PowerPoint Presentationmykamarilmu.weebly.com/uploads/1/9/2/4/… · PPT file · Web view ·...

76
BAB 3 KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

Transcript of PowerPoint Presentationmykamarilmu.weebly.com/uploads/1/9/2/4/… · PPT file · Web view ·...

BAB 3 

KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

Pengenalan Kreativiti Bila kita menyebut tentang kreativiti,

dapatkah anda senaraikan produk-produk di pasaran yang telah mendapat sentuhan kreativiti???

Apakah jenis/kaedah kreativiti yang digunakan?

PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH

1. 2. 3.

4.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN 

  1. Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif, cara membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana kreativiti yang utama.

2.  

2. Mengenal pasti empat halangan kepada kreativiti serta jenis-jenis inovasi yang utama.

3.  

3. Menganalisis mitos-mitos berkaitan inovasi dan menerangkan prinsip-prinsip inovasi.

4.  

4. Mengenali konsep keusahawanan tekno dan usahawan tekno.•  5. Membincangkan prospek bidang sains dan teknologi kepada usahawan.

PENGENALAN

Pengetahuan berkaitan kreativiti dan inovasi harus didedahkan kepada para usahawan/masyarakat untuk mewujudkan negara dan masyarakat yang kreatif.

Penekanan utama haruslah diberikan kepada pembangunan sains dan teknologi serta kemudahan prasarana yang membolehkan seseorang usahawan itu berkreativiti dan berinovasi.

Usahawan yang menekankan aspek teknologi dlm produk yang dihasilkan juga dikenali sebagai usahawan tekno (technopreneur)

KREATIVITI DAN USAHAWAN

Definisi dan Peranan Kreativiti

Kreativiti adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem.

Aspek utama kreativiti adalah proses dan manusia. Proses berorientasikan matlamat serta digunakan untuk

mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Manusia pula adalah sumber yang boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah biasanya sama, tetapi kaedahnya adalah pelbagai.

Contohnya, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk penyelesaian masalah daripada pengalaman lampau, atau mencipta formula baharu.

KREATIVITI DAN USAHAWAN

Proses Kreatif

Proses kreatif biasanya mempunyai empat fasa yang penting. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut:

1. Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang2. Proses inkubasi3. Pengalaman idea4. Penilaian dan pelaksanaan

PROSES KREATIF Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan

atau Latar belakang

Kreativiti memerlukan penyiasatan dan pengumpulan maklumat melalui pembacaan, perbualan dengan rakan niaga, menghadiri mesyuarat, bengkel dan sebagainya.

PROSES KREATIF Fasa 2: Proses Inkubasi

Proses inkubasi berlaku apabila usahawan cuba merehatkan minda mereka daripada proses persediaan di fasa satu. Usahawan akan cuba menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitannya dengan permasalahan perniagaan mereka.

Inkubasi juga boleh berlaku ketika mereka tidur…

PROSES KREATIFSelain itu, usahawan juga boleh terlibat di dalam aktiviti-aktiviti

berikut di dalam proses inkubasi:

Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti rutin yang melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak, mengemas rumah, memandu dan sebagainya. Bersenam dengan kerap. Bersukan seperti bermain golf, memancing, dan bermain badminton dsb. Berfikir dan berangan-angan sebelum tidur. Bermeditasi dan beryoga-(tidak dibenarkan dlm Islam)

PROSES KREATIF Fasa 3: Pengalaman Idea Fasa ini adalah fasa yang paling

menyeronokkan apabila usahawan mula mendapat idea dan jalan penyelesaian masalah. Proses ini juga dikenali sebagai faktor eureka. Idea biasanya datang ketika usahawan melakukan aktiviti-aktiviti inkubasi. Kadangkala, idea datang secara tiba-tiba.

