Pjm 3115 pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani (2)
-
Upload
nor-amalina-che-zamzan -
Category
Education
-
view
411 -
download
16
Transcript of Pjm 3115 pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani (2)
PJM 3115 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
TAJUK : MENGUKUR KECERGASAN KANAK-KANAK DAN AKTIVITI FIZIKAL
NAMA GURU PELATIH : NOR HANANI BINTI ABDUL HALIMHAZWANI BT KAMALUDDINNOR AMALINA BT CHE ZAM ZAN
NAMA PENSYARAH : CHE ISHAK BIN ISMAIL
DEFINISI KESIHATAN
Sebagai kualiti hidup yang merangkumi kecergasan fizikal, emosi, sosial, mental, dan kerohanian individu hasil daripadaadaptasi dengan persekitaran (Donattelle dan Davis, 1996 dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006).
Antara aspek yang selalu dikaitkan dengan kesihatan ialahkecergasan fizikal (Sallis dan Patrick, 1994dalam penulisanZolkifli bin Abd Ghani 2006 ).
Nieman (1998) dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006mentakrifkan kecergasan fizikal sebagai keadaan di manaseseorang itu mempunyai tenaga dan kekuatan yang cukupuntuk melakukan tugas harian dan aktif tanpa merasa lesu.
PENGENALAN
Antara komponen terpenting dalam kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan yang kerap dikaitkan dengan
penyakit ialah kecergasan kardiovaskular (ACSM, 1998
dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006).
Justeru itu amat penting penekanan diberikan kepada
pengetahuan, penilaian dan pencapaian kecergasan
kardiovaskular dalam sesuatu program kecergasan.
Pate (1991) dalam penulisan Zolkifli bin Abd Ghani2006 melaporkan bahawa terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitandengan kardiovaskular
.
Melalui ujian dan pengukuran, kita bolehmengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskularseseorang dan mencadangkan latihan yang sesuaibagi mereka.
MENGUKUR KECERGASAN
KANAK-KANAK DAN
FIZIKAL
TEKAN TUBI
SHUTTLE RUN TEST
LOMPAT JAUH
BERDIRI
3 BATERI UJIAN
BATERI UJIAN 1
SHUTTLE RUN TEST
Ujian ini telah dicipta oleh Luc Leger di dalam jurnalnya yang
bertajuk ‘ A Maximal Multistage 20m Shuttle Run Test to predict VO2
Max pada tahun 1983.
Seterusnya pada tahun 1988 Luc Leger sekali lagi menghasilkan
European Jurnal of Applied Physiology (vol 49 pp 1-12) yang
bertajuk ‘ Multistage 20 m shuttle run test for aerobic fitness’
Bertujuan untuk menguji kecergasan kardiorespiratori.
Terdapat 21 peringkat, dan masa untuk larian 20 meter yang
pertama ialah sembilan saat. Kelajuan meningkat mengikut
peringkat.
SHUTTLE RUN TEST
1) PENGURUSAN KELAS
Menggunakan seorang pembantu terlatih untuk mencatat skor.
Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pembantu
menolong mencatat bilangan pusingan yang dicapai oleh
pasangannya dalam borang yang disediakan.
Hanya 15 hingga 20 sahaja yang dibenarkan berlari pada setiap
sesi ujian.
Untuk keselesaan dan menghindarkan gangguan sewaktu
larian, jarak antara subjek ditetapkan sekurang-kurang satu
meter.
PROSEDUR UJIAN
Bagi menentukan ketepatan masa, CD digunakan
menggantikan pita kaset yang dahulunya diguna pakai.
Permasalahan yang wujud apabila menggunakan pita kaset
ialah ia tidak dimainkan mengikut kelajuan yang telah
ditetapkan.
Jika timing bunyi bip dari CD tersebut tidak menepati masa,
CD tersebut hendaklah ditukar dengan yang lain.
Penguji hendaklah memastikan suara dari CD tersebut kuatdan boleh didengar oleh semua subjek.
Selepas memanaskan badan, subjek yang bersediadikehendaki berdiri di belakang garisan permulaan.
Larian bermula sebaik sahaja arahan ‘begin’ selepas
countdown 5, 4, 3, 2, 1, kedengaran.
