Presention GPP1063

31
TUGASAN GPP1063 Pensyarah: En. Augustine Palikat Ahli kumpulan Jecka Kinol Laura Lajim

description

chill

Transcript of Presention GPP1063

Page 1: Presention GPP1063

TUGASAN GPP1063

Pensyarah: En. Augustine Palikat

Ahli kumpulan Jecka KinolLaura Lajim

Page 2: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

Falsafah pendidikan di Barat sehingga abad 18

Falsafah pendidikan di Barat masa kini

Perenialisme

Esentialisme

Progresivisme

Rekonstruktisme

Eksistensialisme

Page 3: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Falsafah Pendidikan di Barat Sehingga Abad Ke-18

Page 4: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Falsafah Pendidikan Di Zaman Tamadun Yunani Falsafah pendidikan Barat bermula dari zaman tamadun Yunani kira-kira lebih 2000 tahun. Pada tempoh masa itu, semua bidang disiplin adalah digolongkan di bawah disiplin falsafah. Maka, Falsafah pendidikannya boleh diinterpretasi daripada cabangan epistemologi dan dialog-dialog yang telah direkodkan daripada ahli-ahli falsafah seperti Socrates, Plato, dan Aristotle.

Page 5: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pandangan tokoh Barat tentang pendidikan

Socrates ( 469-399 TM), ahli falsafah Yunani yang terkemuka, berpendapat tujuan pendidikan ialah melatih pelajar agar menjadi rakyat yang berakhlak mulia, lebih penting daripada pemerolehan ilmu. Mengikut beliau, seorang berakhlak mulia adalah dengan memperoleh ilmu yang canggih. Oleh itu, Socrates menegaskan ilmu ialah kebaikan yang diperolehi melalui pemikiran logikal atas soalan-soalan yang dikemuka. Dengan kaedah ini, konsep tepat akan dapat dihayati secara nyata. Mengikut Socrates, ilmu yang sebenar tidak boleh diperolehi daripada persepsi.

Page 6: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA• Plato (428-348), memandang pendidikan

sebagai proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.• menyokong pendapat socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik.• Plato percaya seseorang hanya mendapat ilmu apabila dia berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan pemikiran secara kritis.• mengikut Plato, orang yang cintai kecantikan , benda yang baik atau tindakan yang adil adalah orang yang ada pendapat, tetapi bukan ilmu.

Page 7: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bagi Plato, pendapat adalah berkaitan dengan objek yang dipersepsi, dan boleh disalahertikan.Manakala, ilmu yang sebenar adalah di luar persepsi dan berkaitan dengan dunia abadi yang tidak boleh disalahertikan. Plato, dalam buku Republic, menjelaskan fungsi pendidikan sebagai pemilihan pelajar yang sesuai untuk melatih mereka berdasarkan potensi masing-masing.

Page 8: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

-Aristotle (384- 322 SM), dalam bukunya Politik menghuraikan pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal.- Tujuan pendidikan ialah memberikan setiap warganegara segala peluang untuk mencapai kebahagian hidupnya.-Logik yang diperkenalkan oleh Aristotle adalah berkaitan rapat dengan pemikiran deduktif, iaitu mengaplikasiakan generalisasi umum untuk menghuraikan kes khusus atau membentuk generalisasi baru.-Logik Aristotle menggunakan silogisme yang merangkumi dua premis yang benar dan satu kesimpulan sah. Sebagai contoh:-Premis 1: Semua manusia adalah makhluk yang fana.-Premis 2 : Plato ialah manusia.-Kesimpulan : Plato ialah makhluk yang fana.

Page 9: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perkembangan Falsafah Pendidikan di Negeri-Negeri Eropah

Selepas Aristotle, perkembangan falsafah pendidikan tidak dapat diteruskan sehingga kedatangan zaman pembaruan Renaissance di

negeri-negeri Eropah.

