fleet. Persijilan ini mengesahkan tahap SPANCO yang tinggi.

SPANCO turut mempunyai akses kepada piawaian dan amalan antarabangsa dan merupakan ahli Persatuan Pengurusan Fleet Australasia, AfMA.

Dengan perancangan strategik, tenaga kerja yang dedikasi dan berkemahiran, pengurusan profesional serta peralatan berteknologi tinggi, SPANCO akan meneruskan visi menjadi penyedia dan pengurus fleet terunggul di Malaysia sekali gus memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggannya.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 17

Page 18: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201718

Memanfaatkan Peralatan Berteknologi tinggi demi kepuasan PelangganKomited memberikan hanya yang terbaik kepada pelanggan, SPANCO telah memberikan komitmen tertinggi untuk meningkatkan kemudahan sekali gus memberi kepuasan kepada pelanggan. Sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu servis, SPANCO telah menambahbaikkan sistem dan teknologi yang digunakan secara berterusan.

Sistem teknologi maklumat SPANCO telah dibangunkan sendiri hasil pengalaman yang dikaut sejak memulakan operasi. Melalui sistem yang diperbaharui dari masa ke semasa, ia telah berhasil meningkatkan produktiviti dan memendekkan tempoh tugasan disiapkan sekali gus memperbaiki perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) kepada pelanggan.

Hasilnya, pihak Kerajaan telah menikmati faedah dari pengurusan fleet yang cekap lagi diyakini.

Pelanggan juga boleh mengetahui status terkini kenderaan mereka dalam masa sebenar dengan melayari SPANCO Fleet Online. Manakala ASC e-approval pula bagi memudahkan Rangkaian Pusat Servis Diiktiraf SPANCO di seluruh negara mendapat kelulusan secara dalam talian terhadap kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang dilakukan.

Pelanggan boleh mendapatkan khidmat pengurusan fleet seperti melakukan tempahan servis melalui SPANCO Mobile App dengan hanya memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar.

Pelanggan boleh terus menjadualkan temu janji servis kenderaan mereka dengan mudah dalam masa sebenar. Khidmat tempahan servis ini menjimatkan masa bermula dari proses penghantaran kereta ke pusat servis hinggalah ke proses serahan semula kepada pelanggan.

Kaedah inovatif 4M (Man, Machine, Method & Material) diterapkan dalam menguruskan pusat servis dan fleet dengan lebih efisien lagi selain pelaburan yang tinggi untuk kemudahan dan peralatan baik pulih automotif termaju yang sentiasa dikemas kini bagi memberikan hasil servis yang terbaik.

JILID 4 | JuL - ogos 201718

Page 19: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 19

Kemudahan sistem perkhidmatan kiosk dan papan pemberitahuan status servis turut diperkenalkan bagi memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan di samping menjimatkan masa menunggu dan melancarkan tugasan di pusat servis.

Dari segi pengurusan sumber ihsan pula, selain dibekalkan teknologi baharu seperti penggunaan tablet dalam rutin tugas harian, kakitangan teknikal diperlengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa dikemas kini. Sebagai sebuah Wakil Servis Bertauliah Proton Edar, mereka dikehendaki menghadiri latihan dan prestasi dinilai oleh Bahagian Latihan Proton Edar. Manakala kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan Institut Latihan Industri KL dijalinkan bagi mempertingkatkan tahap persijilan dan kemahiran.

Pelanggan boleh mendapatkan khidmat pengurusan fleet seperti

melakukan tempahan servis melalui SPANCO Mobile App dengan hanya memuat turun aplikasi ini ke dalam

telefon pintar.

SPANCO percaya dalam penambahbaikan sistem dan teknologi yang berterusan di samping pelaburan di dalam tenaga mahir bagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggannya sekali gus bersaing dengan syarikat gergasi lain dan meletakkan tanda aras operasi setaraf dunia.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 19

Page 20: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201720 JILID 4 | JuL - ogos 201720

Sumbangan Mesin Hemodialisis SPANCO Membantu yang Memerlukan

SPANCO sentiasa menyedari akan pentingnya untuk menyumbang kepada masyarakat, malah sebahagian daripada keuntungan perniagaan perlu dikongsi bersama manakala sebahagian lagi dipulangkan semula kepada masyarakat. Sejajar itu, SPANCO menjadikan program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) sebagai salah satu objektif teras Syarikat.

Baru-baru ini, SPANCO telah menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM500,000 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Projek Pengagihan Mesin Hemodialisis Di Hospital-Hospital Kerajaan Terpilih. Ia merupakan

kerjasama antara KKM dan SPANCO.

Melalui sumbangan itu, pihak kementerian menguruskan pembelian dan pengagihan mesin dialisis tersebut kepada hospital-hospital yang terpilih di seluruh negara bagi menggantikan mesin yang telah usang serta menambah kapasiti sedia ada di hospital-hospital tertentu.

Sejumlah 15 unit mesin hemodialisis selesai diagihkan pada 22 Jun yang lalu dan kini beroperasi sepenuhnya bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pesakit buah pinggang di seluruh negara.

