Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu
-
Upload
noralia-roslan -
Category
Documents
-
view
9.070 -
download
11
Transcript of Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu
PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU : SATU DISKUSI SEMANTIK LEKSIKAL
Oleh Noralia Binti Roslan
Bidang perkamusan merupakan elemen yang amat penting dalam bahasa kerana kamus
merupakan perakam bahasa, pada satu-satu masa. Menurut S. Nathesan (2001:65), bahasa
yang digunakan oleh masyarakat pada satu-satu ketika, terutamanya kosa kata, dirakam di
dalam kamus. Untuk tujuan tersebut, sejak zaman dahulu lagi, bermacam-macam kamus telah
disusun dan diterbitkan. Antara kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu adalah
kamus Swettenham yang diusahakan pada abad ke-19. Beberapa kata yang terdapat dalam
kamus Swettenham ini telah mengalami perubahan makna, kerana mengalami penyempitan
makna, perluasan makna atau pertambahan makna. Perubahan makna merupakan salah satu
fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia. Oleh kerana sifat
kedinamikannya, evolusinya dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti
pertembungan dengan bahasa-bahasa lain serta faktor-faktor sosial seperti tabu iaitu unsur-
unsur larangan, kemasukan idea-idea baru dan perkembangan ilmu-ilmu baharu seperti sains
dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna yang sekali gus
merupakan topik utama perbincangan makalah ini.
Pada umumnya, bahasa merupakan sistem komunikasi yang amat penting bagi manu-
sia. Sebagai suatu unsur yang dinamik, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan meng-
gunakan perbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan
untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang kajian makna ini menurut Abdullah
Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra’in Shaari (2009:31), turut melibatkan salah satu cabang
leksikal iaitu istilah leksikon yang merujuk kepada kamus atau perbendaharaan kata sesuatu
bahasa atau sesuatu bidang. Bidang makna atau semantik, yang sebenarnya menjadi sebaha-
gian daripada ilmu linguistik ini, menjadi suatu hal yang amat penting memandangkan hal ka-
jian bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins
(1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting
dalam linguistik am. Sementara itu, Firth (1944) menegaskan bahawa makna menjadi inti
dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata ‘makna’ memberi erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau
bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pergertian lagi. Misalnya, menu-
rut Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah memberi 16
pengertian dan erti bagi makna, antaranya makna adalah suatu yang intrinsik, pokok,
kemahuan, dan suata peristiwa yang diharapkan. Dengan demikian, kita dapat mem-
bayangkan betapa rumitnya maksud bagi perkataan ‘makna’.
Sepintas lalu, terdapat banyak faktor yang boleh mendorong kearah perubahan makna
dalam bahasa. Ullman (1957), telah menyenaraikan enam sebab bagi perubahan makna
antaranya termasuk sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, sosial, psikologi, pengaruh luar
dan keperluan untuk kata baharu. Manakala Bloomfield (1992), pula telah menyenaraikan
sembilan jenis perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna
dalam bahasa berlaku akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora,
metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi dan ameliorasi.
Sehubungan dengan itu menurut S. Nathesan lagi, didapati sejak zaman dahulu lagi
bahasa Melayu sebagai bahasa dinamik telah mengalami perubahan dari segi struktur dan
kosa katanya. Dalam kajian semantik leksikal ini, kosa kata bahasa melayu ini ditinjau dari
segi diakronik, iaitu perkembangan leksikal dan makna kata tersebut dalam Bahasa melayu.
Untuk tujuan tersebut, dua buah kamus dikenalpasti iaitu pertama, Kamus Swettenham (KS)
yang mewakili zaman dahulu dan keduanya ialah kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi
Ringkas (KD) yang mewakili zaman sekarang. Selain itu, kajian semantik leksikal menurut
Ullman (1957:34), merupakan domain kajian makna perkataan akan meneliti makna
perkataan, kesignifikan imbuhan, perbezaan antara makna kata majmuk dengan
komponennya dan lain-lain. Kajian ini berusaha untuk meneliti perubahan dalam semantik
yang dialami oleh Bahasa Melayu. Justeru, untuk tujuan ini, kosa kata Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris disusun oleh Frank Swettenham pada tahun 1881 dijadikan asas kosa kata
Bahasa Melayu untuk melihat perubahan makna pada kosa kata tersebut, diteliti pula Kamus
Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas yang diterbitkan pada tahun 1995.