PROSES KREATIFAda beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan

proses pengalaman idea:

Berangan-angan mengenai sesuatu projek. Mempraktikkan hobi. Bekerja di dalam persekitaran yang menenangkan. Tidak terlalu memikirkan masalah. Meletakkan buku nota di sebelah katil untuk mencatatkan idea-idea sebelum atau sesudah bangun dari tidur. Berehat sebentar apabila penat bekerja.

PROSES KREATIF Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan

Fasa ini adalah fasa yang paling mencabar bagi usahawan dan memerlukan disiplin diri, kesabaran serta keyakinan. Di dalam fasa ini, usahawan dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

Meningkatkan tenaga fizikal melalui senaman dan sebagainya Melibatkan diri di dalam proses perancangan perniagaan dan menambah ilmu

pengetahuan berkaitan perniagaan Menguji idea bersama-sama pihak yang mempunyai pengetahuan dan

kepakaran Mempercayai gerak hati dan perasaan anda Mempelajari teknik-teknik jualan Mempelajari polisi organisasi Mendapatkan nasihat orang lain Menganggap masalah yang dihadapi sebagai cabaran.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

Kumpulan Fokus

Kaedah ini mula digunakan sejak tahun 1950an lagi. Kaedah ini menggunakan seorang moderator yang

akan melontarkan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak balas.

Biasanya, kumpulan perbincangan akan dibahagikan kepada 8 - 14 orang peserta.

Setiap kumpulan akan membentangkan pendapat mereka dan kumpulan-kumpulan yang lain akan memberi komen.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

Percambahan FikiranKaedah percambahan fikiran membolehkan individu meningkatkan kreativiti melalui pertemuan dengan individu lain. Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan di mana idea-idea baru akan dijana ke atas produk dan pasaran tertentu. Perlu dijalankan di dalam suasana yang menyeronokkan dan bebas daripada tekanan. Terdapat empat peraturan penting yang harus diingat apabila menggunakan kaedah ini, iaitu:

Tidak membenarkan komen-komen negatif serta kritikan. Kebebasan idea adalah digalakkan. Lebih banyak idea adalah lebih baik. Kombinasi idea adalah digalakkan.

KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF

Analisis Masalah InventoriAnalisis masalah inventori biasanya digunakan oleh individu-individu di dalam kumpulan fokus untuk menjana idea-idea baru. Di samping itu, individu-individu yang mewakili pengguna ini akan menyediakan senarai masalah produk secara umum. Seterusnya, mereka dikehendaki mengenal pasti dan membincangkan produk-produk yang mempunyai masalah-masalah tertentu. Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat dikenal pasti dan seterusnya idea-idea baru berkaitan produk tersebut akan dapat dijana dengan mudah. Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru.

HALANGAN KEPADA KREATIVITI

Lambat Bertindak Kehidupan pada masa sekarang penuh dengan ketidak jangkaan dan memerlukan manusia berfikiran pantas. Teknologi yang sering berubah-ubah memerlukan manusia cepat bertindak serta bersedia mempelajari sesuatu yang baru supaya mereka tidak ketinggalan.

HALANGAN KEPADA KREATIVITI

Pemikiran StereotaipKebanyakan manusia tidak berani melakukan sesuatu yang berbeza dan mengandaikan setiap situasi perlu berlaku di dalam situasi dan kaedah yang sama. Mereka cenderung berfikiran stereotaip dan takutkan perubahan. Menurut Edward de Bono (1970), manusia mesti mengubah pemikiran mereka untuk meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yang sedia berubah sahaja akan dapat menjana idea dan inovasi baru.

HALANGAN KEPADA KREATIVITI Suka Membuat Andaian

Usahawan yang tidak berani menanggung risiko akan cuba membuat keputusan berasaskan kebarangkalian dan andaian.

Usahawan yang terlalu bergantung kepada kebarangkalian akan membuat keputusan tidak berasaskan realiti dan seterusnya menghalang beliau untuk berfikiran kreatif.

Walau bagaimanapun, pemikiran intuitif dan andaian kadangkala perlu digabungkan dengan pemikiran logik untuk membuat keputusan yang lebih tepat.

