Pp pd bm tingkatan 2

9
DRAF PP Bahasa Melayu 28 September 2012 1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN PUSAT CONTOH TUGASAN JANGKA PENDEK

Transcript of Pp pd bm tingkatan 2

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 1

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

MENENGAH RENDAH BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN PUSAT

CONTOH

TUGASAN JANGKA PENDEK

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 2

INSTRUMEN CONTOH PENTAKSIRAN PUSAT TUGASAN JANGKA PENDEK

BAHASA MELAYU

Bahagian A (60 markah)

Berdasarkan bahan grafik di bawah, tulis sebuah karangan tentang kesan-kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan murid. Panjang karangan anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 3

Bahagian B (20 markah) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sajak Persahabatan (Mohd Amran Daud)

Seorang kanak-kanak

berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana.

Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan.

Seorang kanak-kanak bersari bergelang kaki bertindik hidung menguntum seri melihat saja telatah manja si comel berdua, bermain, dan tertawa dirinya bagai digamit bermain bersama mengongsi kemesraan menterjemah makna kejiranan.

Ah, kanak-kanak biar berlainan agama biar berlainan bangsa mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra tanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangka bersatu hati membentuk jati diri ke arah wawasan lebih bererti!

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 4

Soalan Pemahaman Jawab semua soalan berdasarkan sajak di atas. 1. Nyatakan maksud baris sajak membina keakraban tanpa curiga. [2 markah] 2. Senaraikan tiga usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum. [6 markah] 3. Analisis bentuk sajak Persahabatan. [6 markah] 4. Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak. [6 markah]

Bahagian C (20 markah) Soalan Tatabahasa

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.

1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

S u b j e k

P r e d i k a t

[4 markah]

2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

S u b j e k

P r e d i k a t

[4 markah]

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 5

3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka.

S u b j e k

P r e d i k a t

[4 markah]

4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

S u b j e k

P r e d i k a t

[4 markah]

5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

S u b j e k

P r e d i k a t

[4 markah]

Soalan Tamat

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 6

PANDUAN PENSKORAN Bahagian A

Peringkat markah Deskripsi

Cemerlang

45 - 60

- Bahasa baik dan lancar.

- Berupaya menggunakan ayat sendiri

- pemilihan kata tepat

- ayat gramatis

- penanda wacana yang sesuai

- Ejaan dan tanda baca betul.

Baik

30 - 44

- Bahasa masih baik dan masih lancar.

- Masih berupaya menggunakan ayat sendiri.

- pemilihan kata agak terhad

- ayat masih gramatis

- penanda wacana masih sesuai.

- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.

Memuaskan

15 - 29

- Bahasa kurang lancar.

- Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat , ejaan dan tanda baca

atau

- menyalin ayat daripada petikan secara terpilih.

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 7

Penguasaan minimum

01 - 14

- Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah .

- Menyalin ayat secara terus daripada petikan.

Bahagian B (20 markah) 1. Maksud baris sajak ialah

• menjalin hubungan erat tanpa syak wasangka • perpaduan

[ pilih mana-mana satu jawapan maksimum 2 markah]

2. Tiga usaha mewujudkan perpaduan kaum • saling bertegur sapa • ziarah-menziarahi antara jiran • menghormati perayaan dan amalan kaum lain • melalui aktiviti sukan dan riadah • jawapan bersesuaian boleh diterima

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah] 3. Bentuk sajak

• bentuk bebas • jumlah rangkap • jumlah baris setiap rangkap • jumlah perkataan setiap baris • jumlah sukukata setap baris • rima akhir

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 8

4. Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak

• perpaduan • setia kawan • kasih sayang • hormat-menghormati

[ pilih mana-mana tiga jawapan maksimum 6 markah]

Bahagian C Tatabahasa (20 markah)

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tulis bahagian subjek dan predikat ayat tersebut dalam ruang yang disediakan.

1. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi.

Subjek semua pelajar di sekolah itu

Predikat dikehendaki hadir ke majlis perhimpunan pagi

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah jatuh pitam semalam.

Subjek seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan sekolah

Predikat jatuh pitam semalam

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

DRAF

PP Bahasa Melayu

28 September 2012 9

3. Ali dan kawan-kawan rapatnya sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka.

Subjek Ali dan kawan-kawan rapatnya

Predikat sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberkan oleh guru mereka

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

4. Hotel yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna yang cerah.

Subjek hotel yang sedang dalam pembinaan itu

Predikat dicat dengan warna yang cerah

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

5. Kerana hujan lebat, Farid tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku.

Subjek Farid

Predikat tidak dapat ke majlis perasmian pesta buku kerana hujan lebat

[ setiap bahagian 2 markah maksimum 4 markah]

Tamat