Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

83
PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

Transcript of Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Page 1: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

PENGENALAN KEPADA PEMASARAN

Page 2: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

PENGERTIAN PEMASARAN

Maksud Pemasaran

1. Pemasaran ialah aktiviti-aktiviti perniagaan yang dilakukan untuk menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.

Page 3: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

2. Melalui aktiviti pemasaran, barang-barang dan perkhidmatan dapat diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna untuk memberi kepuasan kepada pengguna dengan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Page 4: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Pemasaran mempunyai sifat-sifat yang berikut : a) Ia berhubung dengan tugas-tugas pengurusan

dalam memperdagangkan keluaran.b) Ia mengalirkan barang-barang dan

perkhidmatan c) Keluaran adalah untuk mencapai matlamat

keuntungan atau faedah kepada pengeluar dan pengguna.

Page 5: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Permintaan Sesuatu Produk dengan keperluan dan kehendak

1. Manusia mempunyai banyak keperluan dan kehendak manusia, pelbagai produk telah dikeluarkan oleh pengeluar.

2. Maka pengeluaran sesuatu produk adalah berorientasikan permintaan pengguna.

3. Hubungan antara konsep permintaan dengan keperluan dan kehendak dapat ditunjukkan oleh rajah di bawah.

Page 6: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Keperluan dan Kehendak -> mewujudkan Permintaan -> mewujudkan Pengeluaran

4. Oleh itu, untuk memastikan produk yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna, para pengeluar perlu mengkaji gelagat pengguna.

Page 7: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

5. Misalnya pengeluar perlu mematuhia) Apakah produk yang diminati pengguna?b) Di manakah pengguna membeli?c) Apakah harga yang sanggup dibayar oleh

pengguna?d) Bagaimana menarik pengguna untuk membeli?e) Berapa banyakkah pengguna membeli?f) Bilakah pengguna membeli?g) Mengapakah pengguna membeli?

Page 8: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Perbezaan antara Jualan dan Pemasaran

Jualan1. Jualan adalah aktiviti pertukaran hak milik

sesuatu produk antara penjual dan pembeli.2. Tujuan jualan adalah mendapat keuntungan

yang maksimum. Oleh itu, penjual akan berusaha untuk melariskan produknya.

3. Jualan tidak mementingkan kualiti barang.

Page 9: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Pemasaran

1. Pemasaran ialah kegiatan menyalurkan barang-barang atau perkhidmatan daripada pengeluar dan pengguna.

2. Pemasaran lebih tertumpu kepada memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, pengguna akan membeli barang atau perkhidmatan jika pengeluar dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Page 10: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Pemasaran mementingkan kualiti barang.4. Perbezaan antara jualan dengan pemasaran :

Aspek Jualan Pemasaran

a) Definisi Pertukaran hak milik barang antara penjual dengan pembeli.

Kegiatan menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir.

b) Tujuan Memaksimumkan keuntungan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

c) Kualiti barang Tidak mementingkan kualiti barang

Mementingkan kualiti barang.

Page 11: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Fungsi Pemasaran

1. Pemasaran memainkan peranan dalam memasarkan produk. Tanpa pemasaran, produk tidak dapat sampai ke pengguna akhir.

2. Dua fungsi pemasaran : a) Membantu pengeluar mewujudkan sistem

pasaran yang cekapi) Pemasaran mengandungi rangkaian perniagaan yang terdiri daripada pengeluar, pemborong, dan peniaga dalam memasarkan produk kepada pengguna.

Page 12: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Semakin luas rangkaian perniagaan ini, semakin ramai pengguna dapat mengetahui tentang sesuatu produk di pasaran, maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu sistem pemasaran yang cekap.

Page 13: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Meningkatkan jualan atau permintaan

i) Pemasaran yang berkesan dapat meningkatkan permintaan produk kerana ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

ii) Peningkatan permintaan pengguna dapat meningkatkan jualan dan keuntungan peniaga.