HALANGAN KEPADA KREATIVITI Takutkan Risiko

Setiap individu akan cuba untuk membuat keputusan dan tindakan yang betul.

Sikap cuba untuk meminimumkan risiko juga akan turut meminimumkan kehendak untuk berinovasi.

Seorang individu yang ingin berinovasi perlu berani mengambil risiko yang telah dihitung dan tidak takutkan kegagalan, kerana kegagalan adalah merupakan pengajaran yang boleh dielakkan di dalam inovasi seterusnya.

PERSEKITARAN YANG KREATIF

Di antara ciri-ciri persekitaran organisasi yang kreatif adalah seperti berikut:

Pihak pengurusan yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pekerja.

Tidak terlalu mengawal pekerja. Saluran komunikasi organisasi yang terbuka. Berkomunikasi dengan individu/kumpulan di luar organisasi. Pekerja yang mempunyai kepelbagaian personaliti. Bersedia menerima perubahan. Seronok bereksperimen dengan idea. Tidak takut menerima kesan daripada kesilapan yang dilakukan. Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit. Menggunakan teknik-teknik penjanaan idea seperti kaedah

percambahan fikiran dan sebagainya. Mempunyai sumber kewangan, pengurusan, sumber manusia dan

masa yang mencukupi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Fikirkan…….Produk apakahyg dapat andadpt hasilkan drpbahan dibawah???

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANAN Definisi Inovasi

Inovasi adalah proses di mana usahawan menukarkan peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan.

PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

Otak Kiri Otak Kanan * Lisan* Analitikal* Abstrak* Rasional* Logikal* Linear

* Bukan lisan* Sintesis* Melihat analogi* Tidak rasional* Mementingkan ruang* Gerak hati* Imaginasi

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANAN Secara ringkasnya, otak kanan membantu

usahawan memahami analogi, berimaginasi dan menggabungkan maklumat.

Otak kiri pula membantu usahawan menganalisis, berkata-kata dan menggunakan rasional di dalam penyelesaian masalah.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANAN Jenis-Jenis Inovasi

a.PenciptaanPenciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain. Contohnya Kapal terbang (Adik beradik Wright), Mentol (Thomas Edison) dan Telefon (Alexander Graham Bell).

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANb. Pengembangan

Pengembangan ialah penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau proses yang sedia wujud. Contohnya McDonald, Telekom Malaysia dan Agensi Pelancongan.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANc. Duplikasi

Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan seratus peratus, tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif usahawan untuk bersaing di dalam pasaran. Contohnya perniagaan secara maya, perisa minuman Pepsi dan batik Malaysia.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANd. Sintesis

Sintesis ialah gabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contoh: Tuku refleksi, kertas bersabun dan mp3 pendrive.

PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

Sumber-Sumber Inovasi

a. Situasi di luar JangkaanInovasi kadangkala terhasil daripada kegagalan usahawan serta tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi sebegini akan memberi kejutan kepada penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur.

PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

b.Ketaksamaan

Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari.

Contoh :FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam. ternyata berjaya memberi inovasi kepada perkhidmatan mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANc. Keperluan Proses

Keperluan proses berlaku apabila usahawan cuba untuk memenuhi permintaan pasaran dan pelanggan. Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak dan trend pelanggan. Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan organik dan penggunaan komputer yang meluas akan turut mengembangkan inovasi makanan kesihatan dan penggunaan pengantara komputer yang lebih moden.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANd. Perubahan Pasaran dan Industri

Perubahan pasaran dan industri berlaku apabila sikap pengguna berubah, teknologi yang bergerak pantas, pertumbuhan industri dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan yang terpaksa bersaing dengan minuman berasaskan kesihatan yang memenuhi keperluan pengguna zaman ini yang lebih mementingkan kesihatan. Maka, lahirlah Light Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah kalori dan sebagainya.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANe. Perubahan Demografi

Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi dapat memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan. Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang mengusahakan pusat penjagaan kanak-kanak.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANf. Perubahan Persepsi

Situasi ini lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah. Secara tidak langsung, permintaan terhadap peralatan senaman ini akan bertambah.

