Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada...
Transcript of Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada...
Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan Perniagaan di Belanda pada
abad ke 16 sehingga abad 18.
Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang ekonomi. Dalam tempoh
100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan perkembangan industri. Kemajuan ekonomi
Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang berlaku pada abad ke-15 di mana Belanda muncul sebagai
kuasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah. Ia juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti
perladangannya, berikutan dengan penggunaan kincir angin dan tenaga buruh yang murah.
Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ekonomi perindustrian di Belanda.
Ini menandakan kehebatan kuasa ekonomi perniagaan dan perdagangan Belanda. Perkembangan itu
menyaksikan perkembangan bandar pelabuhan Antwerp sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para
saudagar dan pedagang asing seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Ahli-ahli
pembankan Belanda telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang Itali sebagai ahli
kewangan yang terkemuka di Eropah. Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pasaran
saham yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah
diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran.
Pelabuhan-pelabuahan sibuk dengan keluar masuk kapal yang membawa masuk barang dagangan seperti
rempah, teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya. Amsterdam (pesat pentandbiran)
menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan dan perbankan.
Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal- kapal Belanda mula
belayar merentasi Atlantik. Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin tersebar sehingga ke Afrika, Amerika
dan Asia. Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur
(Indonesia), kepulauan Cariebean, Bahagian- bahagian tertentu di Brazil dan Guyana di Amerika Selatan, New
Amsterdam (New York) di Amerika Utara, Afrika Selatan dan lain-lain (membentuk Empayar Belanda).
Pada tahun 1682, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia Timur Belanda telah
ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya Sepanyol dan
Portugis. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti-
aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu. Di samping itu V.O.C juga telah diberi kebenaran untu
mengadakan perjanjian dengan pemerintah- pemerintah tempatan, menakluki serta menubuhkan koloni. Di
Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing dengan Portugis
tetapi mengekalkan kestabilan di Eropah. Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila Belanda
bersaing dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Di koloni-koloninya orang-orang Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanaman- tanaman komersial.
Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi
penting pada abad ke-17 kerana bekalan buruh dari Afrika. Perdagangan gula dan tembakau menjadikan
Belanda pusat pengedaran barangan tersebut ke Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak
16,000 kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan.
Antara tahun 1806 hingga 1813, Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang Napoleon. Ini
menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu. Selepas Perang
Napoleon tamat Belanda telah mendapat kembali tanah-tanah jajahannya dan memulihkan semula aktiviti
ekonominya.