Subjek dikira terkeluar daripada ujian sekiranya tidak
sampai ke garisan sebelum bip berbunyi, dua kali
berturut-turut.
Skor dicatat dalam kiraan lap (ulangan).
Subjek dikehendaki melakukan aktiviti kelonggaran dan
menyejukkan badan setelah selesai menjalankan ujian
1) PERALATAN
CD adalah alat yang penting dalam ujian ini
Pastikan CD berada dalam keadaan yang baik dan
boleh digunakan.
Peralatan lain yang diperlukan ialah jam randik,
penimbang berat,alat pengukur tinggi, borang data
pengiraan, pita pelekat, nombor subjek, dan pita
pengukur.
FASA PERSEDIAAN
2) TEMPAT UJIAN
Persediaan dan pemasangan alatan dilakukan di
kawasan yang lapang, rata, tidak licin dan selamat
digunakan serta sekurang-kurangnya 22 meter panjang.
Ukur jarak tepat ialah 20 meter.
Jarak di antara setiap subjek yang hendak diuji ialah kira-
kira 1hingga 1.5 meter.
3) MASA UJIAN
Pada waktu petang yang bersesuaian dengan waktu senggang
pelajar.
4) DEMONSTRASI
Satu tunjukcara dilakukan sebelum ujian dijalankan supaya subjek
mendapat kefahaman yang lebih jelas bagaimana prinsip dan
prosedur yang betul untuk melakukan ujian.
5) PENERANGAN
Sebelum ujian dilaksanakan, subjek diberi penerangan mengenai
objektif, dan kaedah lakuan.
Semasa ujian dijalankan, penyelidik perlulah memberikan
perangsang kepada subjek bagi meningkatkan keupayaan
yang maksimum.
Subjek juga akan diingatkan agar sentiasa mendengar ‘beep’
kerana masa di antara ‘beep’ akan menjadi lebih pantas pada
setiap tahap.
Subjek yang dipilih juga hendaklah bersungguh-sungguh
menjalani ujian ini kerana sekiranya subjek hilang tumpuan
maka ia akan mempengaruhi tahap jarak larian yang semakin
kurang
FASA UJIAN
Semua skor yang diperolehi daripada ujian tersebut
akan dicatatkan dalam kad skor sebagai skor mentah.
Skor ini digunakan untuk pengiraan pengambilan VO2
max setiap subjek sebelum dianalisis.
Dengan penghasilan data ini akan mengetahui
perbezaan yang signifikan terhadap tahap daya tahan
kardiovaskular di antara setiap peserta ujian
FASA PENGUMPULAN DATA
VO2 max (ml.kg-1.min-1) = 31.025 + 3.238 (kelajuan
maksimal) – 3.248 (Umur) + 0.1536 (kelajuan x Umur)
Sumber : Leger, Mercier, Gadoury, & Lambert.
(1988) dalam Liu et al. (1992). The Reliability and
Validity of the 20-Meter Shuttle Test in American
Students 12 to 15 Years Old. Research Quarterly
for Exercise and Sport, 63(4), 360-365.
PROSES PENGUMPULAN DATA
Abd Ghani 2006 dalam semakan semula terhadap
kajiannya, telah menguji 139 orang subjek berumur
antara 6 hingga 16 tahun bagi mendapatkan nilai
kebolehpercayaan ujian.
Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh melalui
kaedah uji dan ulang uji ialah .89.
Bagi menentukan nilai kesahan ujian pula,
seramai 188 orang subjek lelaki dan perempuanyang berumur antara 8 hingga 19 tahun terlibat.
PEKALI KESAHAN, KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEOBJEKTIFAN
Dalam satu kajian lain yang bertujuan menentukan
nilai kebolehpercayaan dan kesahan Ujian PACER
terhadap pelajar Amerika, (Liu et al. 1992 dalam
penulisan Zolkifli bin Abd Ghani 2006) telah
melibatkan seramai 62 orang subjek yang
berumur antara 12 hingga 15 tahun.
Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan ujian,
(Liu et al.1992 dalam penulisan Zolkifli bin Abd
Ghani 2006) menggunakan kaedah uji dan ulanguji.
Laporan kesahan yang diperolehi ialah 0.71 hingga
0.87 (Lelaki = 0.54 hingga 0.68; Perempuan = .51
hingga 0.90).