Page 10: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tokoh falsafah dan pendidikan zaman Renaissance

Thomas Aquinas (1225-1274 TM) ialah seorang ahli falsafah kristian dan Aristotelian. Teori pendidikan Aquinas adalah berdasarkan idea persepsi sensori Aristotle. Beliau menggunakan siri hujah-hujah berlandaskan pendekatan argumentatif ( a priori) dan (a posteriori), serta kuasa efisyen dan kuasa akhir. Keempat-empat konsep ini adalah penting untuk menjustifikasikan konsep atau pernyataan yang berkaitan,khasnya teori,konsep/idea yang berkaitan dengan pendidikan. Aquinas juga membentuk sistem dualisme iaitu sistem perhubungan falsafah dan agama dengan pemikiran logikal dan kepercayaan.

Page 11: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

- Di bawah konteks falsafah pendidikan , teori epistemologi yang berlandaskan empirisisme dan rasionalisme merupakan 2 maznah yang paling berpengaruh terhadap pendidikan masa kini.

Page 12: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Model Rasionalisme

-Model rasionalisme menarik perhatian ahli falsafah pendidikan seperti Descartes, Leibniz, dan Spinoza yang didapati daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik tanpa pemerhatian atau eksperimen.- Mereka berusaha membentuk semula secara kritis segala ilmu manusia dengan mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan aksiomnya.

Page 13: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Rene Descartes

-Berpendapat minda dan tubuh manusia adalah dua benda yang berlainan dan tanpa hubunkait.- Iaitu perubahan kualiti objek di bawah pelbagai keadaan yang berlainan akan hanya dikonsepsi oleh minda dan bukan persepsi sensori.-Berpendapat bahawa intuisi dan deduksi sebagai kaedah yang utama adalah digunakan untuk memperoleh ilmu.

Page 14: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA-Pada tahun 1619, Descartes menemu sesuatu

kaedah universal untuk mendapat kebenaran. Dikenali sebagai Peraturan Descartes yang merangkumi:

1. Peraturan idea yang jelas dan tepat, iaitu hanya menerima idea yang jelas dan tepat

2. Peraturan analisis, iaitu membahagi setiap masalah dan memeriksanya setiap komponen untuk mendapat penyelesaian.

3. Peraturan progresif dari mudah ke kompleks.

4. Peraturan sintesis, iaitu mensintesis semua elemen dan menggunakan refleksi untuk memastikan tiada ditinggalkan.

Page 15: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

-Leibniz (1646-1716)

-Seorang rasionalis-tidak setuju dengan Descartes bahawa minda dan tubuh adalah entiti yang berlainan.-Beliau mengusulkan multi-teori yang menyatakan dunia ialah dibentuk dengan unit-unit yang banyak melalui daya pergerakan secara terus-menerus.

Page 16: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Spinoza (1632-1677)-Beliau berpendapat mindadan tubuh manusia adalah satu unit individu.-Kedua-duanya adalah atribut Tuhan, dan berdasarkan teori mereka berinteraksi antara satu sama lain.

Menurut Spinoza, teori ilmu merangkumi 4 tahap.1. Khabar angin/ cakap-cakap orang diterima

sebagai kenyataan orang.2. Persepsi ilmu didapati daripada pengalaman

yang mengeliru dan kabur.3. Intirasi sesuatu perkara diinferensi daripada

intisari perkara yang lain, tetapi bukan sama-sama tepat atau sempurna.

4. Konsep yang dipersepsi daripada intisarinya atau ilmu dengan penyebab yang terdekat.

Page 17: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Spinoza mengenal pasti 3 kategori ilmu:

1. Ilmu berdasarkan tahap pendapat atau perasmian

2. ilmu berdasarkan tahap pemikiran logikal

3. ilmu berdasarkan intuisi

Page 18: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAModel Empirisime

-Ahli-ahli empirisime berpendapat persepsi berdasarkan pengalaman sensori adalah ilmu yang sebenar.-Mereka menegaskan semua ilmu harus didapati melalui organ-organ deria.