Page 14: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Mengenal Pasti Fungsi Pemasaran

1. Fungsi pemasaran melibatkan bidang yang luas. Rajah di bawah menunjukkan fungsi pemasaran.

Fungsi Pemasaran

Teknik Pemasaran

Peranan Agensi Pemasaran

Strategi Pemasaran

Konsep Pemasaran

Page 15: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

a) Konsep pemasaran memberi gambaran umum tentang bagaimana sesuatu produk dipasarkan.

b) Strategi pemasaran meliputi sasaran pasaran dan campuran pemasaran. Ia melibatkan kebolehan pengeluar meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pemasaran.

c) Teknik pemasaran merujuk kepada cara yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk.

d) Peranan agensi pemasaran pula menerangkan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam aktiviti pemasaran.

Page 16: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Objektif dan Aktiviti Pemasaran

1. Objektif pemasaran adalah satu pernyataan yang menentukan apakah yang perlu dicapai melalui aktiviti pemasaran.

2. Setiap pengeluar barang atau perkhidmatan mempunyai satu set objektif atau matlamat yang hendak dicapai.

Page 17: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Objektif Pemasaran

1. Menawarkan barang atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

2. Memaksimumkan keuntungan.3. Mengharapkan produk berada lama di

pasaran.

Page 18: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

4. Objektif pemasaran perlu juga menyatakan tempoh masa pencapaian objektif tersebut.5. Strategi pemasaran yang dijalankan haruslah mempunyai matlamat yang sama dengan objektif pemasaran.

Page 19: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Aktiviti Pemasaran1. Jadual di bawah menerangkan aktiviti pemasaran.

Aktiviti pemasaran Penerangana) Perniagaan Kegiatan membeli dan

menjual untuk mendapat keuntungan

b) Pergudangan Kegiatan menyimpan barang dalam gudang atau stor.Melibatkan aktiviti akhir seperti menimbang, , menggred, membungkus, menjenama, dan melabel barang.

c) Pengangkutan Kegiatan mengagihkan barang dari suatu tempat ke tempat yang memerlukannnya.

d) Promosi Kegiatan memperkenalkan barang melalui aktiviti pengiklanan, promosi jualan, jualan langsung dan publisiti.

Page 20: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Masalah Pemasaran

1. PesaingPengeluar menghadapi pesaing-pesaing yang mengeluarkan barang-barang yang sama untuk dipasarkan.2. Contohnya pengeluar telefon bimbit mempunyai

banyak pesaing seperti Nokia, Motorola, Sony Ericson, dan sebagainya.

3. Pengeluar harus memahami aktiviti dan kelebihan pesaing supaya berupaya membentuk strategi pemasaran yang berkesan.

Page 21: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

4) Antara strategi yang boleh dilakukan adalah mereka bentuk produk yang berkualiti, menjual pada harga yang berpatutan, menjalankan promosi secara menyeluruh, dan memberikan perkhidmatan selepas jualan bagi menarik pengguna untuk membelinya.

Page 22: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

2. Keadaan Ekonomi

a) Keadaan ekonomi sama ada melambung atau meleset akan mendatangkan kesan kepada aktiviti pemasaran.

b) Semasa ekonomi negara melambung, pendapatan pengguna meningkat, maka kuasa beli pengguna turut meningkat. Hal ini akan meningkatkan jualan perniagaan. Pengeluaran yang dilakukan pada masa ini akan menarik pelanggan untuk membeli.

Page 23: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Sebaliknya, ketika ekonomi negara meleset, pengangguran meningkat, pendapatan pengguna menurun. Hal ini menyebabkan kuasa beli pengguna jatuh. Kesannya, pengguna akan mengurangkan pembelian barangan dan ini akan menjejaskan jualan perniagaan. Pengeluaran barangan pada masa ini tidak akan dapat sambutan daripada pengguna.

Page 24: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Masalah lain

a) Kehendak tidak terhad : Terdapat had bagi seseorang pengeluar untuk memenuhi kehendak pengguna yang tidak terhad.

b) Bercanggar tujuan : Memuaskan kehendak satu golongan masyarakat, pengeluar ada kalanya menimbulkan ketidakpuasan kepada golongan yang lain.

c) Barangan tidak tahan lama: Sesetengah barang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan tidak tahan lama dan perlu dipasarkan dalam jangka masa yang singkat.

