portfolio

download portfolio

of 32

description

seni kanak2

Transcript of portfolio

HBAE 1103

PendahuluanPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu. Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.Definisi PortfolioPortfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagaijenis dokumen, sketsa penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang dalam satu atau lebih bidang pelajaran.

Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri-ciri tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasadalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara sistematikdengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Kepentingan Portfolio

1. Memberi peluang pelajar mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.2. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.3. Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.Portofolio berfungsi untuk mengetahui perkembangan pengetahuan murid dan kemampuan dalam mata pelajaran kimia serta pertumbuhan kemampuan murid. Portofolio bukan hanya merupakan tempat untuk penyimpanan hasil pekerjaan murid tetapi merupakan sumber informasi untuk guru dan murid. Portofolio dapat memberikan bahan tindak lanjut dari suatu pekerjaaan yang telah dilakukan murid sehingga guru dan murid berkesempatan untuk mengembangkan kemampuannya.

Portofolio dapat berfungsi sebagai alat untuk melihat perkembangan tanggung jawab murid dalam belajar, perluasan dimensi belajar, pembaharuan kembali proses belajar mengajar dan pengembangan pandangan murid dalam belajar. Portofolio dapat digunakan sebagai alat pengajaran juga sebagai alat penilaian. Asesmen portofolio mengharuskan murid untuk mengkoleksi dan menunjukan hasil kerja mereka. Dalam hal ini asesmen portofolio dapat dianggap sebagai salah satu alat untuk menilai secara otentik. Dalam penilaian portofolio murid memiliki kesempatan yang lebih banyak untuk menilai diri sendiri dari masa ke masa. Asesmen portofolio dapat digunakan sebagai alat formatif dan sumatif. Asesmen portofolio sebagai alat formatif digunakan untuk memantau kemajuan murid dari hari ke hari dan untuk mendorong peserta didik dalam merefleksikan pembelajaran mereka sendiri. Portofolio seperti ini difokuskan pada proses perkembangan murid dan digunakan untuk tujuan formatif dan diagnostik. Asesmen portofolio digunakan juga untuk tujuan penilaian sumatif pada akhir semester atau pada akhir tahun pelajaran. Hasil asesmen portofolio sebagai alat sumatif ini dapat digunakan untuk mengisi angka murid yang menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran kimia. Selain itu, tujuan penilaian dengan menggunakan portofolio adalah untuk memberikan informasi kepada ibu bapa tentang perkembangan murid secara lengkap dengan dukungan data dan dokumen yang tepat.Portofolio sangat bermanfaat baik bagi guru mahupun siswa dalam melakukan penilaian proses. Portofolio dapat berisikan laporan kegiatan praktikum yang diikuti siswa, tugas-tugas proyek, tugas-tugas individu atau kelompok dan lain-lain. Fungsi assesmen portofolio menurut Berenson dan Carter antara lain sebagai berikut:Mendokumentasikan kemajuan siswa dalam kurun waktu tertentu. Menurut Erman (2003) manfaat portofolio akan memupuk kebiasaan siswa dalam bertindak cermat melalui pengumpulan bukti hasil kerja dan karangannya serta akan tergugah kesadarannya bagaimana seharusnya belajar yang benar sesuai dengan konsep belajar secara simultan akan terakomodasi. Fungsi portofolio menurut mata pelajaran tertentu serta pertumbuhan peserta didik. Asesmen portofolio dapat digunakan untuk berbagai keperluan, diantaranya:Mendokumentasikan kemajuan siswa dalam kurun waktu tertentu.Mengetahui bagian-bagian yang perlu diperbaiki.Membangkitkan kepercayaan diri dan motivasi untuk belajar.Mendorong tanggung jawab siswa untuk belajar.

