Physics Assignment
description
Transcript of Physics Assignment
1.0 - Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada pensyarah saya, Dr. Ooi Hean Beng kerana beliau telah memberi bimbingan
dan garis panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus Fizik Am ( SCES 3193) bagi
semester 1 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Beliau juga sering
mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan menegur saya dengan amat berhemah. Moga
jasa baiknya akan diganjari dengan kurniaan daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada seluruh ahli keluarga saya khususnya ibu
bapa saya. Mereka telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang saya
menjalankan kerja kursus ini. Bantuan berbentuk material dan informasi yang telah mereka
berikan banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Sebelum menutup bicara, saya ingin tujukan penghargaan saya kepada rakan-rakan
saya yang telah membantu saya untuk mencari maklumat berkaitan dengan sumber-sumber
tertentu. Saya juga ingin mengucap terima kasih kepada insan-insan lain yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung sepanjang saya menjalankan tugasan
ini.
1
2.0 - Pengenalan
Pada masa globalisasi ini, pelajaran sains merupakan tonggak bagi kemajuan
negara di persada dunia. Bagi merealisasikan impian negara untuk maju dalam bidang sains
dan teknologi, remaja merupakan tunjang belakang yang menyumbang ke arah tersebut.
Pelajaran sains diajar di semua jenis sekolah dari tahap rendah ke menengah sebagai
subjek asas. Di sekolah menengah, subjek sains diajar sampai ke tingkatan 3 sahaja.
Pelajar yang ingin meneruskan pelajaran sains diperlukan untuk memohon aliran sains pada
tingkatan 4.
Eksperimen merupakan salah satu aktiviti yang lazim dijalankan dalam pelajaran
sains sama di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah. Walaupun begitu,
eksperimen yang dijalankan di sekolah menengah mempunyai banyak cabaran dan beraras
tinggi berbanding dengan sekolah rendah. Para pelajar akan menguji hipotesis secara
penyiasiatan untuk menemui sesuatu konsep ataupun idea sains melalui eksperimen.
Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran
proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran menganalisis.
Secara umumnya, langkah-langkah yang diambil semasa menjalankan sesuatu
eksperimen adalah amat penting bagi memastikan tiada sebarang kesilapan dilakukan
secara tidak sengaja. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti semasa menjalankan
eksperimen adalah seperti berikut :
1) Mengenal pasti masalah
2) Membuat hipotesis
3) Merancang eksperimen
Mengawal pemboleh ubah
Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
Menentukan langkah menjalankan eksperimen
Menentukan kaedah mengumpulkan data
Menentukan kaedah menganalisis data
4) Melakukan eksperimen
5) Mengumpulkan data
6) Menganalisis data
7) Mentafsir data
8) Membuat kesimpulan dan
9) Membuat laporan.
2
3.0 – Tugasan Esei
Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains, pelbagai kaedah
digunakan untuk mengembangkan minda seseorang murid dalam memperolehi
pengetahuan yang bukan setakat daripada pengetahuan sedia ada, tetapi juga melalui
pengalaman pembelajaran. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, eksperimen ditakrifkan
sebagai suatu ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk membuktikan
sesuatu hipotesis.
Francis Bacon (seperti yang disebut dalam Halim, 2009, m.s. 2)berpendapat
bahawa sesuatu eksperimen perlu dijalankan mengikut urutan yang betul. Beliau
memperkenalkan urutan ataupun kaedah yang betul untuk menjalankan sesuatu
eksperimen yang dikenali sebagai kaedah saintifik pada hari ini. Pengalaman pula sebagai
konsep am yang terdiri daripada pengetahuan atau kemahiran atau pemerhatian sesuatu
benda atau peristiwa yang diperoleh melalui penglibatan atau pendedahan kepada benda
atau peristiwa itu.
Pengalaman yang dialami semasa menjalankan eksperimen di sekolah menengah
adalah berbeza mengikut setiap individu. Melalui pengalaman saya, saya mendapat
pengajaran yang saya, sepatutnya lebih peka semasa menggunakan alat-alat dan bahan
radas semasa sesuatu eksperimen. Hal ini demikian kerana, penggunaan alat atau bahan
secara tidak peka akan mengakibatkan kemalangan atau menyebabkan kegagalan hasil
eksperimen. Misalnya, semasa eksperimen keseimbangan inersia di tingkatan 4, saya
mendapati bahawa penggunaan jam randik secara tidak peka boleh mengakibatkan masa
bagi 10 ayunan bandul dibaca salah. Kes bahan kimia tertumpah di makmal sains pada 6
Mei di Putrajaya merupakan salah satu contoh kecuaian atau ketidakpekaan penggunaan
alat.
