POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

20
PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA Penyunting Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib Abdul Kadir Rosline Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008

description

etnik dan politik di malaysia berdasarkan pru 1998

Transcript of POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

Page 1: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

PROSIDING

Seminar OLITIK MALAYSIA

Penyunting

Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib

Abdul Kadir Rosline

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA)

Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008

Page 2: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 Dl MALAYSIA:

SUATU ANALISIS Amer Saifude Ghazali

ABSTRAK

Pilihan raya umum Mac 2008 agak menarik perhatian dan menunjukkan kelainannya berbanding pilihan-pilihan raya umum yang lepas. Pertamanya adalah kerana lima buah negeri/wilayah telah dikuasai oleh parti pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Kelantan yang terus dikuasai oleh parti PAS. Dalam pilihan raya ini juga, pihak kerajaan BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen apabila memenangi 140 kerusi berbanding 82 kerusi oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Kedua, adalah berkaitan dengan pola pengundian etnik kepada parti-parti politik. Secara tradisinya, setiap etnik akan memberikan sokongan yang padu kepada parti-parti yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Tetapi pada pilihan raya parlimen 2008, etnik-etnik yang terbesar seperti Melayu, Cina dan India telah memberikan sokongan yang tinggi kepada pakatan parti pembangkang. Di kawasan-kawasan pilihan raya yang bercampur (tidakada satu etnik yang majoriti dalam kawasan pilihan raya), kebanyakannya dimenangi oleh pakatan parti pembangkang. Walhal kawasan yang bercorak sedemikian dalam pilihan-pilihan raya yang lepas merupakan kubu kuat BN. Seterusnya, yang agak penting adalah keberanian pengundi untuk memilih parti pembangkang terutamanya di kawasan bercampur seperti yang diterangkan sebelum ini. Dan ternyata coraknya agak berlainan dengan pilihan-pilihan raya yang lepas. Mereka secara jelas menolak idea politik pembangunan yang sering dijadikan bahan kempen oleh BN. Seolah-olah idea ini sudah lapuk dan rakyat/pengundi mahukan sesuatu yang lebih daripada pembangunan. Ini membawa kepada beberapa persoalan asas; adakah politik etnik semakin menghilang dalam lanskap politik negara setelah bertunjang sekian lama, adakah pengundi semakin hilang kepercayaan kepada parti politik yang berasaskan etnik dan sedia menerima parti politik berbilang etnik, atau adakah pengundi sekarang sudah agak matang dan sedia berubah daripada keadaan yang sedia ada? Kertas ini akan cuba menjawab persoalan-persoalan tersebut.

PENGENALAN

Parlimen telah dibubarkan pada 13 Februari 2008 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pilihan raya umum ke 12 akan diadakan pada 8 Mac 2008 dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Tempoh berkempen adalah selama 13 hari dan agak panjang berbanding dengan pilihan raya-pilihan raya yang lepas. Pilihan raya umum 2008 adalah pilihan raya yang kedua

Page 3: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

bagi PM Abdullah setelah melaluinya pertama kali pada 2004. Beliau telah menjawat jawatan PM pada Oktober 2003 bagi menggantikan Dr. Mahathir. Prestasi Barisan Nasional (BN) pada tahun 2004 amat cemerlang dengan menguasai lebih 90% daripada keseluruhan kerusi parlimen dan berjaya membentuk kerajaan yang teguh. Prestasi yang memberangsangkan ini dikaitkan dengan beberapa perubahan yang mahu dilaksanakan oleh PM Abdullah yang cuba membawa perubahan bam setelah rakyat tidak begitu senang dengan peraerintahan PM Dr. Mahathir yang terdahulu. Rakyat juga memberi peluang kepada PM Abdullah untuk mencorakkan pemerintahan baru dengan memberi sokongan yang padu kepada beliau pada tahun 2004.

Pilihan raya ini agak menarik dan menunjukan kelainannya berbanding pilihan raya - pilihan raya umum yang lepas. Pertamanya adalah kerana lima buah negeri/wilayah telah dikuasai oleh parti pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur termasuk Kelantan yang terus dikuasai oleh parti PAS. Pilihan raya umum 1969 juga agak sengit tetapi masih tidak dapat mengatasi pilihan raya umum 2008. Dalam pilihan raya parlimen 2008, pihak kerajaan BN telah kehilangan majoriti 2/3 kerusi parlimen apabila memenangi 140 kerusi berbanding 82 kerusi oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Pakatan BN dilihat agak goyah apabila pakatan pembangkang hanya memerlukan antara 30-40 buah kerusi untuk membentuk kerajaan melalui majoriti mudah.

Kedua, adalah berkaitan dengan pola pengundian etnik kepada parti-parti politik. Secara tradisinya, setiap etnik akan memberikan sokongan yang padu kepada parti-parti yang mewakili kepentingan etnik masing-masing. Tetapi pada pilihan raya parlimen 2008, etnik-etnik yang terbesar seperti Melayu, Cina dan India telah memberikan sokongan yang tinggi kepada pakatan parti pembangkang. Di kawasan-kawasan pilihan raya yang bercampur (tidak ada satu etnik yang majoriti dalam kawasan pilihan raya), kebanyakannya dimenangi oleh pakatan parti pembangkang. Walhal kawasan yang bercorak sedemikian dalam pilihan raya - pilihan raya yang lepas merupakan kubu kuat kepada BN. Adakah politik yang berasaskan etnik semakin pudar dalam politik negara kita?.

Seterusnya, yang agak penting adalah keberanian pengundi untuk memilih parti pembangkang terutamanya di kawasan bercampur seperti yang diterangkan sebelum ini. Dan ternyata coraknya agak berlainan dengan pilihan raya - pilihan raya umum yang lepas. Mereka secara jelas menolak idea politik pembangunan yang sering dijadikan bahan kempen oleh BN. Seolah-olah idea ini sudah lapuk dan rakyat/pengundi mahukan sesuatu yang lebih daripada pembangunan. Ataupun disebabkan oleh kefahaman mereka tentang tugas dan tanggungjawab pemerintah adalah membangunkan negara. Tugas asasi ini harus dipikul oleh mana-mana parti politik yang menjadi kerajaan dan harus melaksanakannya pada setiap masa. Justeru itu, pihak kerajaan seharusnya tidak menggunakan isu-isu pembangunan untuk memancing undi kerana ia memang tugas dan tanggungjawab mereka dan sekiranya tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya, lebih baik parti politik tersebut tidak menyertai bidang politik ataupun tidak bertanding dalam pilihan raya.

Kertas ini akan cuba menganalisis pola sokongan pengundi kepada pihak kerajaan dan pembangkang dan akan menumpukan kepada fenomena politik etnik yang dikatakan semakin pudar dalam politik Malaysia.