Langkah membuat portfolioLangkah Penyediaan PortfolioLangkah 1: Menentukan tujuan portfolio.Portfolio adalah satu cara untuk meningkatkan kesahihan penilaian pelajar iaitu:Kemajuan pelajar secara keseluruhanMenyampaikan apa yang telah dipelajari kepada ibu bapaMemindahkan maklumat kepada guru-guruMenilai sejauh mana sesuatu yang telah diajarMenunjukkan apa yang telah dicapaiMemberikan gred kursusLangkah 2: Mengenal pasti kemahiran kognitif dantabiat.Ia boleh mengukur pertumbuhan dan pembangunan kecekapan dalam bidang-bidang seperti pembinaan pengetahuan, strategi kognitif, kemahiran prosedur dan metakognisi.Langkah 3: Menentukan siapakah yangakan merancang portfolio.Menentukan perancangan portfolio adalah untuk kegunaan semua pihak iaitu para guru,pelajar dan ibu bapa mereka. Ia melibatkan penglibatan ibu bapa dengan memberi penjelasanpenilaian portfolio dan juga meminta agar ibu bapa dan pelajar membincangkan matlamatdan kandungan portfolio tersebutLangkah 4: Menentukan produk yang dimasukkan ke dalam portfolio dan berapabanyak sampel bagi setiap produk.Cara terbaik dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mengukur apa yang telah anda ajaradalah untuk mengkategorikan produk yang sesuai dengan tujuan pengajaran anda dan hasilkognitif yang boleh dicapai serta membenarkan pelajar dan ibu bapa untuk memilih sampelbagi setiap kategoriLangkah 5: Membangunkan atau membinarubrik portfolio.Langkah ini adalah untuk memutuskan persembahan portfolio yang manakah dalam kategoriyang baik, sederhana dan lemah. Untuk hasil pembelajaran kognitif dalam setiap kategorikandungan portfolio, senaraikan sifat asas atau perwatakan yang difikirkan penting.Kemudian bina kadar skala untuk menerangkan kadar prestasi pelajar yang berlaku untuksetiap sifaLangkah 6: Membangunkan porfolio mengikut prosedur.Untuk setiap kategori yang dimasukkan dalam portfolio, pelajar akan menerima skor untuksetiap draf danhasil terakhir. Guru akanmemutuskan bagaimana untuk agregat skor inikedalam skor akhir atau gred bagi setiapkandungan portfolio secara keseluruhan.Langkah 7: Menentukan logistik.Tempoh masa di mana para pelajar dan ibu bapa mereka perlu tahu tarikh sebenar bagi setiappenilaian. Ini akan memperkukuhkan lagi minda pelajar anda dan memberi satu definisitentang hubungan antara pengajaran anda dan apa yang perlukan dalam sesuatu portfolio.Antara yang diambil kira ialah:Menentukan bagaimana, bila dan di mana anda mahu pelajar anda untukmenghasilkan produk mereka sama ada dibuat pada awal kelas atau di akhir kelasiaitu di akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tempat untukpenyimpanan semua hasil kerja (portfolio) pelajar juga perlu diambil kira sama adauntuk menyimpannya di dalam almari berkunci ataupun tidak atau disimpan oleh parapelajar itu sendiri.Menentukan di mana sesuatu produk akhir itu akan disimpan sama ada untukdisimpan oleh para pelajar itu sendiri mahupun disimpan oleh guru-guru di sekolah.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan kemudahan untuk mencari apabiladiperlukan kelak.Menentukan siapakah yang mempunyai akses untuk melihat kepada portfolio yangdilaksanakan itu sama ada pelajar-pelajar itu sendiri, pelajar-pelajar lain, ibubapa,guru-guru atau pentadbir semasa.Merancang satu perjumpaan akhir dengan para pelajar sama ada secara individu ataujugabersama-samadenganibubapamasing-masing.Iabertujuanuntukmembincangkan tentang portfolio berkenaan dan memberi komen tentangpembangunan dan pencapaian akhir pelajar.Elemen-elemen ini penting dalam proses pembangunan portfolio itu sendiri. Kesimpulannya,pelbagai perkara perlu diambil kira dalam memastikan proses pembangunan portfolio ini berjalan dengan sempurna dan terancang

Karya Hasil

Sinopsis

Tajuk karya hasil saya adalah Suasana Senja di Pantai. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah tenangnya ombak memukul pantai bagai duri tersembunyi, biarpun tenang memukul pantai tetapi dalam sedar atau tidak ianya menghakis pasir dipantai. Suasananya langit terang menanti gelap. Betapa indahnya pandangan mata yang sentiasa menyinari kegelapan. Sekiranya mata itu buta sudah pasti malap seluruh kehidupan. Mata itu umpama matahari. Sepohon pokok kelapa berdiri teguh seolah-olah melihat akan terbenamnya matahari. Begitu lama ianya menanti semakin panjang bayangnya. dan semakin panjang banyang-bayangnya semakin menghilang. Walau bagaimanapun, ada beberapa kapal layar adalah umpama harapan untuk menjayakan diri-sendiri.