PROSES INOVASI DALAM

KEUSAHAWANANg. Konsep Berasaskan Pengetahuan

Pengetahuan dan kepakaran yang ada pada sesetengah individu adalah asas kepada penciptaan produk. Penciptaan adalah satu bentuk inovasi. Ia adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan adalah daripada pemikiran, kaedah serta pengetahuan yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang dan dijangkakan

Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama organisasi di mana sebarang keputusan berkaitan inovasi adalah tanggungjawab jabatan kajian dan pembangunan yang telah membuat perancangan rapi sebelum inovasi dilaksanakan.

Fakta – Inovasi tidak boleh dijangka dan dirancang kerana ia berlaku tidak kira masa dan buah fikiran untuk berinovasi juga tidak terhad hanya kepada jabatan yang bertanggungjawab kerana idea boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi teknikal perlu diberi keutamaan

Fakta – Persediaan spesifikasi teknikal untuk berinovasi memerlukan jangkamasa yang lama. Oleh yang demikian, usahawan perlu sentiasa mementingkan percubaan dan pengujian terhadap produk yang akan dipasarkan dan tidak terlalu menghabiskan banyak masa dengan penyediaan dokumentasi prosedur dan sebagainya.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada mimpi dan angan-angan

Fakta – Penginovasi adalah individu-individu yang praktikal yang cuba membuat perubahan kepada peluang-peluang yang ada di alam nyata. Mereka bukan sekadar bermimpi dan berangan-angan, tetapi cuba merealisasikan mimpi menjadi kenyataan.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam kumpulan yang besar akan melahirkan inovasi yang baik berbanding kumpulan yang kecil.

Fakta - Mitos di atas adalah kurang tepat kerana pada masa sekarang banyak syarikat besar menggalakkan pekerja-pekerjanya bekerja di dalam kumpulan-kumpulan yang kecil di mana idea lebih senang untuk dijana.

MITOS-MITOS DALAM INOVASI

Mitos 5 – Teknologi adalah penggerak kepada inovasi dan kejayaan syarikat.

Fakta – Teknologi merupakan salah satu sumber kepada inovasi. Pengguna dan pasaran adalah merupakan penggerak inovasi yang utama. Kajian menunjukkan, inovasi berasaskan pasaran dan kehendak pengguna mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya.

PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Berorientasikan tindakanPenginovasi mestilah aktif mencari idea baru, peluang dan sumber inovasi

Memastikan produk, proses serta perkhidmatan yang dihasilkan adalah ringkas dan difahamiPengguna sepatutnya memahami inovasi yang dilakukan ke atas sesuatu produk.

Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan yang berasaskan penggunaPenginovasi perlu mengaitkan pengguna dengan produk yang diinovasikannya supaya konsep dan idea yang dihasilkan dapat diterima oleh pengguna.

Bermula dengan inovasi yang ringkas

PRINSIP-PRINSIP INOVASI

Jangkaan yang tinggiJangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran.

Cuba/uji/ulang semulaInovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang semula. Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan kelemahan di dalam penghasilan produk, proses dan perkhidmatan.

Belajar daripada kesilapanBukan semua inovasi akan menempa kejayaan. Banyak inovasi yang gagal. Namun demikian, kegagalan daripada inovasi yang pertama akan menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.

PRINSIP-PRINSIP INOVASI Ikut jadual yang ditetapkan

Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan. Kadangkala, projek yang dijalankan mungkin lambat atau melepasi jadual. Walau bagaimanpun, jadual tetap penting sebagai aras perancangan dan penilaian projek inovasi.

Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti berinovasiPrinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada individu yang mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti berinovasi juga perlu diberi ganjaran dan penghormatan. Ini bermaksud, pihak pengurusan perlulah bertoleransi serta bersedia menerima kegagalan di dalam inovasi.

