Petani menunggu arnab

11

description

sebuah cerita kanak-kanak. ibu bapa digalakkan untuk mempersembahkan cerita ini kepada anak-anak untuk perkembangan otak mereka.

Transcript of Petani menunggu arnab

Page 1: Petani menunggu arnab
Page 2: Petani menunggu arnab

PETANI MENUNGGUARNAB BERLARI

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH :

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

Page 3: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

1

Salah satu cerita rakyat yang

masyhur di Negara China ialah kisah

seorang petani dengan arnab.

Page 4: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

2

Petani itu mempunyai sebidang

tanah di kaki bukit. Dia menebang

pokok dan semak-samun di kaki

bukit itu. Dia mahu bercucuk tanam

di situ.

Page 5: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

3

Pada suatu hari, dia melihat

seekor arnab berlari kencang.

Arnab itu terlanggar tunggul

pokok di situ. Matilah arnab itu.

Page 6: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

4

Petani itu sangat gembira. Dia

terus membawa pulang arnab itu.

Dia dapat makan daging arnab.

“Oh, alangkah enaknya rasa

daging arnab!” katanya.

Page 7: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

5

Keesokan harinya, petani itu pergi

lagi ke kaki bukit tersebut. Dia tidak

lagi menebang pokok. Dia

menunggu, kalau-kalau ada arnab

akan melintas di situ.

Page 8: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

6

Dia berharap ada arnab akan

berlari dan terlanggar tunggul

pokok. Dengan demikian, dia akan

dapat makan daging arnab lagi.

Page 9: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

7

Tiap-tiap hari dia menunggu

arnab melintas di situ. Tetapi tiada

seekor pun arnab yang melintas di

tempat itu.

Page 10: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

8

Perbuatan itu adalah sia-sia

sahaja. Kejadian dahulu hanyalah

secara kebetulan sahaja.

Akhirnya, tanahnya ditumbuhi

semak-samun semula.

Page 11: Petani menunggu arnab

Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com

9

Cerita ini memberikanpengajaran: Kita mestilah rajinberusaha untuk mendapatkan rezekidan kejayaan. Rezeki dan kejayaantidak datang secara bergolek.