600

Page 4: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARUMEN 2008 DI MALAYSIA

POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Proses-proses politik di Malaysia seperti pembentukan parti politik, pemilihan calon dalam pilihan raya dan corak sokongan dalam pilihan raya lebih dipengaruhi oleh keperluan dan aspirasi komuniti-komuniti etnik tertentu. Untuk mencapai matlamat politik dan ekonomi etnik-etnik tertentu, jalan yang paling mudah adalah melalui proses politik dengan memenangi kerusi dalam pilihan raya. Hasilnya, individu dan parti tertentu melihat pilihan raya sebagai jalan yang signifikan untuk mencapai keperluan etnik masing-masing. Oleh itu, kejayaan dan survival sebahagian parti politik dalam pilihan raya bergantung kepada latar belakang etnik calon, komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya, isu-isu berkaitan etnik yang diperjuangkan oleh parti-parti tertentu dan isu etnik setempat dalam sesebuah kawasan pilihan raya (Ratnam 1965, Vasil 1971, Rizal dan Jummat 2002).

Selain itu, Mc Gee (1962) juga mencadangkan etnik merupakan faktor penting dalam proses politik di Malaysia. Beliau berpendapat, faktor etnik, kewilayahan dan personaliti calon mendominasi politik negara dalam tahun akhir 1950-an. Sokongan yang diperolehi oleh parti-parti yang berasaskan etnik menurut beliau seperti PAS dan PPP menunjukan corak politik yang sedemikian mendominasi iklim politik secara keseluruhan. Corak politik ini, turut juga dikuatkan dengan meletakkan calon daripada etnik yang tertentu untuk satu kawasan pilihan raya yang etnik tertentu adalah dominan. Umpamanya, dalam kawasan majoriti orang Melayu, calonnya mesti orang Melayu dan juga sebaliknya di kawasan majoriti orang Cina, calon daripada etnik yang sama juga akan diletakkan. Seterusnya, beliau juga menyatakan pakatan kerajaan pada masa tersebut, Perikatan terpaksa juga menggunakan cara yang sama untuk meraih kemenangan dan mereka akan ditimpa padah jika tidak meletakkan calon daripada etnik yang sama dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Bagaimanapun, Mc Gee turut menyatakan, dalam keadaan politik etnik yang menebal, kawasan-kawasan yang bercampur yang mana tidak ada satu etnik tertentu yang mendominasi sesebuah kawasan pilihan raya seperti Alor Star, Sungei Patani, Malacca Tengah, Tanjong Malim dan Bukit Bintang, sokongannya adalah kepada pakatan kerajaan, Perikatan. Dan trend ini berterusan kepada pilihan raya - pilihan raya selepasnya sehingga kepada pilihan raya umum 2004. Kawasan-kawasan bercampur ternyata menjadi kubu kuat kepada Perikatan dan seterusnya BN dan ia memberikan sumbangan besar kepada kemenangan pakatan kerajaan ini.

Sementara itu, Brown (2005) melihat kepada faktor etnik yang menjadi asas kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2002 dan corak pengundian dalam lima pilihan raya umum bermula pada tahun 1986 hingga 2004. Beliau membincangkan berkaitan dengan proses persempadanan semula yang mengurangkan bias etnik dalam kawasan pilihan raya tetapi sebaliknya meningkatkan ketidakseimbangan dalam saiz kawasan pilihan raya. Beliau juga berpendapat faktor etnik penting dalam mencorakkan sokongan kepada parti-parti yang bertanding. Kawasan-kawasan majoriti Melayu di luar bandar memilih calon BN sementara kawasan majoriti Cina di bandar lebih cenderung kepada parti pembangkang. Walaubagaimanapun, beliau mencadangkan corak yang sedemikian menjadi semakin tidak relevan disebabkan proses pembandaran orang Melayu yang pesat dan perubahan sikap pengundi-pengundi. Ramalan Brown seakan-akan betul apabila corak pengundian pada pilihan raya parlimen 2008 menunjukan pengundi sudah tidak menjadikan faktor etnik sebagai asas untuk memilih calon sekurang-kurangnya untuk sokongan kepada pakatan pembangkang. Adakah ini bermaksud politik etnik sudah tidak relevan pada masa sekarang? Ataupun pengundi sudah mempunyai keberanian untuk memilih pihak pembangkang daripada kerajaan?

601

Page 5: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

Selain daripada itu juga, Mohd. Fuat dan Sabihah (2002) telah mengkaji berkaitan dengan asas sosial kepada sokongan parti-parti politik. Mereka mencadangkan dua faktor penting yang mempengaruhi corak sokongan kepada parti politik adalah etnik dan kewilayahan. Faktor kewilayahan menjadi penting kerana penduduk Malaysia secara geografinya dipisahkan oleh faktor etnik dan pengenalan kawasan bandar - luar bandar.Etnik -etnik yang tertentu bertumpu di negeri-negeri tertentu dan sebaliknya sedikit di negeri-negeri yang lain. Perkara yang sama berlaku dalam pemisahan antara bandar - luar bandar, etnik tertentu berada dalam kawasan bandar sementara etnik yang lain bertumpu di kawasan luar bandar. Kemudiannya, dalam pilihan raya, undi geografi kewilayahan akan ditentukan oleh komposisi etnik dalam kawasan kewilayahan yang tertentu. Umpamanya, mereka mencadangkan, di kawasan utara yang meliputi negeri Perlis, Kedah yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, sokongannya adalah kepada parti-parti yang berasaskan kemelayuan seperti UMNO. Begitu juga di bahagian pantai timur yang meliputi negeri Kelantan dan Terengganu yang juga pengundi Melayu adalah majoriti, sokongannya bertumpu kepada PAS, parti pembangkang yang berasaskan Melayu dan Islam. Bagaimanapun, di kawasan bandar yang pengundi Cina adalah majoriti, sokongan tertumpu kepada parti berasaskan kecinaan samada parti dalam kerajaan BN ataupun parti pembangkang. Di Pulau Pinang, kebiasaanya kawasan pengundian bandar akan ditandingi oleh parti yang berasaskan kecinaan samada Gerakan atau MCA daripada BN, bertanding dengan DAP daripada pembangkang. Begitu juga dengan kawasan pengundian bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya yang kebiasannya akan dimenangi oleh parti pembagkang, DAP. Di kawasan pengundian luar bandar pula yang majoriti pengundi adalah orang Melayu, pertandingan adalah di antara parti Melayu, samada UMNO atau PAS.