Langkah-langkah Menghasilkan Karya

Pada mulanya, saya menghasilkan lakaran. Untuk permukaan langit yang luas, saya menggunakan teknik catan iaitu, teknik basah atas kering untuk melukis langit dan laut. Cara ini juga digunakan untuk menerangkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih terang warna yang sedia ada seperti langit menggunakan warna kuning dan laut dengan menggunakan warna biru.

Selepas itu, saya mewarna daun pokok kelapa dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya. Gunakan crayon untuk mewarnakan perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap. Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Gunakan crayon untuk mewarnakan perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.

Kemudian, saya menggunakan teknik percikan iaitu menggunakan warna coklat dipercik dari air untuk menghasilkan pasir. Saya juga menggunakan teknik kolaj iaitu melekatkan pasir dengan gam di tepi pantai.

Selain itu, saya menggunakan taknik montaj iaitu melekatkan gambar-gambar kapak layar pada pemukaan laut untuk menimbulkan mesej pengajaran alam sekitar.

Proses Apreasiasi Seni

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.

Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.

Lukisan Mohd Hoessein Enas - Gadis Korea

Pelukis:Mohd Hoessein Enas

Tajuk :Gadis Korea

Tahun:1963

Media:Cat Minyak

Karya di atas merupakan karya yang dihasilkan oleh Mohd Hoessein Enas dengan menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema utama. Penghasilan karya ini telah menggambarkan seorang wanita cantik yang sedang duduk di atas sebuah kerusi.

Menggambar Berdasarkan model proses apresiasi yang dikemukaan oleh oleh Felamn dan Smith (1967), pelbagai teknik telah dihasilkan dalam karya ini. Antaranya garisan. Garisan condong yang digunakan dalam lukisan ini turut menghasilkan lukisan yang kelihatan seolah-olah 3 dimensi. Kita dapat lihat garisan yang terhasil pada lengan baju wanita tersebut menampakkan kelembutan dan keayuan wanita tersebut. Garisan yang membentukkain merah di bahagian lengan dan lehernya juga seolah-olah menunjukkan keadaankain itu terikat kejap di bahagian tubuhnya. Selain kekuatan, garisan lengkuk jugamenggambarkan kelembutan sepert garisan di bahagian pipi dan tangan. Garisan pada mata juga menunjukkan kejelitaan wanita tersebut. Karya ini mungkin juga dirakankan oleh pengkarya dengan mengaplikasikan pakaian tradisional orang Korea ke atas orang Melayu pada masa tersebut.

3.1.2 MenganalisaDari segi penganalisa dalam proses apresiasi yang dikemukaan oleh oleh Felamn dan Smith (1967), warna merupakan salah satu elemen seni yang amat penting. Warna mampu memberikan pengaruh terhadao jalinan, ruang, kesan kontra dan sebagainya. Warna terjadi dengan adanya bantuan sumber cahaya semasa sumber cahaya dipancarkan ke satu permukaan, ianya akan memantulkan suatu warna dan bersifat natural dan tidak secara tidak langsung elemen seni ini mampu menghasilkan dengan psikologi danemosi. TafsiranPengolahan aspek kedudukan atau tatatertib duduk figura begitu ditekankan oleh pengkarya dengan mengambil kira aspek keseimbangan karya dan menampikan nila-nilai lembut dan bersopan. Selain itu, Mohd Hossein Enas juga menggunakan warna terang iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin disampaikan melaluipakaian tradisional masyarakat Korea pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada padabaju disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif tersebut dalam keadaan duduk untuk menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut.3.1.4 Penilaian

Karya- karya Mohd Hossein Enas merupakan suatu warisan dalam seni kerean katya-karya tersebut membantu sejarawan-sejarawan seni meneruskan penyelidikan mereka terhadap perkembangan seni di Malaysia. Karya ini bukan sahaja mampu menggantikan peranan kamera tetapi juga memiliki nilai keindahan yang sangat tinggi dari segi claitan warna dan panampilan figuratif utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat yang berbilang dengan masyarakat asing yang pernah datang ke Tanah Melayu.

