PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi...
Transcript of PORTAL 1L5G - POLISAS · 2014-07-21 · Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi...
MANUAL PENGGUNA
PENGURUSAN PANGKALAN DATA
(STATUS PEKERJAAN)
EDISI GRADUAN
2012
Oleh:
Muhamad Firdaus Bin Che Amat
Che Alias Mohd Yusof
Jasni Md Zain
PORTAL 1L5G
2
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
KATA ALUAN
Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
SAW di atas kesempatan untuk menerbitkan Manual Pengguna Portal
1L5G POLISAS Edisi 2012.
Kesan daripada dunia tanpa sempadan telah mempengaruhi corak kehidupan dan
tingkah laku masyarakat. Tidak dinafikan peranan politeknik juga menjadi semakin
mencabar di mana bukan sekadar melahirkan graduan yang cemerlang malah perlu
memastikan graduan berkenaan mendapatkan pekerjaan. Justeru itu diharapkan
dengan adanya Portal 1L5G ini akan menjadi satu platform kepada para graduan untuk
menyalur dan mendapatkan maklumat serta status pekerjaan yang berkaitan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
khususnya Urusetia Pembangunan Portal 1L5G di atas kejayaan membangunkan Portal
1L5G dan menerbitkan Manual Pengguna Portal 1L5G Edisi 2012. Keupayaan menyiapkan
Portal ini dalam tempoh 5 bulan adalah satu usaha yang membanggakan. Saya amat
berharap agar komitmen tinggi seumpama ini dapat diteruskan bagi menghasilkan
inovasi dan sumber rujukan kepada warga politeknik pada masa akan datang.
MEJ. (K) DATO’ HJ. ABU BAKAR BIN AHMAD, DIMP., SMP., AAP., AMN.
Pengarah
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan, Pahang Darul Makmur
3
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
PRAKATA
Modul ini diterbitkan untuk dijadikan sebagai rujukan asas di dalam melakukan proses
pengurusan data dan rekod-rekod di dalam Modul Pengurusan Pangkalan Data Portal
1L5G. Bahasa dan pendekatan yang diambil adalah sangat mudah supaya para
pengguna lebih senang untuk memahami dan mengikuti langkah-langkah secara step-
by-step. Modul ini sangat berguna kepada para pelajar (graduan) sebagai panduan
dalam mengemaskini serta melaporkan satus pekerjaan masing-masing kepada mentor-
mentor yang dilantik.
4
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
KANDUNGAN
Kata Aluan …………………………………………………………………………….…...2
Prakata ………………………………………………………………………………..…….3
Kandungan…………………………………………………………………………..……..4
Bahagian 1 : Kemaskini Status Pekerjaan (Graduan)……………………..….……5
Bahagian 2 : Promosi Iklan Peluang Pekerjaan……………………………...……...8
5
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
Bahagian 1 : Kemaskini Status Pekerjaan (Graduan)
1. Sila layari web rasmi POLISAS. Kemudian klik butang Portal 1L5G di bahagian
“PERKHIDMATAN ON-LINE” di bawah menu “INTRANET” atau direct link
http://aplikasi02.polisas.edu.my/jka/portal-1l5g/index.htm
2. Klik butang “MASUK” pada bahagian Sistem Pangkalan Data
3. Kemudian klik ikon Login Pelajar
6
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
4. Masukkan No. Kad pengenalan dan No. Pendaftaran, kemudian klik butang Login
5. Maklumat pelajar (graduan) dan status pekerjaan dipaparkan
6. Sekiranya maklumat status/pergerakan pelajar (graduan), perlu dikemaskini
(ditambah), sila klik pada link tambah
7
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
7. Ruangan atau form/borang kemaskini dipaparkan. Sila isi selengkapnya dengan
cermat dan kemudian klik butang submit.
8. Sekiranya untuk mengemaskini rekod-rekod yang sedia ada,misalnya tersilap isi
atau sebagainya, sila klik pada link update pada rekod yang berkenaan.
9. Satu borang kemaskini akan dipaparkan dan sila kemaskini data-data yang
berkenaan. Kemudian klik butang submit
8
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
10. Sekiranya terdapat rekod-rekod perlu dihapuskan (delete), sila klik link delete pada
rekod berkenaan.
Bahagian 2 : Promosi Iklan Peluang Pekerjaan
1. Sila klik pada butang Masuk pada bahagian Job Hunter atau direct link :
http://aplikasi02.polisas.edu.my/jka/portal-1l5g/index.htm
2. Sila klik pula pada bahagian PELUANG PEKERJAAN
3. Sila klik link Tambah Iklan
9
Portal 1L5G Manual Pengguna : Pengurusan Pangkalan Data (Status Pekerjaan Graduan)
4. Setelah satu paparan borang butiran maklumat peluang pekerjaan muncul. Sila isi
dengan teliti dan cermat item-item yang dikehendaki, kemudian klik butang
Submit
5. Paparan iklan peluang pekerjaan yang anda masukkan akan terpapar di ruangan
senarai iklan dan peluang pekerjaan seperti dibawah.