praktikal 1-sce 3105
-
Upload
jessiee-yeo -
Category
Documents
-
view
174 -
download
6
description
Transcript of praktikal 1-sce 3105
PRAKTIKAL 1: Pengukuran Dalam Kehidupan Seharian
Tujuan : Mengambil dan membandingkan pengukuran dengan menggunakan
jenis alatan yang berbeza.
Teori:
Aktiviti pengukuran sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Kita biasa
menggunakan kuantiti fizik (physical quantity) untuk mengukur. Dalam aspek fizik,
kuantiti fizik didefinisikan sebagai kuantiti yang boleh diukur. Terdapat lima kuantiti
fizikal yang kerap digunakan dalam pengukuran iaitu:
1. Panjang (Length)
2. Jisim (Mass)
3. Masa (Time)
4. Suhu (Temperature)
5. Arus Elektrik (Electric current)
Pengukuran adalah penting untuk mengenalpasti saiz atau berat sesuatu objek
dengan lebih tepat berbanding dengan melalui anggaran semata-mata. Panjang
sesuatu objek boleh diukur dengan menggunakan beberapa alatan seperti pembaris
meter, angkup vernier dan tolok skru micrometer.
Manakala berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan neraca spring / neraca
mampatan. Neraca tiga palang, neraca tuas, neraca elektronik pula boleh digunakan
untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek. Walau bagaimanapun, ukuran yang
tepat 100% tidak pernah diperolehi. Ukuran merupakan nilai perbandingan di antara
suatu objek yang hendak diukur dengan skalapiawai / teori. Semua ukuran
merupakan nilai anggaran sahaja. Oleh itu apabila membuat ukuran kita mestilah
mengetahui kepersisan, kepekaan dan kejituan alat.
Penyataan Masalah:
Manakah alat pengukur yang paling persis dan jitu untuk mengukur panjang dan
jisim?
Hipotesis:
Tolok skru mikrometer dan neraca elektronik adalah alat pengukur yang paling persis
dan jitu untuk mengukur panjang dan jisim.
Alatan dan bahan:
pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer, neraca tiga palang,
electronicbalance, wayar kuprum, pensel, sehelai rambut dan satu sudu teh pasir .
AKTIVITI 1: MENGUKUR PANJANG
PEMBOLEH UBAH :
a) Dimanipulasi :alat pengukur ( pembaris meter, angkup vernier, tolok
skru micrometer)
b) Bergerak balas : nilai bacaan
c) Dimalarkan : diameter pensil, dawai kuprum dan rambut
Prosedur:
1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan
menggunakan pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru mikrometer.
2. Ukuran dilakukan berulang kali.
3. Keputusan ukuran dijadualkan.
Keputusan:
Bahan Pembaris meter,
cm
Angkup vernier,
cm
Tolok skru mikrometer,
mm
1 2 3 Purat
a
1 2 3 Purat
a
1 2 3 Purat
a
Diamete
r
pensil
0.
7
0.
8
0.
7
0.7 0.72
0
0.70
0
0.70
0
0.700 6.7
8
6.7
8
6.7
8
6.78
Diamete
r
dawai
kuprum
0.
1
0.
1
0.
1
0.1 0.02
6
0.02
8
0.02
6
0.027 0.2
2
0.2
2
0.2
2
0.22
Diamete
r sehelai
rambut
0.
1
0.
1
0.
1
0.1 0.00
2
0.00
2
0.00
2
0.002 0.0
1
0.0
1
0.0
1
0.01
Purata (cm) Pembaris meter,
cm
Angkup vernier,
cm
Tolok skru
mikrometer, cm
Diameter
pensil
0.7 0.700 0.678
Diameter
dawai
kuprum
0.1 0.027 0.022
Diameter
sehelai
rambut
0.1 0.002 0.001
AKTIVITI 2: MENYUKAT JISIM
Pemboleh Ubah :
a) Dimanipulasi : Alat pengukur
b) Bergerak balas : Nilai bacaan
c) Dimalarkan : Sebatang pensil dan secamca pasir
Prosedur:
1. Jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir diukur dengan menggunakan
neraca tiga palang neraca elektronik.