Definisi dan konteks
Terdapat beberapa takrif konsep asas dalam analisis yang dilakukan ini. Antaranya adalah
definisi perubahan makna, perluasan makna dan penyempitan makna. Menurut Stern
(1965:163), perubahan makna bagi sesuatu kata ialah “apabila sesuatu kata digunakan untuk
menyatakan suatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi”. Seterusnya, definisi perluasan
makna menurut Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof (2008:240), diertikan sebagai proses
meluaskan atau memperbesar komponen makna suatu perkataan, manakala proses
penyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan komponen makna suatu
perkataan. Misalnya, contoh bagi perluasan makna kata taman, pada suatu masa dahulu hanya
digunakan untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’ atau ‘taman bunga’ sahaja, tetapi maknanya
sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna tambahan seperti ‘kawasan perumahan’,
kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. Demikian
juga kata datuk kini, bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa kepada ayah atau ibu
seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa -
jasa yang telah mereka taburkan. Begitu juga dalam Bahasa Melayu, bagi kata yang
mengalami penyempitan makna, misalnya kata daging digunakan merujuk kepada ‘daging
lembu’ sahaja, tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau
daging arnab. Sedangkan, makna sebenar dalam kamus bagi istilah daging adalah ‘isi pada
manusia atau binatang antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994). Hal ini menunjukkan
wujudnya penyempitan makna pada istilah daging dalam komunikasi sehari-harian
masyarakat Melayu.
Sehubungan dengan itu, konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekabu-
ran dan ketidakjelasan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi
perkataan dalam satu – satu ujaran atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata
untuk menentukan makna, seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bi-
las (kabur)’ sebagai kata adjektif, konteks amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak
dalam hal homonim. Umpamanya, untuk membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau
berkurangannya besar kerana tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau
ujaran tersebut. Mungkin, dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke
rumah’ maknanya ialah rasa dahaga. Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophi-
cal Investigations (1953), yang juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas
menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya,
atau dalam konteks penggunaannya. Demikian juga, Ullmann telah berhujah bahawa, makna
perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya sahaja.
Analisis makna dalam kamus Swettenham
Dalam perbincangan ini, kesemua leksikon yang disenaraikan dalam kamus Swettenham
diteliti satu persatu dan sebanyak 100 patah perkataan yang telah dikenalpasti, sudah men-
galami perubahan makna iaitu sama ada yang berubah secara keseluruhan, yang mendapat
tambahan makna atau yang mengalami penyempitan atau pengkhususan makna, disenaraikan
di dalam satu jadual. Kata-kata daripada Bahasa Inggeris yang dipadankan dalam kamus
Swettenham juga dicari padanannya dalam Kamus Dewan untuk melihat perubahan makna
yang berlaku.
Selain itu, sebanyak 12 kata yang mengekalkan makna turut disenaraikan untuk meli-
hat bilangan yang masih kekal maknanya hingga sekarang. Semua kata yang didapati men-
galami perubahan makna diteliti maknanya berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baharu (1995)
untuk memastikan perubahan makna tersebut. Seterusnya, analisis makna leksikal
berdasarkan Kamus Swettenham ini dilakukan mengikut beberapa pembahagian subtajuk
yang telah dikenalpasti seperti berikut :
i. Kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama
Didapati, kata-kata yang diperhatikan mengekalkan bentuk dan makna yang sama walaupun
jaraknya hampir 115 tahun, antara waktu susunan Kamus Swettenham (KS) dengan Kamus
Dewan Inggeris – Melayu Edisi Ringkas (KD)(1995). Jadual 1 di bawah menunjukkan kata-
kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama.
