Pertubuhan Sukan (Word)

6
Kumpulan 1 Nama ahli kumpulan: a) Tan Wei San b) Loo Happy 1. Tempat pendaftaran Tempat pendaftaran: Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS/JPPM) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain. Pada 2009, Pendaftar Pertubuhan ialah Datuk Md Alias Kalil. Terdapat 115,537 pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan yang mempunyai cawangan. Kesedaran masyarakat untuk berpersatuan semakin meningkat. Kualiti pertubuhan juga menunjukkan peningkatan iaitu bukan lagi pertubuhan yang bersifat tradisional dan konvensional. Matlamat Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak

description

pj

Transcript of Pertubuhan Sukan (Word)

Page 1: Pertubuhan Sukan (Word)

Kumpulan 1

Nama ahli kumpulan:

a) Tan Wei San b)Loo Happy

1. Tempat pendaftaran

Tempat pendaftaran: Jabatan Pendaftaran Malaysia (ROS/JPPM)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia adalah sebuah jabatan di

bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan bukan

kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah

pertubuhan ditakrifkan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang

mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada

sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di

bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan

sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain.

Pada 2009, Pendaftar Pertubuhan ialah Datuk Md Alias Kalil. Terdapat 115,537

pertubuhan berdaftar di Malaysia iaitu 45,802 pertubuhan induk dan 69,735 pertubuhan

yang mempunyai cawangan. Kesedaran masyarakat untuk berpersatuan semakin

meningkat. Kualiti pertubuhan juga menunjukkan peningkatan iaitu bukan lagi

pertubuhan yang bersifat tradisional dan konvensional.

Matlamat

Matlamat Jabatan ini ialah untuk menentukan pertumbuhan dan perkembangan

pertubuhan yang sihat serta teratur dan tidak bercanggah dengan kehendak-kehendak

keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak.

Fungsi

Fungsi utama Jabatan adalah untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan

1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan dasar-dasar mengenai pertubuhan;

mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak bertentangan dengan keamanan,

kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, ketertiban atau akhlak negara Malaysia

Page 2: Pertubuhan Sukan (Word)

serta mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan

dan cawangan pertubuhan berdaftar.

2. Langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum mendaftarkan sesebuah persatuan

belia.

1.0Mengadakan mesyuarat penaja

Mesyuarat ini akan membincangkan hal-hal berkaitan seperti melantik ahli

jawatankuasa kerja iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong

setiausaha,bendahari dan sekurang-kurangnya 7 orang ahli jawatan kuasa kecil. Selain

itu juga meyuarat akan membincangkan mengenai nama persatuan belia, alamat dan

tempat urusan persatuan. Dalam mesyuarat ini juga digalakkan agar setiausaha

mengedarkan borang bagi mendapatkan data dan maklumat ahlijawatankuasa untuk

diisi semasa pendaftran persatuan melalui sistem eRoy.

2.0Menyediakan minit mesyuarat penaja

Selepas sahaja mesyuarat, setiausaha hendaklah menyediakan minit mesyuarat yang

di tandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan sebaiknya ditandatangani oleh

setiausaha dan pengerusi persatuan belia.

3.0Menyediakan satu perlembagaan persatuan

Perlembagaan atau garis panduan yang menjadi panduan kepada persatuan yang

bakal didaftarkan kelak, bertujuan untuk di jadikan rujukan sebarang permasalahan

yang timbul kelak. Ianya perlu di sediakan untuk tujuan pendaftaran. Contoh

perlembagaan boleh di rujuk disini contoh perlembagaan. Ianya perlu ditandatangani

oleh dua orang pemegang jawatan pada akhir perlembagaan sebagai pengakuan

perlembagaan yang dibentuk.

4.0Sediakan Wang Pos bernilai RM 30 

Sediakan Wang Pos bernilai RM 30. Semasa anda membuat pendaftran secara online,

pada pautan terakhir anda akan dikehendaki memasukkan nombor wang pos sebelum

anda boleh submit permohonan anda.

Page 3: Pertubuhan Sukan (Word)

5.0Mendaftar persatuan belia menggunakan kaedah atas talian "online"

Setelah semua dokumen disediakan, setiausaha perlu scan semua dokumen seperti

minit mseyuarat penaja dan perlembagaan untuk di uplod semasa mendaftar persatuan

belia menggunakan sistem eRoy. Pendaftar persatuan ataupun setiausaha persatuan

dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebagai Pengguna sebelum boleh menggunakan

kemudahan pendaftaran atas talian menerusi eRoy.

3. Cara memohon pendaftaran pertubuhan

a) Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-kurangnya tujuh (7)

orang hendaklah diadakan dan nama-nama mereka yang hadir hendaklah

dicatatkan dalam minit mesyuarat.

b) Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat ketetapan-ketetapan

berikut:

1. bersetuju menubuhkan pertubuhan;

2. meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan (nama pertubuhan

hendaklah selaras dengan tujuan dan keahlian pertubuhan);

3. menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan didaftarkan;

4. melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan untuk menguruskan

pendaftaran pertubuhan; dan

5. meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang hendak

didaftarkan.

c) Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit Mesyuarat Penubuhan)

pertubuhan serta keputusan terhadap ketetapan-ketetapan yang dibuat.

d) Tiap-tiap permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Enam (6) salinan borang permohonan Borang 1 - Permohonan bagi

Pendaftaran Pertubuhan yang sempurna diisi;

ii. Enam (6) salinan senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan;

(Senarai ini hendaklah mengandungi butir-butir seperti: nama (bagi orang-

orang Cina ditulis juga nama dalam huruf Cina), jawatan dalam pertubuhan,

Page 4: Pertubuhan Sukan (Word)

nombor kad pengenalan, tarikh lahir, tempat lahir, pekerjaan, nama dan

alamat majikan serta alamat rumah bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa). Format

Senarai Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan;

iii. Enam (6) salinan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan.Contoh

Undang-undang Tubuh;

iv. Enam (6) salinan contoh lambang, bendera, lencana dan lain-lain tanda yang

berwarna dan keterangan mengenai maksud tanda-tanda tersebut di

dalamnya (jika berkenaan).

v. Dua (2) salinan minit mesyuarat penubuhan yang mencatatkan ketetapan

seperti disebutkan pada di para 4.2. Contoh Minit Mesyuarat Penubuhan

vi. Surat kebenaran menggunakan alamat daripada tuan punya alamat, jika

berkenaan. (Jika menggunakan alamat pejabat, sekolah, hospital, ladang,

syarikat atau kilang, surat kebenaran majikan/tuan punya alamat hendaklah

disertakan). Contoh Surat Kebenaran Menggunakan Alamat

vii. Fi pemprosesan berjumlah RM30.00 dalam bentuk wang tunai/bank

draf/kiriman wang atas nama Pendaftar sekiranya permohonan dihantar ke Ibu

Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau Penolong Pendaftar

sekiranya permohonan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.

e) Tiap-tiap salinan dokumen di (a), (b), (c), (d) dan (e) mestilah ditandatangani

oleh dua (2) orang pemegang jawatan utama pertubuhan. Pemegang jawatan

utama bermaksud Presiden/Yang DiPertua/Pengerusi, Timbalan

Presiden/Timbalan Yang DiPertua/Timbalan Pengerusi, Naib Presiden/Naib

Yang DiPertua/Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

f) Borang-borang permohonan bagi mendaftarkan pertubuhan (Borang 1) boleh

dimuat turun secara percuma di sini atau diperolehi daripada Ibu Pejabat dan

mana-mana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri dengan bayaran RM1.00

senaskah.