Presentation Titas[1]

19

Transcript of Presentation Titas[1]

Page 1: Presentation Titas[1]
Page 2: Presentation Titas[1]

Konsep Tamadun IslamTamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa.Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagaibidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk jugasenibina.Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam.Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-HadisIa adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

Page 3: Presentation Titas[1]

Penjelasan tentang tamadun Islam oleh beberapa tokoh :

Ibn Khaldun- pencapaian melebihi keperluan asasi- penghasilan daya cipta- mempunyai nilai estetika

M.A.J. Beg- pencapaian dalam bentuk kata-kata, skrip,

senibina, agama, undang-undang dan politik.Prof Dr Ahmad Shalaby

- peradaban Islam tulen menjadikan Islam sebagai sumber.

- peradaban yang dibangunkan oleh kaum muslimin dalam pelbagai bidang seperti matematik, perubatan dan astrologi.

Page 4: Presentation Titas[1]
Page 5: Presentation Titas[1]

Penjelasan tentang tamadun Islam oleh beberapa tokoh :

Syed Qutb- pencapaian dalam seluruh dimensi kehidupan.- berteraskan syariat Allah.- bercirikan nila-nilai moral Islam.- mengikut acuan Allah.

Said Hawa- Tamadun terbahagi kepada dua

iaitu Islam dan jahiliah.- Tamadun Islam ialah kemajuan yang ditegakkan di

atas kebudayaan Islam.- Tamadun jahiliah tamadun kebendaan tanpa aspek

kerohanian dan moral.

Page 6: Presentation Titas[1]

Tamadun Islam mempunyai beberapa asas

yang penting dalam mewujudkan

pembangunan kebendaan dan kerohanian

umat Islam iaitu

- 1. Asas Keimanan/Akidah

- 2. Asas Akhlak

- 3. Asas Syariat

- 4. Asas ‘Ubudiyah/Ibadah

Page 7: Presentation Titas[1]

Keempat-empat asas ini adalah berperanan

serentak dalam kehidupan umat Islam.

Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu

sama lain.

4 perkara ini menjadi asas keadilan,

semangat kejiranan, toleransi, dan

kebebasan beragama yang menjadi

prasyarat kepada tamadun Islam itu sendiri.

Page 8: Presentation Titas[1]

Pegangan dan kepercayaan yang tidak

berbelah bahagi kepada Allah S.W.T.

Pegangan ini mengandungi erti kebebasan

dan keadilan di kalangan manusia yang tidak

ada beza dari segi keturunan, warna kulit,

bentuk fizikal, dan status di sisi Allah S.W.T.

1. Asas Keimanan/Akidah

Page 9: Presentation Titas[1]

Suatu nilai kepercayaan dan pegangan hidup

yang membentuk dan mengawal masyarakat

Islam dalam membina tamadunnya.

Berlandaskan prinsip ini, umat Islam telah

bersatu dan membina tamadun yang tinggi.

Kegemilangan politik, ekonomi, dan sosial Islam

berlaku pada zaman pemerintahan Nabi

Muhammad s.a.w. yang berasaskan akidah

yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Page 10: Presentation Titas[1]

Akhlak merupakan amalan mulia yang menjadi

teras kepada kekuatan manusia.

Allah S.W.T. telah mengajar manusia supaya

berakhlak tinggi untuk membezakan antara

manusia dengan haiwan.

Nilai akhlak manusia disempurnakan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. menerusi kitab suci al-Quran.

2. Asas Akhlak

Page 11: Presentation Titas[1]

Akhlak mulia akan membentuk

keperibadian manusia yang tinggi untuk

membentuk tamadun manusia yang murni

dan maju dari aspek politik, ekonomi dan

sosial.

Page 12: Presentation Titas[1]

Syariat Islam adalah ajaran Islam yang

membicarakan amalan manusia baik sebagai

makluk ciptaan Allah.

Terkait dengan susunan tertib Syari’at, Al Quran

Surat Al Ahzab ayat 36 mengajarkan bahawa

sekiranya Allah dan RasulNya sudah

memutuskan suatu perkara, maka umat Islam

tidak diperkenankan mengambil ketentuan lain.

3. Asas Syariat

Page 13: Presentation Titas[1]

Perkara yang dihadapi umat Islam dalam menjalani hidup beribadahnya kepada Allah itu dapat disederhanakan dalam dua kategori:

1.Asas Syara’ perkara yang sudah ada dan jelas

ketentuannya dalam Al Quran atau Al Hadits. Sifatnya, pada dasarnya mengikat umat

Islam seluruh dunia dimanapun berada, sejak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w hingga akhir zaman, kecuali dalam keadaan darurat.

Page 14: Presentation Titas[1]

2. Furu’ Syara’ perkara yang tidak ada atau tidak jelas

ketentuannya dalam Al Quran dan Al Hadist. Sifatnya pada dasarnya tidak mengikat

seluruh umat Islam di dunia kecuali diterima Ulil Amri setempat menerima sebagai peraturan atau perundangan yang berlaku dalam wilayah kekuasaanya.

Perkara atau masalah yang masuk dalam furu’ syara’ ini juga disebut sebagai perkara ijtihadiyah.

Page 15: Presentation Titas[1]

Pengertian

Bahasa : pengabdian, ketaatan,

ketundukan

Istilah : setiap perbuatan yang dilakukan

dengan niat kerana Allah, tidak

bertentangan dengan syariat Islam

4. Asas ‘Ubudiyah/Ibadah

Page 16: Presentation Titas[1]

Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. Itulah tujuan asal kehadiran mereka membangunkan muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t. Maka semua aktiviti manusia sama ada yang berupa urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah. Membangunkan muka bumi juga dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.

Page 17: Presentation Titas[1]

Dibahagi kepada dua:

a) Ibadah khusus

Kegiatan yang dilakukan sudah ada batasan-

batasan atau tatacaranya

Contoh – 4 rukun islam

i. Puasa di bulan Ramadhan

ii. Solat 5 waktu

iii.Zakat

iv.Haji

Page 18: Presentation Titas[1]

b) Ibadah umum

Setiap perbuatan yang

diniatkan kerana Allah S.W.T semata-mata

dan tidak bertentangan dengan syariat

Islam

Page 19: Presentation Titas[1]