Page 21: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 21JILID 4 | JuL - ogos 2017 21

yPPB, SPANCO Anjur Program latihan Asas AutomotifSPANCO telah menjalinkan usaha sama strategik bersama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) bagi melaksanakan Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif yang menyasarkan bakat anak muda di luar bandar, bertujuan membangunkan modal insan dalam kalangan generasi muda.

SPANCO telah menyalurkan sejumlah dana RM400,000 bagi membiayai segala keperluan latihan yang diperlukan. Buat permulaan, seramai 75 peserta dipilih untuk mengikuti latihan asas dalam bidang automotif selama enam bulan di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA) yang dilengkapi kemudahan penginapan, makan dan minum serta dibayar elaun

RM300 sebulan, selain menerima pensijilan Institute of Motor Industry (IMI) United Kingdom yang diiktiraf dan diperakukan di peringkat antarabangsa.

Selain peluang mengikuti kursus lengkap seiring keperluan industri automotif tempatan, kesemua pelatih turut dijamin penempatan dalam pekerjaan selepas tamat latihan dengan tangga gaji minimum bermula RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.

Majlis Pelancaran Program SPANCO Peneraju Skil Iltizam Automotif di VETA ini telah diadakan di Bandar Rinching, Semenyih pada 27 Julai 2017 yang dihadiri Ketua Pegawai Operasi SPANCO, Dato’ Azman Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahyuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif VETA, Roszida Othman.

Page 22: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 201722 JILID 4 | JuL - ogos 201722

SPANCO semarakkan semangat kesukanan di larian Obor Sukan SeA 2017

Beriadah dan bersukan turut menjadi agenda sosial SPANCO. Bagi menyokong atlet negara mempamerkan semangat ‘Team Malaysia’ dan untuk menyemarakkan lagi Temasya Sukan SEA 2017, SPANCO telah melibatkan diri dalam Larian Obor Sukan SEA 2017 Daerah Gombak bertempat di gelanggang Futsal Selayang Pandang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 3 Ogos yang lalu.

Page 23: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

JILID 4 | JuL - ogos 2017 23

terus komited Seiring kerajaan Menuju Masa Hadapan gemilang

Sejarah jangan dipinggirkan. Iltizam semangat juang perlu dipupuk dari kecil agar nilai-nilai murni pengorbanan anak-anak peribumi memperjuangkan kemerdekaan terus mekar dan tertanam dalam diri setiap anak bangsa Malaysia.

Seperti negara, kami turut berjuang mencari kemenangan untuk memberi khidmat cemerlang kepada Kerajaan. Cabaran demi cabaran yang dilalui sepanjang diberi amanah menyuntik semangat kental kepada setiap warga SPANCO untuk memberikan mutu perkhidmatan yang cemerlang kepada Kerajaan dan semua pelanggan kami.

Seiring dengan era globalisasi yang makin mencabar ini, SPANCO akan terus berazam untuk seiring membantu negara mengorak langkah proaktif bagi mencapai pembangunan yang memberangsangkan ke arah Malaysia maju setaraf dunia. Negaraku, tanah tumpah darahku. Sehati sejiwa kita melakar kejayaan bersama.

JILID 4 | JuL - ogos 2017 23

Page 24: Prihatin CoverMerdeka FINAL.pdf 1 14/08/2017 1:21 PM · PDF fileMelalui perjanjian Inggeris-Belanda, Melaka dikuasai British pula pada tahun 1824 dan kemudian mengembangkan sayapnya

Demi Tanah Yang Bertuah

Taman Cinta Merdeka

Kasih Di Hatiku Ini

Untukmu Tanah Pertiwi

Dari Utara Selatan

Juga Timur Ke Barat

Turut Gagah… Sabah Sarawak

Sehati Sejiwa

Kudengar Janjimu… Bayu Kinabalu

Kudengar Sumpahmu … Rejang Yang Membiru

Bersatu Denganku … Tegap Titiwangsa

Malaysia Sehati Sejiwa

Laut Luas Terbentang

Bukan Satu Halangan

Untuk Kita Bersama

Melafaz Janji Setia

Demimu Malaysia

Cinta Kasih Di Jiwa

Tidak Akan… Kami Khianatinya

Walaupun Berbeza Budaya Agama

Bukanlah Penghalang… Kita Bergandingan

Marilah Bersatu… Sehati Sejiwa

Malaysia Kekal Sejahtera

( Mi I So Ginavo ) - Kadazan

( Kitai Dekak Mujur ) - Iban

( Mi I So Ginavo ) - Kadazan

( Ngetan Ke Menua ) - Iban

( Mi I So Ginavo ) - Kadazan

( Nyuluk Cita Mulia) - Iban

Malaysia Sehati Sejiwa

Malaysia Sehati Sejiwa

laGU DaN lIRIK: MUHAMMAD YURI EDRIS lIRIK: MUHAMMAD YURI EDRIS & SISO KOPRATASAPeNYaNYI: SYAMEL & ERNIE ZAKRY PeNYaNYI lataR: REPUBLIK MALAI

Gambar ihsan Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Muzium Malaysia, dan Jabatan Penerangan Malaysia.