Power Point Kebudayaan Dong Sun dan Sah Hyun
-
Upload
farah-farhana -
Category
Education
-
view
842 -
download
6
Transcript of Power Point Kebudayaan Dong Sun dan Sah Hyun
SOALAN 6TAJUK : Nilaikan pencapaian kebudayaan berikut di Asia
Tenggara :
a) Kebudayaan Dongson
b) Kebudayaan Sa-Huynh
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN :Muhammad Firdaus Bin Omar
Farah Farhana Tasya Binti Ahmad BakriEffaliza Binti Jarin
Muhammad Ilham Bin Azahar
• Definisi zaman prasejarah• Zaman prasejarah mempunyai 4 bahagian iaitu :
1) Zaman paleolitik2) Zaman mesolitik3) zaman neolitik4) Zaman logam
• Pengenalan kepada kebudayaan Dongsun di Asia Tenggara
• Pengenalan kepada kebudayaan Sah hyun di Asia Tenggara
PENGENALAN
Terletak di wilayah Thanh Hoa, utara Vietnam. Berkembang pada abad ke-5 hingga abab ke-2
SM. Leong Sau Heng (1989) :
kebudayaan ini bermula di Vietnam pada tahun 1924 berdasarkan tapak utamanya di Sungai Song Ma berdekatan kampung Dongson, utara Vietnam.
Sejarah awal kebudayaan Dongson
Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara (AT)
kira-kira 3000 – 2000 SM. Masyarakat dari Dongson berhijrah ke
Indonesia lalu membawa kebudayaan ini. Payot (1924) :
menjalankan pengalian di sebuah perkuburan Dongson dan menemui pelbagai peralatan seperti gendang bejana, hujung tombak, kapak dan gelang-gelang.
Penyebaran Kebudayaan Dongson di Asia Tenggara
Banyak peralatan gangsa yang mempunyai pertalian dengan kebudayaan Dongson dari segi bentuk dan pola hiasannya.
Heger jenis 1 yang tersebar di Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Sunda, Indonesia.
Menurut Loewenstein (1956) : ada 6 gendang Heger di Tanah Melayu
seperti di Klang, Batu Pasir Garam, dan Tembeling yang berusia kira-kira abad ke-2 SM.
Terdapat 56 gendang yang berasal dari
Kepulauan Sunda seperti Jawa dan Sumatera. Contoh :
Indonesia – gendang Makalamau yang berasal daripada kepulauan Sangeang berhampiran Sumbawa yang berkemungkinan daripada Dinasti Han.
Kepercayaan : Kehidupan selepas mati.
Telah pun mempercayai wujudnya kehidupan selepas mati.
Pengebumian mayat disertakan sekali kapak gangsa, mata lembing dan pisau.
Lukisan kapal pada gendang Heger 1 turut menunjukkan gambar perahu yang membawa jiwa ke
dunia akhirat.
Pencapaian Kebudayaan Dongson
Permujaan roh nenek moyang :Tujuannya untuk menghormati roh nenek
moyangnyaPaluan gendang bertujuan untuk pemanggilan
pulang roh nenek moyang mereka
Menaikkan semangat pahlawan seperti yang terdapat pada corak gendang Co La
Ritual untuk memanggil hujan untuk mengelakkan banjir dan bencana.
.
Kesenian dan Perhiasan :Terdapat pada peralatan gangsa seperti
gendang.Imej yang bermotifkan naturalistik, zoomorfik
dan geometriNaturalistik - corak yang bermotifkan haiwan
dan manusia.Zoomorfik - satu bulatan yang dikelilingi tagen,
pola duri dan mata gergajiGeometri - corak yang bermotifkan bentuk
seperti bulatan, garisan lurus dan sebagainya.Contoh :
Gendang Heger 1, terdapat corak garis-garis lurus dan mempunyai gambar haiwan, manusia dan bentuk-bentuk geometri.
Gendang Heger 1 ini juga merupakan peralatan
muzik, terdapat gambaran kehidupan seharian masyarakat ketika itu dan gambaran peperangan haiwan dan burung.
Status masyarakat :
Ketua – ChiefdomIndividu yang ada gendang dianggap golongan
berkuasa dan kaya.Wujud kerajaan seperti kerajaan Co Loa,
kawasan delta Sungai Merah.Kerajaan ini dikelilingi parit besar yang
berukuran 2000 kali ganda daripada perkampungan Neolitik di Phong Nguyen dan berperanan juga sebagai benteng pertahanan.
Gendang-gendang yang ditemui di Malaysia dan di
Pulau Sunda (Sumatera, Jawa, Bali dan Sunda Kecil) adalah untuk dihadiahkan oleh penguasa politik dan agama di Vietnam kepada para penguasa tempatan setempat.
Ini melambangkan status, kekuasaan dan martabat raja
Pembuatan Alat Gangsa :
Untuk menghasilkan peralatan gangsa seperti gendang, pisau, mata tombak, loceng, bejana, kapak
dan sebagainya.Bernet Kempers memberi gambaran cara-cara
penghasilan gendang Heger 1 yang dicetak secara utuh.
Proses yang digambarkan oleh Bernet iaitu :1) Lembaran lilin ditampal pada inti tanah liat
yang menyerupai bentuk gendang dan berfungsi sebagai cetakan
bahagian dalam gendang.2) Cap-cap daripada tanah liat atau batu
disertakan bagi menunjukkan hiasan perahu dan iringan- iringan manusia.
3) Lukisan atau gurisan gambar untuk menambahkan hiasan naturalistik seperti gambar rumah.