Page 25: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

d) Cita rasa : Cita rasa pengguna sentiasa berubah mengikut perubahan masa seperti fesyen pakaian.

e) Ketidakstabilan harga : Harga sesetengah barang tidak stabil, iaitu sering berubah sama ada naik atau turun.

Page 26: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Strategi Pemasaran

1. Strategi Pemasaran ialah usaha atau perancangan yang dijalankan untuk mencapai objektif pemasaran secara lebih baik dan berkesan.

2. Strategi pemasaran melibatkan perancangan pemasaran yang strategik dan dinamik.

3. Dua faktor penting dalam pelaksanaan strategi pemasaran ialah :

a) Sasaran pasaranb) Campuran pemasaran

Page 27: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

4. Dalam pelaksanaan strategi pemasaran, sasaran pasaran(marketing target) merupakan kumpulan pengguna yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama.

5. Dengan adanya pengetahuan tentang ciri-ciri dan kehendak pengguna, pengeluar dapat memasarkan keluarannya dengan lebih berkesan.

Page 28: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

6. Campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, harga, promosi, dan tempat memainkan peranan yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan.

7. Promosi yang berkesan dan tempat yang sesuai dapat membantu meningkatkan jualan sesuatu produk.

8. Penentuan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna akan dapat meningkatkan permintaan terhadap sesuatu keluaran.

Page 29: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Sasaran Pasaran

1. Sasaran pasaran ialah usaha untuk mendapatkan bakal pelanggan bagi sesuatu produk.

2. Pengeluar akan memecahkan pasaran yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai keperluan dan kehendak yang berlainan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri-ciri dan kehendak yang sama.

Page 30: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Misalnya sasaran pasaran mungkin terdiri daripada kumpulan kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, kumpulan wanita, lelaki dan sebagainya.

4. Para pengeluar mendapati adalah sukar untuk menarik semua orang dengan suatu produk atau perkhidmatan. Sebaliknya aktiviti pemasaran lebih mudah dijalankan dengan membahagikan pasaran kepada kumpulan tertentu.

Page 31: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

5. Contohnya, sasaran pasaran bagi barang kosmetik ialah kumpulan wanita. Untuk menarik kumpulan ini membeli produk kosmetik, pengeluar boleh membuat pengiklanan dalam majalah wanita.6. Para pengeluar perlu menentukan sasaran pasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti pemasaran yang lain.

Page 32: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

7. Sasaran pasaran akan menentukan strategi pemasaran yang lain serta kejayaan atau kegagalan strategi pemasaran yang lain.

Page 33: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Campuran Pemasaran

1. Campuran pemasaran juga dikenal sebagai “4P” kerana setiap elemen pemasaran bermula dengan huruf “P” dalam Bahasa Inggeris, iaitu product, price, place dan promotion.

2. Campuran pemasaran ialah gabungan empat komponen pemasaran, iaitu produk, harga, tempat, dan promosi.

Page 34: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Untuk memastikan kejayaan perniagaan, para pengeluar perlu membuat perancangan yang rapi terhadap campuran pemasaran yang bakal digunakan untuk mencapai matlamat mereka, iaitu keuntungan dan kepuasan pengguna yang optimum.

Page 35: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Elemen Campuran Pemasaran

1. Empat elemen campuran pemasaran:a) Produkb) Hargac) Tempatd) Promosi

Page 36: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Produk

1. Produk merangkumi barang-barang berbentuk fizikal dan bukan fizikal(perkhidmatan).

a) Produk berbentuk fizikal adalah seperti alat-alat elektrik dan pakaian.

b) Manakala produk berbentuk bukan fizikal terdiri daripada perkhidmatan seperti perkhidmatan guru, doktor dan guaman.

Page 37: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

2. Produk mesti mempunyai ciri-ciri yang dapat memenuhi kehendak pengguna supaya ada permintaan terhadapnya di samping memberi keuntungan yang maksimum kepada perniagaan.3. Ciri-ciri produk yang baik :a) Kualitii) Kualiti produk meliputi ketahanan, kebolehpercayaan produk, kemudahan penggunaan, dan pembaikan serta lain-lain sifat yang bernilai yang terdapat pada sesuatu produk.