Jadual 1: kata-kata yang mengekalkan bentuk dan makna yang sama
Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus Swet-tenham
Entri dalam Kamus Dewan
AdmiralBeefBladeChalkHenHoofInkSilk wormSummerUrineYeastzebra
LaksamanaDaging lembuMataKapurAyam betinaKukuDakwat tintaUlat suteraMusim panas Air kencingRagiKuda belang
LaksamanaDaging lembuMataKapurAyam betinaKukuDakwat tintaUlat suteraMusim panas Air kencingRagiKuda belang
Seperti yang tertera dalam jadual 1 diatas, jelaslah bahwa sebilangan kata Bahasa
Melayu mengekalkan bentuk dan maknanya walaupun sudah berlalu hampir 115 tahun sejak
kamus itu disusun. Namun, hanya sebilangan kecil kata sahaja yang terdapat dalam kamus
Swettenham mengekalkan bentuk dan maknanya. Hal ini adalah berikutan sebarang peruba-
han tidak berlaku pada perkataan-perkataan tersebut serta tidak mengalami pengaruh daripada
luar mahupun perubahan budaya. Selain itu, kita juga sedia maklum, tidak terdapat istilah-is-
tilah lain yang boleh digunakan bagi merujuk perkatan-perkataan diatas.
ii. Kata-kata yang mengalami perubahan bentuk dan makna
Terdapat kata yang telah berubah bentuk dan maknanya sekali gus daripada bentuk dan
makna yang digunakan pada masa dahulu dalam kamus Swettenham. Sebenarnya, senarai
kata inilah yang paling menarik untuk diteliti kerana sebab-sebab yang akan dihuraikan
kemudiannya. Berdasarkan jadual 2 dibawah ini menunjukkan sebilangan kata yang telah
berubah bentuk dari makna pada masa sekarang berbanding dengan bentuk dan makna kata
seperti di yang telah dientrikan dalam kamus Swettenham.
Jadual 2 : contoh kata yang mengalami perubahan bentuk dan makna
Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus Swettenham
Entri dalam Kamus Dewan
AccidentAccountantBagBelchBruiseCertificateCholeraCunningDawnDesertEngineGrandfatherForbiddenGovernmentLeft-handedMusicNurseOfficePirateSailorTreasurerWriterYamZig-zag
BencanaTukang mengiraKarong, sakuBlahak PipisSurat keteranganPenyakit hawarCerdik, berakalDinihariPadang belantara Jentera, pesawatNenekHaramPerintahanKerja kiriBunyi-bunyianPengasuhGedungPerompakAnak perahuBendaharaJurutulisUbi aceh, ubi gadongSiku kluang
Kemalangan, secara kebetulanAkauntanBeg, kampitSendawa/sedawaLebam/lemarSijil/suratKolera/taunLicikSubuhGurun/padang pasirEnjinDatukDilarangKerajaanKidalMuzikJururawatBilik pejabatLanunKelasi/pelautBendahariPenulis/pengarangUbi keladiBengkang-bengkuk
Berdasarkan jadual diatas, sebilangan kata yang terdapat di dalam kamus Swettenham
kini sudah berubah bentuk dan maknanya. Untuk makluman, sebenarnya kata di dalam jadual
diatas dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan tertentu berdasarkan perubahan yang
dialaminya. Sebagai contoh, kata accident diberi makna ‘bencana’ dalam kamus Swettenham,
manakala dalam Kamus Dewan maknanya ialah ‘kemalangan’ dan ‘secara kebetulan’. Disini,
kata padanan dalam Kamus Dewan telah berubah bentuk dan maknanya kepada bentuk
‘kemalangan’ dan ‘secara kebetulan’. Pada masa ini kata ‘bencana’ tidak mendukung
komponen makna seperti dalam kata accident. Ternyata bahawa entri makna diatas tidak
mendukung makna ‘kemalangan’ atau ‘secara kebetulan’ seperti yang diberi padanan kata
bagi kata accident kerana jikalau diteliti kamus Dewan Edisi Baharu (1995), didapati
‘bencana’ sekarang memberi entri makna seperti yang berikut :
a) (mara) bahaya, kecelakaan
b) Kesukaran, pengkhianatan, penipuan
Seterusnya, satu lagi contoh adalah bagi kata ‘orang dagang’ sebagai padanan bagi
kata foreigner. Sememangnya, pada masa dahulu perantau dari negara lain yang datang ke
negeri Melayu hanyalah bertujuan untuk berdagang. Oleh yang demikian, mereka digelar
‘orang dagang’. Tetapi kini, orang yang masuk ke negara Malaysia tidak hanya untuk
berdagang tapi untuk tujuan-tujuan lain seperti bekerja, belajar, melancong dan sebagainya.