2. Proses menyukat diulang.
3. Keputusan sukatan dijadualkan
Keputusan:
Bahan Neraca tiga alur, g Neraca elektronik, g
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
Pensil 3.90 4.00 3.90 3.90 3.9407 3.9407 3.9407 3.9407
Secamca pasir 3.80 3.90 3.80 3.80 3.8537 3.8537 3.8537 3.8537
Perbincangan:
1. Data yang terkumpul daripada eksperimen yang telah dijalankan telah
menunjukkan perbezaan antara titik perpuluhan dan unit. Ini bermakna setiap
alat pengukuran yang digunakan menunjukkan perbezaan dari segi ketepatan
dan kepersisan dalam membaca ukuran.
2. Ketepatan sesebuah alat pengukur bergantung pada skala yang terdapat pada
alat itu.
3. Kepersisan berhubung kait dengan ketepatan. Jadi, tolok-skru micrometer
adalah alat pengukur yang paling tepat kerana ia mempunyai skala yang paling
kecil dan ketepatan yang pasti kerana perbezaan antara bacaan hanya boleh
jadi 0.01mm. Ia adalah bacaan yang sangat kecil.
4. Terdapat beberapa langkah pencegahan yang perlu diambil kira sewaktu
melakukan eksperimen ini. Pertama sekali ialah ralat sifar. Beberapa alat
pengukuran mempunyai ralat sifar positif atau ralat sifar negatif yang boleh
menyebabkan ketidaktentuan dalam nilai. Kita perlu membuat operasi
penambahan atau penolakan untuk mendapatkan nilai yang sebenarnya. Oleh
itu pengiraan sangat diperlukan untuk ralat seperti ini.
5. Ralat paralaks juga merupakan salah satu daripada ralat yang mungkin berlaku
ketika mengambil bacaan ukuran. Jadi kita perlulah memastikanbahawa kita
menggunakan cara yang betul dalam mengambil ukuran. Salah satu cara untuk
mengatasi ralat ini ialah dengan menggunakan kanta tangan ketika mengambil
bacaan dan juga memperbaiki kedudukan mata semasa mengambil bacaan.
6. Dalam aktiviti yang melibatkan neraca palang dan neraca elektronik, neraca
elektronik adalah lebih tepat penggunaannya kerana ia telah diprogramkan dan
menggunakan sistem computer untuk mengelakkan pelbagai faktor luaran.
Bagaimanapun, dalam menggunakan neraca palang, kita masih perlu untuk
mengambil kira faktor luaran seperti angina dan peredaran udara yang mungkin
mempengaruhi bacaan. Oleh itu, untuk mengelakkan dari gangguan luar, kita
perlu menjalankan eksperimen ini dalam keadaan tiada peredaran udara.
Langkah berjaga-jaga :
1. Bidal pada tolok skru mikrometer hendaklah dirapatkan sehingga bunyi klik
pertama terhasil.
2. Garis penglihatan semasa mengambil bacaan, hendaklah berserenjang dengan
skala untuk mengelakkan ralat paralaks.
3. Sebelum menggunakan angkup vernier dan tolok skru mikrometer, rahangnya
perlu dirapatkan terlebih dahulu untuk mencatatkan ralat sifar.
4. Bacaan diambil dengan beberapa bacaan ulangan dan mengira purata bacaan.
Kesimpulan:
Tolok skru mikrometer mempunyai kepersisan dan kejituan yang terbaik dalam
mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai
kepersisan dan kejituan yang paling baik dalam menyukat objek.
SOALAN :
1. Antara ketiga-tiga alat yang digunakan untuk mengukur panjang, yang
manakah lebih persis? Yang manakah paling jitu?
Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat
pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding
pembaris meter dan angkup vernier. Maka,tolok skru mikrometer merupakan alat
pengukur yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah
lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai
nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer
adalah alat penyukat yang paling jitu.