Francis Bacon-Bacon menolak kaedah deduksi yang dicadangkan oleh Aristotle.-Beliau mencadangkan kaedah induksi untuk memperolehi ilmu.-Mengikut Bacon,untuk mendapatkan ilmu yang sebenar, kita harus mengikis prejudis individu serta konsep negatif dan menggunakan kajian dengan pemerhatian secara langsung.

Page 19: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

John Locke ( 1632-1704)-Memandang kanak-kanak sebagai tabula rasa iaitu papan batu yang kosong.-- Kanak-kanak mulanya tidak mempunyai apa-apa ilmu, dan pelbagai pengalaman yang disediakan dalam alam belajar akan membentuk tingkah laku mereka.-Ibu bapa harus memainkan peranan sebagai tuotr yang rasional untuk membentuk anak-anak mereka.-Locke tidak bersetuju penggunaan hukuman dera terhadap kanak-kanak tentang tindakan disiplin.

Page 20: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

-Mengikut Locke, idea diklasifikasikan kepada 2 kategori.

1. Idea daripada sensasi, iaitu input daripada melihat, mendengar,menghidu, merasa dan menyentuh.

2. Idea daripada refleksi , iaitu operasi minda manusia di bawah pelbagai cara, seperti pemikiran, perasaan, kepercayaan, dan pemikiran kritis dan kreatif.

Page 21: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIABerkeley ( 1685-1753)

-Menegaskan bahawa perlunya kita ada pengalaman langsung sebelum kitamemahami sesuatu.-Kita tidak boleh memahami sesuatu yang kita tidak ada pengalamannya.

Hume (1711-1776)-Bersetuju dengan ida Locke bahawa idea umum atau abstrak adalah koleksi idea-idea khusus yang memberikan makna generalisasi yang lebih sempuran.-Hume pula berpendapat bahawa memori dan imaginasi adalah digunakan untuk mengekal dan menyusun idea-idea mengikut sesuatu ertib tertentu.

Page 22: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Model Sintesis : a Priori dan a Posteriori

Immanuel Kant (1724-1804)-Mengikut beliau, tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat membentuk konsep daripadanya.-Menuruk Kant, struktur mengorganisasikan konsep asas tidak boleh diperolehi daripada pengalaman sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan untuk membolehkan kita menginterpretasikan pengalaman dunia secara keseluruhan.

Page 23: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelopor Naturalisme

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)-Rousseau merupakan pelopor naturalisme.-Beliau memandang pendidikan sebagai proses berterusan, dan harus dimulakan pada peringkatawal kanak-kanak.-Naturalisme merupakan teras falsafah pendidikan Rousseau.- Teori pembelajaran Semula Jadi berasaskan daripada falsafah pendidikan Rousseau.-Idea perkembangan kanak-kanak Rousseau bertentangan dengan Locke yang menegaskan cara asuhan kanak-kanak mengikut cara ibu bapa mereka.-Rousseau sebaliknya percaya kanak-kanak yang mempunyai pemikiran dan perasaan unik serta sikap dan moral sendiri akan dijejaskan oleh latihan dewasa.

Page 24: Presention GPP1063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIATeori Pengamatan : J.F. Herbart

-Pengamatan dihuraikan sebagai proses mental yang mengabunggkan idea-idea baru dengan idea-idea yang berada dalam akal fikiran seseorang.- Herbart menghuraikan ilmu tidak didatangkan secara semula jadi, tetapi dibentuk daripada pengalaman-pengalamanyang diperolehi melalui pengamatan dan disimpan dalam akal fikiran seseorang, bergabung dengan pengalaman baru agar memperolehi kefahamannya.- Herbart setuju dengan Johann Gottlieb Fichte (1762-1814), bahawa selagi aktiviti jiwa seseorang beropreasi secarasemula jadi, aktiviti pembelajarannya akan terus menjadi aktiviti inisiatif sendiri dan motivasi kendiri.- Teori-teori pembelajaran yang dibentuk sejak zaman gemilang yunani hingga hujung abad ke-19,telah membawa pengaruh besar terhadap teori-teori pembelajaran dalam abad ke-20 dan masa kini.