Page 38: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Produk yang berkualiti tinggi akan menarik minat pembeli untuk membeli dan memberi lebih kepuasan kepada pengguna yang membelinya.iii) Produk yang berkualiti tinggi dapat menjamin pasaran kerana pengguna tetap akan membelinya walaupun harga produk lebih tinggi berbanding dengan produk yang kurang berkualiti.

Page 39: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Jenama

i) Jenama adalah nama atau identiti sesuatu produk. Ia terdiri daripada perkataan, simbol, reka bentuk, atau gabungan kesemua ini.

ii) Jenama sesuatu produk dapat membezakan produk pengeluar dengan produk yang lain di pasaran.

iii) Penjenamaan produk adalah penting kerana pengguna melihat jenama sebagai salah satu faktor dalam membuat pemilihan barang.

Page 40: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iv) Jenama produk yang sudah terkenal biasanya akan memberi nilai tambah kepada produk berkenaan. Contoh jenama yang terkenal ialah Rolex(jam tangan), Prada(kasut dan beg), Coca-cola(minuman), dan Mercedes(motokar).

Page 41: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Pembungkusan

i) Pembungkusan merujuk kepada aktiviti membungkus produk untuk menambah daya tarikan produk dan memberi perlindungan kepada produk tersebut.

ii) Antara ciri pembungkusan yang baik adalah ia mestilah menarik, tidak mudah pecah, mudah diangkut dan disimpan, serta mengandungi semua maklumat tentang barang tersebut.

Page 42: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Kaedah pembungkusan yang biasa digunakan adalah menggunakan kertas, plastik, kotak, bekas tin, dan sebagainya.iv) Pembungkusan yang menarik akan memikat pengguna dan seterusnya mempengaruhi mereka untuk membeli.

Page 43: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

d) Jaminan dan khidmat sampingan

i) Jaminan merujuk kepada tanggungjawab pengeluar terhadap produk yang dihasilkan. Pengguna akan berasa lebih selamat dan yakin apabila produk tersebut mempunyai jaminan pengeluar.

ii) Khidmat sampingan ialah perkhidmatan tambahan yang diberi oleh pengeluar dan penguna seperti perkhidmatan selepas jualan, perkhidmatan penyenggaraan berkala, perkhidmatan pembaikan, dan sebagainya.

Page 44: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Jaminan dan khidmat sampingan yang ditawarkan oleh pengeluar juga membolehkan pengguna membuat pertanyaan atau aduan apabila berlaku masalah terhadap penggunaan produk tersebut.

Page 45: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Perbezaan pemasaran barang dengan perkhidmatan :

Barang Perkhidmatan

1. Produk – dalam bentuk fizikal, iaitu boleh dilihat.

1. Kemahiran atau kebolehan diri.

2. Harga – biasanya berasaskan faktor seperti kos, persaingan dan permintaan.

2. Biasanya berasakan kepada kemahiran dan pengalaman.

3. Promosi - Cara promosi adalah banyak seperti pengiklanan, jualan langsung, pemberian sampel dan demonstrasi.

3. Cara promosi adalah terhad dan ada sesetengah perniagaan profesional seperti doktor dan guaman tidak dibenarkan mengiklankan langsung.

4. Agihan – ada pelbagai jenis saluran agihan yang sesuai mengikut jenis keluaran.

4. Ada hubungan terus antara pemberi perkhidmatan dengan pengguna.

Page 46: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Harga

1. Harga merupakan kos kepada pembeli untuk memiliki barang-barang atau perkhidmatan.

2. Harga yang ditentukan seharusnya berpatutan kerana jika menetapkan harga terlalu tinggi akan mengurangkan jualan manakala harga yang terlalu rendah akan menjejaskan keuntungan.

Page 47: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Dalam penetapan harga, faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar ialah : a) Permintaan Pengguna

i) Jika permintaan pengguna terhadap sesuatu produk adalah tinggi, maka pengeluar boleh menjual produk tersebut dengan harga yang tinggi supaya untung dapat dimaksimumkan.

Page 48: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Sebaliknya, jika permintaan pengguna terhadap sesuatu produk adalah rendah, strategi peletakan harga yang sesuai ialah menjual pada harga yang rendah.b) Kosi) Harga sesuatu barang dipengaruhi oleh kos. Kos yang tinggi akan meningkat harga jualan dan sebaliknya kos yang rendah akan menurunkan harga jualan.