Kerja, kerja dan kerjaPrinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan ke semua prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan tindakan dan bukannya semata-mata bergantung kepada kebijaksanaan.

TEKNOUSAHAWANDefinisi Tekno Usahawan

keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan.

Manakala usahawan tekno pula adalah usahawan yang menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan perniagaannya.

TEKNOUSAHAWAN Kerajaan Malaysia dengan bantuan Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) banyak membuka peluang kepada usahawan-usahawan dan memberi galakan kepada usahawan untuk menceburi bidang sains dan teknologi untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh MOSTI adalah Dasar Sains dan Teknologi Kebangsaan yang ke 2 dengan memberi fokus utama kepada perkara-perkara berikut:

TEKNOUSAHAWAN Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam

pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Menggalakkan kerjasama di antara organisasi awam dan industri serta di antara firma tempatan dan firma luar negara di dalam kerjasama teknologi.

Meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri.

Memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di dalam bidang bioteknologi, bahan berteknologi, pengeluaran berteknologi, mikroelektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa, farmasi, teknologi nano dan fotonik (teknologi sains pengcahayaan melibatkan transmisi maklumat melalui cahaya, fiber optik dan teknologi laser).

Bidang Sains dan Teknologi di dalam Keusahawanan

a. Bioteknologi

Biologi membawa maksud kajian sains tentang benda hidup, manakala teknologi adalah penggunaan sains untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bermanfaat untuk manusia. Gabungan biologi dan teknologi menghasilkan bioteknologi yang bermaksud teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidup seperti mikro organisme, haiwan atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia.

Kronologi Bioteknologi Moden

TAHUN PRODUK BIOTEKNOLOGI

1930an Antibiotik penisilin 1960an Teknologi molekul 1970an Teknik kejuruteraan genetik 1980an Hormon insulin manusia 1994an Tomato transgenik lambat masak

1997 Klon binatang pertama-kambing biri-biri (Dolly)

Abad ke 21 Penjujukan DNA genom manusia yang lengkap telah diperoleh.

Bioteknologi Bioteknologi dalam Industri Permakanan

Bioteknologi dapat membantu penghasilan makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Misalnya, penghasilan beras yang mengandungi beta-carotene adalah salah satu sumber vitamin A.

Bioteknologi di dalam Bidang PerubatanBidang perubatan turut mendapat sentuhan bioteknologi. Misalnya, penghasilan insulin melalui teknologi DNA Rekombinan untuk merawat penyakit kencing manis.

Bioteknologi dan Alam SekitarBioteknologi sangat berguna di dalam merawat dan mengawal pencemaran alam sekitar yang terhasil melalui bahan-bahan buangan dan industri yang bertoksik. Kaedah yg digunakan ialah bioremidiasi dengan menggunakan mikro organisma.

BioteknologiBioteknologi dalam Pertanian

1. Pengklonan

Pengklonan melibatkan proses penghasilan anak-anak pokok atau penghasilan haiwan daripada tisu pokok atau haiwan berkenaan yang sama kandungan genetiknya dengan induk, bertujuan untuk menghasilkan jumlah pokok atau haiwan yang lebih banyak.

Bioteknologi2. Kacukan atau Hibrid

Proses hibrid melibatkan pemindahan genetik secara semula jadi daripada dua organisme yang sama untuk menghasilkan anak baru. Contoh tumbuhan transgenik yang menggunakan kaedah bioteknologi adalah:

Buah tomato lambat masak Kacang soya yang menerima gen enzim daripada bakteria Kapas B+ yang mempunyai ketahanan daripada serangan larva

serangga. Betik yang mempunyai ketahanan daripada serangan virus. Beras emas yang menerima enzim penghasilan beta karoten. Kambing polly yang menerima gen manusia untuk membantu pembekuan

darah. Digunakan untuk membantu pesakit hemofilia.