Oleh itu, kata ‘orang asing’ atau ‘orang luar’ memang tepat dari segi makna berbanding
dengan ‘orang dagang’. Berdasarkan analisis, didapati kelompok ini mempunyai bilangan
kata yang terbesar iaitu mewakili sebanyak 75 peratus berbanding kata dalam kelompok lain.
iii. Kata-kata yang mengalami perluasan makna
Untuk meneliti kata-kata yang mengalami perluasan makna selain mengekalkan makna
asalnya, perhatikan jadual 3 dibawah yang menyenaraikan kata-kata tersebut :
Jadual 3 : kata-kata yang mengalami perluasan makna
Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus Swet-tenham
Entri dalam Kamus Dewan
AffairAnkleBookCageFloodInvadeMistOceanploughServantsoul
HalMata kakiKitabSangkarAir bahLanggarKabutLaut besarTenggala Orang gajijiwa
Hal, urusan, peristiwa dan asmara Mata kaki, buku laliKitab, bukuSangkar, kurunganBah, banjirMelanggar, menyerangKabut, kabusLaut, samudera, lautanTenggala, bajak, lukuOrang gaji, pembantu rumahJiwa, roh
Seperti rajah diatas, cuma sebilangan kata yang mengalami perluasan makna iaitu
kira-kira sebanyak 13 peratus. Misalnya, kata bagi affair, entri makna yang diberikan dalam
kamus Swettenham ialah ‘hal’ sahaja, manakala sebaliknya, dalam Kamus Dewan pula ia
diberikan empat entri iaitu ‘hal, urusan’,urusan’,peristiwa’, dan ‘hubungan, cinta, asmara’.
Kini perkataan affair telah diberikan tiga makna tambahan selain kata ‘hal’ seperti yang telah
dientrikan dalam Kamus Swettenham.
Demikian juga bagi kata invade, terdapat dua entri makna dalam Kamus Dewan iaitu
yang bermaksud ‘melanggar’ dan ‘menyerang’ manakala dalam Kamus Swettenham hanya
entri makna ‘langgar’ diberikan. Justeru, perluasan makna bagi kata-kata yang terdapat dalam
Bahasa Melayu memang suatu perkara biasa, terutamanya dengan perubahan status bahasa
Melayu daripada bahasa yang terpencil kepada bahasa bagi pelbagai bidang ilmu. Hal ini
amat penting bagi membolehkan Bahasa Melayu mengungkapkan berbagai-bagai perkara
yang baharu dan abstrak (Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof, 2008:240).
iv. Kata-kata yang mengalami penyempitan makna
Akhir sekali, perhatikan jenis kata yang keempat, iaitu yang mengalami penyempitan makna.
Seperti jenis kata yang ketiga, hanya sebilangan kata sahaja yang mengalami penyempitan
makna dalam kamus Dewan berbanding kamus Swettenham.
Jadual 4 : kata yang mengalami penyempitan makna
Entri kata Bahasa Inggeris Entri dalam kamus Swetten-ham
Entri dalam Kamus Dewan
BottleBridgeChalkCorpseDictionaryFerry boatHatKettleMarketParentsRiverThief
Kaca, baling, botol Jambatan, titi, gertakKapur, blandaMayat, bangkaiLohrat, kamusSampan, tambangKupiah, tudung kepala, topiKendi, cerekPasar, pekanIbu bapa, ayah bondaSungai, batang airPencuri, kawar
BotolJambatan, titianKapurMayatKamusFeriTopiCerekPasarIbu bapaSungaiPencuri
Salah satu kata yang mengalami penyempitan makna adalah bottle. Dalam Kamus
Swettenham, tiga entri makna dalam Bahasa Melayu yang telah diberikan iaitu ‘kaca’,
‘balang’ dan ‘botol’, manakala dalam Kamus Dewan cuma entri makna ‘botol’ sahaja yang
diberikan. Sebenarnya, kata ‘kaca’ dan ‘balang’ mendukung makna yang lebih khusus pada
hari ini. Hal ini akan lebih jelas jika diteliti entri makna dalam Kamus Dewan.