Page 49: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Biasanya sebelum harga jualan seunit ditentukan, kos pengeluaran seunit perlu dihitung terlebih dahulu.iii) Pengeluar biasanya menetapkan jualan berdasarkan peratus keuntungan yang dikehendaki.

Harga = Kos Pengeluaran seunit + % keuntungan

Page 50: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Persaingan

i) Persaingan antara pengeluar di pasaran akan menetapkan suatu paras harga yang diterima umum oleh semua pengeluar.

ii) Harga pasaran ini akan menjadi panduan kepada pengeluar untuk menetapkan harga jualannya.

iii) Pengeluar boleh memilih untuk meletakkan harganya mengikut harga pasaran, lebih tinggi ataupun lebih rendah daripada harga pasaran.

Page 51: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Mesej penting

Di Malaysia, barang kawalan seperti beras, tepung, gula, dan minyak tertakluk kepada Akta Kawalan Harga 1946. Para pengguna tidak boleh menjual barang tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Page 52: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

4. Dalam proses penentuan harga, pengeluar harus membuat keputusan sepertin yang berikut :a) Tingkat hargab) Kadar diskaunc) Tempoh bayarand) Syarat-syarat kredit

Page 53: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Kesalahan lazim x (Salah) (Betul

Murid menganggap kesan harga psikologi seperti harga RM 59.90akan memberi kesan yang sama kepada pembeli.

Harga psikologi yang diletakkan pada RM 59.90 adalah lebih berkesan kerana bakal pembeli akan menyatakan “ tak sampai enam puluh ringgit”

Page 54: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Tempat

1. Pemilihan tempat yang sesuai untuk memasarkan produk adalah penting kerana kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan amat bergantung kepada faktor ini.

2. Tempat yang dipilih haruslah strategik, senang dikunjungi dan selesa.

3. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pengeluar sebe;um menentukan tempat perniagaan yang sesuai ialah:

Page 55: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

a) Jenis Perniagaan

i) Jenis perniagaan akan mempengaruhi keputusan memilih tempat perniagaan.

ii) Misalnya perniagaan runcit besar-besaran perlu dijalankan di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk.

iii) Perniagaan yang melibatkan pasaran luar negara biasanya ditempatkan di kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan.

Page 56: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Modal

i) Pengusaha perniagaan yang mempunyai modal yang besar boleh menjalankan perniagaannya di kawasan yang strategik seperti di pusat bandar yang menjadi tumpuan orang ramai.

ii) Jika modal perniagaan adalah kecil, perniagaan mungkin tidak dapat dijalankan di kawasan-kawasan di mana kos sewa dan gaji pekerja adalah tinggi.

Page 57: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Perniagaan

i) Persaingan adalah faktor penting dalam pemilihan tempat perniagaan. Oleh itu, peniaga harus mengetahui kebolehannya untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain di tempat tersebut.

ii) Tempat yang mempunyai persaingan yang hebat memerlukan strategi pemasaran yang dapat menarik pelanggan.

Page 58: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Antara faktor yang perlu dikaji ialah bilangan pesaing, promosi yang dijalankan oleh pesaing, kelebihan dan kekurangan pesaing.

Page 59: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

d) Jenis Pelanggan

i) Pelanggan adalah berbeza dari segi jantina, agama, budaya, umur, persepsi, tingkat pendidikan dan pendapatan.

ii) Perbezaan ini akan mempengaruhi seseorang pelanggan membuat keputusan untuk membeli.

iii) Oleh itu, faktor pelanggan perlu dikaji dan dikenal pasti sebelum memilih tempat perniagaan supaya keperluan dan kehendak pengguna dapat dipenuhi.

Page 60: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

e) Kemudahan infrastuktur

i) Tempat perniagaan yang baik perlu mempunyai kemudahan infrastruktur seperti tempat letak kereta, bekalan air, elektrik, serta sistem pengangkutan dan komunikasi.

ii) Kemudahan-kemudahan ini akan memudahkan peniaga dan pelanggan.