Agro teknologi Agro teknologi merupakan penggunaan teknologi

di dalam pertanian yang berbentuk tanaman, haiwan peliharaan dan tenusu. Di Malaysia amnya, perkembangan dapat dilihat dalam agro teknologi, misalnya di dalam penghasilan padi yang dahulunya hanya ditanam dua kali setahun, tetapi dengan penyelidikan dan teknologi terkini, penanaman padi telah dapat ditingkatkan kepada tiga atau empat kali setahun dengan benih padi yang lebih baik dan bermutu.

Agro teknologi Teknologi Nuklear dalam Pertanian

Bidang pertanian menggunakan teknologi nuklear dalam menghasilkan kepelbagaian baka baru yang lebih berkualiti melalui proses radiasi bagi menghasilkan tumbuhan mutan yang lebih hasil.

Teknologi nuklear juga telah digunakan untuk mengenal pasti kandungan sisa racun serangga dan dalam industri asas tani untuk pemprosesan makanan.

samb: teknologi nuklear

Pihak yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan di dalam teknologi ini ialah : Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT).

Cth tanaman mutan ialah pisang padi, kacang tanah dan tanaman hiasan.

Lumbu klon juga boleh menggunakan teknik nuklear.

Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat

Bagaimana Telekomunikasi Bermula di Malaysia? Pada tahun 1870an, peralatan telegraf telah

diperkenalkan sebagai salah satu alat komunikasi. Telegraf digunakan bertujuan untuk membolehkan pegawai-pegawai British berkomunikasi dengan dunia luar. Alat ini telah telah diperkenalkan dan dipatenkan oleh Samuel Morse.

Seterusnya, telegraf telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1874 dan dipasang buat kali pertama di kediaman residen British di Perak.

Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat

Teknologi Komputer di Malaysia

Teknologi komputer mula dicipta oleh J. Presper Ecker Jr. dan John W. Mauchly. Teknologi komputer elektronik pada ketika itu bersaiz besar menyamai saiz sebuah bilik. Tetapi kini, komputer telah dibangunkan dengan teknologi perisian dan cip. Melalui teknologi komputer, banyak permasalahan manusia dapat diselesaikan. Penubuhan MSC telah mencetus pelbagai kemajuan seperti penubuhan Bandar Cyberjaya pada tahun 1999 sebagai sebuah Bandar pintar.

Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat

Manfaat kepada Usahawan

i) kepada bidang kesihatan apabila telekesihatan mula diperkenalkan.ii) Perniagaan - Usahawan juga mendapat peluang-peluang perniagaan melalui teknologi perisian dan perkakasan serta dapat memberi peluang pekerjaan kepada 40,000 penduduk. Malaysia juga telah dapat mengeksport produk ICT berupa cip komputer yang bernilai RM1.5 bilion. Banyak syarikat yang telah mendapat status MSC dan telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM7.21 bilion pada tahun 2004.

Automotif

Sektor automotif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia.Sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara adalah besar, serta berkaitrapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Initurut menyebabkan perkembangan industri komponen automotif yang seiring.

MODENAS – AUGUST 1995.

Automotif

Sektor Automotif di Malaysia

Pada masa ini, sektor automotif di Malaysia terdiri daripada beberapa pihak terbabit yang merentasi keseluruhan rantaian nilai sektor ini. Terdapat empat pembuat kenderaan penumpang dan komersial termasuk Proton dan Perodua. Berdasarkan rekod prestasi perkembangan dan kestabilannya selama ini,sektor automotif di Malaysia mempunyai potensi yang besar untukberkembang pada masa hadapan.

Automotif

Program Pembangunan Vendor

Program Pembangunan Vendor (PPV) yang telah dilancarkan pada tahun 1988 yang bermatlamat membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) sebagai vendor yang menjadi pengilang dan pembekal komponen serta perkhidmatan kepada syarikat besar tempatan dan syarikat multinasional (MNCs) dengan kerjasama bank dan institusi kewangan.