Manakala, Maznah (2003) pula mengkaji tentang pola sokongan orang Melayu kepada UMNO pada pilihan raya umum 1999. Beliau mendapati, sokongan orang Melayu kepada UMNO merosot daripada 36.5% pada pilihan raya 1995 kepada 29.5% pada pilihan raya 1999. Menariknya, pada j angka masa pilihan raya yang sama sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat daripada 7.3% kepada 15%. Punca utama kepada perkara ini adalah ketidakpuasan hati orang Melayu kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir yang memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ahli UMNO pada tahun 1998. Secara langsung ia menyebabkan orang Melayu menyokong PAS sebagai tanda prates mereka kepada UMNO. Maznah juga mencadangkan, UMNO dan PAS tidak seharusnya terlalu bergantung kepada sokongan orang Melayu untuk memberikan mereka kemenangan dalam pilihan raya pada masa hadapan. Ini adalah kerana terdapatnya perubahan sikap rakyat Malaysia terhadap politik, terutamanya 'there is now a new generation of Malaysians who have lived in the midst of Malay political dominance but have neither the memory of Independence-related consociational social contracts nor the experience of palpable ethnic skirmishes, hence sensitive questions related to the quota system, equal rights and indeed gender equity are wont to be debated with more openness and resolve' (Maznah 2003:80). Seterusnya, beliau juga mencadangkan kedua-dua parti cuba mencari sokongan di kalangan orang bukan Melayu sebagai sokongan tambahan daripada orang Melayu. UMNO dan PAS juga harus menerima keadaan sebenar masyarakat moden Malaysia yang ternyata lebih bertoleransi di antara etnik yang berbeza. Seterusnya, kelompok lain yang perlu diberi perhatian oleh kedua-dua parti adalah pengundi wanita. Pengundi wanita merupakan kumpulan pengundi yang terbesar dan hak-hak mereka seharusnya diberikan dengan meluas. Beliau juga mendapati kedua-dua parti agak terbuka dan mula memberikan pengiktiraf an kepada kepentingan peranan pengundi wanita dalam pilihan raya.

602

Page 6: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Seterusnya, Ng (2003) melihat prestasi tiga parti yang berasaskan etnik Cina dalam kawasan pilihan raya majoriti orang Cina pada pilihan raya 1999. Kebanyakan kawasan pilihan raya majoriti orang Cina terletak di kawasan bandar. Secara keseluruhannya, sokongan orang Cina kepada Gerakan dan MCA (parti komponen BN) adalah sebanyak 51 % di kawasan pilihan raya sedemikian dan 46% daripada sokongan kepada parti DAP, sebagai parti pembangkang. Sokongan yang diperolehi oleh kerajaan BN disebabkan sebahagian orang Cina berpuas hati dengan perubahan dasar kerajaan terhadap orang Cina selepas daripada peristiwa rusuhan etnik 1969. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilihat banyak memberikan kebaikan kepada kepentingan orang Cina. Begitu juga dengan pengenalan 'Wawasan 2020' pada tahun 1990-an yang akan melahirkan masyarakat Malaysia yang maju, demokratik dan moden telah diterima baik oleh masyarakat Cina. Selain itu juga, liberalisasi bidang pendidikan yang memberikan lebih besar peluang pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah Cina juga telah menarik hati pengundi-pengundi Cina kepada BN. Ahli-ahli perniagaan Cina juga turut mendapat manfaat daripada polisi penswastaan projek-projek kerajaan. Agak menarik apabila beliau juga mencatatkan sokongan orang Cina samada kepada pihak kerajaan BN ataupun pembangkang akan ditentukan oleh dua faktor iaitu 'politik rundingan dalaman' dan 'politik tekanan luaran'. Faktor yang pertama lebih banyak dimainkan oleh Gerakan dan MCA sebagai parti dalam kerajaan BN dan faktor yang kedua digembelengkan oleh DAP sebagai parti pembangkang. Kedua-dua faktor ini telah dimanipulasi dengan berkesan dalam sejarah pilihan raya Malaysia. Umpamanya, dalam tempoh pilihan raya 1982, beberapa orang ahli Dong Jiao Zong - badan pendidikan Cina yang agak kritikal kepada kerajaan BN, telah menyertai Gerakan untuk berunding bagi mendapatkan kepentingan pendidikan Cina. Begitu juga dalam tempoh pilihan raya 1990 apabila UMNO menghadapi krisis dan orang Melayu telah berpecah yang menyebabkan setengah kelompok orang Melayu menyertai barisan pembangkang dan mencabar UMNO. Bagi orang Cina, hanya DAP yang mewakili mereka dalam barisan pembangkang sedangkan Gerakan dan MCA berada dalam kelompok kerajaan BN. Situasi politik pada masa tersebut memperlihatkan seolah-olah wujud dua pakatan yang kuat dan stabil iaitu BN dan pakatan pembangkang. Untuk menguatkan kepentingan orang Cina dalam pakatan pembangkang, beberapa pimpinan dan aktivis sosial Cina telah menyertai parti DAP.

LATAR BELAKANG SOSIOPOLITIK SEBELUM PILIHAN RAYA 2008

PM Abdullah menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM kelima Malaysia pada tahun 2003. Dr. Mahathir menjadi tidak popular setelah berlaku pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet kerajaan dan UMNO pada tahun 1998. Manifestasinya BN telah kalah teruk pada pilihan raya 1999 dan pihak pembangkang telah mendapat kemenangan yang agak besar dengan menguasai lebih kurang 12% daripada kerusi parlimen (prestasi terbaik pembangkang daripada segi bilangan kerusi parlimen sehingga pilihan raya 2004). Setelah itu persempadanan baru pilihan raya telah diadakan selepas pilihan raya 1999 dan digunakan untuk pilihan raya 2004. Faktor ini dan di samping faktor Dr. Mahathir yang telah meletakan jawatan memberikan kelebihan kepada BN. Rakyat juga dilihat memberi peluang kepada Abdullah untuk mencorakkan pemerintahan beliau. Ini sekaligus membolehkan BN mencatatkan kejayaan yang agak cemerlang dalam pilihan raya 2004.

Berdasarkan temubual dan pemerhatian di beberapa tempat terpilih, para pengundi telah menyatakan PM Abdullah telah menjanjikan beberapa perkara di awal pemerintahannya seperti akan memerangi rasuah pada peringkat akar umbi, membentuk kerajaan yang mesra rakyat,

603

Page 7: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

menambahbaikkan pasukan polis yang dikritik hebat oleh rakyat, membaiki keadaan ekonomi negara untuk rakyat hidup dengan lebih selesa dan media kerap mempopularkan diri beliau sebagai 'Mr. Clean'. Tetapi setelah 4 tahun pemerintahan beliau, janji-janji beliau tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Janji beliau untuk memerangi rasuah tidak berlaku apatah lagi kes rasuah dalam negara terus berleluasa. Dan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terus dipertikaikan integriti mereka dan biasanya akan didapati tidak bersalah setelah penyiasatan awal oleh pihak BPR. Begitu juga dengan cadangan penambahbaikan pasukan polis tidak pernah dilaksanakan secara serius dan lebih mendukacitakan rakyat apabila pihak polis gagal menangani isu keselamatan dengan cara yang berhemah. Kadar jenayah semakin meningkat menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Begitu juga dengan isu ekonomi, kadar inflasi meningkat ke tahap paling tinggi, harga barangan keperluan dan minyak terus meningkat menyebabkan rakyat bawahan terus terhimpit. Ini ternyata menyebabkan rakyat tertekan sementara gaya hidup pemimpin politik terus bermewah. Pemimpin politik sering menasihatkan rakyat supaya bertenang dan memberikan alasan yang remeh mengapa harga barangan terpaksa dinaikkan. Mereka seakan-akan berlepas tangan apabila menaikkan harga barang keperluan tersebut. Imej PM Abdullah sebagai 'Mr. Clean' juga seringkali dipertikaikan. Keluarga dan rakan-rakan rapatnya sering dilihat membolot kontrak-kontrak kerajaan dan projek-projek yang ada kaitan dengan pelan pembangunan negara. Ini membawa kepada situasi yang lebih kurang sama kepada apa yang dialami oleh bekas PM Dr. Mahathir pada akhir tahun 1990-an. Rakyat semakin tidak selesa dengan corak pemerintahan PM Abdullah setelah melihat apa yang berlaku dalam masa pemerintahannya.