Page 61: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

f) Undang-undang dan peraturan

i) Pihak berkuasa tempatan biasanya akan menetapkan undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peniaga.

ii) Maka segala aktiviti perniagaan yang dijalankan haruslah mematuhi undang-undang dan peraturan tempat tersebut.

Page 62: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Promosi

1. Promosi merupakan usaha yang dijalankan oleh pihak penjual untuk mewujud, melariskan, dan mengekalkan pasaran bagi sesuatu keluaran.

2. Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk akan menentukan kejayaan produk tersebut di pasaran.

Page 63: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

3. Antara matlamat promosi adalah seperti berikut:a) Memberitahu pelanggan tentang produk baru.b) Memujuk pelanggan membeli produknya.c) Meningkatkan penggunaan produk yang telah

lama berada di pasaran.d) Meningkatkan dan meluaskan jualan di pasaran.e) Mengekalkan imej produk di pasaran.f) Mengatasi pesaing-pesaing yang menjual barang

yang sama.

Page 64: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

4. Cara promosi:a) Pengiklanan

i) Pengiklanan ialah bentuk persembahan yang dapat menyampaikan mesej produk dengan menggunakan pelbagai media seperti surat khabar, majalah, poster, radio, televisyen, papan iklan, dan internet.

Page 65: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Pengiklanan boleh diulangi beberapa kali supaya para pembeli mengenali jenama dan produk pengeluar dengan mudah.iii) Pengiklanan dapat dibahagikan kepada:a) Iklan peneranganb) Iklan memujukc) Iklan mengingat.

Page 66: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

Iklan Penerangan

• Menyampaikan penerangan atau maklumat tentang sesuatu jenis barang atau perkhidmatan.

• Tidak bertujuan mempengaruhi pengguna untuk membeli.• Contoh : Iklan kerajaan “ Jauhi Dadah”.Iklan Memujuk

• Menggunakan pelbagai cara untuk memujuk pengguna supaya mereka membeli produk yang diiklankan.

• Menunjukkan kelebihan produk yang diiklankan.

• Contoh : Iklan kosmetik “ Krim ini akan nmenjadikan kulit anda putih dan halus macam kulit bayi”

Iklan Mengingat

• Mengingatkan pengguna tentang sesuatu produk di pasaran supaya mereka mengekalkan penggunaan barangan tersebut.

• Contoh : iklan ubat gigi “Baik untuk gigi anda”.

Page 67: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Jualan Langsung

i) Dilakukan oleh tenaga jualan pengeluar secara terus kepada pelanggan dengan mengunjungi rumah atau pejabat pelanggan.

ii) Latihan dan teknik memujuk akan diajar kepada jurujual sebelum mereka menjumpai pelanggan.

iii) Jualan langsung membolehkan pengeluar menjalin hubungan yang erat dengan pelanggan dan pelanggan boleh memberi maklum balas secara langsung kepada jurujual.

Page 68: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Promosi Jualan

i) Promosi jualan merupakan insentif untuk menggalakkan pembelian sesuatu produk. Promosi jualan yang biasa dilakukan adalah seperti memberi kupon, hadiah percuma, pemberian diskaun dan cabutan bertuah.

ii) Promosi jualan dapat meningkatkan jualan.

Page 69: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

d) Publisiti

i) Publisiti merujuk kepada promosi sesuatu produk yang dilakukan oleh pihak tertentu seperti pakar dalam bidang produk itu tetapi tidak ada kepentingan dengan pengeluar.

ii) Publisiti boleh dilakukan oleh pakar tersebut dalam bentuk rencana, sesi dialog atau berita.

iii) Publisiti dapat meningkatkan jualan kerana pengguna lebih percaya kepada pakar daripada pengeluar.

Page 70: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

5.5.4.Kepentingan Campuran Pemasaran

1. Elemen campuran pemasaran memainkan peranan yang penting kerana setiap elemen campuran pemasaran dapat membantu peniaga mencapai matlamatnya.

2. Antara kepentingannaya ialah : a) Memperkenalkan produkAktiviti promosi yang bersesuaian dapat memperkenalkan produk kepada pelanggan dan seterusnya menggalakkan jualan dan keuntungan.