Aeroangkasa Penglibatan Malaysia sebagai pengguna teknologi

angkasa bermula dengan pembinaan stesen bumi satelit yang pertama pada penghujung tahun 60-an yang dikendalikan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia. Pada tahun 1995, program mikrosatelit kebangsaan, TiungSAT-1, telah dilancarkan dengan rasminya. Program ini merupakan langkah penting bagi Malaysia berpindah daripada pengguna kepada pengeluar teknologi angkasa sebagai satu bidang strategik negara.

Kejayaan Usahawan dlm Aeroangkasa

Penggabungan Boeing & McDonnell Douglas / Penggabungan syarikat aeroangkasa & pertahan Eropah membawa penubuhan European Aeronautic Defence and Space Company).

Perkongsian Bestari – pembelian luar disalurkan kepada syarikat aeroangkasa Asia kerana kos pengeluaran & buruh yg rendah.

Samb…… MAS telah membuat perkongsian dengan British &

Singapore. AIROD telah berkembang maju sebagai unit dalam

Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM). Subang International Aerospace Park (SIAP) dan

Composite Tech City di Batu Berendam Melaka menggalakkan lagi pembangunan aeroangkasa di Malaysia.

Majlis Industri Pertahanan Malaysia bagi memantapkan industri pertahanan (udara dan aeroangkasa Malaysia).

Geran IRPA (Intensified Research in Priority Areas) di peruntukan bagi menggalakan penyelidikan dalam bidang ini.

Aeroangkasa Usahawan dan Industri Aeroangkasa

Kebelakangan ini, beberapa syarikat Malaysia sama ada di peringkat awal menubuhkan syarikat usaha sama bagi pembuatan bahagian dan komponen bagi kontraktor utama ataupun telah sedia menyerahkan beberapa set bahagian-bahagian yang dibuat di Malaysia bagi kontraktor-kontraktor utama. Oleh itu, industri aeroangkasa Malaysia sememangnya tidak asing lagi dengan pendekatan perkongsian bestari, malahan boleh berbangga menjadi antara yang pertama melaksanakan pendekatan tersebut di negara ini.

Rancangan Malaysia ke 9

Dasar Bioteknologi Negara (DBN) Teras 1 – Pembangunan bioteknologi pertanian Teras 2 – Pembangunan bioteknologi kesihatan Teras 3 – Pembangunan bioteknologi industri Teras 4 – Pemerolehan R&D dan teknologi Teras 5 – Pembangunan modal insan Teras 6 – Pembangunan infrastruktur kewangan Teras 7 – Pembangunan rangka kerja kawal selia Teras 8 – Pemposisian strategik Teras 9 – Komitmen kerajaan

FASA DASAR BIOTEKNOLOGI

NEGARA Fasa 1 (2005 – 2010)

Penubuhan majlis penasihat dan perlaksanaan penasihat. Penubuhan Malaysian Biotech Corp. Pendidikan dan latihan kepada pekerja Pembangunan perundangan dan rangka kerja Perlindungan

Harta Intelektual Pembangunan perniagaan melalui program accelatarot Membina penjenamaan Malaysia Pencipataan kerja dan industri dalam bioteknologi pertanian,

bioteknologi kesihatan dan bioinformatik.

Fasa 2 (2011-2015) Membentuk pakar dalam penemuan daha dan

pembangunan berasaskan sumber asli. Pembangunan produk asli. Pakatan teknologi Kenal pasti promosi pelaburan Kenal pasti syarikat-syarikat spinning-off Mengukuhkan penjenamaan Membina keupayaan dalam perlesenan teknologi. Penciptaan kerja intensif-pengetahuan.

Fasa 3 (2016 – 2020) Kukuhkan kekuatan dan keupayaan dalam

pembangunan teknologi. Pembangunan berterusan untuk pakar dan

kekuatan dalam penemuan dan pembangunan.

Mengukuhkan inovasi dan perlesenan teknologi.

Promosi syarikat-syarikat global Malaysia.