Selain itu, saya juga telah belajar bagaimana cara membina hipotesis mengikut
masalah yang ditimbul ataupun dikaji. Kemahiran membina hipotesis adalah membuat
generalisasi atau tekaan awal yang boleh diuji berdasarkan beberapa siri pemerhatian dan
inferens. Saya telah belajar membina hipotesis dengan mengenal pasti pembolehubah yang
dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan pembolehubah malar dan menulis satu
penyataan spesifik yang menghubungkait antara pembolehubah yang dimanipulasi dan
pembolehubah bergerak balas. Pernyatan spesifik inilah yang dipanggil sebagai hipotesis.
Contoh hipotesis yang dibina berdasarkan pemerhatian; Saya pernah memerhati bahawa
gula pasir larut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk. Daripada pemerhatian
3
tersebut saya boleh membina hipotesis iaitu: "Kebanyakan bahan yang larut dalam air akan
melarut lebih cepat di dalam air panas berbanding air sejuk".
Di samping itu, melalui pengalaman melakukan eksperimen di sekolah menengah,
saya mempelajari bagaimana cara untuk mengatasi ralat-ralat dengan tujuan
menghilangkan kesalahan sehingga nilai ketidakpastian dapat diperkecil. Semasa di
tingkatan Lima, saya mendapati saya masih mempunyai masalah dalam membaca nilai
suhu yang tertera dalam jangka suhu. Ralat paralaks merupakan kesalahan akibat posisi
mata semasa pembacaan sesuatu cecair ataupun jangka suhu. Selepas berulang kali
membuat eksperimen tekanan air dan kedalaman semasa di tingkatan empat, saya akhirnya
mendapat tahu yang saya sepatutnya membetulkan posisi mata saya seperti kaedah
saintifik ‘meniscus’.
Pada masa yang sama, saya juga telah dapat memupuk semangat bekerjasama
dengan melakukan aktiviti-aktiviti di makmal sains semasa di sekolah menengah. Berkerja
dengan pasangan atau kumpulan sememangnya memerlukan kerjasama yang tinggi
sesama ahli kumpulan. Sekiranya, seseorang tidak menumpukan perhatian semasa
mengambil bacaan atau tidak cekap dalam menggunakan alat, ia boleh menyebabkan
kegagalan eksperimen tersebut. Semasa saya menjalankan eksperimen arus dan beza
keupayaan di tingkatan 5, saya berpasangan dengan seorang rakan untuk melakukan
eksperimen tersebut. Saya mendapati bahawa komunikasi dan kerjasama adalah antara
aspek penting yang wajib diambil perhatian untuk memudahkan kejayaan sesuatu
eksperimen. Menurut Chiappetta dan Koballa (2006) kerja berkumpulan boleh merangsang
dan mengekalkan pertanyaan dalam kebanyakkan keadaan dengan lebih baik berbanding
dengan daripada kerja bersendirian.
4
3.1 - Kekuatan Dan Kelemahan Aktiviti-aktiviti Di Makmal Sekolah
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di makmal sains di sekolah menengah mempunyai
kekuatan yang tinggi berbanding di sekolah rendah. Antara kekuatan aktiviti-aktiviti di
sekolah menengah adalah aktiviti-aktiviti seperti ini membangunkan kemahiran saintifik
dalam kalangan pelajar. Misalnya, mengkaji, mengkelasifikasi, mengukur dan menggunakan
nombor, membuat inferens, membuat ramalan, berkomunikasi, mentafsir data,
mendefinisikan pengoperasian, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
kemahiran manipulatif adalah antara contoh kemahiran saintifik (Chiappetta & Koballa,
2006)
Selain itu, aktiviti-aktiviti sains boleh mempengaruhi komunikasi antara guru dengan
para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran sains. Johnson
(1997) menyokong bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan di makmal sains merupakan suatu
dorongan yang signifikan yang membantu meningkatkan hasil pembelajaran pelajar.
Dengan adanya komunikasi yang efektif, pelajar-pelajar dengan mudahnya dapat
memahami hukum-hukum yang terdapat dalam matapelajaran fizik.
Pada masa yang sama, altiviti-aktiviti ini memupuk semangat inkuiri dalam diri
setiap pelajar sains. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar akan berasa seronok apabila
diberi peluang untuk membuktikan sesuatu teori atau mencari hubungkait antara
pembolehubah dengan melakukan eksperimen. mereka akan bertanya soalan untuk
memastikan mereka mendapat keputusan atau bacaan yang lebih tepat berbanding dengan
orang lain. Justeru, secara tidak sengaja pelajar-pelajar akan mula berfikiran kritis untuk
mengajukan soalan beraras tinggi.