Page 71: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Menarik minat pembeliProduk yang berkualiti dengan jenama yang sudah dikenali ramai, serta pembungkusan yang menarik mampu menarik minat pembeli untuk membeli produk tersebut.c) Meningkatkan jualan.Tempat yang strategik dan selesa, mudah menjadi tumpuan pelanggan.d) Keuntungan yang tinggiPerletakan harga produk yang bersesuaian dengan kualiti produk dapat menggalakkan pembelian dan melariskan jualan.

Page 72: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

5.5.5 Tempat yang sesuai untuk memasarkan sesuatu produk

1. Lokasi memasarkan produk adalah amat penting kerana ia dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan.

2. Antara ciri tempat perniagaan yang strategik adalah seperti berikut :

a) Berhampiran pelanggani) Tempat perniagaan yang berhampiran dengan

pelanggan memudahkan pelanggan mengunjungi.

Page 73: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

ii) Pelanggan lebih suka membeli-belah di tempat yang berhampiran berbanding tempat yang jauh kerana dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan.

Page 74: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Kemudahan infrastruktur

i) Tempat perniagaan perlu dilengkapi dengan segala kemudahan asas untuk memudahkan pelanggan.

ii) Contohnya tandas, tempat letak kereta, tangga bergerak, hawa dingin, telefon awam, dan sebagainya.

Page 75: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Kemudahan pengangkutan

i) Tempat perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan memudahkan pelanggan mengunjungi.

ii) Jaringan jalan raya yang baik dapat memudahkan proses pemasaran dan menjayakan usaha pemasaran.

Page 76: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

5.5.6 Memilih Cara Promosi yang sesuai untuk Tujuan Pemasaran

1. Faktor-faktor yang menentukan pemilihan cara promosi adalah:

a) Jenis Produki) Pemilihan jenis promosi bergantung kepada

jenis dan sifat produk tersebut.ii) Barang-barang seperti pakaian wanita,

kosmetik dan alatan suri rumah tangga adalah sesuai diiklankan di majalah wanita.

Page 77: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Barang-barang yang bersifat teknikal dan penggunaannya perlu dibantu oleh jurujual atau juruteknik adalah sesuai dipromosikan di pameran atau ekspo untuk barangan yang berkesan.

Page 78: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

b) Kos mempromosi

i) Kos promosi merupakan faktor penting dan perlu dipertimbang terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu promosi.

ii) Kos promosi yang tinggi akan mengurangkan untung jualan manakala kos promosi yang rendah mungkin akan menyebabkan matlamat promosi tidak dapat dicapai.

Page 79: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Produk yang mempunyai pasaran luas, dan pengeluarnya mempunyai modal yang besar patut memilih jenis promosi yang lebih mahal di mana sebaran mesejnya adalah lebih meluas seperti radio, majalah, dan suratkhabar.

iv) Sebaliknya, bagi produk yang pasarannya terhad, kos promosi haruslah haruslah dikawal supaya keuntungan perniagaan tidak terjejas oleh aktiviti promosi.

Page 80: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

c) Saiz perniagaan

i) Perniagaan yang bersaiz besar mampu mempromosikan produknya dengan menggunakan media-media yang mahal seperti televisyen, radio, dan internet.

ii) Sebaliknya bagi perniagaan yang bersaiz kecil akan memilih media yang lebih murah seperti poster dan risalah.

Page 81: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

d) Sasaran pengguna

i) Pengeluar perlu menentukan sasaran pengguna untuk produknya dan promosi hendaklah dituju kepada golongan tersebut.

ii) Misalnya bagi alat-alat permainankanak-kanak, sasaran penggunanya ialah kanak-kanak dan ia harus dipromosikan menerusi televisyen semasa program khas untuk kanak-kanak.

Page 82: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

e) Tujuan mempromosi

i) Cara promosi yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan tujuan promosi.

ii) Tujuan promosi mungkin ingin memperkenalkan produk baru, memujuk pengguna untuk membeli atau meningkatkan jualan keluaran yang telah lama berada di pasaran.

Page 83: Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)

iii) Jika tujuannya adalah untuk memujuk pengguna membeli, maka iklan memujuk boleh digunakan. Jika tujuan promosi adalah untuk memperkenalkan produk, baru, maka pemberian sampel produk kepada orang ramai untuk mencubanya boleh digunakan.