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008

Pilihan raya ini diadakan pada 8 Mac 2008 dan lebih daripada 20 buah parti menyertainya. Menariknya dalam pilihan raya ini hampir di setiap buah kerusi parlimen menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara parti kerajaan BN dan parti pembangkang. Walaupun parti pembangkang tidak mempunyai pakatan yang jitu tetapi parti-parti utama seperti PAS, DAP dan PKR mampu mewujudkan persefahaman untuk menentang pakatan BN sekurang-kurangnya semasa pilihan raya. Jadual 1 menunjukan jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti-parti dalam pilihan raya parlimen 2008.

Prestasi parti-parti komponen BN seperti UMNO, MCA, Gerakan dan MIC agak merosot yang menyaksikan beberapa pimpinan tertinggi telah kecundang antaranya Datuk Zainuddin Maidin, Datuk Aziz Samsuddin, Dato' Seri S. Samy Vellu, Tan Sri Koh Soo Koon, Datuk K. Kayveas dan sebagainya. Keadaan yang berbeza bagi parti pembangkang, PAS dan DAP mencatatkan kejayaan yang lebih baik berbanding pilihan raya 2004 dan bagi PKR, parti ini merekodkan kemenangan yang paling cemerlang dengan menguasai paling banyak kerusi parlimen di kalangan parti pembangkang. Malah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah telah dilantik sebagai ketua pembangkang di parlimen.

604

Page 8: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Jadual 1: Kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh Parti-parti dalam Pilihan Raya Parlimen 2008

Parti

BN UMNO MCA GRM MIC PPP PBB PBS SAPP SNAP SUPP UPKO SPDP PBRS LDP BERSEKUTU PRS

Jumlah

PEMBANGKANG PAS PKR DAP PRM PASOK BEBAS

Jumlah

Jumlah besar

Kerusi ditandingi

117 40 12 9 1

14 4 2 4 7 4 4 1 1 2 6

228

66 95 48

2 3

33

247

475

Kerusi dimenangi

79 15 2 3 0

14 3 2 0 6 4 4 1 1 0 6

140

23 31 28

0 0 0

82

222

% kerusi yang dimenangi berasaskan kerusi yang

ditandingi

67.5 37.5 16.3 33.3

0 100 75

100 0

85.7 100 100 100 100

0 100

61.4

34.8 32.6 58.3

0 0 0

33.1

Undi Rosak

Satu fenomena yang menarik dalam pilihan raya parlimen 2008 adalah bilangan undi rosak yang agak tinggi dalam beberapa buah negeri. Secara keselurahannya, jumlah bilangan undi rosak adalah 175,400 dengan min 790 dalam sesebuah kawasan pilihan raya (Jadual 2). Antara negeri yang mencatatkan jumlah undi rosak yang tertinggi adalah Johor, Selangor, Perak dan Kedah. Tiga buah negeri yang terakhir telah dikuasai oleh pakatan pembangkang dalam pilihan raya tersebut dan hanya Johor masih dikuasai oleh kerajaan BN. Pahang dan Sabah juga masih dikuasai oleh BN walaupun kedua-dua negeri mencatatkan bilangan undi rosak yang tinggi. Berkemungkinan pengundi-pengundi di Selangor, Perak dan Kedah telah melakukan undi protes kepada kerajaan BN (dengan merosakkan undi) sehingga menyebabkan BN tumbang di negeri-negeri tersebut. Situasi yang sama juga dialami di Johor, Pahang dan Sabah tetapi masih tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan BN.

605

Page 9: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

Jika dilihat kepada min undi rosak dalam sesebuah kawasan pilihan raya parlimen di setiap buah negeri, ternyata pengundi-pengundi di Melaka dan Negeri Sembilan adalah yang paling ramai melakukan undi rosak. Situasi ini dilihat menyerlahkan fenomena undi protes yang dilakukan oleh pengundi di kedua-dua negeri tersebut terutamanya kepada kerajaan BN yang memerintah sekian lama. Bagaimanapun ia masih lagi tidak cukup kuat untuk mengalahkan kerajaan BN di kedua-dua negeri tersebut. Seharusnya isyarat ini difahami oleh kerajaan BN dan mereka harus menumpukan perhatian kepada pengundi-pengundi di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah sekiranya mahu mengekalkan kuasa di negeri-negeri terbabit pada pilihan raya yang akan datang.

Jadual 2: Undi Rosak dalam Pilihan Raya Parlimen 2008

Negeri

Peril's

Kedah

Kelantan

Terengganu

P.Pinang

Perak

Pahang

Selangor

K.Lumpur

N.Sembilan

Melaka

Johor

Sabah

Sarawak

Jumlah

Undi rosak

2068

16042

9733

6667

8444

22675

11470

25098

5012

9740

7564

28709

15698

6480

175400

Min undi rosak

689

1069

695

833

649

944

819

1140

385

1217

1260

1104

627

209

790

SOKONGAN UNDI DAN JUMLAH KERUSI YANG DIPEROLEH BN DAN PARTI PEMBANGKANG

Malaysia mengamalkan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan 'single member constituencies' dalam proses pilihan rayanya. Sistem ini biasanya diamalkan di negara bekas tanah jajahan Britain. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walaupun berbeza hanya satu undi) adalah pemenang dan calon tersebut juga tidak semestinya memerlukan majoriti untuk menang (Taylor dan Johnston 1979; Budge et al. 2001, Rose 2000). Sistem ini banyak dibincangkan oleh ahli-ahli akademik. Sesetengahnya berpendapat sistem ini menghasilkan satu parti majoriti, yang stabil, kuat dan lebih bertanggungjawab (Blais dan Massicotte 1996, Hague dan Harrop 2001). Manakala ada yang mengatakan ia berpotensi untuk menghasilkan majoriti yang sangat besar, undi membazir, ketidakadilan kepada parti yang kecil dan membolehkan parti berkuasa dengan sokongan yang kecil (Johnston et al. 2001; Taylor dan Johnston 1979).

