PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA · PDF file2.0 FORMAT PERTANDINGAN ... Hadiah Tempat Pertama...
Transcript of PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA · PDF file2.0 FORMAT PERTANDINGAN ... Hadiah Tempat Pertama...
1
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI 2017 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada warga JANM Ibu Pejabat, Negeri dan
Cawangan.
2.0 FORMAT PERTANDINGAN
2.1 Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang diberikan iaitu “Aspirasi
Pencetus Inovasi”.
2.2 Penyertaan video pendek perlu disertakan Tajuk Video, Nama Bahagian/
JANM Negeri/JANM Cawangan, Nama Kumpulan, Ahli Kumpulan dan
Sinopsis.
2.3 Penyertaan adalah dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
3.0 SYARAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan bermula pada 1 Ogos 2017 sehingga 15 September 2017.
3.2 Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.
3.3 Video yang dihasilkan mesti melebihi durasi yang ditetapkan iaitu tidak
melebihi 5 minit termasuk kredit.
3.4 Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap
peserta hanya layak menangi satu hadiah sahaja.
3.5 Setiap video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri.
3.6 Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video
yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan
serta-merta.
3.7 Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana
pertandingan filem/video.
3.8 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada
menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video di
mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kretiviti masing-
masing adalah dibenarkan.
3.9 Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
2
3.10 Format video yang ditetapkan adalah mov, avid an mp4 sahaja.
3.11 Setiap penyertaan hendaklah dimuat turun ke dalam DVD dan dihantar
kepada Urusetia dengan:
i) Borang Penyertaan (Lampiran I); dan
ii) Salinan setiap video yang dihasilkan.
Alamat Urusetia:
Urusetia Pertandingan Video Pendek Inovasi 2017
Aras 3, Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi
Jabatan Akauntan Negara
Tel: 03 – 8882 1563/1532
Fax: 03 – 8882 1535
E-mel: [email protected]
4.0 KRITERIA PENGHAKIMAN
4.1 Keseluruhan video pendek yang dihantar oleh peserta akan dinilai
mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikut:
i) Idea = 40 markah
ii) Kreativiti = 40 markah
iii) Kesesuaian dengan tema = 20 markah
100 markah
4.2 Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan
atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
4.3 Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi
hakmilik Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video
penyertaan tersebut untu apa-apa tujuan.
5.0 SENARAI HADIAH PEMENANG
5.1 Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti berikut:
i) Hadiah Tempat Pertama = Wang Tunai RM500 dan Sijil
Penghargaan
ii) Hadiah Tempat Kedua = Wang Tunai RM300 dan Sijil
Penghargaan
iii) Hadiah Tempat Ketiga = Wang Tunai RM150 dan Sijil
Penghargaan
iv) Saguhati = Sijil Penghargaan
3
6.0 PENOLAKAN PENYERTAAN
6.1 Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan
dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke
semasa.
7.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN
7.1 Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urusetia
selewat-lewatnya pada 15 September 2017 sebelum jam 5.30 petang.
7.2 Penyertaan yang diterima selepas tarikh penutupan akan ditolak.
8.0 PERTANYAAN
8.1 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Video Pendek Inovasi 2017
Aras 3, Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi
Jabatan Akauntan Negara
Tel: 03 – 8882 1563/1532
Fax: 03 – 8882 1535
E-mel: [email protected]
Lampiran I
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 2017
1.0 Nama Jabatan/Bahagian :
2.0 Nama Kumpulan :
3.0 Nama Ketua Kumpulan :
4.0 Nama Ahli : i)
ii)
iii)
iv)
5.0 Tajuk Video Pendek :
6.0 Sipnosis mengenai video pendek yang dihasilkan (30 patah perkataan)
Pengesahan Ketua Jabatan
Tandatangan Ketua Jabatan/Bahagian Cop
Nama : Tarikh :