Manakala hanya terdapat satu sahaja kajian
mengenai kebolehpercayaan yang telah dijalankan
oleh (Leger et al.1988 dalam penulisan Zolkifli bin
Abd Ghani 2006).
Melalui kajian tersebut nilai kebolehpercayaanyang diperoleh ialah 0.89.
Kerangka Konseptual bagi Kebolehpercayaan dan Kesahan Ujian
Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACERSumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian Lari/Berjalan Sebatu Dan Ujian
PACER
JADUAL SKOR UJIAN PACERSumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian Lari/Berjalan Sebatu
Dan Ujian PACER
NORMA UJIAN PACER/SHUTTLE RUN test
Sumber : Zolkifli Bin Abd Ghani, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2006, Kebolehpercayaan Dan Kesahan Ujian
Lari/Berjalan Sebatu Dan Ujian PACER
BORANG SKOR UJIAN PACER (UJIAN PERTAMA / KEDUA)
NAMA :
TINGKATAN :
SEKOLAH :
BILANGAN ULANGAN :
TAHAP BILANGAN ULANGAN
Arahan : Tandakan / nombor yang mewakili bilangan ulangan larian
BORANG 1 : Borang Skor Ujian PACER
Sumber : Diubahsuai daripada Multistage Test.
A Progressive Shuttle Run Test For The Prediction of Maximum Oxygen
Uptake. Australian Sports Commission.
BATERI UJIAN 2
TEKAN TUBI
Menurut Clarke (1974), dalam kajian turut menyatakanuntuk mendapat kekuatan otot yang baik, latihankekuatan otot haruslah dilakukan sebanyak lima atauenam kali seminggu pada fasa persediaan, tiga atauempat kali dalam fasa pra pertandingan dan satu atau duakali pada fasa pertandingan.
Mengikut Barrow dan McGee (1979) kepentingan tentangkekuatan mula mendapat perhatian apabila berlakunyaperubahan dalam bidang pengukuran.
TEKAN TUBI
Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otottangan serta otot bahu
Jantina : Lelaki
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar).
3. Jam Randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan beratbadan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehinggadada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidakberupaya meneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktivitisecara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
BERSEDIA
LAKUAN BENGKOK SIKU
LAKUAN LURUS TANGAN
Tujuan : Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tanganserta otot bahu
Jantina : Perempuan
Alatan dan kemudahan:
1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ).
3. Jam randik.
Pengurusan dan organisasi:
1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
TEKAN TUBI UBAH SUAIAN
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan beratbadan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehinggadada menyentuh span.
3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupayameneruskannya.
5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktivitisecara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3.
6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A.
BERSEDIA
LAKUAN BENGKOK SIKU
LAKUAN LURUS TANGAN
BATERI UJIAN 3 LOMPAT JAUH BERDIRI
(STANDING LONG JUMP)
JADUAL 1 : NORMA LOMPAT JAUH BERDIRI BERDASARKAN CHU, D.A (1996)
Pliometrik berasal daripada Greek iaitu ‘pleythein’ yang bermaksud menambah atau meningkatkan, manakala ‘metric’ bermaksud ukuran (Chu,1983)
Pliometrik dikenali sebagai pergerakan ‘hopping’, ‘jumping’ dan ‘leaping’ yang boleh menghasilkan kuasa eksplosif (Micheal Mullin dalam Janet Lee, 1998)
Pliometrik adalah kaedah latihan yang menekankan kepada pergerakan pantas yang bakal terhasil kesan daripada program latihan yang diberi.
PENGENALAN
MENGUJI KUASA EKSPLOSIF KAKI SECARA MENDATAR
OBJEKTIF
Pita Pengukur (2 meter)
Penanda Jarak / Blok Kayu
‘Masking Tape’
Borang Skor
ALATAN
Murid hendaklah berdiri di belakang di belakang garisan lompatan
Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu
Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Murid menghayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh
Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi arahan
PROSEDUR
Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan diselang-seli dengan masa rehat
Ujian dilakukan di kawasan rata. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat
Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut iaitu, bahagian kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan
Setiap percubaan akan dicatat dan jarak lompatan terbaik akan diambil kira
SEKIAN TERIMA KASIH