606

Page 10: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARUMEN 2008 DI MALAYSIA

Sistem first-past-the-post juga akan memberi kelebihan kepada parti yang besar ataupun parti yang membentuk pakatan untuk bertanding dalam pilihan raya. Sistem ini temyata memberi kelebihan kepada BN berbanding parti yang lain. Ini dapat dilihat melalui apa yang diistilahkan sebagai perwakilan yang seimbang. Perwakilan yang seimbang ataupun nilai yang terdekat kepadanya adalah menjadi matlamat dalam setiap pilihan raya. la juga disifatkan sebagai asas dan karektor yang kritikal dalam demokrasi moden. Setiap undi yang diperolehi oleh parti sewajarnya bertimbal balas kepada kerusi yang dimenangi. Tahap keseimbangan dalam keputusan pilihan raya boleh diukur dengan kadaran peratusan kerusi yang dimenangi (%K) dengan peratusan undi yang dimenangi (%U) oleh setiap parti (%K: %U). Sekiranya nilai yang diperolehi bersamaan dengan 1, perwakilan seimbang dicapai. Tetapi sekiranya nilai tersebut lebih kecil daripada 1, sesebuah parti mempunyai kurang kerusi daripada jumlah yang sepatut dimenangi dengan undi yang diperolehi dan dikatakan sebagai 'kurang perwakilan'. Dan sekiranya nilai kadaran lebih besar daripada 1, sesebuah parti disifatkan sebagai 'lebih perwakilan', memperolehi lebih kerusi daripada sepatutnya dengan undi yang didapati (Johnston etal. 2001).

Dalam konteks ini, BN mendapat kelebihan apabila kadaran peratusan kerusi dan undi melebihi daripada nilai 1 dan pihak pembangkang mempunyai nilai kurang daripada 1 (Jadual 2). Konsep perwakilan yang seimbang tidak tercapai dalam konteks pilihan raya parlimen 2008. Antara parti yang mempunyai lebihan perwakilan dalam BN adalah UMNO dan PBB (masing-masing mempunyai nilai 1.15 dan 3.7). Bagi parti pembangkang, DAP mempunyai nilai yang paling besar dan menghampiri 1 iaitu 0.88.

Jadual 3: Undi dan Kerusi yang dimenangi oleh Parti-parti dalam

Pilihan Raya Parlimen, 2008

Parti

BN UMNO MCA GRM MIC PBB

PEMBANGKANG PAS PKR DAP

% Undi

52.98 30.80 10.54 2.99 2.29 1.67

48.07 14.84 19.05 14.17

% Kerusi

63.06 35.58

6.75 0.90 1.35 6.30

36.93 10.36 13.96 12.61

%K / %U

1.19 1.15 0.64 0.30 0.58 3.7

0.76 0.69 0.73 0.88

Daripada segi peratusan sokongan atau undi, BN dan pembangkang hanya dibezakan dengan 1.91% sahaja apabila BN dan pembangkang masing-masing menguasai 52.98% dan 48.07%. Disebabkan negara kita mempraktikkan sistem first-past-the-post, pembangkang hanya menguasai lampir 37% kerusi parlimen sedangkan BN mempunyai 63% kerusi parlimen. Sekiranya negara cita mengamalkan sistem pilihan raya yang lain seperti 'list system' ataupun 'single transferable /ote' yang akan memperuntukkan kerusi berasaskan jumlah undi yang diterima, pastinya pihak pembangkang akan mendapat lebih banyak kerusi.

607

Page 11: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

SOKONGAN UNDI KEPADA BN DAN PARTI PEMBANGKANG OLEH ETNIK-ETNIK

Secara tradisinya, orang Melayu akan memberikan sokongan yang kuat kepada parti kerajaan BN pada setiap kali pilihan raya umum. Sehinggakan Nohlen et al (2001) menyifatkan pilihan raya di Malaysia tidak kompetitif daripada segi keputusan pilihan raya kerana parti yang sama iaitu BN akan menang pada setiap kali pilihan raya tanpa mendapat tentangan yang sengit daripada mana-mana parti. Tetapi keputusan pilihan raya parlimen 2008 menunjukan trend yang agak berlainan apabila parti kerajaan BN dan parti pembangkang bertembung dengan sengit teratama di kalangan pengundi-pengundi Melayu (Rajah 1). Apabila etnik Melayu berada di bawah 50% dalam kawasan pilihan raya, lebih ramai calon parti pembangkang yang mencapai kemenangan berbanding dengan prestasi pihak BN. Kawasan-kawasan ini yang juga dikenali sebagai kawasan bercampur (tidak ada etnik yang menjadi majoriti di kawasan ini) telah jatuh ke tangan pembangkang walhal dalam pilihan raya-pilihan raya yang lepas, kawasan bercampur menjadi kubu kuat BN. Antaranya Nibong Tebal (46% Melayu, 38% Cina), Bayan Baru (41% Melayu, 48% Cina), Sungai Siput (36% Melayu, 40% Cina, 22% India), Gopeng (42% Melayu, 48% Cina) dan beberapa kawasan lagi. Walaubagaimanapun, apabila orang Melayu berjumlah 50% dan lebih dalam sesebuah kawasan pilihan raya, atau dengan lain perkataan orang Melayu semakin ramai, BN mendapat lebih banyak kerusi berbanding parti pembangkang. BN masih lagi mengekalkan kemenangannya di kawasan majoriti orang Melayu secara keseluruhannya terutama di negeri- negeri seperti Perlis, Melaka, N.Sembilan dan Johor. Tetapi di kawasan majoriti orang Melayu di Kedah, Kelantan dan beberapa kawasan lagi di Perak (Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang) atau di Selangor (Kuala Langat, Ampang, Gombak) atau di Kuala Lumpur (Lembah Pantai, Titiwangsa) dimenangi oleh parti pembangkang. Pilihan raya ini juga menyaksikan pertarungan yang agak sengit di kawasan bermajoriti Melayu di antara BN dan pembangkang. Dan rakyat telah memberikan sokongan yang signifikan kepada pembangkang tetapi masih lagi tidak dapat menundukkan kekuatan BN.

608

Page 12: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Etnik (%)

186 DO -

mm -

ccia -

torn -

JO 03 -

03 'bdfejf . • # , y 31 O eO0®1 - : L 0 o

- ^ 0 w$%>

0 - 0 o 0 oo \ 8 S 0

0 tf i

° % = ° 0

o / o 0 c Oo ° o \ o

/ D O \

7 o • <• ° \ / / 0 \ / / 0 \

1 °°n \ I / -n ...O. \ 1 E 1 ! 1

£0.03 W .00 m 00 80 3D ICG 00

Sokongan kepada parti (%)

s-afdus n

far fp.,Sftr»

ra6a>(& n

HI* 3! "-1.11 J&

r f f / 5ie» w&f.

* i d » is

*" "* n Is *- i f J

I T fab >p

MI* 11 - H I

*FF » " fc«-

Rajah 1: Sokongan Etnik Melayu kepada BN dan Pembangkang Etnik (%).