4) Lembaran lilin ditutup dengan tanah liat yang berfungsi sebagai cetakan pada
bahagian luar dan dipakukan sebagai penjaga jarak untuk memampatkan cetakan pada bahagian luar dan dalam
5) Akhir sekali, tanah liat dibakar sehingga lilin
terkeluar dan ruang-ruang yang ditinggalkan disi dengan cairan logam. Terdapat juga cetakan jenis cire perdue atau lilin
hilang. Jenis ini masih lagi digunakan di Madalay, Burma
untuk mencetak patung-patung Buddha di kuil dan miniatur gendang
Kebudayaan Sa-Huynh merupakan sebuah
nama yang merujuk pada sebuah tapak arkeologi gerabah (tembikar) di Vietnam .
Kebudayaan Sa Huynh dianggarkan berlangsung pada sekitar tahun 600 SM-1 M.
Kebudayaan Sa Huynh diketahui melalui penemuan kubur tempayan
SAH-HYUNH
Pendukung kebudayaan ini ada
golongan austranesia Penguburan tersebut adalah adat
kebiasan yang dibawa oleh orang-orang Cham ke kepulauan Indonesia
Pada dasarnya kebudayaan Sah Hyunh merupakan kebudayaan yang hampir sama dengan Kebudayaan Dongson
Budaya Sa-Huynh mengembangkan pengaruh
tradisi gerabahnya di Kalanay , sah hyunh, niah Ragam hias Sa-Huynh juga turut ditemui di
kawasan Thailand, Taiwan, Filipina dan Indonesia.
Hal ini mampu membuktikan bahawa wujudnya hubungan dagang antara penduduk Sa-Huynh dan negara jirannya di Asia Tenggara.
Terdapat dua cara penyebarannya iaitu dengan melalui jalur darat dan melalui jalur laut.
PERKEMBANGAN
Sebagai bukti Sa Hyunh menetap di sepanjang sungai
Vietnam Tengah hingga ke selatan di kawasan Delta Mekong.
Terdapat penemuan kubur tempayan di Selatan vietnam iaitu di Hong Gon, Phu hoa dan juga Going Ca Vo.
Di tapak Going Ca Vo di kota ho chi Minh di temui 18 anting-anting berkepala haiwan yang di perbuat daripada kaca dalam kubur tempayan yang di perbuat daripada kaca.
Budaya Sa hyunh di Vietnam
Di pengaruhi tembikar Sa hyunh
kalany(Filipina)
Cara penyebaran melalui Jalan Darat : Muang Thai Dan Malaysia ke
kepulauan Indon Jalan Laut : menyeberangi Laut terus ke
kepulauan Indonesia Penemuan tembikar di Anyer (banten),
Palawangan dekat rembang (jawa Tengah)
Sa hyunh Di Indonesia
Budaya Sa-Huynh mengembangkan pengaruh tradisi
tembikar di Kalanay (Filipina).
Menurut W.G. Solheim menyebut tembikar ini di beri nama budaya Sa-Huynh-Kalanay. Budaya ini berkembang sekitar 750-200 sebelum Masehi.
Terdapat penemuan tembikar kubur yang di jumpai di filipina yang berciri-ciri hiasan garis dan bidang-bidang yang di isi dengan tera tepian kerang.
Sa Hyun Di Filipina
Kebudayaan Sah hyunh mempunyai keahlian
yang sangat tinggi dalam bidang kerajinan, terutama gerabah.
masyarakat Sah hyun sudah berkembang kehadapan berbanding kebudayaan Dongson
pada masa tersebut kebudayaan sah hyun sudah pandai menggunakan besi di mana masyarakat dongson masih menggunakan perunggu.
ALATAN
Teknologi pembuatan alat-alat dari besi
di wilayah Sa Huynh diperkirakan berasal dari China
terdapat beberapa alatan yang berjaya ditemui merangkumi pelbagai alat yang bertangkai corong, seperti spade, tembilang, dan kapak
Ada pula yang tidak mempunyai corong, seperti sabit, pisau bertangkai, kumparan tenun, cincin dan gelang berbetuk lingkaran.
Penyebaran gendang Dongson di
negara ini hanya berlaku dalam penyebaran objek sahaja dan bukannya penyebaran kebudayaan masyarakat asalnya iaitu di Vietnam manakala kebudayaan Sa-Huynh merupakan sebuah nama yang merujuk pada sebuah tapak arkeologi gerabah (tembikar) di Vietnam .
KESIMPULAN
Sebagai contoh, gendang yang digunakan dan
dijumpai di kawasan Asia Tenggara serta di Tanah Melayu bukannya dibuat atau dihasilkan oleh masyarkat di kawasan itu namun gendang tersebut diperoleh hasil daripada pemberian hadiah dan perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat zaman itu manakala Sa Hyunh membuat sendiri alatan logam seperti spade, tembilang dan kapak.
Tanggapan umum bagi kebudayaan Dongson
telah tersebar dan diamalkan bagi kebanyakan kawasan di Asia Tenggara sukar untuk kenalpasti secara khusus berdasarkan penemuan artifak gendang gangsa dari jenis Heger 1. Penyebaran objek gangsa bukanlah disebabkan berlakunya diffusi budaya iaitu tersebarnya kebudayaan dari tanah besar Asia Tenggara ke rantau ini. Tetapi lebih diyakini sebagai petunjuk tentang adanya hubungan dagangan di antara gugusan Nusantara dengan tanah besar Asia Tenggara.