Lukisan Yong Mun Sen - Seaside Village Medium

Pelukis:Yong Mun Sen

Tajuk :Seaside Village Medium

Tahun:1950

Media:Cat Air

Karya di atas merupakan karya yang dihasilkan oleh Yong Mun Sen dengan menggunakan media cat air dan menggunakan tema pemandangan sebagai tema utama. Penghasilan karya ini telah menggambarkan kehidupan penduduk di kawasan pinggir laut.

Menggambar

Dari segi penganalisa dalam proses apresiasi yang dikemukaan oleh Felamn dan Smith (1967), warna merupakan salah satu elemen seni yang amat penting untuk menyampaikan mesej yang dikehendaki. Warna mampu memberikan pengaruh terhadap jalinan, ruang, kesan kontra dan sebagainya. Warna yang diguna adanya bantuan sumber cahaya semasa sumber cahaya dipancarkan ke satu permukaan, ianya akan memantulkan suatu warna dan bersifat natural dan mampu menghasilkan suasuana yang diingini.Pengkarya telah menggunakan tempat tinggal dan pemandangan pinggir laut sebagai tema untuk menyampaikan mesej terhadap kehidupan penduduk orang laut pada masa tersebut.

Menganalisa Yong Mun Sen telah menggunakan pelbagai teknik dalam karya ini. Antaranya garisan. Garisan yang digunakan dalam lukisan ini turut menghasilkan lukisan yang kelihatan seolah-olah 2 dimensi. Kita dapat lihat garisan yang terhasil pada rumah tersebut menampakkan keringkasan dalam pembinaan rumah tersebut. Garisan yang dibentuk pada rumah tersebut seolah-olah menunjukkan keadaan penduduk ini tidak sebegitu kaya dan kerja penduduk biasanya sebagai nelayan.Pada waktu petang, suami pulang dari mencari rezeki dan perahu-perahu terikat di pinggir laut. Sebagai isteri pula duduk menanti kepulangan suami. Hasil lukisan alam semula jadi ini cantik dan menggambarkan suasana kehidupan seharian iaitu kehidupan penduduk di kawasan pinggir pantai Selain kekuatan, garisan lengkuk juga menggambarkan pohon-pohon kelapa yang tinggi ditanam di pinggir laut dan daun-daun kelapa ditiup oleh angin yang kuat pada waktu petang. Air laut yang biru dan jernih telah meindahkan pemandangan tepi laut ini kerana air tidak tercemar.Pemandangan ini akan kita berasa selesa dan tenang hidupan mereka walaupun bukan kaya-raya.Pengkarya telah menggunakan sapuan basuhan penuh air dan teknik wash yang tidak mementingkan keterperincian objek untuk menghasilkan ton-ton warna. Karya ini mungkin juga dirakankan oleh pengkarya dengan mengaplikasikan kehidupan ke atas orang Melayu pada masa tersebut.

Tafsiran

Pengolahan aspek kedudukan figura begitu ditekankan oleh pengkarya dengan mengambil kira aspek keseimbangan karya dan menampikan nila-nilai keindahan alam semulajadi. Selain itu, Yong Mun Sen juga menggunakan warna kuning dan merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin disampaikan bahawa matahari mula terbenam pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada padalukisan disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan berdasarkan bayangan-bayangan yang dilukis supaya menampakkan pergerakan pohon-pohon pokok dan air laut dalam lukisan tersebut.