Sokongan undi oleh etnik Cina kepada parti BN dan pembangkang agak berbeza. Berdasarkan Rajah 2, sokongan orang Cina kepada BN mengatasi pembangkang apabila orang Cina di sekitar 30% dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Tetapi apabila orang Cina melebihi 30%, sokongan kepada pembangkang mengatasi sokongan kepada BN. Semakin meningkat orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya, semakin tinggi sokongan yang diperolehi oleh pembangkang. Dan bagi BN, semakin ramai orang Cina dalam kawasan pilihan raya semakin rendah sokongan yang mereka perolehi. Sokongan orang Cina kepada pembangkang dalam pilihan raya ini agak menarik perhatian kerana mereka telah menyokong calon pembangkang tanpa mengira etnik dan lebih cenderung mengundi berasaskan pakatan parti. Umpamanya di kawasan parlimen Batu Kawan yang mempunyai majoriti pengundi Cina (56%), dan di Ipoh Barat (64.5% pengundi Cina) kedua-dua calon DAP daripada etnik India telah menang. Begitu juga di kawasan bercampur yang pengundi Cina mempunyai bilangan yang agak ramai sehingga sekitar 30-40%, kecenderungan mereka adalah mengundi parti pembangkang. Umpamanya seperti di Sungai Siput (40.3% pengundi Cina), mereka

609

Page 13: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

memilih calon PKR yang berbangsa India, di Ampang yang mempunyai 34.12% orang Cina, mereka memenangkan calon Melayu daripada PKR, dan di Hulu Langat (37% pengundi Cina) mereka memberikan sokongan kepada orang Melayu daripada PAS. Begitu juga di Klang yang mempunyai 47.6% pengundi Cina, mereka telah memberikan sokongan penuh kepada calon DAP yang berbangsa India walaupun calon BN adalah berbangsa Cina. Satu contoh lagi ialah di Bandar Tun Razak yang mempunyai 39.47% pengundi Cina, pemenangnya adalah calon Melayu daripada PKR walaupun calon BN berbangsa Cina.

Etnik (%)

mm -

aftta -

4&0Q -

SftCCf -

0 0 0 -

CH

/

O O 0 0 0 ^ /

o o C' 0

o n 0 0 r.

O , i 0 o

0 JO Q

.0-® % * o

"""̂ P̂ a°tf ° °o

^ ^ . X I p̂ £1

° ° 0 "> 0 0 " ^ °

\

flCXi 40 X K i " f'OtC - cwx

Sokongan kepada parti (%)

U l l i I t

0 «« ! " <.hi t st t

•—~~ 1 Ml 1

U i i i

^ ! lilt ( 1

!l t*.

Rajah 2: Sokongan Etnik Cina kepada BN dan Pembangkang. Sokongan kepada parti (%) Etnik (%)

610

Page 14: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Analisis seterusnya adalah melihat sokongan orang Melayu kepada parti-parti secara individu. Rajah 3 jelas menunjukan sokongan kepada parti PKR semakin meningkat apabila semakin ramai orang Melayu di sesebuah kawasan pilihan raya. Bagi PAS dan UMNO, corak yang hampir sama dapat dilihat tetapi ternyata PAS mendapat lebih sokongan daripada orang Melayu berbanding UMNO. Sokongan orang Melayu kepada PAS dan UMNO meningkat apabila orang Melayu berada sekitar 60-70% bagi UMNO dan 70-80% bagi PAS, tetapi menurun apabila orang Melayu semakin bertumpu di sesebuah kawasan pilihan raya. Secara umumnya, PAS dan UMNO masih lagi bergantung sepenuhnya kepada sokongan orang Melayu kerana kedua-dua parti lebih banyak meraih kemenangan di kerusi yang mempunyai lebih daripada 50% orang Melayu. Umpamanya di Kelantan, kesemua 14 kerusi parlimen adalah majoriti Melayu dengan PAS meraih kemenangan di 9 kerusi dan UMNO menang di 2 kerusi. Begitu juga di Negeri Sembilan, daripada 8 kerusi parlimen, 5 adalah majoriti Melayu dan kesemuanya dimenangi oleh UMNO. Mereka mencapai kurang kemenangan apabila orang Melayu merupakan 10-30% daripada keseluruhan pengundi di sesebuah kawasan pilihan raya.

Etnik (%)

133.S0 -

mm -

mm -

«Kf -

i&eo -

/

/

f

1 nsa

<•• -3 O (fpi* ° . o 0

0 0 „ i "*<- 8 %-^

y—o-"^ 0 ^n 0

0 9 ? \ S> t o ° \

O ° 0 \ f.

o \

0 \

0

1 i ) «as mats BOOS

Sokongan kepada parti (%)

0

\

I KiQX!

O Ju I t I 1.

1 I

I I

• If *. «

I I t V

I I

i in » 1 »

RS2 0i«!*alK^D4a5

aSqQti!*ali i;-003S

Rajah 3: Sokongan Etnik Melayu kepada BN dan Pembangkang.

611

Page 15: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

Seterusnya adalah melihat pola sokongan orang Cina ke atas parti-parti secara individu. Rajah 4 menggambarkan sokongan pengundi Cina kepada parti MCA, GRM, DAP dan PKR. Hanya parti DAP dan PKR berhubungan secara positif dengan bilangan orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya, semakin ramai pengundi Cina dalam kawasan pilihan raya parlimen semakin meningkat sokongan kepada kedua-dua pati tersebut (DAP dan PKR). Tetapi bagi parti dalam kerajaan BN, MCA dan GRM., sokongan kepada mereka hanya memuncak apabila orang Cina berada di sekitar 40-60% daripada keseluruhan pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Apabila orang Cina semakin ramai dan membentuk majoriti (50% dan ke atas), sokongan kepada MCA dan GRM telah merosot dan sebaliknya sokongan kepada DAP dan PKR terus memuncak. Umpamanya di Pulau Pinang seperti di Bagan (70.7% adalah pengundi Cina, DAP mengalahkan calon MCA), Bukit Bendera (73.7% pengundi Cina, DAP menewaskan GRM), dan di Batu Kawan (56.1% pengundi Cina, calon DAP mengalahkan GRM). Begitu juga di Kuala Lumpur, di Kepong (90.3% adalah pengundi Cina dan calon DAP telah menewaskan calon GRM) dan di Cheras (84.1% adalah pengundi Cina, DAP telah menewaskan calon MCA).

Etnik (%)

«co -

mm -

60/M -

ilHKs •

X>39 "

arm -

o o

o ° 0

o 0 * 0

3

.. o ° 0

• / " V ^ °

// od>1<- \ ° 0 \ \

•3 \ \

\ \ \ v.

\ \

\ \ 1 i 1 " I i "

sum mm soaa mm saoo

Sokongan kepada parti (%)

O t i •> n

it t t H

it iL

* n

! 1 J* 4 *.

i J

Si i\x U ! i

1 1 if i s*

Rajah 4: Sokongan Etnik Cina kepada BN dan Pembangkang.