Dari sudut lain pula, terdapat beberapa kelemahan dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Misalnya, kekurangan peralatan dan bahan di makmal sains
menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa berkongsi dengan pelajar lain. Mereka membuat
sesuatu eksperimen itu dalam kumpulan. Hal ini menyebabkan hanya satu atau dua orang
sahaja yang membuat eksperimen tersebut dan menimba ilmu daripadanya. Pelajar lain
tidak mendapat peluang untuk membuat ‘hands on’ aktiviti. Malah, data yang direkod juga
boleh menjadi salah akibat campur tangan semua orang dalam kumpulan tersebut.
Seterusnya, masa yang diambil untuk sesuatu eksperimen adalah terlalu lama dan
hal ini menyebabkan pelajar tergesa-gesa menyiapkan eksperimen tersebut lalu mendapat
data yang salah. Mereka juga tidak tahu sebenarnya apa yang harus mereka merekod atau
memerhati semasa sesuatu eksperimen itu. Misalnya, untuk eksperimen jenis dawai lawan
dengan rintangan, pelajar sepatutnya merekod nilai voltan pada voltmeter. Tetapi, oleh
5
kerana mereka tidak faham akan arahan dan teori tersebut mereka tidak mendapat
melakukan eksperimen dengan baik (Wallace & Louden, 2002)
6
3.2 - Cadangan-cadangan Untuk Mengatasi Kelemahan Aktiviti-aktiviti Di
Makmal
Hofstein, Shore dan Kipnis (2004) telah mengemukakan bahawa makmal sains
yang berpusat inkuiri yang dibangunkan dengan baik dapat mengukuhkan pengalaman
pembelajaran sains para pelajar kerana dalam keadaan sedemikian dapat meningkatkan
pembelajaran sains mereka. Di samping itu, makmal sains berpusat inkuiri yang melibatkan
pengenalpastian masalah, pembentukan hipotesis, reka bentuk saintifik, pelaksanaan
penyiasatan saintifik dan penjelasan formula saintifik merupakan langkah-langkah yang
penting dalam pembentukan literasi pembelajaran sains (Hofstein et al., 2004). Oleh itu,
menyediakan peralatan yang mencukupi dan juga yang canggih dapat membantu pelajar
melakukan sesuatu eksperimen itu tanpa bergantung atau berkongsi dengan orang lain.
Peralatan seperti tolok skru mikrometer, angkup Vernier, kanta, dan mikroskop patut dibeli
yang canggih bagi meningkatkan minat mereka.
Selain itu, untuk menyediakan para pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti, misalnya
suatu eksperimen guru harus menggunakan kaedah demonstrasi untuk menunjukkan
perkara-perkara penting yang perlu difahami oleh pelajar bagi menjayakan aktiviti
berkenaan, misalnya teknik-teknik khas mengendalikan sesuatu alat atau radas dan langkah
keselamatan yang terlibat. Dengan melakukan demonstrasi, kita dapat mengenalpasti masa
yang diambil untuk satu eksperimen dan boleh melakukan eksperimen tersebut di luar waktu
sekolah. Pelajar akan dapat faham apa yang harus mereka memerhati dan bagaimana cara
melakukannya tanpa sebarang kesalahan dan juga tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan
sesuatu eksperimen.
4.0 - Rumusan
7
Pendidikan Sains di Malaysia, sama ada di peringkat rendah mahupun di
peringkat menengah, adalah berteraskan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti makmal dan kaedah makmal
adalah satu-satunya kaedah yang melatih pelajar menguasai kemahiran saintifik, khususnya
melalui aktiviti amali atau eksperimen. Oleh itu, para pelajar harus menggunakan peluang ini
untuk mengeksplorasi dan membelajar untuk mengendalikan aktiviti di makmal sains
dengan cara berkesan dan juga memahami teori berkenaan serta menguasai kemahiran
saintifik bagi menjadi seorang rakyat yang berkaliber dan berwawasan tinggi.
5.0 – Refleksi
8
Saya telah berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selama satu tahun.
Pada hari pertama hinggalah sekarang saya telah mempelajari banyak perkara yang baru.
Saya dapat memperkasa minda saya dengan mempelajari kursus Fizik Am (SCES 3193).