2. Jika seorang pelajar menggunakan pembaris meter untuk mengukur
ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik bagi pelajar tersebut untuk
mendapat catatan pembacaan sebanyak 4.32 cm. Terangkan kenapa?
Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana
kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu
3. Apakah alatan yang anda gunakan untuk mengukur ketebalan sehelai
kertas?
Alatan yang paling sesuai bagi mengukur ketebalan sehelai kertas ialah tolok skru
mikrometer. Hal ini kerana alatan ini mempunyai kepekaan atau nilai skala terkecil
iaitu 0.01 mm. Kepekaan yang tinggi ini menyebabkan bacaan lebih mudah diambil
dan lebih tepat berbanding alatan yang lain.
4. Antara dua alat penyukat yang digunakan untuk menyukat jisim, yang
manakan lebih persis? Yang manakah paling jitu?
Alatan yang lebih persis adalah neraca elektronik. Hal ini kerana ukuran bacaan
yang diambil dengan menggunakan alatan ini adalah konsisten berbanding neraca
tiga palang. Selain itu, alat ini juga lebih jitu kerana nilai ukuran adalah lebih
menghampiri nilai piawai objek.
5. Namakan jenis neraca yang boleh digunakan untuk menyukat jisim dalam
kehidupan seharian?
.Neraca jarum berskala, neraca tuas dan neraca mampatan.
PENGUASAN PENGETAHUAN DAN SOALAN KEMAHIRAN
1. Apakah yang anda pelajari daripada dua aktiviti di atas?
Melalui aktiviti yang dilakukan, saya telah mempelajari kaedah untuk mengambil
ukuran bacaan tepat. Untuk mengelakkan kesilapan, bacaan sebanyak beberapa
kali perlu diambilkan. Tambahan lagi, saya juga mempelajari cara untuk
mengendalikan alatan pengukuran sekiranya terdapat ralat sifar pada alatan
tersebut. Pada akhir aktiviti, saya dapat mengetahui bahawa tolok skru mikrometer
mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu
objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan dalam
menyukat objek.
2. Pada bahagian manakah pada kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini?
Sains Tahun 4 – Ukuran
3. Bincangkan bagaimana anda akan menggunakan praktikal di atas dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran anda?
- Saya akan menerangkan konsep pengukuran serta unitnya kepada murid-murid.
- Seterusnya saya memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat
pengukuran objek dengan menggunakan unit bukan piawai dan diikuti membuat
pengukuran objek dengan menggunakan unit piawai.
- Seterusnya saya akan meminta murid-murid membuat perbandingan antara
pengukuran dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai.
- Murid-murid dikehendaki untuk menyenaraikan alat-alat pengukur yang terdapat di
makmal sains.
- Kemudian, murid-murid dikehendaki untuk melakukan eksperimen untuk mengukur
objek-objek tertentu seperti praktikal di atas.
- Saya akan memantau proses perjalanan eksperimen tersebut supaya murid-murid
mengambil nilai bacaan yang tepat serta dapat mengelakkan ralat paralaks.
4. Apakah peranan guru dalam praktikal ini?
Guru harus mengajar murid-murid tentang kemahiran untuk menggunakan alat-alat
pengukur sebelum melakukan praktikal tersebut. Selepas itu, guru haruslah
memantau murid-murid semasa aktiviti dijalankan. Akhirnya, guru perlu
membincangkan hasil yang dikumpulkan bersama dengan murid. Sekirannya
terdapat sebarang kesalahan, guru harus membetulkan kesalahan murid.
NOTA:
1. Kejituan nilai yang diukur merujuk kepada sejauh mana hampirnya kepada nilai
sebenar.
2. Kepersisan tidak sama dengan kejituan. Jam tangan digital murah yang
mencatatkan masa 9:34:45 pagi boleh dikatakan sangat persis (masa saat
ditunjukkan) tetapi jika perjalanan jam ini lewat beberapa minit maka nilai ini tidak
jitu.
3. Jam bandul mungkin sangat jitu (iaitu ia memaparkan masa yang betul) tetapi jika
jam ini tidak mempunyai tangan kedua, ia tidak persis