Penilaian

Yong Mun Sen menghasilkan karya ini berdasarkan kepada pengalaman melukis lukisan keindahan alam sekitar. Beliau menghasilkan karya berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian orang Melayu.Dengan teknik sapuan basuhan air yang baik, beliau menghasilkan satu karya pemandangan pinggir laut yang memberi keselesaan dan tenteram kepada si pemerhati.Untuk mengekalkan keadaan tersebut, kita harus sentiasa menjaga keindahan alam sekitar supaya alam sekitar tidak tercemar.

PenutupPortfolio pada umumnya merupakan folder atau file atau sebagainya yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagimenggambarkan atau menjalaskan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi si penyedianya tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Portfolio juga terdiri daripada bahan-bahan yang menunjukkan kemajuan pelajar terhadap pencapaian matlamat pembelajaran untuk satu jangka masa (Ryan & Kuhs, 1993). Juga, merupakan satu sistem pelbagai dimensi yang memberi gambaran lengkap tentang kebolehan dan perkembangan pelajar ( Harlin, 1992).

Kesimpulannya, portfolio merupakan satu bentuk sejarah pembelajaran pelajar yang didokumentasi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif ( Shulman, 1992).5.0Lampiran5.1 Teknik-teknik Menggambar

Karya hasil saya telah menggunakan beberapa teknik menggambar iaitu Teknik Lukisan, Teknik Catan, Teknik Percikan, Teknik Montaj dan Teknik Kolaj.5.1.1 Teknik Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

5.1.2Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

5.1.3Teknik Percikan

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

5.1.4Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5.1.5Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.5.2Bahan-bahan Rujukan yang Berkaitan dengan Keindahan Alam Sekitar

5.3Maklumat Diri Mengenai Mohd Hoessein EnasMohd Hossein Enas terkenal sebagai bapa portrait Malaysia kerana kepandaiannya berkarya dalam menghasilkan potret manusia. Mohd Hossein Enas merupakan seorang pengasas. Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) yang menjadikan potret dan landskap sebagai tematerpenting dalam berkarya. Seni catan potret merupakan medium yang penting sebelumwujudnya kamera untuk merakamkan diri seseorang. Potret bukan sahaja menjadi suatu bentukrakaman tetapi juga dihasilkan untuk menjadi kenangan kepada pengkarya dan yang dilukis,berupaya menunjukkan profesion, perwatakan atau kedududukan seseorang dalam masyarakat tetapi juga menjadi bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyakperkara seperti potret Monalisa yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-pencinta sejarahwan seni masa ini.

5.3.1Gambarfoto yang Dihasilkan oleh Mohd Hoessein Enas

Gadis Melayu(1950) Cat Minyak 49 x 39 cm

The Harvester, 1989

Malaysia. picking tobacco

5.4Maklumat Diri Mengenai Yong Mun Sen

Beliau dilahirkan pada tanggal 10 Januari 1896 di Kuching, Sarawak dengan nama sebenar Yen Lang. Beliau pergi ke Tai-Pu di daerah Kwangtung, China pada tahun 1901 untuk pendidikan formal dalam penggunaan berus yang betul dan kaligrafi. Beliau kembali ke Kuching pada tahun 1910. Pengalaman menonton sebuah lukisan seniman Jepun dengan cat air meninggalkan kesan yang tak dapat dilupakan. Pada 1914, beliau mengunjungi China di mana beliau melukis gambar-gambar singa dan harimau yang sangat diminati oleh para panglima perang waktu itu. Beliau kembali ke Sarawak pada tahun 1917. Pada tahun 1922, beliau mengganti namanya menjadi Yong Mun Sen dan mendirikan Tai studio seni Koon di Chulia Street. Beliau mengambil serius tentang fotografi dan membuat beberapa patung plaster-of-paris. Pada 1930, beliau berpindah studio ke Penang Road dan menamakannya Mun Sen studio. Beliau begitu sukses dalam kariernya serta membuka sebuah studio tambahan pada tahun berikutnya, di sebuah rumah tua di Northam Road. Pada saat ini, beliau mula mengetahui tentang karya seniman Eropah melalui buku-buku, terutamanya Van Gogh dan Gauguin. Kecenderungan seni rupa kontemporari internasional terhadap ekspresionisme akhirnya menyusulnya pada tahun 1949. Pada tahun 1956, beliau menghidapi stroke dan meskipun kelemahan fisikal, beliau tetap berjuang untuk catan. Namun, sakit yang berterusan dan kesulitan kewangan menyebabkan akhirnya beliau berputus asa. Beliau meninggal pada 29 September 1962. Sepuluh tahun kemudian, pada bulan Mac 1972, Balai Seni Lukis Negara mengadakan Pameran Seni Memorial Mun Sen.