Saya telah diamanahkan untuk membuat satu tugasan mengenai kursus ini. Saya
dikehendaki menjelaskan apakah yang saya telah belajar dari pengalaman menjalankan
eksperimen di sekolah. Saya juga perlu menyatakan kekuatan dan kelemahan aktiviti-aktiviti
di makmal sekolah dan seterusnya memberi cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
Semasa saya menerima kerja kursus ini, satu fikiran telah muncul di minda saya
iaitu sempatkah saya menyiapkan tugasan projek ini memandangkan terdapat beberapa
tugasan yang lain perlu dihantar kepada pensyarah dalam tempoh yang hampir sama.
Keadaan ini telah memberi tekanan dan menguji kebolehan saya untuk melaksanakan
tugasan projek ini. Walaubagaimanapun, saya tidak memberi alasan untuk tidak
menghantarkan tugasan projek ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sebaliknya, saya
menghadapi cabaran ini dan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah
diberikan.
Saya telah mengalami banyak masalah semasa saya membuat kerja kursus ini.
Terutamanya, semasa saya cuba mencari maklumat mengenai tajuk kerja kursus saya di
laman sesawang, saya dapati bahawa maklumat yang terdapat di internet adalah amat
kurang dan tidak begitu terperinci. Saya terpaksa berulang-alik dari perpustakaan ke kelas
hanya untuk mencari maklumat lanjut dan tepat di dalam buku-buku ilmiah yang terdapat di
perpustakaan.
Saya juga telah belajar cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah seperti
menulis rujukan mengikut format APA (American Psychological Association). APA
merupakan satu set peraturan yang digunakan untuk merujuk dan memudahkan
pemahaman pembaca. Dengan mengetahui format APA ini lebih mendalam saya dapat
membuat tugasan dengan lebih efektif. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan
saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.
Walaubagaimanapun, saya telah dapat mempelajari dan mengenali banyak tentang
keperluan aktiviti-aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, dengan
mengingat kembali pengajaran yang saya telah perolehi melalui pengalaman saya semasa
menjalankan eksperimen di sekolah saya dapat mengambil iktibar untuk tidak mengulangi
kesalahan-kesalahan tersebut masa kini dan juga pada masa akan dating. Saya lebih
berhati-hati semasa menjalankan eksperimen untuk mengelakkan ralat sistematik dan
rawak.
9
Dengan melakukan kerja kursus ini, saya juga telah mempelajari untuk mencungkil
keluar idea-idea saya mengenai tajuk tugasan ini. Saya telah mengenalpasti cadangan-
cadangan yang efektif bagi menambah baik aktiviti-aktiviti di makmal sekolah. Bagi setiap
kelemahan pasti ada jalan keluar yang akan membolehkan kita mengatasi kelemahan-
kelemahan tersebut. Saya juga dapat mengetahui kemahiran saintifik secara lebih
mendalam.
Sebagai menggulung hujah, saya amat berbangga dan bersyukur kerana saya
menimba pelbagai ilmu pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di makmal
sekolah menengah. Saya percaya bahawa ilmu yang saya mendapat adalah amat berguna
kepada saya apabila saya mendapat peluang untuk mengajar di sekolah nanti.
10
6.0 - Bibliografi
A.Hofstein, R. M. (2004). Providing high school chemistry students with opportunities to develop learning skills in an inquiry-type laboratory-a case study. International Journal Of Science Education, 26,47-62.
Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu Malaysia. (n.d.). Retrieved from Dewan Bhasa Dan Pustaka: http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/
Eugene L.Chiappetta, T. R. (2006). Science Instruction In The Middle And Secondary Schools : Developing Fundamental Knowledge And Skills For Teaching (6th ed.). United States Of America: Banta Book Group.
Halim, L. (2015, Ogos 20). IMPROVING SCIENCE LITERACY THROUGH A CONDUCIVE LABORATORY. Retrieved from SEAMEO - Regional Centre for Education in Science and Mathematics: http://recsam.edu.my/
John Wallace, W. L. (2002). Dilemmas Of Science Teaching : Perspectives On Problems Of Practice. London: Routledge Falmer.
Laman Web Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. (2015, July). Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu PRPM@DBPMalaysia. Retrieved from Laman Web Rasmi Dewan Bahasa Dan Pustaka: http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/
Rashidi Azizan, A. R. (1996). Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah Dan Strategi. Kajang: MASA Enterprise.
Utusan Online (2014, Mei 06). Gempar Kimia Tertumpah di Sekolah. Utusan Online. Dicapai
daripada http://www.utusan.com.my/
11
7.0 – Lampiran
12