612

Page 16: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POUTIK ETNIK DALAM PILIHAN RAY A PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Analisis di atas jelas menunjukan sokongan kepada PKR sentiasa meningkat dalam kawasan pengundian yang majoriti pengundinya orang Melayu dan Cina. Kedua-dua kawasan yang berbentuk sedemikian membentuk hubungan yang positif dengan sokongan kepada PKR. Secara langsung ini membayangkan pengundi Melayu dan Cina telah cenderung memilih calon PKR tanpa mengira etnik calon terbabit. Ini lebih dibantu oleh ciri-ciri PKR sendiri yang dilihat sebagai parti yang bukan didominasi oleh etnik-etnik tertentu. Bagi parti yang didominasi oleh etnik Melayu seperti UMNO dan PAS (walaupun PAS menerima semua etnik yang beragama Islam), sokongan mereka masih berakar umbi kepada orang Melayu. Mereka masih lagi tidak dapat menembusi tembok etnik walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasi perkara tersebut. Tetapi bagi etnik Cina, terdapat perbezaan dalam corak sokongan kepada parti-parti. Walaupun parti-parti seperti MCA, GRM dan DAP didominasi oleh orang Cina, MCA dan GRM tidak mendapat sokongan sepenuhnya berbanding DAP yang mendapat lebih banyak sokongan apabila semakin ramai orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya. Boleh dikatakan, majoriti orang Cina pada pilihan raya parlimen 2008 telah menolak parti MCA dan GRM tetapi sebaliknya memberikan sokongan yang tinggi kepada DAP. Begitu juga dengan orang Cina, mereka masih mengekalkan'status quo' dengan lebih memberikan undi kepada parti yang berasaskan etnik Cina (pengecualian kepada PKR). Adakah ini bermakna politik etnik sudah pudar di Malaysia? Analisis seterusnya akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Analisis korelasi antara sokongan kepada BN dan parti pembangkang dengan komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya: berakhirnya politik etnik?

Analisis korelasi adalah untuk membuktikan wujudnya hubungan di antara dua pembolehubah dan bentuk hubungan kedua-duanya. Untuk bahagian ini dua pemboleh ubah yang dilihat adalah sokongan kepada BN dan pembangkang, serta komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya Analisis pertama yang dilaksanakan adalah sokongan kepada BN dan komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya. Jadual 4 memperlihatkan hubungan tersebut.

Jadual 4: Korelasi antara Sokongan kepada BN dengan Komposisi Etnik dalam Pilihan Raya Parlimen 2008.

Korelasi Pearson

Signifikan (2-tailed)

N

Melayu

.044

.513

222

Cina

-.245(**)

.000

222

India

-.205(")

.002

222

Lain bangsa

.118

.079

222

** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

613

Page 17: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Sokongan kepada BN mempunyai hubungan yang signifikan dan negatif dengan komposisi etnik Cina dan India tetapi tidak berhubung secara signifikan dengan komposisi etnik Melayu dan Iain-lain etnik. Secara langsung ia menggambarkan komposisi etnik Melayu dan Iain-lain etnik dalam kawasan pilihan raya parlimen kurang penting kepada sokongan untuk BN. Bentuk hubungan yang negatif ini memberikan gambaran yang semakin ramai orang Cina dan India dalam kawasan pilihan raya maka semakin rendah sokongan yang diperolehi oleh BN. Adakah ini bermaksud, dalam pilihan raya parlimen 2008, formula muafakat dalam kerajaan BN semakin longgar dan semakin tidak stabil? Komposisi orang Melayu sudah kurang penting kepada sokongan untuk BN, dan orang Cina serta India sudah tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN. Adakah ini juga petanda yang jelas rakyat kepada parti pemerintah BN untuk memperbaiki prestasi mereka dalam pemerintahan? Adakah pihak pemerintah BN sudah memahami isyarat ini? Dan lebih penting, adakah pengundi melihat pakatan BN hanya memberikan keuntungan kepada orang Melayu semata-mata?

Seterusnya analisis kedua cuba melihat hubungan antara sokongan kepada pembangkang dengan komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya (Jadual 5).

Jadual 5: Korelasi antara Sokongan kepada Pembangkang dengan Komposisi Etnik dalam Pilihan Raya Parlimen 2008

Korelasi Pearson

Signifikan (2-tailed)

N

Melayu

.301

.000

222

Cina

.456(**)

.000

222

India

.446(**)

.000

222

Lain bangsa

.219(**)

.001

222

** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

Analisis ini menghasilkan keputusan yang agak menarik kerana kesemua etnik menunjukan hubungan yang signifikan dengan sokongan kepada pembangkang dan ia adalah positif kecuali bagi Iain-lain bangsa. Ini membawa maksud komposisi etnik Melayu, Cina dan India amat penting dan relevan kepada sokongan untuk pembangkang, dan hubungan yang positif bermakna semakin ramai orang Melayu, Cina dan India dalam kawasan pilihan raya maka semakin tinggi sokongan yang diperolehi oleh parti pembangkang. Pengundi tanpa mengira etnik telah memberikan sokongan penuh kepada calon pembangkang tanpa mengira etnik ealon-ealon tersebut. Keberanian mereka merupakan satu tanda rakyat telah berani membuat perubahan untuk menafikan majoriti 2/3 kerusi parlimen yang sentiasa dimenangi oleh BN. Politik etnik yang sentiasa menjadi petanda dalam politik Malaysia seolah-olah suram apabila melihat kepada corak pengundian kepada pihak pembangkang. Adakah rakyat Malaysia dapat menerima kemuafakatan politik pihak pembangkang walaupun ia tidak dibina atas asas pakatan yang utuh? Apakah pengundi sudah begitu matang apabila memenangkan parti pembangkang di 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?

Analisis korelasi antara sokongan kepada parti secara individu dengan komposisi etnik dalam kawasan pilihan raya: pengukuhan kepada politik etnik?

614

Page 18: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PILIHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Apabila dianalisis parti secara individu, pengundian bercorak etnik dapat dilihat dengan jelas (Jadual 6). Parti politik yang memperjungkan agenda etnik masing-masing masih lagi menjadi pilihan etnik yang mereka wakili. Analisis ini telah menguatkan pandangan yang dikemukakan oleh beberapa penulis seperti yang dibincangkan terdahulu yang berpendapat politik etnik menjadi identiti bagi percaturan politik di Malaysia. Parti yang memperjuangkan orang Melayu seperti UMNO dan PAS (walaupun PAS menerima semua etnik asalkan beragama Islam) masih bergantung kepada undi dan sokongan orang Melayu untuk berkuasa. Hubungan komposisi orang Melayu dengan sokongan kepada UMNO dan PAS adalah signifikan dan positif. Ini membawa maksud, semakin ramai orang Melayu dalam sesebuah kawasan pilihan raya maka semakin tinggi sokongan yang akan diperolehi oleh kedua-dua parti tersebut. Manakala komposisi orang Cina juga signifikan dengan sokongan kepada UMNO dan PAS tetapi berhubung secara negatif. Semakin bertumpu orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya tetapi sokongan kepada UMNO dan PAS semakin menurun. Komposisi orang India juga signifikan kepada sokongan untuk UMNO tetapi hubungannya adalah negatif yang membawa implikasi yang sama dengan sokongan orang Cina kepada UMNO.