BIONEXUS DI MALAYSIA

BioNexus Malaysia adalah satu jaringan kepada pusat kecemerlangan melalui negara, syarikat dan institusi yang mempunyai pengkhususan dalam sub-sektor bioteknologi. Permulaan jaringan ini boleh dilihat melalui kemudahan-kemudahan, infrastruktur dan modal insan yang sedia ada di sesetengah univeristi, pusat penyelidikan dan pusat perdagangan.

terdapat tiga pusat kecemerlangan yang akan dibangunkan sebagai sebahagian daripada Bionexus: Pusat Kecemerlangan untuk Bioteknologi

Pertanian yang memfokuskan kepada MARDI dan Universiti Putra Malaysia di Serdang.

Pusat Kecemerlangan untuk Biologi Genomik dan Molekular yang akan ditumpukan di Universiti Kebangsaaan Malaysia di Bangi.

Pusat Kecemerlangan untuk Farmakutikal dan Nutrakutikal yang akan dibina di tapak BioValley, berhampiran Dengkil.

Contoh syarikat-syarikat yang mendapat pengiktirafan BioNexus. Ar-Raudhah Bio-Tech Farm Sdn. Bhd. Asia Pacific Special Nutrients Sdn. Bhd. Bio Molecular Industries Sdn Bhd. BioFact Life Sdn Bhd. Biovic Sdn Bhd. Chakra Biotech Sdn Bhd. First Base Laboratories Sdn Bhd. Granulab (M) Sdn Bhd. Holista Biotech Sdn Bhd. IPT Kosmo Biotechnology Sdn Bhd. KL Biotech Manufacturing Sdn Bhd. Malaysian Agri Hi-Tech Sdn Bhd. Nova Laboratories Sdn Bhd. Olipro Biotechnology Sdn Bhd. Power Biotechnology Sdn Bhd. Profound Vaccine Sdn Bhd. Stemlife Bhd. Stevian Biotechnology Corporation Sdn Bhd. TSH Biotech Sdn Bhd. Vivantis Technology Sdn Bhd

Institut Pelaksana & Peruntukan

Majlis Pelaksanaan Bioteknologi akan menentukan hala tuju keseluruhan dasar, mengawasi pelaksanaan inisiatif bioteknologi negara dan menyediakan forum bagi memastikan penyelarasan antara kementerian.

MOSTI. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan dan kementerian Industri Perladangan dan Komoditi akan membantu pembangunan bidang terpilih dalam bioteknologi pertanian, bioteknologi industri dan bioteknologi penjagaan kesihatan.

Peruntukan……. Peruntukan sebanyak RM 2.0 bilion akan

disediakan untuk pembangunan bioteknologi. Daripada jumlah ini, 45.9 peratus akan disediakan untuk pembangunan infrastruktur fizikal, manakala baki sebanyak 54.1 peratus akan diperuntukan kepada pembangunan soft infrasctructure termasuk R &D dan pengkomersilan serta program pembangunan perniagaan.

TOKOH-TOKOH TERKENAL DALAM BIDANG USAHAWAN

TEKNO MALAYSIA a. Datuk Iskandar Mizal Mahmood (Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia

Biotechnology Corporation)b. Goh Cheh Yak (Pengasas Gintell (M)

Sdn. Bhd.) c. Profesor Dato’ Dr Norbik Bashah Idris

( Pengasas SCAN Associates )d. Tan Sri Dato’ Profesor Dr. Lim Kok Wing (Pengasas The Lim Kok Wing University College of Creative Technology)

KESIMPULAN Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah

dinamik dan usahawan terpaksa berhadapan dengan perubahan teknologi yang begitu pantas. Usahawan perlu menghadapi cabaran-cabaran ini untuk menangani ekonomi moden. Globalisasi, kemajuan internet, era maklumat turut memberi cabaran kepada usahawan di dalam persaingan pasaran. Persaingan yang ada membuatkan usahawan perlu mempunyai kreativiti dan berinovasi bagi menyesuaikan diri dengan pantas kepada perubahan pasaran.