Seterusnya, dalam Kamus Dewan, ‘kaca’ diberi makna ‘bahan yang lutsinar atau
lutcahaya yang biasanya keras dan rapuh, dibentuk dengan melakur pasir silica, oksida logam
dan bahan-bahan lain’. Sementara itu pula, kata ‘balang’ diberi makna ‘bekas seperti botol,
besar dan agak luas mulutnya, tempat menyimpan air, barang makanan dan lain-lain’.
Seterusnya, kata ‘botol’ pula merujuk pada Kamus Dewan bermaksud ‘bekas daripada kaca
dan lain-lain tempat yang menyimpan cecair seperti minyak, minuman dan lain-lain. Seperti
yang dinyatakan diatas, kata ‘kaca’ dan ‘balang’ tidak boleh menjadi sinonim bagi kata
‘botol’ kerana ketiga-tiga kata ini mendukung makna yang berbeza-beza.
Suatu perkara yang nyata disini adalah, kata-kata yang diberi padanan bagi kata-kata
Inggeris dalam Kamus Swettenham,kebanyakannya kini sudah berubah makna iaitu menjadi
lebih khusus seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Perkara ini akan menjadi lebih
jelas jika dibandingkan antara entri yang terdapat di dalam Kamus Swettenham dengan entri
dalam kamus-kamus Bahasa Melayu yang lain pada hari ini. Justeru itu, dapatlah dirumuskan
bahawa kata-kata dalam Kamus Swettenham tidak disempitkan dalam Kamus Dewan malah
telah mengalami pertambahan makna khusus dengan perkembangan Bahasa Melayu
kebelakangan ini.
Kesimpulan
Berdasarkan analisis makna terhadap 112 patah perkataan dalam Kamus Swettenham dan
padanan maknanya dalam kamus Inggeris-Melayu Edisi Ringkas, terdapat beberapa perkara
yang dapat dikenalpasti. Antaranya adalah didapati bilangan kata yang berubah bentuk dan
makna adalah lebih banyak berbanding dengan kata-kata yang mengekalkan bentuk dan
makna serta mengalami perluasan makna atau penyempitan makna.
Menurut S. Nathesan (2001:65), kajian semantik diakronik seperti ini, walaupun
ringkas namun dapat memberikan sedikit tumpuan terhadap sejarah kata dan tentang
perubahan dalam komponen semantik bahasa. Dalam kajian ini juga, secara tidak langsung
kita dapat melihat sejarah pemikiran dan pencapaian intelek pada masa dahulu melalui
Bahasa Melayu. Oleh itu, seperti yang telah diperkatakan oleh hashim Musa (1994),
perbendaharaan kata yang terakan dalam Kamus Swettenham sesungguhnya membayangkan
budaya, pemikiran, cita-cita dan aspirasi masyarakat Melayu pada zaman dahulu iaitu seabad
yang lalu. Justeru itu, kajian seperti ini dapat memperkaya bidang-bidang seperti semantik
dan etimologi serta leksikologi Bahasa Melayu.
Rujukan
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Firth, J, R. (1957). Papers in linguistics 1934-1951. London : Oxford University Press.
Kamus Inggeris- Melayu Edisi Ringkas. (1995). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ra’in Shaari dan Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Ogden dan Richards. (1956). The Meaning of Meanings. London : Routledge and Kegan Paul
Ltd.
S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Ulu Klang : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stern, G. (1965). Meaning and Change of Meaning : With Special References to the English
Languange. Bloomington : Indiana University Press.
Swettenhem, F. (1881). Vocabulary of English and Malay. Singapore : Kelly and Walsh ltd.
Ullman, S. (1957). The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.
Majalah
S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam
Dewan Bahasa, 1(9), 21-28
Internet
“Semantik”, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm