PK01-3 LAPORAN Pndaftaran Thun 1 2015
date post
21-Dec-2015Category
Documents
view
241download
6
Embed Size (px)
description
Transcript of PK01-3 LAPORAN Pndaftaran Thun 1 2015
PK01/3
PK01 Pengurusan Panitia
PK01/3FORMAT LAPORAN PROGRAM
1.Nama Program: Pendaftaran dan Taklimat Tahun 1 (2015)2.Tarikh
: 28hb Disember 20143.Hari / Masa
: Ahad / 8.00 pagi4.Tempat
: Dewan Sri Budiman SKTDS5.Objektif
: 1. Mewujudkan hubungan dua hala antara ibu bapa dan
pihak sekolah. 2. Menyampaikan maklumat tentang persediaan anak-
anak serta informasi-informasi terbaru untuk sesi
persekolahan tahun 2015.
6.Sasaran
: Semua ibubapa murid Tahun 1 SKTDS Sesi 20157.Butiran aktiviti: Rujuk Lampiran Aktiviti8.Penilaian Program:
8.1 Kekuatan Program: ~Mendapat kerjasama guru-guru dan penglibatan
yang baik dari ibubapa.
~Maklumat dan informasi dapat disampaikan
dengan jayanya.
8.2 Kelemahan Program: Terlebih masa.
8.3 Cadangan Penambahbaikan : Masa untuk setiap slot perlu ditetapkan
agar tidak terlebih masa dan mengambil
masa bagi slot yang lain.9.Dokumentasi Bergambar: Rujuk Lampiran BergambarDisediakan :
Disahkan :
..(PN. FARHANAZ SYAZNA BALQIS AZMI)
(TN. HJ. KAMARUDDIN B. HJ. OTHMAN)
Penyelaras Tahun 1
Guru BesarSK Taman Desa Skudai
SK Taman Desa Skudai
Laporan Aktiviti :
Bertarikh 28 Disember 2014 ( Ahad ), perlaksanaan Taklimat dan Pendaftaran bagi murid tahun 1 sesi 2015 telah diadakan. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi disambut baik dengan kehadiran ibu bapa yang turut ditemani anak masing-masing ke sekolah.
Pn Mazura selaku pengacara memulakan majlis dengan menjemput Ustaz Dorahim bin Maidin membacakan doa. Diikuti dengan ucapan alu-aluan dan taklimat sarana oleh Guru Besar, Tn. Hj. Kamaruddin b. Hj. Othman. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat-taklimat oleh Pn. Norhashimah ( Disiplin & Peraturan Sekola), Program Transisi ( Pn.Azlin), KSSR & PBS ( Pn. Ziana ), LINUS (Fasilitator LINUS En. Mahadi), Bahasa Arab & Pendidikan Islam ( Ustazah Norlaila ), VLE Frog
( En.Kharul ) dan 3K ( Pn Huzaliza ). Pada hari tersebut, ibu bapa juga menerima buku teks yang akan digunakan oleh murid-murid pada sesi 2015. Segala perancangan yang direncanakan pada hari pendaftaran berjalan dengan jayanya. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan hubungan dua hala yang baik antara ibu bapa dan pihak sekolah. Ia juga diadakan sebagai usaha pihak sekolah mendapatkan maklum balas ibu bapa tentang persediaan yang sepatutnya mereka lakukan menjelang persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan. Majlis ini turut digunakan sepenuhnya oleh pihak sekolah untuk menyampaikan informasi-informasi terbaharu tentang sesi persekolahan tahun hadapan. Sesi taklimat ini ternyata telah mendapat reaksi positif dari ibu bapa yang hadir. Tahniah kepada Jawatankuasa Perlaksana yang telah dapat mengadakan program penerangan yang amat baik.Dokementasi bergambar :
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00