5.4.1Gambarfoto yang Dihasilkan oleh Yong Mun SenFishing boat, 1953

Dawn,1955

Beach hut, 1953

5.5Gambarfoto yang Dihasilkan oleh Abdullah Arif

Through jungle waterways, Malaya

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya

Farmer's Home

5.6Maklumat Felamn dan SmithAs the son of an Air Force serviceman stationed in a small Japanese village, Fords artistic sensibilities began to take root under the nurturing eye of an elderly Japanese painter. After moving back to the States, he enrolled at the University of Mississippi in pursuit of his BFA. After graduating with a degree in Painting, Ford moved to Atlanta where he realized a natural talent for photography. During the late 70s and 80s Ford established his reputation as Atlantas premier fashion photographer.

The early 90s, however, brought a compelling urge to return to painting. Ford took a hiatus from photography to travel the world and seek inspiration. After exploring different painting styles and themes, Ford found tremendous fulfillment creating contemporary landscapes conjured from the stunning horizons witnessed during his travels. Despite his photography background, Ford never paints from a photograph.

Fords sense of nature is not a Romantics wild and angry universe. Rather, he recalls the startling color combinations and mesmerizing horizons, then blends those images with his own passion and optimistic philosophy of life. The easy precision, subtlety and repose of his paintings may well derive from that Asian aesthetic he developed in his early years.

The intensity of working over a single piece to finish it makes the process very physical. He lets layers of paint acrylics on canvas drip and flow, just letting things happen. I was taught in college to let the paint find the imagery, he recalls. Still, there is less accident in achieving these surfaces than one might think. Theyre a study in control and spontaneity, because while Ford may allow the materials to find their own expression, he then moves to manipulate them to achieve their unique composition and texture. Often, hell embellish the canvas with plaster granules scattered across the wet surface as color and texture are forced to intersect.

Like life, my work often transforms from its original idea, he muses, But following a creative instinct wherever it leads is where the fun and fascination lie. Each painting is a unique journey with an undefined destination.

Ford resides in Roswell, GA with his wife and business partner, Cristi and daughter, Hilary (17) attends a performing arts magnet school as a drama major. Their son Brian (24) lives in Atlanta and is a recent graduate from Kenessaw University with a Bachelors in Political Science. Their dogs (Pasta and Belle), and cats (Alfredo and Jack) are also important family members.Hasil Karya Felamn dan Smith Affinity of Dawn 48"x60" Bare Forest 24"x36" Cosmic Fling 16"x12" Dawning Awareness Living a Dream 24"x48" Positive Reaction 48"x32" Positive Reaction, 11/24/10, 2:26 PM, 8C, 7718x11425 (785+0), 108%, Custom, 1/3s, R71.7, G40.4, B61.6 30"x40"

7.0Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visul, KBSR. KL: DBP. (Tahun Satu hingge Tahun Enam).Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pendidikan Seni Visual. KL: DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran. KL: DBP. Mazlan. M. (1997). Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Wet paint on dry paper

http://www.youtube.com/watch?v=NM6-AOOzl90&feature=player_embeddedPainting a tree.

http://www.youtube.com/watch?v=TXCw_dxv0w0&feature=player_embeddedTeknik Menggambar

http://anismi.blogspot.com/2010/04/teknik-menggambar.html

http://www.tooopen.com/html/Download/201198/201109081533141630.htmlhttp://www.tooopen.com/html/Download/2011922/201109221428572720.html

http://zoolhobbies.blogspot.com/2010/05/senja-di-tepi-pantai.htmlhttp://www.watercolorpainting.com/http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2010/12/kritikan-seni-visual-mengikut-4-tahap.html

PAGE 5