Page 25: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah pendidikan di Barat masa kini

Terdapat dua jenis , iaitu tradisional dan moden.

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat Perenialisme Esensialisme Falsafah Pendidikan Moden Barat Progresivisme Rekonstruktivisme Eksistentialisme

Page 26: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Perenialisme - Perkataan yang berpunca daripada realisme dan berasal

daripada perkataan asas, perennial(tidak berubah).

-Ahli perenialisme , ketelusan merupakan sifat perennial yang mana pendidikan berfokuskan kepada carian dan sebaran ilmu yang tidak berubah-ubah.

Konsep

Secara semulajadi, ciri manusia bersifat sejagat dan tidak berubah-ubah.

Matlamat Pendidikan

Bertujuan untuk mengajar ilmu dan nilai yang bersifat sejagat dan tidak mempunyai had masa.

Tumpuan

Terdiri daripada empat aspek, iaitu jenis kurikulum(bidang kemanusian dan kesusasteraan), peranan guru(penyampai ilmu yang pakar), kaedah mengajar(didaktik) dan peranan murid.(penerima ilmu bersifat pasif).

Page 27: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah Pendidikan Tradisional Barat

Esensialisme - Bermula sebagai satu pergerakan falsafah yang sistematik

dalam bidang pendidikan pada tahun 1930an.

- Berpunca daripada realisme dan idealisme.

- Bersifat praktikal(pengalaman) dan prakmatik

Konsep

Penekanan kepada perkara-perkara asas( apa yang perlu diketahui oleh seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif)

Matlamat pendidikan

Pengajaran maklumat berbentuk fakta

Tumpuan

Empat aspek, kurikulum(kemahiran asas(3M).), Guru(penyampai ilmu yang mahir), kaedah(didaktik), murid(penerima ilmu yang bersifat pasif)

Page 28: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah Pendidikan Moden Barat

Progresivisme -Berkembang daripada pragmatisme(kepercayaan

bahawa kebenaran). - Dipengaruhi oleh pemikir John Dewey (1902,

1910, 1916, 1938)falsafah terkenal.Konsep Manusia berupaya menyesuaikan diri terhadap

perubahan.Matlamat Pendidikan Menghasilkan individu yang sedia menghadapi

perubahan dalam kehidupan seharian.TumpuanEmpat aspek, iaitu kurikulum(kebebasan untuk

memilih mata pelajaran yang ingin dipelajari), Guru(pembimbing dan pengurus), Kaedah( Induktif), murid(mencari ilmu dan bersifat aktif).

Page 29: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah Pendidikan Moden Barat

Rekonstruktivisme -Berpunca daripada progresivisme.

- Mengalakkan supaya untuk membaiki dan membina semula masyarakat.

Konsep

Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.

Matlamat Pendidikan

Mengasaskan corak budaya baru.

Tumpuan

Empat aspek, iaitu kurikulum(bidang sains sosial), Guru(agen perubahan), Kaedah(Berpusat murid), Murid(berani mencuba dan bersifat aktif.

Page 30: Presention GPP1063

INSTIT

UT P

EN

DID

IKA

N G

UR

U M

ALA

YSIA

KEM

EN

TER

IAN

PEN

DID

IKA

N M

ALA

YSIA

Falsafah Pendidikan Moden Barat

Eksistentialisme - Berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia.

- Manusia dianggap sebagai dilahirkan tanpa sebarang tujuan.

Konsep

Manusia bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

Matlamat Pendidikan

Tidak digariskan kerana sekolah dan guru tidak mempunyai hak.

Tumpuan

Empat aspek, iaitu kurikulum(Bidang estetik dan falsafah), Guru(Pemangkin ilmu), Kaedah(Berpusatkan murid dan aktiviti), Murid( Penerima ilmu yang bersifat aktif).

Page 31: Presention GPP1063

Ada Pertanyaan?

Sekian, Terima Kasih.