Manakala bagi parti-parti yang berasaskan etnik Cina seperti DAP, MCA dan GRM, komposisi orang Cina adalah signifikan kepada sokongan yang mereka perolehi dan hubungannya adalah positif. la memberi maksud, semakin ramai orang Cina dalam sesebuah kawasan pilihan raya maka sokongan kepada ketiga-tiga parti semakin besar. Komposisi orang Melayu juga signifikan kepada DAP tetapi hubungannya adalah negatif yang mana dalam kawasan majoriti orang Melayu, sokongan kepada DAP adalah kecil. Bagi MCA dan GRM, komposisi orang Melayu dalam kawasan pilihan raya tidak begitu penting kepada sokongan yang mereka raih dalam pilihan raya. Sementara itu, komposisi orang India juga adalah signifikan kepada sokongan yang diraih oleh DAP, MCA dan GRM serta hubungannya adalah positif. Semakin bertumpu orang India dalam kawasan pilihan raya maka lebih tinggi sokongan yang diperolehi oleh ketiga-tiga parti. Analisis parti secara individu masih memperlihatkan kecenderungan pengundi untuk memilih parti yang memperjuangkan aspirasi dan keperluan etnik masing-masing dan sekaligus menggambarkan politik etnik masih lagi berlaku dalam pentas politik negara.

Jadual 6: Korelasi antara Sokongan kepada Parti Secara Individu dengan Komposisi Etnik dalam Kawasan Pilihan Raya Parlimen 2008

Sokongan kepada parti/Etnik

UMNO

PAS

DAP

MCA

GRM

Komposisi Melayu (%)

.571(**)

.618(**)

-.352(**)

-.077

-.060

Komposisi Cina (%)

-.456(**)

-.396(**) .759(**)

.418(")

.236(**)

Komposisi India (%)

-.173(") -.102

.278(**)

.291(**)

.190(")

Komposisi Lain-lain (%)

-.061

-.040

-.057

-.079

-.009

** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

615

Page 19: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

KESIMPULAN

Berbangkit daripada perbincangan di atas, adakah fenomena pengundian kepada pakatan kerajaan dan pembangkang akan membawa kepada pembentukan dua sistem parti politik di Malaysia, BN dan barisan/pakatan pembangkang/rakyat? Agak terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut walaupun pengundi telah menyatakan pendapat mereka dan berkecenderungan tinggi untuk memilih barisan/parti pembangkang tadi. Yang lebih penting adalah mengapa rakyat melakukan corak pengundian yang sedemikian. Adakah mereka sudah bersedia menerima sesebuah parti yang tidak memperjuangkan ideologi etnik masing-masing dan sekaligus mampu menghapuskan politik etnik?. Namun begitu, analisis di atas mencadangkan politik etnik masih lagi berlaku dalam pilihan raya kali ini. Atau adakah sebab lain yang agak relevan yang menyebabkan rakyat membuat corak pengundian sedemikian? Berdasarkan latar belakang sosio-politik semasa, faktor kelemahan BN dilihat sebab utama kekalahan BN dalam pilihan raya 2008. BN tidak dapat menyelesaikan masalah malah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selesa dengan kenaikan bahan api dan barangan keperluan harian, aspek keselamatan yang tidak terjamin di samping penyelewengan kuasa dan skandal-skandal yang dilakukan oleh pimpinan BN. Parti-parti komponen juga menghadapi masalah seperti MIC yang tidak berupaya meningkatkan taraf hidup etnik India, MCA dan GRM yang dilanda krisis dalaman dan dilihat tunduk kepada UMNO dan UMNO sendiri yang menghadapi krisis kepimpinan. PM Abdullah dilihat 'kurang tegas' berbanding bekas PM Dr. Mahathir dan mendapat nasihat yang tidak betul daripada kumpulan penasihat muda. Rangkuman kesemua faktor ini menyebabkan BN tidak dapat mempertahankan prestasi cemerlang mereka dalam pilihan raya 2004.

RUJUKAN

Blais, A dan Massicotte, L.( 19960. Electoral system. Dalam Le Due, L., Niemi, R.G. dan Norris, P. Comparing democracies : elections and voting in global perspective. California: Sage. 49-81.

Brown, G..K. (2005). Playing the (non) ethnic card: The electoral system and ethnic voting patterns in Malaysia. Ethnopolitics 4/4: 429-445.

Budge, I, Crewe, I, McKay, D. dan Newton, K. (2001). The new British politics. Essex: Longman.

Hague, R. dan Harrop, M. (2001). Comparative government and politics, Hampshire: Palgrave.

Johnston, R., Pattie, C, Dorling, D. dan Rossiter, D. 2001. From votes to seats - the operation of the UK electoral system since 1945, Manchester: Manchester University Press.

Maznah Mohamad. (2003). The contest for Malay votes in 1999: UMNO's most historic challenge. Dalam Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu (edt). New politics in Malaysia, Singapore. Institute of Southeast Asia Studies. 66-86.

Mc Gee, T.G. (1962). The Malayan elections of 1959: A study in electoral geography. The Journal of Tropical Geography 16: 70-99.

Mohd. Fuat Mat Jali dan Sabihah Osman.(2002). Politik wilayah dan politik nasional dalam pilihan raya umum 1999. Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt). Politik baru dalam pilihan raya umum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 117-146.

616

Page 20: POLITIK ETNIK DALAM PILIHANRAYA

POLITIK ETNIK DALAM PIUHAN RAYA PARLIMEN 2008 DI MALAYSIA

Ng Tien Heng.(2003). The contest for Chinese votes: politics of negotiation or politics of pressure?. Dalam Francis Loh Kok Wah dan Johan Saravanamuttu (edt). New politics in Malaysia, Singapore. Institute of Southeast Asia Studies. 87-106.

Nohlen, D, Grotz, F dan Hartmann, C (edt). (2001). Elections in Asia and the Pacific. A data handbook. Oxford: Oxford University Press.

Ratnam, K.J. (1965). Communalism and the political process in Malaya. Singapore: University of Malaya Press.

Rizal Yaakop dan Jumaat Abd. Moen. (2002). Politik etnik dan perkembangan politik baru. Dalam Mohd. Yusof Kasim dan Azlan Ahmad (pnyt). Politik baru dalam pilihan raya umum. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 61-91

Rose, R. (2000). Politics in England. Dalam Almond, G.A, Powell, G.B, Strom, K. dan Dalton, R.J. Comparatives politics today. New York: Longman. 161-212.

Taylor, P.J. dan Johnston R.J. (1979). Geography of elections. Middlesex: Penguin Book.

Vasil, R.K. (1971). Politics in plural society': a study of non-communal politcal parties in West Malaysia, Kuala Lumpur: Oxford University Press.

AMER SAIFUDE GHAZALI, Jabatan Geografi Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia asaifude @ um.edu.my

617